3.4 Hak Asasi Kanak-kanak

download 3.4 Hak Asasi Kanak-kanak

of 30

description

hak asasi kanak-kanak

Transcript of 3.4 Hak Asasi Kanak-kanak

  • Hak Asasi kanak-kanak

  • Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara.

    Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif.

    Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan.

  • Perlindungan dan Pengabaian Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi

    dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

    Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak.

    Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka.

  • DEFINISI

    Membela, memberi naungan dan

    memelihara hak kanak-kanak bagi

    menjamin kehidupan mereka yang

    sempurna.

    Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991,

    Setiap individu yang kurang daripada 18

    tahun diketegorikan sebagai kanak-kanak

  • Perlindungan Kanak-kanak Keganasan terhadap kanak-kanak termasuk

    penderaan dan kecederaan fizikal dan mental, pengabaian, eksploitasi dan penderaan seks yang boleh berlaku di rumah, sekolah, rumah anak yatim, kemudahan penjagaan berasrama, di jalanan, di tempat kerja, di ruang siber dan juga di penjara dan di pusat tahanan.

  • Perlindungan Kanak-kanak Keganasan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental

    kanak-kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul, dan melemahkan perkembangan mereka sebagai orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa yang baik kemudian hari.

    Dalam kebanyakan kes yang amat teruk, keganasan terhadap kanak-kanak juga boleh membawa maut.

  • Memelihara hak

    kanak-kanak

    Memberi naungan Membela

    Melindungi hak kanak-kanak

    Peta konsep

    Kanak-kanak perlu dibimbing Badan-badan swasta menjaga kanak-kanak Kanak-kanak diiktiraf : berkat, imej,fikiran Sediakan rumah kebajikan untuk kanak-kanak yang terbiar dan teraniaya Menyayangi anak-anak Kanak-kanak tidak boleh jadi buruh

  • PETA KONSEP

    PENGIKTIRAFAN

    TUJUAN Melindungi hak kanak-kanak Satu motivasi Memperkembangkan bakat Mewujudkan persaingan

    PERINGKAT a. Sekolah b. Daerah c. Negeri d. Kebangsaan

    BENTUK a. Lisan b. Bertulis

    BENTUK ANUGERAH Anugerah Tunas Jaya Kebangsaan Anugerah Kanak-kanak Khas Terbaik Kebangsaan Anugerah-anugerah ini diberikan kepada kanak-kanak yang berjaya dalam semua bidang, berpotensi, berbakat dan menjadi contoh kepada kanak-kanak lain.

  • Hak kanak-kanak menurut Deklarasi Hak Asasi Kanak-kanak 20 November 1989,PBB. Menikmati sepenuhnya semua hak tanpa perbezaan dan

    diskriminasi. Mendapat pelindungan, peluang, dan kemudahan

    istimewa. Mempunyai nama dan kewarganegaraan. Makanan yang cukup, keselamatan sosial, tempat

    kediaman, rekreasi, dan kemudahanperubatan. Mendapat perlindungan istimewa apabila cacat. Mendapat kasih sayang ibu bapa, jagaan, dan

    perlindungan. Mendapat perlindungan daripada kezaliman, eksploitasi

    dan diskriminasi.

  • Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.

    Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:-

    Penderaan fizikal kanak-kanak.

    Penderaan mental kanak-kanak.

    Penderaan seksual kanak-kanak.

  • PENDERAAN FIZIKAL Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera

    ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan.

    Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom mengoncang bayi.

    Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi

  • PENDERAAN MENTAL/EMOSI Penderaan kanak-kanak secara emosi kurang

    mendapat perhatian walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain.

    Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan.

  • PENDERAAN MENTAL/EMOSI Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik

    kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa.

    Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi.

  • SIKAP IBU BAPA Pada masa kini, lima kategori sikap tingkah laku buruk

    ibu bapa yang mampu dikelaskan sebagai penderaan mental adalah :-

    penolakan,

    pengasingan,

    menakutkan,

    sikap tidak peduli

    sikap merasuah fikiran.

    Kelima- lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa berlaku dalam keluarga normal dan tidak normal, terutamanya dalam suasana kekeluargaan yang pincang.

  • KESAN PENDERAAN EMOSI

    Dalam keadaan ini penderaan emosi adalah akibat tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa kepada kanak-kanak.

    Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak-kanak yang berisiko sehingga menyebabkan kecacatan psikologi dan emosi kanak-kanak.

    Kanak-kanak yang mengalami penderaan sebegini telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi dan pembelajaran yang serius, lebih daripada kesan umum dalam persekitaran mereka.

  • Penderaan seksual kanak-kanak Merujuk kepada sebarang perlakuan individu yang

    memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.

    Penderaan seksual seorang kanak-kanak bawah umur ioleh dewaasa, atau seseorang yang jauh lebuh tua atau dalam kedudukan berkuasa atau mengawal kanak-kanak, di mana kanak-kanak digunakan sebagai stimulasi seksual bagi orang tersebut atau orang lain.

  • Penderaan seksual kanak-kanak mampu menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak dan kedua-dua kecederaan psychologikal dan emosi bagi jangka pendek dan jangka panjang

  • Apakah yang perlu dibuat apabila mereka memberitahu? Bertenang

    Kanak-kanak mungkin salah anggap kemarahan anda terhadap penderaan yang berlaku kepada mereka sebagai sesuatu yang menjijikkan.

    Kesabaran anda dapat membantu mengembalikan maruah mereka. Kata-kata yang meyakinkan seperti, "Kanak-kanak lain juga ada mengalami pengalaman yang sama" atau "Kita harus lakukan sesuatu," boleh mendorong mereka untuk lebih bersikap terbuka.

  • Tegas

    Kanak-kanak yang didera sering dikeliru dengan perasaan mereka, akibat daripada manipulasi yang dilakukan oleh pendera.

    Mereka harus dibenarkan dan digalakkan untuk menyatakan perasaan mereka.

    Perasaan mereka haruslah dipandang serius dan tegas. "Saya tahu ia bukan mudah untuk diterima", dan "Awak memang berani untuk mendedahkannya" dapat menyampaikan simpati, keprihatinan dan sokongan yang diperlukan oleh kanak-kanak.

  • Membimbing kanak-kanak untuk menghadapi situasi seterusnya

    Kanak-kanak yang didera berasa tidak berupaya. Mereka perlu tahu ada pihak yang sedia membantu. Mereka juga harus diberitahu apa yang perlu dilakukan, contohnya, bagaimana mengaitkan kejadian itu, siapa yang harus diberitahu dan apakah bantuan yang diperlukan

  • Sokongan

    Bercakap tentang penderaan boleh menjadi traumatik seperti mana kesan penderaan itu sendiri. Orang dewasa harus memberi sokongan kepada kanak-kanak, khususnya ketika mereka mula memberitahu. bahawa anda sentiasa membantu selagi mereka memerlukan anda, dan bersama-sama melaluinya.

  • Laporkan kes penderaan

    Ini adalah salah satu langkah untuk mencegah kes penderaan. Lagipun, ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai mandat untuk melaporkan semua kes penderaan sahih atau disyaki dalam masa 48 jam.

  • PUNCA PENDERAAN Penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah

    perubatan dan sosial yang berlaku di seluruh dunia.

    Punca penderaan

    1. ibu bapa kurang mendapat sokongan sosial seperti mempunyai pendapatan dan pendidikan rendah,

    suasana persekitaran adalah tidak stabil,

    ibu merupakan penjaga tunggal,

    tiada tempat penjagaan anak.

  • 2. Ibu bapa yang pendera "abusive" gagal menggunakan pertimbangan (reasoning) mereka.Anak-anak tidak dapat menerima "meresapkan" segala peraturan dan undang-undanganak-anak menjadi degil, agresif dan memberontak.

    3. Ibu bapa melepaskan kekecewaan anak lelaki lebih teruk didera.

  • Tanggungjawab Ibu bapa Tanggungjawab utama membesarkan anak-anak, dan

    menjadi tanggungjawab negara membantu ibu bapa dalam proses tumbuhbesar kanak-kanak.

    Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu.