3

2

Click here to load reader

description

soalan

Transcript of 3

3 (a) Luluhawa fizikal merupakan proses pemecahan dan peleraian batuan di permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara in situ oleh agen-agen luluhawa fizikal seperti iklim (suhu, hujan dan fors) serta biotik dengan tanpa mengubah kandungan kimia batuan.

b(i) Proses pembesaran akar tumbuhan Di kawasan tropika lembap umumnya mempunyai banyak tumbuhan. Tumbuhan dapat mempengaruhi proses liluhawa fizikal melalui peranan akarnya. Akar tumbuhan akan menjalar memasuki retakan dan rekahan yang terdapat pada batuan tersebut. Akar tumbuhan tersebut kemudiannya membesar lalu memecahkan batuan tersebut. (ii) Proses basah dan kering Merupakan satu proses yang kerap berlaku di kawasan pinggir laut kawasan tropika lembap. Semasa air pasang, batuan yang terdapat di kawasan pinggir pantai akan dibasahi oleh air laut lalu mengembang manakala semasa air laut surut batuan pinggir pantai akan terdedah kepada pancaran matahari yang terik menjadikannya kering semula. Proses basah kering ini akan berlaku secara berulang kali dan dalam tempoh yang lama menyebabkan batuan pinggir pantai merekah dan kemudiannya pecah dan relai. (c) (i) pengaruh iklim > Pengaruh bahan matahari dan suhu Bahang matahari dan suhu mempengaruhi kegiatan luluhawa samaada luluhawa kimia ataupun luluhawa fizikal. Di kawasan gurun panas, julat suhu harian yang tinggi menyababkan berlakunya lulhawa fizikal melalui proses pengembangan dan pengecutan. Pada waktu siang bahang matahari yang tinggi di kawasan gurun panas menyebebkan suhu kawasan tersebut tinggi(lebih 40 c). Suhu yang tinggi menyebabkan batuan di kawasan gurun mengembang pada waktu siang. Pada waktu malam suhu di kawasan tersebut jatuh secara mendadak (kurang 10c). penurunan suhu secara mendadak menyebebkan batuan di kawasan tersebut mengecut pada waktu malam. Proses kembang kecut yang berlaku secara berulang kali(pertukaran siang dan malam) dalam proses yang lama menyebebkan batuan di kawasan tersebut mengelupas dan akhirnya pecah. > Pengaruh hujan Tindakan basah dan kering amat berkesan di kawasan yang mengalami iklim jenis minsun tropika yg mengalami musim hujan dan kering yang nyata. Semasa musim hujan , batuan akan basah dan mengembang dan manakala musim kering , sejatan akan berlaku ke atas batuan trsebut menyebabkan batuan tersebut mengecut. Proses basah dan kering yang berlaku secara berulang dalam tempoh tertentu akan menyebabkan batuan tersebut merekah dan akhirnya pecah. > Pengaruh fros Di kawasan tanah tinggi yang ketinggiannya melepasi tahap pembekuaan , fros amat berkesan untuk memecah batuan tersebut dalam bentuk luluhawa fizikal. Air hujan akan memasuki rekahan batuan dalam waktu siang, (suhu di atas takat beku) dan pada waktu malam (suhu jatuh di bawah takat beku), air yang terdapat pada rekahan tersebut akan membeku. Apabila air dalam rekahan membeku isipadu air akan mengembang sebanyak 10% daripada isipadu asalnya. Pengembangan ini akan mewujudkan tekanan yang kuat pada dinding rekahan batuan yang berkenaan sehinggakan rekahan itu menjadi besar. Proses beku dan cair akan berlaku secara berulang kali sehingga batuan tersebut akhirnya pecah.(ii) Pengaruh batuan >Pengaruh kandungan mineral dalam batuan-ketahanan dan kebolehan mineral yang terdapat dalam batuan terhadap luluhawa adalah berbeza. >pengaruh warna batuan >pengaruh struktur rekahan dan retakan