300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

111
KE ARAH MENCARI REDA ALLAH BAHAGIAN 1 300 HADIS BIMBINGAN

Transcript of 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

Page 1: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

KE ARAH MENCARI REDA ALLAH

BAHAGIAN 1

300 HADIS BIMBINGAN

Page 2: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

ILMU DAN ULAMA

BAB 1

Page 3: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

1. Niat: Permulaan Segala Amalan

Telaga Biru Sdn. Bhd.

3

Daripada Amirul Mu’minin Abu Hafs b al-Khattab r.a., aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrahnya itu.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Page 4: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

2. Balasan Mengkhianati Ilmu

Telaga Biru Sdn. Bhd.

4

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang sengaja membuat pendustaan ke atasku maka sediakanlah tempatnya didalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Page 5: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

3. Kewajipan Menyampaikan Ilmu

Telaga Biru Sdn. Bhd.

5

Daripada Abdullah b ‘Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ‘ayat’ dan ceritakanlah mengenai Bani Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa.”

(Riwayat al-Bukhari)(Riwayat al-Bukhari)

‘ayat’ bermaksud nasihat/pedoman yg membezakan baik dan buruk

Page 6: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

4. Faedah Menyampaikan Ilmu

Telaga Biru Sdn. Bhd.

6

Daripada Zaid b Thabit r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa sesuatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahami.”

(Riwayat Abu Daud & at-Tirmizi)(Riwayat Abu Daud & at-Tirmizi)

‘menyerikan’ bermaksud mengelokkan akhlak dan meniggikan darjat

Page 7: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

5. Tiada Pengecualian Menuntut Ilmu

Telaga Biru Sdn. Bhd.

7

Daripada Anas b Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim.”(Riwayat Ibnu Majah & Abu Ya’la)(Riwayat Ibnu Majah & Abu Ya’la)

Page 8: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

6. Ilmu Asas Kebaikan

Telaga Biru Sdn. Bhd.

8

Daripada Muawiyah b Abu Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman agama kepadanya.”(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Page 9: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

7. Keutamaan Menuntut Ilmu

Telaga Biru Sdn. Bhd.

9

Daripada Saad b Abu Waqqas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadah. Kebaikan dalam agama kamu ialah wara’.”

(Riwayat al-Hakim)(Riwayat al-Hakim)

“Kelebihan ilmu” : menambah ilmu lebih disukai dan lebih utama daripada menambahkan ibadah

“Wara’” : meninggalkan perkara syubhah

Page 10: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

8. Warisan Yang Menguntungkan

Telaga Biru Sdn. Bhd.

10

Daripada Abu Darda’ r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya para ulama adalh pewaris para nabi. Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna.”

(Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, Ibn Majah & Ibn Hibban)(Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, Ibn Majah & Ibn Hibban)

“Dinar dan dirham” : perkara dunia

Page 11: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

9. Ketinggian Darjat Orang Yang Berilmu

Telaga Biru Sdn. Bhd.

11

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Kelebihan seorang yang berilmu dan seorang abid adalah seperti kelebihanku dengan orang yang paling rendah darjatnya di kalangan kamu.”(Riwayat al-Tirmizi)(Riwayat al-Tirmizi)

Page 12: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

10. Ganjaran Menyampaikan Ilmu

Telaga Biru Sdn. Bhd.

12

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah, malaikat ahli(penduduk) langit dan bumi; sehingga semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi semua haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara baik kepada manusia.”(Riwayat al-Tirmizi)(Riwayat al-Tirmizi)

Page 13: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

11. Berhati-hati Menyampaikan Ilmu

Telaga Biru Sdn. Bhd.

13

Daripada Jarir b Abdullahal-Jabali r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Siapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikitpun.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Page 14: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

12. Menunjuk Contoh Teladan yang Baik

Telaga Biru Sdn. Bhd.

14

Daripada Abu Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya.”(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Page 15: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

13. Keikhlasan dalam Beragama

Telaga Biru Sdn. Bhd.

15

Daripada Tamim al-Dari r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Agama adalah ‘nasihat’.” Kami bertanya: “Terhadap siapa?” Baginda menjawab: “Terhadap Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin dan kaum Muslimin umumnya.” (Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Page 16: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

14. Ancaman Menyembunyikan Ilmu

Telaga Biru Sdn. Bhd.

16

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa ditanya tentang ilmu yang diketahui; kemudian ia menyembunyikannya, ia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat.”(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Page 17: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

15. Bahana Kehilangan Ulama’ & Ketandusan Ilmu

Telaga Biru Sdn. Bhd.

17

Daripada Abdullah b ‘Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mencabut roh (mematikan) para ulama’. Sehinggalah tiada lagi orang alim (ulama’) yang tinggal. Ketika itu, manusia akan melantik ketua mereka orang yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain.”(Riwayat al-Bukhari)(Riwayat al-Bukhari)

Page 18: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

16. Pemimpin yang Sesat

Telaga Biru Sdn. Bhd.

18

Daripada Thauban khadam Rasulullah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat.”(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

“Pemimpin yang sesat” : menyeru ke arah malakukan bid’ah, kefasikan dan maksiat.

Page 19: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

BERAMAL DAN BERJAMAAH

BAB 2

Page 20: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

17. Cara Melaksanakan Agama

Telaga Biru Sdn. Bhd.

20

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya agama adalah mudah. Tiada seorang pun yang berlebih-lebihan dalam agama melainkan ia dikalahkan. Perbetulkanlah (bersederhana), dekatkanlah dan bergembiralah. Bantulah diri kamu sendiri dengan beramal selepas subuh, selepas gelincir matahari dan sebahagian malam.”

(Riwayat al-Bukhari)(Riwayat al-Bukhari)

“Bantulah diri” : Memudahkan diri mengamalkan ibadat secara berterusan dengan melakukannya di waktu yang sesuai

Page 21: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

18. Jangan Membebankan Diri

Telaga Biru Sdn. Bhd.

21

Daripada Anas b Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Permudahkanlah, jangan menyusahkan, tenangkanlah dan jangan melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri dari kamu.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)Hadis ini menggesa agar berlemah-lembut dan bersefahaman kerana kebanyakan kemashalatan terhasil dengan cara persetujuan dan persefahaman. Apabila wujud perselisihan maka hilanglah persefahaman.

(Syarah Sohih Muslim)

Page 22: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

19. Allah s.w.t. Bersama Jamaah

Telaga Biru Sdn. Bhd.

22

Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Pertolongan Allah bersama jamaah.”

(Riwayat al-Tirmizi)(Riwayat al-Tirmizi)

“Jamaah”: Majoriti umat Islam yang mengikut sunnah di bawah satu kepimpinan atau dalam suatu urusan agama.

Page 23: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

20. Bidaah adalah Suatu Keburukan

Telaga Biru Sdn. Bhd.

23

Daripada Aiyshah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengadakan perkara baru yang tiada di dalam agama Islam, maka ia adalah ditolak.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

“Tiada dalam agama”: Tiada sandaran yang nyata (zahir)/ tidak nyata (khofi) dari al-Quran dan sunnah.

(‘Aun al-Ma’bud)

Page 24: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

21. Mesti Mengamalkan Islam Walaupun dalam Keadaan Terasing

Telaga Biru Sdn. Bhd.

24

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka berbahagialah untuk orang yang terasing.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Mereka mengecapi kebahagiaan kerana mendapat ganjaran atas kesabaran menghadapi kesusahan ketika berada dalam keadaan terasing. (Tuhfah al-Ahzawi)

Page 25: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

22. Melakukan Amalan secara Berterusan

Telaga Biru Sdn. Bhd.

25

Daripada Aiyshah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: “Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Page 26: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

23. Tiada Guna Melengah-lengahkan Amalan

Telaga Biru Sdn. Bhd.

26

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Siapa yang melambat-lambatkan amalannya; keturunannya tidak akan bersegera untuknya.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

“Bersegera untuknya”: Menampung kekurangan amalannya. (Syarah Sahih Muslim)

Page 27: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

24. Merasai Kemanisan Iman

Telaga Biru Sdn. Bhd.

27

Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Dapat merasai kemanisan iman, orang yang meredai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)“Meredai”: Tidak berkehendak selain kepada Allah s.w.t., tidak peduli selain jalan Islam, dan tidak menuruti selain apa yang selari daripada syariat Muhammad s.a.w. (Tuhfah al-Ahzawi)

Page 28: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

25. Keredaan Hakiki

Telaga Biru Sdn. Bhd.

28

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Wahai Abu Said! Siapa yang meredai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai nabi; maka wajiblah baginya syurga.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Menurut Qadhi ‘Iyad: Hal yang demikian kerana sesiapa yang meredai sesuatu Menurut Qadhi ‘Iyad: Hal yang demikian kerana sesiapa yang meredai sesuatu perkara maka urusannya menjadi mudah. Begitu juga orang beriman tatkala perkara maka urusannya menjadi mudah. Begitu juga orang beriman tatkala iman menguasai hati maka mudahlah ia melakukan ketaatan dan merasai iman menguasai hati maka mudahlah ia melakukan ketaatan dan merasai kelazatannya. (Syarah Sohih Muslim)kelazatannya. (Syarah Sohih Muslim)

Page 29: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

26. Tanda Kemanisan Iman

Telaga Biru Sdn. Bhd.

29

Daripada Anas b Malik r.a., bersabda Rasulullah s.a.w. : “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya, sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

((RiwayatRiwayat Muslim) Muslim)

Page 30: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

KEISTIMEWAAN NABI S.A.W.

BAB 3

Page 31: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

27. Rasulullah s.a.w. Penghulu Manusia

Telaga Biru Sdn. Bhd.

31

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Akulah penghulu manusia pada hari kiamat.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Page 32: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

28. Rasulullah sebagai Rahmat

Telaga Biru Sdn. Bhd.

32

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat.”(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Page 33: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

29. Pendidik Insan Berakhlak Mulia

Telaga Biru Sdn. Bhd.

33

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik.” (Riwayat Ahmad)(Riwayat Ahmad)

Page 34: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

30. Keistimewaan pada Penyampaian Rasulullah

Telaga Biru Sdn. Bhd.

34

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku diutuskan dengan perkataan-perkataan yang ringkas dan padat.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

““Perkataan-perkataan yang ringkas dan padat”” : Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. yang mengandungi lafaz-lafaz yang ringkas dan

makna yang banyak. (Tuhfah al-Ahzawi)

Page 35: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

31. Nabi s.a.w. Mendahului Umatnya

Telaga Biru Sdn. Bhd.

35

Daripada Jundub b Sufyan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Aku mendahului kamu tiba ke kolam di syurga.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)“Aku mendahului” : menyediakan dan memberikan apa yang kamu perlukan. (Syarah Sohih Muslim)

Page 36: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

32. Jaminan Kemenangan

Telaga Biru Sdn. Bhd.

36

Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Allah telah menghimpunkan bumi untuk aku sehingga aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan meliputi keluasan buku yang dihimpunkan kepadaku.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Page 37: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

33. Kesedaran Untuk Beramal

Telaga Biru Sdn. Bhd.

37

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis.”

(Riwayat al-Bukhari)(Riwayat al-Bukhari)Yakni mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat dan kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan keadaan di dalam kubur dan hari kiamat. (Fath al-Bari)

Page 38: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

34. Bumi sebagai Masjid

Telaga Biru Sdn. Bhd.

38

Daripada Jabir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)Al-Khottobi mengatakan: Umat sebelum Nabi Muhammad s.a.w. diharuskan sembahtang di tempat tertnetu sahaja seperti rumah ibadat dan tempat pertapaan. (Fath al-Bari)

Page 39: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

35. Kesempurnaan Syafaat Rasulullah s.a.w.

Telaga Biru Sdn. Bhd.

39

Daripada Anas b Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan Nabi Muhammad s.a.w. tidak mendoakan sedemikian. Ini kerana baginda akan memberi syafaat sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan di dunia. (Fath al-Bari)

Page 40: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

36. Pelbagai Golongan Mendapat Syafaat

Telaga Biru Sdn. Bhd.

40

Daripada Anas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Aku boleh berikan syafaat kepada umatku yang melakukan dosa besar.”(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Page 41: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

37. Kelebihan Selawat

Telaga Biru Sdn. Bhd.

41

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Orang yang berselawat ke atasku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.”(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

“Allah berselawat”: Rahmat dan gandaan ganjaran daripada Allah s.w.t.

Page 42: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

38. Orang Bakhil yang Sebenar

Telaga Biru Sdn. Bhd.

42

Daripada Ali b Abi Talib r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku.”(Riwayat al-Tirmizi)(Riwayat al-Tirmizi)

Page 43: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

39. Ucapan Salam untuk Rasulullah

Telaga Biru Sdn. Bhd.

43

Daripada Abdullah b Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya untuk Allah terdapat malaikat yang berlegar-legar di muka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada umatku.”(Riwayat al-Nasa’I & Ibn Hibban)(Riwayat al-Nasa’I & Ibn Hibban)

Page 44: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

KELEBIHAN PARA SAHABAT

BAB 4

Page 45: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

40. Larangan Mencela Sahabat Rasulullah s.a.w.

Telaga Biru Sdn. Bhd.

45

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu mencela sahabatku. Demi yang diriku di tangan-Nya, jika salah seorang daripada kamu membelanjakan emas sebanyak bukit Uhud, nescaya tidak menyamai secupak daripada apa yang mereka belanjakan, malahan setengah cupak juga tidak menyamai.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Page 46: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

41. Dua Orang Penghulu Syurga

Telaga Biru Sdn. Bhd.

46

Daripada Anas b Malik r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abu Bakr dan Umar: “Inilah dua orang penghulu ahli syurga yang ‘dewasa’ dikalangan golongan yang terdahulu dan terkemudian melainkan para nabi dan rasul.”

(Riwayat al-Tirmizi)(Riwayat al-Tirmizi)

Page 47: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

42. Keistimewaan Tertentu Bebebrapa Sahabat Nabi

Telaga Biru Sdn. Bhd.

47

Daripada Anas b Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Daripada kalangan umatku: Abu Bakr adalah yang paling mengasihani umatku; Umar adalah yang paling kuat dalam agama Allah; Uthman adalah yang paling benar bersikap malu; Ubai b Ka’ab adalah yang paling mengetahui cara membaca al-Quran; Zaid b Thabit adalah yang paling mengetahui ilmu faraidh (mawarith); Mu’az b Jabal adalah yang paling mengetahui perkara halal dan haram. Sesungguhnya bagi setiap umat ada orang yang jujur; manahaakala dari kalangan umat ini Abu Ubaidah b al-Jarrah adalah yang paling jujur.”

(Riwayat al-Tirmizi)(Riwayat al-Tirmizi)

Page 48: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

43. Keistimewaan GolonganAnsar

Telaga Biru Sdn. Bhd.

48

Daripada Anas b Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Tanda orang munafik ialah membenci orang Ansar; tanda orang Mu’min ialah mengasihi orang Ansar.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Page 49: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

KELEBIHAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W.

BAB 5

Page 50: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

44. Pejuang Kebenaran

Telaga Biru Sdn. Bhd.

50

Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sekumpulan daripada umatku akan berterusan menzahirkan kebenaran. Walaupun terdapat orang yang mengecewakan (tidak membela dan menolong) mereka, sehinggalah tiba hari kiamat, mereka tetap dalam keadaan demikian.”(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Page 51: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

45. Semaian Allah

Telaga Biru Sdn. Bhd.

51

Daripada Abu ‘Inabah al-Khaulani r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Allah akan terus ‘menyemai’ di dalam agama ini suatu ‘semaian’ yang Allah menggunakannya untuk ketaatan kepada-Nya.”

(Riwayat Ibnu Majah)(Riwayat Ibnu Majah)Di kalangan ahli agama terdapat mujaddi yang diutuskan pada setiap seratud s tahhun dan perndakwah. Mereka menyeru manusia untuk mendirikan agama Allah dan sunnah Nabi s.a.w. (Syarah Sunan Ibn Majah)

Page 52: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

46. Mendapat Kekuasaan di Muka Bumi

Telaga Biru Sdn. Bhd.

52

Daripada Ubai b Ka’ab r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Berilah khabar gembira kepada umat ini dengan keagungan, ketinggian, kemenangan dan kekuasaan di bumi. Sesiapa yang mengamalkan amalan akhirat kerana dunia, ia tidak mendapat bahagian (ganjaran baik) di akhirat.”(Riwayat Ahmad & al-Hakim)(Riwayat Ahmad & al-Hakim)

“Sesiapa yang mengamalkan amalam akhirat kerana dunia”: Orang yang berniat dan menjadikan amalan akhrat sebagai wasilah untuk mendapatkan dunia semata-mata.

Page 53: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

47. Tiada Perbezaan Darjat antara Umat Rasulullah

Telaga Biru Sdn. Bhd.

53

Daripada Anas b Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Perumpamaan umatku adalah seperti hujan; tidak diketahui samada awalnya atau akhirnya yang baik.”(Riwayat al-Tirmizi)(Riwayat al-Tirmizi)

Page 54: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

48. Hikmah Berkasih Sayang

Telaga Biru Sdn. Bhd.

54

Daripada Abdullah b Mas’ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Seorang itu adalah bersama dengan orang yang ia kasihi.”(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Page 55: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

RUKUN ISLAM, CABANG IMAN DAN JANJI ALLAH

BAB 6

Page 56: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

49.Binaan Islam

Telaga Biru Sdn. Bhd.

56

Daripada Abdullah b Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Islam itu dibina atas lima perkara: Mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya; mendirikan solat; menunaikan zakat; menunaikan haji ke Baitullah; dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Page 57: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

50. Cabang Iman

Telaga Biru Sdn. Bhd.

57

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Iman terdapat tujuh puluh tiga hingga tujuh puluh sembilan cabang- atau enam puluh tiga hingga enam puluh tujuh cabang- Kalimah Lailahaillallah adalah yang paling afdal, membuang duri di jalan adalah yang paling rendah, dan malu adalah salah satu cabang iman.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Page 58: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

51. Iman yang Sebenar

Telaga Biru Sdn. Bhd.

58

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia lebih mencintaiku daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Page 59: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

52. Yakin dengan Allah untuk Istiqamah

Telaga Biru Sdn. Bhd.

59

Daripada Sufyan b Abdullah al-Thaqofi, beliau berkata: Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Katakan padaku suatu kata-kata yang tak perlu lagi aku bertanya kepada sesiapa mengenainya selepas engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘Aku beriman’, kemudian istiqomahlah (tetap teguh di atas jalan yang betul).”(Riwayat Muslim & Ahmad)(Riwayat Muslim & Ahmad)

Page 60: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

53. Penilaian Allah terhadap Hamba-Nya

Telaga Biru Sdn. Bhd.

60

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu.”(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Page 61: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

54. Merebut Peluang untuk Beramal

Telaga Biru Sdn. Bhd.

61

Daripada Abdullah b Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara: Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum engkau miskin, kelapangan sebelum engkau sibuk, hidup sebelum engkau mati.”(Riwayat al-Hakim)(Riwayat al-Hakim)

Page 62: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

55. Nikmat yang Boleh Memperdayakan Manusia

Telaga Biru Sdn. Bhd.

62

Daripada Abdullah b Abbas r.a.,Nabi s.a.w. bersabda: “Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya: Sihat dan kelapangan.”(Riwayat al-Bukhari)(Riwayat al-Bukhari)

Page 63: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

56. Amalan Semata-mata bukan Penyelamat

Telaga Biru Sdn. Bhd.

63

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Amalan kamu tidak akan menyelamatkan seseorang pun daripada kamu.” Seorang lelaki berkata: “Tidak juga engkau wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Begitu juga aku, melainkan Allah meliputi aku dengan rahmat daripada-Nya; akan tetapi lakukanlah yang betul.”(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Page 64: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

57. Ketaatan yang Dilarang

Telaga Biru Sdn. Bhd.

64

Daripada Abdullah b Mas’ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Tiada ketaatan kepada makhluk pada menderhakai Allah ‘Azzawajalla.”(Riwayat Ahmad)(Riwayat Ahmad)

Page 65: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

58. Mu’min Sebenar

Telaga Biru Sdn. Bhd.

65

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa bersukacita dengan kebaikannya dan berdukacita dengan keburukannya, ia adalah Mu’min.”(Riwayat Ahmad & al-Hakim)(Riwayat Ahmad & al-Hakim)

Page 66: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

59. Balasan Takut kerana Allah

Telaga Biru Sdn. Bhd.

66

Daripada seorang lelaki Badwi r.a. Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya engkau tidak meninggalkan sesuatu kerana takutkan Allah ‘Azzawajalla melainkan Allah memberikan suatu yang lebih baik daripada perkara itu.”(Riwayat Ahmad)(Riwayat Ahmad)

Page 67: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

60. Pengakhiran Suatu Ketentuan

Telaga Biru Sdn. Bhd.

67

Daripada Sahl b Saad al-Sa’idi r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya ketentuan amalan adalah dengan yang terakhir.”(Riwayat al-Bukhari)(Riwayat al-Bukhari)

Dirahsiakan amalan terakhir seseorang supaya ia merasa takut dan sentiasa berharap. (Fath al-Bari)

Page 68: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

61. Jalan Syurga dan Neraka

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat.”(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

“Syahwat” yang diharamkan seperti arak, zina, melihat wanita ajnabi, mengumpat dan melakukan sesuatu yang melalaikan. Tidak termasuk dalam hadis ini syahwat yang diharuskan, tetapi makruh membanyakkannya kerana dikhuatiri boleh membawa kepasa suatu yang haram, mengeraskan hati dan meniggalkan kataatan. (Tuhfah al-Ahzawi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

68

Page 69: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

62. Ganjaran untuk Orang Soleh

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Allah ‘Azzawajalla berfirman: Aku sediakan untuk hambaKu yang soleh suatu yang tidak pernah dipandang oleh mata, tidak pernah didengar dengan telinga dan tidak pernah terlintas di hati.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

69

Page 70: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

63. Pohon Syurga

Daripada Anas b Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “ Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sejenis pohon; jika seorang penunggang melaluinya ia akan terus berada di bawah naungan pohon itu selama seratus tahun belum melepasinya.”

(Riwayat al-Bukhari)(Riwayat al-Bukhari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

70

Page 71: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN SOLAT

BAB 6

Page 72: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

64. Amalan Membawa ke Syurga

Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Bertakwalah kepada Tuhan kamu, tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu (Ramadhan), tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu; nescaya kamu memasuki syuraga Tuhan kamu.”

(Riwayat al-Tirmizi)(Riwayat al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

72

Page 73: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

65. Amalan Pertama Dihisab

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solat.”

(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi )(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi )

Telaga Biru Sdn. Bhd.

73

Page 74: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

66. Kesan Wuduk

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

74

Page 75: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

67. Berwuduk & Bersiwak

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk setiap kali solat dan bersiwak pada setiap kali wuduk.”

(Riwayat Ahmad)(Riwayat Ahmad)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

75

Page 76: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

68. Menyempurnakan Wuduk & Doa Selepasnya

Daripada Uqbah b Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa: ‘Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan utusan-Nya’; melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

76

Page 77: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

69. Solat Sunat Selepas Berwuduk

Daripada Uqbah b Amir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Tidaklah seorang Muslim yang berwuduk dengan cara yang baik, lalu mendirikan solat dua rakaat, sambil melakukan kedua-dua perbuatan ini dengan hati yang khusyuk dan perwatakan merendah diri; melainkan wajib baginya syurga.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

77

Page 78: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

70. Tempat yang Disukai dan Dibenci

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Tempat yang paling disukai Allah ialah masjid. Tempat yang paling dibenci Allah ialah pasar.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

78

Page 79: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

71. Mendirikan Masjid kerana Allah

Daripada Uthman b Affan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mendirikan masjid kerana Allah, nescaya Allah binakan untuknya rumah di syurga.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

79

Page 80: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

72. Membanyakkan Masa Iktikaf di Masjid

Daripada Abu ad-Darda’ r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azzawajalla memberi jaminan kepada orang yang menjadikan masjid seperti rumahnya akan keamanan dan melepasi titian Sirat pada hari kiamat.”

(Riwayat al-Bazzar)(Riwayat al-Bazzar)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

80

Page 81: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

73. Berjalan di dalam Gelap Menuju ke Masjid

Daripada Buraidah b al-Husaib al-Aslami r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menuju ke masjid, dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”

(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

81

Page 82: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

74. Berulang-alik ke Masjid

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang keluar ke masjid pada waktu pagi atau petang Allah akan sediakan kepadanya di syurga tempat berteduh pada setiap kali ia keluar.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

82

Page 83: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

75. Kelebihan Solat Berjamaah

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Solat berjamaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

83

Page 84: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

76. Kelebihan Doa Antara Azan & Iqamah

Daripada Anas b Malik r.a.,Nabi s.a.w. bersabda: “Doa tidak ditolak di antara waktu azan dan iqamah.”

(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

84

Page 85: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

77. Doa Selepas Azan

Daripada Jabir b Abdullah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Siapa yang berkata (berdoa) selepas mendengar azan: ‘Ya Allah, Tuhan bagi seruan (tauhid) ini yang sempurna dan solat yang didirikan; berikanlah kepada Muhammad kedudukan dan kelebihan yang tinggi, dan tempatkanlahnya ditempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan’; maka ia berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat.”

(Riwayat al-Bukhari)(Riwayat al-Bukhari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

85

Page 86: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

78. Doa Masuk & Keluar Masjid

Daripada Abu Humaid r.a. atau Abu Usaid r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila kamu masuk ke dalam masjid maka berdoalah: ‘Ya Allah bukakanlah untukku puntu rahmat-Mu’. Apabila ia keluar berdoalah: ‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kelebihan daripada-Mu.’”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

86

Page 87: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

79. Solat Tahiyatul Masjid

Daripada Abu Qatadah al-Sulami r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Apabila kamu masuk ke dalam masjid maka dirikanlah solat dua rakaat sebelum duduk.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

87

Page 88: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

80. Kedudukan Imam & Muazzin

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Seorang imam adalah penjamin, dan muazzin adalah orang yang diamanahkan. Ya Allah! Berilah petunjuk kepada para imam dan ampunilah orang yang melaungkan azan.”

(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

88

Page 89: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

81. Berterusan Mendapat Ganjaran Solat

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Seseorang hamba berterusan mendapat ganjaran solat selagi mana ia berada di tempat solatnya (menanti untuk menunaikan solat).”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

89

Page 90: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

82. Melintasi Orang Sedang Solat

Daripada Abu Juhaim r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sekiranya seseorang yang melintasi di hadapan orang yang sedang solat mengetahui dosa yang akan menimpanya, nescaya ia berdiri di situ selama ‘empat puluh’ adalah lebih baik daripada melintasi di hadapan orang itu.”

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Haram melintasi orang yang sedang solat tanpa penghadang

Telaga Biru Sdn. Bhd.

90

Page 91: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

BEBERAPA SOLAT SUNAT DAN DOA YANG MA’THUR

BAB 8

Page 92: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

83. Solat Sunat Sebelum dan Selepas Solat Zohor

Daripada Ummu Habibah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: “Siapa yang memelihara empat rakaat sebelum solat Zohor dan empat rakaat selepasnya; Allah mengharamkannya daripada api neraka.”

(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

92

Page 93: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

84. Solat Sunat Sebelum Solat Asar

Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Allah merahmati orang yang solat sunat empat rakaat sebelum asar.”

(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)(Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

93

Page 94: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

85. Solat Sunat Sebelum Solat Subuh

Daripada Aiyshah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: “Dua rakaat sebelum solat Subuh adalah lebih baik daripada dunia dan segala apa yang ada padanya.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

94

Page 95: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

86. Ganjaran Solat Isyak dan Subuh Berjamaah

Daripada Uthman b Affan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Siapa yang menunaikan solat Isyak berjamaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamullail separuh malam. Siapa yang solat Subuh berjamaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamullail sepanjang malam.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

95

Page 96: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

87. Kemuliaan dan Keperkasaan Mukmin

Daripada Sahl b Saad r.a., sesungguhnya Jibril berkata kepada Nabi s.a.w.: “Kemuliaan orang mukmin adalah qiamullail, dan keperkasaannya adalah tidak bergantung kepada orang lain.”

(Riwayat al-Hakim)(Riwayat al-Hakim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

96

Page 97: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

88. Zikir Selepas Solat Subuh dan Solat Maghrib

Daripada al-Harith b Muslim al-Tamimi r.a., Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: “Apalagi engkau selesai menunuaikan solat Subuh, maka katakanlah sebelum engkau berbual: ‘Ya Allah! Lindungi daku daripada neraka’ sebanyak tujuh kali. Jika engkau mati pada hari itu, Allah akan menetapkan bahawa engkau terlindung daripada neraka. Apabila engkau selesai solat Maghrib, maka katakanlah sebelum engkau berbual: ‘Ya Allah! Lindungi daku daripada neraka’ sebanyak tujuh kali. Jika engkau mati pada malam itu, Allah akan menetapkan bahawa engkau terlindung daripada neraka. ”

(Riwayat Abu Daud & al-Nasa’i)(Riwayat Abu Daud & al-Nasa’i)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

97

Page 98: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

89. Istighfar dan Memuji Allah Selepas Solat

Daripada Thauban r.a., beliau berkata: “Apabila Rasulullah s.a.w. berpaling (memberi salam) daripada solatnya, baginda beristighfar sebanyak tiga kali dan berkata: “Ya Allah! Engkaulah Yang Maha Sejahtera, daripada Engkaulah kesejahteraan, Engkaulah Yang Maha Berbahagia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.””

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

98

Page 99: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

90. Gesaan Berdoa Selepas Solat

Daripada Muaz b Jabal r.a., beliau berkata: Rasulullah mengambil (memegang) tanganku pada suatu hari lalu berkata: “Wahai Muaz! Demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi engkau.” Muaz berkata: “Aku sanggup menebus diri engkau dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah; dan demi Allah aku juga mengasihi engkau.” Maka Rasulullah berkata: “Aku berwasiat kepada kamu janganlah kamu meninggalkan pada setiap kali selesai solat untuk mengatakan: ‘Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadat dengan baik kepada-Mu’.”

(Riwayat Abu Daud & al-Nasa’i)(Riwayat Abu Daud & al-Nasa’i)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

99

Page 100: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

91. Membaca Ayat Kursi Selepas Solat

Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membca ayat kursi sesudah setiap kali solat, tidak ada yang dapat menegahnya daripada memasuiki syurga sehinggalah ia mati.”

(Riwayat al-Nasa’I & al-Tabrani)(Riwayat al-Nasa’I & al-Tabrani)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

100

Page 101: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

KELEBIHAN AL-QURAN DAN AHLINYA

BAB 9

Page 102: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

92. Orang yang Dikasihi Allah

Daripada Anas b Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai ‘ahli’ daripada kalangan manusia.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Siapakah mereka itu?” Baginda bersabda: “Merekalah ahli al-Quran iaitu ‘ahli’ Allah dan golongan pilihan-Nya.”

(Riwayat Ibn Majah)(Riwayat Ibn Majah)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

102

Page 103: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

93. Al-Quran Pemberi Syafaat

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Bacalah al-Quarn, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya.”

(Riwayat Muslim)(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

103

Page 104: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

94. Manusia Terbaik

Daripada Uthman b Affan r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Orang yang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang yang belajat al-Quran dan mengajarnya.”

(Riwayat al-Bukhari)(Riwayat al-Bukhari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

104

Page 105: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

95. Penjagaan al-Quran

Daripada Abdullah b Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Golongan yang sentiasa hampir dengan al-Quran adalah seperti orang yang menambat unta. Jika ia menambatnya, unta itu dapat dikawal. Jika ia melepaskannya, unta itu juga akan terlepas pergi.”

(Riwayat al-Bukhari)(Riwayat al-Bukhari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

105

Page 106: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

96. Melagukan al-Quran

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Bukanlah daripada golongan kami orang yang tidak melagukan al-Quran.”

(Riwayat al-Bukhari)(Riwayat al-Bukhari)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

106

Page 107: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

PESAKIT DAN PENYAKIT

BAB 10

Page 108: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

97. Menziarahi Orang Sakit

Daripada Thauban r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Orang yang menziarahi orang sakit sentiasa berpeluang ‘memungut’ ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang.”

(Riwayat al-Muslim)(Riwayat al-Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

108

Page 109: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

98. Mengingati Akhirat

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Ziarahilah pesakit dan iringilah jenazah, nescaya ia boleh mengingatkan kamu kepada akhirat.”

(Riwayat al-Haithami)(Riwayat al-Haithami)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

109

Page 110: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

99. Doa Menziarahi Orang Sakit

Daripada Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Orang yang menziarahi pesakit yang belum tiba saat-saat kematiannya, lalu ia berkata di sisinya, sebanyak tujuh kali: ‘Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan ‘Arasy yang agung, agar menyembuhkan engkau’; nescayaAllah akan menyelamatkannya daripada penyakit itu.”

(Riwayat Abu-Daud)(Riwayat Abu-Daud)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

110

Page 111: 300 Hadis Bimbingan-Bahagian 1

100. Doa Melegakan Kesakitan

Daripada Uthman b Abu al-Ass r.a., ia mengadu kepada Rasulullah s.a.w. akan kesakitan dirasai pada jasadnya sejak ia memeluk Islam, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: “Letakkan tangan engkau pada bahagian jasad yang engkau merasa sakit, dan katakanlah: ‘Dengan nama Allah’ sebanyak tiga kali, kemudian katakanlah sebanyak tujuh kali: ‘Aku mohon berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku dapati dan aku waspada’.”(Riwayat Muslim)

Telaga Biru Sdn. Bhd.

111