3 Zaman Rasulullah s.a - · PDF filekharaj (cukai tanah), fai’ (cukai dari orang bukan...

5
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 10/01/2013 Maruwiah Ahmat 1 BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM (BHG 1) CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat 1 PENGENALAN 2 BAB PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Dibahagikan kepada TIGA peringkat: 1. Zaman Awal – zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa’ al-Rasyidin 2. Zaman Pertengahan – Zaman Kerajaan Bani Ummayah, Kerajaan Bani Abbasiyyah dan Kerajaan Uthmaniyyah 3. Zaman Kontemporari ZAMAN AWAL 3 Pendahuluan Kelahiran Islam di Mekah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah merupakan titik bersejarah lahirnya tamadun baharu yang merubah sejarah dunia. Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai tamadun Islam adalah berasaskan kepada nilai-nilai yang terkandung dalam ajaran Islam itu sendiri. ZAMAN AWAL 4 Zaman Rasulullah s.a.w Sebelum penurunan Islam dan perutusan Nabi Muhammad, kehidupan masyarakatnya bergelumang dengan pelbagai maksiat dan syirik Rasulullah menyebarkan dakwah Islam melalui dua cara: secara sulit dan secara berterus terang Perkembangan tamadun Islam di zaman Rasulullah terbahagi kepada dua period: period Mekah dan period Madinah. ZAMAN AWAL 5 Period Mekah (610-622 M) Dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah berjalan selama 13 tahun. Tumpuan baginda Rasulullah: Pembangunan akidah Membenteras maksiat dan kejahilan Membenteras perhambaan Pemulihan akhlak Pembelaan kaum wanita ZAMAN AWAL 6 Period Madinah (622-632 M) Rasulullah s.a.w berhijrah ke Yathrib (Madinah) pada 622M. Sumbangan baginda terhadap pembinaan tamadun Islam di Madinah: 1. Aspek sosial o Mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin o Mewujudkan perjanjian antara masyarakat berbilang kaum o Kedudukan wanita dibela o Membina masjid – pusat ibadah, bermesyuarat, pusat komuniti dsb.

Transcript of 3 Zaman Rasulullah s.a - · PDF filekharaj (cukai tanah), fai’ (cukai dari orang bukan...

Page 1: 3 Zaman Rasulullah s.a - · PDF filekharaj (cukai tanah), fai’ (cukai dari orang bukan Islam dengan jalan damai) ... Sistem wazarah – melantik wazir mengetuai sistem pentadbiran

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 10/01/2013

Maruwiah Ahmat 1

BAB 3

PERKEMBANGAN TAMADUN

ISLAM (BHG 1)

CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat

1

PENGENALAN

2

BAB PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Dibahagikan kepada TIGA peringkat:

1. Zaman Awal – zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa’ al-Rasyidin

2. Zaman Pertengahan – Zaman Kerajaan Bani Ummayah, Kerajaan Bani Abbasiyyah dan Kerajaan Uthmaniyyah

3. Zaman Kontemporari

ZAMAN AWAL

3

Pendahuluan

Kelahiran Islam di Mekah dan kemunculan

kerajaan Islam pertama di Madinah

merupakan titik bersejarah lahirnya tamadun

baharu yang merubah sejarah dunia.

Kejayaan dan kegemilangan yang dicapai

tamadun Islam adalah berasaskan kepada

nilai-nilai yang terkandung dalam ajaran Islam

itu sendiri.

ZAMAN AWAL

4

Zaman Rasulullah s.a.w Sebelum penurunan Islam dan perutusan Nabi

Muhammad, kehidupan masyarakatnya bergelumang

dengan pelbagai maksiat dan syirik

Rasulullah menyebarkan dakwah Islam melalui dua

cara: secara sulit dan secara berterus terang

Perkembangan tamadun Islam di zaman Rasulullah

terbahagi kepada dua period: period Mekah dan

period Madinah.

ZAMAN AWAL 5

Period Mekah (610-622 M)

Dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah berjalan selama 13

tahun. Tumpuan baginda Rasulullah:

Pembangunan akidah

Membenteras maksiat dan kejahilan

Membenteras perhambaan

Pemulihan akhlak

Pembelaan kaum wanita

ZAMAN AWAL 6

Period Madinah (622-632 M)

Rasulullah s.a.w berhijrah ke Yathrib (Madinah) pada

622M.

Sumbangan baginda terhadap pembinaan tamadun

Islam di Madinah: 1. Aspek sosial

o Mempersaudarakan golongan Ansar

dan Muhajirin

o Mewujudkan perjanjian antara

masyarakat berbilang kaum

o Kedudukan wanita dibela

o Membina masjid – pusat ibadah,

bermesyuarat, pusat komuniti dsb.

Page 2: 3 Zaman Rasulullah s.a - · PDF filekharaj (cukai tanah), fai’ (cukai dari orang bukan Islam dengan jalan damai) ... Sistem wazarah – melantik wazir mengetuai sistem pentadbiran

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 10/01/2013

Maruwiah Ahmat 2

ZAMAN AWAL 7

2. Aspek Politik

Rasulullah s.a.w menggubal dan membentuk perlembagaan Madinah bersumberkan al-Quran

Perlembagaan Madinah – 47 fasal:

23 fasal – hubungan sesama umat Islam

24 fasal – hubungan umat Islam dengan bukan Islam

Implikasi perjanjian – memantapkan kedudukan politik umat Islam dan wujud keamanan.

Baginda melantik gabenor, pemungut cukai dan hakim dari kalangan sahabat di beberapa wilayah spt. Yaman, Uman, Najran, Hadramaut.

Rasulullah turut mengasaskan majlis syura berfungsi sebagai majlis perwakilan dan badan perundangan bagi membuat dasar pemerintahan dan menjaga kepentingan rakyat.

8

3. Aspek Ekonomi

Memperkenalkan cukai – zakat, jizyah (cukai kepala), kharaj (cukai tanah), fai’ (cukai dari orang bukan Islam dengan jalan damai) dan ‘usyur (cukai perniagaan)

Menghapuskan amalan riba

Penggunaan mata wang dinar (emas) dan dirham (perak)

Menubuhkan baitulmal bagi mengurus sumber ekonomi seperti zakat, sedekah, jizyah, ghanimah dsb

Menggalakkan umat Islam menceburkan diri dalam perniagaan, pertanian dan penternakan

ZAMAN AWAL

9

4. Aspek Dakwah

Rasulullah s.a.w menghantar para pendakwah dari

kalangan sahabat ke seluruh Semenanjung Tanah Arab

bagi menyebarkan ajaran Islam.

ZAMAN AWAL 10

5. Aspek Ketenteraan

Rasulullah s.a.w sebagai ketua tentera dan mengetuai hampir semua peperangan menentang musuh.

Antara strategi ketenteraan yang dilakukan oleh baginda:

Mengadakan perjanjian dengan pihak musuh

Merahsiakan jumlah tentera musuh yang akan dihadapi

Mengenal pasti tempat strategi di medan perang

Penyamaran

Menggali parit

ZAMAN AWAL

11

6. Pendidikan

Masjid telah dijadikan sebagai institusi pendidikan

Rasulullah menggalakkan setiap peringkat masyarakat

menimba ilmu pengetahuan

Beberapa orang guru telah dihantar ke beberapa

daerah untuk mengajar

Baginda pernah meletakkan syarat kepada tawanan

perang yang ingin membebaskan diri dengan

mengajar anak-anak penduduk Madinah sehingga

pandai menulis dan membaca.

ZAMAN AWAL 12

ZAMAN AWAL

Page 3: 3 Zaman Rasulullah s.a - · PDF filekharaj (cukai tanah), fai’ (cukai dari orang bukan Islam dengan jalan damai) ... Sistem wazarah – melantik wazir mengetuai sistem pentadbiran

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 10/01/2013

Maruwiah Ahmat 3

13

Zaman Khulafa’ al-Rasyidin

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w pada tahun 632M, tampuk pemerintahan Islam diteruskan oleh Khulafa’ al-Rasyidin:

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (632-634M)

Khalifah Umar al-Khattab (634-644M)

Khalifah Uthman Affan (644-656M)

Khalifah Ali Abi Talib (656-661M)

Mereka meneruskan dakwah baginda Rasulullah dan meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama pemerintahan dan pentadbiran.

ZAMAN AWAL 14

Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

Tertumpu kepada menghapuskan gerakan murtad

(yang enggan membayar zakat) dan nabi palsu.

11 pasukan tentera ditubuh untuk memerangi

golongan tersebut.

Menghantar tentera pimpinan Usamah bin Zaid ke

Qudha’ah dan Abna ke Syria – tujuan melindungi

umat Islam drpd ancaman Rom dan Parsi.

ZAMAN AWAL

15

Mengumpulkan al-Quran hasil pandangan Saidina Umar akibat ramai penghafaz gugur syahid di medan perang. Dikumpulkan dan disatukan dalam bentuk mashaf dan disimpan di rumah Saidina Abu Bakar.

Membelanjakan 6000 dirham setahun untuk rakyat dan negara.

Membahagikan Semenanjung Tanah Arab kepada beberapa wilayah – Madinah, Mekah, Taif, Syria, Yaman, Najran, Hadramaut, Bahrain dan Daumat al-Jandal. Dilantik seorang gabenor di setiap wilayah dan Madinah sebagai pusat pentadbiran.

ZAMAN AWAL 16

Zaman Khalifah Umar al-Khattab

Khalifah al-Rashidin paling lama berkuasa.

Pendidikan :

menubuhkan institusi pendidikan di kota-kota spt.

Basrah, Kufah, Fustat.

Menubuhkan kuttab (pra-sekolah)

Bentuk pendidikan – membaca, menulis, menghafaz,

berenang, menunggang kuda

ZAMAN AWAL

Memulakan kiraan Taqwim Hijrah.

17

Politik – perluasan wilayah – Afrika Utara, Asia Minor, Khurasan. Membahagikan wilayah – 8 : Madinah, Mekah, Syria, al-Jazirah, Basrah, Kufah, Mesir, Palestin. Setiap wilayah dilantik gabenor yang dibantu setiausaha, ketua tentera, pemungut cukai, hakim, pegawai perbendaharaan.

Pentadbiran - menubuhkan jabatan (dewan) – Jab. Tentera, Jab. Ganjaran dan Agihan, Jab. Pos, Jab. Cukai.

Sosial – menubuhkan pelbagai kemudahan. Menubuhkan baitulmal yang sistematik.

ZAMAN AWAL 18

Zaman Khalifah Uthman b Affan

Tidak banyak perubahan melainkan meneruskan usaha khalifah sebelumnya.

Sumbangan besar – penulisan al-Quran yang sistematik (dikenali sebagai Mashaf Uthmani)

Perluasan wilayah di mana seluruh wilayah Parsi, Tabristan, Azerbaijan, Armania berjaya ditakluki.

Menubuhkan armada laut Islam pertama untuk menawan Rom Timur

Abdullah b. Qays Harith – panglima tentera laut Islam pertama dan pernah melancarkan 50 serangan ke atas tentera Rom.

ZAMAN AWAL

Page 4: 3 Zaman Rasulullah s.a - · PDF filekharaj (cukai tanah), fai’ (cukai dari orang bukan Islam dengan jalan damai) ... Sistem wazarah – melantik wazir mengetuai sistem pentadbiran

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 10/01/2013

Maruwiah Ahmat 4

19

Zaman Khalifah Saidina Ali Abi Talib

Tidak banyak sumbangan yang dilakukan kerana

sibuk mengatasi masalah pemberontakan.

Sumbangan:

Menubuh dan menyusun pasukan polis (al-Syurtah)

Melengkapkan lagi pasukan bersenjata

Ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan.

ZAMAN AWAL 20

ZAMAN AWAL

Perluasan wilayah Zaman

Rasulullah (SAW) Perluasan wilayah Zaman Khulafa’ Al-Rashidin

21

Zaman Pertengahan

1. Zaman Kerajaan Umayyah I (661-750 M)

2. Zaman Kerajaan Umayyah II (756-1031M)

3. Zaman Kerajaan Abbasiyyah (750-1258 M)

4. Zaman Kerajaan Uthmaniyyah (1299-1923)

ZAMAN PERTENGAHAN 22

Zaman Kerajaan Bani Umayyah

Diasaskan oleh Mu’awiyyah b. Abi Sufiyan selaku

khalifah pertama kerajaan Bani Umayyah selepas

mengambil-alih jawatan khalifah daripada Saidina

Ali

Bermula sistem pemerintahan secara warisan

Tahap pemerintahan:

Di Damsyik

Di Andalusia

ZAMAN PERTENGAHAN

23

ZAMAN PERTENGAHAN

Perluasan wilayah Islam zaman Bani Umayyah.

24

Sumbangan Kerajaan Bani Umayyah tahap 1 di

Damsyik (661-750M):

1. Politik dan pentadbiran

Empat sistem

Khilafah – meneruskan sistem khilafah

Sistem wazarah – melantik wazir mengetuai sistem

pentadbiran

Sistem urus setia – melantik pegawai bagi mengumpul

rekod dan mengurus surat

Sistem hijabah – menjaga keselamatan khalifah

ZAMAN PERTENGAHAN

Page 5: 3 Zaman Rasulullah s.a - · PDF filekharaj (cukai tanah), fai’ (cukai dari orang bukan Islam dengan jalan damai) ... Sistem wazarah – melantik wazir mengetuai sistem pentadbiran

CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM 10/01/2013

Maruwiah Ahmat 5

25

2. Pendidikan dan Sosial

Sains dan teknologi mula berkembang seperti teknologi

pembuatan kapal, alat peperangan dan teknik pertanian.

Bermula aktiviti penterjemahan drpd bhs Latin ke bhs Arab

sejajar dgn pemerintahan al-Walid b. Abdul Malik yg

menjadikan bahasa Arab sbg bahasa rasmi.

Kota Basrah = pusat pengajaran dan penyebaran ilmu

Ilmu al-Quran dan Hadith mula berkembang dan juga ilmu-

ilmu sains terutama di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz

Taraf kesihatan turut meningkat – dibina hospital pd zaman

khalifah al-Walid b. Abdul Malik dan hospital kusta pd

zaman khalifah Umar Abdul Aziz.

ZAMAN PERTENGAHAN 26

3. Ekonomi dan kewangan

Mata wang Byzantine dan Parsi ditukar kpd mata

wang Islam pd zaman khalifah Abdul Malik b. Marwan

Ditubuhkan baitulmal di setiap wilayah.

ZAMAN PERTENGAHAN

27

4. Seni bina

Seni bina masjid semakin menyerlah dengan ukiran

ayat-ayat al-Quran yang indah, adanya kubah, arca

dan sebagainya.

ZAMAN PERTENGAHAN 28

Masjid Qubbah As-Sakhrah atau Dome of the Rock di sebelah Masjid al-Aqsa telah

dibina pada zaman Khalifah Malik bin Marwan pada 691 M

ZAMAN PERTENGAHAN

29

Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik

1. Sistem pergantian khalifah melalui garis keturunan tidak

jelas sehingga menimbulkan persaingan dalam kalangan

anggota keluarga.

2. Penentangan daripada golongan Syiah dan Khawarij

yang tidak bersetuju dengan penubuhan kerajaan

Umayyah

3. Berlaku pertentangan etnik antara suku kaum Arab

Utara (Bani Qais) dan Arab Selatan (Bani Kalb) sejak

sekian lama yang menyukarkan kerajaan Bani Umayyah

mewujudkan kesatuan.

ZAMAN PERTENGAHAN 30

4. Kelemahan pemerintahan disebabkan sikap hidup sebahagian pemerintah yang hidup bermewah dan kurang memberi perhatian terhadap perkembangan agama.

5. Munculnya gerakan penentangan daripada keturunan al-Abbas b. Abdul Mutalib yang mendapat sokongan Bani Hasyim dan kaum Mawali (non-Arab) yang tidak berpuas hati dengan pemerintah kerajaan Bani Umayyah.

ZAMAN PERTENGAHAN