312 BM UPDATE 03042013
Transcript of 312 BM UPDATE 03042013
1
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
PENYIASATAN PERTUBUHAN PERKHIDMATAN 2013
(BAGI TAHUN RUJUKAN 2012)
PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK
A. UMUM
1. Penyiasatan ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta
ini menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan
tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal
selidik tuan akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh
perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas
keengganan memberikan kerjasama.
2. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim
2012. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan
tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam (6) bulan
dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila berikan
anggaran yang munasabah.
3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada
pemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini
boleh bertindak bagi pihak pemilik.
4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir.
5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana perkara yang
mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan
perbezaan tersebut pada ruangan catatan di muka surat 15 soal selidik ini. Penjelasan ini
akan membantu meminimakan pertanyaan.
B. SKOP DAN LIPUTAN
1. Penyiasatan ini meliputi sektor perkhidmatan pengiklanan di Malaysia.
2. Aktiviti ini meliputi perkhidmatan agensi pengiklanan. Ia adalah merujuk kepada:
(a) mencipta dan meletakkan iklan di dalam surat khabar, terbitan berkala, radio, televisyen,
internet dan lain-lain media;
(b) mencipta dan meletakkan iklan di luar, contoh: papan iklan, panel, buletin dan gambar,
hiasan tingkap, peragaan bilik pameran, iklan di kereta dan bas, dan lain-lain,
PENGIKLANAN
2
(c) wakil media iaitu jualan ruang dan masa untuk pelbagai media bagi tujuan pengiklanan,
pengiklanan dari udara, pengedaran atau penghantaran bahan atau sampel pengiklanan,
peruntukan ruang di papan iklan, penyediaan tapak, tempat letak dan struktur pameran
lain;
(d) Mengadakan kempen pemasaran dan perkhidmatan pengiklanan lain yang ditujukan
untuk menarik perhatian dan kesetiaan pengguna (promosi produk, pemasaran ditempat
jualan, pengiklanan pos secara terus, perundingan pemasaran).
Tidak termasuk ialah penerbitan bahan pengiklanan, pengeluaran mesej iklan untuk radio,
televisyen dan filem, aktiviti perhubungan awam, penyelidikan pasaran, pengiklanan fotografi,
penganjuran konvesyen dan pertunjukkan perdagangan, aktiviti pos secara terus
(mengalamat, pra-penyisihan dan sebagainya).
3. Tuan dikehendaki melaporkan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh pertubuhan yang
meliputi mana-mana kegiatan yang dinyatakan di atas.
4. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah BEBAS, sila laporkan semua maklumat dalam
soal selidik ini KECUALI Soalan 12 di muka surat 16.
5. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah ibu pejabat, sila laporkan semua maklumat dalam
soal selidik ini. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah cawangan yang tidak mempunyai
akaun yang berasingan dengan ibu pejabat, sila pastikan alamat ibu pejabat dilaporkan di
Soalan 12.2 dan 12.3 di muka surat 16.
C. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK
Soalan 1: Maklumat Pengenalan
Perkara 1.1 Sila berikan nombor pendaftaran syarikat / perniagaan jika berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Perkara 1.2 Sila nyatakan jenis organisasi pertubuhan tuan dan sila tanda (X) dalam satu kotak
sahaja.
Perkara 1.3 Sila nyatakan aktiviti utama pertubuhan tuan berasaskan perkhidmatan yang
memberikan sumbangan terbesar dari segi nilai.
Perkara 1.4 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang.
Perkara 1.5 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh operasi perlu meliputi
sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam tahun rujukan.
Contoh:
(a) 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2012
/ / / /
Tahun Bulan Hari
Dari 0 1 0 1 2 0 1 2
Tahun Bulan Hari
Hingga 3 1 1 2 2 0 1 2
3
(b) 1 Julai 2012 hingga 30 Jun 2013
Perkara 1.6 Sila tanda (X) jika organisasi pertubuhan tuan membekal atau menerima perkhidmatan ke / dari luar Malaysia
Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah komoditi tidak ketara.
Perkhidmatan perdagangan antarabangsa adalah perkhidmatan yang dieksport dari atau perkhidmatan yang diimport ke Malaysia. Ini meliputi perkhidmatan perdagangan kepada sebarang individu atau entiti perniagaan yang terletak di luar Malaysia.
Termasuk:
• Transaksi dengan cawangan atau anak syarikat bagi perniagaan Malaysia yang berada di luar Malaysia.
• Bagi perkhidmatan pembinaan, perdagangan antarabangsa termasuk kedua-dua barangan dan perkhidmatan.
Tidak termasuk:
• Transaksi dengan cawangan atau anak syarikat bagi perniagaan asing yang berada di dalam Malaysia.
Perkara 1.7 Sila nyatakan alamat tempat perniagaan tuan sekiranya ia tidak sama dengan alamat
pos di muka depan. Alamat tempat perniagaan merujuk kepada alamat lokasi fizikal
di mana tempat perniagaan sebenar terletak. Jika lokasi tempat perniagaan sebenar
terletak di luar kawasan bandar, sila berikan lokasinya dengan lengkap seperti
kampung atau bandar yang berhampiran sekali dengannya.
Perkara 1.8 Sila pastikan data yang dilapor dalam Soal Selidik ini hanya berkaitan dengan
pertubuhan ini di mana lokasinya adalah sama seperti alamat yang diberikan di
dalam Soalan 1.7.
Sila tandakan (X) dalam satu kotak sahaja.
Soalan 2: Taraf Sah
Perkara 2.1 Sila tandakan (X) dalam satu kotak sahaja
(a) Hak Milik Perseorangan
Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan
ianya dijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pemilik
mempunyai hak mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya.
(b) Perkongsian
Ia merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untuk
mengkontrak dan menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk
mendapat keuntungan. Perniagaan tersebut diuruskan oleh mereka atau
salah seorang daripada mereka yang bertindak mewakili semua pihak.
Tahun Bulan Hari
Dari 0 1 0 7 2 0 1 2
Tahun Bulan Hari
Hingga 3 0 0 6 2 0 1 3 / / / /
4
Perkongsian perniagaan ini hendaklah mengandungi ahli sekurang-
kurangnya dua orang dan tidak melebihi had maksimum dua puluh orang.
(c) Syarikat Sendirian Berhad
Ia merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untuk
menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mencari keuntungan.
Saham dipegang secara tertutup oleh pemegang–pemegang saham yang
mempunyai kawalan terhadap operasi syarikat. Ia didaftarkan dengan
tanggungan berhad.
Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan Artikel
Persatuan sendiri, yang antara lain:
i. menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya;
ii. menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga lima
puluh orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas pekerja
yang masih menjadi ahli);
iii. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli apa-
apa saham atau debentur syarikat itu; dan
iv. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya menyimpan
wang di syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan ataupun
untuk dibayar bila dituntut, sama ada dengan faedah atau tidak.
(d) Syarikat Awam Berhad
Syarikat awam berhad juga merupakan sebuah perbadanan swasta yang
ditubuhkan, dengan tanggungan berhad, oleh sekurang-kurangnya dua
orang untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mencari
keuntungan. Saham syarikat awam berhad ini dipegang secara terbuka dan
bagi sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, sahamnya boleh
bertukar milik secara bebas. Syarikat tersebut dianggap sebagai sebuah
entiti yang sah dan ditubuhkan mengikut Memorandum dan Artikel
Persatuan.
(e) Syarikat Koperasi
Ia merujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya tidak
terhad dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Kumpulan wang yang
ada adalah milik bersama untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya.
(f) Perbadanan Awam
Ia merujuk kepada sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta
Parlimen atau Dewan Perundangan Negeri.
(g) Pertubuhan Persendirian Yang Tidak Mencari Keuntungan
Ia merujuk kepada syarikat tanpa saham yang ditubuhkan dengan
tanggungan berhad. Kebanyakan syarikat ini terdiri daripada pertubuhan
kebajikan, keagamaan, pendidikan, kesihatan, kebudayaan, rekreasi dan
pertubuhan lain yang membekalkan perkhidmatan sosial dan komuniti
kepada isi rumah. Ia memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma
atau pada harga yang tidak meliputi sepenuhnya kos perkhidmatan.
Sebarang keuntungan yang diperolehi dilabur semula ke dalam pertubuhan
berkenaan.
5
(h) Lain-lain
Ia merujuk kepada semua pertubuhan lain yang tidak termasuk di mana-
mana kategori yang tersebut di atas, contohnya syarikat sendirian bukan
berhad.
Soalan 3: Dana Pemegang Saham Dan Struktur Hak Milik
Perkara 3.1 Dana pemegang saham:
Perkara 3.1.1 Modal berbayar
Masukkan nilai modal berbayar di dalam kotak yang disediakan.
(a) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia merujuk
kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik perseorangan atau
rakan kongsi.
(b) Bagi syarikat sendirian berhad atau syarikat awam berhad, ia merujuk
kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat.
(c) Bagi perbadanan awam, ia merujuk kepada modal yang dibayar oleh
kerajaan Malaysia.
(d) Bagi koperasi, ia merujuk kepada saham yang dilanggani dan dibayar
oleh anggota-anggota, dan / atau modal yuran.
Perkara 3.1.2 Rizab
Masukkan nilai rizab dalam kotak yang disediakan.
(a) Bagi syarikat berhad, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian
yang terkumpul, rizab modal, akaun premium saham, rizab am, rizab
tukaran mata wang asing dan rizab lain.
(b) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia merujuk
kepada baki dalam akaun keuntungan dan kerugian.
(c) Bagi koperasi, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang
terkumpul dan dana rizab.
Perkara 3.2 Struktur hak milik
Sila berikan peratus (%) hak milik pertubuhan berdasarkan modal berbayar seperti
pada 31.12.2012.
Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf residen pemilik modal
berbayar terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut taraf
kewarganegaraan mereka.
Perkara 3.2.1 Dipegang oleh Residen Malaysia
Residen Malaysia adalah individu, pertubuhan atau organisasi lain yang
lazimnya berada di Malaysia untuk jangka masa sekurang-kurangnya satu
tahun. Residen Malaysia meliputi:
6
• Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan di Malaysia;dan
• Warga asing yang menetap atau bekerja di Malaysia lebih daripada
setahun.
Perkara 3.2.1.1 Individu
Jelas maksudnya.
Perkara 3.2.1.2 Institusi / syarikat
(a) Bumiputera
Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh
Bumiputera, contohnya:
Lembaga Tabung Haji
Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Koperasi Polis
Jabatan Koperasi
ASM Mara
Amanah Saham PNB
(b) Bukan Bumiputera
Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh
Bukan Bumiputera.
Perkara 3.2.2 Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan
Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh Kerajaan
Persekutuan, Negeri atau Tempatan, contohnya:
Khazanah Nasional Berhad
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Kementerian Kewangan Malaysia
Keretapi Tanah Melayu Berhad
Bank Pertanian Malaysia
Lembaga Air Perak
Yayasan Kemiskinan Kelantan
Lembaga Pelabuhan Johor
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Kementerian Kewangan Negeri Sabah
Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS BHD)
Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
7
Menteri Besar Incorporation
Selangor State Incorporation
Sarawak Goverment Employee Co-operative Society Ltd
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Bhd (BPIMB)
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Perbadanan Nasional Berhad (PNS)
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pulau Pinang
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sembilan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Melaka
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak
Perkara 3.2.3 Dipegang secara langsung oleh bukan Residen Malaysia
Bukan Residen Malaysia ialah individu, pertubuhan atau organisasi lain
yang lazimnya tinggal atau terletak di negara lain selain Malaysia. Bukan
residen Malaysia terdiri daripada:
• Cawangan dan anak syarikat di luar negara kepada syarikat
induk di Malaysia; dan
• Rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negara melebihi
setahun.
Soalan 4: Perbelanjaan Modal Dan Nilai Harta
i. Maklumat yang dikehendaki dalam soalan ini adalah:
a. nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun rujukan; dan
b. nilai urus niaga harta pada tahun rujukan.
ii. Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dan
sebagainya) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada
setahun dan ianya adalah bertujuan untuk digunakan oleh pertubuhan ini.
iii. Harta lain meliputi paten, muhibah, lukisan, barang kemas, kerja masih dalam pembinaan
dan sebagainya.
iv. Nilai buku bersih pada awal tahun perlu direkodkan dalam ruangan 01, iaitu nilai setelah
mengambil kira susut nilai pada masa itu.
v. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan itu sama ada
diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja-pekerja sendiri.
Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta yang masih ada yang memanjangkan
8
lagi usia ekonomi biasa atau meninggikan lagi daya pengeluaran mereka, hendaklah
dilaporkan. Pembaikan dan penyelenggaraan semasa adalah dikecualikan.
vi. Pemilikan daripada pertubuhan lain hendaklah dinilaikan pada kos penuh yang terlibat, iaitu
pada harga serahan dicampur dengan kos pemasangan, termasuk sebarang bayaran dan
cukai yang perlu, tetapi tidak termasuk kos pembiayaan iaitu kos-kos berhubung dengan
mengadakan kumpulan wang bagi membiayai pembelian harta seperti komisen kepada bank
atau underwriter dan bayaran yang dikenakan bagi mengapungkan sebarang pinjaman yang
diperlukan.
vii. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak milik yang
sama, hendaklah dinilaikan seperti dibeli dari luar pertubuhan.
viii. Pembelian baru termasuk import (baru & terpakai) meliputi perolehan harta baru termasuk
pengubahsuaian atau harta terpakai yang diimport kerana ia merupakan harta baru diperoleh
untuk ekonomi Malaysia. Ini merujuk harta tetap yang belum pernah digunakan di Malaysia,
termasuk harta tetap yang diimport sama ada baru atau terpakai (ruangan 02).
ix. Pembelian aset terpakai Malaysia merujuk kepada semua harta yang dahulunya digunakan
dalam Malaysia termasuk semua harta yang telah dibaikpulih atau diubahsuai sebelum
pemilikan hendaklah dianggap sebagai terpakai (ruangan 03).
x. Membuat / membina sendiri ke atas harta tetap yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini untuk
kegunaan sendiri, kos bagi semua kerja yang dijalankan pada tahun itu hendaklah
direkodkan. Sebarang kos overhead yang diperuntukkan bagi kerja ini hendaklah dimasukkan
(ruangan 04).
Urus niaga modal pada amnya hendaklah direkodkan apabila pemilikan diperoleh.
Kebiasaannya ia hendaklah direkodkan serentak pada masa harta tersebut disiapkan
sepenuhnya dan diserahkan untuk penyeliaan pertubuhan itu. Ini adalah merupakan asas
merekod perbelanjaan bagi semua harta tetap kecuali bagi kerja-kerja binaan. Dalam kes
pembinaan, nilai kerja pembinaan ialah nilai kerja yang dijalankan ke atas projek yang
disempurnakan pada tahun rujukan, dicampur dengan nilai kerja yang masih dijalankan pada
akhir tahun rujukan dan ditolak nilai kerja pada awal tahun rujukan.
xi. Nilai harta yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun rujukan tanpa
mengira keadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil sebenar yang diperoleh di
ruangan 05.
xii. Keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta merujuk kepada sesuatu
harta dijual melebihi / kurang daripada nilai buku bersih, maka keuntungan / kerugian
daripada jualan harta diperoleh hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06.
Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untuk mencerminkan harga
pasaran semasa dan keuntungan / kerugian daripada penilaian semula harta diperoleh juga
hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06. Jika berlaku kerugian, angka hendaklah ditulis
dalam kurungan atau bermula dengan simbol (-).
xiii. Susut nilai semasa merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta disebabkan
oleh haus, lusuh, luput atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran (susut nilai yang dibenarkan
untuk maksud cukai boleh diterima). Nilai yang dilaporkan dalam penyata akaun bagi tiap-tiap
kelas harta tetap hendaklah dilaporkan dalam ruangan 07 secara berasingan. Ini termasuk
9
juga pelunasan (pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai ini hendaklah sama
dengan perkara 9.28 Soalan 9.
xiv. Nilai buku bersih akhir tahun rujukan (ruangan 08) =
+ nilai buku bersih awal tahun
+ nilai harta yang diperoleh
- harta yang dijual atau dilupus
± keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta
- susut nilai semasa
xiv. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas dasar
pajakan atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09.
Jenis harta adalah ditakrifkan seperti berikut:-
Perkara 4.1 Harta Tetap
Perkara 4.1.1 Tanah termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira pembangunan
dan struktur. Ia juga termasuk tanah tebus guna.
Perkara 4.1.2 Bangunan dan binaan lain:
a. Tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan dalam pembinaan atau
pengubahsuaian bangunan, yang mana pada keseluruhannya atau
sebahagian besarnya terdiri daripada tempat kediaman.
b. Bukan tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan bagi pembinaan
atau pengubahsuaian bangunan dan struktur yang mana pada
keseluruhannya atau sebahagian besarnya untuk kegunaan perindustrian,
awam dan komersil contohnya kilang, gudang, bangunan pejabat, stor,
restoran, garaj, kedai, hospital, sekolah dan sebagainya.
c. Binaan lain termasuk pembinaan atau pengubahsuaian jalan, landasan
keretapi, parit, jambatan, pelabuhan, medan letak kereta, saluran paip dan
sebagainya.
Perkara 4.1.3 Alat pengangkutan merujuk kepada alat pengangkutan yang digunakan untuk
pemindahan barangan dan / atau orang.
Perkara 4.1.4 Komputer
(a) Perkakasan komputer
Merujuk kepada semua perkakasan prosesan, penyimpanan,
penghantaran data dan maklumat yang berkaitan dengan sistem komputer.
(b) Perisian komputer
Merujuk kepada perisian untuk pengoperasian sistem komputer sama ada
dibangunkan sendiri, ditempah khas atau dibeli.
Perkara 4.1.5 Jentera dan kelengkapan termasuklah jentera penjanaan kuasa, mesin dan
kelengkapan pejabat, jentera pertukangan logam, jentera pembinaan dan
jentera industri lain, kren, forklift dan sebagainya, kontena tahan lama,
10
peralatan dan perkakas yang digunakan oleh profesional dan jentera serta alat
lain termasuk pengubahsuaian besar dan pembaikan terhadap jentera dan
peralatan jenis ini.
Perkara 4.1.6 Perabot dan pemasangan meliputi semua perkakasan yang diperlukan bagi
menghias dan melengkapkan sesebuah bangunan contohnya kerusi, meja, kain
langsir, permaidani dan sebagainya.
Perkara 4.2. Harta-harta lain merujuk kepada harta tak ketara.
Perkara 4.2.1 Paten merujuk kepada hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat ciptaan-
ciptaan mekanikal yang berkuasa untuk beberapa tahun. Paten direkodkan pada
kos.
Perkara 4.2.2 Muhibah wujud daripada nama baik sesebuah syarikat dan kesetiaan
pelanggan yang diperoleh. Apabila sesuatu perniagaan dibeli dengan harga
melebihi nilai bersih harta, maka lebihan ini dianggap sebagai muhibah.
Perkara 4.3 Lain-lain
Sila nyatakan. Perkara ini meliputi harta lain / perbelanjaan modal, sekiranya ada,
yang mungkin tidak dapat kelaskan di atas seperti barangan antik dan lukisan.
Semua harta kewangan seperti wang tunai, penghutang dan stok (saham)
dikecualikan.
Perkara 4.4 Jumlah
Sila jumlahkan perkara 4.1, 4.2 dan 4.3
Perkara 4.5 Kerja dalam pelaksanaan merujuk kepada harta yang separuh siap dan masih
belum dimodalkan.
Soalan 5: Pekerja Dan Gaji & Upah
A. Takrif am
Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 5A (PEKERJA LELAKI) dan 5B
(PEKERJA PEREMPUAN). Sila lengkapkan butir-butir pekerja tuan seperti takrif berikut:
i. Jumlah pekerja (ruangan 01 hingga 13)
Sila laporkan semua orang yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori
pekerja, kewarganegaraan dan kumpulan etnik daripada ruangan 01 hingga 13 pada
bulan Disember atau pada tempoh pembayaran gaji terakhir dalam tahun rujukan.
Bilangan yang dilaporkan hendaklah termasuk pekerja yang sedang bercuti jangka
pendek seperti cuti sakit, cuti tahunan atau cuti rehat dan juga pekerja yang mogok.
Pengarah syarikat korporat yang diberi bayaran hanya semata-mata kerana kehadiran
mereka dalam mesyuarat Lembaga Pengarah, pekerja yang diberi cuti yang tempohnya
tidak ditentukan, bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah pencen hendaklah
dikecualikan.
Sila pastikan bahawa semua jumlah mendatar dan menegak adalah betul.
11
ii. Gaji & upah tahunan (ruangan 18)
Sila laporkan semua pembayaran (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebih
masa dan elaun tunai termasuk belanja sara hidup, perumahan, kereta, makanan dan
sebagainya) yang dibuat sepanjang tahun rujukan meliputi semua pekerja bergaji dalam
setiap kategori. Bagi semua pekerja yang diambil secara langsung, laporkan jumlah
bayaran yang dibuat, sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerja kepada
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau pertubuhan keselamatan sosial atau kumpulan
wang simpanan lain atau kumpulan wang persaraan. Caruman majikan kepada
kumpulan wang seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dikecualikan.
iii. Pekerja sepenuh masa
Pekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk
sekurang-kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan.
iv. Pekerja sambilan
Pekerja sambilan merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk kurang
daripada 6 jam sehari dan / atau kurang daripada 20 hari sebulan.
B. Takrif kategori pekerja
Perkara 5.1 Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktif
Termasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau
sepenuh masa) yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan ini. Rakan
niaga dan ahli keluarga pemilik yang tidak aktif adalah dikecualikan,
melainkan mereka yang mengambil bahagian dalam mengawal dan
menguruskan perniagaan ini. Kategori ini tidak berkaitan dengan syarikat
berhad atau perbadanan awam, yang mana hak miliknya adalah ditentukan
mengikut pegangan ekuiti.
Perkara 5.2 Pekerja keluarga tidak bergaji
Termasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi mana-mana pemilik
pertubuhan yang mana pada tempoh tertentu bekerja sekurang-kurangnya satu
pertiga daripada waktu kerja biasa tetapi tidak menerima bayaran, sama ada
dengan wang tunai atau mata benda, untuk kerja yang dilakukan. Pekerja ini
sememangnya mendapat makanan, tempat tinggal dan bantuan lain sebagai
sebahagian daripada isi rumah pemilik ini sama ada mereka bekerja atau tidak
di pertubuhan tersebut.
Walau bagaimanapun, jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja
keluarga dan mereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang
persaraan lain, mereka hendaklah dianggap sebagai pekerja bergaji, iaitu
hendaklah dilaporkan di dalam Soalan 5A dan 5B, perkara 5.3 dan 5.4
selaras dengan takrif pekerja sepenuh masa atau sambilan di atas.
Kategori pekerja keluarga tidak bergaji ini tidak berkaitan dengan syarikat
berhad atau perbadanan awam yang mana hak milik adalah mengikut
pegangan ekuiti.
Perkara 5.3 Pekerja bergaji (sepenuh masa)
Termasuk semua pekerja yang bekerja sepenuh masa untuk pertubuhan ini
dalam tahun rujukan dan menerima gaji, (lihat juga catatan dalam perkara 5.2
12
di atas). Mereka yang bekerja di luar, yang mana gaji dan perkhidmatannya di
bawah kawalan pertubuhan itu, seperti wakil jualan, wakil kejuruteraan dan
kakitangan penyelenggaraan dan pembaikan hendaklah dimasukkan, jika ada.
Termasuk juga dalam kumpulan ini ialah pengurus dan pengarah pertubuhan
korporat yang bergaji kecuali jika mereka hanya menerima pembayaran
semata-mata kerana hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Semua
pekerja di atas hendaklah dilaporkan mengikut kategori pekerja seperti takrifan
di bawah:
Perkara 5.3.1 Pengurusan, profesional dan eksekutif
Pengurus ditakrifkan sebagai mereka yang membuat keputusan dan
mengambil bahagian dalam penentuan dasar organisasi, merancang,
menyusun dan mengarah dalam pentafsiran dan pelaksanaan dasar.
Tugas mereka melibatkan tanggungjawab penyusunan keseluruhan
organisasi atau untuk satu atau lebih jabatan di dalam sesebuah
organisasi.
Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankan penyelidikan
dan menggunakan secara profesional pengetahuan dan kaedah saintifik
terhadap pelbagai masalah teknologi, ekonomi, sosial, perindustrian dan
kerajaan. Istilah di atas pada umumnya digunakan kepada mereka yang
mempunyai kelayakan profesional untuk menjalankan tugas-tugas
mereka (contohnya peguam, akauntan, jurutera dan sebagainya.).
Eksekutif ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai hak dan
tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu
organisasi.
Perkara 5.3.2 Teknikal dan penyeliaan
Pekerja teknikal adalah mereka yang di bawah kumpulan “teknikal”
antara lain menjalankan kerja teknik, penyelidikan dan kawalan kualiti.
Mereka biasanya bekerja di bawah arahan dan penyeliaan kakitangan
yang mempunyai kelayakan profesional. Contoh pekerja di bawah
kategori ini ialah ketua mekanik, juruteknik makmal, juruteknik kawalan
kualiti, jururawat, pelukis pelan dan chef. Pekerja penyeliaan adalah
mereka yang menyelia berbagai atau sesuatu kegiatan tertentu
misalnya kegiatan pengeluaran di dalam sesebuah pertubuhan. Mereka
mengawal dan menyelaraskan kegiatan pekerja-pekerja di bawah
jagaan mereka.
Perkara 5.3.3 Perkeranian dan pekerjaan yang berkaitan
Pekerja dalam kumpulan ini menyusun dan menyelenggarakan rekod
kewangan dan kegiatan perniagaan lain termasuk pengendalian wang
bagi pihak pertubuhan itu dan pelanggannya, mencatat perkara lisan
atau menulis dengan trengkas, menaip dan cara-cara lain. Termasuk
dalam kategori ini ialah kerani, kerani akaun, jurutaip, jurutrengkas,
pegawai khidmat pelanggan, setiausaha sulit, kerani stor dan
penyambut tetamu.
Perkara 5.3.4 Pekerja am
Pekerja am adalah mereka yang menjalankan kerja-kerja am dan
pelbagai tugas. Termasuk dalam kategori ini ialah pemandu, konduktor,
13
operator telefon, pembantu pejabat, penghantar surat dan pengawal
keselamatan.
Perkara 5.3.5 Jumlah
Sila jumlahkan perkara 5.3.1 hingga 5.3.4
Perkara 5.4 Pekerja bergaji (sambilan)
Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan / atau
kurang daripada 20 hari sebulan dan menerima gaji.
Perkara 5.5 Jumlah
Sila jumlahkan perkara 5.1, 5.2, 5.3.5 dan 5.4.
Soalan 6: Bilangan Pekerja Mengikut Kelulusan
i. Kelulusan dikelaskan seperti berikut:
Perkara 6.1 Pascasiswazah
Merujuk kepada semua peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang diperoleh
daripada institusi pengajian tinggi (dalam / luar negeri).
Perkara 6.2 Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan atau yang setaraf
Merujuk kepada semua peringkat ijazah pertama yang diperoleh daripada
institusi pengajian tinggi (dalam / luar negeri). Kelayakan-kelayakan diploma
lanjutan atau profesional yang diiktiraf setaraf atau lebih tinggi daripada
ijazah juga diambil kira seperti ACCA, CIMA (perakaunan), LLB (undang-
undang) dan sebagainya.
Perkara 6.3 Diploma atau yang setaraf
Merujuk kepada diploma yang diperoleh daripada institusi pengajian tinggi,
politeknik atau kolej (dalam / luar negeri) yang tidak diiktiraf sebagai ijazah.
Demikian juga kelayakan profesional yang tidak lulus sepenuhnya (lulus dalam
bahagian-bahagian tertentu) juga dimasukkan dalam kategori ini.
Perkara 6.4 STPM atau yang setaraf
Merujuk kepada kelayakan STPM / STP / HSC / GCE ‘A’ Level atau lulus
peperiksaan matrikulasi yang dikendalikan oleh mana-mana universiti yang
diiktiraf.
Perkara 6.5 SPM / SPM(V) atau yang setaraf
Merujuk kepada kelayakan SPM / SPM(V) / MCE atau peperiksaan setaraf
dengannya seperti GCE ‘O’ Level, Sijil Kemahiran MARA dan sebagainya.
Perkara 6.6 Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)
Merujuk kepada kelayakan seperti PMR / SRP / LCE, tamat sekolah rendah
atau di bawah taraf kelulusan yang dinyatakan.
ii. Bagi kes-kes yang tidak diketahui kelulusan, masukkan kes-kes tersebut dalam kategori
“Perkara 6.6 – Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)”.
14
Perkara 6.7 Jumlah
Sila jumlahkan perkara 6.1 hingga 6.6
Soalan 7: Jam – Manusia Bekerja Lebih Masa Pada Tahun Rujukan
Sila lengkapkan Soalan 7.1, 7.2 dan 7.3 jika berkenaan.
Perkara 7.1 Jumlah hari bekerja pada tahun rujukan
Merujuk kepada jumlah hari bekerja sebenar pertubuhan ini beroperasi pada tahun
rujukan.
Perkara 7.2 Jumlah jam-manusia bekerja lebih masa pada tahun rujukan
Merujuk kepada jumlah jam bekerja di luar waktu bekerja biasa pertubuhan ini.
Perkara 7.3 Upah yang dibayar untuk bekerja lebih masa dalam tahun rujukan (RM)
Ini adalah jumlah gaji & upah yang dibayar bagi pekerjaan yang dilakukan di luar
waktu bekerja biasa (jam) pertubuhan ini.
Soalan 8: Perolehan / Pendapatan
Data yang dilaporkan dalam Soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan, Untung &
Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2012. Sila berikan anggaran yang munasabah
sekiranya akaun belum dimuktamadkan atau tiada.
Perkara 8.1 Pendapatan daripada perkhidmatan pengiklanan
Merujuk kepada pendapatan yang diterima daripada perkhidmatan pengiklanan yang
diberikan serta jualan ruang dan masa untuk iklan pelbagai media bagi tujuan
pengiklanan. Sila berikan pecahan peratusan mengikut jenis perkhidmatan
pengiklanan.
(a) Perkhidmatan pengiklanan penuh
Merujuk kepada merancang, membangunkan konsep dan melaksanakan
perkhidmatan pengiklanan secara penuh. Ia termasuk mencipta idea asas untuk
pengiklanan, menulis perkataan dan senario untuk pengiklanan, memilih media
untuk digunakan, merekabentuk iklan, ilustrasi, poster, menulis senario untuk
drama pengiklanan serta meletakkan iklan pada media tertentu.
(b) Perkhidmatan pemasaran dan pengeposan secara terus
Merujuk kepada membangun dan mengurus kempen pemasaran pengiklanan
secara terus contohnya menghantar masej pengiklanan dan promosi secara
terus kepada pengguna melalui kaedah tertentu seperti melalui pos dan telefon.
(c) Perkhidmatan pengiklanan lain (sila nyatakan)
Merujuk kepada lain-lain perkhidmatan pengiklanan seperti perkhidmatan
pengiklanan di udara, perkhidmatan penghantaran sampel dan lain-lain bahan
pengiklanan, membuat demonstrasi dan persembahan perkhidmatan
pengiklanan ditempat jualan serta membuat promosi jualan.
Perkara 8.2 Pendapatan daripada perkhidmatan pengurusan
Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pertubuhan untuk perkhidmatan
pengurusan sesuatu aktiviti atau projek pertubuhan lain.
15
Perkara 8.3 Komisen dan brokeraj yang diperoleh
Merujuk kepada komisen dan brokeraj yang diperoleh oleh pertubuhan sebagai upah
menjualkan barang atau perkhidmatan pertubuhan lain.
Perkara 8.4 Cukai perkhidmatan yang diterima
Merujuk kepada cukai perkhidmatan yang dipungut oleh pertubuhan tuan bagi pihak
kerajaan.
Perkara 8.5 Pendapatan sewa yang diterima daripada:
Merujuk kepada perkara-perkara di bawah:-
(a) Tanah
Pendapatan yang diterima daripada sewa tanah
(b) Bangunan tempat kediaman
Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan tempat kediaman
(c) Bangunan bukan tempat kediaman
Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan bukan tempat kediaman
(d) Lain-lain.
Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas
Perkara 8.6 Pendapatan daripada faedah
Merujuk kepada faedah yang diterima hasil daripada modal kewangan yang di
simpan di institusi kewangan.
Perkara 8.7 Pendapatan daripada dividen
Merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan saham atau
pelaburan.
Perkara 8.8 Keuntungan daripada jualan / penilaian semula harta
Sila berikan nilai bersih sahaja.
Perkara 8.9 Keuntungan daripada pertukaran mata wang asing / aset kewangan
Sila berikan nilai bersih keuntungan dari transaksi berkaitan.
Perkara 8.10 Pemulihan hutang lapuk
Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dilupuskan pada tahun-tahun yang lepas
tetapi telah dipulihkan pada tahun rujukan.
Perkara 8.11 Kiriman wang, hadiah atau geran yang diterima
Sila berikan bayaran pindahan semasa yang diterima.
Perkara 8.12 Tuntutan dan pampasan yang diterima
Merujuk kepada tuntutan dan pampasan yang diterima daripada syarikat insurans
dan / atau pertubuhan lain atau perseorangan akibat kemalangan, kerosakan harta
tetap, barangan atau harta lain.
Perkara 8.13 Lain-lain
Sila nyatakan sekiranya ada.
16
Perkara 8.14 Jumlah pendapatan
Sila jumlahkan perkara 8.1 hingga 8.13
Perkara 8.15 Pindahan modal yang diterima
Pindahan modal ditakrifkan sebagai suatu urus niaga di mana sebuah institusi
memindahkan satu harta kepada institusi lain tanpa menerima balik sebarang
barangan, perkhidmatan atau harta daripada pihak penerima.
Perkara 8.16 Jumlah Besar
Sila jumlahkan perkara 8.14 hingga 8.15
Soalan 9: Perbelanjaan
Data yang dilaporkan dalam Soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan, Untung &
Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2012. Sila berikan anggaran yang munasabah
sekiranya akaun belum dimuktamadkan atau tiada.
Perkara 9.1 Kos perkhidmatan pengiklanan (termasuk kos pengeluaran, bayaran media,
kos bahan dan sebagainya)
Sila laporkan semua kos barang / bahan dan bekalan yang dimiliki oleh pertubuhan
ini dan telah digunakan pada tahun rujukan bagi menghasilkan pengeluaran
pertubuhan ini. Bahan yang digunakan dalam pengeluaran harta tetap untuk
kegunaan sendiri pertubuhan ini hendaklah juga dimasukkan.
Perkara 9.2 Nilai bekalan-bekalan yang digunakan
(a) Bahan untuk pembaikan dan penyelenggaraan
Merujuk kepada nilai semua bahan yang telah digunakan untuk pembaikan dan
penyelenggaraan.
(b) Alat tulis dan bekalan pejabat
Merujuk kepada nilai alat tulis dan bekalan pejabat yang telah digunakan.
(c) Lain-lain
Sila berikan nilai bekalan lain jika ada.
Perkara 9.3 Kos percetakan
Merujuk kepada pembayaran untuk perkhidmatan percetakan yang diberikan oleh
pertubuhan lain seperti poster, kepala surat, label dan sebagainya.
Perkara 9.4 Air yang dibeli
Merujuk kepada bayaran untuk air yang dibeli. Jika bayaran bagi tenaga elektrik dan
air disekalikan dalam satu akaun, sila berikan anggaran untuk air yang telah dibayar.
Perkara 9.5 Tenaga elektrik yang dibeli
Merujuk kepada bayaran untuk tenaga elektrik yang dibeli. bagi tenaga elektrik dan
air disekalikan dalam satu akaun, sila berikan anggaran untuk tenaga elektrik yang
telah dibayar.
17
Perkara 9.6 Bahan pembakar, pelincir dan gas
Merujuk kepada bayaran untuk membeli bahan api (contoh minyak diesel, petrol,
minyak relau, minyak pembakar), pelincir (contoh minyak pelincir, gris) dan gas
(contoh gas petroleum cecair, gas asli, gas asli untuk kenderaan).
Perkara 9.7 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan yang dibuat oleh pihak lain bagi
harta tetap pertubuhan ini
Merujuk kepada jumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang dibuat
oleh pihak lain ke atas harta tetap pertubuhan seperti bangunan, alat pengangkutan,
jentera & kelengkapan, komputer dan perabot & pemasangan. [Walau
bagaimanapun, pembaikan besar yang bersifat modal hendaklah dimasukkan ke
dalam ruangan 02, 03 dan 04 yang bersesuaian bagi Soalan 4 sebagai pemilikan
modal harta tetap].
Perkara 9.8 Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan
Merujuk kepada perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P). P&P ialah
kajian sistematik pada proses, teknik, penggunaan & produk baru dan penyelidikan
pada kebolehlaksanaan secara komersial penemuan-penemuan baru ini. Jumlah
perbelanjaan untuk latihan pekerja tidak perlu dimasukkan.
Perkara 9.9 Pembelian perkhidmatan pengangkutan
Merujuk kepada bayaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dengan
pemandu.
Perkara 9.10 Perbelanjaan perjalanan (termasuk perjalanan dalam dan luar negeri)
Merujuk kepada perbelanjaan yang dibiayai oleh pekerja pertubuhan untuk
menjalankan tugas rasmi di luar pejabat seperti perbelanjaan perjalanan,
penginapan, makan dan perbelanjaan lain yang berkaitan.
Perkara 9.11 Perbelanjaan hiburan
Merujuk kepada perbelanjaan untuk meraikan pelanggan perniagaan oleh
pertubuhan.
Perkara 9.12 Bayaran perakaunan, kesetiausahaan dan audit
Merujuk kepada bayaran perkhidmatan perakaunan, pengauditan, simpan kira-kira,
perkhidmatan berkaitan cukai, dan tugas kesetiausahaan yang dibuat kepada
pertubuhan perakaunan, kesetiausahaan dan audit.
Perkara 9.13 Bayaran guaman
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman, perwakilan dan
dokumentasi.
Perkara 9.14 Bayaran perkhidmatan profesional lain
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan dari syarikat-syarikat perunding arkitek,
kejuruteraan, juruukur dan sebagainya.
Perkara 9.15 Bayaran pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan
teknologi maklumat
Merujuk kepada bayaran menggunakan perkhidmatan pemprosesan dan tabulasi
data (contoh tangkap data, pemindahan data dari pelbagai medium, pengesanan ciri
optikal) dan pangkalan data.
18
Perkara 9.16 Bayaran pengurusan
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengurusan yang disediakan oleh
pertubuhan lain atau individu untuk pengurusan perancangan, organisasi, kos projek
dan tenaga manusia.
Perkara 9.17 Komisen dan bayaran agensi
Merujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepada pertubuhan lain atau
individu atau ejen sebagai upah menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan
bagi pihak pertubuhan.
Perkara 9.18 Bayaran telekomunikasi
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi yang meliputi transmisi
bunyi, imej atau maklumat lain melalui telefon, telefaks, telegram, kabel penyiaran,
satelit, mel elektronik dan internet.
Perkara 9.19 Bayaran pos
Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos yang meliputi pengambilan,
pengangkutan dan penyerahan surat, surat khabar, majalah berkala dan bahan
bercetak lain, bungkusan oleh Pos Malaysia Berhad dan operator perkhidmatan
kurier lain. Termasuk juga perkhidmatan kaunter pejabat pos dan sewaan peti surat.
Perkara 9.20 Pengiklanan dan promosi
Merujuk kepada bayaran untuk iklan atau promosi barangan, perkhidmatan dan
nama syarikat atau perniagaan melalui media seperti surat khabar, televisyen, radio,
internet atau media lain, sama ada tempatan atau luar negeri.
Perkara 9.21 Caj bank
Merujuk kepada caj bank untuk perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh
institusi kewangan. Contoh untuk caj bank ialah bayaran untuk buku cek, bayaran
perkhidmatan untuk draf bank, cek pengembara, surat kredit, banker’s acceptances,
komisen dan yuran berkaitan dengan transaksi sekuriti.
Perkara 9.22 Bayaran faedah
Merujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yang
diambil oleh pertubuhan daripada institusi kewangan seperti bank.
Perkara 9.23 Premium insurans kecuali insurans pampasan pekerja
Merujuk kepada bayaran premium insurans kebakaran, nyawa, kemalangan
perkapalan atau udara untuk ganti rugi.
Perkara 9.24 Bayaran bagi perkhidmatan keselamatan
Merujuk kepada bayaran bagi perkhidmatan keselamatan seperti pengawal
keselamatan.
Perkara 9.25 Bayaran untuk kerja fotografi yang diberi subkontrak kepada orang lain
Merujuk kepada jumlah bayaran kontrak kecil bagi kerja fotografi.
Perkara 9.26 Bayaran untuk sewa tanah
Merujuk kepada bayaran untuk kegunaan tanah berdasarkan penyewaan atau
pajakan ke atas tanah individu atau pertubuhan lain oleh pertubuhan.
19
Perkara 9.27 Bayaran sewa (tidak termasuk sewa penggunaan tanah)
Merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan atau premis, jentera &
kelengkapan, alat pengangkutan dan harta lain selain daripada sewa tanah.
Perkara 9.28 Susut nilai semasa ke atas harta
Merujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta akibat haus dan lusuh,
kemerosotan dan usang. Ia termasuk pelunasan tahunan ke atas tanah pajakan.
Perkara 9.29 Bayaran royalti kepada:
Merujuk kepada bayaran royalti termasuk bayaran lesen yang terdiri daripada
bayaran untuk penggunaan yang dibenarkan bagi paten, hakcipta, tanda niaga,
pemprosesan perindustrian, francais dan sebagainya berdasarkan perjanjian
perlesenan.
(a) Kerajaan
Sila nyatakan jenis royalti
(b) Swasta
Sila nyatakan jenis royalti
Perkara 9.30 Taksiran (ke atas tanah dan bangunan) dan cukai tanah
Merujuk kepada cukai pintu ke atas tanah dan bangunan yang dikutip oleh pihak
berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan bayaran
cukai tanah ke atas tanah yang dikutip oleh Pejabat Tanah dan Galian Daerah.
Perkara 9.31 Cukai tidak langsung:
(a) Cukai perkhidmatan
Merujuk kepada cukai perkidmatan yang dipungut dan di bayar kepada
kerajaan.
(b) Cukai jalan
Merujuk kepada cukai jalan yang dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
untuk kenderaan bermotor.
(c) Bayaran pendaftaran perniagaan, lesen memandu, duti setem dan
sebagainya
Merujuk kepada bayaran pendaftaran perniagaan untuk pertubuhan hak milik
perseorangan, perkongsian dan syarikat yang dikutip oleh Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM). Termasuk juga bayaran pendaftaran untuk koperasi.
Duti setem untuk dokumen perjanjian atau kontrak; dan duti hiburan untuk
aktiviti perniagaan hiburan juga termasuk di dalam perkara ini.
Perkara 9.32 Kerugian pertukaran mata wang asing / aset kewangan
Merujuk kepada kerugian kerana turun naik mata wang asing.
Perkara 9.33 Kerugian daripada jualan / penilaian semula harta
Merujuk kepada kerugian yang dialami daripada penjualan atau penilaian semula
harta.
Perkara 9.34 Hutang lapuk dihapuskan
Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan.
Perkara 9.35 Pindahan semasa seperti kiriman wang, hadiah, derma, denda dan sebagainya
Merujuk kepada bayaran pindahan semasa yang dibayar.
20
Perkara 9.36 Lain-lain
Sila nyatakan sekiranya ada.
Perkara 9.37 Kos pekerjaan:
(a) Gaji & upah dibayar
Merujuk kepada semua gaji & upah (termasuk bayaran lebih masa), elaun,
bonus dan komisen yang dibayar kepada semua pekerja bergaji (termasuk
pekerja yang diambil melalui kontraktor buruh dan pekerja bergaji sambilan)
yang bekerja pada tahun rujukan. Laporkan semua pembayaran yang telah
dibuat sepanjang tahun rujukan dan bukannya pembayaran yang telah dibuat
hanya pada tempoh gaji terakhir pada tahun rujukan.
(b) Bayaran berbentuk manfaat kepada pekerja
* Rawatan perubatan percuma
Merujuk kepada nilai yang dibayar oleh pertubuhan untuk rawatan
perubatan kepada pekerja. Nilai ini termasuk nilai subsidi.
* Lain-lain
Merujuk kepada nilai yang dibayar ke atas makanan, tempat tinggal dan
sebagainya yang disediakan secara percuma oleh pertubuhan kepada
pekerja. Nilai ini juga termasuk nilai subsidi.
(c) Bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian kepada pekerja
Merujuk kepada bayaran sekaligus yang dibayar oleh majikan secara langsung
kepada pekerja apabila mereka bersara atau berhenti kerja.
(d) Caruman majikan kepada kumpulan wang simpanan, skim keselamatan
sosial, pencen dan kebajikan
* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada
KWSP.
* Kumpulan wang simpanan lain
Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada
kumpulan wang simpanan selain daripada yang ditubuh dan diuruskan oleh
kerajaan.
* Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada
PERKESO.
* Skim keselamatan sosial persendirian
Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada
skim keselamatan sosial selain daripada yang dikelolakan oleh kerajaan
seperti insurans pampasan pekerja.
* Skim bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian
21
Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada
skim bayaran pampasan, persaraan atau pemberhentian selain daripada
yang dikelolakan oleh kerajaan.
(e) Bayaran kepada pengarah tidak bekerja kerana kehadiran mereka dalam
mesyuarat Lembaga Pengarah
Jelas maksudnya.
(f) Nilai pakaian percuma yang disediakan
Merujuk kepada nilai pakaian percuma yang diberikan kepada pekerja seperti
pakaian seragam, pakaian luar dan pakaian kerja.
(g) Kos latihan kepada pekerja
Merujuk kepada kos berkaitan dengan latihan, bengkel dan persidangan
pekerja yang dibiayai oleh majikan, sama ada dalam atau luar negeri.
(h) Bayaran levi pekerja
Merujuk kepada bayaran yang dibayar oleh majikan pekerja asing kepada
kerajaan. Bayaran levi pekerja semasa setahun bagi pembantu rumah adalah
RM410, pekerja ladang RM590, sektor pembinaan dan pembuatan
RM1,250/RM1,010 (Sabah, Sarawak dan Labuan) manakala sektor
perkhidmatan RM1,850/RM1,490 (Sabah, Sarawak dan Labuan).
(i) Lain-lain
Sila nyatakan lain-lain kos pekerjaan jika ada.
Perkara 9.38 Jumlah perbelanjaan
Sila jumlahkan perkara 9.1 hingga 9.37
Perkara 9.39 Bayaran bagi pajakan kewangan
Merujuk kepada jumlah bayaran ke atas penyewaan atau pemajakan harta tetap
yang akan dimiliki akhirnya.
Perkara 9.40 Pindahan modal yang dibuat
Merujuk kepada harta modal yang mana hak untuk mengguna telah dipindahkan ke
pihak lain tanpa menerima pulangan sama ada dalam bentuk barangan,
perkhidmatan atau harta.
Perkara 9.41 Dividen kena bayar
Merujuk kepada untung yang dibahagikan kepada ahli-ahli atau pemegang saham.
Perkara 9.42 Cukai langsung (contoh cukai syarikat dan cukai kemajuan) kena bayar
Merujuk kepada cukai langsung yang perlu dibayar secara langsung kepada
Lembaga Hasil Dalam Negeri sama ada telah dibayar atau kena bayar pada tahun
rujukan.
Perkara 9.43 Jumlah Besar
Sila jumlahkan perkara 9.38 hingga 9.42
22
Soalan 10: Keuntungan / Kerugian Sebelum Cukai
Sila berikan nilai keuntungan atau kerugian sebelum cukai tahun sebelum (2011) dan tahun semasa
(2012) seperti mana yang dilaporkan dalam Akaun Untung & Rugi.
Soalan 11: Nilai Stok
Sila laporkan nilai buku bagi Stok pembukaan dan Stok penutupan mengikut jenis stok tanpa
mengambil kira di mana ia disimpan, yang dimiliki atau dikawal oleh pertubuhan. Jika tidak
mempunyai Penyata Kira-Kira perkara ini tidak perlu dilaporkan.
Soalan 12: Maklumat Tambahan Ke Atas Ibu Pejabat / Cawangan
Perkara 12.1 Sila laporkan nilai pendapatan yang diterima daripada Perkhidmatan
Pengiklanan dan jumlah nilai ini mestilah sama dengan nilai yang dilaporkan di
perkara 8.1 di bawah soalan 8 di muka surat (11).
Perkara 12.2 Jelas maksudnya. Sila nyatakan nama dan alamat ibu pejabat.
Perkara 12.3 Jelas maksudnya.
Soalan 13 : Penggunaan ICT
Sila laporkan penggunaan ICT oleh pertubuhan dalam tempoh laporan.
Perkara A1 Penggunaan komputer di dalam perniagaan
Komputer adalah desktop atau komputer riba. Ianya TIDAK termasuk peralatan yang mempunyai keupayaan seperti komputer. Contohnya telefon selular, personal digital assistants (PDAs) atau set televisyen.
Perkara A2 Penggunaan komputer oleh pekerja di dalam perniagaan
Pekerja yang bekerja merujuk kepada semua pekerja yang bekerja di dalam perniagaan termasuk:
• Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktif
• Pekerja keluarga tidak bergaji
• Pekerja sambilan
Perkara A3 (a) Penggunaan intranet di dalam perniagaan Intranet merujuk kepada rangkaian komunikasi dalaman menggunakan protokol internet dan membenarkan komunikasi di dalam sesebuah organisasi.
(b) Penggunaan extranet di dalam perniagaan
Extranet adalah rangkaian tertutup yang menggunakan protokol internet untuk memastikan maklumat berkenaan perniagaan dengan pembekal, vendor, pelanggan atau rakan kongsi perniagaan yang lain akan terjamin keselamatannya (securely). Ianya juga membenarkan pengguna intranet untuk akses di dalam extranet. Ianya juga boleh menjadi sebahagian dari maklumat persendirian di dalam laman web perniagaan yang mana rakan kongsi perniagaan akan mengakses laman web dengan login page berkenaan.
23
(c) Penggunaan rangkaian kawasan setempat (Local area network - LAN) di
dalam perniagaan LAN merujuk kepada hubungkait rangkaian komputer di dalam sesebuah lokasi / kawasan seperti di dalam sesebuah bangunan, jabatan.
Perkara B1 Penggunaan internet di dalam perniagaan
Internet merujuk kepada rangkaian worldwide komputer. Ianya merupakan akses kepada perkhidmatan komunikasi seperti World Wide Web (www) dan menghantar e-mel, berita, hiburan dan fail data.
Perkara B2 Penggunaan web presence termasuk laman sesawang, home page atau laman
pihak ketiga di mana perniagaan mempunyai penguasaan yang kuat di atas kandungan dalam laman tersebut. Tidak termasuk di dalam online directory dan mengiklan di laman pihak ketiga.
Perkara B5 Pesanan (pembelian) barangan atau perkhidmatan menggunakan internet di
dalam perniagaan Pesanan atau pembelian termasuk pesanan melalui internet sama ada pembayaran dibuat secara atas talian (online) atau tidak. Ianya termasuk pesanan atau pembelian melalui laman web, specialized Internet marketplaces, extranets, EDI over the Internet, Internet-enabled mobile phones dan e-mel. Tidak termasuk pesanan atau pembelian yang telah dibatalkan atau tidak lengkap.
Perkara B6 Pesanan (jualan) barangan atau perkhidmatan menggunakan internet di
dalam perniagaan Penerimaan pesanan termasuk menerima pesanan melalui internet sama ada pembayaran dibuat melalui atas talian (online) atau tidak. Ianya termasuk pesanan yang diterima melalui laman web, specialized Internet marketplaces, extranets, EDI over the Internet, Internet-enabled mobile phones dan e-mel. Ianya juga termasuk pesanan yang diterima melalui interent bagi pihak organisasi lain. Tidak termasuk pesanan atau pembelian yang telah dibatalkan atau tidak lengkap.
.
TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA