30 Modul TP T6 5.2.9 5.2.10

download 30 Modul TP T6 5.2.9 5.2.10

of 7

description

modul untuk projek RBT tahun 6 KSSR Pertanian

Transcript of 30 Modul TP T6 5.2.9 5.2.10

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

    178

    TAJUK

    5.0 Teknologi Pertanian

    MASA

    60 minit ( 2 waktu)

    STANDARD KANDUNGAN

    5.2 Menanam Secara Hidroponik

    STANDARD PEMBELAJARAN

    5.2.9 Menuai hasil mengikut tempoh matang dan fizikal tanaman. 5.2.10 Merekod pendapatan hasil hidroponik.

    OBJEKTIF PEMBELAJARAN

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Mengenal pasti ciri-ciri sayuran daun yang sesuai dituai. 2. Mengenal pasti tempoh matang sayuran yang dituai. 3. Memungut hasil mengikut jenis sayuran. 4. Menimbang dan merekod hasil dengan betul.

    RINGKASAN

    Murid dapat mengenal pasti ciri-ciri dan tempoh matang sayuran yang sesuai serta boleh dituai, menimbang dan merekod hasil hidroponik.

    KEMAHIRAN

    1. Mengenal ciri-ciri sayuran daun yang sesuai dituai. 2. Mengenal tempoh matang sayuran yang dituai. 3. Boleh melakukan aktiviti memungut hasil mengikut jenis sayuran. 4. Boleh merekod pendapatan hasil hidroponik.

    ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

    1. Keusahawanan:

    EK 5 - Berupaya mereka cipta sesuatu produk dan boleh mengkomersialkan idea. 2. Kreativiti: Boleh meningkatkan kualiti tugasan. 3. Nilai murni: Bekerjasama, kebersihan, sabar dan berhati-hati.

    BAHAN BANTU MENGAJAR

    Bahan: Sayur-sayuran Alatan: Pisau, penimbang dan bakul .

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

    179

    AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Set Induksi Guru mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan tajuk yang lalu. Langkah 1 1. Murid didedahkan dengan ciri-ciri sayuran yang sesuai untuk dituai. (Rujuk Lampiran 1) 2. Murid bersoal jawab dan berbincang dengan guru mengenai ciri-ciri sayuran hidroponik. (KBAT) 3. Jadual tempoh matang sayuran jenis daun ditunjuk dan diterangkan kepada murid. (Rujuk Lampiran 2) 4. Demonstrasi cara menuai hasil dibuat oleh guru supaya murid boleh menjalankan amali dengan betul. (Rujuk Lampiran 3) Langkah 2 Murid melakukan aktiviti menuai hasil mengikut jenis sayuran.

    Langkah 3 Murid melakukan aktviti mengumpul dan menimbang sayuran dengan pemantauan guru. (Rujuk Lampiran 4) Langkah 4 Murid merekod pendapatan hasil. (Rujuk Lembaran Kerja) Penutup Guru membuat ulasan.

    PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Guru membuat penilaian hasil kerja melalui rekod pendapatan yang telah dilakukan oleh murid.

    PENGETAHUAN SEDIA ADA

    Murid telah didedahkan dengan jenis-jenis sayuran daun seperti sawi, bayam, kangkung dan salad.

    REFLEKSI

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

    180

    Maklumat Tambahan Guru: 1. Ciri-ciri sayuran daun yang sesuai dituai. 2. Peringkat penuaian yang sesuai mengikut kiraan masa selepas ditanam bagi sayuran jenis daun. 3. Kaedah memungut hasil sayuran jenis daun. 4. Rekod hasil.

    Lampiran 1

    Ciri-Ciri Sayuran Daun Yang Sesuai Dituai Ialah Tempoh Umur Dan Saiz Tumbuhan (Cukup Besar Tetapi Belum Berbunga)

    Nama Sayuran

    Sayuran Cukup

    Matang

    Memungut Hasil Hasil Tuaian

    Sawi

    Salad

    Kangkung

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

    181

    Lampiran 2

    Peringkat Penuaian Yang Sesuai Mengikut Kiraan Masa Selepas Ditanam Bagi Sayuran Jenis Daun

    Sayur Daun Selepas Ditanam

    Bayam 4 minggu

    Brokoli 8 minggu

    Kailan 6 minggu

    Kangkung 3 minggu

    Kubis bulat 8 minggu

    Kubis bunga 8 minggu

    Sawi 4 minggu

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

    182

    Lampiran 3

    Kaedah Menuai Hasil Sayuran Jenis Daun

    Nama Sayuran Aktiviti Gambar

    Sawi

    Memotong

    Bayam Mencabut

    Kangkung Mencabut

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

    183

    Lampiran 4

    Memungut Dan Merekod Pendapatan Hasil

    Perkara Aktiviti Gambar

    Mengumpul

    Mengumpulkan hasil tuaian di tempat pengumpulan.

    Menimbang

    Menimbang semua hasil bagi tujuan rekod.

    Merekod

    Merekod pendapatan hasil

  • Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 6

    184

    Lembaran Kerja

    Rekod Pendapatan Hasil

    Tarikh Perkara Kuantiti (Kg)

    JUMLAH