3

7
3.0 Keperluan Pendidikan Murid Sepanjang melaksanakan tugasan ini terdapat banyak ilmu- ilmu baru yang dapat saya pelajari terutama ilmu yang berkaitan dengan bidang pendidikan khas masalah penglihatan. Apabila melaksanakan tugasan ini saya dapat mendalami dengan lebih jelas lagi tentang kategori-kategori murid berkeperluan khas dan juga kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk murid-murid ini. Berdasarkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, guru pelatih dikehendaki mencari seorang murid rabun (low vision) yang mempunyai laporan mata yang lengkap dan dapat berdikari dan mengurus diri dengan baik. Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah melakukan kajian kes terhadap murid buta tetapi dia masih ada baki penglihatan di mata kiri iaitu Lim Zhi Xian. Jika sebelum ini saya hanya mengetahui serba sedikit sahaja tentang kanak-kanak Anophthalmia dan Microphthalmia, akan tetapi setelah melakukan kajian ini banyak maklumat- maklumat baru tentang penyakit mata Anophthalmia dan Microphthalmia yang saya perolehi. Misalnya, tentang ciri-ciri Anophthalmia dan Microphthalmia . Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya tidak mengetahui bahawa terdapat banyak ciri-ciri Anophthalmia dan Microphthalmia . Saya juga dapat mempelajari dengan lebih jelas lagi tentang Anophthalmia dan Microphthalmia iaitu tentang faktor-faktor Anophthalmia dan Microphthalmia , klasifikasi Anophthalmia dan Microphthalmia , tingkah laku dan juga banyak lagi. Kesemua maklumat ini saya perolehi melalui pembacaan buku dan juga maklumat dari internet.

description

rph

Transcript of 3

Page 1: 3

3.0 Keperluan Pendidikan Murid

Sepanjang melaksanakan tugasan ini terdapat banyak ilmu-ilmu baru yang

dapat saya pelajari terutama ilmu yang berkaitan dengan bidang pendidikan khas

masalah penglihatan. Apabila melaksanakan tugasan ini saya dapat mendalami

dengan lebih jelas lagi tentang kategori-kategori murid berkeperluan khas dan juga

kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk murid-murid ini.

Berdasarkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, guru pelatih dikehendaki

mencari seorang murid rabun (low vision) yang mempunyai laporan mata yang

lengkap dan dapat berdikari dan mengurus diri dengan baik.

Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah melakukan kajian kes terhadap murid

buta tetapi dia masih ada baki penglihatan di mata kiri iaitu Lim Zhi Xian.

Jika sebelum ini saya hanya mengetahui serba sedikit sahaja tentang kanak-

kanak Anophthalmia dan Microphthalmia, akan tetapi setelah melakukan kajian ini

banyak maklumat-maklumat baru tentang penyakit mata Anophthalmia dan

Microphthalmia yang saya perolehi. Misalnya, tentang ciri-ciri Anophthalmia dan

Microphthalmia . Sebelum melaksanakan tugasan ini, saya tidak mengetahui bahawa

terdapat banyak ciri-ciri Anophthalmia dan Microphthalmia . Saya juga dapat

mempelajari dengan lebih jelas lagi tentang Anophthalmia dan Microphthalmia iaitu

tentang faktor-faktor Anophthalmia dan Microphthalmia , klasifikasi Anophthalmia

dan Microphthalmia , tingkah laku dan juga banyak lagi. Kesemua maklumat ini saya

perolehi melalui pembacaan buku dan juga maklumat dari internet.

Tugasan ini memerlukan saya untuk melakukan banyak pembacaan dan

penyelidikan. Sepanjang melaksanakan tugasan ini juga, saya dapat mempelajari

tentang pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan

dengan kaedah dan teknik mengajar seperti menghafal tanda kata singkat dan

menyelesaikan latihan. Saya dapati sebagai guru pendidikan khas kita haruslah

kreatif dalam pengajaran kerana kemampuan kognitif murid berkeperluan khas

adalah berbeza-beza.

Bagi memenuhi keperluan semua rakyat dan menyediakan negara untuk

bersaing di peringkat antarabangsa, adalah penting untuk negara melakarkan

wawasan kejayaan sistem pendidikan yang ingin dibangunkan, khusus berdasarkan

konteks Malaysia. Generasi murid terbaik yang bagaimanakah ingin dihasilkan untuk

Page 2: 3

berdepan dengan cabaran ekonomi abad ke-21? Jenis pendidikan yang

bagaimanakah perlu disediakan untuk mereka hadapi dunia globalisasi yang pantas

berubah? Aspirasi ini merangkumi dua aspek: pertama, sistem pendidikan secara

keseluruhan, dan kedua, murid secara individu.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2012), Ekuiti ialah sistem

pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap

kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang

sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian

antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian

antara gender sehingga 50% menjelang 2020.

Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini

mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen

persekolahan berikut. Yang pertama ialah Sekolah pendidikan khas. Ia merupakan

sebuah sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya

(seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain).

Sebagai contoh ialah SKPK Princess Elizabeth. Yang kedua ialah Program Integrasi

Pendidikan Khas (SEIP). Program ini dijalankan di sekolah arus perdana yang

mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas. Contohnya ialah SK Klang

yang mempunyai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Kelas pendidikan

khas. Yang ketiga ialah Program pendidikan inklusif. Program Inklusif berbeza

dengan program integrasi. Ia merupakan sekolah arus perdana yang mengintegrasi

satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Sebagai

contoh Maktab Sultan Abu Bakar, sekolah menengah.

Zhi Xian mula bersekolah di sekolah pendidikan khas sejak prasekolah. Ibu

bapanya mempunyai kesedaran untuk memberi pendidikan kepada anaknya dan

mereka cuba sedaya upaya untuk membantu anaknya mendapatkan hak untuk

belajar contohnya seperti mendaftar di Jabatan Kebajikan. Ibu bapa Zhi Xian juga

memahami kepentingan Intervensi awal untuk membantu Zhi Xian. Seterusnya ibu

bapa Zhi Xian telah memilih sekolah yang mempunyai infrastruktur yang lengkap dari

segi kemudahan dan keselamatan sekolah. Sebagai contoh, pagar atau railing di

setiap koridor dan mesin Braille yang banyak untuk murid bertukar jika mengalami

kerosakan. Murid juga mempunyai hak untuk meminjam balik mesin Braille untuk

membuat kerja rumah tetapi dengan menjamin akan menjaga mesin Braille tersebut

dengan baik.

Page 3: 3

Penglibatan ibu bapa merupakan satu faktor yang penting untuk memastikan

anak-anak mendapat peluang yang terbaik. Usaha ibu bapa Zhi Xian menghantar

anaknya ulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari memotivasi Zhi Xian belajar

bersungguh-sungguh semasa berada di dalam kelas. Seperti yang dinyatakan dalam

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2012), dalam anjakan 9 iaitu

bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Dalam

anjakan 9 ia menerangkan bahawa Setiap ibu bapa akan menjadi rakan yang aktif

dalam proses pembelajaran anak mereka, bukan sahaja melalui aktiviti yang lazim,

seperti hari sukan dan hari penyerahan kad laporan, tetapi juga menerusi Persatuan

Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang diperkukuhkan bagi menyediakan maklum balas

tentang hal ehwal pengurusan berasaskan sekolah.

Di samping itu, penggunaan sarana ibu bapa juga menyokong pembelajaran

murid. Sekolah juga akan mempunyai rangkaian komuniti dan sektor swasta sebagai

rakan yang mampu memberi sumbangan kepakaran untuk kemajuan sekolah.

Pelibatan semua pihak berkepentingan ini akan mewujudkan ekosistem

pembelajaran yang memperkukuhkan pengajaran ilmu, kemahiran, dan nilai yang

diajar kepada murid di sekolah.

Terdapat beberapa kebiasaan Zhi Xian suka lakukan semasa kelas yang

guru telah kesan. Antaranya ialah menarik kelompak mata sebelah kiri semasa guru

ingin menunjukkan sesuatu visual seperti gambar, objek dari jarak jauh atau semasa

guru minta murid rabun tengok dan cari perkataan tersembunyi di dalam kelas.

Tingkah laku ini berlaku kerana sebahagian daripada kelompak mata Zhi Xian telah

menghalang matanya.

Selain itu, Zhi Xian suka menarik perhatian guru dengan mengangkat tangan

tanpa mengetahui jawapan apabila guru mengemukakan soalan. Contoh: guru minta

murid memberi satu contoh perkataan yang berbentuk KVKVKVKV, murid yang

dapat jawab sila angkat tangan. Zhi Xian akan mengangkat tangan dulu dan semasa

guru minta Zhi Xian memberi contoh perkataan dia akan berfikir untuk masa yang

panjang. Zhi Xian mengharapkan perhatian yang lebih dari guru berbanding dengan

rakan sekelasnya yang boleh nampak lebih banyak daripada dia.

Untuk memastikan setiap murid mendapat perhatian yang sama guru boleh

menggunakan ict sebagai bahan bantu mengajar. Menurut Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (2012) dalam anjakan 7 menyatakan memanfaat ICT bagi

Page 4: 3

meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Hal ini kerana, ICT akan membantu

memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di semua 10,000 sekolah.

Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik, dan

interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut kadar kendiri dan mempunyai pilihan

pengajian yang lebih luas melalui program jarak jauh. Pengetua/Guru Besar dan

guru juga akan mempunyai akses kepada sumber pembelajaran dan komuniti di

dalam dan di luar negara bagi membantu meningkatkan kualiti amalan mereka.

Kemudahan ICT akan menjadi sebahagian daripada kehidupan murid di sekolah,

tanpa jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid

akan dilengkapi kemahiran yang perlu bagi menggunakan teknologi ini secara

berkesan dan bermakna.

Dengan adanya bantuan ICT, guru boleh mendapatkan maklumat dari

pelbagai negara, bahasa dan sumber. Selain itu, setiap murid pendidikan khas diberi

satu komputer riba untuk mengakses maklumat bila ada masa lapang dengan

pantauan guru. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, murid

mempunyai sumber sendiri dan mereka boleh merujuk kepada komputer riba apabila

tidak dapat mendengar arahan guru dengan jelas. Sebagai contoh, guru

menyediakan latihan dan sumber pengajaran seperti video tentang perkataan KVKV.

Murid diminta mendengar dan menonton video tersebut dan menyenaraikan

perkataan yang boleh dipendekkan. Contoh perkataan: masa-ms. Dengan ini, guru

mempunyai lebih banyak masa membimbing rakan yang lemah dengan masa yang

masa guru dapat memastikan murid membuat latihan dan bukan bermain.

Kesimpulannya, dengan kerjasama dari ibu bapa secara aktif dapat

membantu murid mendapat hak-hak yang sepatutnya seperti peluang pendidikan

yang ditawarkan oleh kerajaan. Selain itu, usaha pihak kerajaan melatih guru yang

berkemampuan dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang tertentu juga dapat

membantu murid masalah penglihatan belajar dengan lebih berjaya kerana guru

pendidikan khas dapat memahami muridnya dengan lebih baik berbanding guru arus

perdana.

Page 5: 3

4.0 Rujukan

Delta Gamma Center. (2011). Anophthalmia / Microphthalmia. Retrieved August 15,

2015, from

dgckids.org/resources/most-common-eye-conditions/anophthalmia-

microphthalmia/

Jacalyn Paulding. (2011). A Letter to New Parents Living with Microphthalmia |

WonderBaby.org. Retrieved August 17, 2015, from

http://www.wonderbaby.org/articles/letter-to-new-parents

Malaysia. (2012). Laporan awal pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-

2025.

The International Children's Anophthalmia Network (ICAN). (2015). Treatment | ican

- the International Children's Anophthalmia Network. Retrieved August 20,

2015, from http://www.anophthalmia.org/treatment/

The Micro and Anophthalmic Children’s Society. (2015). Stories of MACS.

Retrieved August 16, 2015, from www.macs.org.uk/stories/

Micro& Anophthalmic Children’s Society MACS. (2014). Supporting children born

without eyes and underdeveloped eyes: Prosthetic Eyes Transforming

Lives [Brochure]. Holyhead,UK: Author

National Eye Institute. (2009, August). Facts About Anophthalmia and

Microphthalmia | National Eye Institute. Retrieved August 12, 2015, from

https://nei.nih.gov/health/anoph/anophthalmia

Genetic Home Reference. (2011, November). Microphthalmia - Genetics Home

Reference. Retrieved August 11, 2015, from

http://ghr.nlm.nih.gov/condition/microphthalmia