300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

16
BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 1 Isi Kandungan Perkara Mukasurat Abstrak 2 Pengenalan 3 Konsep Usahawan dan Peniaga Kecil 5 Teori dan Pendekatan Keusahawanan 6 Mitos Pembangunan Keusahawanan 9 Trend Terkini Keusahawanan 13 Contoh Terbaik Adalah Daripada Yang Terbaik 14 Kesimpulan 23 Rujukan 26 BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 2 Abstrak Tugasan ini membincangkan bab satu daripada modul Asas Keusahawanan B PME 1013. Bab ini meungkaikan pengenalan kepada Keusahawanan , Konsep Usaha wan dan Peniaga Kecil, Teori dan Pendekatan Keusahawanan, Mitos Pembangunan Ke usahawanan, Trend Terkini Keusahawanan dan tokoh usahawan yang berjaya sebagai cont oh di dalam tajuk Contoh Terbaik Adalah Daripada Yang Terbaik. . BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 3 “ ENTERPRENEUR ” DAN TOKOH USAHAWAN BERJAYA (i) PENGENALAN. Keusahawanan ialah ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang yang membole hkan individu tersebut menghadapi cabaran dan mengenal pasti sesuatu peluang dan seterusnya

description

kkkkkkkkk

Transcript of 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

Page 1: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 1 Isi Kandungan Perkara Mukasurat Abstrak 2 Pengenalan 3 Konsep Usahawan dan Peniaga Kecil 5 Teori dan Pendekatan Keusahawanan 6 Mitos Pembangunan Keusahawanan 9 Trend Terkini Keusahawanan 13 Contoh Terbaik Adalah Daripada Yang Terbaik 14 Kesimpulan 23 Rujukan 26 BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 2 Abstrak Tugasan ini membincangkan bab satu daripada modul Asas Keusahawanan BPME 1013. Bab ini meungkaikan pengenalan kepada Keusahawanan , Konsep Usahawan dan Peniaga Kecil, Teori dan Pendekatan Keusahawanan, Mitos Pembangunan Keusahawanan, Trend Terkini Keusahawanan dan tokoh usahawan yang berjaya sebagai contoh di dalam tajuk Contoh Terbaik Adalah Daripada Yang Terbaik. . BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 3 “ ENTERPRENEUR ” DAN TOKOH USAHAWAN BERJAYA (i) PENGENALAN. Keusahawanan ialah ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang yang membolehkan individu tersebut menghadapi cabaran dan mengenal pasti sesuatu peluang dan seterusnya

Page 2: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

merebut peluang tersebut. Ciri-ciri positif keusahawanan juga dipunyai oleh individu yang berjaya dalam hidup. Individu ini terlibat dalam perniagaan usahawan dan berjaya menyemarakkan ekonomi dan pembangunan. “Enterpreneur” bermaksud “Usahawan” meupakan istilah yang dipetik daripada perkataan bahasa Inggeris. Istilah dalam bahasa Inggeris ini berasal daripada istilah bahasa Perancis, iaitu “entreprendre” yang bermaksud “to undertake” atau mencuba. Pada tahun 1725, perkataan “entrepreneur” yang digunakan oleh Richard Cantillon, seorang ahli ekonomi, jelas mengaitkan istilah ini dengan kegiatan perniagaan. Bahasa Melayu pula menyifatkan , istilah usahawan adalah daripada perkataan asal “usaha”. Perkataan “usaha” adalah berkaitan dengan ciri-ciri “daya upaya (ikhtiar, kegiatan, perbuatan, dan lain-lain) untuk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu” (Kamus Dewan, 2000). Ciri-ciri yang dimiliki oleh individu ini dikaitkan dengan ciri-ciri keusahawanan termasuk daya usaha, motivasi, kreativiti, kepercayaan pada diri sendiri yang tinggi serta keupayaan mengambil risiko. Di kalangan usahawan, ciri-ciri ini amat terserlah sekali. Ciri-ciri ini juga dimiliki oleh individu yang berjaya, walaupun mereka tidak menceburkan diri dalam bidang perniagaan. BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 4 Keusahawanan adalah bidang baru tetapi telah berkembang dengan pesat semenjak akhir 1970-an dan hanya beberapa buah universiti sahaja yang mengendalikan kursus dalam bidang ini. Kini, kursus ini telah ditawarkan oleh lebih kurang 1000 buah universiti di Amerika Syarikat. Universiti-universiti terkemuka di dunia juga turut menawarkan kursus dalam bidang keusahawanan ini. Malahan bukan sahaja ditawarkan kepada pelajar bidang perniagaan tetapi juga kepada pelajar bukan perniagaan. Perkembangan bidang keusahawananan dapat dilihat dengan peningkatan jumlah institusi pendidikan tinggi menawarkan ijazah khusus dalam bidang keusahawanan di peringkat sarjana muda dan juga sarjana. Selain itu bidang Keusahawanan ini memberi banyak manfaat kepada sesebuah negara khususnya dalam sektor ekonomi. Pembangunan keusahawanan mempunyai manfaat yang menyeluruh mahupun kepada individu, masyarakat dan negara. Bagi individu, yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan dapat membantu melahirkan individu yang berjaya kerana ciri-ciri keusahawanan juga merupakan antara ciri positif yang dimiliki

Page 3: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

oleh individu yang berjaya. Individu yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan mempunyai daya survival, daya tahan dan daya saing yang tinggi. Dalam masyarakat pula, berbudaya keusahawanan yang tinggi berjaya melahirkan anggota masyarakat yang berdikari dan berjaya. Masyarakat yang berbudaya keusahawanan dapat melahirkan ramai usahawan seterusnya memberi manfaat kepada negara dimana Usahawan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing negara di peringkat global. Mereka menghasilkan produk baru dan memasarkannya ke seluruh dunia. Keusahawanan juga memberi peluang pekerjaan kepada kumpulan yang terpinggir, sekali gus dapat mengurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan di kalangan kumpulan tersebut. BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 5 (ii). KONSEP, USAHAWAN DAN PENIAGA KECIL Keusahawanan meupakan bidang ilmu yang baru. Oleh kerana itu, para penyelidik dan ahli akademik belum menentukan untuk menerima pakai satu konsep yang dapat diterima oleh semua. Maka , tidak hairanlah keusahawanan sering disamakan dengan peniaga. Istilah usahawan dan keusahawanan digunakan oleh berbagai lapisan masyarakat dengan membawa erti yang berbeza. Seorang pekedai runcit yang berniaga secara kecil-kecilan juga disebut sebagai usahawan. Dengan itu istilah keusahawanan, usahawan, peniaga kecil harus diperjelaskan. Usahawan dan Peniaga Kecil sememangnya sering dikaitkan dan disalah ertikan. Ini kerana kedua-duanya wujud diatas satu landasan yang sama iaitu melalui dunia perniagaan dan mempunyai motif untuk menjana pendapatan masing - masing. Selalunya peniaga kecil hanya memfokuskan kepada satu bidang sahaja dan tidak menunjukkan ciri - ciri keusahawanan yang tinggi. Tetapi Usahawan agak berbeza. Ini kerana dalam ciri - ciri seorang usahawan yang berjaya, mereka berani mengambil risiko untuk menceburi apa-apa jua bidang perniagaan yang dirasakan boleh mendatangkan keuntungan. Pada mereka, segala peristiwa yang berlaku samada baik atau buruk tetap mempunyai peluang ekonomi dan boleh diekplotasi untuk memperolehi keuntungan. Menurut Histrich & Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik utk mencipta dimana menanggung risiko besar di dlm ‘equity’, masa & komitmen kerjaya / proses mencipta sesuatu yg baru dgn mgambil kira masa & usaha dgn mg

Page 4: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

ambil kira risiko kewangan, psikologi & sosial serta menerima manfaat daripadanya. BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 6 Hanya bermula dengan idea , usahawan mampu membangunkan produk, perkhidmatan atau proses yang boleh ditawarkan di pasaran. Seiring dengan perubahan persekitaran, seseorang usahawan akan berhadapi dengan pelbagai,risiko dan cuba mengubahsuai sistem syarikat mengikut permintaan semasa atau kehendak pasaran. Seorang usahawan ialah individu yang mempunyai ciri peribadi keusahawanan yang ketara. Seorang peniaga kecil mungkin mempunyai semua atau sebahagian daripada ciri-ciri tersebut tetapi pada tahap yang tidak begitu ketara seperti yang dimiliki oleh usahawan. (iii) TEORI DAN PENDEKATAN KEUSAHAWANAN Kebanyakan kajian dalam bidang keusahawanan hanya membuat kajian dari satu sudut bidang ilmu seperti ekonomi, sosiologi atau psikologi. Kajian dari beberapa sudut ilmu ini jelas menunjukkan bahawa kajian dalam bidang keusahawanan memerlukan pendekatan antara disiplin. Ahli-ahli sains sosial telah berjaya mengemukakan beberapa teori dan model keusahawanan. Ahli ekonomi, sosiologi dan psikologi merupakan tiga golongan utama dalam sains sosial yang menjadikan keusahawanan dan usahawan sebagai bidang kajian. Pendekatan kepada keusahawanan boleh dilihat dari dua sudut, iaitu sudut makro dan sudut mikro. Dari sudut makro, pemikiran keusahawanan boleh dipecahkan kepada tiga, iaitu: pemikiran aspek persekitaran; pemikiran aspek kewangan dan modal; dan pemikiran aspek “displacement” atau anjakan. Aspek persekitaran menekankan pentingnya faktor persekitaran ke atas keusahawanan (Van de Ven, 1993). Faktor ini boleh membantu atau membantut pembangunan keusahawanan. Faktor persekitaran ini termasuk pengaruh institusi sokongan, budaya dan individu tertentu serta lain-lain faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 7 kejayaan seseorang usahawan. Dari aspek Kewangan dan Modal pula, menekankan pentingnya sokongan kewangan atau modal untuk menjamin kejayaan keusahawanan. Sokongan kewangan atau modal dipandang amat penting dalam pembangunan keusahawanan. Sokongan ini boleh berbentuk pinjaman untuk pembelian aset atau sumber, modal kerja atau

Page 5: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

modal teroka. Seterusnya adalah, Aspek Anjakan. Sudut ini mengambil pendekatan bahawa seseorang individu akan menceburkan diri dalam keusahawanan apabila beliau diketepikan daripada memilih atau mengikuti sesuatu kerjaya selain dari keusahawanan. Anjakan ini boleh berbentuk anjakan politik, anjakan budaya dan anjakan ekonomi. Melalui aspek - aspek ini maka wujulah satu dunia baru di mana, para usahawan mewujudkan peluang pekerjaan misalnya. Usahawan mempelawa masyarakat tempatan untuk bekerja dan mewujudkan pekerjaan di rumah atau tempat kerja. Selain itu, Penggunaan sumber tempatan atau barangan buatan tempatan juga akan meningkat dimana keperluan perniagaan membeli sebahagian sumber seperti bahan mentah di persekitaran ia beroperasi. Ini meningkatkan pendapatan penduduk.Sekaligus, menjana ekonomi yang sihat. Seorang usahawan yang hendak berjaya pasti akan memastikan kewujudan produk dan perkhidmatan baru kepada masyarakat. Jika bukan keluaran baru, ia berperanan mengekal atau mengubahsuai untuk memperbaiki keluaran sedia ada. Selain itu, semangat keusahawanan ini akan menjadi sumber inspirasi atau model kepada masyarakat dengan memberi pendidikan, galakan dan motivasi kepada usahawan baru. Daripada elemen - elemen dalam aspek-aspek makro ini juga, dapat melahirkan usahwan yang boleh membangunkan industri sokongan yang dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera melalui pembabitan bumiputera dalam perdagangan. BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 8 Dari sudut mikro pula, melihat pentingnya ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh seseorang. Ciri-ciri ini didapati mempengaruhi kejayaan seseorang dalam keusahawanan. Di antara ciri-ciri tersebut ialah motivasi ke arah kejayaan, kreativiti, kesungguhan dan pengetahuan teknikal. Ciri-ciri ini dikatakan amat ketara di kalangan usahawan yang berjaya (Shaver dan Scott, 1991). Pendekatan tersebut secara berasingan telah didapati sukar untuk membangun keusahawanan khususnya di peringkat memulakan perniagaan. Justeru, Gartner (1985) mencadangkan empat aspek penting dalam pembangunan keusahawanan, iaitu individu yang menceburkan diri dalam perniagaan, organisasi yang dipilih untuk memulakan perniagaan, persekitaran di sekeliling yang mempengaruhi perniagaan dan proses serta tindakan yang diambil oleh individu tersebut semasa memulakan perniagaan, persekitaran, proses dan organisasi. Dari sudut ini juga dapat melihat masalah sebagai peluang untuk mewu

Page 6: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

judkan idea perniagaan yang bernas. Mengurus faktor pengeluaran seperti modal, aset dan sumber manusia dengan cekap untuk tujuan aktiviti pengeluaran hasil. Menangani risiko kegagalan bagi memastikan perniagaan dapat diteruskan dan berkembang. Memaksimumkan keuntungan-Usahawan sentiasa mencari dan mengenalpasti peluang atau cara-cara bagi memaksimumkan keuntungan perniagaannya. Meningkatkan produktiviti-Usahawan sentiasa mencari atau mengenalpasti cara-cara bagi meningkatkan aktiviti pengeluaran produknya. Melatih pekerja-Usahawan melatih para pekerjanya dengan menghantar pekerjanya menghadiri kursus atau latihan berkaitan dengan kerja. Menjana idea perniagaan-Usahawan sentiasa mencari dan menjana idea perniagaan bagi meningkatkan keuntungan. Meminimumkan kos-Usahawan sentiasa mencari dan mengenalpasti cara-cara meminimumkan kos dan seterusnya akan meningkatkan untung. BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 9 (iv). MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN Selain itu, terdapat beberapa mitos yang dikaitkan dengan pembangunan usahawan. Stereotaip mengenai usahawan adalah banyak. Begitu juga dengan mitos pembangunan keusahawanan. Mitos ini timbul kerana mereka kurang mendalami penemuan atau hasil penyelidikan dalam pembangunan keusahawanan. Berikut ialah beberapa mitos umum dan mitos spesifik yang utama serta realitinya yang berasaskan penyelidikan. Pertama adalah, Usahawan ialah pelaksana bukan pemikir. Realitinya, Walaupun usahawan berkecenderungan dan pantas untuk bertindak tetapi mereka juga adalah pemikir, perancang dan berhati-hati. Kerana itu setiap langkah permulaan terhadap keusahawan mereka diperlukan untuk membina pelan perniagaan yang baik dan matlamat mudah dicapai. Kedua, Usahawan dilahirkan bukan diwujudkan. Realiti, Mitos ini mengambarkan usahawan memang dilahirkan semulajadi, keusahawanan tidak boleh dipelajari. Tetapi pada masa ini keusahawan diwujudkan dengan kaedah dan model, perlu melalui proses kemahiran, belajar melalui kajian kes dan pengetahuan dari bengkel dan seminar keusahawanan. Ketiga, Usahawan mestilah pencipta (inventor). Kekeliruan ini selalu terjadi, sebenarnya untuk menjadi usahawan pelbagai peluang boleh diraih. Apa yang perlu adalah kebolehan dalam mengenalpasti peluang dan kreativiti. Ada manusia yang inovatif tetapi mereka bukan usahawan, contohnya para penyelidik dari organisasi kerajaan atau u

Page 7: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

niversiti. Keempat, Usahawan tidak mementingkan pelajaran dan sosial. Mitos ini diadaptasikan dari rekod kejayaan usahawan yang wujud dari kegagalan pelajaran tapi berjaya dalam BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 10 perniagaan. Tetapi ketika ini para usahawan dilihat sebagai role-model, mereka berjaya dalam bidang pelajaran, menjadi pemimpin masyarakat dan sebagai pemangkin ekonomi negara. Kelima, Mesti memenuhi ciri-ciri atau karektor keusahawan. Ada orang mengariskan berbagai ciri-ciri dalam diri bagi menjadi usahawan. Tetapi adakah semua manusia boleh memenuhi semua sifat tersebut. Ciri-ciri ini telah dikumpulkan oleh para penyelidik dari berbagai sumber dan sudah pasti bukan berdasarkan atas diri seorang usahawan. Ciri utama usahawan adalah bersedia untuk mengambil risiko dan memantapkan motivasi diri. Keenam, Usahawan bergantung pada wang. Benar, untuk menjalankan perniagaan usahawan memerlukan wang. Tetapi banyak perniagaan yang gulung tikar disebabkan kegagalan untuk mengurus kewangan dengan baik. Selain dari itu tiada kemahiran dalam pengurusan, tiada pengetahuan dalam pelaburan, lemah dalam pengurusan keawangan dan pelan perniagaan yang tidak strategik juga penyumbang kepada kegagalan perniagaan. Ketujuh, Usahawan bergantung pada nasib. Selalu kita dengar kata-kata ini "berlaku pada masa yang betul dan pada tempat yang betul". Sebenarnya nasib boleh berlaku jika persediaan cukup untuk mengarap peluang. Persediaan terhadap keusahawanan adalah yang terbaik untuk mencapai kejayaan. Apa yang tersembunyi dibelakang nasib itu adalah persediaan, pengetahuan, keazaman, kemahuan dan inovatif. Kelapan, Perniagaan tidak tersusun dan kacau bilau. Mitos ini adalah datangnya dari mereka yang langsung tidak mengetahui selok-belok perniagaan, mereka hanya membuat tanggapan. Sebenarnya usahawan bergerak dari berbagai sudut, mereka sentiasa melihat banyak peluang didepan mata maka mereka kelihatan seperti tidak terurus atau tidak terkawal. Sebenarnya mereka mempunyai matlamat dan sistem yang kadangkala boleh dihuraikan BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 11 kadangkala tidak. Maka dari kacamata orang luar ianya kelihatan amat janggal sekali, tetapi usahawan berjaya dengan cara mereka.

Page 8: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

Sembilan, Usahawan adalah ibarat ahli judi yang mengambil risiko tinggi. Dalam hidup memang ada risiko. Dalam proses keusahawanan, memang usahawan terpaksa menempuh risiko. Walau bagaimanapun, usahawan yang berjaya didapati amat berhati-hati dalam mengambil risiko dan risiko yang diambil oleh beliau sudah dikiranya. Dalam usaha untuk mengurangkan risiko yang akan beliau hadapi, usahawan tersebut akan mencari maklumat dan membuat perancangan sebelum mengambil sesuatu tindakan. Ini bermakna usahawan mengambil risiko tetapi yang sudah dihitungnya masak-masak terlebih dahulu. “Bumi mana yang tidak ditimpa hujan!”. Oleh itu, usahawan sering mengamalkan peribahasa “Sediakan payung sebelum hujan”. Dan akhir sekali adalah, Memulakan sesebuah perniagaan mempunyai risiko dan sering berakhir dengan kegagalan. Usahawan yang dapat mengenal pasti dan menilai peluang perniagaan yang baik dengan dibantu oleh pengalaman dan pendidikan dapat menarik sumber manusia dan sumber kewangan yang sesuai. Usahawan ini sering mencapai kejayaan dalam perniagaan dengan berkongsi risiko bersama pemberi modal teroka. Dalam keusahawanan, perniagaan mungkin gagal tetapi usahawan tidak. Kegagalan akan menyemarakkan semangat untuk berjaya. Pengalaman dalam kegagalan ini akan membuatkan usahawan lebih kental dan masak untuk menempuh liku-liku keusahawanan. Dalam aspek perniagaan yang mempunyai pertumbuhan tinggi, beberapa mitos sering diketengahkan. Antara mitos spesifik mengenai perniagaan pertumbuhan tinggi (high growth) ialah Mitos 1: Mengambil risiko yang tinggi, Risiko ialah sebahagian daripada perniagaan. BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 12 Memulakansebarang jenis perniagaan akan mendatangkan risiko, sama ada kecil atau besar kepada kehidupan seorang usahawan. Risiko yang dihadapi oleh usahawan teroka baru akan memberi tekanan ke atas famili, imej diri dan juga kedudukan kewangan usahawan tersebut. Namun demikian, kajian menunjukkan tahap risiko tertinggi (yang boleh diukur) yang dihadapi oleh pengasas perniagaan, iaitu dalam aspek kewangan dan keprofesionalan bukan di tahap memulakan perniagaan kerana mereka sering mendapatkan orang lain atau organisasi lain menanggung sebahagian besar daripada beberapa risiko pada awal perniagaan. Mitos 2: Mencipta teknologi tinggi Inovasi penting kepada perniagaan. Namun demikian, kajian mendapati ciptaan baru, keluaran produk yang unik atau proses p

Page 9: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

engeluaran yang luar biasa bukanlah satu kemestian kepada kebanyakan perniagaan yang berjaya. Dalam banyak keadaan perniagaan yang berjaya telah menghasilkan kelainan dan mengekalkannya dengan kerap membuat peningkatan satu tapak di hadapan saingannya. Pemasaran yang kuat sering menjadi kunci utama. Kualiti, fleksibiliti, kemampuan memenuhi kehendak pelanggan lebih penting daripada sama ada perniagaan tersebut telah mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang unik. Mitos 3: Mempunyai rekod pengalaman yang lama dalam industri yang diceburi. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan pengasas mungkin menimba pengalaman melalui proses penerokaan bidang baru. Jika dilihat kembali sangkalan mitos - mitos diatas, anda akan dapati semua sangkalan tersebut menyebut tentang ilmu keusahawan, berpengetahuan dari merancang perniagaan, strategi perniagaan, inovatif dan perlu cepat mengambil peluang. Semua perkara ini perlu BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 13 dipelajari dahulu agar setiap usahawan dapat menangani setiap isu didalam perniagaan yang dijalankan dengan teratur dan terancang. (v). TREND TERKINI KEUSAHAWANAN Skop keusahawanan sudah merentasi kelompok yang diberi tumpuan awal seperti perniagaan kecil dan mereka yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Pada masa ini bidang keusahawanan memperluaskan skopnya dengan mencakupi aspek-aspek seperti “Intrapreneurship”, Keusahawanan sosial (social entrepreneurship) dan Francais. Satu lagi trend Keusahawanan yang terkini dan sedang berkembang luas di serata dunia adalah, E-dagang. E-dagang telah mendatangkan hasil jualan yang memberansangkan kepada negara maju dan membangun. E-dagang ialah pelaksanaan aktiviti pemasaran, promosi, belian dan jualan produk atau perkhidmatan melalui ICT, terutamanya melalui internet. Kaedah ini memberi peluang kepada usahawan untuk mempromosi produk atau perkhidmatan secara meluas di dalam dan luar negara melalui internet. Penggunaan e-dagang ini memberi peluang yang lebih luas untuk melaksanakan perniagaan. Di samping peluang yang luas terbuka, e-dagang juga tidak terkecuali daripada cabaran seperti menangani masalah keselamatan melalui urus niaga elektronik dan gejala lain yang tidak sihat yang boleh dilakukan kepada perniagaan secara on-line.

Page 10: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 14 (vi). CONTOH TERBAIK ADALAH DARIPADA YANG TERBAIK. “TAN SRI ROBERT KUOK” Kita boleh contoh yang nyata disekeliling kita seperti orang terkaya di negara kita ketika ini iaitu Tan Sri Robert Kuok atau pun yang lebih dikenali dengan ‘Raja Gula”. Nama penuh beliau ialah Tan Sri Robert Kuok Hock Nien. Beliau di lahirkan pada 6 Oktober 1923 di Johor Bharu , Johor. Permulaan kerjaya beliau hanyalah bermula sebagai budak pejabat di sebuah syarikat. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga bersaudara. Berkahwin dengan Ho Poh Lin dan mempunyai lapan orang anak Beliau merupakan seorang usahawan yang sangat berjaya. Bermula dengan mendiang bapa beliau, dia dan dua saudara lelakinya meneruskan usaha mendiang bapanya dan telah mengasaskan Kuok Brothers Sdn Bhd pada tahun 1949 ( perdagangan komoditi pertanian). Di bawah kerajaan baru pasca-kolonial ini, Kuok mula dalam perniagaan gula dengan pemerintah. Kuok BrotherS Sdn Bhd, pengusahaan gula dalam bidang pertanian iaitu menanam tebu. Menjadi pembekal kepada kerajaan. BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 15 Bapanya Kuok Keng Kang adalah berasal dari Fujian China. Beliau telah tiba di Tanah Melayu pada awal abad ke – 20 dan membentuk Tong Seng Company di Johor selepas memperoleh lesennya daripada Sultan Johor ketika itu. Syarikat Tong Seng sangat masyur dalam bidang pengedaran beras , gula dan tepung di samping dagangan am dan barangan sejuk. Kemudian beliau diberi kontrak membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000 tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat dan telah meninggal dunia pada 1948. Mempunyai ciri - ciri sebagai seorang usahawan yang sangat tinggi. Selepas tamat pengajian, beliau bekerja dengan konglomerat industri Jepun, Mitsubishi Dhoji Kisha antara 1942 dan 1945 yang menjual garam, gula dan beras. Untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya , beliau telah mencontohi hubungan rapat bapanya dengan pem

Page 11: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

impin Melayu Johor ketika itu. Beliau menubuhkan Malayan Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing . Pada tahun 1961, beliau membuat rampasan kuasa dengan membeli gula murah dari India sebelum harga melonjak. BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 16 Malayan Sugar Manufacturing Company ( 1958 ) - dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing Pada 1964, Kilang gula pertama Malaysia ditubuhkan dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan. Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara iaitu Perlis Plantation di tanah kerajaan dengan bantuan FELDA dan telah mengembangkannya ke Indonesia pada tahun 1970-an serta terus menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia. Ladang Tebu - Perlis BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 17 Ladang Kelapa Sawit - Wilmar, Singapore Beliau terus melabur dengan banyak dalam kilang penapisan gula, 80% daripada pasaran gula Malaysia yang dikawal dengan pengeluaran 1.5 juta tan, bersamaan dengan 10% daripada pengeluaran dunia, dan sebagainya yang diperolehi nama samaran "Gula Ra

Page 12: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

ja Asia". Kejayaannya telah mendorong kerajaan meminta bantuan untuk menubuhkan Malaysia – Singapore Airline ( MSA ) pada lewat 1960 an serta syarikat perkapalan ulung negara iaitu Malaysia Shipping Line Corporation pada 1968 . ( kini ialah MISC ) Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang Melayu dalam bidang ekonomi. BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 18 PENGEMBANGAN EMPAYAR �Orang terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Robert Kuok sering di rujuk sebagi “ Raja Gula” tetapi sebaliknya menyukai “Hotel King” dan percaya ianya hanya “kemasyuran palsu”. “ Saya suka hotel tetapi perkataan ‘Raja’ hanya palsu ” Tan Sri Robert Kuok – CCTV Temubual dengan China Central Telivisyen Walaupun mendapat jolokkan sebagai Raja Gula, tetapi beliu sebenarnya lebih menggemari dengan gelaran Hotel King. Ini kerana beliu amat menyukai bidang itu, Oleh kerana itu beliau telah mengembangkan kerjayanya dari usahawan gula tersohor kepada bidang perhotelan. Ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya amat terserlah dalam dirinya. Tidak menumpukan pada satu jenis perniagaan baliau mengembangkan empayarnya dalam bidang perhotelan, hartanah , serta media. Pada 1971, beliau membina Shangri-La Hotel yang pertama , di Singapura . Shangri-La Hotel - di Singapura BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 19 Pada tahun 1974, beliau memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong kerana sebab-sebab cukai dan pada tahun 1977 pula , merupakan pelaburan awal beliau di Hong Kong apabila beliau mengambil alih sebidang tanah yang baru ditambak Tsim Sha Tsui Timur tepi laut, dan beliau membina hotel yang kedua, Kowloon Shangri-La.

Page 13: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

Kowloon Shangri-La – Hong Kong Filipina Singapore Malaysia BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 20 Tetapi ada juga mengandaikan, bahawa wujudnya persaingan sengit di kalangan usahawan Melayu dan Cina di Malaysia di samping memelihara kepentingan beliau sendiri. Di Hong Kong juga , beliau telah menubuhkan Kerry Trading Company dan melangkah dalam bidang media serta hartanah.. Kerry menguasai kira-kira 10 syarikat terbitan awam Hong Kong termasuklah South China Morning Post ( SCMP ). South China Morning Post ( SCMP ). Rupert Murdoch Tan Sri Robert Kuok BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 21 Bukan itu sahaja akhbar berbahasa Inggeris terunggul juga dibelinya dari Rupert Murdoch pada 1993 serta mempunyai kepentingan dalam The Bangkok Post. Melalui SCMP beliau mengambil alih tve Holdings yang terbabit dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan dengan RM570 juta ( AS$150 ) pada tahun 1996. Dan pada ketika itu beliau juga merupakan ahli perniagaan Asia pertama membina rangkaian hotel lima bintang ( Shangri- La ). Di situ beliau mengembangkan lagi

Page 14: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

empayarnya dengan beralih ke tanah besar China dengan melabur dalam bidang pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca – Cola. Kini, beliau adalah di antara usahawan negara yang paling berjaya setalah mengekalkan kedudukan teratas dalam carta jutawan negara. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm Dengan sikap yang berani mengambil risiko di kala orang lain teragak-agak beliau memberanikan diri untuk melabur di negara yang sedang bergolak seperti Indonesia pada tahun 1960-an dan Filipina pada 1980-an dan hasilnya belaiu berjaya mengukuhkan hubungan dengan pihak berkuasa terbabit sejak empat dekat lalu. BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 22 DI ANTARA MERCU TANDA KEJAYAAN BELIAU… History Supreme - Kapal Peranginan Mewah bersalut emas, peribadi milik beliau diantara hasil kejayaannya. BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 23 (vii). KESIMPULAN. Keusahawanan sebagai satu bidang ilmu adalah masih muda usianya. Program keusahawanan adalah bidang baru di institusi pendidikan tinggi. Pada tahun 1970-an, hanya beberapa buah universiti yang menawarkan program keusahawanan. Pada masa kini, program keusahawanan telah ditawarkan oleh lebih kurang 1000 buah universiti di Amerika

Page 15: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

Syarikat. Universiti-universiti ini termasuk universiti-universiti yang terkemuka di dunia. Walau bagaimanapun, mitos mengenai pembangunan keusahawanan masih dibincangkan. Mitos ini timbul kerana kurang mendalami penemuan penyelidikan mengenai pembangunan keusahawanan. Penyelidik dari berbagai disiplin telah menunjuk minat yang mendalam kepada bidang ini termasuk ekonomi, psikologi dan sosiologi. Keusahawanan boleh dilihat dari aspek makro dan juga mikro. Walau bagaimanapun, pendekatan antara disiplin yang paling sesuai. Trend dan perkembangan bidang keusahawanan boleh dilihat menerusi perkembangan skop dan penggunaan ICT dalam perniagaan. Selain itu terdapat kelebihan keusahawanan sebagai kerjaya. Dalam dunia keusahawanan terdapat berbagai peluang yang tiada batasan. Kerjaya dalam keusahawanan tidak menghadkan bilangan individu untuk menceburkan diri dalam bidang ini. Mempunyai pemilikan perniagaan atau organisasi sendiri. Usahawan mempunyai kawalan terhadap halatuju perniagaan dari segi ,Fleksibiliti dalam melakukan pekerjaan, Tanggungjawab terhadap kerja, Sasaran pencapaian, penggunaan sumber, dan faedah. BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 24 Punca pendapatan atau ganjaran. Kedudukan kewangan merupakan satu pengukur kejayaan. Usahawan boleh memaksimumkan keuntungan dengan menggemblengkan sumber yang dimiliki dan menjadi pendorong untuk bekerja bersungguh-sungguh. Membaiki status diri dan masyarakat. Kedudukan kewangan seseorang usahawan meningkatkan reputasi dan statusnya di kalangan masyarakat. Peluang mewariskan kerjayanya dimana perniagaan dapat diteruskan oleh waris walaupun usahawan telah meninggal dunia. Di Malaysia, pula Pembangunan Keusahawanan bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. British telah menukarkan struktur sosial dgn mjlnkan pemerintahan “Pecah & Perintah”. iaitu kaum Melayu sebagai pentadbir dan disektor pertanian, kaum Cina disektor perlombong dan berniaga, India disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih kedepan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India. Selepas kemerdekaan, kerajaan telah mengfokuskan kepada keusahawanan sehinggalah sekarang. DEB (1971-1990), Dasar Pbangunan Negara (1990-2000) & Wawasan 2020, s

Page 16: 300236139 Enterpreneur Dan Tokoh Usahawan Berjaya Copy

emua pihak mengalakkan & mberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kerajaan telah mberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun 1995, kerajaan menubuhkan Kem. Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang memgawal & mempromosi pembangunan keusahawanan & kini tlh ditukar kepada Kem. Pembangunan Keusahawanan & Koperasi. BPME1013|ASAS KEUSAHAWANAN 25 Dengan ciri—ciri keusahawanan yang dimiliki, mereka sentiasa mencuba untuk menukar sesuatu idea kepada satu realiti yang boleh mendatangkan keuntungan kepada din mereka khususnya dan organisasi amnya. Oleh itu, sesebuah organisasi korporat mestilah memberi pengiktirafan yang tinggi kepada usahawan korporat yang mempunyai ciri-ciri seperti mahukan kebebasan, tidak terikat kepada struktur hierarki dan polisi syarikat, sanggup menerima risiko secara sederhana dan tidak berminat dengan amalan birokrasi. Antara kepentingan yang akan diperoleh dalam membangunkan usahawan korporat ialah menolong mengintegrasikan aktiviti-aktiviti sekunder, merealisasikan keperluan secara fleksibiliti dan inovatif bagi unit aktiviti-aktiviti sekunder, menolong memendekkan masa bertindak balas, mengelakkan kecenderungan untuk berkompromi, membantu syarikat untuk mengadaptasikan dengan persekitaran perniagaan yang dinamik dan mencabar. membolehkan syarikat mempelbagaikan perniagaannya dan memberi peluang kepada syarikat untuk membuat percubaan pasaran. Penulis dan pengkaji - pengkaji dalam bidang keusahawanan tidak lari dari perkataan - perkataan - perkataan seperti; Risiko dan ketidaktentuan, inovasi, kreatif,mengenal pasti peluang, keuntungan,kemahiran & pengetahuan. Ini kerana sememangnya untuk menjadi usahawan yang berdaya saing yang tinggi harus ada elemen - elemen tersebut. .