33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

24
EDISI KE - 53 21 Jun- 27 Jun 2021 10 Zulkaedah - 16 Zulkaedah 1442H PP 19464/D4/2019/ (035072) Sejak 1982 www.melakahariini.my TERKINI COVID-19 / KEMASKINI SETAKAT / 19 JUN 2021,12 TGH KES BAHARU : 5,911 KES SEMBUH : 6,918 KES KEMATIAN : 72 KES KESELURUHAN : 691,115 NASKHAH PERCUMA 10 20 Warisan Peranakan Baba, Nyonya JAIM benarkan solat Jumaat lebih 12 orang KETUA Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menggariskan 60 inisiatif dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama pada 18 Jun lepas. Sulaiman berkata pakej bernilai RM174.53 juta itu akan dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat daripada pelajar ke golongan asnaf dan peniaga kecil. 33 Inisiatif untuk Rakyat 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes 3 Inisiatif khas COVID-19 2,3,4,5 & 6 PAKEJ MESRA RAKYAT Bantuan Ma’niah Al-A’mal (one off) Pemberian bantuan alat pembelajaran PDPR (one off) kepada anak-anak golongan asnaf Bantuan tambahan persediaan Aidiladha khas secara one off Pengecualian 100% bayaran denda lewat cukai taksiran Tiada pemotongan bekalan air kepada semua pemegang akaun bil air sepanjang bulan Jun dan Julai 2021 Bantuan Kit Makanan Musa’adah

Transcript of 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

Page 1: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

EDISI KE - 53 21 Jun- 27 Jun 2021 10 Zulkaedah - 16 Zulkaedah 1442H PP 19464/D4/2019/ (035072) Sejak 1982 www.melakahariini.my

TERKINI COVID-19 / KEMASKINI SETAKAT / 19 JUN 2021,12 TGH KES BAHARU : 5,911 KES SEMBUH : 6,918 KES KEMATIAN : 72 KES KESELURUHAN : 691,115

NASKHAH PERCUMA

10

20Warisan Peranakan

Baba, NyonyaJAIM benarkan solat Jumaat

lebih 12 orang

KETUA Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menggariskan 60 inisiatif dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama pada 18 Jun lepas. Sulaiman berkata pakej bernilai RM174.53 juta itu akan dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat daripada pelajar ke golongan asnaf dan peniaga kecil.

33 Inisiatif untuk Rakyat

27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes

3 Inisiatif khas COVID-19

2,3,4,5 & 6

PAKEJ MESRA RAKYAT Bantuan Ma’niah Al-A’mal

(one off)

Pemberian bantuan alat pembelajaran PDPR (one off) kepada anak-anak golongan asnaf

Bantuan tambahan persediaan Aidiladha khas secara one off

Pengecualian 100% bayaran denda lewat cukai taksiran

Tiada pemotongan bekalan air kepada semua pemegang akaun bil air sepanjang bulan Jun dan Julai 2021

Bantuan Kit Makanan Musa’adah

Page 2: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

Melaka umum pakej RM174.53 juta untuk bantu rakyat, ekonomi

Abdul Jalil Hamid AYER KEROH – Kerajaan Melaka pada 18 Jun lepas mengumumkan pakej eko-nomi bernilai hampir RM175 juta bagi membantu rakyat dan peniaga terutama yang paling terkesan dengan pan-demik COVID-19 dan PKP 3.0. Pakej terbaharu ini, yang mengandungi 60 initisiatif, akan memberi manafaat ke-pada sebahagian besar pen-duduk Melaka di samping membantu sektor ekonomi dan perniagaan. Mereka termasuk golon-gan pelajar, golongan asnaf, penarik beca, nelayan, usaha-wan kecil dan sederhana, pe-mandu bas, pengawal keselamatan dan pemandu Grab. Ketua Menteri Datuk

Seri Utama Sulaiman Md Ali menyifatkan pakej rangsan-gan tersebut sebagai satu pakej yang inklusif, kompre-hensif, mesra rakyat serta 'pro-business'. “Pakej ini akan turut me-mastikan tiada yang terping-gir, tiada seorang pun tertinggal atas prinsip “no one

is left behind,” katanya mela-lui Facebook Live Kerajaan Negeri dan Pejabat Ketua Menteri baru-baru ini. Turut hadir adalah Se-tiausaha Kerajaan Negeri Me-laka Datuk Seri Dr. Hashim Hasan dan Pegawai Kewan-gan Negeri Datuk Zaidi Jo-hari. Dalam perutusan selama hampir sejam dan setebal 40 muka surat, Sulaiman turut menekankan usaha kerajaan untuk menjaga kebajikan ra-kyat termasuk meningkatkan pemberian vaksin bagi me-nyekang penularan COVID-19. Sebanyak 38 pusat pem-berian vaksin telah dan se-dang dibuka di seluruh Melaka, yang mampu me-nampung 7,800 penerima se-tiap hari. “Ini akan mempercepat-

kan proses vaksinasi kepada rakyat, yang agar matlamat imuniti 80 peratus atau herd immunity dapat dicapai sece-pat mungkin,” katanya. Rata-rata rakyat dan go-longan peniaga serta sektor pelancongan menyambut baik pengumuman pakej ran-gsangan ekonomi. Pengerusi Projek Peru-mahan Rakyat Tehel, Rashidi Bahari berkata, inisiatif kera-jaan negeri memberi pengur-angan 10 peratus bil air kepada penyewa dan 50 pera-tus sewa bulanan amat membantu penduduk dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ketika ini. "Bantuan seperti ini amat diharap-harapkan oleh kami, komuniti penduduk yang hampir kesemuanya dari go-longan berpendapatan ren-dah.

"Melalui insentif bantuan ini, dapatlah penduduk mem-fokuskan kepada keperluan hidup yang lain dan tidak lagi terbeban membayar bil air yang tinggi atau bayaran bula-nan rumah," katanya. Selain daripada poton-gan gaji dan elaun Ketua Menteri dan Exco-Exco Kera-jaan Negeri, Sulaiman juga mengumumkan para penja-wat awam negeri Gred 29 ke atas akan menyumbang se-banyak RM78,000 kepada Akaun Amanah Bencana me-lalui potongan elaun mereka bagi tiga bulan. Sulaiman berkata 33 daripada sejumlah 60 inisiatif yang melibatkan implikasi ke-wangan sebanyak RM155.85 juta adalah untuk kebajikan dan kepentingan rakyat teru-tama yang berpendapatan rendah.

“Ia melibatkan inisiatif tunai dan bukan tunai anta-ranya Bantuan Ma’niah Al A’Mal yang melibatkan ban-tuan one-off sebanyak RM350 kepada 6,000 penerima go-longan B40 dan golongan ren-tan yang bergaji harian,” katanya. Pakej ransangan adalah gabungan kepada keseluruhan inisiatif, bantuan demi ban-tuan yang sebenarnya telah dimulakan kerajaan be-berapa minggu lalu, melalui inisiatif yang diumumkan oleh agensi-agensi Kerajaan Melaka. “Jika Pakej Ransangan ini dicampur dengan Pakej Ban-tuan Fasa 1 pada tahun lalu se-banyak RM21.45 juta, menjadikan nilai keseluruhan Pakej Bantuan Kerajaan Me-laka kepada rakyat negeri ini jumlahnya mencecah RM1-95.98 juta,” katanya.

AYER KEROH – Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Melaka dilihat sebuah pakej yang holistik dan seimbang antara keperluan rakyat dan industri di negeri ini. Pensyarah Kanan, Jabatan Eko-nomi dan Kewangan, Fakulti Pengu-

rusan dan Perniagaan, Universiti Tek-nologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Dr. Abdul Rahim Ridzuan ber-kata, pakej bernilai hampir RM175 juta itu tepat pada masanya untuk mengurangkan penderitaan rakyat dan penggiat ekonomi yang terkesan

akibat pandemik COVID-19. "Pakej bersifat inklusif dan kom-prehensif ini memberi 'signal' begitu jelas betapa bersungguh dan serius-nya kerajaan negeri ingin mencari jalan keluar daripada bahana COVID-19 ini tanpa mengenepikan mana-

mana peringkat lapisan rakyat. "Cuma mungkin juga antara inisiatif lain yang boleh ditambah adalah memberi sedikit peruntukan dana serta kursus kemahiran kepada peniaga-peniaga kecil untuk mengua-sai perniagaan secara digital seperti jualan produk menggunakan apli-kasi," katanya ketika dihubungi Me-laka Hari Ini (MHI). Pakej Rangsangan itu yang turut menyaksikan pemberian 27 inisiatif untuk industri dan bisnes melibatkan impikasi kewangan RM18.67 juta menggambarkan kesungguhan kera-jaan memastikan aktiviti ekonomi terus berjalan rancak. "Ini dapat memastikan strategi seperti pelaburan langsung asing ke negeri Melaka dapat diperhebatkan sekaligus memberi kesan amat besar kepada rakyat. "Ini termasuklah dari segi kewu-judan lebih banyak peluang peker-jaan, di samping pembangunan yang membantu memberi pendapatan ke-pada negeri," katanya. Peruntukan yang diberikan ke-pada petugas barisan hadapan dan kit perlindungan kesihatan juga katanya

membuktikan kesungguhan kerajaan negeri melandaikan keluk jangkitan wabak COVID-19. "Untuk memastikan kejayaan mengharungi pandemik ini secara bersama, kerajaan negeri juga secara konsisten berusaha mempercepat-kan dan mempergiatkan pemberian vaksin kepada rakyat untuk mem-bentuk imuniti kelompok atau herd immunity "Ini adalah satu-satunya kunci mutlak untuk membawa ekonomi kita pulih seperti sedia kala," kata-nya.

Pakej yang holistik dan seimbang - Pakar

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 : Sejahtera Bersama2

SULAIMAN

DR. Abdul Rahim

Page 3: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 : Sejahtera Bersama3

KERAJAAN negeri akan mengagihkan 3,000 tablet pembela-jaran bagi membantu anak-anak dari golongan asnaf dan pe-nerima bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menghadapi sesi Pengajian dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, inisiatif itu akan turut disertakan bersama langganan internet se-lama setahun. Katanya, seramai 1,000 keluarga asnaf yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak di bawah tanggungan atau masih bersekolah dijangka akan mendapat manfaat dengan peruntu-kan keseluruhan berjumlah RM3 juta ini. "Peruntukan ini akan membantu 3,000 pelajar asnaf bagi meneruskan pembelajaran di rumah dengan selesa dan sekali gus mengelakkan daripada keciciran dalam pelajaran," katanya.

Mohamad Fazrul Abdul Majid KERAJAAN Melaka men-gumumkan bantuan khas sekali bayar (one-off) berni-lai RM350 yang akan dia-gihkan kepada golongan B40 dan rentan yang mem-peroleh gaji harian di Me-laka. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, antara yang bakal menerima bantuan tersebut termasuklah nelayan, pen-arik beca, pemandu bas (ter-masuk bas ekspress dan bas/van sekolah), pengu-saha kedai gunting rambut, pengawal keselamatan, pen-gusaha Taman Asuhan Ka-nak-kanak (TASKA) dan pemandu e-hailing.

Katanya, sebanyak RM2.1 juta diperuntukkan untuk bantuan khas itu yang mana bayarannya akan dis-alurkan secara berperingkat mulai pertengahan Jun. "Anggaran 6,000 orang dijangka menerima manfaat ini," katanya. Selain itu, Sulaiman turut mengumumkan Ban-tuan Kit Makanan Nutrisi Sejahtera bernilai RM100 yang mengandungi maka-nan asas untuk disalurkan kepada golongan B-40 dan warganegara yang bermast-autin di Melaka. Jelasnya, ia akan meli-batkan peruntukan berjum-lah RM2.1 juta yang mana ia akan diagihkan kepada 32,-200 penerima.

Melaka agih 3,000 tablet bantu anak asnaf hadapi PdPR

Nelayan, pengawal keselamatan antara golongan terima bantuan RM350

KERAJAAN negeri men-gumumkan bantuan khas Aidiladha yang akan disalur-kan kepada golongan asnaf dan mualaf di negeri ini. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, bantuan itu akan disalurkan mulai Julai den-gan peruntukan keseluruhan berjumlah RM2.3 juta. Katanya, bagi asnaf iaitu penerima bantuan bulanan dan tahunan fakir miskin akan menerima RM200 yang akan memanfaatkan 8,500 penerima. Manakala, bantuan Ta'awun Muallaf khas Aidil-

adha pula, sebanyak RM300 akan diberikan kepada 2,000 mualaf yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). "Kesemua bantuan ini akan disalurkan mulai Julai yang akan dikreditkan ke akaun penerima bantuan," katanya.

Asnaf, mualaf Melaka bakal terima bantuan khas Aidiladha

Kesemua bantuan ini akan disalurkan mulai Julai yang akan dikreditkan ke

akaun penerima bantuan

““

RAKYAT

Page 4: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 : Sejahtera Bersama4

KERAJAAN negeri bersetuju untuk mengurangkan 50 per-atus sewa tapak dan premis milik pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri, kecuali pasar awam sepanjang Jun. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali ber-kata, inisiatif itu akan melibat-kan 2,922 penyewa dengan implikasi kewangan mencecah RM590,000. Selain itu, katanya, caj lesen penjaja dan peniaga kecil juga akan dikurangkan seban-yak 50 peratus bermula Jun hingga Disember 2021.

"Pengurangan itu bagai-manapun tertakluk kepada kelulusan setiap PBT," ka-tanya. Sulaiman menambah, dalam usaha membantu in-dustri kecil dan sederhana (IKS), kerajaan negeri turut bersetuju membuat pengur-angan sewa premis sebanyak 50 peratus kepada penyewa IKS, gerai dan usahawan bagi bulan Jun dan Julai 2021, dengan syarat tunggakan se-waan bulanan adalah tidak melebihi 3 bulan. Selain itu, kerajaan negeri

melalui Yayasan Melaka juga bersetuju untuk memberi pengecualian sewaan kepada penyewa rumah kedai, kedia-man, lot tanah, tapak kosong dan gerai medan selera di ke-diaman Pelajar Yayasan Me-laka serta asrama di Kediaman Pelajar Yayasan Melaka dan bangunan korporat. "Pengecualian ini telah di-berikan pada Januari dan Feb-ruari 2021 dan diteruskan bagi tempoh Jun 2021 sehingga Ogos 2021, melibatkan impli-kasi kewangan hampir RM 700,000," katanya lagi.

Pengurangan 50 peratus sewa premis, lesen penjaja Melaka

INDUSTRI & BISNES

PEKA dengan permasalahan yang dihadapi oleh penggiat in-dustri pelancongan negeri ini pada sepanjang Perintah Kawa-lan Pergerakan (PKP), Kerajaan Melaka telah meluluskan bebe-rapa insentif 'one-off' sebagai usaha meringankan beban ke-payahan dihadapi oleh penggiat industri tersebut. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaimand Md Ali ber-kata, bantuan 'one-off' itu meli-batkan pengusaha agensi kembara pelancongan, pengu-saha inap desa (homestay), pen-

gusaha chalet Bumiputera serta Persatuan Pelancongan Melaka (MTA), Persatuan Hotel Malay-sia Melaka (MAH) dan Per-satuan Bajet Hotel Negeri Melaka (MyBHA). "Kerajaan negeri juga peka dengan penggiat industri pelan-congan yang terkesan berikutan PKP, justeru kerajaan negeri telah meluluskan beberapa in-sentif 'one-off' seperti bantuan kepada 120 pengusaha agensi kembara pelancongan Melaka berjumlah RM1,000 setiap agensi kembara serta bantuan

RM2,000 kepada sembilan pen-gusaha inap desa. "Manakala, bantuan 'one-off' kepada 67 pengusaha chalet Bumiputera negeri ini berjum-lah RM1,500 bagi setiap pengu-saha dan bantuan 'one-off' sebanyak RM5,000 kepada MTA, MAH dan MyBHA," kat-anya. Jelasnya, jumlah keseluru-han penerima bantuan 'one-off' tersebut melibatkan 199 peng-giat industri pelancongan negeri ini dengan nilai peruntukan hampir RM254,000.

Penggiat industri pelancongan terima insentif ‘one-off’

MELAKA mengecualikan duti hiburan kepada semua taman tema air, Taman Mini Malaysia, Taman Buaya, muzium, Zoo Melaka, Taman Rama-rama dan A'Famosa Night Safari bagi tahun 2021. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali ber-kata, pengecualian itu diberi-kan bagi membantu meringankan beban industri pelancongan yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Katanya, pengecualian itu akan melibatkan pengurangan hasil negeri sebanyak RM1 juta.

"Melalui Belanjawan Me-laka 2021, kerajaan negeri telah mengecualikan duti hiburan untuk tiga taman tema air, iaitu A’ Famosa Water Theme Park, Bayou Lagoon Resort dan Me-laka Wonderland Water Theme Park, pada 2021, serta program hiburan keluarga bermusim. "Lanjutan itu, Kerajaan Melaka juga memanjangkan pengecualian duti hiburan ini kepada Taman Mini Malaysia, Taman Buaya, Muzium-mu-zium, Zoo Melaka, Taman Rama-Rama dan A’Famosa Night Safari bagi tempoh sepan-jang tahun 2021," ka-tanya.

Sementara itu, Taman Mini Malaysia dalam satu kenyataan merakamkan penghargaan di atas keprihatinan Ketua Menteri dan kerajaan negeri yang telah menyediakan pelbagai insentif untuk membantu industri pe-lancongan negeri. "Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park mengucapkan Terima kasih kepada Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Kerajaan Melaka di atas insentif-insentif yang diberi-kan kepada penggiat pelan-congan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Melaka," kata kenyataan itu.

Taman tema, muzium, Zoo Melaka terima pengecualian duti hiburan 2021

Page 5: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama5

"MAJLIS Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) berbesar hati dan berterima kasih kepada kerajaan negeri di atas pengecualian duti hiburan yang di berikan kepada Zoo Melaka dan ini merupakan perkara yang tidak diduga kami semasa Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengumumkan dalam Peru-tusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021, baru-baru ini. "Kita sedia maklum pengecualian ini akan membuatkan kerajaan negeri akan men-galami pengurangan hasil sebanyak RM1 juta namun sebenarnya kita sama sama terkesan ditambah keadaan Zoo Melaka yang tidak me-nerima kedatangan pengunjung akibat pan-demik yang melanda inisiatif ini benar-benar membantu memperkukuhkan pengoperasian Zoo Melaka. "Pembayaran cukai ini bergantung ke-pada jumlah kedatangan pengunjung dan se-cara purata kebiasaannya Zoo Melaka akan dikenakan duti hiburan sebanyak RM100,000 setahun maka dengan lanjutan tambahan pengecualian kepada beberapa lokasi pelan-congan utama termasuk Zoo Melaka dium-umkan itu satu khabar gembira buat pemain industri pelancongan buat tahun ini."

"SAYA hampir 'gantung kunci' kereta tapi tak jadi. Saya harap bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri seban-yak RM350 ini dapat sampai ke semua pemandu e-hailing yang terjejas macam saya. "Terima kasih kerajaan negeri, dalam keadaan semua pihak terjejas sekarang ini, golongan pemandu e-hailing ini tidak terlepas pandang untuk disalurkan bantuan dan bantuan ini diumpamakan dapat membantu untuk meneruskan kelansungan hidup kami. "Walaupun tidak dapat mem- bantu sepenuhnya namun wang yang diberikan secara 'one-off' ini, dapat digunakan untuk 'top up' barang dapur dan servis kereta".

"PEMBERIAN bantuan seperti ini amat kami hargai, dapatlah meringankan beban sedikit, mampu membayar utiliti atau pon dapatlah 'cover' sewa premis kedai. "Tidak mahu mengeluh dalam keadaan pandemik ini, saya rasa semua terkesan dan saya mengharapkan bantuan ini dapat diberi seadilnya kepada mereka yang terjejas. "Pemberian ini membuatkan saya menarik nafas lega, Alhamdulillah".

"SAYA yakin semua penjawat awam Gred29 ke atas sangat gembira untuk menyumbangkan elaun ITK (Imbu-han Tetap Keraian dan ITKA (Imbu-han Tetap Khidmat Awam) serendah RM10 hingga RM2,000 mengikut gred masing-masing bagi mengurang-kan beban kerajaan sama ada di pering-kat kerajaan negeri atau kerajaan Persekutuan. "Sebenarnya bagi penjawat awam Gred28 dan ke bawah juga boleh menyumbang sebanyak RM10

menerusi Tabung Bencana COVID-19 Melaka secara tunai dan di situ pe-luang terbuka untuk mereka menya-lurkan sumbangan mereka. "Dalam pada itu, kami juga ber-terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyediakan keperluan bar-ang keperluan dan kemudahan asas kepada petugas barisan hadapan se-banyak RM100,000 sekali gus dapat menyuntik semangat dan motivasi ke-pada mereka untuk menjalankan tugas masing-masing.

REAKSI

Sebenarnya bagi penjawat awam Gred28 dan ke bawah juga boleh menyumbang sebanyak RM10 menerusi Tabung Bencana COVID-19 Melaka secara

tunai dan di situ peluang terbuka untuk mereka menyalurkan sumbangan mereka.

SHUKOR Kasim

“ “

"TERIMA kasih kepada kerajaan negeri dalam inisiatif yang diberikan bagi membantu pemain industri mengurangkan bebanan yang ditang-gung bagi mendepani pasca penula-ran pandemik COVID-19. "Bagaimanapun bagi merancak-kan kembali industri pelancongan Melaka kami mengharapkan kera-jaan negeri perlu menumpukan dan memperluaskan agihan suntikan vaksin kepada semua penggiat indus-tri pelancongan termasuklah golon-gan penghantar makanan dan

peniaga di dalam kawasan pelancon-gan berikutan pintu sempadan negeri yang bakal dibuka dalam beberapa bulan lagi. "Inisiatif yang diberikan ini sedi-kit sebanyak dapat membantu kami sebagai persediaan bagi memban-gunkan semula industri yang terke-san akibat penularan wabak yang berlarutan melanda negara dan be-rharap akan ada inisiatif lain diu-mumkan lagi bagi membantu pemain industri pelancongan di Melaka" kat-anya kepada Melaka Hari Ini.

PRESIDEN Persatuan Pelancongan Melaka, Madelina Kuah

"TERIMA kasih diucapkan kepada kerajaan negeri kerana masih memberi peluang kepada pengilang di sektor perlu untuk terus beroperasi bagi me-mastikan kestabilan ekonomi di negeri ini. "Bagaimanapun kita berharap agar program vaksinasi terus diper-luaskan di setiap industri agar mampu membendung penularan ini yang ak-hirnya jika peratusan penularan menu-run ia mampu membantu pengilang untuk beroperasi semula secara ber-peringkat. "Biarpun inisiatif ini tidak banyak menumpukan kepada sektor pengilan-gan namun ia benar benar banyak membantu golongan rentan terutama peniaga dan penggiat usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) bagi meneruskan kelangsungan mereka selepas terkesan dengan wabak tersebut.

PENGERUSI Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Melaka, Jimmy Ong Kim Heng

PEMANDU e-hailing, Andrew Foo Meng Chiang

Walaupun tidak dapat membantu sepenuhnya namun wang

yang diberikan secara 'one-off' ini, dapat digunakan

untuk 'top up' barang dapur dan

servis kereta.

PENGUSAHA Salun, Nor Hannah Mohd Teep

Tidak mahu mengeluh dalam

keadaan pandemik ini, saya rasa semua terkesan dan saya

mengharapkan bantuan ini dapat

diberi seadilnya kepada mereka

yang terjejas.

"BAGI pihak Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, kami berterima kasih atas insentif yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan negeri baru-baru ini, terutama terhadap industri pelancongan me-laka. Pengecualian duti hibu-ran di sepanjang tahun 2021 yang diberikan menunjukkan kerajaan mendengar rintihan dan rayuan pihak kami yang terbeban dengan tanggungan duti hiburan yang agak tinggi

selama ini iaitu sebanyak 25 peratus. "Pengecualian ini sedikit sebanyak telah dapat mengu-rangkan beban kami dalam mendepani detik-detik gent-ing masa kini. "Bantuan lain seperti pe-nangguhan pembayaran cu-kai tanah juga banyak membantu entiti pelancongan seperti kami bagi mengurang-kan tanggungan kos dalam tempoh tiada sumber penda-patan yang boleh diperolehi."

PENGURUS Besar Taman Buaya dan Rekreasi Melaka, Ahmad Syarifuddin Mohamad

Pengecualian ini sedikit sebanyak

telah dapat mengurangkan

beban kami dalam

mendepani detik-detik

genting masa kini.

YANG Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman

Jika peratusan penularan menurun ia mampu membantu pengilang untuk beroperasi semula secara berperingkat. “ “

Page 6: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

Mohamad Fazrul Abdul Majid

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 : Sejahtera Bersama6

AYER KEROH - Dalam menjalani rutin kehidupan yang semakin terhimpir aki-bat kekurangan pelanggan susulan Printah Kawalan Pergerakan 3.0, peniaga me-lahirkan rasa syukur selepas kerajaan negeri mengumum-kan pengurangan caj lesen 50 peratus bermula Jun hingga Disember tahun ini. Juliana Bahrudin, 32 berkata peniaga kecil seper-tinya sememangnya sudah terkesan sejak PKP 3.0 diku-atkuasa 1 Jun lalu kerana pe-langgan semakin

berkurangan berbanding tempoh sebelum itu. Bagaimanapun katanya, selepas pengumuman dibuat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengenai pengurangan sewa berkenaan selain pengecual-ian lewat lesen perniagaan dan pembaharuan lesen per-niagaan mampu memberikan nafas lega kepadanya. "Syukur sangat apabila lesen itu diberikan diskaun sekurang-kurangnya wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar sewa tapak itu boleh kami gunakan untuk keperluan penting

yang lain. "Sejak PKP 3.0, perniagaan memang 50 peratus terje-jas, malah suami pula tiada kerja kerana tidak ada projek 'wiring' (pendawaian) namun dengan pengurangan baya-ran itu sedikit sebanyak dapat membantu peniaga kecil se-perti kami untuk menyara kehidupan kami anak-beranak," ka-tanya. Sementara itu, peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Nurhabibah Kesumawati, 41 berkata dia hampir putus asa untuk meneruskan perniagaan namun memikirkan tiada pe-kerjaan lain yang boleh dilakukan selepas berhenti kerja dari sektor penghotelan sejak PKP 1.0. "Risau juga tidak mampu hendak sara kehidupan namun dengan insentif diberikan kerajaan ne-geri dapat juga mengurangkan beban kami lima sekeluarga. "Alhamdulillah kerana kerajaan pri-hatin dengan nasib peniaga kecil seperti kami," katanya.

Peniaga lahir rasa syukur bantuan di saat sesak

JULIANA NURHABIBAH

PAYA RUMPUT - Seorang ibu tunggal yang menetap di Projek Pe-rumahan Rakyat (PPR) Krubong, di sini, menyambut baik pemberian 3,000 tablet berserta langganan in-ternet percuma bagi membantu anak-anak dari keluarga asnaf se-perti yang diumumkan Ketua Men-teri dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Melaka, pada 18 Jun lepas. Siti Rosliana Ab Ghani, 30, mengakui meletakkan harapan tinggi terpilih menerima bantuan tersebut kerana ia mampu memberi impak cukup besar kepada tiga anaknya yang masih bersekolah ren-dah. Katanya, sejak kerajaan melak-sanakan Perintah Kawalan Pergera-kan (PKP) penuh dan sekolah ditutup, tiga anaknya yang berseko-lah di Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong kerap keciciran dalam pe-

lajaran kerana tidak mempunyai peranti yang bersesuaian untuk sesi Pengajian dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). "Saya hanya ada satu telefon bimbit dan telefon yang ada ini mungkin spesifikasinya rendah dan sukar untuk menyokong sesi PdPR yang diadakan guru. "Disebabkan itu, sukarlah untuk anak-anak yang mana mereka banyak tertinggal dalam pelajaran terutama anak ketiga saya yang kini berada dalam darjah satu yang masih belum mengetahui apa-apa termasuklah membaca dan menulis. "Jadi, jika benar menjadi antara yang terpilih memang saya gembira sangat kerana sekurang-kurangnya ia dapat membantu anak-anak dapat kembali mengikuti sesi pembelajaran secara dalam ta-lian," katanya kepada Melaka Hari Ini. Dalam pada itu, Siti Rosliana turut memanjatkan kesyukuran

apabila dimaklumkan menjadi antara mereka yang terpilih me-nerima bantuan khas Aidiladha ber-jumlah RM200 daripada kerajaan negeri memandangkan dia merupa-kan antara penerima bantuan bula-nan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Dia yang bekerja mengambil upah membersihkan surau selepas kematian suami awal tahun ini ber-kata, bantuan itu cukup bermakna dalam meringankan beban mereka sekeluarga menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha nanti. "Bila PKP nak bekerja ambil upah pun susah. Adakalanya saya terpaksa berniaga kecil-kecilan untuk menanggung enam anak yang masih kecil. "Jadi bila diumumkan me-mang saya gembira dan bersyukur sangat. Terima kasih Ketua Menteri dan kerajaan negeri kerana prihatin dengan nasib golongan seperti kami," katanya lagi.

Ibu tunggal harap terpilih bantuan bantuan tablet percuma

Farah Suhaidah Othman

REAKSI

SITI Rosliana menunjukkan hanya satu telefon bimbit dimilikinya yang menyukarkan tiga anaknya menjalani PdPR di rumah.

MELAKA HARI INI

PENGARANG KANAN MUHD RIZANIZAM

ABDUL HAMID [email protected]

PENGARANG MOHD HAMZATUL

AKMAR MD ZAKARIA yondaime87@

melakahariini.my

LIANA SAHABUDIN [email protected]

MOHD FAIZ ABU HASAN [email protected]

MOHD FAZRUL ABDUL MAJID

[email protected]

FARAH SUHAIDAH OTHMAN

[email protected]

ZUL RAHIMI RAMLI [email protected]

AMBRAN MOHAMED [email protected]

MIMIE AZURA ABU BAKAR

mimieazura1981@ melakahariini.my

JURUFOTO KANAN AZREN JAMALUDIN [email protected]

REKABENTUK & GRAFIK

PEMASARAN

PENGURUS MUHAMMAD HAMZI

ROSMANI [email protected]

018 - 329 9936

UNIT MEDIA SOSIAL

EKSEKUTIF IZAIDA RAIHANAH IDRIS

[email protected]

SHARIFAH NORKHALIDAH SYED KHAIDZIR

[email protected]

JURUKAMERA ISMAIL IBRAHIM

[email protected]

KETUA ASHALIA YUSOF

[email protected]

PENYUNTING VIDEO RABIAH OSMAN

[email protected]

WARTAWAN PENYIARAN MOHAMAD FARIS HAIKAL

farishaikal.zakaria@ melakahariini.my

AUFA IZZATI AHMAD ZAILANI

[email protected]

AMIRUL RAMLI [email protected]

MELAKA TV

NO.TEL : 06 - 251 9314, 06 - 251 9315 FAX : 06 - 251 9316

PENGARANG DIGITAL MEOR RIDUWAN

[email protected]

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

AHMAD ZUHAIR UMARAH SAMSER

[email protected]

WARTAWAN

EKSEKUTIF PEMASARAN & PENGIKLANAN NAQUIB TAJUDIN

[email protected]

"DITAMBAH pula dengan pengumuman dibuat Ketua Menteri 18 Jun lepas, dalam keadaan terdesak begini, serba-sedikit dapat membantu daripada tidak ada apa-apa. "Bersyukur sangat kerana bolehlah kami suami isteri membayar bil api dan elektrik menggunakan duit sewa tapak dan lesen yang sepatutnya dibayar kepada PBT (pihak berkuasa tempatan)." - Peniaga, Farah Jasmin Zainal Abidin

Page 7: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

KUALA LUMPUR - Perdana Men-teri mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang diyakini dapat mengem-balikan penghidupan harian biasa menjelang akhir tahun termasuk mengadakan semula sesi persidangan Parlimen pada September atau Ok-tober. Tan Sri Muhyiddin Yassin ber-kata pelan itu adalah satu strategi per-alihan keluar dari kemelut pandemik COVID-19 merangkumi empat fasa yang akan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat. Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Ne-gara: Peralihan Fasa PKP secara ber-peringkat yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen pada 15 Jun lepas. Muhyiddin berkata setiap fasa berpaksikan kepada data yang bersan-darkan tiga indikator ambang utama ataupun threshold untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya. Indikator pertama ialah keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian, indikator kedua ialah keu-payaan sistem kesihatan awam berda-sarkan kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan indikator ketiga adalah tahap populasi yang di-lindungi berdasarkan peratusan yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin. Muhyiddin berkata antara akti-viti dibenarkan semasa fasa kedua ialah pembuatan seperti simen untuk memastikan kelangsungan pembi-naan yang dibenarkan serta aktiviti peruncitan seperti barangan elektro-nik dan komputer bagi menyokong mereka yang bekerja dari rumah.

Bagaimanapun, beliau berkata masih terdapat aktiviti pembuatan, pembinaan, peruncitan dan per-khidmatan yang tidak disenaraikan dan kekal tidak beroperasi seperti pembuatan tekstil dan kedai per-abot. Bagi fasa ketiga (September - Ok-tober), perdana menteri berkata semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang be-risiko tinggi untuk jangkitan COVID-19 yang masih ditutup. Beliau berkata fasa itu boleh dig-erakkan sekiranya Malaysia berjaya mencapai nilai ambang iaitu purata kes harian menurun ke paras bawah 2,000 kes, sistem kesihatan awam be-rada pada tahap selesa dengan pen-urunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi dan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin. Nilai ambang itu dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir Ogos ini, katanya. Pada fasa ketiga semua sektor ekonomi akan dibenar beroperasi ke-cuali aktiviti yang tersenarai dalam se-narai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangki-tan COVID-19 atau melibatkan kera-maian. Sektor ekonomi akan kekal dibe-narkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti fasa kedua dan aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat, kata Muhyiddin. Beliau berkata di bawah fasa ketiga, semua aktiviti pembuatan akan dibenar beroperasi tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dan had kapasiti. Senarai negatif yang tidak dibe-

narkan beroperasi merujuk kepada aktiviti berisiko tinggi kerana melibat-kan keramaian seperti penganjuran konvensyen dan penjarakan sosial tidak dapat diamalkan seperti pub, spa dan salon kecantikan. Namun, perdana menteri ber-kata kelonggaran kepada had kapasiti akan dipertimbangkan untuk mem-bolehkan syarikat beroperasi sepen-uhnya setelah pekerjanya divaksinasi. Muhyiddin berkata fasa keempat mungkin boleh mengembalikan norma kehidupan seharian dengan semua sektor ekonomi dibuka, lebih banyak aktiviti sosial dibenarkan, per-jalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat. Beliau berkata fasa itu dapat di-laksanakan apabila bilangan kes COVID-19 adalah rendah, sistem kesi-hatan awam pada tahap selamat dan program vaksinasi mencapai tahap imuniti berkelompok atau herd im-munity selewatnya pada akhir tahun ini. “Kerajaan telah merangka pelan ini dengan membuat pertimbangan sebaiknya bagi memastikan setiap ke-putusan yang diambil adalah untuk melindungi nyawa dan memastikan kelangsungan hidup rakyat,” katanya. Beliau berkata peningkatan be-kalan vaksin sebanyak 16 juta dos pada hujung Julai ini serta peningka-tan kadar pemberian vaksin harian membuatkan kerajaan lebih yakin untuk menjayakan pelan itu. Kesemua SOP bagi fasa-fasa itu akan diperincikan oleh Majlis Kese-lamatan Negara (MKN) dan diu-mumkan dalam masa terdekat.- BERNAMA

Pelan Pemulihan Negara Boleh kembalikan penghidupan harian biasa - PM

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menza-hirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dan kerajaan perlu bertindak tegas mempercepat proses vaksinasi agar matlamat imuniti kelompok 80 peratus dicapai seawal mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka menzahirkan pandangan itu setelah mem-perhalusi semua pandangan pemimpin parti politik, Ja-watankuasa Khas Bebas Da-rurat 2021 dan sembah taklimat pakar dari agensi-agensi kerajaan.

“Seri Paduka menzahir-kan pandangan agar sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk

membolehkan Ordinan-Or-dinan Darurat dan Pelan Pe-mulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan Ra-kyat,” menurutnya dalam ke-nyataan baru-baru ini. Pandangan itu dizahir-kan Al-Sultan Abdullah sel-epas berkenan berangkat menghadiri dan mempenge-rusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 16 Jun lepas. Katanya Seri Paduka amat menyedari kepentin-gan peranan Parlimen seba-gai satu platform untuk wakil-wakil rakyat bersi-dang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya ber-kaitan penularan wabak COVID-19. “Seri Paduka menzahir-

kan pandangan Ahli-Ahli Dewan Rakyat boleh berbin-cang berkenaan peruntukan perbelanjaan kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekono-mi negara,” katanya. Ahmad Fadil berkata Seri Paduka turut menzahir-kan harapan agar angka jangkitan wabak COVID-19 dapat dilandaikan dengan segera dan berpandangan vaksinasi merupakan satu-satunya ‘jalan keluar’ bagi mengawal penularan wabak itu di negara ini. “Seri Paduka menzahir-kan pandangan bahawa ke-rajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepat proses vaksi-

nasi kepada rakyat agar mat-lamat imuniti kelompok 80 peratus dapat dicapai seawal mungkin,” katanya. Beliau juga berkata Seri Paduka turut menzahirkan pandangan bahawa perlu ada pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak COVID-19 dan me-mulihkan ekonomi negara. Katanya Al-Sultan Ab-dullah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang juga mencerminkan keprihatinan tinggi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu ter-hadap kemaslahatan negara

dan kelangsungan hidup ra-kyat. Ahmad Fadil berkata Seri Paduka turut menzahir-kan setinggi-tinggi penghar-gaan kepada petugas barisan hadapan dan seluruh rakyat yang bertungkus-lumus mengorbankan masa serta penat lelah dalam usaha me-merangi penularan wabak itu di negara ini. Katanya Seri Paduka turut mengajak rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar rakyat Malaysia dan ne-gara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi daripada sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera.- BERNAMA

Agong zahir pandangan parlimen bersidang secepat mungkin

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

LOKAL7

Page 8: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

AYER KEROH - Kem-enterian Pertanian dan In-dustri Makanan (MAFI) menerusi programnya MAFI Prihatin akan memperluas-kan sumbangan makanan kepada Zoo di seluruh negara sekiranya ada permintaan bagi mengurangkan beban kos pengoperasian taman haiwan itu yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, program berkenaan bukan sahaja bertumpu untuk membantu mangsa bencana atau golongan memerlukan sebaliknya lebihan makanan yang diperolehi menerusi agensi kementeriannya turut menyalurkan sumbangan ma-kanan kepada haiwan di ta-man berkenaan. Katanya, sumbangan itu bagaimanapun bergantung kepada permintaan dan ke-

perluan kementeriannya bagi menampung perbelanjaan agensi yang menguruskan taman haiwan itu dalam tempoh PKP 3.0.

"Kita berharap masyara-kat sama-sama membantu bagi memastikan supaya ke-langsungan Zoo dapat dite-ruskan kerana mereka juga

perlu diberikan perhatian. "Bukan sahaja di Zoo di Melaka, bahkan Zoo di selu-ruh negara malah Zoo Ne-gara juga telah kita salurkan

apabila ada permohonan dan keperluan kita akan memb-antu sebagai menunjukkan rasa prihatin terhadap ke-langsungan hidup haiwan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sel-epas menyerahkan sumban-gan lebihan buah-buahan dan sayur-sayuran kepada Zoo Melaka, di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Permasa-ran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Wira Ghazale Muhamad dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MHPTJ), Datuk Shadan Othman. Turut hadir menye-rahkan bantuan tiga tan buah-buahan adalah per-tubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Amal dan Kebajikan Al Baasith Negeri Sembilan dan Khidmat Amal Bilal Muda. Mengulas lanjut, beliau

berkata setakat ini pihaknya menyumbangkan sebanyak 20 tan lebihan makanan ber-bentuk sayur-sayuran dan buah-buahan kepada Zoo Melaka, yang keseluruhan-nya bernilai RM45,000 sejak PKP 3.0 dikuatkuasakan. "Memandangkan tiada pengunjung akibat PKP 3.0, jadi kita rasa terpanggil MAFI melalui agensi kita, FAMA rasa terpanggil untuk menyalurkan bantuan bagi mengurangkan beban per-belanjaan Zoo Melaka yang mencecah kos operasi RM600,000 sebulan terma-suk menampung keperluan makanan 220 spesis haiwan berjumlah 550 ekor keselu-ruhannya. "Selain itu pada minggu seterusnya, menerusi agensi berkaitan, Jabatan Perkhid-matan Kuarantin dan Pe-meriksaan Malaysia (MAQIS) akan datang semula ke zoo ini bagi membekalkan daging dan ayam," katanya.

MAFI Prihatin bantu salur lebihan makanan di Zoo seluruh negara

AHMAD (dua kanan) bersama Ghazale (dua kiri) dan Shadan (kiri) pada program penyerahan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran di Zoo Melaka, Ayer Keroh, baru-baru ini.

Farah Suhaidah Othman

AYER KEROH - Kera-jaan Melaka dijangka men-gadakan sidang Dewan Undangan negeri selewat-lewatnya pada perten-gahan Julai selepas mendapat izin Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rus-tam. Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Gha-zale Muhamad berkata, ke-rajaan negeri dan barisan ahli DUN bersedia untuk mengadakan persidangan itu selepas mendapat per-kenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Ab-dullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah yang mengarahkan ia dilakukan dalam masa ter-dekat. Katanya, perbincangan bagaimanapun sudah dilakukan di peringkat kerajaan negeri bagi memuktamadkan tarikh sebenar per-sidangan berkenaan. "Kami sedang berunding dengan Speaker DUN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang akan berurusan dengan Yang di-Pertua Negeri bagi mendapat izin untuk bersidang. "Jangkaan tarikh, mungkin selewat-le-watnya kita akan dapatkan Julai sebagai gazet tarikh yang memerlukan tempoh dua minggu, jadi ia mungkin dijangka diadakan pada pertengahan Julai. "Bagaimanapun, perkara itu tertakluk kepada izin Yang di-Pertua Negeri," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri

penyerahan sumbangan ma-kanan Kementerian Per-tanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Zoo Melaka di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan In-dustri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MHPTJ), Datuk Shadan Othman.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan me-maklumkan butiran lanjut mengenai persidangan itu selepas mendapat tarikh

muktamad. "Tarikh itu kita akan gazetkan dan kita maklumkan bila kita akan bersidang. Ada isu-isu yang kita perlu bincangkan dalam ka-langan ahli dewan terutama menjayakan ge-rakan ekonomi serta kelangsungan hidup rakyat yang agak terjejas dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0," katanya. Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah men-zahirkan pandangan sesi persidangan Par-limen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulhan Negara dibahaskan untuk menye-lamatkan ekonomi negara. Kenyataan itu dikeluarkan selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbin-cangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Ne-gara baru-baru ini.

Sidang DUN dijangka pertengahan Julai

GHAZALE

AYER KEROH - Ibu bapa merayu kera-jaan agar mempertimbangkan pemberian vaksin lebih awal kepada anak-anak lepasan Sijil Pela-jaran Malaysia (SPM) 2020 dan bakal melanjutkan pen-gajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam masa ter-dekat. Bagi seorang bapa, Amir Ali Mohamad, 43, pem-berian vaksin kepada pelajar yang bakal melanjutkan pen-gajian di peringkat lebih tinggi perlu diberi keuta-maan memandangkan kepu-tusan melanjutkan pengajian menerusi aplikasi UPU dan Kolej Matrikulasi akan diketahui bulan depan. Katanya, dengan adanya pemberian vaksin, dia sebagai bapa tidak akan risau mengenai keselamatan anak-anaknya sekir-anya mendapat panggilan masuk belajar di IPT sedikit masa lagi. "Memang kita harapkan anak-anak le-pasan SPM 2020 diberi keutamaan vaksin memandangkan ada di antara mereka masih belum berumur 18 tahun dan tidak boleh mendaftar vaksin di aplikasi MySejahtera. "Jadi, jika mereka ini mendapat pang-gilan masuk ke universiti bagaimana? Ada-kah mereka perlu tunggu lebih lama? Sekurang-kurangnya jika sudah diberikan

vaksin, kita sebagai ibu bapa legalah dan tidak risau keselamatan mereka. "Saya meminta kerajaan agar memper-timbangkan pemberian vaksin ini dan

mengkaji mekanisme berse-suaian bagaimana untuk mengagihkan pemberian vaksin kepada pelajar lepa-san SPM 2020 yang akan melanjutkan pengajian," kat-anya kepada Melaka Hari Ini.

Turut senada ialah seor-ang ibu, Vanessa Melinda Smith yang turut memp-unyai anak lepasan SPM 2020 yang akan melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Katanya, memandangkan situasi COVID-19 dalam ne-gara masih meruncing, pem-

berian vaksin itu sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan ibu bapa terutama untuk melepaskan anak-anak melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi "Vaksin memang sangat penting me-mandangkan ada di antara pelajar bakal melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara. Tanpa vaksin bagaimana nasib mereka jika mendapat tawaran nanti? "Jadi, kita sebagai ibu bapa berharap kerajaan turut mempertimbangkan pem-berian vaksin kepada pelajar yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat tert-inggi akan dipercepatkan," katanya.

Percepatkan vaksin kepada pelajar bakal ke IPT

Mohamad Fazrul Abdul Majid

AMIR Ali

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

LOKAL8

Page 9: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021 9

Page 10: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

LOKAL10

BUKIT PALAH – Melaka men-ganggarkan kira-kira 8,000 ra-kyatnya akan dapat menerima vaksin setiap hari bermula Julai depan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, ia susulan negeri ini sudah memp-unyai 38 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) meliputi PPV awam, PPV khas selain bantuan daripada kli-nik serta hospital swasta. Jelasnya, kesemua PPV yang ada itu sudah mula berfungsi se-tiap hari dalam usaha utuk mem-percepatkan Program Imunisasi COVID-19 di negeri ini. “Setiap hari suntikan vaksin berjalan di kesemua 38 PPV di se-luruh negeri. Daripada 38 itu, 14 daripadanya adalah PPV awam, selain kita juga ada 3 PPV khas dan lebih 20 PPV di klinik swasta atau dikenali sebagai Pusat Pem-berian Vaksin ‘General Practi-tioner’ (PPVGP). “Untuk PPV awam, sehari kita berupaya menyuntik seh-

ingga 7,200 orang dan jika dicam-purkan kesemuanya, kita men-jangkakan 8,000 suntikan boleh diberikan setiap hari,” katanya ketika ditemui melawat Special PPV Hospital Melaka di Audi-torium Masjid Al-Azim. Mengulas mengenai PPV khas Hospital Melaka yang mula beroperasi 14 Jun lalu, Rahmad berkata, ia diwujudkan untuk pemberian vaksin kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan terutama membabitkan pesakit kanser, darah tinggi dan buah pinggang selain orang kurang upaya (OKU). “Kita telah mengenal pasti seramai 6,132 pesakit yang akan menerima suntikan di sini yang dijadualkan akan berlangsung sehingga Ogos nanti. “Alhamdulillah sejak lokasi dipindahkan ke Auditorium Mas-jid Al-Azim, proses suntikan vak-sin berjalan lancar dan tidak berlaku sebarang rungutan mem-babitkan kesesakan dan seb-againya,” ujarnya. Dalam pada itu, ditanya sama ada kewujudan 14 PPV

awam di negeri ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi, Rahmad berkata, kesemua kos itu tidak di-tanggung kerajaan negeri, sebali-knya ia di bawah peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Ne-gara (NADMA). Malah katanya, masalah ke-kurangan petugas juga tidak ber-laku kerana setiap PPV telah menempatkan petugas dan su-karelawan mencukupi untuk mel-ancarkan proses vaksinasi.

Dijangka 8,000 penduduk terima vaksin setiap hari BUKIT PALAH – Jabatan Agama

Islam Melaka (JAIM) membenarkan 100 jemaah solat Jumaat bagi tujuh masjid kerajaan dan 50 orang di mas-jid dan surau Jumaat di kariah selu-ruh negeri, mulai 18 Jun. Tujuh masjid kerajaan ialah masjid yang ditadbir secara terus oleh JAIM manakala masjid dan surau Ju-maat (surau yang dibenarkan men-dirikan solat Jumaat) adalah yang ditadbir oleh Pengerusi dan ahli ja-watankuasa (AJK) dipilih anak kariah masing-masing. Pengarah JAIM Datuk Che Shukri Che Mat bagaimanapun ber-kata, jemaah solat fardu dan solat je-nazah kekal 12 orang seperti yang ditetapkan sejak sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu. “Berdasarkan situasi semasa, Kerajaan Melaka melalui keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Melaka yang bersidang pada 16 Jun 2021 bersetuju mengeluarkan kete-tapan baharu berkaitan jumlah maksimum jemaah solat Jumaat,” katanya dalam kenyataannya baru-baru ini.

Bagaimanapun, aktiviti lain di masjid masih ditangguhkan, iaitu majlis bacaan surah Yasin dan tahlil, ceramah agama, akad nikah, kursus, bengkel, jamuan dan gotong-royong. “JAIM berhak menarik semula kebenaran itu jika masjid atau surau didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan berkaitan pandemik COVID-19,” kat-anya. Sebelum ini, jemaah solat Ju-maat dan fardu di masjid di negeri ini dihadkan 12 orang berikutan sekatan pergerakan penuh PKP 3.0 di seluruh negara mulai 1 Jun lalu hingga 28 Jun ini. Sehubungan itu, JAIM meminta masjid dan surau memperdengarkan bacaan surah Yasin dan surah lain serta doa memohon Allah melin-dungi rakyat daripada pandemik COVID-19 mulai 29 Mei lalu. Surah Yasin dan doa harus di-perdengarkan melalui alat pembesar suara selepas solat Maghrib. Surah lain dan doa harus diper-dengarkan selepas solat fardu yang lain manakala imam harus membaca doa qunut nazilah pada rakaat akhir solat Subuh, Isyak dan Jumaat.

JAIM benarkan solat Jumaat lebih 12 orang

Mulai Julai depan

Mohamad Fazrul Abdul Majid

38 PUSAT PEMBERIAN VAKSIN

14 PPV Awam

3 PPV Khas

20 PPV Swasta

Page 11: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

EDISI KHAS 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021 / 10 ZULKAEDAH 1442 - 16 ZULKAEDAH 1442

MIMBAR MAIM“Benar-benar sangat beruntung orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman dan sentiasa berzikir menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang.” (Surah Al-A’la, ayat 14-15) “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari harta benda serta jiwa dan hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 155)

MELAKA TENGAH - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memainkan peranan yang besar dalam memasti-kan setiap asnaf di negeri ini dapat di-bantu dengan sebaiknya. Pebagai skim bantuan telah di- perkenalkan dan dilaksanakan oleh MAIM dalam usaha membantu asnaf dan mereka yang memerlukan khu-susnya dalam tempoh sukar negara sedang dilanda pandemik Covid-19. Skim batuan yang ada sedikit se-banyak dapat membantu mereka lebih-lebih lagi kehidupan mereka

pada ketika ini terjejas kerana ada an-tara mereka yang hilang pendapatan berikutam dibuang kerja dan seba-gainya. 19 skim bantuan yang ada juga memberi tumpuan kepada bantuan makanan dan keperluan kewangan kepada asnaf yang layak. Bukan sahaja bantuan makanan dan keperluan kewangan namun pendidikan dan pembelajaran anak-anak turut diberi perhatian sewa-jarnya bagi memberi jaminan masa depan yang lebih baik di masa akan datang. Anak-anak asnaf juga turut diberi bantuan penyediaan set pakaian dan

kelengkapan sekolah serta memasti-kan pembiayaan yuran persekolahan tetap menjadi keutamaan. Terkini, MAIM telah memperk-analkan aplikasi Jejak Asnaf yang se-dikit sebanyak boleh memperce- patkan proses permohonan bantuan kepada mereka memerlukan. Penggunaan aplikasi berkenaan memberi ruang dan peluang kepada penyampaian maklumat mereka yang memerlukan dengan kadar segera dan pastinya ia mampu di-manfaatkan oleh setiap pemohon. Dalam keadaan tempoh sukar ini, pastinya ramai yang terjejas penda-patan dan MAIM akan tetap memas-

tikan mereka yang ini mendapat ban-tuan yang sewajarnya. Orang ramai yang memmpunyai maklumat boleh berkongsi bersama

dalam memastikan asnaf dan mereka yang terjejas dapat dibantu serta ber-kongsi rezeki dengan penuh ketak-waan.

Erwin Abu Hasan [email protected]

Prihatin kesusahan asnaf sepanjang PKP 3.0

SKUAD Agihan Zakat Melaka (SAZ) MAIM menyantuni asnaf Sadiah Ibrahim yang tiggal berdua bersama cucu beliau di Kampung Enam Bachang.

Page 12: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

MAIM12

Erwin Abu Hasan [email protected]

PEGAWAI Agihan Zakat Cawangan Masjid Tanah, Mazfazil Ismail bersama Skuad Agihan Zakat Melaka (SAZ) cawangan berkenaan menyantuni mangsa ribut di Kampung Seberanag Prai, Sungai Petai Alor Gajah baru-baru ini. Turut disampaikan sumbangan wang tunai kepada mangsa bagi meringankan beban mereka.

SUMBANGAN bantuan tunai kepada asnaf, Mohd Ridzuan Abdul Rahim di Kampung Klebang Besar baru-baru ini. Bantuan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Md Rawi Mahmud.

PRIHATIN...Skuad Agihan Zakat (SAZ) Cawangan Merlimau turun menyantuni dan menyampaikan sumbangan kit makanan kepada keluarga yang sedang dikuarantin disebabkan kesan kontak rapat mangsa Covid-19 di Taman Seri Serkam baru-baru ini. Seramai lebih 20 keluarga terjejas dan terkesan berikutan mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan kurantin kendiri di rumah.

LAWATAN ke tapak cadangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sementara untuk penduduk DUN Serkam oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan di Taman Rimbunan Kaseh. Turut sama hadir dalam lawatan berkenaan Unit Pembangunan MAIM dan antara premis yang dicadangkan Dewan Terbuka Rimbunan Kaseh, Pusat Learning Centre dan Pusat Internet Setempat.

Page 13: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

MAIM13

HAMPIR setahun setengah rakyat Malaysia menjalani kehidupan secara norma baharu berikutan pandemik COVID-19 yang melanda. Sedikit sebanyak masyarakat telah terbiasa menyesuaikan diri dengan persekitaran dan langkah-langkah keselamatan. Baru-baru ini, YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi telah mengumum-kan bahawa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 fasa pertama, mulai 1 Jun 2021 hingga 14

Jun 2021 dan disambung semula bermula 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021 demi mem-bendung penularan pandemik COVID-19 yang semakin meningkat hari demi hari kebe-lakangan ini. Setiap rakyat Malaysia disarankan untuk sentiasa mematuhi segala peraturan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Situasi negara berdepan pandemik ini secara tidak langsung memberi kesan kepada ketidakseimbangan ekonomi dan ramai pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja serta hilang sumber pendapatan. Namun begitu, ianya bukanlah penghalang besar kepada umat Islam untuk melaksanakan tuntutan ibadah terutama dalam menunaikan ibadah zakat. Beberapa industri, sektor perkilangan, sektor ekonomi dan tidak ketinggalan juga kaunter pembayaran zakat di Zakat Melaka tidak terkecuali untuk menyahut seruan kerajaan bagi memastikan wabak tidak

tersebar. Setiap kaunter pembayaran Zakat Melaka ditutup sementara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 fasa pertama ini dijalankan. Zakat Melaka telah menyediakan beberapa inisiatif dan kaedah pembayaran zakat melalui dalam talian (online). Kini, umat Islam boleh menunaikan ibadah zakat dengan mudah hanya di hujung jari sahaja dan tanpa perlu hadir ke kaunter. Sesungguhnya Islam itu agama yang amat mudah dalam sesuatu urusan. Umat Islam bo-leh menunaikan zakat melalui kaedah perban-kan internet, laman sesawang rasmi Zakat Melaka www.izakat.com melalui FPX. Selain itu, boleh laksanakan pembayaran zakat di la-man sesawang e-Bayar Kerajaan Negeri Mela-ka, JomPAY dan MelakaPay (Mobile Apps). Ramai dikalangan kita ada yang terputus bekalan makanan akibat pandemik COVID-19 ini. Umat Islam amat dituntut untuk sama-

sama membantu mereka yang terjejas dengan menunaikan ibadah zakat. Semoga apa jenis zakat yang ditunaikan akan dapat menceriakan kehidupan asnaf sete-rusnya menjamin kestabilan ekonomi Islam. In Sha Allah. Mudah-mudahan Allah membalas sebaik-baik balasan terhadap apa yang diberi-kan dan melimpahkan berkat ke atas apa yang ditinggalkan. Sepertimana Hadrat Hasan berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: “Peliharalah harta kamu dengan zakat, ubati-lah penyakit kamu dengan sedekah, hadapilah ombak-ombak bala’ dengan doa dan tadarru”. (H.R: Abu Daud, Tabrani, Baihaqi) Sebarang pertanyaan dan pembayaran zakat bolehlah layari www.izakat.com atau menghubungi di talian 1-300-88-0233 di Zakat Melaka atau tinggalkan mesej di talian whatsapp 011-58583885 untuk info lebih lanjut.

Datuk Hj. Ibrahim Bin Fadzil Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Melaka.

Tiada halangan untuk beribadat

Page 14: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

MAIM14

Page 15: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021 15

Page 16: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

DIDIK16

Page 17: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021 17

LANDING yourself in Padang, West Sumatra, and travelling up to Bukit-tinggi would not necessarily lead you to see batik. The Minangkabaus are more known for their songket, and other woven fabrics. My sojourn there some years ago initially led me to the batik tanah liek (clay batik); and batik bertulis/basurek (bersurat) in the Minangkabau rantau of Jambi and Bengkulu. The latter are calligra-phy batiks. The Minangkabau claim to their batik identity goes back Adityawar-man’s 14th century stone inscription. The clay batik is now mainly pro-duced in the districts of Painan, Dharmasraya, Tanah Datar and Solok. To Malaysians, the mention of batik brings Kelantan and Tereng-ganu to our consciousness. And cer-tainly the definitive batik Jawa. Batik is as indigenous as the nation. The history of batik is the story of cultural interaction and diversity. If the pan-tun is the crucible of the budi (wis-dom), batik embodies that wisdom in rasa (sentiment/emotion) and rupa (form). The aesthetics of batik is in-digenous in where it is conceived and produced, through where it is used and consumed. I did not head for Kota (Koto) Gadang to see and acquire the heavily woven gilt thread fabric, or “cloths of gold” as the songket is also known. Instead I headed southeast toward Jambi then back across Sumatra to Bengkulu on the west coast, a dis-tance of almost 1,000 kilometres by road, with a total travelling time from Bukittinggi of some 22 hours. Is batik a “specifically Javanese” craft? In its most sublime and meta-physical form, batik is almost a Java-nese religion. Studies of Javanese batik have dominated scholarly inter-est. I have not seen works on Kelanta-nese, Terengganu or Pattani batik. Peranakan and Jambi batik have been studied though. Batik is gen-erally defined as a technique applying a dye-resistant material. Wax is com-monly used. Stamping, described as batik cap; and canting are techniques used. The material used is usually cotton. Most commonly seen are the motifs of parang (sword) and pa-rang rusak (broken sword). These depict spiritual power, and metaph-ysical meaning. The parang is related to the keris and all its ramifications – strength, beauty and authority.

Apart from the Javanese classic designs of Jogjakarta and Surakarta (Solo), the kraton batiks of central Java (batik pedalaman), display their earthy and demure tones of yellows and browns, and blues on a beige or white background. There is also the batik pesisiran (coastal batik). These originate from the coastal commu-nities of the Javanese north coast at Pekalongan, Lasem, Semarang, the kraton of Cirebon, and the island of Madura. And of course, Kelantan and Terengganu batik. And batik centers in Songkhla, Narathiwat and Patani. Not many people have heard of batik Kedah. There is also batik Perana-kan. When batik production became increasingly commercialized in the second half of the 19th century, it freed itself from court restrictions. This led to the batik Belanda, the Eurasian batik combining local influences with

European floral and fauna designs. Apart from the Javanese, Eurasians and Chinese too were involved in batik production and trade. And in Jambi, Arab patronage in design and wear were predominant. It was there in Jambi and Beng-kulu that I encounterd batik bertu-lis/basurek (calligraphy batik). I have not seen these in Java, although cal-ligraphy batik is also produced there (also in the peninsula). The ones pro-duced in Jambi, although character-ized by the predominance of blue, there are many examples which have been dyed a rich red, a popular tone and symbol of courage. The inscriptions would be in the Arabic script expressing categories and symbols of religious importance such as the Basmallah, the Shahada, names of God, and the Prophet Mu-hammad. Then there are also pseudo-calligraphic designs, which

may have been deliberate or a result of the craftsperson’s naïve interpre-tation of Arabic lettering. In a 2005 catalogue published in conjunction with the exhibition “The Message and the Monsoon” at the Is-lamic Arts Museum, the writer sug-gested to some degree of mystery to users of batik bertulis/basurek. A common design features an arrange-ment of a network of framed dia-grams and patterns. Some have suggested that the batik bertulis/basurek may have been used as prayer mat. I asked some batik sellers in Bengkulu on its function. They said these are not to be worn as daily use but mainly for cer-emonial purposes, or used to cover or wrap the Qur’an. It was also said that the long, rectangular batik, often re-ferred to as kerudung in Java, was largely used as shoulder cloths or shrouds. Some sources also con-

sidered that it was appropriate for the batik be laid over the deceased prior to burial; or as temporary canopies over coffins or tombs; or hung over marital beds or bridal thrones. But batik Jambi is much more than cal-ligraphy. Batik bertulis/basurek was car-ried as banners during religious pro-cessions, and could very well serve the struggle for independence. It is testimony to the faith of both the maker and its users. And the batik Jawa also carries sacred motifs to the Javanese, a sem-blance of cosmology, and maps of the metaphysical. Sukarno was a batik seller. He could have seen batik as more than an instrument for na-tional integration.

PROF. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican

Batik bertulis/basurek was carried as banners during religious processions, and could very well serve the struggle for independence. It is testimony to the faith of both the maker and its users.

“ “

NEXT WEEK: Riau-Lingga’s Rushdiah

Cluc

EXAMPLE of batik basurek Bengkulu.

Batik: Mirroring spiritual and cosmological space

*Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican is Professor of Social and Intellectual History with the International Institute of Islamic Thought and Civilization, Inter-national Islamic University (ISTAC-IIUM). He is a Senior Fellow with the Southeast Asia Research Centre and Hub at De La Salle University, Manila, the Philippines.

TANAH AIR

Page 18: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

KUALA LUMPUR - Penggunaan inisiatif e-Payroll akan dapat men-gurangkan kos operasi dan men-goptimumkan sumber manusia sedia ada bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta para usaha-wan, kata Menteri Kewangan Teng-ku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata sistem peng-gajian digital yang dibangunkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu akan membolehkan fokus PKS dan usahawan di-khusus-kan kepada urusan perniagaan se-perti pemasaran dan sebagainya. Rakyat dan perniagaan terma-suk PKS terkesan akibat pandemik COVID-19 sekali gus memaksa hampir semua jenis industri dan perniagaan menyesuaikan pernia-gaan mereka dengan sistem dalam talian dan proses operasi pernia-gaan secara digital, katanya. “e-Payroll memainkan peranan yang penting untuk membantu para majikan menguruskan rekod peng-gajian secara digital sekali gus me-mudahkan proses pengurusan caruman. “Inisiatif e-Payroll ini merupa-kan antara medium yang menyo-

kong usaha kerajaan dalam mewu-judkan jaringan keselamatan sosial yang lebih komprehensif di negara ini,” katanya ketika berucap bagi melancarkan insiatif itu secara maya pada 18 Jun lepas. Tengku Zafrul berkata kemu-dahan e-Payroll KWSP terutama

bagi usahawan PKS adalah sejajar dengan inisiatif Jalinan Digital Ne-gara (JENDELA) yang menyokong keseluruhan rancangan infrastruk-tur digital nasional, dengan RM21 bilion telah diperuntukkan selama lima tahun untuk meningkatkan sambungan Internet, memacu digi-

talisasi dan mengoptimumkan penggunaan Internet. Sementara itu, Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata e-Payroll merupakan penambahbaikan kepada kemuda-han dalam talian KWSP sedia ada iaitu i-Akaun (Majikan).

Beliau berkata KWSP sedar ba-hawa peranan digitalisasi semakin penting dalam kehidupan semua dan situasi pandemik COVID-19 telah mendorong pihaknya untuk menyesuaikan teknologi digital den-gan lebih pantas. “Kemudahan ini (e-Payroll) be-rupaya mengautomasikan dan menggabungkan pelbagai fungsi penggajian, pampasan, caruman, dan potongan ke dalam satu aplikasi mudah. “Tambahan lagi pekerja-pe-kerja syarikat juga boleh mendapat-kan slip gaji dan caruman yang diterima dengan tepat dan be-tul...majikan boleh menaruh keyaki-nan bahawa melalui e-Payroll, fungsi penggajian dapat dilakukan dengan lebih tepat dan betul di samping menjimatkan masa dan kos syarikat,” katanya semasa beru-cap. Ahmad Badri menyarankan su-paya majikan-majikan mengambil manfaat dan menyambut baik ke-mudahan e-Payroll yang tidak meli-batkan sebarang yuran langganan dan akses adalah dibuka kepada pengguna i-Akaun (Majikan).- BERNAMA

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

BISNES18

SISTEM penggajian digital yang dibangunkan oleh KWSP itu akan membolehkan fokus PKS dan usahawan dikhususkan kepada urusan perniagaan seperti pemasaran dan sebagainya.

e-Payroll bantu optimumkan kos operasi PKS, usahawan - Tengku Zafrul

TENGKU Zafrul

Page 19: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

INFO KESIHATAN19

ABSES anus bagi pemahaman pembaca ber-makna nanah di persekeliling dubur atau bon-jolan bernanah di dubur. Bila ini berlaku , ianya memberi kesan yang amat perit bagi pesakit. Seringkali masalah ini di silapkan dengan bua-sir kerana ciri-ciri kesakitannya yang amat sama. Sama juga seperti buasir, pesakit akan segan untuk membuang air besar kerana takut akan kesakitan. Malah komplikasi yang boleh timbul jika masalah ini tidak di tangani dengan awal boleh menyebabkan pesakit menjadi sep-tik. Bagaminakah abses anus ini boleh ber-laku dan kenapakah ianya boleh berlaku? Abses anus ini berlaku di sebabkan oleh jang-kitan kuman di kelenjar cryptoglandular di anus , jangkitan yang melarat di kelenjar anus inilah yang akan menjadi abses anus. Bila tidak segera ditangani, abses anus dapat menyebab-kan terbentuknya saluran tidak normal di anus yang di panggil fistula ani. Masalah ini akan menjadikan sakit semakin teruk, bahkan me-nyebabkan kesulitan menahan pembuangan air besar. Abses anus boleh berlaku kepada sesiapa pun,namun lebih berisiko kepada seseorang yang memiliki faktor-faktor berikut: • Menderita radang usus seperti Crohns Disease • Akibat sering sembelit sehingga meluka-kan dubur • Memiliki sistem kekebalan tubuh lemah, misalnya akibat HIV/AIDS • Melakukan seks anal (khususnya yang menjadi penerima) • Kanser tangkal rektum tahap 4 atau kanser anuus Apakah simptom – simptomnya ? Ini terma-

suk - Sakit di dubur - Kesan nanah di seluar dalam - Bengkak di sekitar anus - Bau nanah busuk semasa pembuangan najis - Terasa gatal di lubang dubur Abses anus boleh di sahkan dengan memeriksa secara fizikal kawasan dubur tersebut. Bila se-seorang itu datang dengan simptom di atas, doktor akan melakukan beberapa jenis ujian untuk megesahkan abses anus. Pada awalnya bahagian luar dubur akan di periksa untuk melihat tahap atau saiz nanah, kesan inflamasi kulit dubur dan dalaman dubur akan diperiksa dengan jari untuk mengesan sebarang ketum-buhan di tangkal rektum dan dubur. Pakar bedah yang arif dengan merawat masalah ini boleh memastikan tahap masalah abses anus ini dengan memeriksa secara fizikal sahaja. Jika absesnya besar, lazimnya endoanal ultrasound boleh di gunakan untuk melihat se-cara visual seberapa dalam abses ini telah merebak. Sekiranya abses itu adalah rumit, abses yang komplek atau pesakit pernah men-jalani pembedahan di kawasan dubur, MRI Pelvis atau CT Pelvis boleh di lakukan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas. Kadang-kala jika kanser hujung tangkal rektum di syaki, ujian sigmoidoscopy atau kolonoskopi akan di lakukan. Lazimnya abses anus ini terpaksa di rawat secara pembedahan dan sekadar mengambil ubatan antibiotik tidak memadai, malah ia boleh memburukkan keadaan. Biasanya po-tongan akan di buat di atas abses tersebut, nanah di keluarkan dan kawasan dalaman di bersihkan seberapa baik yang mungkin. Kulit di biarkan begitu sahaja selepas pembedahan di mana pembersihan di kawasan tersebut ter-paksa di lakukan setiap hari. Seringkali juga pakar bedah akan mencari fistula ani di abses anus kerana 40 % abses anus ini mempunyai fistula ini.Jika ini berlaku seton atau getah akan di selitkan ke dalam “terowong” fistula untuk mematangkan terowong tersebut, agar pem-bedahan kedua dapat di lakukan dengan sen-ang. Kebiasaanya pembedahan kedua ini melibatkan prosedur LIFT (ligation of inter-sphinteric tract) ke atas seton tersebut. Jika abses tersebut berpunca daripada kanser tang-kal rektum, maka rawatan atau pembedahan

terhadap kanser terpaksa juga terpksa di laku-kan. Ini merangkumi rawatan chemoterapi dan radioterapi terhadap barah tersebut , sel-epas abses itu di tangani dengan sempurna. Bagaimanakah anda boleh menghindar masalah abses anus ini? Faktor utama ialah menjaga kebersihan anus . Sekiranya penjag-gan yang tidak baik, ianya akan menyebabkan kekotoran , luka dan akhirnya dubur akan bernanah. Satu lagi faktor ialah mengelakan masalah sembelit yang boleh menyebabkan

luka di dubur , nanah dan sekaligus fistula ani. Rawatan untuk abses anus sememangnya rumit dan pesakit perlu faham di mana kesan penyembuhan akan mengambil sedikit masa.Sekiranya anda ada meghidapi masalah abses anus ini ,anda boleh berhubung dengan Dr Shankar Gunarasa, Pakar Bedah Umum, Laparoskopi dan Kolorektal di Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka di talian 06 2319999 Samb; 2131

DR. Shankar Gunarasa

Abses Anus :

Kenapakah ia berlaku?

Page 20: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

VARIASI20

ISTILAH ‘Peranakan’ sudah lama didengari. Ia lazim dikaitkan dengan kewujudan masyarakat Baba Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang. Begitu juga masyarakat Chetti dan Serani (Portugis). Istilah Perana-kan yang disinonimkan dengan kebe-radaan kelompok ini tidak kurang juga disalah ertikan akibat kurangnya maklumat dan perhatian. Dari segi perpaduan dan peneri-maan, sejarah membuktikan Melaka sudah lama menerima kewujudan pelbagai kaum. Dari zaman pedagang dari negara China dan India, hing-galah ke zaman Kesultanan Melayu Melaka kemudian ke zaman penjaja-han seterusnya era sebelum dan sel-epas merdeka. Kini, keluarga Baba Nyonya, Portugis dan Chetti hidup dalam sua-sana aman damai di tengah-tengah kelompok komuniti Melayu, Cina dan India. Nilai kepelbagaian itu jelas pu-nyai kuasa tarikan untuk pelawat do-mestik dan pelancong asing. BABA NYONYA Penduduk Cina Selat yang juga dige-lar Baba Nyonya, merupakan warga Cina berketurunan diraja yang telah banyak menerapkan nilai budaya Me-layu dalam kehidupan seharian mereka. Ini merupakan proses beransur-ansur yang memakan masa lebih 400 tahun sejak pengembara Cina yang hebat iaitu Laksamana Cheng Ho yang mula-mula membawa pen-duduk tanah besar China ke Melaka. Setelah berkurun lamanya, pen-duduk Baba Nyonya telah memben-

tuk satu budaya yang berbeza dan sangat menarik dan unik di pantai barat Malaysia terutamanya di Me-laka. SEJARAH BABA NYONYA Sejarah telah menunjukkan kedatan-gan masyarakat Cina di Malaysia dan kewujudan komuniti Baba Nyonya telah wujud sejak kurun ke-15. Melalui aktiviti perdagangan dan sosio budaya, Laksamana Cheng Ho telah membawa kira-kira 200 buah kapal yang membawa hampir 27,000 lelaki bujang dari tanah besar China untuk berhijrah ke Tanah Me-layu. Namun, hanya separuh dari jumlah tersebut terus menetap di

Tanah Melayu dan berkahwin dengan wanita tempatan, manakala selebih-nya pulang ke negara asal. Itulah hubungan diplomatik erat terjalin pada zaman pemerintahan kerajaan Kesultanan Malayu Melaka yang menerima pedagang dari China di Melaka. Sejak itu berkembanglah komu-niti Baba dan Nyonya sehingga hari ini. Namun, masyarakat itu telah me-lalui beberapa fasa pemodenan ter-masuklah menerima pengaruh British. PENGARUH BUDAYA Pengaruh budaya masyarakat Melayu dan penjajah banyak menyumbang kepada pemodenan masyarakat Baba

Nyonya. Kebanyakan orang Perana-kan khususnya Cina datang ke Malay-sia melalui Indonesia, namun ada juga sebahagiannya datang melalui laut dengan menyeberang Selat Me-laka. Kaum Peranakan Baba Nyonya ini mempunyai persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi ba-hasa, makanan dan budaya. Bagaimanapun, dari segi anu-tan, kebanyakan mereka masih mengekalkan agama Buddha, na-mun ramai di antara mereka yang memilih agama lain seperti Islam dan Kristian. Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi resipi orang Melayu seh-ingga sudah menjadi kebiasaan,

kaum ini menggunakan tangan ketika menjamah hidangan seperti amalan masyarakat Melayu. LOGHAT BERBEZA Loghat berbeza pula terjadi akibat percampuran dengan bahasa Hok-kien apabila sesetengah perkataan tiada dalam bahasa Melayu. Uniknya, bahasa mereka tiada pertambahan suku kata. Keunikan ini muncul kesan dari penerimaan tanpa soal akan nilai-nilai baik yang dipegang dalam ke-hidupan, antaranya bahasa. Peniaga yang sibuk dengan uru-san mencari rezeki menjadikan isteri (anak tempatan) yang tidak mengua-sai bahasa Cina mendidik anak-anak. MUZIUM BABA NYONYA Peranakan di Malaysia sudah lama gah dalam peta dunia peri keuni-kan dan kekayaan khazanah bu-dayanya serta sumbangan besar mereka kepada peradaban kita di Malaysia. Orang ramai kini boleh melihat bahan-bahan artifak unik yang bersejarah berkaitan kebudayaan ini di sebuah muzium persendirian yang menawan, dikendalikan oleh komu-niti Baba dan Nyonya Melaka. Adanya tembok bangunan wari-san ini, membolehkan anda menge-tahui dengan lebih banyak tentang budaya yang unik ini. Muzium Warisan ini menawar-kan pelancongan berpemandu (den-gan tempahan), kemudahan penyelidikan dan audio visual. Me-mang berbaloi untuk dilawati.

Warisan Peranakan Baba, Nyonya

PAKAIAN kebaya nyonya juga merupakan antara pengaruh yang diambil daripada masyarakat Melayu. Foto Kredit FB The Baba & Nyonya Heritage Museum

LOKAL

AYER KEROH - Angkara melakukan kesalahan mence-mar sumber air, sebuah kilang pemprosesan ayam terbesar Melaka, Huat Lai Sdn Bhd, dikenakan kompaun berjum-lah RM50,000.00. Pengarah Badan Kawal Selia Air (BKSA), Faizah Abdul Rahman @ Sulaiman dalam satu kenyataan berkata, notis kompaun itu dikeluarkan sel-epas diberi keizinan oleh Tim-balan Pendakwa Raya Melaka. Jelasnya, kes itu berlaku pada 29 Disember tahun lalu selepas penguatkuasa BKSA menjalankan pemeriksaan di blok kuarters rumah pekerja Huat Lai Processing Sdn Bhd dan mendapati pihak syarikat hanya menyediakan Individual Septic Tank (IST) bagi setiap blok kuarters pekerja yang mana melebihi 150 'population equivalent' (PE). "Hasil pemeriksaan di blok rumah pekerja mendapati satu blok bangunan rumah pe-kerja memiliki 16 buah rumah yang hanya menggunakan satu

sistem IST untuk setiap blok. "Justeru itu, syarikat dida-pati melanggar peraturan di bawah Seksyen 39 (a) Pence-maran Sumber Air dan Kawa-

san Tadahan Air, Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014: di atas kesalahan pelepa-san air sisa kumbahan dari-pada rumah pekerja yang tidak

menepati spesifikasi populasi setara (PE)," kata kenyataan tersebut. Dalam pada itu, Faizah dalam kenyataan sama turut

memaklumkan pihaknya me-nerima satu lagi aduan pada 17 Jun lepas berkaitan pencema-ran di Sungai Punggor didakwa dari syarikat yang sama. Katanya, BKSA bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesi-hatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman dan pelbagai agensi telah meninjau ke kawasan punca pencemaran baru-baru ini dan hasil dapatan awal mendapati pencemaran tersebut adalah berpunca dari pembuangan sisa industri oleh kilang pemprosesan kotak telur yang juga milik syarikat sama yang berpengkalan di Kawasan Perindustrian ELKAY Lipat Kajang. "Pemerhatian mendapati, sampel bahan cemar yang diambil di Sungai Punggor mempunyai sifat yang sama dengan sampel di lokasi pem-buangan sisa di sini. "BKSA akan membuat pemeriksaan di kilang yang disyaki menghasilkan sisa tersebut dan pihak syarikat diminta untuk melaksanakan

kerja-kerja pembersihan se-panjang 600 meter dari premis sehingga ke aliran Sungai Punggor serta-merta dengan kos yang dibiayai oleh syarikat serta membuat pelupusan atau penimbusan bahan cemar den-gan menanamnya di atas tanah milik syarikat dan diurus den-gan baik," ujarnya. Beliau berkata, satu kertas siasatan juga akan dibuka ber-kaitan kes berkenaan yang mana sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk ujian dan pihak pen-guatkuasa BKSA akan terus memantau tindakan syarikat terbabit. "Untuk makluman, kesa-lahan ini merupakan kesalahan berulang oleh syarikat yang sama dan akan didakwa di bawah Seksyen 39 (a) Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014 yang jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM250,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun," kata-nya lagi.

Kilang proses ayam di Serkam dikompaun RM50,000

BKSA bersama pelbagai agensi menyiasat punca pencemaran terbaharu di Sungai Punggor yang disyaki dilakukan syarikat yang sama pada 17 Jun lepas.

Page 21: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021 21

Page 22: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

LOKAL22

AYER KEROH - Orang ramai, teru-tama pesawah diingatkan supaya tidak keliru antara burung pangling yang dilindungi dengan burung keli-cap yang seakan-akan sama. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILI-TAN) negeri mengingatkan orang ramai supaya tidak menangkap bu-rung pangling yang sering mencari makan di sawah kerana ia dilindungi. Haiwan liar itu dilindungi men-gikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun bagi spesis jantan. Selain itu, jika burung yang ditang-kap itu betina atau belum matang, pihak

berkenaan boleh didenda RM200,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun. Pengarah PERHILITAN negeri, Mohd Firdhaus Mahmood berkata, dalam operasi translokasi yang dija-lankan pegawai jabatan itu di Batang Tiga, di sini pada 12 dan 13 Jun lalu, beberapa ekor burung berkenaan ber-jaya ditangkap. "Operasi itu bertujuan mengur-angkan ancaman burung berkenaan terhadap padi di kawasan itu dan hai-wan berkenaan dipindahkan ke habi-tat sesuai," katanya ketika dihubungi baru-baru ini. Burung pangling atau istilah saintifiknya 'Porphyrio' mempunyai paruh yang tidak bergigi dan sering mencari makan di sawah serta tasik, terutama pada awal pagi dan senja. Ia berwarna ungu dan sekeluarga dengan burung ruak-ruak tetapi bu-

rung pangling lebih cantik dan lebih besar berbanding burung ruak-ruak. Mohd Firdhaus berkata, meski-pun sekatan pergerakan penuh Perin-tah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan mulai 1 Jun lalu hingga 28 Jun ini, operasi menyelamat hidu-pan liar masih boleh dijalankan. Selain itu, aktiviti kawalan kon-flik masih boleh dijalankan jika ada kecemasan seperti operasi menembak 12 babi hutan di Pantai Rombang pada 11 Jun lalu berikutan kejadian seorang remaja lelaki cedera selepas motosikal ditungganginya dirempuh babi hutan dua hari sebelum itu. Pegawai jabatan itu turut men-angkap seekor buaya tembaga yang tersangkut pada jaring nelayan di Umbai pada 3 Jun lalu sebelum me-mindahkannya ke Paya Indah Wet-land, Dengkil, katanya.

Penjara, denda jika tangkap burung pangling

BURUNG pangling yang berjaya ditangkap pegawai PERHILITAN di Batang Tiga, Alor Gajah sebelum dipindahkan ke habitat sesuai.

Din Ahmad

AYER LIMAU – Seorang remaja yang amat meminati tugas sebagai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, menikmati kepuasan berbakti sesama manusia dengan melakukan kerja sanitasi secara sukarela. Mohd Nasrul Shah Airul Rashid, 19, tetap setia menabur bakti meskipun tidak menerima se-barang ganjaran sepanjang bertugas sebagai ang-gota Pasukan Bomba Sukarela Lubok Cina (PBSLC), di sini. Setiap kali program sanitasi rumah penduduk kampung dan taman diadakan, remaja terbabit pasti tidak ketinggalan berbakti dengan menyem-bur cecair sanitasi bersama-sama Setiausaha PBSLC, Zainudin Maulud, 56. “Saya amat meminati tugas sebagai anggota bomba kerana berpeluang berbudi sesama manu-sia, selain membantu menyelamatkan harta benda anggota komuniti. “Selain menimba ilmu memadamkan api dan menyelamatkan nyawa manusia, saya juga berpe-luang membantu menjaga kesihatan anggota ma-syarakat melalui kerja sanitasi,” katanya ketika membuat kerja sanitasi di Taman Berembang Jaya, Lubok Cina di sini baru-baru ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pem-bangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lubok Cina, Azmi Hashim, 57, dan Ahli Majlis Per-bandaran Alor Gajah (MPAG), Jaafar Atan, 58.

Anak sulung daripada tiga adik-beradik itu berkata, sejurus selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari lalu, dia menganggotai PBSLC untuk menimba ilmu berkaitan kaedah memadamkan kebakaran. “Alhamdulillah, saya dapat menimba ilmu bermanfaat yang boleh digunakan ketika kecema-san dan walaupun tugas itu sekadar membantu JBPM, saya berasa amat bertuah dapat menabur budi sesama manusia,” katanya. Bercita-cita melanjutkan pengajian di menara gading, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebang-saan Lubok Cina itu berhasrat menyertai JBPM pada masa akan datang sebagai lanjutan usahanya berbakti kepada negara, katanya. Sementara itu, Zainudin berkata, PBSLC mengeluarkan kos sendiri, selain menerima sum-bangan daripada pertubuhan bukan kerajaan dan individu untuk membeli tiga jentera pam bagi me-laksanakan sanitasi awam. “Alhamdulillah, setakat ini kami sudah mela-kukan sanitasi bangunan kedai di pekan Lubok Cina dan beberapa bangunan awam seperti klinik dan masjid di kawasan ini,” katanya. Usaha berkenaan akan diteruskan dari se-masa ke semasa bagi membantu usaha mengur-angkan risiko jangkitan COVID-19, sekali gus membantu usaha kerajaan memulihkan negara daripada pandemik itu, katanya.

Remaja minat jadi anggota bomba tabur budi

MOHD Nasrul menyembur bahan sanitasi di kediaman penduduk Taman Berembang Jaya, Lubok Cina, Masjid Tanah, baru-baru ini.

TANJUNG BIDARA – Meskipun sedih dan kecewa tidak dapat menunaikan iba-dah haji bagi Musim Haji 1442H kali ini, seorang nazir sekolah, Nor Suhaila Abdul, 45, tetap sabar dan reda dengan ketentuan Allah. Baginya, segala perancangan dan persiapan mental dan fizikal untuk menunai-kan ibadah itu tidak mampu mengatasi takdir Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. “Saya menerima tawaran menunaikan haji mengikut jemaah Muassasah Lem-baga Tabung Haji (TH) tahun lalu tetapi seperti jemaah yang lain, saya dianjakkan ke tahun ini berikutan pandemik COVID-19. “Saya berdoa agar Allah menerima saya sebagai ‘duyurfurrohman’ (tetamu Allah) pada tahun ini tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya dan bakal jemaah haji yang lain,” katanya di kediamannya di Kampung Londang, di sini baru-baru ini. Nor Suhaila mendaftar dengan TH pada 2006 dan menerima tawaran menu-naikan haji pada 2013 tetapi terpaksa menolaknya kerana baru bersalin anak kelima ketika itu. Pada tahun lalu sekali lagi dia menerima tawaran yang sama tetapi terpaksa dianjakkan ke tahun ini berikutan keputusan Kerajaan Arab Saudi tidak membuka Mekah dan Madinah kepada jemaah haji dari seluruh dunia akibat pandemik COVID-19. Pada 12 Jun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan mengh-antar jemaah haji bagi Musim Haji 1442H. Ia adalah berikutan tindakan Kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadah haji bagi musim ini dihadkan untuk warganegaranya dan warganegara lain yang sudah berada dalam negara itu sahaja. Nor Suhaila yang bertu-gas sebagai seorang daripada Jemaah Nazir Melaka di Kementerian Pendidikan berkata, beliau sudah me-nyempurnakan kursus iba-dah haji anjuran TH sebelum ini, selain bersedia mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran untuk menunaikan ibadah itu. Selain itu, beliau sudah menyiapkan pelbagai perala-tan, terutama pakaian ihram dan berharap rayuan suami, Noor Azally Mohamad, 49, kepada TH untuk menjadi mahramnya ketika menu-naikan ibadah berkenaan, diterima TH. “Segala yang Allah sur-atkan untuk saya dan je-maah haji Malaysia serta dunia pada musim haji kali ini adalah rahsia Allah yang tiada siapa pun mampu men-tafsirkannya,” katanya.

‘Sabar dan reda terima ketentuan Allah’

NOR Suhaila mempamerkan notis status pendaftaran haji daripada TH di Kampung Londang, Masjid Tanah.

Page 23: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

LEBIH 30 pegawai dan pemain Melaka United FC (MUFC) menerima vaksin jenis Si-novac bagi dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Jasin pada 15 Jun lepas. Pegawai dan pemain MUFC telah hadir ke hospital berkenaan bagi mendapatkan imu-niti berkelompok sebelum saingan Liga Super Malaysia kembali membuka tirai pada 24 Julai nanti. Pengurus pasukannya, Muhammad Akram Abdullah berkata, pihaknya bersyukur kerana diberikan vaksin sebelum saingan liga terbabit bermula yang menyaksikan skuad Hang Tuah bakal menentang Sri Pahang di Stadium Darul Makmur, pada 25 Julai ini. "Imunisasi ini sangat penting kerana mereka terdedah kepada pelbagai aktiviti dan perlawanan sekali gus dapat menjamin kesi-hatan serta keselamatan pemain," katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI), baru-baru ini. Dalam pada itu, Jurulatih MUFC, Zainal Abidin Hassan turut melahirkan rasa bersyu-kur kerana pemain sudah mula menerima vaksin sebagai persediaan mencapai imuniti berkelompok untuk menyertai perlawanan akan datang. "Ini adalah untuk kebaikan pemain sen-diri dan kami akan sentiasa menjaga SOP (prosedur operasi standard) dengan baik bagi mengekang penularan COVID-19 di atas pa-dang," katanya. MUFC antara pasukan Liga Malaysia yang mula menerima vaksin selain Negeri Sembilan FC (NSFC), Sabah FC dan Perak FC.

MUFC terima vaksin Sinovac

PEMAIN tengah MUFC, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria ketika menerima suntikan vaksin jenis Sinovac di PPV Hospital Jasin pada 15 Jun lepas.

PERSATUAN bola sepak Malaysia (FAM) digesa mem-beri fokus kepada pembang-unan pemain di peringkat akar umbi, dan bukannya mengambil jalan singkat den-gan mencuba nasib menurun-kan pemain naturalisasi. Bekas pemain kebang-saan Datuk M. Karathu ber-kata tindakan memberi taraf kerakyatan kepada pemain kurang menyerlah dalam Liga Malaysia (Liga-M) tidak ban-yak membantu dalam pem-bangunan Harimau Malaya (pasukan kebangsaan). Karathu, yang bermain untuk pasukan kebangsaan sekitar tahun 1960an sehingga 1070an, turut mempersoalkan berapa ramai sebenarnya pe-main import dari luar negara dalam liga tempatan kini, yang benar-benar layak untuk ber-tanding di peringkat tertinggi di Asia. “Kebanyakan pemain import luar negara dalam Liga-M adalah dalam kalan-gan mereka yang tidak dapat bermain dalam liga tertinggi di Amerika Selatan dan ne-gara-negara Eropah. Dari-pada beli pemain asing ini, lebih baik beli pemain dari Vietnam. "Lihat sahaja kepada ka-rekter dan semangat juang

yang ditunjukkan oleh pe-main Vietnam pada pertand-ingan kelayakan (Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023), jika dibandingkan dengan pemain kita yang kebanyakan hanya ‘berjalan’ semasa perlawanan, dan mendapat kad kuning dengan tidak semena-mena. Sesiapa yang diberi peluang untuk mewakili negara, mereka seharusnya perlu ko-mited terhadap keseluruhan 90 minit tempoh perlawa-nan,” katanya kepada Ber-nama. Veteran berumur 77 tahun yang mempunyai pen-galaman luas dalam melatih pasukan seperti skuad bawah 21 tahun kebangsaan, pasukan

Perak, Kelantan, Woodlands Wellington FC (di Singapore) dan pasukan kebangsaan Sri Lanka itu berkata mengambil pemain naturalisasi yang su-dah agak berusia bukanlah satu idea yang baik. Beliau berkata FAM seha-rusnya menganalisis statistik dan prestasi, serta sikap dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pemain dalam pa-sukan negara. Pasukan Harimau Ma-laya menyambung perlawanan mereka dalam saingan Kum-pulan G kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang sebelum ini terhenti selama kira-kira 18 bulan akibat penularan pan-demik COVID-19 sejak bebe-rapa minggu lepas, dengan rekod yang tidak boleh dibang-gakan, apabila kalah 4-0 ke-pada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan 2-1 kepada Viet-nam, sebelum dapat mene-waskan Thailand, 1-0 untuk menduduki tempat ketiga den-gan 12 mata. Walaupun Malaysia ber-jaya melayakkan diri ke peringkat pusingan ketiga ke-layakan Piala Asia, para pemi-nat mengecam penampilan hambar pasukan semasa me-nentang UAE dan Vietnam, terutama prestasi yang ditun-

jukkan oleh pemain kelahiran Brazil Guilherme de Paula, 34, Liridon Krasniqi, 29, (Kosovo) dan Mohamadou Sumareh, 26, (Gambia). Karathu berkata FAM dan persatuan bola sepak ne-geri perlu serius dalam pem-bangunan pemain peringkat akar umbi, selepas kelab-kelab amatur, yang satu ketika dianggap sebagai kilang yang mengeluarkan pemain dari pelbagai latar belakang, kini banyak yang ditutup. “Proses pembangunan dalam negara perlu dirombak, FAM perlu mengeluarkan perbelanjaan lebih untuk pembangunan ini, begitu juga dengan persatuan bola sepak negeri, mereka perlu fokus ke-pada pembangunan pemain di peringkat akar umbi. Seka-dar satu atau dua akademi tidak mencukupi untuk men-ingkatkan kualiti pasukan ne-gara. “Sementara itu para pe-main tidak seharusnya berpuas hati dengan pendapatan tinggi yang ditawarkan Liga-M. Me-reka perlu berebut untuk men-dapat peluang bermain di Jepun, Koraa Selatan dan ne-gara-negara Arab, yang tahap permainan bola sepak mereka dianggap sangat tinggi.- BER-NAMA

MELAKA HARI INI 21 JUN 2021 - 27 JUN 2021

SUKAN23

Analisis statistik dan prestasi pemain - Karathu

KARATHU

PEMAIN sayap skuad ke-bangsaan Muhammad Sa-fawi Rasid memohon maaf susulan aksinya meraikan jaringan kemenangan Ma-laysia menewaskan Thailand pada perlawanan terakhir Kumpulan G pusingan ke-dua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 16 Jun lepas. Tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu yang juga Pe-main Paling Bernilai Anu-gerah Bola Sepak Kebangsaan dua tahun berturut-turut pa-da 2018 dan 2019, memberi jaminan tidak akan mengu-langi gaya meraikan jaringan yang tidak menyenangkan itu. “Alhamdulillah syukur, terima kasih kepada penyo-kong dan penonton yang se-lalu ada di belakang kami, saya mintak maaf atas cel-ebration (aksi meraikan) yang tak menyenangkan itu, perkara tersebut tidak akan berulang, maaf skali lagi,” kata Muhammad Safawi me-nerusi ciapan dalam akaun Twitter rasminya. Pada aksi berdepan

Thailand, Muhammad Sa-fawi, 24, yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua muncul wira pasukan negara selepas menyempur-nakan sepakan penalti untuk membantu Malaysia men-gatasi skuad Gajah Perang 1-0 di Stadium Al Makthoum di Dubai, Emiriah Arab Ber-satu (UAE). Ia merupakan jaringan ketiga peribadi Muhammad Safawi dalam kempen ke-layakan itu selepas meledak dua gol ketika Malaysia me-newaskan Indonesia 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada November 2019. Bagaimanapun, gelagat-nya meraikan jaringan pada minit ke-52 itu dianggap sesetengah peminat sebagai keterlaluan tatkala prestasi pemain itu musim ini tidak memberangsangkan. Muhammad Safawi dili-hat berlari ke arah penjuru padang sambil membuat gaya menekan pad kekunci sebelum meletakkan jari te-lunjuknya di bibir.- BERNA-MA

Safawi mohon maaf

Page 24: 33 Inisiatif untuk 27 Inisiatif untuk Industri dan bisnes ...

Diterbitkan oleh Melaka Hari Ini Sdn. Bhd., (199701017821), Bangunan Rumah Media Melaka, Jalan Lingkaran MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Tel : 06 - 251 9314, 251 9315 Faks : 06 - 251 9316 Dicetak oleh Print Towers Sdn Bhd, (Dahulunya di kenali sebagai Berita Harian Sdn Bhd ), 198501008724 (141172-W), Loji Daerah- No 16, Jalan U8/88, Taman Perindustrian Bukit Jelutong ,40150 Shah Alam , Selangor.

MELAKA HARI INI

MELAKA HARI INI / 21 - 27 Jun 2021

Safawi mohon maaf23

Harimau Malaya perlu asah 'taring' awal

SELEPAS mengesahkan slot ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023, skuad kebangsaan perlu lebih mantap untuk menempuh satu lagi perjalanan sukar dalam misi mena-matkan penantian beraksi di pus-ingan akhir kejuaraan itu. Bekas pengendali pasukan ne-gara Dollah Salleh berkata saingan pusingan ketiga pastinya lebih sengit dengan kesemua pasukan akan ber-juang habis-habisan memandang-kan ia adalah medan kelayakan terakhir ke pentas Piala Asia. Beliau berkata skuad kebang-saan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe kini perlu membuat persediaan lebih awal sekiranya tidak mahu Malaysia sekali lagi kempunan beraksi di pusingan akhir kejohanan itu. "Pasukan negara ada ramai pe-main yang bagus dari aspek individu cuma kerjasama berpasukan sahaja masih belum menjadi. Jadi untuk pusingan ketiga, kalau boleh kese-mua pemain dapat disatukan lebih awal dalam kem latihan. "Ia amat penting untuk pasu-kan negara mendapatkan persiapan yang baik termasuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan supaya mereka dapat mencapai per-mainan berpasukan," katanya ke-pada Bernama.

Dalam situasi tidak menentu akibat pandemik COVID-19 ketika ini, Dollah mengakui ia sedikit se-banyak akan mempengaruhi perse-diaan pasukan namun beliau berharap kerajaan dapat terus membantu bagi memudahkan uru-san skuad kebangsaan menghadapi pusingan kejuaraan itu. Katanya beliau turut mengha-dapi masalah kesuntukan masa bagi membentuk pasukan ketika mem-bimbing skuad kebangsaan pada pusingan kedua kempen kelayakan itu sebelum ini pada 2015, yang me-nyaksikan pasukan negara terpaksa melalui aksi ‘playoff’ untuk melayak-kan diri pada pusingan ketiga. Namun Dollah tidak lagi ber-sama skuad kebangsaan pada pus-ingan ketiga selepas meletak jawatan susulan prestasi buruk pasukan ne-gara dalam pusingan kedua dan jurulatih kelahiran Portugal Nelo Vingada diberi tanggungjawab membimbing skuad kebangsaan sel-epas itu. Bagaimanapun, Vingada turut tidak berjaya membawa Malaysia me- langkah ke pusingan akhir Piala Asia 2019 selepas skuad kebangsaan gagal menyaingi kehebatan Lubnan, Korea Utara dan Hong Kong sekali gus menamatkan saingan kumpulan pu- singan ketiga itu di tempat tercorot.

"Pusingan ketiga memang mencabar dan sekiranya persiapan dilakukan dalam masa singkat, pe-luang untuk kita dapatkan kemen-angan itu susah. Nak mempunyai pasukan yang mantap dan ada kese-rasian tinggi bukan mudah, mesti ambil masa sekurang-kurangnya satu hingga dua tahun," kata Dollah. Skuad Harimau Malaya kenda-lian Cheng Hoe berjaya menge-sahkan tempat di pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 selepas menewaskan Thailand 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini. Kejayaan menewaskan Thai-land membolehkan Malaysia me-rampas kedudukan ketiga Kumpulan G daripada skuad Gajah Perang itu dan melangkah secara automatik ke pusingan ketiga yang dijadual berlangsung antara Feb-ruari dan Mac tahun depan. Sebagai rekod, kali terakhir Ma-laysia membuat penampilan di pen-tas Piala Asia ialah ketika menjadi tuan rumah bersama pada edisi 2007 namun sudah lebih 40 tahun pasukan negara gagal melangkah se-cara merit sejak edisi Piala Asia 1980 di Kuwait setelah sering terkandas di pusingan kelayakan.- BERNAMA