3.5 perubatan dalam sukan

23
PERUBATAN SUKAN Ahli Kumpulan: Tiew Felix Lee Kuang Wei Lim Guo Jing Loo Yong Yue Ho Bing Zheng

description

PJ2312

Transcript of 3.5 perubatan dalam sukan

Page 1: 3.5 perubatan dalam sukan

PERUBATAN SUKAN

Ahli Kumpulan:Tiew FelixLee Kuang WeiLim Guo JingLoo Yong YueHo Bing Zheng

Page 2: 3.5 perubatan dalam sukan

Definisi

Satu bidang yang mengkaji prinsip prinsip dan teknik saintifik untuk tujuan membaiki dan meningkatkan pelakuan manusia dalam sukan

Konsep

• Perkembangannya berasal dari bidang Pendidikan Jasmani yang berkait dengan pembelajaran kemahiran / motor.• Usaha untuk meningkatkan prestasi atlet telah membawa perkembangan pesat dalam bidang sains sukan .• Merangkumi bidang bidang sains seperti : Nutrisi, Perubatan Sukan, Psikologi Sukan, Fisiologi Senam, Biomekanik, Metodologi Latihan, Fisioterapi, Teknologi Sukan , Analisis Pergerakan • Menambah ilmu tentang respon manusia terhadap latihan.

Page 3: 3.5 perubatan dalam sukan

Penyediaan Perubatan SukanPeranan Kerajaan

1. Kerajaan mengadakan perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat melalui hospital dan klinik.

2. Selain itu, kerajaan mengadakan perkhidmatan sokongan kepada ahli-ahli sukan dengan mengikuti perkembangan kesihatan mereka.

3. Di samping itu, kerajaan juga mengambil segala Iangkah perlu dengan memberi perkhidmatan kesihatan terhadap kecederaan dan penyakit yang menimpa jaguh-jaguh sukan.

4. Pihak berkuasa perubatan mengadakan perkhidmatan fisioterapi dan lain-lain perkhidmatan perubatan yang diperlukan oleh ahIi-ahli sukan.

Page 4: 3.5 perubatan dalam sukan

5. Program teknikal disediakan untuk ahli-ahli sukan dan ini membolehkan mereka mengadakan ujian kecergasan

6. Memberi maklumat dan pendidikan kesihatan kepada jurulatih dan ahli-ahli sukan.

7. Menyediakan sokongan pentadbiran dengan menyediakan kakitangan perubatan untuk ahli-ahli sukan semasa pertandingan dan latihan

Page 5: 3.5 perubatan dalam sukan

PERANAN PERSATUAN SUKANPenyediaan Perubatan Sukan

1. Persatuan sukan harus memberi kemudahan kepada doktor yang hendak mengkhusus dalam perubatan sukan.2. Memberi galakan unluk memperluas dan memperkemhangkan pengetahuan, kemahiran profesional yang diperlukan oleh pegawai perubatan.3. Mengalakkan pengujudan perkhidmatan perubatan yang menumpukan perhatian terhadap kesihatan dan keselamatan ahli-ahli sukan.4. Menggubal dasar dan prosedur yang tertumpu kepada aspek pcrlakuan ahli-ahli sukan dengan mengadakan kemudahan ujian kesihatan.5. Mengadakan perkhidmatan perubatan kepada ahli-ahli sukan semasa pertandingan dan latihan.

Page 6: 3.5 perubatan dalam sukan

Persediaan Sebelum Bertolak Ke Luar Negara

Ada beberapa faktor yang harus diselidiki sebelum pasukan sukan itu bertolak keluar negara seperti berikut:

1. Suasana keadaan cuaca dan iklim di tapak pertandingan yang mereka akan mengambil hahagian.2. Pemakanan seimbang yang akan diperolehi dan persediaan makanan di luar negara.3. Keadaan kesihatan pasukan sukan secara keseluruhan yang akan menyertai rombongan.4. Tempoh masa perjalanan yang berhubungkait dengan negara di mana pertandingan itu akan mengambil tempat, tegasnya, pejalanan dan perkampungan sukan ke tempat pertandingan.

Page 7: 3.5 perubatan dalam sukan

5. Keperluan suntikan kesihatan negara tuan rumah yang menganjurkan pertandingan sukan itu. 6. Perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang disediakan oleh negara penganjur.7. Keperluan insuran kesihatan dan perubatan yang harus disediakan sebelum bertolak keluar negara.8. Keadaan hidup secara keseluruhan seperti tempat penginapan, pengangkutan dan sebagainya.9. Kedudukan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang disediakan oleh negara tuan rumah.

Page 8: 3.5 perubatan dalam sukan

Semasa Perjalanan

1. Bukan merupakan perkara yang mudah untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan semasa dalam perjalanan. Oleh itu, adalah mustahak untuk menentukan bahawa ubat yang diperlukan itu ada dibawa bersama-sama sekiranya difikirkan bahawa Ia mungkin sukar untuk diperolehinya di negara yang menganjurkan pertandingan sukan itu.2. Tentukan semua anggota pasukan itu memperolehi suntikan daripada penyakit berjangkit. Adalah mustahak dipastikan bahawa suntikan itu baru dilakukan, termasuk suntikan polio dan penyakit terkunci gigi. Mungkin juga anggota pasukan itu memerlukan suntikan untuk demam kuning, taun dan demam kepialu.

Page 9: 3.5 perubatan dalam sukan

3. Sekiranya perlu mencegah demam malaria, adalah mustahak untuk mengambil pu anti-malana sebelum bertolak, samasa dalam perjalanan dan apabla kembali ke tanah air. Suntikan anti-malaria cuma memberi perlindungan separuh sahaja. Oleh itu, adalah mustahak untuk menjaga kesihatan dia. Gamma globulin dapat mempertahankan diri daripada penyakit heptitis A. Semua suntikan itu harus dilakukan sebelum berangkat ke luar negara.4. Tiap-tiap anggota pasukan hendaklah membawa bersama-sama mereka butiran mengenai masalah perubatan mereka. Mereka mungkin mengidap penyakit lelah, kencing manis dan sedang mengalami kecederaan. Ahil-ahli sukan itu menyediakan butiran diri mereka mengenai jenis perubatan yang sedang diambil sekarang. Mereka juga perlu menyatakan suntikan yang harus diberikan kepada mereka sekiranya mereka jatuh sakit dan jenis makanan yang mereka tiada tahan untuk dimakan.

Page 10: 3.5 perubatan dalam sukan

5. Sebaik-baiknya diaturkan insuran pejalanan. Polisi insuran itu harus dapat memberi perlindungan perkhidmatan perubatan negara yang akan dikunjungi itu. Selain itu. polisi insuran itu juga harus melindungai kos penerbangan untuk membawa ahli pasukan ini balik ke tanah air sekiranya mereka mendapat kecederaan, kemalangan atau pun jatuh sakit dengan teruknya.

6. Pasukan sukan itu harus dibekalkan dengan kotak ubat termasuk pembalut luka dan tercalar. Mereka juga harus dibekalkan dengan ubat moleskin untuk mengelakkan daripada kulit menjadi bengkak dan bernanah.

Page 11: 3.5 perubatan dalam sukan

7. Mereka juga hendaklah disediakan dengan ubat antiseptik. aspirin, ubat gigitan serangga dan ubat cirit birit.8. Sekiranya ada antara ahli pasukan itu yang terkena dengan penyakit kelamin, rawatan perubatan harus didapatkan segera dan ubat diberikan kepadanya.9. Untuk menggelakkan diri danipada gigitan serangga, pakai seluar dan baju berlengan panjang. Jangan berjalan di bawah pohon kayu yang basah dan rendang.10. Apabila sampai sahaja ke negara yang dituju. doktor pengiring dan pengurus pasukan hendaklah mendapatkan maklumat mengenai hospital tempatan, prosedur kemasukan dan perkhidmatan fisioterapi.

Page 12: 3.5 perubatan dalam sukan

11. Mereka harus menghubungi doktor tempatan untuk memperolehi bantuan hila diperlukan perkhidmatannya. Doktor pengiring juga harus mendapat maklumat tentang kedudukan farmasi yang berhampiran.12. Doktor pengiring mestlah menetapkan masa di sebelah pagi untuk melawat dan memberi rawatan kepada ahli-ahli sukan yang tercedera dan sakit.13. Ia juga hendaklah membuat lawatan dan memberi rawatan kepada kepada mereka pada sebelah petang untuk mengetahui akan kedudukan kesihatan mereka.14. Sementara itu, ia harus berkhidmat pada bila-bila masa diperlukan dan tahu di mana hendak menghubungi dan rnendapatkannya.

Page 13: 3.5 perubatan dalam sukan

Penyakit Cirit Birit1. Penyakit ini kerap kali dihadapi oleh pengembara terutama sekali di kalangan ahli-ahli sukan. Mereka sering dihingapi oleb penyakit itu.Sebab-sebab1. Biasanya, penyakit ini adalah disebabkan oleh banyak garam yang keluar daripada badan mereka. Sumber tenaga mereka juga merosot dan menjadi berkurangan.2. Sakit cirit birit adalah disebabkan juga oleh stress, emosi dan rasa resah gelisah. Penyakit ini juga boleh disebabkan oleh gangguan sakit perut disebabkan organisma dan kuman halus yang menyerang pesakit.3. Selain itu, penyakit ini juga boleh merebak disebahkan bahan makanan yang tercemar itu dimakan oleh pesakit. Makanan yang selalu terdedah dan tercemar adalah ikan dan daging.

Page 14: 3.5 perubatan dalam sukan

Langkah Pecegahan1. Ahli-ahli sukan harus memberi perhatian

terhadap kesihatan peribadi mereka. Makanan dan minuman ditentukan berada dalam keadaan bersih dan tidak tercemar.

2. Pengurus pasukan mesti memeriksa dapur, menguruskan hal makanan dan menentukan bahawa air minuman itu bersih dan tidak tercemar dengan kuman.

3. Ahli-ahli sukan harus digalakkan agar menjaga kebersihan dan kesihatan dia.

4. Mereka hendaklah meminum air yang dimasak atau yang berkabonit dan jangan menggunakan ketulan air batu. Mereka itu dilarang memberus gigi dengan air yang tercemar dengan kuman.

Page 15: 3.5 perubatan dalam sukan

5. Daging dan kerang harus segar dan dimasak dengan sempurna dengan alat masakan yang bersih.

6. Menggunakan ubat propilatik sebelum bertolak sebagai langkah untuk mencegah penyakit cirit birit merupakan tindakan yang baik.

Page 16: 3.5 perubatan dalam sukan

Rawatan1. Ahli-ahli sukan yang menghidap penyakit cirit birit yang ringan harus mengamalkan pemakanan bubur.2. Mereka harus minurn jus buah-buahan seperti oren dan epal dan diberi kaliam. Mereka harus disediakan dengan 8os manisan Iebah, sirap jagung atau gula sebanyak 1/2 camca dan garam sejemput.3. Jangan diberi mereka makanan yang berasaskan susu Iembu oleh kerana kuman boleh membiak dengan bahan makanan itu.4. Setelah penyakit itu mulai reda, beri mereka biskut coklat kering, pisang, telur dan roti bakar.

Page 17: 3.5 perubatan dalam sukan

5. Apabila seseorang itu mengidapi penyakit cirit birit, tiada sesuai diberi rawatan dengan memberi pesakit dengan antibiotik. ini adalah kerana telah terlewat untuk memberi kesan terhadap rawatan penyakit itu.6. Ubat seperti Lomotil atau Imodium boleh melegakan sedikit rasa sakit tetapi ini mungkin melambatkan penyakit itu sembuh. Biasanya, ubat itu diambil dengan nasihat doktor.

Page 18: 3.5 perubatan dalam sukan

Pemakanan Yang Terkawal1. Semua makanan yang tidak dimasak merupakan punca pelbagai jenis penyakit.2. Perubatan dan segi pemakanan yang terkawal itu boleh menyebabkan gangguan usus.3. Jus tomato merupakan sumber elektrolit yang terbaik kalau diminum seperti biasa.4. Garam harus dimasukkan ke dalam makanan dan baik untuk kesihatan badan.5. Input kabohiderat seharusnya tinggi. Makanan ringan seperti biskut, coklat harus dielakkan dan tidak dimakan oleh ahli-ahli sukan.

Page 19: 3.5 perubatan dalam sukan

6. Bahan makanan yang kaya dengan kabohiderat yang mudah hadham boleh dimakan tiga jam sebelum pertandingan.7. Dengan pemakanan yang seimbang dan terkawal, lebihan vitamin tidak diperlukan lagi.8. Tetapi sekiranya buah-buahan dan salad tidak dimasukkan ke dalam makanan, vitamin harus diambil terutamanya vitamin C.9. Bahan makanan yang mengandungi besi harus juga diambil oleh ahli-ahli sukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan.10. Berat badan ahli-ahli sukan harus diperiksa setiap hari untuk menentukan kualiti makanan.

Page 20: 3.5 perubatan dalam sukan

11. Ketatapan harus dilakukan sama ada kalori dalam makanan dan minuman perlu ditambah atau pun tidak.12. Makanan ringan dan minuman hendaklah dibawa oleh ahli-ahli sukan itu daripada hotel. Ini adalah sebagai sajian mereka selepas latihan atau pun pertandingan.13. Adakalanya makanan ringan payah dibeli dan tidak dijual di setengah stadium.14. Semua ahli sukan harus menentukan bahawa memakan makanan dan mengambil minuman seperti biasa. Jangan sekali-kali tidak makan dan minurn.

Page 21: 3.5 perubatan dalam sukan

HabaSuasana keadaan haba di persekitaran memberi kesan terhadap badan ahli sukan. Ini ketara berlaku pada suhu 18-27 darjah celcius. Suhu badan mungkin naik sehingga 38-39 darjah celcius semasa latihan saringan. Seorang lelaki pada purata berat badan 68 kg boleh kehilangan 1.5 - 2.0 liter peluh setiap jam. Ahli-ahIi sukan amat perlu minum selalu pada masa latihan dan pertandingan. Pelari menggunakan 200 mililiter air bagi tempoh masa 30 minit sebelum pertandingan dan 400-500 mililiter air selama 10-15 minit sebelum pertandingan.

Page 22: 3.5 perubatan dalam sukan

Haba boleb menyebabkan otot menjadi kejang, sakit sendi, bengkak bemanah dan letih lesu. Tanda-tanda stres adalah pening kepala, gelap mata, kadar peluh menjadi berkurangan, perasaan tidak menentu, rasa sakit-sakit badan dan kulit menjadi serani sejuk.Pelan jarak jauh, pemain bola sepak dan lain-lain pemain yang terus bergiat selama beberapa waktu boleh terdedah kepada stres haba. Larian jarak jauh Iebih daripada 16 km atau 10 km tidak seharus diadakan apabila suhu melebihi 27 darjah celcius. Ahli-ahli sukan harus memakai topi dan baju sukan yang nipis dan menyapu badan dengan lotion untuk melindungi diri daripada kebakaran cahaya matahari.

Page 23: 3.5 perubatan dalam sukan

TERIMA KASIH