3.2TatabahasaMorfologifull

download 3.2TatabahasaMorfologifull

of 81

Transcript of 3.2TatabahasaMorfologifull

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    1/81

    Pengumuman

    Penyelidikan : 3.00 ptg

    Kelas Persediaan STPM :

    29 Mac 2010 (Isnin) Jam 8.00 malam 9.00 malam (1 Jam)

    Tempat : Kelas Pra U (A) Eko/Geosas

    Tajuk : 1. Asal Usul dan Perkembangan Bahasa

    Melayu Sila bawa kertas A4, pen

    Kertas soalan dikumpul semula

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    2/81

    TATABAHASA

    Morfologi

    Sintaksis

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    3/81

    Beberapa Definisi

    Bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata danproses pembinaan ayat sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim &Norlidza Shamsudin, 2008)

    Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialahperaturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan

    bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengankata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokanserta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    4/81

    Menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasaditakrifkan sebagai suatu kumpulan sistem yang harus dipatuhioleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan ia menjadi dasar

    untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah, sertamenjamin kemantapan bahasa sesuatu bahasa. MenurutChomsky lagi, tatabahasa berfungsi dalam memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis, daripada yang tidak gramatis.Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan pemilihanpengguna bahasa itu untuk membina ayat-ayat yang baik. Olehitu, dapatlah dinyatakan bahawa ia merupakan dasar yangmenjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul atausalah sesuatu bentuk bahasa pertuturan atau penulisan yangdihasilkan.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    5/81

    Beberapa Definisi Menurut Robin (1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa

    merupakan suatu yang menitik beratkan struktur uturanpertuturan atau penulisan dan dengan penggolongan sertapengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulangberdasarkan rumus-rumusnya.

    Bagi A.Koutsaudas (1969:1) tatabahasa ditakrifkan sebagaisuatu alat yang menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayatyang betul ayng tidak terbatas jumlahnya dalam sesuatu bahasadan tidak ada satupun yang salah.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    6/81

    Menurut Tatabahasa Dewan, aspektatabahasa menyentuh kepada dua sudut,iaitu melibatkan cara perkataan dibentuk

    daripada bunyi-bunyi bahasa dan caraperkataan disusun menjadi ayat. Huraian diperingkat perkataan disebut morfologi,manakala huraian di peringkat ayat disebut

    sintaksis.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    7/81

    Definisi Tatabahasa Dapat dirumuskan bahawa tatabahasa merupakan suatu teori

    bahasa yang harus disusun dengan tepat, lengkap, dan mudahdifahami. Ianya dapat dihuraikan dengan jelas tentang kebolehanbahasa disusun dan digunakan oleh penutur natif sesuatubahasa. Tatabahasa sesuatu bahasa itu mengandungi tigabidang utama, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi. Tatabahasamenjadi suatu dasar dalam menyusun sesuatu ayat dengan

    betul.Tatabahasa juga boleh dilihat sebagai teori tentang peraturanyang menghuraikan ayat-ayat dalam sesuatu bahasa dengankaedah yang paling mudah, tepat, dan lengkap.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    8/81

    Bahagian Tatabahasa

    Tinjauan dalam bidang tatabahasa dilakukandalam dua segi iaitu :

    dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-

    bunyi bahasa (morfologi)

    dari segi perkataan-perkataan disusun menjadiayat (sintaksis)

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    9/81

    MORFOLOGI

    Beberapa Definisi

    1. Bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur

    kata, bentuk kata dan penggolongan kata

    (Nik Safiah Karim & Norlidza Shamsudin,

    2008)

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    10/81

    Menurut Abdullah Hassan (2006), morfologimerupakan bidang ilmu yang mengkaji

    bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam

    daripada bidang biologi yang bermaksud

    kajian mengenai bentuk tubuh haiwan dantumbuh-tumbuhan. Konsep bentuk itu

    diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa

    manusia.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    11/81

    Struktur Kata

    Susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang(dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa

    yang bermakna.

    Contohnya : aku dan perakuan

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    12/81

    1.PEMBENTUKAN KATA

    Satu unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal,

    Contohnya : rumah

    Atau yang dihasilkan melalui beberapa proses

    pembentukan kata seperti proses Pengimbuhan, contohnya : perumahan

    Pemajmukan, contohnya : rumah tangga

    Penggandaan, contohnya : rumah-rumah

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    13/81

    Bentuk Kata Menurut Tatabahasa Dewan, terdapat

    empat bentuk kata dalam bahasa Melayu

    iaitu :

    1. Kata tunggal

    2. Kata terbitan

    3. Kata majmuk

    4. Kata ganda

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    14/81

    1.1 Kata Tunggal Perkataan yang tidak menerima sebarang

    imbuhan, pemajmukan atau penggandaan

    Terdapat 2 jenis kata tunggal :

    Kata tunggal satu suku kata (yu, wang, roh)

    Agak terhad dan berpotensi untuk diperluas menjadikata terbitan (bercat, mengecat,catan,pengecat)

    Kata tunggal dua suku kata atau lebih (apa, duri,

    ambil dll)

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    15/81

    Persukuan Kata Tunggal

    Kata tunggal boleh terdiri daripada 1,2,3,4,5dan 6 suku kata.

    Boleh terdiri daripada :

    Satu vokal sahaja

    Satu vokal yang disertai satu konsonan

    Satu vokal dengan beberapa konsonan

    Konsonan boleh hadir di hadapan, belakang atau

    serentak di hadapan dan di belakang

    Ada konsonan yang boleh hadir bergugus

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    16/81

    Kata Tunggal Satu Suku Kata

    1. KV (ru, ya, yu)2. VK (am)

    3. KVK (sen, bah, tin)

    4. KKVK (stor, gred, draf)5. KVKK (bank, golf, teks)

    6. KKKV (skru)

    7. KKVK (skrip, spring)

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    17/81

    Kata Tunggal Dua Suku Kata

    1. V + KV (ela, aku, ubi)2. V + VK (aib, aur, air)

    3. V + KVK (adik, emas, ekor)

    4. VK + KV (undi, asli, unta)

    5. VK + KVK (ambil, iblis, umpan)

    6. KV + V (dua, bau, ria)

    7. KV + VK (jauh, liar, kuih)

    8. KV + VK (jala, pasu, teko)

    9. KV + KVK (jarum, telur, hiris)

    10. KVK + KV (lampu, binti, senda)

    11. KVK + KVK (sandar, jemput, sunting)

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    18/81

    Kata Tunggal Tiga Suku Kata

    1. Jumlah kata tunggal dengan tiga suku katadalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi

    pola suku katanya agak banyak, iaitu 19.

    2. Sebahagian daripada perkataan tiga sukukata merupakan kata pinjaman

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    19/81

    Kata Tunggal Tiga Suku Kata

    1. KV + V + KV (cuaca, biasa, biola)

    2. KV + V + KVK (siuman, tualang)

    3. V + KV + V (usia, idea, urea)4. KV + KV + V (mulia, barua)

    5. KVK + KV + V (tempua, mentua)

    6. KV + KV + VK (sekian, haluan, seluar)

    7. KVK + KV + VK (mendiang, tempias)

    8. V + KV + KV (utara, ilahi, asasi)

    9. V + KV + KVK (ijazah, amaran)

    10. VK + KV + KV (indera, isteri, umpama)

    11. KV + KV + KV (delima, budaya, teruna)

    12. KVK + KV + KV (menteri, penjuru)

    13. VK + KV + VK (ilmiah, ikhtiar)

    14. V + KV + VK (elaun, akaun, ideal)

    15. KV + VK + KVK (belukar, binatang, selaput)

    16. KVK + KV + KVK (matlamat, sembilan)17. KV + KVK + KV (belanja, terumbu, royalti)

    18. KVK + KVK + KV (sempurna)

    19. KV + KVK + KVK (belimbing, selumbar, kelompok)

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    20/81

    Kata Tunggal Empat Suku Kata

    1. Terdapat sebilangan kecil kata tunggalyang terdiri daripada empat suku kata

    2. Kebanyakannya merupakan kata pinjaman

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    21/81

    Kata Tunggal Empat Suku Kata1. KV + KV + VK + KV (keluarga, biduanda)

    2. KV + KVK + KV + KV (sederhana, belantara)

    3. KVK + KV + KV + KV (laksamana, sandiwara)

    4. KVK + KV + V + KV (sentiasa)

    5. KV + KV + KV + KV (bidadari, serigala, sanubari)

    6. KV + KV + KV + KVK (salasilah, perajurit)7. KVK + KV + KV + KVK (sentimeter)

    8. KVK + KVK + KV + KV (singgahsana, dispensari)

    9. KV + KV + V + KVK (mesyuarat, nasional)

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    22/81

    Kata Tunggal Lima dan Enam Suku Kata

    1. V + KV + KVK + KV + KV (universiti)

    2. KVK + KV + KV + KV + KVK

    (cenderawasih, kosmopolitan)

    3. KV + KV + KV + KV + KV + KV(maharajalela)

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    23/81

    Kata Akronim

    1. Mengikut Tatabahasa Dewan, kata akronimjuga tergolong sebagai kata tunggal.

    2. Kata akronim ialah kata singkatan yangterbentuk dengan menggabungkan huruf

    awal suku kata atau gabungan huruf awaldan suku kata daripada satu rangkai katadan ditulis serta dilafazkan sebagai katayang wajar

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    24/81

    Cara Menulis Kata Akronim

    1. Terdapat 3 cara menulis kata akronim dalam BM bergantung kepadacara pembentukannya

    1. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya (huruf awal rangkai kata

    disingkatkan), contohnya ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), UMNO

    2. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya (gabungan huruf awal dan/atau

    suku kata), contohnya tabika, purata, kugiran

    3. Ditulis bermula dengan huruf besar (gabungan huruf awal dan/atau sukukata menjadi kata nama khas), contohnya Bernama, Intan, Proton

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    25/81

    1.2 Kata Terbitan/Pengimbuhan

    Maksud1. Bentuk perkataan yang dihasilkan melalui

    proses pengimbuhan

    2. Pengimbuhan bermaksud menggandingkan

    imbuhan pada kata dasar.3. Imbuhan merupakan morfem terikat

    manakala kata dasar adalah morfem bebasyang dapat menerima imbuhan

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    26/81

    Jenis-Jenis Imbuhan

    Terdapat 4 jenis imbuhan iaitu : Awalan hadir sebelum kata dasar:

    Misalnya, ber- berjalan

    Akhiran hadir sesudah kata dasar:Misalnya, -kan berikan

    Apitan hadir mengepit kata dasar:

    Misalnya, kean keindahan

    Sisipan hadir di celahan kata dasar:

    Misalnyael- telunjuk

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    27/81

    Imbuhan Awalan

    1. Awalan Kata Nama Bergabung dengan kata dasar membentuk kata

    nama

    Contohnya pe + lukis = pelukis

    2. Awalan Kata Kerja Bergabung dengan kata dasar membentuk kata

    kerja

    Contohnya me + lukis = melukis

    3. Awalan Kata Adjektif Bergabung dengan kata dasar membentuk kata

    adjektif

    Contohnya se + putih = seputih

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    28/81

    Imbuhan Akhiran

    1. Akhiran kata nama Bergabung dengan kata dasar membentuk

    kata nama

    Contohnya: ajar + an = ajaran

    2. Akhiran kata kerja

    Bergabung dengan kata dasar membentukkata kerja

    Contohnya: ajar + kan = ajarkan

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    29/81

    Imbuhan Apitan1. Apitan Kata Nama

    Bergabung dengan kata dasar membentuk kata nama Misalnya : pe...an + laksana = pelaksanaan

    2. Apitan Kata Kerja

    Bergabung dengan kata dasar membentuk kata kerja

    Misalnya : mekan + maju = memajukan

    3. Apitan Kata Adjektif

    Bergabung dengan kata dasarmembentuk kata adjektif

    Misalnya : kean + melayu = kemelayuan

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    30/81

    Imbuhan Sisipan

    1. Sisipan Kata Nama

    Hadir di celahan kata dasar membentukkata nama

    Misalnya : -el- + tunjuk = telunjuk

    2. Sisipan Kata Adjektif

    Hadir di celahan kata adjektif membentukkata adjektif

    Misalnya : -em- + gilang = gemilang

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    31/81

    1.3 Kata Majmuk/Pemajmukan

    Maksud Perkataan yang dibentuk dengan

    merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan

    perkataan yang terhasil membawa makna

    tertentu. Bertindak sebagai satu unit dan biasanya

    dieja terpisah

    Contoh : kerusi malas, biru laut, telefonbimbit

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    32/81

    Perbezaan Kata Majmuk dengan Frasa

    1. Dua perkataan yang digabung menjadikata majmuk bertindak sebagai satu unit

    dengan maksud tidak boleh menerima

    sebarang penyisipan2. Misalnya, rumah batu tidak dapat

    disisipkan perkataan yang rumah yang

    batu

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    33/81

    Jenis Kata Majmuk

    1. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.

    Contohnya : bandar raya, hijau daun,

    terima kasih, Duta Besar, Profesor Madya

    2. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus

    Contohnya : deria rasa, segi tiga, pil khayal

    3. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu

    simpulan bahasa

    Contohnya : kaki ayam, panjang tangan

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    34/81

    Kata Majmuk yangMantap

    1. Lazimnya kata majmuk dieja secaraterpisah.

    2. Terdapat kata majmuk yang

    penggunaannya sudah mantap sebagai

    perkataan yang utuh walaupun bentuk kata

    tersebut ternyata mempunyai dua kata

    dasar.

    3. Dieja sebagai satu perkataan.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    35/81

    Contoh :

    Antarabangsa beritahuSukarela suruhanjaya

    Jawatankuasa kakitangan

    Tanggungjawab warganegara

    Olahraga matahari

    Setiausaha

    Bumiputera

    TandatanganKerjasama

    pesuruhjaya

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    36/81

    Selain itu

    Terdapat sejumlah perkataan yang secaralazimnya dianggap satu perkataan dan dieja

    secara bercantum walaupun kelihatan terdiri

    daripada gabungan perkataan.

    Contohnya : peribadi, padahal, sukacita,

    bagaimana, daripada, apabila,..

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    37/81

    1.4 Kata Ganda/Penggandaan

    MaksudPerkataan yang mengalami proses

    pengulangan pada kata dasar sama

    ada penggandaan penuh atau

    sebahagian

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    38/81

    Kata Ganda Penuh

    Ialah kata ganda yang mengalami ulangansecara keseluruhan

    Kata ganda penuh boleh terdiri daripada :

    Kata dasar : rumah-rumah

    Kata berimbuhan : ajaran-ajaran

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    39/81

    Kata Ganda Separa Terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja.

    Kata ganda separa boleh terdiri daripada : Kata ganda yang berasal daripada kata tunggal yang

    pengulangannya berlaku pada suku kata pertama sahajadisertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepadavokal e pepet. Contohnya : lelaki, sesiku

    Kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapipenggandaan hanya berlaku pada kata dasar dan tidakmelibatkan imbuhannya. Hanya berlaku pada kata kerjadan kata adjektif sahaja. Contohnya : berlari-lari (belakangKD), cinta-mencintai (hadapan KD)

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    40/81

    Kata Ganda Berentak

    KG yang mengalami pengulangan KD

    mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata

    dasar.

    Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-

    bunyi tertentu diulang atau diubah.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    41/81

    Jenis Kata Ganda Berentak

    1. KGB yang terbentuk melalui pengulanganvokal. Contohnya : sayur-mayur

    2. KGB yang terbentuk melalui pengulangan

    konsonan. Contohnya: mundar-mandir

    3. KGB bebas, terbentuk berdasarkan rentak

    bunyi, tetapi tidak melibatkan ciri-ciri

    persamaan bunyi. Contohnya : kusut-masai

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    42/81

    2.0 PENGGOLONGAN KATA

    Proses menjeniskan perkataan dalamsesuatu bahasa berdasarkan keserupaan

    bentuk dan/atau fungsi dengan perkataan

    lain dalam golongan yang sama.

    Contohnya menggolongkan perkataan ke dalam

    golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan

    kata tugas.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    43/81

    2.1Golongan Kata Nama

    Kata nama ialah perkataan yang

    menyatakan nama bagi sesuatu seperti

    orang, benda, binatang, tempat, konsep, dan

    sebagainya.

    Kata nama dapat diikuti dengan frasa yang

    atau yang sangat.

    Penanda bagi kata nama ialah setiap katanama dapat didahului oleh kata bilangan,

    penjodoh bilangan dan kata penentu ini /itu.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    44/81

    Jenis Kata Nama

    Terdapat tiga jenis kata nama dalam bahasa

    Melayu:

    Kata nama am: adik, sayur, sekolah, lorong,

    keindahan

    Kata nama khas: Asraf, Jibrail, Malaysia

    Kata ganti nama: saya, awak, dia

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    45/81

    Kata nama dapat berfungsi sebagai:

    Subjek ayat: Amir tiba.

    Pelengkap kata kerja: Abang menjadi guru.

    Objek langsung kata kerja: Bapa menulis

    surat. Objek tak langsung: Abang membacakan

    ibu surat itu.

    Objek kata depan:S

    uratdaripada Kamal. Kata nama juga dapat berada pada

    kedudukan kepunyaan: Itu beg Aishah.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    46/81

    Kata Ganti Nama

    Kata ganti nama ialah perkataan yang

    digunakan bagi menggantikan nama benda

    atau orang yang tidak disebutkan secara

    khusus.

    Kata ganti nama dan subgolongannya dapat

    digambarkan seperti dalam rajah yang

    berikut:

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    47/81

    KATA GANTINAMA TUNJUK

    KATA GANTI

    NAMA

    KATA GANTINAMA DIRI

    KATA GANTINAMA TANYA

    KATA GANTINAMAORANG

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    48/81

    Kata ganti nama tunjuk

    Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada

    perkataan inidan itu, bagi merujuk perkara-

    perkara atau benda-benda yang dekat dan

    jauh.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    49/81

    Kata ganti nama diri tanya

    Kata ganti nama diri tanya digunakan bagi

    merujuk benda atau orang dalam bentuk

    pertanyaan, dan biasanya menggunakan

    perkataan apa, siapa, dan mana.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    50/81

    Kata ganti nama diri orang

    Kata ganti nama diri orang digunakan bagi

    menggantikan nama orang dan terbahagi

    kepada ganti nama diri orang pertama, ganti

    nama diri orang kedua, dan ganti nama diriorang ketiga, seperti yang berikut:

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    51/81

    Kata ganti diri orangpertama

    Kata ganti diri orangkedua

    Kata ganti diri orangketiga

    saya

    akubeta

    kami

    kita

    saudara

    awakkamu

    engkau

    anda

    dia

    beliaumereka

    ia

    baginda

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    52/81

    2.2 Golongan Kata Kerja

    Kata kerja ialah perkataan yang digunakan

    untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan

    melakukan sesuatu.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    53/81

    Jenis Kata Kerja

    Terdapat dua jenis kata kerja:

    Kata kerja transitif

    Kata kerja tak transitif

    Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata

    bantu (sudah, telah, belum) atau diperluas

    dengan perkataan dengan (berjalan dengan

    cepat, menendang dengan kuat).

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    54/81

    Kata Kerja Transitif

    Kata kerja transitif ialah kata kerja yang

    diikuti objek.

    Kata kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri

    tanpa objek.

    Kata kerja transitif seperti menendangbola,

    menelefon kawan, memukulanjing, dan

    memakan nasi. Penggunaan kata kerja transitif dapat

    diperlihat seperti dalam contoh ayat:

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    55/81

    Subjek Kata Kerja

    Transitif

    Objek

    1. Ammar

    2. Ibu

    3. Penjaja4. Bapa

    membaca

    menanak

    menjualmembasuh

    buku setiap pagi

    nasi

    ikankereta semalam

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    56/81

    Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai

    kata kerja transitif perlu mempunyai objek

    untuk menerangkan dengan lengkap tentang

    perbuatan yang dilakukan.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    57/81

    Kata Kerja Tak Transitif

    Kata kerja tak transitifialah kata kerja yangsempurna maknanya dan dapat berdiri sendiridalam ayat dengan tidak memerlukan objek.

    Kata kerja tak transitif seperti menangis, berenang,

    berdering, dan mendarat. Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu

    diikuti objek kerana maknnya sudah sempurna.Contoh: Jam loceng itu berdering(pagi tadi).

    Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggaldunia). Air sungai itu mengalir (deras).

    Pesawat itu mendarat(di landasan).

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    58/81

    Kata Kerja Tak Transitif Tak

    Berpelengkap

    Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah

    kata kerja yang tidak memerlukan objek atau

    penyambut sesudahnya, dan boleh berdiri

    sendiri sebagai frasa predikat seperti contohberikut:

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    59/81

    Kata kerja tak transitif tak berpelengkap

    Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Contohnya:

    1. Semua orang sudah datang.

    2. Dia suka menyanyi.

    3. Emak sedang berdoa.

    Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti unsur

    keterangan. Contohnya:

    1. Semua orang sudah datang ke majlis itu.

    2. Budak itu menyanyi pada malam hari.

    3. D

    ia suka bergurau dengan adik kecilnya.

    4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    60/81

    Kata kerja tak transitif berpelengkap pula

    mesti diikuti oleh pelengkap untuk

    menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap

    hadir selepas kata kerjat tak transitif, sepertidalam contoh-contoh berikut:

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    61/81

    Kata Kerja Tak Transitif

    Kata kerja tak transitif

    a) Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:

    1. Dia menjadi guru bahasa Melayu.

    2. Saya ada wang.

    3. Rumahnya bertiangkan batang menanti.

    a) Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:

    1. Buah-buahan itu menjadi busuk.

    2. Kesihatan Ahmad bertambah baik.

    3. Peserta itu tidurlena.

    a) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:

    1. Adik berjalan-jalan di tepi pantai.

    2. Burung itu hinggap di dahan pokok.

    3. Pelajar itu melawat ke Putrajaya.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    62/81

    2.3 Golongan Kata Adjektif

    Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah

    perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan

    frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada

    satu atau beberapa perkataan yang mengandungikata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau

    kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif

    adalah seperti contoh yang berikut:

    Ahmad sangatpandaibermain muzik.

    Pemuda itu baiksungguh.

    Buah cempedak itu enaksekali.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    63/81

    Jenis-jenis Kata Adjektif

    Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan

    yang ketara, tetapi berdasar kriteria makna,

    kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-

    kurangnya sembilan (9) kriteria, sepertiberikut:

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    64/81

    1.Kata adjektif sifat / keadaan

    Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yangdigunakan bagi menerangkan sifat atau keadaansebagai unsur keterangan kepada kata nama,seperti contoh berikut:

    Contoh perkataan:

    kuat pintar nakal keras lemah sihat bijak cergasjahat

    Contoh ayat:

    1. Budak nakalselalu kena marah.

    2. Dia lemah dalam matematik.3. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.

    4. Anak Pak Kamarbijaksekali.

    5. Peserta itu berdiri dengan cergas.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    65/81

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    66/81

    3. Kata adjektif ukuran

    Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata namaialah perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contohyang berikut:

    Contoh perkataan: tebal gemuk panjang

    nipis kurus pendek

    tinggi rendah kecil

    Contoh ayat:

    1. Buku tebalitu sudah saya baca.

    2. Anaknya masih kecillagi.3. Badannya semakin kurus.

    4. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.

    5. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    67/81

    4. Kata adjektif bentuk

    Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada katanama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk,seperti contoh berikut:

    Contoh perkataan: lurus bulat bujur

    bengkok leper bundar

    lonjong buncit tajam

    Contoh ayat:

    1. Jalan lurus mudah dilalui.

    2. Bentuk buah kelapa itu lonjong.

    3. Mukanya bujursirih.4. Pinggan leper itu untuk pinggan makan.

    5. Matanya tajam memandang ke hadapan.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    68/81

    5. Kata adjektifwaktu

    Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata namaialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperticontoh yang berikut:

    Contoh perkataan: kerap awal sering

    jarang lewat silam

    baharu dahulu lampau

    Contoh ayat:

    1. Kedatangannya lewathari ini.

    2. Dia berada di kampus sehari suntuk.

    3. Kenangan silam sukar dilupakan.4. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.

    5. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    69/81

    6. Kata adjektif jarak

    Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan

    kepada kata nama ialah perkataan yang memberi

    makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:

    Contoh perkataan: nyaris dekathampir jauh

    Contoh ayat:

    1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.

    2. Universiti itu dekatdengan lebuhraya.

    3. Dia berdiri hampirdengan kereta saya.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    70/81

    7. Kata adjektif cara

    Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata namaialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuanatau ragam, seperti contoh yang berikut:

    Contoh perkataan: pantas deras ligat

    lambat gopoh perlahanlaju cermat cepat

    Contoh ayat:

    1. Kereta itu dipandu dengan laju.

    2. Siapa cepatdia dapat.

    3. Gasing itu berpusing ligat.

    4. Arus sungai itu sangat deras.

    5. Dia cermatapabila berbelanja.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    71/81

    8. Kata adjektif perasaan

    Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagaiunsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertianatau konsep perasaan, seperti contoh yang berikut:

    Contoh perkataan: kasih takut malu

    sayang hendak geram

    cinta rindu marah

    Contoh ayat:

    1. Dia masih marah kepada saya.

    2. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.

    3. Mereka amat rindu akan kampung halaman.4. Kanak-kanak itu takutakan kucing.

    5. Pemuda itu masih malu untuk bersuara.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    72/81

    9.Kata adjektif pancaindera

    Kata adjektif pancaindera sebagai unsur

    keterangan kepada kata nama ialah

    perkataan yang membawa konsep sentuh,

    dengar, pandang, bau, dan rasa seperticontoh yang berikut:

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    73/81

    a.Indera sentuh

    Contoh perkataan: lembik kasar licin

    halus kesat keras

    Contoh ayat:

    1.Lantai itu licin kerana baru dicuci.

    2.Kulit mukanya sangat halus.

    3.Kain yang kesatitu ialah kain lap.

    4.Buku itu berkulit keras.

    5.Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    74/81

    b.Indera dengar

    Contoh perkataan: nyaring lembut mersik

    merdu garau serak

    Contoh ayat:

    1. Suaranya merdu bagai buluh perindu.2. Teriakannya nyaringsungguh.

    3. Kebanyakan lelaki bersuara garau.

    4. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.

    5. Alunan musik itu mersik.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    75/81

    c.Indera pandang

    Contoh perkataan: comel hodoh

    molek cantik buruk segak

    Contoh ayat:

    1.Pemuda segakitu guru saya.

    2.Kakaknya suka berpakaian cantik.

    3.Rumah burukitu tidak berpenghuni.

    4.Dia ingin mengahwini pemuda tampan.

    5.Pakaian pengantin itu moleksungguh.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    76/81

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    77/81

    e.Indera rasa

    Contoh perkataan:

    manis kelat masam

    masin payau lazat

    Contoh ayat:

    1.Setiap hari kita minum airtawar.

    2.Semua orang suka makanan lazat.

    3.Buah limau masam rasanya.4.Saya tidak suka minum ubatpahit.

    5.Kuih tradisional itu terlalu manis.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    78/81

    2.4 Golongan Kata Tugas

    Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis(keterangan) yakni terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza tetapi mempunyai satusifat yang sama iaitu tidak boleh menjadi unsur inti

    bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau

    frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugassintaksis tertentu. Fungsi kata tugas dalam ayatadalah sebagai pemeri, penerang, penentu,penghubung, pembenar, penguat, penegas, danbeberapa tugas yang lain.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    79/81

    Berikut disenaraikan kelompok katatugas dengan contoh-contohkata yang berfungsi bagi mendukung sesuatu tugas dalamsintaksis tertentu.

    kata hubung : dan, atau, tetapi kata seru : wah,amboi, ci

    kata tanya : apa, berapa, siapa

    kata perintah : sila, tolong, harap

    kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan

    kata bantu : akan, sudah, pernah kata penguat : sangat, amat, paling

    kata penegas : juga, lah, tah, kah, pun

    kata nafi : tidak, bukan

    kata pemeri : ialah, adalah

    kata sendi nama : di, dari, dalam, daripada

    kata pembenar : ya, betul, benar

    kata bilangan : dua, segala, banyak

    kata arah : atas, bawah, tepi

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    80/81

    Kesimpulan

    Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkajistruktur, bentuk dan penggolong kata.

    Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran ataulambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa

    yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama

    ada bentuk tunggal atau hasil daripada prosespengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

    Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan

    perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latarfungsi dengan anggota lain dalam golongan yangsama.

  • 8/8/2019 3.2TatabahasaMorfologifull

    81/81

    Morfem Perkataan

    1. Konsep

    Bebas Terikat

    2. Bentuk Kata

    Tunggal Terbitan Majmuk Ganda

    3. Proses Pembentukan Kata

    Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan

    4. Golongan Kata

    Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas

    Akar Dasar