3.2.2 galurkan senario politik di malaysia antara tahun 1955 hingga tahun 1963 .{ SEJARAH STPM...

3

Click here to load reader

Transcript of 3.2.2 galurkan senario politik di malaysia antara tahun 1955 hingga tahun 1963 .{ SEJARAH STPM...

Page 1: 3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahun 1963 .{ SEJARAH STPM PENGGAL 3}

3.2.2 Galurkan senario politik di Malaysia antara tahun

1955 hingga tahun 1963 .

Pendahuluan

Pada lewat 1930-an,telah wujud kesedaran politik orang Melayu melalui

persatuan-persatuan Melayu negeri. Namun, British tidak member pengiktirafan

dan bergerak secara sederhana. Pendudukan Jepun telah member peluang untuk

membangkitkan kesedaran politik orang Melayu dan nasionalisme Melayu

diperkembangkan dari 1946 hingga 1948.

Isi~ isi

1) Dasar pendudukan Jepun terhadap Pertubuhan-

pertubuhan

Tahap awal ~ diharamkan / dilarang sebarang pertubuhan kerana takut akan

mengancam Jepun

Hanya PKM bergerak secara sembunyi /sulit. Sebelum Jepun mengundur

diri, ia menggalakkan pemimpin-pemimpin Melayu radikal menyertai

pertubuhan-pertubuhan seperti PETA ( Pembela Tanah Air) dan KRIS (

Kekuatan Rakyat Istimewa )

2) Suasana permusuhan kaum Melayu – Cina semasa

pendudukan Jepun

Jepun melayan baik penduduk Melayu kerana meraka menganggap Tanah

Melayu adalah hak orang Melayu dan kaum-kaum lain dianggap sebagai

pendatang terutamanya orang Cina. Kaum Melayu dilantik dalam

pentadbiran sebagai askar dan polis ( Kempeitai).

Sebaliknya, Jepun melayan orang Cina dengan buruk kerana mereka masih

setia terhadap perkembangan politik di China. Mereka ditindas dan

dibunuh,terutamanya oleh polis khas ( Kempeitai),

Akibatnya,ramai orang Cina lari dan menyertai PKM dan MPAJA. Wujud

permusuhan kaum Melayu- Cina dan ini menyedarkan kaum Melayu

memerlukan suatu semangat nasionalisme dan pertubuhan untuk melindungi

orang-orang Melayu.

Page 2: 3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahun 1963 .{ SEJARAH STPM PENGGAL 3}

3) Suasana permusuhan kaum Melayu – Cina selepas

pendudukan Jepun

Selepas Jepun mengundurkan diri dari Tanah Melayu , masih wujud

permusuhan kaum Melayu – Cina

Pihak PKM dan MPAJA keluar dari tempat persembunyian dan dianggap

sebagai pembela Tanah Melayu

Mereka bertindak membunuh orang – orang Melayu. PKM telah

diiktirafkan oleh British sebagai parti yang sah dan PKM (yang

kebanyakannya dianggotai orang Cina) terus popular.

Keadaan ini membimbangkan dan menyedarkan orang Melayu tentang

perlunya perpaduan dan sesuatu pertubuhan untuk melindungi orang-orang

Melayu

Namun, sebelum mereka mengambil langkah, PKM bertindak lebih awal

mempengaruhi orang-orang Melayu menyertai PKMM (Parti Kebangsaan

Melayu Malaya)

4) Isu Malayan Union Peristiwa bersejarah bagi nasionalisme Melayu. Selepas British merangka

Perlembagaan Malayan Union (MU)untuk diperkenalkan di Tanah Melayu

awal 1946, ia mendapat tentangan hebat daripada penduduk Melayu. Kali ini, kesedaran politik / nasionalisme Melayu berubah menjadi

tindakan/ langkah bersama orang Melayu

Antara tindakan/langkah ialha mengadakan tunjuk perasaan,mogok,kritik

MU menerusi akbar dan akhirnya perjumpaan kebangsaan besar-besaran.

Perjumpaan besar-besaran ini atas usaha Dato` Onn bin Jaafar dan

Persatuan Melayu Selangor

Perjumpaan diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 disertai oleh 107 wakil,56

pemerhati dan 41 pertubuhan. Melalui inilah lahirnya UMNO atau United

National Organisation,1 Mei 1946

5) Perpecahan politik/nasionalisme Melayu 1946 – 19 48

Page 3: 3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahun 1963 .{ SEJARAH STPM PENGGAL 3}

Terbahagi kepada 2,iaitu puak kanan ( UMNO) dan puak kiri (PKMM – Parti

Kebangsaan Melayu Malaya, AWAS – Angkatan Wanita Sedar dan API –

Angkatan Pemuda Insaf) Tahap awal – puak kiri mendapat sambutan orang Melayu kerana lebih

radikal dan dipengaruhi PKM. Namun, pengiktirafan British untuk

mendapatkan pandangan UMNO bagi membentuk perlembagaan 1948

menyebabkan UMNO berkembang.

6) Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Selepas UMNO Berjaya memimpin orang Melayu untuk memansuhkan

Malayan Union,British ingin memperkenalkan perlembagaan baru bagi

menggantikannya.

Ia membentuk satu Jawatankuasa Kerja merangka perlembagaan baru

PKM, parti – parti Melayu haluan kiri dan UMNO bersaing untuk

menyertai Jawatankuasa Kerja itu.

Namun,akhirnya British memilih UMNO untuk mendapatkan pandangan

dan menyertai Jawatankuasa Kerja merangka Perlembagaan Tanah Melayu

1948.

Ekoran daripada itu,PKM dan parti – parti lain kecewa dan mula mengambil

langkah – langkah radikal

PKM melalui kesatuan – kesatuan sekerja tealah mengambil langkah mogok

dan tunjuk perasaan dan akhirnya revolusi bersenjata

British mengisyhtiharkan Darurat dan PKM dan parti – parti radikal

diharamkan. Oleh itu, tinggallah UMNO sebagai parti yang

memperjuangkan kepentingan orang – orang Melayu.

Kesimpulan

Pendudukan Jepun bertanggungjawab membangkitkan kesedaran nasionalisme

Melayu dan seterusnya berubah menjadi “ tindakan bersama “ orang -

orang Melayu selepas pengunduran Jepun.