36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

63
EDISI KE - 62 23 Ogos - 29 Ogos 2021 14 Muharam - 20 Muharam 1443H PP 19464/D4/2019/ (035072) Sejak 1982 www.melakahariini.my TERKINI COVID-19 / KEMASKINI SETAKAT / 21 OGOS 2021,12 TGH KES BAHARU : 22,262 KES SEMBUH : 18,576 KES KEMATIAN : 223 KES KESELURUHAN : 1,535,286 NASKHAH PERCUMA Aaron impi beregu nombor satu dunia 48 Fokus DUN : Rim 'Satu rumah, satu Jalur Gemilang' 36 14 16 “Saya prihatin isu pandemik” DALAM wawancara khas hari jadi Yang di-Pertua Negeri yang ke-72, Tun Mohd Ali menyentuh banyak perkara supaya Melaka dapat keluar dari pandemik. Ketua Menteri ucap tahniah atas pelantikan Ismail Sabri sebagai PM ke-9 8 “Lakukan yang terbaik demi Malaysia” - Sulaiman Kematian kakak jadi iktibar Joging, banyak makan buah rahsia kesihatan Wawancara khas sempena hari jadi TYT yang ke -72 Dapatkan 16 muka sisipan khas hari jadi TYT yang ke-72 BERITA PENUH MUKA 2 & 4

Transcript of 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

Page 1: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

EDISI KE - 62 23 Ogos - 29 Ogos 2021 14 Muharam - 20 Muharam 1443H PP 19464/D4/2019/ (035072) Sejak 1982 www.melakahariini.my

TERKINI COVID-19 / KEMASKINI SETAKAT / 21 OGOS 2021,12 TGH KES BAHARU : 22,262 KES SEMBUH : 18,576 KES KEMATIAN : 223 KES KESELURUHAN : 1,535,286

NASKHAH PERCUMA

Aaron impi beregu nombor satu dunia

48Fokus DUN : Rim'Satu rumah,

satu Jalur Gemilang'

36

14

16

“Saya prihatin isu pandemik”

DALAM wawancara khas hari jadi Yang di-Pertua Negeri yang ke-72, Tun Mohd Ali menyentuh banyak perkara supaya Melaka dapat keluar dari pandemik.

Ketua Menteri ucap tahniah atas pelantikan Ismail Sabri sebagai PM ke-9 8

“Lakukan yang terbaik demi Malaysia” - Sulaiman

Kematian kakak jadi iktibar Joging, banyak makan buah rahsia kesihatan

Wawancara khas sempena hari jadi TYT yang ke -72

Dapatkan 16 muka sisipan khas hari jadi TYT yang ke-72

BERITA PENUH MUKA 2 & 4

Page 2: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 20212

AKADEMIK : Ijazah Kepujian Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) Universiti Sains Malaysia (USM) - 1984 Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan Pembangunan Belia oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - 2009 Ijazah Doktor Kehormat (Pengurusan) oleh Universiti Multimedia (MMU) - 2011 Ijazah Doktor Kehormat Doktor Kemanusiaan oleh Universiti Siltan Kudarat - 2012 Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Dalam Bidang Kepimpinan dan Pentadbiran Islam, Universitas Sultan Syarif Kasim Riau, Indonesia

JAWATAN NGO DAN GLC YANG PERNAH DISANDANG

Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Pengerusi Yayasan DMDI Finance House Berhad Pengerusi Majlis Perundingan Ekonomi Melaka Pengerusi Alumni Gerakan Belia 4B Malaysia

PERKEMBANGAN program vaksinasi di Melaka menjadi antara perkara yang sering diambil berat Yang di-Pertua Ne-geri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam sepanjang musim pandemik COVID-19. Perkara itu diletakkan sebagai antara fokus utama urusan pentadbiran negeri di samping aspek pematuhan prosedur operasi

standard (SOP) dan bantuan kepada rakyat terkesan. Dalam wawancara khas Melaka Hari Ini (MHI) bersama Mohd Ali baru-baru ini, beliau turut meng-upas beberapa perkara melibatkan kesejahteraan negeri serta turut berkongsi pengalamannya lebih setahun menjadi Yang di-Pertua Negeri Melaka. TANGANI COVID-19 SECARA EFISIEN Pandemik COVID-19 yang sudah berlarutan lebih setahun nyata memberi kesan besar kepada seluruh negara, tidak ter-kecuali negeri Melaka. Saban hari, rakyat berdepan cabaran peningkatan kes COVID-19 yang turut mengorbankan ribuan nyawa di negara ini. Justeru, Mohd Ali berpendapat, pandemik berkenaan se-bagai satu musibah yang perlu ditangani dengan segera me-mandangkan negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang dianggap kecil turut berdepan ratusan dan ribuan kes saban hari. Jelasnya, wabak 'membunuh' itu kini bukan sahaja men-jadi tanggungjawab kerajaan dan petugas barisan hadapan bahkan ia perlu digembeleng bersama seluruh rakyat dalam usaha memerangi COVID-19. "Di Melaka sahaja, lebih 5,000 berada di dalam wad dan pusat kuarantin, dan yang meninggal dunia akibat COVID-19 pula catat lebih 500. "Jadi, kita tidak alpa lagi. Semua perlu memainkan per-anan mematuhi aturan SOP yang telah ditetapkan. "Semua pihak perlu menyumbang, tidak kira dari pihak petugas dan orang ramai, kena sama-sama membantu Insya-Allah kita dapat mengurangkan kes positif serta jumlah kema-tian," katanya. VAKSIN 'PELAMPUNG' KELUAR DARI PANDEMIK Mohd Ali berpendirian vaksin adalah satu-satunya cara buat masa ini untuk negara keluar dari pandemik ini. Walaupun pada awal, ramai dimomokkan dengan pelba-gai anasir negatif mengenai vaksin oleh golongan anti vaksin, namun kini, rakyat khususnya sudah boleh dapat melihat ba-gaimana vaksinasi telah menampakkan cahaya di hujung tero-wong. "Setiap penyakit ada ubat. Begitu jugalah vaksin ini yang dianggap sebagai antara 'ubat' untuk kita melawan virus yang tidak kelihatan ini.

"Perlu faham, setiap ubat tidak semestinya 100 per-atus mujarab, tetapi dengan izin Allah SWT, Insya-Allah kita semua akan selamat.

"Alhamdulillah, selepas menerima vaksin da-hulu, saya masih baik dan Allah SWT panjangkan umur

saya. Jadi, ambillah vaksin, jangan takut," katanya.

KEMATIAN KAKAK JADI IKTIBAR Bercerita lebih lanjut, Mohd Ali turut mengimbau kisah yang berlaku kira-kira 60 tahun yang menyaksikan beliau kehi-langan kakak tercinta kerana tidak mempercayai nasihat peru-batan yang betul. Beliau berkata, pada ketika itu, kakaknya menderita pe-nyakit Malaria, namun akibat terpengaruh nasihat yang tidak betul daripada orang kampung, mereka sekeluarga terpaksa menelan hakikat kehilangan insan tersayang. "Saya masih ingat kejadian pada 1961, pada ketika itu, kakak saya menggigil teruk. Sekejap sejuk, sekejap panas. "Jadi, orang kampung kata jangan bawa ke hospital, tetapi perlu bawa ke bomoh kerana dipercayai arwah kakak saya ter-kena gangguan syaitan. "Pada waktu itu, orang kampung suruh angkat kakak saya guna kain pelikat dan dibawa ke bomoh. Tiga hari dia dirawat menggunakan kemenyan dan tidak pergi ke hospital," katanya. Namun, sepanjang tempoh itu, jelasnya, arwah kakaknya tidak menunjukkan tanda-tanda semakin baik, bahkan bertam-bah buruk sebelum dibawa ke hospital. "Keesokan harinya, dia meninggal dunia dan saya dimak-lumkan berita itu oleh mak saya sewaktu saya masih bersekolah di Semabok. "Itulah yang saya dan keluarga alami suatu ketika dahulu kerana tidak mempercayai perubatan moden. "Saya percaya kalau kami cepat menghantarnya ke hospi-tal lebih awal pada masa itu Insya-Allah kakak saya boleh dis-elamatkan," katanya lagi. TERUS BANTU RAKYAT Selain vaksin dan langkah menangani COVID-19, Mohd Ali turut mementingkan aspek bantuan kepada rakyat yang ter-kesan sejak pandemik ini melanda Mac tahun lalu. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin dalam menghulurkan pelbagai bentuk bantuan bagi memastikan rakyat sentiasa diutamakan dalam tempoh sukar ini. Lihat muka 4

PENGALAMAN Penolong Pengarah KEMAS (1979-1980) Pengarah KEMAS Perlis (1980-1981) Pengarah KEMAS Melaka (1982-1983) Setiausaha Khas Kepada Ketua Menteri Melaka (1984-1986) ADUN Ayer Molek (1986-1995) Ahli EXCO Kerajaan Melaka (1986-1995) Ahli Parlimen Batu Berendam (1995-1999) Timbalan Menteri pengangkutan (1995-Januari 1999) Timbalan Menteri kesihatan (Januari 1999-November 1999) ADUN Paya Rumput (1999-2004) ADUN Bukit Baru (2004-2013) Ketua Menteri Melaka (2 Disember 1999-Mei 2013)

NAMA : TUN SERI SETIA MOHD ALI MOHD RUSTAM TARIKH LAHIR : 24 OGOS 1949 TEMPAT LAHIR: KAMPUNG BUKIT KATIL ISTERI : TOH PUAN ASMAH ABD RAHMAN ANAK : MOHD RIDHWAN, WAN NAZIRAH DAN MUHAMMAD HAMKA

MOHD Ali menerima suntikan dos kedua vaksin di kediaman rasmi Tuan Yang di-Pertua Negeri pada Mac lalu.

Ikhtiar keluar daripada pandemik COVID-19Anuar Shaari dan Mohamad Fazrul Abdul Majid

EKSKLUSIF

Page 3: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 3

Page 4: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

Dari muka 2 Namun begitu, beliau mengakui mungkin masih ada rakyat di negeri ini yang tercicir daripada menerima bantuan berikutan malu dan segan untuk tampil ke hadapan memohon bantuan yang tersedia. Justeru, beliau meminta rakyat memanfaatkan talian ‘call centre’ Melaka di talian 06-3333333 sekiranya mereka memer-lukan bantuan. "Telefon sahaja nombor itu kerana dahulu saya mewujudkan talian itu untuk kemudahan orang ramai. "Ia boleh dihubungi 24 jam. Maklumkan sahaja, bekalan makanan terputus atau segala permasalahan yang mereka alami. "Insya-Allah segala permasalahan itu akan mendapat respon segera untuk dibantu," katanya. Pada masa sama, beliau turut menggesa setiap pemimpin setempat termasuk Jawatankuasa Pembangunan dan Penyela-rasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) serta jawatankuasa masjid untuk turut bersama memantau segala kesusahan yang dialami rakyat. Ia katanya, bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir dari-pada menerima bantuan. M-WEZ KEMBALIKAN KEMAHSYURAN MELAKA Dalam wawancara sama, Mohd Ali turut menyentuh mengenai rancangan pembangunan Melaka menerusi sebuah koridor ekonomi baharu yang dikenali sebagai Melaka Water-front Economic Zone (M-WEZ). Mohd Ali menyifatkan perancangan itu sebagai satu pe-luang terbaik untuk mengembalikan kegemilangan dan ke-mahsyuran Melaka sebagai lokasi pelabuhan penting seperti mana suatu ketika dahulu. "M-WEZ memang bagus kerana ia bakal membantu per-tumbuhan ekonomi negeri dan pada masa sama memberi pe-luang pekerjaan kepada rakyat. "Ia juga dapat mengembalikan dan melengkapkan Melaka sebagai lokasi pelabuhan dan maritim terkenal di dunia. "Kerana seperti mana kita tahu, Selat Melaka dan Negeri Melaka itu sendiri sudah terkenal sejak dahulu lagi dan sentiasa menjadi rebutan," katanya. MELAKA MAJU SEPERTI SINGAPURA, HONG KONG Mohd Ali berkata, selepas lebih setahun bergelar Yang di-Pertua Negeri, beliau mengakui tempoh itu merupakan satu cabaran baharu dalam hidupnya. Apatah lagi, beliau menjadi anak Melaka pertama dilantik menjawat 'kerusi' berkenaan dan seterusnya berpeluang me-nyambung legasi Yang di-Pertua Negeri terdahulu. Bercakap soal visi dan misi, Mohd Ali nyata mempunyai impian tersendiri untuk membawa Melaka menjadi sebuah ne-geri maju di masa akan datang. Beliau berkata, meskipun ramai menganggap Melaka se-bagai sebuah negeri kecil, namun baginya saiz itu bukanlah kayu pengukur untuk mencapai kegemilangan. Sebaliknya, beliau percaya Melaka boleh digambarkan se-perti gabungan saiz Singapura dan Hong Kong, sekali gus men-gambil inspirasi daripada dua negara itu untuk menjadi lebih gah. "Saya tak suka sebut Melaka negeri kecil, tetapi saya meng-gelarkannya sebagai negeri yang saiznya Singapura campur Hong Kong. Nampaklah besar sedikit dan boleh menjadi maju seperti dua negara itu. "Mudah-mudahan kita boleh membahagiakan kehidupan

kita di Melaka dan boleh dikenali semula sebagai negeri di mana sejarah Malaysia bermula kerana Melaka dahulu sebuah negeri yang hebat. "Saya percaya, rakyat Melaka ada semangat dan impian untuk menjadikan Melaka negeri yang gemilang seperti ne-gara-negara lain dan juga negeri-negeri lain yang ada di Ma-laysia," katanya. KEHIDUPAN BERUBAH 360 DARJAH Sejak diangkat sebagai Yang di-Pertua Negeri, Mohd Ali mengakui kehidupannya berubah berbanding menjadi Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan rakyat biasa dahulu. Katanya, kini beliau lebih terikat dengan protokol hingga membataskan pergerakannya yang sebelum ini cukup mesra dengan rakyat Melaka. "Kalau dahulu jadi Ketua Menteri dan lain-lain saya boleh pergi ke mana sahaja. Dengar sahaja ada orang meninggal dunia atau ada kenduri kahwin, saya akan terus bawa kereta dan keluar. "Dahulu satu hari saya boleh pergi sehingga 37 buah rumah dan majlis perkahwinan dari pagi sampai malam. "Tetapi sekarang tidak boleh begitu. Paling tinggi pun saya boleh keluar ke satu atau dua majlis sahaja. Paling tinggi pun tiga majlis jemputan. "Jadi, perbezaan itu memang ketara dan saya percaya orang kampung pun tahu saya tidak boleh lagi keluar bebas se-perti dahulu dan rakyat juga memahami perkara itu," katanya. Apapun, beliau bertekad untuk memastikan segala urusan pentadbiran dan kemajuan negeri Melaka akan terus diper-kasakan selagi beliau menjawat jawatan berkenaan.

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 20214

MOHD Ali (kanan) ketika ditemuramah oleh Ketua Pegawai Operasi MHI Anuar Shaari (kiri) di pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka di Seri Negeri pada 3 Ogos lepas.

BERJOGING dua hari sekali menjadi antara amalan yang dipraktikkan Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam untuk kekal sihat di usia 72 tahun. Beliau berkata, joging menjadi antara hobi yang akan di-lakukannya sejak menjadi wakil rakyat dan seterusnya Ketua Menteri sehinggalah sebagai Yang di-Pertua Negeri sekarang. "Joging memang menjadi amalan dan hobi saya sejak dahulu. Bagi saya ia senaman terbaik kerana kita boleh mela-kukan di mana sahaja tanpa mengira waktu pagi hingga malam. "Kebiasaannya saya amalkan berjoging setiap dua hari sekali selama satu jam. "Sejak berkhidmat dari dulu hingga kini, di mana sahaja yang saya pergi saya akan berjoging. Saya pernah berjoging di London, Bangkok, Qatar, Pekan Baru dan bermacam-macam lagi tempat. "Di Melaka dahulu saya gemar berjoging sehingga sekitar Sungai Melaka, namun sejak menjadi Yang di-Pertua Negeri dan disebabkan PKP, pergerakan saya sedikit terbatas dan banyak berjoging di sekitar rumah dan pejabat di Seri Negeri sahaja," katanya. Selain berjoging, Mohd Ali berkata, aspek pemakanan juga menjadi antara yang dititikberatkannya. Kebiasaannya, beliau akan mengamalkan pemakanan sihat seperti buah-buahan, bijirin dan produk berasaskan susu pada setiap hari yang akan disediakan sendiri oleh ister-inya, Toh Puan Asmah Abd Rahman. "Pemakanan saya pada waktu pagi, memang minum air panas, suam, atau air mineral sejuk. Biasa saya ambil yang suam. "Makanan saya buah, biasanya buah pisang atau epal. Tapi kebiasaannya buah pisanglah senang. Kemudian, saya makan yogurt, lepas tu saya makan quaker oat dengan susu. Itulah minuman pagi saya. "Saya pun tak suka susahkan tukang masak. Semua isteri saya buatkan. Kalau saya pergi luar negara pun, saya makan dalam bilik yang itu juga. Bawa dari Melaka. "Kalau ada makanan sedap macam mana pun, biasanya makanan itu juga akan menjadi pilihan saya," katanya. Bercakap soal makanan Melaka kegemarannya, Tun Mohd Ali berkata, asam pedas dan asam pindang ikan parang dan kembung yang dipadankan dengan sambal belacan dan cencaru menjadi pilihan utamanya. "Selain itu, saya juga suka makan di rumah-rumah ken-duri yang menghidangkan pelbagai jenis lauk seperti nasi, ayam panggang dan daging," katanya lagi.

Joging, banyak makan buah petua Tun Mohd Ali kekal sihat

MOHD Ali (dua kiri) menyantuni salah seorang penerima suntikan vaksin COVID-19 ketika melawat ke Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) di Dataran Pahlawan, Banda Hilir pada 17 Ogos lepas.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Page 5: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 5

Page 6: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 20216

RAKYAT Melaka disifatkan amat bertuah mempunyai Ketua Negeri yang buat pertama kalinya memecah tradisi kepemimpi-nan tertinggi negeri apabila Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rus-tam menjadi anak Melaka pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri sejak 64 tahun lalu. Malah, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali juga menggambarkan Tun Mohd Ali seperti 'arkitek Melaka' ke-rana jasanya merancang dan membangunkan Melaka selama lebih daripada tiga penggal ketika menjadi Ketua Menteri Ke-9 bermula 1999 sehingga 2013. Menceritakan pengalamannya bersama Mohd Ali, Sulai-man berkata, beliau amat bersyukur apabila Mohd Ali di angkat menjadi Gabenor Melaka kerana beliau merupakan anak jati Melaka, sekali gus mempunyai persamaan sepertinya yang juga dilahirkan di Melaka. "Pada saya inilah sejarah pertama kali Tuan Yang Terutama (TYT) negeri datang dari anak jati Melaka yang sudah pasti ia membuatkan rakyat Melaka terutamanya berasa bangga dengan pelantikan ini. "Sudah pasti apabila beliau menjadi TYT, saya juga pernah berkhidmat waktu itu tapi bukanlah sebagai wakil rakyat sebali-knya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kema-juan Kampung (JKKK) dan juga Ahli Majlis. "Jadi setiap program dan majlis yang dilakukan di negeri mahupun peringkat daerah, TYT Tun (Mohd Ali) dan saya turut terlibat dalam banyak program menjadikan saya sudah biasa dengannya," katanya kepada Melaka Hari Ini mengimbau ken-angan sewaktu Mohd Ali menjadi ketua menteri. KEMAJUAN, KEBERSIHAN MELAKA HASIL 'BUAH TANGAN' TUN Bercerita lanjut Sulaiman berkata umum mengenali Mohd Ali sebagai individu yang dari dahulu cukup mesra dengan rakyat malah masih terbawa-bawa sikapnya itu sehingga ke hari ini. "Seluruh pelosok negeri Melaka ini saya boleh katakan setiap inci dan sudut beliau lebih memahami daripada saya. Sebab kalau kita lihat dari apa kemajuan di Melaka hari ini hasilnya dari tan-gan TYT Tun ketika beliau menyandang jawatan Ketua Menteri. "Sudah pasti apabila beliau dilantik menjadi TYT, sebenar-nya banyak pengalaman beliau itu dapat saya pelajari sebagai Ketua Menteri hari ini. "Contohnya, pada setiap kali saya menghadap beliau sebe-lum mesyuarat EXCO, perkara-perkara yang disentuh beliau adalah bagaimana untuk kita mencantikkan kembali Melaka sebab menurut pandangannya Melaka adalah sebuah negeri yang terbersih pada waktu pimpinannya," katanya. Justeru katanya, tidak hairanlah mengapa dalam setiap per-temuannya bersama Mohd Ali, isu kebersihan menjadi perkara utama selain pembangunan ekonomi yang harus setanding den-gan negeri-negeri lain. SENTIASA BERFIKIR TENTANG RAKYAT Menurut Sulaiman, terlalu banyak pengalaman Tun sepan-jang tiga penggal menjadi Ketua Menteri yang dicurahkan ke-padanya sejak dilantik menjadi Ketua Menteri Ke-12 pada 9 Mac 2020. "Kalau tanya persamaan, antara saya dan Tun, sudah pas-tilah Tun yang telah berkhidmat selama tiga penggal sebagai KM, beliau orang yang banyak pengalaman. "Jika sesuatu perkara apabila beliau baca di media sosial dan akhbar-akhbar, Tun akan telefon saya. Beliau akan memak-lumkan kepada saya apa perkara-perkara yang boleh dilakukan apabila beliau berfikir perkara itu baik untuk rakyat, terutama bila kita mendepani situasi krisis ekonomi dan kesihatan," kat-anya. Tambahnya, dalam situasi COVID-19 yang melanda Melaka umpamanya, Mohd Ali amat prihatin apabila jumlah kes harian yang tinggi kerana ianya akan memberi kesan kepada ekonomi rakyat di Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan. Jelasnya lagi, beliau amat bersyukur kerana Mohd Ali sen-tiasa bekerjasama dan selalu bertukar pandangan dengannya mengenai usaha untuk memaju dan memakmurkan Melaka. Menurut beliau, keprihatinan TYT Tun terhadap rakyat dapat dilihat apabila beliau sentiasa mengutamakan ekonomi ra-kyat dalam setiap apa perancangan yang diputuskan dalam me-syuarat Exco negeri. "Semua perancangan yang dibuat di negeri dan segala kepu-tusan dari mesyuarat Exco pasti akan sampai ke meja pejabat Tun untuknya meneliti perjalanan dan pentadbiran kerajaan negeri. "Ini khususnya dari sudut ekonomi dan pelancongan su-paya menjadikan manfaat itu dapat dinikmati oleh seluruh ra-kyat Melaka," tambahnya. MEMPUNYAI HUBUNGAN BAIK DI PERINGKAT PUSAT Menyentuh mengenai projek-projek yang akan dilaksana-kan di Melaka, Sulaiman berkata, perancangan pembangunan

jangka panjang Melaka adalah bagi mencapai Misi Menuju Ne-geri Lestari pada tahun 2035 iaitu Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ2035) yang mana Mohd Ali sangat membantu merealisasikannya. Ini katanya, termasuklah pembangunan Zon Ekonomi Per-sisiran Pantai Melaka atau (M-WEZ), sebuah koridor ekonomi baharu melibatkan pelaburan berimpak tinggi, yang dibangun-kan di kawasan tambakan laut sedia ada seluas 25,000 ekar di sepanjang 33 kilometer sepanjang pesisiran pantai Melaka. Dengan sokongan dan minat yang telah dinyatakan oleh Mohd Ali katanya, ia akan memudahkan lagi perancangan ke-rajaan negeri untuk terus membangunkan M-WEZ ini seperti mana yang telah dirancang. "Tun sebenarnya mempunyai rangkaian kenalan di pering-kat Federal (Persekutuan), sebab saya yakin di kalangan (kena-lan) Tun masih ada lagi yang bertugas sebagai menteri, timbalan menteri dan sebagainya. "Sebenarnya rangkaian Tun di peringkat Federal ini agak cukup tinggi. Boleh saya katakan di semua kementerian, Tun mempunyai rangkaian di situ. "Jadi ini memberi kelebihan kepada saya juga dengan menggunakan rangkaian Tun, jadikan segala bentuk perancan-gan dan pembangunan di Melaka sudah pasti boleh dibantu (realisasikan)," katanya. Mengulas lanjut Sulaiman berkata, sumbangan Mohd Ali sebagai individu yang sangat berpengalaman amat diperlukan khususnya dengan kebolehannya yang tersendiri untuk mem-gembalikan kegemilangan dan kehebatan Melaka dari sudut pe-lancongan. "Tun juga sebenarnya amat menjaga tentang kesenian dan kebudayaan Melaka. Malah banyak perkara mengenai kesenian dan kebudayaan, Tun sendiri akan akan berhubung dengan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan. "Ini sangat jelas di mana kita lihat dengan bantuan Tun, banyak projek-projek yang mengentuh mengenai kebudayaan kesenian, peruntukan-peruntukan itu sebenarnya hasil daripada hubungan Tun dengan pihak Federal. "Sebab itu sebagaimana saya sebutkan tadi, kita tidak boleh memandang rendah kepada Tun kerana beliau masih memp-unyai rantaian hebat dari pihak Federal," katanya. PELAN INDUK M-WEZ LENGKAP AKHIR OGOS INI Menyentuh mengenai pelaburan M-WEZ, Ketua Menteri berkata ianya bakal menjadi sebagai mercu tanda baharu kepada pembangunan ekonomi negeri Melaka dengan pembangunan secara berperingkat berdasarkan tiga fasa iaitu pelan jangka pen-dek, jangka sederhana dan jangka panjang.

Pelan konsep M-WEZ katanya, telah dibentangkan dan di-pertimbangkan kali kedua di dalam mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-38 pada 5 Julai lalu. Perancangan kemajuan M-WEZ jelas beliau pada masa ini masih di peringkat deraf awal menyediakan Pelan Induk atau Blueprint yang dijangka dapat dilengkapkan pada hujung Ogos ini. "Di samping itu, kerajaan negeri melalui Majlis Pembang-unan M-WEZ sedang dalam proses melaksanakan sesi ‘engage-ment’ bersama MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia) dan pihak swasta untuk mendalami insentif dan pe-luang-peluang pelaburan. "Dari segi aktiviti promosi pula selepas ini, insya-Allah, M-WEZ akan menyertai City Expo Malaysia (CEM) dan Dubai Expo untuk mempromosi dan memperkenalkan M-WEZ secara lebih meluas dan menarik pelabur untuk melabur di projek pembang-unan M-WEZ ini," katanya. Tambah beliau, CEM dijangka berlangsung selama sebulan, bermula pada November ini secara maya manakala Dubai Expo pula akan berlangsung pada Mac 2022 di Malaysian Pavillion, Dubai di mana sesi ‘business matching’ untuk agensi dan Per-niagaan Kecil dan Sederhana (SME) serta peluang pelaburan akan diadakan. "Justeru, dengan sokongan dan minat yang telah dinyata-kan oleh TYT sendiri, ia akan memudahkan lagi perancangan ke-rajaan negeri untuk terus membangunkan M-WEZ ini seperti mana yang telah dirancang," katanya. MOHON RAKYAT MENGHORMATI INSTITUSI YANG DI-PERTUA Mengakhiri sesi temubual khas, Sulaiman meminta semua rakyat khususnya di Melaka bersama-sama menjaga dan meng-hormati institusi Yang di-Pertua sebagai institusi tertinggi di Me-laka. "Kepada TYT Tun, selamat menyambut hari ulang tahun tahun yang ke- 72. Saya dan keluarga sentiasa doakan agar Tun diberikan keafiatan, kesihatan yang baik serta dilindungi oleh Allah SWT. "Sempena hari jadi Tun, saya mohon pada semua rakyat Melaka, sama-samalah kita menjaga Institusi TYT kerana pada saya ia adalah institusi tertinggi di Melaka. "Pada saya, TYT Tun adalah wakil kepada Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) jadi apa kata-kata dan pandangan Tun merupakan gambaran kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. "Institusi ini harus kita hormat dan kita jaga sebaik yang mungkin," katanya.

Tun Mohd Ali cukup prihatin dengan rakyat - KM

SEBELUM mesyuarat Exco, Sulaiman akan menghadap Mohd Ali bagi mendapatkan pandangan serta menerangkan perancangan pentadbiran kerajaan negeri.

Oleh Rizanizam Abdul Hamid dan Nur Iliyana Zainis Zainal

Page 7: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 7

Page 8: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

WAKTU SOLATWAKTU SOLAT

23 OGOS 202124 OGOS 2021

25 OGOS 2021

26 OGOS 2021

27 OGOS 202128 OGOS 2021

29 OGOS 2021

SUBUH

5.45 am

5.45 am

5.45 am

5.45 am

5.45 am5.45 am

5.44 am

SYURUK

6.54 am

6.54 am

6.54 am

6.54 am

6.54 am6.54 am

6.54 am

ZOHOR

12.58 pm

12.58 pm

12.58 pm

12.58 pm

12.57 pm12.57 pm

12.57 pm

ASAR

4.16 pm

4.16 pm

4.16 pm

4.16 pm

4.16 pm4.16 pm

4.16 pm

MAGHRIB

6.58 pm

6.58 pm

6.58 pm

6.58 pm

6.58 pm6.58 pm

6.57 pm

ISYAK

8.08 pm

8.08 pm

8.08 pm

8.08 pm

8.08 pm8.08 pm

8.08 pm

Melaka Hari Iniwww.melakahariini.myYouTube

23 Ogos 2021 - 29 Ogos 2021 ( 14 Muharam 1443H - 20 Muharam 1443H)

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya, solat seseorang lelaki secara berjemaah lebih utama daripada solatnya seorang diri dengan dua puluh lima bahagian.

Nama:  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Tarikh Lahir: 18 Januari 1960 Tempat Lahir: Temerloh, Pahang Isteri : Datin Seri Muhaini Zainal Abidin  Anak : Nina Sabrina, Gadaffi, Nashriq, Iqbal  PENDIDIKAN : Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980) Tingkatan enam di Jaya Akademik Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976) Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973) Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967) KERJAYA/PERKHIDMATAN 1985 : Peguam 1995-1999 : Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan 2008-2009 : Menteri Belia dan Sukan 9 April 2009-2013 : Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 2013-2015 : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2015-2018 : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 12 Mac 2020 : Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan) 7 Julai 2021 : Timbalan Perdana Menteri Malaysia 21 Ogos 2021 : Perdana Menteri Malaysia POLITIK 1987 : Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Temerloh 1988 : Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh 1993 : Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Temerloh 2001 : Timbalan Ketua Bahagian Temerloh 2004 : Ketua UMNO Bahagian Temerloh  & Ahli Parlimen Bera, Pahang 2018 : Naib Presiden UMNO PARLIMEN Ahli Parlimen Bera ANUGERAH Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2004) Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2005) Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2008) Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2020) Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2020)

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021

SEMASA8

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sel-esai mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Men-teri ke-9 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 21 Ogos lepas. Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara. Perkenan terhadap pelantikan itu diberikan Al-Sul-tan Abdullah yang selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan. Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera diumum sebagai Perdana Menteri Kesembilan selepas menerima pencalonan 114 Ahli Dewan Rakyat, sekali gus mendapat jumlah majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan Istana Negara pada 20 Ogos lalu. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO dilantik bagi

menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 16 Ogos lepas kerana hilang sokongan ma-joriti Untuk rekod, Ismail Sabri, 61 yang juga Pemegang Ija-zah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari Universiti Malaya bukan lagi nama asing dalam era politik negara. Selain dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai lalu dan Menteri Kanan Pertahanan sebelum ini, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan men-teri di beberapa kementerian di bawah kerajaan Barisan Nasional. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2008 di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Setahun kemudian beliau ditukarkan sebagai Men-teri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepeng-gunaan di bawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak. Pada 2013, beliau memegang portfolio Menteri Per-tanian dan Industri Asas Tani sebelum dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 2015.

Ismail Sabri Perdana Menteri ke-9

Fazrul Abdul Majid

AYER KEROH - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merakamkan ucapan tahniah atas pel-antikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaa-kob sebagai Perdana Menteri ke-9. Sulaiman berkata, beliau ber-sama kepimpinan kerajaan negeri yakin pelantikan Ismail Sabri mem-beri inspirasi dan harapan kepada se-luruh rakyat di negara ini. Jelasnya, kerajaan negeri sentiasa menyokong dan merestui kepimpinan Ahli Parlimen Bera itu. “Pelantikan itu turut memberi sinar kekuatan baharu kepada seluruh rakyat untuk kita sama-sama mengha-rungi, apa jua rintangan, dalam meng-hadapi cabaran besar khususnya berkaitan pengurusan kesihatan, eko-nomi dan kestabilan negara. “Setinggi-tinggi tahniah dan sya-bas kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri

bin Yaakob di atas pel-antikan sebagai Perdana Menteri Malaysia kesem-bilan,” katanya. Beliau berkata demikian dalam laman Facebook rasminya pada 20 Ogos lepas. Sulaiman berkata, beliau turut mengharap-kan pentadbirannya terus komited dalam mengukuhkan pemuafa-katan dan menjalin ker-jasama lebih erat dengan kepimpinan Ismail Sabri di peringkat Persekutuan. Jelasnya, demi membina sebuah negara yang makmur, beliau turut mengharapkan pelantikan itu mampu memulihkan ekonomi serta mengu-kuhkan kesejahteraan rakyat sama ada di seluruh negara termasuk Melaka dan seantero dunia.

“Saya memanjat-kan kesyukuran dan ber-doa supaya pentadbiran Perdana Menteri akan terus berjalan lancar, teguh pada landasan yang benar, terutama dalam mendepani pan-demik COVID-19.

“Selain merapat-kan kembali saf muafa-kat setiap parti politik, untuk turut sama ber-ganding erat, bukan se-takat bergandingan

memulihkan ekonomi, malah dalam memacu kegemilangan serta menjun-jung maruah Malaysia di persada antarabangsa. “Lakukan yang terbaik demi Ma-laysia. Saya dan seluruh kepimpinan Negeri Melaka sememangnya percaya, YAB Dato’ Sri mampu menyudahi-nya,” katanya.

Beri sinar baharu buat rakyat - SulaimanFarah Suhaidah Othman

SULAIMAN

Biodata Perdana Menteri Malaysia ke-9

ISMAIL Sabri ketika dalam Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-9 di Istana Negara, pada 21 Ogos lepas.

Page 9: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 9

Page 10: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 202110

Page 11: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 11

Page 12: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

SEPERTI sedia maklum, Tan Sri Mahiaddin Yasin telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Men-teri berkuatkuasa 16 Ogos 2021. Begitu juga keseluruhan anggota kabinet yang berkhidmat di bawah pentadbiran beliau. Bagi pihak organisasi Mat dan semua, kami mengucapkan setinggi penghargaan dari terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan. Biar pun era Tan Sri Mahiaddin telah menjadi sejarah, ianya pasti dikenang jutaan rakyat Malaysia. ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Sebagai insan yang telah mengharungi ‘onak dan duri’ politik, tentunya Tan Sri Mahiaddin lebih mak-lum dengan situasi yang menimpa diri beliau. Kabinet beliau berhadapan cabaran yang cukup bergelora seawal pem-bentukannya. Situasi politik yang turun naik, masalah covid serta penguncupan ekonomi sedia menanti ketika itu. Senario semasa juga tidak berpihak kepada beliau. Keadaan yang nampak cantik pada awalnya, tiba-tiba merudum. Situasi seolah-olah tidak dapat dikawal lagi. Tak perlulah Mat mengulas kenapa dan mengapa terjadi demikian. Sebagai manusia biasa, Tan Sri Mahiaddin punya kelebihan serta kekur-angan. Ia lumrah bagi seorang pemimpin. Mereka sedar diri mereka sentiasa terbuka dengan pujian dan kritikan awam. Apa pun, nama beliau sebagai pemimpin negara telah terpahat di dalam sejarah negara. Terima kasih Tan Sri atas segala khidmat bakti kepada Malaysia dan Melaka amnya! Dak Mat : Harap ‘suhu’ politik di Melaka tenang.

KITA telah memasuki bulan Ogos. Inilah bulan kita menyuburkan semangat patriotik dengan kempen perayaan bulan kemerdekaan. Jika dahulu, kebanyakan tempat di dalam negara akan dibanjiri dengan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan ne-gara. Namun kini senarionya amat berbeza. Tiada lagi ratusan kibaran Jalur Gemi-lang membanjiri premis-premis kerajaan dan swasta. Tiada lagi kemeriahan se-kolah-sekolah menyambut perayaan bulan kemerdekaan sehingga bulan September nanti. Semuanya gara-gara pandemik COVID-19. Seantero dunia merasakan ke-sannya. Kegiatan dan pergerakan kita semua sangat terhad. Malaysia pula masih lagi berada di tahap kawalan yang ketat untuk keluar dari pandemik ini. Namun itu semua bukan alasan untuk kita mengabaikan hari ulangtahun yang amat bersejarah ini. Tanggal 31 Ogos dan 16 September perlu diingati sebagai hari paling bersejarah bagi Malaysia. Biarpun tanpa acara sambutan besar-besaran, semangat patriotik perlu disuburkan. Kibaran bendera Malaysia ‘Jalur Gemilang’ amat perlu bagi menggambarkan betapa kita mencin-tai negara Malaysia yang bertuah ini. Mat juga menyokong penuh program bulan kemerdekaan yang digerakkan oleh Jabatan Penerangan (JAPEN) Melaka. Tentunya kemeriahan tetap dirasai wa-laupun sambutan dibuat dengan norma baharu. Mat menyeru semua warga Melaka yang dicintai, marilah kita semua bangkit dan menyokong program Jabatan Penerangan Melaka. Ayuh! Kita rayakan bulan kemerdekaan ini tanpa mengabaikan SOP. Dak Mat : Pakai tracksuit ketika riadah.

MAT mengikuti perkembangan di Afghanistan melalui siaran berita dan media sosial. Amat tersentuh hati melihat rakyat Afghanistan menyerbu lapangan terbang Kabul dengan harapan dapat keluar dari negara mereka. Mat cukup sedih menonton klip video rakyat Afghanistan yang cuba berpaut di pesawat C-17 Tentera Udara Amerika Syarikat. Ini dilakukan ketika pesawat tersebut sedang bergerak untuk terbang meninggalkan Kabul. Tersebar juga klip video mendakwa penumpang yang berpaut di luar kapalterbang terjatuh semasa di udara. Video tersebut turut mendakwa mayat telah dijumpai di atas bumbung rumah sekitar Kabul. Soalnya, di mana kawalan keselamatan di lapangan terbang Kabul? Mat faham jika keadaan negara tersebut dalam situasi huru-hara. Namun aspek keselamatan jangan diabaikan sama sekali! Juruterbang yang membawa pesawat tersebut juga amat tidak ‘berhati perut’. Beliau telah memadamkan sifat kemanusiaan yang ada dalam dirinya secara ‘total’. Bagaimana beliau boleh terfikir untuk berlepas sedangkan ra-tusan manusia masih berpaut di keliling pesawat tersebut. Ini bukan filem 'Mission Impossible' Hollywood! Ini realiti dan harapan sejumlah manusia yang berusaha dan berharap. Juruterbang sepatutnya

menghentikan pesawat dan menyerahkan situasi kepada kru keselamatan darat untuk bertindak.

Jika insiden ini benar, juruterbang dan kru tersebut perlu dikenakan tindakan. Ini perbuatan jenayah. Suruhanjaya Hak Asasi Manu-sia Antarabangsa perlu bersuara!

Dak Mat : Rasanya Tom Cruise pun ngeri tengok insiden ini.

DAK MAT

Bulan kemerdekaan yang hambar?

Ini bukan filem 'Mission Impossible'

Terima kasih Tan Sri Mahiaddin

Faiz Hasan AYER MOLEK – Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) akan dijadikan hospital bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga. Exco Kesihatan Datuk Rahmad Mari-man berkata, pihaknya akan mengg-unakan ruang yang tersedia untuk dijadikan hospital tambahan biarpun sebelum ini lokasi terbabit hanya menem-patkan pesakit bergejala rendah kategori satu dan dua sahaja. Jelasnya, langkah itu bertujuan men-gurangkan kebergantungan fasiliti kesiha-tan di Hospital Melaka yang dipenuhi pesakit COVID-19 bagi rawatan pemuli-han. "Di Hospital Melaka, setakat ini se-

banyak 613 daripada 782 katil digunakan pesakit COVID-19 sehingga terpaksa menggunakan segenap ruang yang ada se-perti auditorium dan petak parkir untuk ruang pesakit COVID-19. "Malah, beberapa kawasan juga telah dijadikan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang sebelum ini hanya 22 katil namun meningkat kepada 124 katil. "Inilah cabaran yang kita hadapi seh-inggakan kita mengalami kekurangan staf kesihatan berikutan ditempatkan di pel-bagai lokasi di Melaka. "Setakat ini, bagi PKRC MITC seban-yak 56 peratus pesakit ditempatkan den-gan 929 daripada 1,643 katil disediakan di kawasan itu," katanya. Beliau berkata demikian dalam segmen 'Apa Kabau YB?' yang disiarkan secara langsung di Facebook MELAKAFm pada 19 Ogos lepas.

Dalam pada itu, Rahmad berkata, pelbagai pendekatan diambil kerajaan ne-geri bagi mengurangkan kebergantungan di Hospital Melaka dengan memindahkan pesakit zon hijau ke Klinik Kesihatan Peringgit. "Malah Hospital Jasin dan Alor Gajah dan juga hospital swasta terlibat se-bahagiannya akan merawat pesakit COVID-19. "Dari pendekatan itu juga kita ter-paksa menggunakan Hospital Kem Teren-dak bagi merawat kes pesakit bukan COVID-19 yang dipindahkan dari Hospi-tal Melaka," katanya.

Rawat pesakit kategori tiga

PKRC MITC hospital tambahan

AYER KEROH – Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 17 Ogos lepas, atas pertuduhan membuat hantaran jelik berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di laman Twitter masing-masing, akhir bulan lalu. Tertuduh, Ahmad Zaki Yamani Zai-non, 45, Muhamad Ali Aswad Asngadu, 28, Mohd Hermy Rahim, 34, dan Mohd Hafizuddin Rahmad, 36, membuat pen-gakuan itu selepas pertuduhan dibaca-kan secara berasingan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin. Mengikut pertuduhan, mereka masing-masing bekerja sebagai jurujual, jurutera, ahli perniagaan dan penyelia

itu didakwa menggunakan aplikasi in-ternet melalui laman profil Twitter se-cara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik terhadap Mohd Ali. Mereka didakwa secara sedar mela-kukan perbuatan itu antara 28 hingga 29 Julai lalu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. Komen jelik itu kemudiannya dibaca oleh pengadu pada jam 1.07 pagi sehari kemudian di Ujong Pasir, Kampung Atap. Berikutan itu, semua tertuduh di-dakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 223 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen

223(3) akta sama. Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap kesalahan itu dite-ruskan selepas pensabitan. Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N Sivasangari yang menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh. Mahkamah kemudian membenar-kan tertuduh diikat jamin RM5,000 se-tiap seorang dan menetapkan sebutan semula kes pada 22 September depan. Tertuduh Ahmad Zaki diwakili pe-guam Saiful Ambar Abdullah manakala tiga lagi diwakili P Purshotaman.

Buat hantaran jelik terhadap TYT ‘Influencer’ dan tiga lelaki mengaku tidak bersalah

Farah Suhaidah Othman AYER KEROH – Operasi kilang akan diarah tutup sehingga 14 hari sekiranya terdapat lima peratus daripada jumlah pekerjanya dikesan positif COVID-19. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Melaka, Datuk Salhah Salleh berkata, arahan itu diputuskan menerusi Ja-watankuasa Khas COVID-19 negeri yang bersidang 18 Ogos lalu. Jelasnya, dalam mesyuarat itu kerajaan negeri menerusi Ja-batan Kesihatan Negeri (JKN) menguatkuasakan arahan berkuat kuasa serta-merta sehingga tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 ditarik balik. “JKN mengarahkan penutupan kilang selama 10 hingga 14 hari sekiranya terdapat lima peratus pekerja kilang positif. “Semua pekerja kilang yang berkenaan dikehendaki memakai gelang pink dan menjalani kuarantin di rumah masing-masing dalam tempoh ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan dike-luarkan bertarikh 18 Ogos lepas. Mengulas lanjut, beliau berkata ujian calitan akan dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah hanya kepada pekerja yang berge-jala bagi tujuan mengekang penularan dalam kalangan pekerja dan

masyarakat. “Sehubungan itu pelbagai agensi termasuk Majlis Keselama-tan Negara (MKN); JKN; Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri; Ja-batan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) negeri; Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri dan Invest Melaka mengambil tindakan susulan dalam kadar segera. “Turut mengambil maklum keputusan itu adalah pihak ber-kuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ); Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). “Tindakan susulan bagi memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dipatuhi sepenuhnya selain memasti-kan pemantauan dan penguatkuasaan dibuat secara berterusan,” katanya.

Kilang diarah tutup jika lima peratus pekerja disahkan positif

RAHMAD ketika bersiaran langsung di Facebook MELAKAFm secara maya pada 19 Ogos lepas.

Tindakan susulan bagi memastikan semua SOP

ditetapkan dipatuhi sepenuhnya“ “

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021

SEMASA12

Page 13: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 13

Page 14: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

Norizan Abdul Muhid RIM - Keindahan masjid lama dalam kawasan Dewan Undan-gan Negeri (DUN) Rim akan dipopularkan sebagai salah satu pro-duk pelancongan di Melaka. Seiring dengan hasrat kerajaan negeri, ia sekali gus mem-perkenalkan sektor pelancongan ke-14 berkonsepkan agama yang bertujuan menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini pada masa depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Wira Ghazale Muhamad berkata, antara masjid lama yang dikenal pasti seperti Masjid Lama Kampong Ayer Barok yang memiliki usia binaan 104 tahun manakala Masjid Kampung Chinchin yang dianggar berusia 120 tahun. Menurutnya, usaha mengetengahkan seni bina ukiran mas-jid-masjid lama itu bersesuaian dengan kedudukan Melaka satu ketika dahulu yang terkenal sebagai Pusat Perkembangan Islam.

"Ada pelancong dari luar negeri ini seperti Singapura, datang ke Jasin semata-mata untuk melihat sendiri Masjid Lama Kampong Ayer Barok yang masih teguh berdiri den-gan struktur asal hingga ke hari ini. "Binaan lama pada masjid ini juga unik malah sera-mik yang terdapat pada juga tidak lagi ditemui atau dijual hari ini. "Perkembangan ini amat baik untuk industri pelan-congan negeri dan secara tidak langsung mampu diguna-kan untuk menggamit pelancong datang ke Melaka," katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI). Sehubungan itu beliau menawarkan kepada mana-mana agensi kerajaan berkaitan atau institusi akademik yang berminat menjalankan kajian mengenai sejarah masjid lama dalam DUN Rim untuk dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan agama. "Masjid lama yang terdapat dalam DUN Rim juga tidak kurang istimewanya selain masjid lama yang sedia popular seperti Masjid Kampung Hulu, Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Kling. "Saya yakin masjid lama DUN Rim berpotensi seba-gai destinasi tarikan pelancong yang berkunjung ke Me-laka berdasarkan faktor ukiran dan seni bina masjid lama," katanya. Selain itu kata Ghazale, pihaknya berhasrat menjadikan DUN Rim sebagai pusat gerbang ilmu dalam usaha meningkat-kan tumpuan pembangunan yang lebih pesat dibangunkan di daerah itu pada masa depan. Pada masa yang sama menurut beliau, Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Jasin bernilai RM28 juta kini sudah memasuki fasa pengambilan tanah. Ia sekali gus mengatasi masalah banjir di kawasan rendah dalam daerah itu seperti Chohong, Chabau dan Pondok Kempas. "RTB Jasin ini penting untuk memastikan tanah pertanian yang ada dalam kawasan DUN Rim bermula dari kawasan Cho-hong sehingga Asahan, Selandar mengikut rangkaian tali air. "Ia apabila siap nanti akan membantu merancakkan kegi-atan pertanian dalam DUN Rim dan kawasan sekitarnya," ujar-

nya. Usaha itu, katanya, meleraikan keresahan golongan petani di kawasan terbabit setiap kali musim hujan yang menyebabkan banjir sehingga merosakan hasil tanaman mereka pada setiap tahun. Sementara itu, beliau berharap operasi Taman Ekstrem Tasik Chinchin dapat diteruskan setelah terpaksa ditutup kepada kunjungan awam sejak lebih setahun lalu. Katanya, pengendali taman itu terpaksa menghentikan op-erasi disebabkan tidak mampu menampung perbelanjaan kos harian selain turut terkesan akibat impak pandemik COVID-19. "Tanah taman itu dimiliki Perbadanan Ketua Menteri (CMI), jadi kita harap agensi yang berkaitan dapat mencari operator lain bagi mengendalikan Taman Ekstrem Tasik Chinchin meman-dangkan tempat ini berpotensi sebagai destinasi pelancongan dalam DUN Rim," katanya..

"MASJID Lama Kampong Ayer Barok adalah kebanggaan penduduk kampung, keindahan dan keunikan seni bina masjid ini telah menjadi tarikan pelawat luar termasuk dari luar negara," demikian kata Timbalan Pengerusi masjid tersebut, Roslan Mohd Din. Menurutnya yang lebih dikenali Tok Lan, 70, masjid yang kini sudah menjangkau usia pembinaan lebih satu abad itu dibina sekitar tahun 1917. Jelasnya, tapak asal masjid kep-unyaan seorang pengembara dari Minangkabau, Sumatera dikenali Datuk Senara yang kemudiannya membuka tanah yang pada hari ini dikenali sebagai Pekan Jasin. "Jika benarlah masjid lama ini akan dipopularkan sebagai produk pelancongan agama, kami amat ber-bangga sekali, ini sekali gus menai-kan imej kampung dan penduduk Ayer Barok," katanya. Menurut Roslan, sejak zaman kanak-kanak lagi, dia bersama bebe-rapa rakannya turut menganggotai jawatankuasa pentadbiran masjid itu, gemar menghabiskan sebaha-gian besar masanya di masjid terse-

but dengan pelbagai aktiviti masya-rakat. Ujarnya, kebanyakan pengun-jung luar tertarik dengan keunikan bumbung masjid itu yang berlapis tiga, disusun dengan genting jenis 'marseille', manakala puncaknya di-hias dengan seni ukir daripada batu. "Ada pelawat yang turut men-gagumi pembinaan empat tiang seri masjid yang memaparkan susunan batu bata, dihias dengan jubin corak bunga timbul. "Satu ketika dahulu, ketika mas-jid ini ditutup sementara, ada in-dividu tidak bertanggungjawab

mencuri jubin dan ketika ingin di-baiki, kontraktor sukar mendapat jubin baharu untuk menggantikan-nya, terpaksa menempah khas dari Langkawi, Kedah," katanya. Sementara itu, menurut Anuar Abdul Ghani, 66, selain keunikan reka bentuk masjid yang menjadi tarikan, lantai marmar masjid Ayer Lama Kampong Ayer Barok adalah dari buatan Itali yang juga asalnya dari lantai Istana Sultan Deli, Su-matera. "Cerita asal usul seperti ini men-dapat tumpuan dan minat pelancong yang datang dan melihat sendiri keunikan masjid ini. Bagi memudahkan pelawat mengetahui cerita sejarah masjid ini, sebuah tugu maklumat dibina oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada tahun 2002 berdekatan pintu masuk masjid," katanya. Katanya, struktur masjid itu tetap utuh sehingga hari ini namun terdapat beberapa bahagian pada bumbung masjid yang sudah bebe-rapa kali mengalami kebocoran wa-laupun sudah ditampal beberapa kali sebelum ini sehingga menyebabkan air hujan memenuhi ruang solat

masjid. Bagi Afandi Yahya, 55, dia sudah lebih lima tahun bekerja membersihkan Masjid Lama Kam-pong Ayer Barok dan berbangga ke-rana diberi peluang berbakti untuk masjid lama di situ. "Masjid ini seperti sudah men-jadi rumah kedua saya kerana ham-pir setiap hari saya akan datang ke

sini untuk membersihkan perseki-tarannya," katanya. Katanya, masjid berkenaan amat sesuai dan bertepatan untuk dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan agama di Melaka me-mandangkan keunikannya terserlah bukan sahaja dalam kalangan ra-kyat negeri ini malah memang dike-nali pelancong dari luar negara juga.

'Masjid Lama Kampong Ayer Barok kebanggan kami'

Masjid lama tarikan baharu DUN Rim

MASJID Lama Air Barok yang yang berusia 104 tahun merupakan antara tarikan masjid lama dalam DUN Rim berdasarkan keunikan binaannya.

Nama: Datuk Wira Ghazale Muhamad Tarikh Lahir: 29 Ogos 1956 Isteri: Datin Wira Robiah Edriss Anak: 1) Rozalinda 2) Nabila Natasha 3) Rozalizda Pendidikan : - Sekolah Kebangsaan Jasin - Sekolah Menengah Iskandar Shah - Sekolah Menengah Munshi Abdullah - Diploma Kesihatan, Institut kesihatan Umum Kuala Lumpur Pengalaman NGO : Ahli Lembaga Pengarah FAMA : Penasihat Masjid/Surau DUN Rim : Timbalan Pengerusi Yayasan Jasin (2008-kini) Pengalaman Kerja : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam (2008-2013) : Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna Melaka (2011-2013) : ADUN Rim (2013-2018) : Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau Melaka (2013-2018) : ADUN Rim (2018-kini) : Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka (2020-kini)

ANUAR

BIODATA PENYELARAS DUN RIM

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 202114

Page 15: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 15

Page 16: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

Sempena Bulan Kebangsaan

JaPen rangka 45 program Liana Sahabudin AYER KEROH - Jabatan Peneran-gan (JaPen) Melaka merangka 45 program Info On Wheels (IOW) Merdeka sepanjang bulan Ogos seh-ingga 16 September ini sempena Bulan Kebangsaan. Pengarah Penerangan Melaka Mohd Rizal Hashim berkata, IOW Merdeka akan menjelajah seluruh negeri dengan mengedarkan seban-yak 2,500 Jalur Gemilang secara percuma. "Jumlah edaran bendera ini hanya galakan kepada orang ramai untuk mengibarkannya, sudah tentu ia tidak dapat memenuhi keperluan.

"Namun kita harap melalui usaha ini, lebih ramai orang Melaka dapat mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, premis dan kenderaan masing-masing," katanya. Beliau berkata demikian kepada MHI sempena Sambutan Hari Ke-bangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Pejabat JaPen Menara Persekutuan baru-baru ini. Jelasnya, JaPen Melaka turut memberi tumpuan mengadakan IOW Merdeka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). "Kita turut menyantuni petu-gas-petugas barisan hadapan di lo-kasi Sekatan Jalan Raya (SJR) selain pemasangan Jalur Gemilang di ka-

wasan itu. "Pada masa sama kita turut memberi semangat kepada pejuang-pejuang terdahulu dengan menden-dangkan lagu-lagu seperti 'Perwiraku' dan lagu patriotik yang lain," katanya. Katanya JaPen Melaka akan terus membuat rondaan di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai bagi menyampaikan mesej kenegaraan tentang merdeka. "Moga dengan kehadiran IOW Merdeka ini sedikit sebanyak meng-hidupkan suasana dan menye-darkan orang ramai bahawa kita telah berada dalam Bulan Kebang-saan," katanya.

JaPen Melaka menyarankan orang ramai supaya menceriakan kedia-man mereka dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan Ogos ini. Mohd Rizal Hashim berkata bi-arpun dalam norma baharu sambu-tan bulan kebangsaan perlu diterapkan dalam setiap keluarga. "Dalam keadaan sekarang, kita boleh menjadikan aktiviti menceria-kan kediaman masing-masing den-gan kibaran Jalur Gemilang bersama keluarga, satu rumah satu bendera pun sudah membanggakan. "Aktiviti yang dibuat bersama keluarga ini boleh menghasilkan kreativiti dan inovasi contohnya menggunakan bahan-bahan terpa-kai untuk menceriakan rumah den-gan tema kemerdekaan. "Sudah tentu aktiviti ini tidak memerlukan perhimpunan atau majlis rasmi, ianya adalah aktiviti bersama keluarga. "Selain dari kediaman, kita juga boleh meraikannya di akaun sosial masing-masing dengan mengg-unapakai visual bercirikan kemerde-kaan," katanya. Jelasnya, orang ramai boleh mendapatkan sumber seperti info-grafik, video dan info kemerdekaan melalui media sosial rasmi agensi kerajaan terutamanya di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). "Meriahkanlah sambutan bulan kebangsaan ini dengan me-nyertai pelbagai pertandingan yang kini dilaksanakan secara digital. "JaPen telah menyediakan por-

tal khusus bagi sambutan Hari Ke-bangsaan dan Hari Malaysia 2021, ianya boleh dilayari di www.mymer-deka360.my. "Maklumat pertandingan, acara serta bahan bagi tujuan pro-mosi dan publisiti boleh diperolehi dengan mudah melalui portal itu," katanya. Ujarnya, orang Melaka diharap dapat menyerlahkan bakat dan se-mangat cintakan negara dengan me-nyahut cabaran menyertai pertandingan yang dilaksanakan se-cara atas talian. "Antara pertandingan diadakan seperti Sayembara Sajak Merdeka, pertandingan Fotografi Klik@Mer-deka, pertandingan Video Tiktok Ilham Merdeka 2021, Bintang Pa-triotik Smule. "Selain pertandingan mewarna Mydoodle@Merdeka, pertandingan Pidato Kenegaraan Peringkat Akhir dan lain-lain lagi," katanya.

JaPen Melaka turut mengagihkan Jalur Gemilang kepada rider Ninja Van.

JAPEN Melaka mengedarkan 2,500 Jalur Gemilang secara percuma dalam menyemarakkan Bulan Kebangsaan. FOTO sumber JaPen Melaka

'Satu rumah, satu Jalur Gemilang'

MOHD Rizal

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021

KOMUNITI16

Page 17: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 17

Page 18: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

AYER KEROH - Kumpulan Me-laka Berhad (KMB) menyasarkan pe-masangan panel solar pada 15 bangunan bersesuaian dan strategik di Melaka bagi menggerakkan peng-gunaan tenaga solar secara menyelu-ruh. Ketua Pegawai Eksekutif Kum-pulan Melaka Berhad (KMB) Mohd Salleh Jusman berkata, inisiatif itu telah dilaksanakan dengan pemasan-gan panel solar tersebut bermula di Pusat Boling Antarabangsa Melaka

(MIBC). "Sebagai salah satu pusat boling terbesar di Melaka, MIBC mengg-unakan tenaga elektrik yang tinggi untuk sistem penghawa dingin se-waktu operasi. "Pihak MIBC menyahut saranan dan hasrat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali untuk rakyat negeri Melaka melestarikan alam melalui penggunaan dan amalan te-knologi hijau. "Justeru, KMB mencari kaedah untuk mengurangkan kos penyelen-garaan dan pengurusan bangunan

melalui pengurangan bil elektrik bu-lanan. "KMB dan United Solar Energy Malaysia (USEM) cadangkan pema-sangan solar panel di atas bumbung bangunan MIBC yang mampu men-jana 400 kilowatt peak (kWp) tenaga elektrik pada setiap hari yang cerah," katanya kepada MHI. Jelasnya, pemasangan solar panel itu akan menjana tenaga pada waktu siang dan digunapakai terus, lebihan tenaga akan dieksport ke grid sebagai 'energy credit'. "Pada waktu malam bila tiada

tenaga solar, maka tenaga diambil dari grid seperti biasa. Energy credit akan digunapakai untuk mengim-bangi kegunaan malam. "Energy credit yang tidak dig-unapakai akan disimpan untuk kegu-naan masa hadapan, setiap hujung bulan MIBC menikmati penjimatan bil terus dari penukaran tenaga grid kepada solar (anggaran pengurangan kos sebanyak 20 hingga 30 peratus)," katanya. Melalui pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) di bumbung MIBC di bawah Skim Net Energy

Metering NOVA (NEM NOVA) oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ten-aga Lestari (SEDA), MIBC kini menggunakan sumber tenaga lebih hijau lestari di samping menikmati penjimatan bil elektrik. Ujarnya, hasil pemasangan sis-tem solar berkapasiti 400kWp itu dapat mengurangkan impak karbon bersamaan 3,400 tan karbon diok-sida (CO²). Untuk rekod MIBC adalah pusat bowling rekreasi yang bertaraf anta-rabangsa khususnya di Melaka dan Malaysia amnya.

Liana Sahabudin

Sasar pasang solar panel di 15 bangunan di Melaka - KMB

BUKIT PALAH 19 Ogos - Ja-batan Agama Islam Melaka (JAIM) menganjurkan Say-embara Pantun berunsur Islam sempena sambutan Hari Ke-merdekaan tahun ini. Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pertandingan anjuran dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Ja-batan Pendidikan Negeri Me-laka dan Dunia Melayu Dunia

Islam (DMDI) itu diadakan se-cara dalam talian. Katanya, dengan tema be-runsur kemerdekaan, tamadun Islam dan peradaban dunia, penyertaan bagi pertandingan itu akan mula dibuka bermula 20 sehingga 27 Ogos. "Peserta dikehendaki me-rakam video melafaz pantun empat kerat sebanyak empat rangkap dalam tempoh masa tidak lebih lima minit. "Setiap peserta hendaklah mendaftar penyertaan dan

menghantar teks pantun ber-serta video kepada urusetia menerusi Google Form pada pautan yang disediakan di Facebook JAIM atau mengim-bas kod QR pada poster," kata-nya dalam satu kenyataan. Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori pelajar sekolah menengah, in-stitusi pendidikan dan terbuka. Tambahnya, selepas tarikh tutup, seramai 15 peserta terpilih akan dihubungi uruse-

tia dan video mereka akan di-muat naik di ruangan komen Facebook JAIM. Katanya lagi, empat pe-serta yang mendapat jumlah tanda suka (like), komen dan perkongsian tertinggi layak ke peringkat akhir berbalas pan-tun secara spontan pada 11 September depan yang akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook JAIM. "Untuk acara membaca pantun, johan bagi setiap kate-gori akan membawa pulang

hadiah RM300. "Bagi acara berbalas pan-tun secara spontan pula johan akan menerima RM600 bagi kategori institusi pendidikan dan terbuka, serta RM500 bagi kategori pelajat sekolah me-nengah. "Turut disediakan hadiah bagi sekolah yang mempunyai penyertaan pelajar teramai dan peserta popular yang mempe-roleh tanda suka, komen dan perkongsian terbanyak di Facebook," katanya.

JAIM anjur Sayembara Pantun Berunsur Islam Oleh Mohamad Fazrul Abdul Majid

CHE Sukri

SEBANYAK 1,068 unit Solar panel telah dipasang di atas bumbung MIBC. FOTO sumber KMB

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021

LOKAL18

Page 19: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 19

Page 20: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

Sebak terima 'syurga' baharuLENDU - "Syukur Alhamdulillah, kalau dikenang memang sedih tapi terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang menolong kami, budi baik mereka memang tak dapat dibalas." Itu antara luahan Norisah Tahir, 80 yang terharu selepas menerima rumah baharu di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pembinaan Rumah Baharu Lembaga Perumahan Melaka (LPM) di Kampung Durian Daun, di sini, pada 14 Ogos lepas. Penyerahan kunci rumah terse-but disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali kepada Norisah. Norisah berkata, pada April lepas, dia kehilangan tempat tinggal selepas rumahnya musnah dalam satu insiden kebakaran yang ber-punca daripada kerosakan saliran elektrik. Katanya, rumah asal sebelum ini dibina arwah neneknya yang meny-impan seribu satu kenangan sejarah keluarganya.

"Siang malam selalu terbayang rumah lama sampai tidak boleh le-lapkan mata sebab terlalu banyak ke-nangan dan begitu terkejut kerana tidak pernah alami perkara ini. "Sangat sedih apabila macam-macam cabaran diterima sejak tiga tahun lalu selepas kehilangan anak bongsu diikuti tahun lepas kehilan-gan anak sulung dan tahun ini saya kehilangan rumah saya pula. "Tidak mengapalah, saya terima kerana ini dugaan Allah dan terima kasih kepada Kerajaan Melaka atas bantuan diberikan kerana saya tidak mampu jika membina rumah sen-diri," katanya. Dibina di tapak asal, rumah ba-haru dua bilik itu siap sepenuhnya dengan kos pembinaan berjumlah RM40,000.

BANDA HILIR - Kementerian Per-dagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) se-dang melakukan kajian bagi mene-tapkan harga dan kos kit ujian kendiri COVID-19 yang dijangka selesai akhir bulan ini. Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata ia bagi menentukan sama ada harga serta kos penghasilan kit tersebut boleh dikawal jika dijual. "Pada masa ini kit COVID-19 di pasaran tidak tertakluk di bawah ka-walan harga, ia berdasarkan pada harga disarankan secara umumnya oleh pihak berkuasa perubatan. "Namun ia masih tertakluk ke-pada kos sebenar yang perlu ditang-

gung melibatkan beberapa proses dan pengumpulan maklumat yang tepat di peringkat pengeluar, penjual dan pemborong," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksi-nasi Industri (PPVIN) di bawah sek-tor peruncitan (RiVAC) Dataran Pahlawan, baru-baru ini. Ujarnya, setakat ini KPDNHEP dimaklumkan terdapat lebih 10 syari-kat yang diberikan kebenaran untuk menjual atau mengedar kit COVID-19 tersebut. "Kebanyakkan kit ini dibawa atau diimport dari luar negara, jadi kita sedang kumpul maklumat lebih 10 syarikat berkenaan untuk menge-

tahui struktur kos yang terlibat dalam penghasilan atau penjualan kit-kit ini. "Selepas kita dapat maklumat itu barulah kita boleh tentukan apa-kah harga yang munasabah untuk ditetapkan sekiranya kerajaan mem-buat keputusan untuk mengawal harga ini," katanya. Katanya KPDNHEP tidak boleh sewenangya meletakkan harga kit COVID-19 itu yang boleh menda-

tangkan risiko kepada pengimport. "Mungkin pengimport tidak boleh membawa masuk dan akhirnya membawa kesan kepada keberadaan kit COVID-19 ini untuk kegunaan orang ramai. "Kita akan lengkapkan dan kumpul semua maklumat dan bawa kepada kerajaan untuk mendapatkan nasihat serta keputusan kawalan harga ditetapkan," katanya lagi.

Kajian harga kit COVID-19 selesai hujung bulan ini - KPDNHEP

Polis Melaka terima 48 laporan tawaran kerja tidak wujudMELAKA - Polis Melaka menerima 48 laporan berkaitan penipuan tawa-ran kerja tidak wujud secara dalam tal-ian melibatkan kerugian RM700,000 dalam tempoh 1 Januari hingga 16 Ogos lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka Superinten-dan E Sundra Rajan berkata, penipuan berkenaan melibatkan tawaran kerja dari syarikat jualan dalam talian yang diiklankan menerusi media sosial se-perti Facebook, Instagram, Telegram dan WhatsApp. Beliau berkata suspek penipuan juga menggunakan nama syarikat ter-kenal seperti Lazada dan Shopee bagi mengaburi kegiatan penipuan mereka. "Modus operandi penipuan berkenaan ialah suspek menawarkan

kepada mangsa untuk menjadi ejen jualan, menaikkan ‘rating’ perniagaan dan membantu mempromosikan peni-aga secara dalam talian. "Mangsa akan ditawarkan ko-misen lumayan sebanyak lima hingga lapan peratus bagi setiap tugasan yang dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada 18 Ogos lepas. Sundra Rajan berkata, selain itu, sindiket juga menawarkan kerja seba-gai ejen pembelian yang berperanan membuat pembelian barangan dan mangsa akan diberi komisen sebanyak lapan peratus daripada harga barang yang dibayar. Katanya kebanyakan mangsa mula menyedari diperdaya oleh sindi-ket tawaran kerja tidak wujud apabila wang modal dan komisen yang dijan-

jikan tidak diterima. Sundra Rajan berkata kes terbaru dilaporkan melibatkan seorang ekse-kutif perniagaan yang mengalami ke-rugian sebanyak RM8,000 akibat terpedaya dengan tawaran komisen se-banyak lapan peratus sebagai ejen pembelian barang di Facebook. Beliau berkata wanita berusia 23 tahun yang tinggal di Ayer Keroh di sini telah membuat pembayaran berke-naan sebagai modal pembelian ke akaun yang diberikan suspek memba-bitkan transaksi sebanyak lima kali sejak 10 Ogos lepas. "Menerusi tawaran kerja itu, mangsa berperanan menaikkan ‘rating’ peniaga kecil dengan membuat pem-belian barang syarikat itu untuk men-dapatkan komisen sebanyak lapan

peratus namun sehingga laporan di-buat pada 13 Ogos lepas, mangsa masih belum menerima semula wang modal pembelian dan komisen yang dijanjikan," katanya. Beliau berkata sehubungan itu, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Keroh pada 13 Ogos lepas dan kes disiasat di bawah Sek-syen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Katanya orang ramai diminta sen-tiasa berhati-hati dengan tawaran kerja yang diiklankan di media sosial atau laman sesawang dan semak nombor telefon serta nombor akaun yang dira-gui di laman sesawang http://ccid.rmp. gov.my/semakmule/ sebelum melaku-kan apa-apa transaksi agar tidak men-jadi mangsa penipuan. - BERNAMA

HASNOL

E Sundra

SULAIMAN (dua kanan) menyerahkan replika kunci rumah baharu kepada Norisah (berkerusi roda) sambil disaksikan oleh Pengarah Eksekutif LPM Mohd Salleh Hamidom (kanan) di Kampung Durian Daun, Lendu, pada 14 Ogos lepas.

Faiz Hasan Terima kasih kepada Kerajaan

Melaka atas bantuan diberikan kerana saya

tidak mampu jika membina rumah

sendiri.

“ “

KPDNHEP dimaklumkan terdapat lebih 10 syarikat yang diberikan

kebenaran untuk menjual atau mengedar kit COVID-19 tersebut.

“ “

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021

LOKAL20

Page 21: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 21

Page 22: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

AYER KEROH - Melaka kini membenarkan dua kemuda-han iaitu 'dine-in’ dan operasi pasar pagi berkuatkuasa 21 Ogos lalu. Berita gembira itu diu-mumkan Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka dalam satu kenyataan di Facebook (FB) rasminya. Kemudahanan itu adalah antara sektor yang dibenarkan kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Keputusan itu katanya, dibuat selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas COVID-

19 Negeri Melaka 20 Ogos lalu. "Berdasarkan keputusan itu, dine-in di perniagaan ber-premis dibenarkan dari jam 6 pagi sehingga 10 malam. "Aktiviti dine-in bagai-manapun tidak dibenarkan di kantin atau kafeteria yang be-roperasi di industri kilang," katanya. Manakala bagi operasi pasar pula jelasnya, hanya pasar pagi sahaja dibenarkan selain tambahan 11 sektor ope-rasi juga dibenarkan. "Bagaimanapun, operasi pasar malam dan pasar minggu selain rentas daerah masih tidak dibenarkan di Me-laka," katanya. Sebelum ini, wujud bebe- rapa kekeliruan dalam kalan-

gan rakyat berhubung kebe-naran berkaitan aktiviti

makan di kedai atau dine-in dan operasi pasar di negeri ini.

Perkara itu menjadi teka teki dan perbalahan dalam ka-langan netizen di media sosial

sehingga kenyataan rasmi MKN Melaka diumumkan 21 Ogos lalu.

AYER KEROH - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya membangun dan melaksanakan sistem pe-periksaan akhir semester secara dalam talian yang menepati kriteria di peringkat global. Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, sistem peperiksaan dalam talian itu berjaya direalisasikan seiring dengan situasi semasa pandemik COVID-19. Katanya lagi, inisiatif itu juga seiring dengan slogan UTeM, 'Sentiasa Merintis Sentiasa Menerajui' yang mana turut menyaksikan projek atau sistem dikenali sebagai Pen-gurusan dan Pelaksanaan Peperiksaan Akhir Secara Dalam Talian itu terjamin kualiti dan bersistematik. "Projek ini berobjektif untuk mewujudkan satu proses, kerangka kerja meliputi pengurusan dan pelaksanaan pe-perikaan yang bersistematik mengikuti peraturan-peraturan peperiksaan berintegriti tinggi. "Ia turut menjamin kualiti dan kredibiliti pengurusan dan pelaksanaan peperiksaan secara dalam talian," katanya dalam satu kenyataan. Beliau menambah, projek yang dibangunkan UTeM itu adalah projek pengurusan peperiksaan bersepadu yang menjadikan universiti berkenaan satu-satunya dalam negara yang membangunkan proses, prosedur operasi standard (SOP), kerangka kerja, peraturan dan operasi yang bersiste-matik peringkat global. Sementara itu, Pengarah Pusat Sumber dan Teknologi Pengajaran (PSTP) UTeM, Dr Zulisman Maksom berkata, projek berkenaan membuktikan bahawa peperiksaan secara dalam talian ini boleh dilaksanakan dengan berkesan dan mampu mengawal kualiti peperiksaan itu sendiri. Katanya, dari aspek pelajar pula mereka boleh mendu-duki peperiksaan di mana sahaja berada di bawah pemanta-uan yang berkesan di samping proses penilaian akhir pelajar tidak terganggu. "Oleh kerana analogi perlaksanaan peperiksaan atas ta-lian ini masih sama seperti pelaksanaan secara fizikal, maka penerimaan pelajar dan pensyarah adalah pada kadar sepen-uhnya. "Malah, mereka merasakan peperiksaan atas talian ini memberikan banyak faedah terutama dari segi penjimatan masa, sumber, tenaga serta penggunaan dan penyeleng-garaan ruang dan sebagainya," katanya yang telah memban-gunkan projek berkenaan bersama enam lagi kakitangan akademik dan pentadbiran UTeM.

UTeM bangunkan sistem peperiksaan dalam talian bertaraf global

SERI NEGERI - Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai pendekatan bagi membantu penggiat pelancongan terjejas di Jonker Walk akibat tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Ne-gara (PPN). Exco Pelancongan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, hampir 80 peratus peniaga di Jonker Walk ter-paksa menghentikan pernia-gaan bagi mengurangkan tanggungan perbelanjaan se-perti pembayaran gaji pekerja, bil utiliti dan, logistik. Jelasnya, menerusi Be-lanjawan 2021 Negeri Melaka, kerajaan negeri telah mengu-mumkan insentif baharu buat 2,878 peniaga dan penjaja kecil dengan mengecualikan sewa tapak penjaja bagi tem-poh Mac hingga April 2021 dengan anggaran berjumlah RM2.34 juta. "Selain itu, kita turut memberikan pengecualian bayaran lesen penjaja dan pe-niaga kecil kepada 8,483 pe-niaga di negeri ini dengan peruntukan RM940,000. "Bermula Januari lalu RM590,000 diperuntukkan kerajaan negeri selepas berse-tuju untuk memberikan pen-gurangan 50 peratus bayaran lesen kepada 10,715 penjaja dan peniaga kecil di negeri ini. "Sebagai galakan ber-niaga dan menyemarakkan budaya keusahawanan dalam

kalangan rakyat Melaka, kera-jaan negeri menubuhkan ‘Dana Bantuan Kasih Niaga’ berjumlah RM1 juta untuk di-manfaatkan oleh semua usa-hawan berkelayakan di negeri ini," katanya dalam satu ke-nyataan pada 20 Ogos lepas. Beliau berkata, menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2031 : Sejahtera Bersama, kerajaan negeri turut memberikan Pe-ngecualian 100 peratus baya-ran denda lewat Cukai Tak- siran 2021 kepada 240,457 pembayar cukai. "Selain itu, semua pe-

megang lesen perniagaan se-ramai 4,111 orang turut diberi-kan pengecualian bayaran denda lewat lesen perniagaan dan pembaharuan lesen per-niagaan di bawah pihak ber-kuasa tempatan dengan kos sebanyak RM260,000. "Bagi tempoh Jun hingga Disember 2021, PBT juga bersetuju memberikan pen-gurangan 50 peratus ke atas Caj Lesen Penjaja dan Peniaga Kecil yang boleh dimanfaat-kan kepada 5,919 pemegang lesen. "Secara tidak langsung, penjaja dan peniaga kecil di

kawasan Jonker Walk turut mendapat manfaat ini," kat-anya.

Pelbagai insiatif disediakan bantu penggiat pelancongan

KERAJAAN Melaka memperuntukkan RM590,000 untuk memberikan pengurangan 50 per-atus bayaran lesen kepada 10,715 penjaja dan peniaga kecil di negeri ini bermula Januari 2021. GAMBAR Fail MHI. FOTO MR Azli

Oleh Mohamad Fazrul Abdul Majid

Melaka benar aktiviti dine-in dan pasar pagi

Oleh Faiz Hasan

JAILANI

Oleh Rizanizam Abdul Hamid

KEMUDAHAN 'dine-in' dibenarkan di Melaka berkuatkuasa 21 Ogos lalu.

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021

LOKAL22

Page 23: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

EDISI KHAS 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 / 14 MUHARAM 1442 - 20 MUHARAM 1442

MIMBAR MAIM“Benar-benar sangat beruntung orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman dan sentiasa berzikir menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang.” (Surah Al-A’la, ayat 14-15) “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari harta benda serta jiwa dan hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 155)

DALAM melakukan apa sahaja pe-kerjaan, selain kelayakan dan ke-mahiran ada satu lagi perkara yang perlu diterapkan dalam setiap orang khususnya Muslim iaitu sifat integ-riti. Ketiadaan sifat integriti dan amanah bukan sahaja boleh menca-larkan peribadi bahkan juga akan memburukkkan dan merosakkan prestasi dan nama baik sesebuah or-ganisasi. Integriti merupakan elemen yang perlu diberikan perhatian oleh setiap individu yang berada di bawah sesuatu organisasi dan penghayatan

terhadap elemen ini amat penting ke-rana ia mampu memberikan kese-jahteraan kepada kakitangan sese- buah organisasi. Islam sendiri menekankan soal integriti dalam kehidupan manusia khususnya nilai-nilai integriti terben-tuk melalui sifat amanah, jujur dan kebolehpercayaan dalam memeli-hara kepentingan awam tanpa men-gambil kesempatan untuk kepen- tingan diri. Selain itu, integriti juga boleh di-kaitkan dengan keikhlasan bilamana seseorang individu mempunyai ke-ikhlasan dalam menunaikan ama-nahnya sudah tentu dapat menghindari dirinya daripada mela-kukan perkara-perkara yang tidak

baik yang boleh menjejaskan kualiti perjalanan organisasi. Konsep intergriti ini boleh diungkapkan juga dengan sifat ama-nah dan itqan (bersungguh-sungguh) sebagimana firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya." (Surah al-Mu’minun ayat 8). Sifat amanah dan bersungguh-sungguh dalam berkerja ini turut ber-kait-rapat dengan prestasi serta kecemerlangan tadbir-urus sesebuah organisasi. Apabila nilai-nilai ini diterapkan dalam jiwa individu, sudah tentu sesebuah organisasi itu mampu untuk menghasilkan perkhidmatan yang efisyen dan berkualiti.

Amanah dan tugas yang diberi-kan perlu disempurnakan sebaik mungkin serta perlu menjauhkan diri

daripada apa sahaja perbuatan dan perlakuan yang bercanggah dengan tuntutan agama.

Integriti Tonggak Kecemerlangan Tadbir Urus OrganisasiErwin Abu Hasan [email protected]

Page 24: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021

MAIM24

Erwin Abu Hasan [email protected]

Ketua Unit Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT), Haziq Abdullah Thani bersam Pegawai Zakat Cawangan Melaka Tengah, Nazri Rahim menyampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan kepada asnaf yang terlantar kerana menghidap penyakit barah di Taman Merdeka Jaya.

RAI...Sebahagian 10 pelajar baharu anak Melaka di raikan bersama oleh Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir, TYT Ambassador Zamani Ismail bertempat di Wisma Seri Melaka baru-baru ini. Turut hadir Pegawai Atase Pendidikan Melaka Mesir, Masykuri Khamid.

Santuni tiga orang remaja yang telah kematian ibu kerana menghidap penyakit darah tinggi serta hilang tempat bergantung berikutan bapa mereka telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

SAZ MAIM prihatin asnaf

Page 25: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

'Melakaku Maju Jaya, Rakyat bahagia, Menggamit Dunia'

'Melakaku Maju Jaya, Rakyat bahagia, Menggamit Dunia'

Melaka peroleh RM3.4 bilion pelaburan setakat Mac 2021

Melaka e-Bayar 'penyelamat' di era pandemik

'Kenali Tun Mohd Ali sebagai sahabat'

4

2

10

Page 26: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 20212

Farah Suhaidah Othman MELAKA ICT Holdings (MICTH) dijangka menye-diakan 100 peratus liputan 4G di kawasan berpenduduk menjelang 2022 sebagai usaha memantapkan infras-truktur telekomunikasi dan jaringan gentian optik di ne-geri ini. Ketua Pegawai Ekseku-tifnya Dr Nazdiana Ab Wahab berkata, bagi menca-pai sasaran itu, pihaknya se-dang menambah baik liputan telekomunikasi di kawasan luar bandar dan pedalaman menerusi pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JEN-DELA). Katanya, MICTH juga menyasarkan untuk menye-diakan liputan lebih baik dengan minimum dua syari-kat telekomunikasi di setiap kawasan struktur pemancar. "Menerusi JENDELA, MICTH sedang menaik taraf stesen pemancar 2G/3G

sedia kepada 4G menjelang 2022 dan setakat ini, sasaran kita adalah 20 struktur baru di kawasan pedalaman di-jangka memulakan proses pembinaan pada penghujung tahun ini. "Selain itu, MICTH juga sedang membina struktur telekomunikasi komersil mengikut permintaan syari-kat telekomunikasi. "Setakat ini, sebanyak 33 struktur baru siap dibina dalam tempoh Mac 2020 hingga Julai lalu dan kita sa-sarkan 10 struktur lagi akan dibina menjelang penghu-

jung tahun ini," katanya. Menurut Dr Nazdiana berkata, dalam usaha me-macu kerajaan negeri ke arah pendigitalan, pihaknya turut menaik taraf kapasiti kela-juan selular dengan menye-diakan perkhidmatan gentian optik sebagai 'backhaul' di se-tiap struktur telekomunikasi MICTH. "Buat masa ini, sebanyak 77 tapak telekomunikasi itu dilengkapi dengan fiber optik. "Di samping itu, MICTH turut menjalinkan kerjasama bersama pihak berkuasa tem-patan (PBT) dan agensi kera-jaan negeri lain dalam melaksanakan pembangunan infrastruktur," katanya. Dalam pada itu, Dr Naz-diana berkata, di bawah pen-gurusan baharu, proses pemulihan syarikat telah di-jalankan secara berstruktur untuk memastikan MICTH menjalankan urus tadbir yang cekap dan kompeten. Jelasnya, sehingga kini fasa pemulihan syarikat telah menunjukkan peningkatan positif terutamanya meraih lonjakan keuntungan bersih tertinggi pada tahun lalu ber-banding tahun sebelumnya.

MICTH komited pastikan seluruh Melaka mencapai liputan 4G

MICTH fokus untuk naik taraf stesen pemancar 2G/3G sedia ada kepada 4G menjelang 2022. FOTO ihsan MICTH

Mohamad Fazrul Abdul Majid PEMBANGUNAN platform pem-bayaran secara dalam talian, Melaka e-Bayar menjadi antara pencetus transformasi Melaka ke arah negeri digital. Platform itu dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) Jabatan Ketua Menteri Melaka sejak 2015, dan seh-ingga kini aktif digunakan 112,890 pengguna di Melaka. Ketua Teknologi Maklumat dan

Komunikasi Melaka, Shamsudin Sharif berkata, Melaka e-Bayar di-bangunkan bertujuan memudahkan urusan rakyat Melaka membuat pembayaran bil, cukai, pinjaman, dan zakat melalui hujung jari. Katanya, sehingga kini, plat-form berkenaan telah menyediakan sebanyak 38 perkhidmatan pem-bayaran, melibatkan 17 agensi kera-jaan negeri. "Rentetan daripada Melaka e-Bayar jugalah kita telah mewujudkan aplikasi Melaka Pay yang telah dilan-

carkan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali pada 22 Mac lalu. "Menerusi aplikasi itu, peng-guna boleh membuat pembayaran secara terus menerusi telefon pintar yang mana sebanyak 22 perkhidma-tan daripada 10 agensi kerajaan ne-geri telah disediakan menerusi aplikasi tersebut," katanya kepada Melaka Hari Ini. Mengulas lanjut, beliau berkata, pembangunan kedua-dua platform itu juga disifatkan sebagai 'penyela-

mat' di era pandemik COVID-19 pada masa kini. Jelasnya, ia kerana dengan ad-anya platform itu, pengguna tidak lagi perlu ke kaunter dan terdedah dengan sebarang ancaman virus yang tidak kelihatan. Justeru, pihaknya bercadang untuk memperkasakan lagi promosi platform berkenaan supaya ia dapat dimanfaatkan seluruh rakyat negeri ini. "Antara yang kita lakukan ialah menggiatkan promosi Melaka e-Bayar dan Melaka Pay di media so-sial dan media cetak supaya rakyat Melaka tahu kewujudan platform ini. "Pada masa sama, kita juga akan melakukan promosi dalam bentuk video yang menjelaskan fungsi, perkhidmatan yang disedia-kan dan cara menggunakan kedua-dua platform berkenaan," ujarnya. Pada masa sama, beliau ber-kata, pihaknya juga menggalakkan lebih banyak agensi kerajaan negeri termasuk anak syarikat untuk me-nyertai platform berkenaan bagi me-mudahkan segala urusan pembayaran dilaksanakan secara dalam talian. Menerusi Melaka e-Bayar dan Melaka Pay, antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah seperti pem-

bayaran bil air (Syarikat Air Melaka Berhad & Badan Kawal Selia Air) serta pembayaran cukai tanah, cukai petak dan carian persendirian meli-batkan Pejabat Daerah dan Tanah dan Pejabat Tanah dan Galian. Selain itu pengguna juga boleh membuat pembayaran cukai taksi-ran, caj warisan, kompaun parkir kenderaan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT); zakat fitrah (Zakat Melaka) serta pinjaman pendidikan di bawah Tabung Amanah Pendidi-kan Negeri Melaka (TAPEM). Bagi perkhidmatan Melaka e-Bayar, pengguna boleh melayari https://ebayar.melaka.gov.my/ untuk tujuan pendaftaran, manakala untuk aplikasi Melaka Pay, ia boleh dimuat di Google Play Store dan Apple App Store.

Melaka e-Bayar 'penyelamat' di era pandemik

MELAKA e-Bayar sehingga kini aktif digunakan 112,890 pengguna di Melaka.

Setakat ini, sebanyak 33 struktur baru siap dibina dalam tempoh Mac 2020 hingga Julai lalu

dan kita sasarkan 10 struktur lagi akan dibina menjelang penghujung tahun ini

“ “

DR. NAZDIANA

SHAMSUDIN

Page 27: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 3

Page 28: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 20214

PERBADANAN Kemajuan Tanah Adat Melaka (PER-TAM) kini sedang menumpu-kan fokus perniagaan kepada tiga bidang baharu iaitu peru-batan, pertanian dan penter-nakan berbanding sektor pembangunan hartanah sebe-lum ini. Ketua Pegawai Eksekutif-nya Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, pihaknya tidak mahu hanya terlalu bergantung se-mata-mata kepada sektor har-tanah yang ketika ini turut terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 yang berlanjutan sejak lebih seta-hun lalu. Menurutnya, sudah tiba masanya PERTAM mengorak langkah yang lebih agresif menerokai bidang baharu yang dikenal pasti berpotensi memberi pulangan pelaburan yang menguntungkan kepada agensi itu. "PERTAM mempunyai banyak unit lot kedai di Ban-dar Jasin Bistari, jadi kita ran-cang untuk buka pusat hemodialisis dengan kemuda-han 12 mesin dialisis, masing-masing di Bandar Jasin Bistari dan Bukit Katil melalui anak syarikat baharu yang akan di-tubuhkan nanti," katanya ke-tika ditemui MHI.

Mohd Ridhwan berkata, pihaknya sudah mendapat ke-lulusan Kementerian Kesiha-tan bagi menggerakkan projek tersebut manakala dana ke-wangan projek itu akan dis-alurkan oleh Unit Perancang Ekonomi. "Anak syarikat PERTAM yang akan mengendalikan kedua-dua pusat hemodialisis ini akan diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah nanti. "Ketika ini, pembinaan fasiliti sedang dijalankan di Bandar Jasin Bistari manakala di Bukit Katil, kita rancang di

Rumah Amal Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). "Kita harap melalui inisi-atif PERTAM ini dapat memb-antu golongan yang memer- lukan khidmat kemudahan mesin dialisis yang dilihat agak terhad di Jasin. "Sudah tentu kemudahan mesin dialisis diperlukan di kawasan yang padat pendu-duknya namun apa yang pent-ing, PERTAM ingin pastikan kemudahan ini pada kos baya-ran yang paling minimum bagi mereka yang kurang mampu," katanya. Bagi bidang pertanian

dan penternakan pula, menu-rut Mohd Ridhwan, permin-taan pengguna terhadap kedua-dua sektor itu kian meningkat dalam suasana pandemik. Jelasnya, bagi tujuan itu anak syarikat PERTAM Ser-vices akan diperkasakan bagi memenuhi keperluan sektor terbabit. Ujar beliau, PERTAM Services akan mengusahakan penanaman kelapa pandan dan ladang nanas selain oper-asi ladang kelapa sawit yang sedia ada di Bandar Jasin Bis-tari ketika ini.

"Kita juga akan mem-buka ladang ternakan lembu daging secara feed lot yang berpotensi menjadi peluang perniagaan baharu pada masa depan. "Sekiranya usaha ini be-rhasil, kita akan kembangkan projek yang sama di mana-mana Tanah Adat Melaka (MCL) yang berpotensi untuk dimajukan ternakan lembu daging ini," katanya. Katanya, biarpun PER-TAM baru mengorak langkah terlibat secara aktif dalam bi-dang-bidang tersebut, namun pihaknya positif usaha yang digerakkan akan memberikan hasil yang baik. Sementara itu katanya, perancangan dalam pernia-gaan pembangunan hartanah tetap akan berjalan namun hanya tertumpu kepada pro-jek pembinaan perumahan berskala kecil atau melibatkan pengambilan tanah MCL ber-saiz kecil. "Kita lihat sektor harta-nah dalam suasana pandemik ketika ini kurang memberang-sangkan, ditambah dengan impak peningkatan kos bahan mentah binaan, jadi kita me-rasakan kurang sesuai untuk diadakan projek perumahan besar," katanya. Menurutnya, penjualan projek perumahan pangsapuri

di Bandar Jasin Bistari telah selesai sepenuhnya Jun lalu manakala pembinaan projek di Taman Lesung Batu Emas kini memasuki pembinaan fasa baharu bulan depan. Ujar beliau, projek skala kecil PERTAM tertumpu ke-pada pembinaan rumah banglo tanah MCL di pinggir bandar dengan kos jualan sekitar RM399,000 iaitu di Bukit Bayan Bukit Katil dan Bukit Lintang Ayer Molek. "Sekiranya berjalan lan-car, kita merancang membina enam buah unit banglo lagi di atas tanah MCL di kawasan pinggir Melaka yang dikenal pasti nanti. "Sebelum ini kita ada rancangan membina pangsa-puri mampu milik dalam ban-dar Melaka, perniagaan stesen minyak dan restoran makanan segera namun tergendala ke-rana isu tanah yang perlu di- selesaikan dahulu," katanya.

Norizan Muhid

KEMASUKAN kadar pelaburan di negeri ini dilihat memberangsangkan biarpun ketika negara bergelut den-gan penularan pandemik COVID-19. Ketua Pegawai Eksekutif Per-badanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Azmi Hussain ber-kata, setakat Mac lalu Melaka berjaya memperoleh RM3.4 bilion pelaburan daripada tujuh projek yang dilulus-kan Lembaga Pembangunan Pelabu-ran Malaysia (MIDA). Jelasnya, Melaka catat pening-katan prestasi pelaburan pada suku pertama tahun ini berbanding tem-poh sama tahun lalu dalam sektor pembuatan. "Setakat ini, tujuh projek pe-laburan yang diterima terbabit mem-babitkan penglibatan dari syarikat dari dalam dan luar negara dalam sektor pembuatan seperti elektrik dan elektronik, makanan, biomedik iaitu sarung tangan serta pelbagai lagi. "Berbanding pencapaian tahun lalu, Melaka hanya merekodkan se-

banyak RM1.95 bilion pelaburan dari dalam dan luar negara bagi menja-lankan 41 projek pelaburan di negeri ini. "Lebih menarik, PKNM juga mendapat banyak pertanyaan dari-pada syarikat-syarikat terlibat untuk membuat pelaburan di Melaka biar-pun dalam situasi sukar yang berlaku pada negara sekarang," katanya ke-pada Melaka Hari Ini (MHI). Beliau berkata, sambutan baik yang diterima Melaka sekali gus dili-

hat mampu memberi impak positif kepada sektor ekonomi negeri. "Ini merupakan satu peningka-tan yang baik dan ia sebagai aras pe-tanda terbaik untuk Melaka bagi mencapai sasaran sebenar bagi me-nerima RM5 bilion pelaburan dalam

setahun. "Ia juga akan memberi impak kepada sektor perindustrian di negeri ini kerana dari segi kedudukan sekar-ang Melaka direkodkan berkedudu-kan keempat di Malaysia sebagai negeri yang menerima pelaburan

tertinggi dalam sektor pembuatan. "Malah, Melaka juga pada tahun lalu merekodkan antara lima negeri yang mencatat pertumbuhan dalam pengeluaran eksport dengan peningkatan daripada RM28.8 bilion kepada RM29.3 bilion," katanya.

PERTAM tidak mahu terlalu bergantung semata-mata kepada sektor hartanah yang ketika ini turut terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 sejak lebih setahun lalu. FOTO ihsan PERTAM

PERTAM fokus perniagaan pertanian, ternakan

SETAKAT Mac 2021, Melaka berjaya peroleh pelaburan sebanyak RM3.4 bilion berbanding tempoh sama pada tahun lalu iaitu RM1.95 bilion. GAMBAR fail MHI. FOTO MR Azli

Faiz Hasan

AZMI

Melaka peroleh RM3.4 bilion pelaburan setakat Mac 2021

MOHD Ridhwan

Page 29: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 5

Page 30: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 20216

KIRA-kira 20,000 sampel ujian makmal Reverse Tran-scription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) diterima Makmal Diagnostik COVID-19 Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) sejak pembu-kaannya dua bulan lalu. Ketua Pegawai Ekskutif

perbadanan itu, Tee Mei Ghee berkata, makmal milik PBM itu telah menerima sampel terbabit dari klinik-klinik seki-tar negeri ini bagi menja-lankan analisis terhadap ujian saringan wabak berkenaan. Jelasnya, perkhidmatan makmal pertama yang diwu-judkan di bawah anak syarikat kerajaan negeri itu telah me-

nerima kira-kira 1,000 sampel sehari bagi membantu fasiliti kesihatan Kementerian Kesi-hatan Malaysia (KKM). "Melaka merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai makmal melalui anak syarikatnya (PBM), telah mendapat pengiktirafan KKM bagi menjalankan ujian mak-mal RT-PCR sekali gus mam-

pu menawarkan perkhid- matan buat pelbagai sektor di negeri ini khususnya dalam sektor perindustrian. "Secara tidak langsung, ia turut menyokong aktiviti sar-ingan yang dijalankan oleh fa-siliti kesihatan KKM, sete- rusnya membantu memperce-patkan usaha mengawal jang-kitan wabak COVID-19 dalam

komuniti," katanya kepada MHI. Dalam pada itu, jelas Mei Ghee, pihaknya komited untuk menjalankan perkhid-matan makmal yang disedia-kan bagi mengesan individu yang dijangkiti COVID-19. "Melalui kejayaan ini, kerajaan negeri turut berharap ia bukan sahaja dapat mem-bantu mengurangkan beban sampel di Hospital Melaka, malah merupakan salah satu usaha untuk melandaikan lengkuk jangkitan di negara ini," katanya. Terdahulu MHI melapor-kan, sistem perkhidmatan makmal yang ditawarkan ter-

babit disokong oleh sistem Tracvirus, sekali gus berupaya membantu aktiviti saringan yang dijalankan oleh fasiliti kesihatan KKM, seterusnya membantu mempercepatkan usaha mengawal jangkitan wabak terbabit dalam komu-niti. Ia turut dilengkapi den-gan tiga ‘Semi Auto Extractor’ dan satu mesin PCR serta kit yang digunakan diluluskkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Malaysia. Untuk rekod, terdapat 35 fasiliti swasta di seluruh ne-gara termasuk makmal PBM diiktiraf menjalankan kedua-dua ujian berkenaan.

PROJEK Pertanian Kebuniti D'Fer-tigasi Melaka yang mula dilaksana-kan tahun lalu dalam situasi pandemik COVID-19 menerusi Jaba-tan Pertanian Melaka telah mengha-silkan sebanyak enam tan sayuran bernilai RM24,000 pada tahun ini. Projek dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Tanjung Bidara itu bertujuan untuk menghasilkan sebuah kebuniti yang produktif serta mampu memberikan hasil tanaman menggunakan kawa-san terbiar. Pengarah Pertanian Melaka Mohd Rasydan Mohd Yusop berkata Fertigasi Meja dengan tanaman sawi dan salad melibatkan 20 orang pe-serta dengan keluasan 0.2 hektar. Katanya,projek D’Fertigasi tahun ini ditambah baik dengan Fer-tigasi Terbuka, Fertigasi Meja dan Aqua Ponik dan dikenal pasti di tiga lokasi iaitu Kuala Linggi, Bachang dan Kelubi. Ujarnya, sasaran sehingga 60 peserta akan mendapat manfaat dari projek itu selain turut mempromosi pertanian bandar untuk individu. "Projek D'Fertigasi yang dimu-

lakan telah menghasilkan sebanyak enam tan sayuran, penanaman yang mudah di samping menggalakkan pertanian hijau. "Dengan penggunaan Tekno-logi, Kaedah Pertanian Ergonomik tanpa tanah dapat menarik minat orang muda menceburi bidang ini dan sayuran dapat dituai dalam masa tiga minggu sebelum dipasarkan. "Kaedah itu dilaksanakan dalam kalangan penduduk Melaka yang ter-kesan pandemik COVID-19 selain mempunyai minat yang sekaligus dapat menghasilkan makanan sela-mat bagi memenuhi keperluan sen-diri," katanya kepada MHI. Tambahnya, tanaman fertigasi

tersebut mendapat permintaan ramai bagi memenuhi keperluan bahan makanan sendiri dan merupa-kan satu pendekatan yang praktikal

berikutan kenaikan kos sara hidup di bandar. Ujar Rasydan, kaedah itu men-jadi popular di kawasan bandar yang

terhad kawasan penanaman dan tidak memerlukan tanah sebagai media penanaman dan kawasan yang luas.

D'Fertigasi hasilkan enam tan sayur bernilai RM24,000

Makmal Perbadanan Bioteknologi Melaka

20,000 sampel COVID-19 dianalisis

MAKMAL PBM telah menerima kira-kira 1,000 sampel sehari bagi membantu fasiliti kesihatan KKM.

PROJEK Pertanian Kebuniti D'Fertigasi Melaka PROJEK Pertanian Kebuniti D'Fertigasi Melaka. FOTO ihsan Jabatan Pertanian Melaka.

Fiqa Jamal

RASYDAN

FAIZ HASAN

MEI Ghee

Page 31: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 7

Page 32: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

GALERI TUN SERI SETIA (DR.) MOHD ALI MOHD RUSTAM

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 8 MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 9

MENTERI Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan) ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Mohd Ali pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran negeri Melaka 2020 sempena Sambutan Hari Jadi ke-71 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka di Balai Istiadat, Seri Negeri, pada 31 Oktober 2020.

MOHD Ali ketika menerima kunjungan hormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ketika itu, Datuk Seri Nancy Shukri pada 22 Mac lepas dan turut menyampaikan cenderahati kepada Nancy.

MOHD Ali ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Belgium ke Malaysia Pascal H.Gregoire pada 7 Mei lalu.

MOHD Ali menyampaikan sumbangan kepada wakil kariah masjid selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Salimin Kampung Kandang, Bukit Katil pada 19 Februari lepas.

MOHD Ali ketika dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ketiga di Dewan Seri Utama, di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 5 Mac lepas.

MOHD Ali menerima kunjungan hormat Tan Sri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mi'azzam Shah (dua kanan) pada 4 November 2020.

MOHD Ali ketika menyampaikan sumbangan makanan kepada anggota petugas barisan hadapan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) Kuala Linggi pada 28 Januari lepas.

MOHD Ali menyantuni salah seorang penerima vaksin, ketika melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tun Ali, Bukit Katil pada 5 Jun lepas.

MOHD Ali menerima kunjungan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Tan Sri Annuar Musa di kediaman rasmi di Bukit Katil pada 25 Disember 2020.

MOHD Ali menerima kunjungan hormat daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ketika itu, Datuk Alexander Nanta Linggi pada 29 Ogos 2020.

MOHD Ali menyampaikan cenderahati kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika itu, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang hadir melakukan kunjungan hormat ke atas Mohd Ali pada 23 Mac lepas.

Page 33: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 202110

"MENGENALI Tun Mohd Ali, beliau seorang yang simple tapi sangat fokus dan

prihatin banyak perkara terutamanya melibatkan nilai kemanusiaan".

Itu pandangan Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital (PSH)

Datuk Wira Radhuana Salleh sepanjang mengenali serta berkhidmat bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rus-tam. "Kita rasa bertuah ke-rana beliau anak Melaka per-tama ditabalkan sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Melaka. Saya menge-nalinya lebih 30 tahun dan beliau seorang yang simple sentiasa fokus apa yang dia mahukan. "Tun membuat keputu-san melalui hati dan fikiran, dia very straight forward person, senang berbincang dan faham apa yang dimahu-kan. "Saya mengenali beliau sebagai seorang sahabat dan seorang bos yang sentiasa di-hormati serta disanjungi," katanya. Beliau berkata demikian kepada MHI mengenai ke-peribadian Yang di-Pertua Negeri di pejabatnya di PSH, baru-baru ini. Beliau yang juga Pegawai Khas Toh Puan memberitahu, selain mementingkan aspek kebajikan Tun Mohd Ali turut mengambil berat aspek kesi-hatan terutamanya dalam

tempoh penularan pandemik COVID-19 ini. "Beliau mengambil be-rat setiap aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk memas-tikan rakyat di negeri ini se-lamat semasa penularan COVID-19. "Contohnya vaksin, be-liau akan memastikan se-mua rakyat Melaka ini mendapat vaksin secepat mungkin. "Tun sebenarnya selalu berbincang menghubungi pihak-pihak yang berkaitan untuk memastikan perkara ini terlaksana dengan jaya-nya," katanya lagi. Radhuana berkata dari-

pada menjadi Ketua Menteri selama 13 tahun sehingga ke hari ini, keperibadian Tun Mohd Ali yang berjiwa ra-kyat tidak pernah luntur. "Kita sedia maklum Tun pernah menjadi ketua men-teri selama 13 tahun, jadi jiwa rakyat itu memang sen-tiasa ada. "Tiada bezanya semasa beliau menjadi ketua menteri ataupun menjadi TYT, yang membezakan beliau ialah tidak menceburi politik. "Dia cuma meneruskan aktiviti-aktiviti kemasyaraka-tan dan juga kebajikan untuk Negeri Melaka. Itulah Tun Mohd Ali," katanya.

'Kenali Tun Mohd Ali sebagai sahabat' - Radhuana

KEPERIBADIAN Mohd Ali yang berjiwa rakyat tidak pernah luntur, malah meneruskan aktiviti kemasyarakatan serta kebajikan buat rakyat negeri ini.

Liana Sahabudin YAYASAN Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) proaktif dalam meng-gerakkan program tanggungjawab so-sial korporat (CSR) untuk membantu golongan memerlukan di negeri ini. Pengurus Besar Yayasan DMDI Datuk Wira Zainal Hussin berkata, ia dilaksanakan menerusi kerjasama strategik Yayasan Budimas, sekali gus menggandakan usaha menyalurkan bantuan.

"Usahasama ini terjalin bagi memberikan sumbangan kepada ke-luarga kurang mampu lebih-lebih lagi yang mempunyai bayi, kanak-kanak dan warga emas. "Kita berterima kasih dan meng-hargai keprihatinan Yayasan Budimas

yang memberi sumbangan kepada Yayasan DMDI dalam bentuk baran-gan penjagaan diri ini. "Yayasan DMDI memahami keadaan ekonomi masyarakat tidak mengizinkan untuk berbelanja lebih dari kemampuan termasuk membeli keperluan harian bayi dan kanak-kanak semasa pandemik COVID-19," katanya. Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan pelitup muka dan cecair sanitasi tangan dari Yaya-san Budimas, baru-baru ini. Antara barangan disumbangkan seperti susu formula dan makanan bayi, biskut, lampin pakai buang bayi dan warga emas, tuala wanita, baran-gan kesihatan bayi dan kanak-kanak, barang mandian bayi dan golongan dewasa serta alat tulis. Jelas Zainal, Yayasan DMDI akan mengedarkan sumbangan itu kepada golongan yang benar-benar memerlukan dalam masa terdekat. Hadir sama koordinator Yayasan Budimas, Christabella Raja.

Yayasan DMDI - Yayasan Budimas bantu golongan memerlukan

ZAINAL (kiri) menerima sumbangan pelitup muka dan cecair sanitasi tangan dari Christabella (kanan).

ANTARA barangan sumbangan yang diterima Yayasan DMDI dari Yayasan Budimas untuk diedarkan kepada golongan memerlukan.

RADHUANA

Yayasan DMDI memahami keadaan ekonomi masyarakat tidak mengizinkan untuk berbelanja lebih dari kemampuan termasuk membeli keperluan harian bayi dan kanak-kanak semasa pandemik COVID-19“ “

Page 34: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 11

Page 35: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 202112

Page 36: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 13

Page 37: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 202114

Page 38: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 15

Page 39: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 202116

PEMERKASAAN sektor ekopelancongan merupakan antara hala tuju utama Baha-gian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka dalam mempel-bagaikan produk pelancongan negeri ini. Pengurus Besarnya, Saari Basiron berkata, setakat ini pelbagai perancangan diren-cana bagi memajukan kawasa-nan ekopelancongan di negeri ini khususnya di daerah Jasin dan Alor Gajah. Ujarnya, inisiatif itu ter-masuk dalam Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 menerusi 'flagship' Pelancon-gan Melaka dengan menu-buhkan Pelan Utama Pelan- congan Negeri. "Dengan pelan yang ditu-buhkan ini kita akan mema-sukkan segala perancangan negeri untuk membangunkan kawasan pelancongan yang berasaskan ekosistem dan ia merupakan hala tuju utama kita (BPP Melaka) kepada has-rat terbabit. "Setakat ini kita sedang

menunggu terma rujukan bagi pelan utama ini di mana buat masa ini ia masih di dalam peringkat draf daripada Jaba-tan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Melaka mene-rusi kerjasama Unit Perancan-gan Ekonomi Negeri (UPEN) dan BPP Melaka. "Sekiranya ia dimukta-madkan, ia akan memberi pe-luang buat kami untuk mela- kukan kajian serta perancan-gan berterusan bagi memban-gunkan produk berasaskan ekopelancongan di Melaka," katanya kepada MHI. Saari menjelaskan, sebaik terma itu dimuktamadkan, kajian terbabit akan dijalan-kan selama tujuh bulan den-gan jangkaan bermula pada Oktober depan. "Apabila ia mampu dija-lankan perkara ini akan me-mudahkan kerajaan negeri untuk mendapatkan peruntu-kan dari kerajaan pusat dan menumpukan sepenuhnya ke-pada pembangunan ekopelan-congan di kawasan terlibat," jelasnya. Selain itu menurutnya,

BPP Melaka telah mengenal-pasti tiga zon akan dijadikan sebagai produk ekopelancon-gan yang berasaskan 'Eco-tourism Cluster' di bawah 'National Eco-Tourism Plan' di negeri ini. Jelasnya, kawasan terba-bit meliputi Melaka Urban Eco-Tourism Zone di kawasan Ayer Keroh, Eco & Agro Tour-ism Zone di Daerah Jasin (Jasin-Gunung Ledang-Asa-han-Selandar-Bukit Senggeh) dan Eco & Agro Tourism Zone di Daerah Alor Gajah (Tanjung Kling-Pengkalan Balak-Sungai Linggi-Tanjung Tuan).

"Seperti di Jasin di mana seperti di Laman Tiga Budaya, Gunung Melaka dan Bukit Batu Lebah dirancang akan di-majukan dengan produk pe-lancongan istimewa (niche market) yang ada di Malaysia. "Ia akan diperkenalkan

dengan aktiviti 'glamping', 'jungle trekking' serta pelbagai lagi di mana aktiviti ini memp-unyai peminat tersendiri sekali gus mampu merancakkan in-dustri ini di Melaka. "Kita begitu serius den-gan perancangan ini agar pro-

duk pelancongan berasaskan warisan lain di negeri ini tidak terlalu tertumpu kerana akhir-nya ia akan memberi ancaman kepada tinggalan sejarah se-perti berdepan kerosakan dari segi struktur pembinaan dan alam sekitar," katanya.

Faiz Hasan

SEBUT sahaja bola sepak, pencinta sukan negeri ini pasti membayang-kan Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC). Malah, setiap perkembangan semasa mengenai MUFC turut dii-kuti oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam. Naib Presiden MUSA Datuk Wira Sazali Muhd Din sebelum ini pernah berkongsi, pihaknya men-gadakan kunjungan hormat ke atas Mohd Ali sekitar Mac lepas bagi mengongsikan perkembangan ba-haru MUFC ketika itu. Jelasnya, Mohd Ali turut berbesar hati memberi pandangan dalam soal pembangunan MUFC sendiri. "MUFC berbesar hati me-nerima pandangan dan buah fikiran daripada Tuan Yang Terutama Tun yang suatu ketika dahulu pernah menjadi pencetus kepada pembang-unan sukan di negeri ini termasuk-lah melalui pembinaan Stadium Hang Jebat. "Semua pandangan dan idea yang dicurahkan Tun amatlah pent-ing untuk kita beri perhatian kerana Tun merupakan seorang yang amat prihatin dengan perkembangan bola sepak negeri ini," katanya dalam satu artikel dalam talian MHI berta-

rikh 11 Mac lepas. Malah Mohd Ali juga tidak ket-inggalan hadir ke Majlis Pelancaran

Logo Kelab Bola Sepak Melaka United FC di Hotel Hatten pada 22 Ogos tahun lepas dan turut sama

menyempurnakan perasmian pe-lancaran logo baharu MUFC. Ini jelas menunjukkan, Mohd

Ali prihatin terhadap pembangunan sukan negeri ini terutamanya meli-batkan bola sepak.

Tun Mohd Ali prihatin perkembangan bola sepak negeri

GUNUNG Melaka (dahulunya dikenali sebagai Bukit Gapis) turut termasuk dalam perancangan ekopelancongan negeri dan akan dimajukan sebagai produk pelancongan istimewa (niche market). FOTO sumber FB TOURISM MELAKA

SAARI

Ekopelancongan Melaka akan diperkasa

SAZALI (tiga kiri) menyampaikan cenderahati berbentuk jersi MUFC kepada Mohd Ali (tiga kanan) dalam sesi kunjungan hormat MUFC dan MUSA ke atas Mohd Ali pada 11 Mac lepas. FOTO sumber FB Melaka United FC

Page 40: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021

MAIM25

Erwin Abu Hasan [email protected]

Konsep hijrah Rasulullah SAW dalam mendepani cabaran

AWAL Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Penghijrahan tersebut telah membuka lembaran baru serta berlakulah perkembangan dan penyebaran dakwah Islamiyyah dengan lebih sistematik dan teratur. Setiap tahun, kedatangan tahun baharu hijrah mengingatkan seluruh umat Islam dengan sejarah suka duka dan pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh Baginda Rasullulah SAW yang berhijrah dari Kota Makkah ke Madinah. Seperti sedia maklum, hijrah bermaksud per-pindahan yang merupakan salah satu strategi yang Nabi Muhammad SAW gunakan bagi tujuan mengembangkan penyebaran agama Islam. Peristiwa hijrah juga memberi panduan yang jelas kepada umat Islam mengenai erti se-buah pengorbanan dan kejayaan yang terpahat dalam liputan sejarah. Hijrah Rasulullah SAW bukan semata-mata melibatkan proses perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain, tetapi juga boleh

dijadikan iktibar sebagai satu proses perubahan dari satu keadaan ke satu keadaan yang lebih baik. Bagi menghayati konsep penghijrahan, umat Islam dituntut melakukan pengorbanan untuk berhijrah demi mengharapkan keredaan Allah SWT serta kehidupan yang lebih baik sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Sempena awal Muharam ini, umat Islam diseru untuk memperingati hijrah Baginda Rasulullah SAW dan perjuangan Baginda se-panjang menjadi utusan Allah SWT. Baginda ti-dak pernah menyerah kalah atau berputus asa dalam menyampaikan dakwah, meskipun ber-depan dengan pelbagai tentangan dan dugaan dari kaum Quraisy. Hal ini jelas membuktikan betapa kuat dan tabahnya baginda bertahan de-mi menegakkan agama Allah SWT. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada Muhajirin), mereka itulah orang yang benar-benar beriman. Mereka beroleh keampunan dan rezeki yang mulia.” (QS. Al-Anfal:74) Cabaran yang harus ditempuhi oleh umat Islam masa kini adalah berdepan dengan pe-nularan pandemik COVID-19. Penularan ini memberi impak yang sangat membimbangkan dari aspek kesihatan, nyawa, ekonomi, kese-la-matan dan kesejahteraan masyarakat. Ramai yang terkesan ada diantaranya hilang perker-jaan, hilang punca pendapatan dan hilangnya orang yang tersayang disebabkan jangkitan pandemik ini. Hikmah berlakunya penularan ini adalah sebagai peringatan yang diberikan oleh Allah

SWT supaya kita dapat melaksanakan tang- gungjawab sebagai hamba-Nya dengan mengi-kuti perintah-Nya serta meninggalkan larang-an-Nya. Perubahan diri menjadi lebih baik merupakan satu penghijrahan yang sangat dituntut dalam Islam, dimana dahulunya se-seorang itu mempunyai sifat mazmumah (sifat hati yang keji) mampu berubah kepada sifat mahmudah (sifat hati yang terpuji). Sebagai contoh, seseorang itu sebelum ini memperti-kaikan dan enggan menunaikan ibadah zakat, pada hal ianya adalah satu tuntutan daripada Islam, maka azam tahun baharu Islam ini mereka tekad dan akur dengan perintah Allah SWT untuk menunaikan ibadah zakat demi memberi manfaat kepada lebih ramai asnaf yang memerlukan serta mereka yang terjejas pendapatannya disebabkan pandemik COVID-19. Justeru itu, marilah sama-sama kita men-jadikan permulaan tahun baharu ini sebagai titik tolak untuk meningkatkan keazaman serta berubah dari segi amalan dan perbuatan baik seharian seterusnya mengharapkan rahmat Allah SWT. Bagi merealisasikan impian terse-

but, kita mestilah sentiasa disiplin dan istiqa-mah dalam melakukan perubahan. Sentiasa bermuhasabah diri dan tanamkan dalam diri untuk berubah dengan niat yang ikhlas serta lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Selain sambutan Awal Muharram, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa sunat pada hari kesepuluh dalam bulan Muharram; yang dikenali sebagai Hari Asyura bagi meraih ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT secara berterusan. Semoga ketibaan tahun baharu ini memberi seribu nikmat dan keberkatan oleh Allah SWT di samping dapat melatih diri untuk menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Mudah-mudahan penghijrahan dan ibadah yang kita lakukan mendapat reda Allah SWT serta menjadikan kita hamba-Nya yang sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya. In Shaa Allah. Sebarang pertanyaan dan pembayaran za-kat bolehlah layari www.izakat.com atau meng-hubungi di talian 1-300-88-0233 di Zakat Melaka atau tinggalkan mesej di talian what-sapp 011-58583885 untuk info lebih lanjut.

Datuk Hj. Ibrahim Bin Fadzil Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Melaka.

Sebarang Pertanyaan Mengenai Zakat Sila Hubungi Di Talian : Ibu Pejabat, Tel : 06-2812443 / 2441 / 2442 Faks : 06-2818154

Talian Zakat : 1-300-88-0233 WhatsApp : Info Pertanyaan Zakat – (011-58583885) Aduan Asnaf Zakat – (011-58583900) Laman Web : www.izakat.com

- Cawangan Alor Gajah, Tel : 06-5562340 - Cawangan Masjid Tanah, Tel : 06-3845453 - Cawangan Jasin, Tel : 06-5294635 - Cawangan Merlimau, Tel : 06-2633148 - Cawangan Pulau Sebang, Tel : 06-4413358 - Cawangan Utc Melaka, Tel : 06-2831440

Page 41: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 202126

Page 42: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 27

Page 43: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021

DIDIK28

Page 44: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 29

Page 45: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

The Rumah Melayu (Malay House) holds the key to the Malay budi. The Malay house is a built structure, cultural and cosmological environment all at once. It serves as a metaphor weaving through the intricacies of the Tanah Air. It is the embodiment of the budi – gen-erally meant to be a simultaneous net-work of intelligence, wisdom, reason, rationality and emotion. It is the epitome of Malay architectural genius. I have written and spoken about the Malay house on a number of occasions over the years, not as someone with a

background in architecture, but as a member of the Tanah Air homeland, a consumer of its lovely built and natural environments, climes, history and geog-raphy. One occasion was a lecture at the exhibition on Malay Architecture and the Built-environment at Universiti Sains Malaysia in February of 2019. A revised version of that lecture is being published as a chapter in a forthcoming book on cli-mate, Malay and Southeast Asian her-itage, and architectural forms. In the lecture and an earlier essay, I made reference to Malay culturalist Tenas Effendy’s work. Tenas, born Tengku Na-syaruddin Said Effendy in Pelalawan, Riau in 1936, was a revered advocate and connoisseur of Malay arts, language and culture. His ode on “Rumah” was pub-lished in 2014 as Rumah: An Ode to the Malay House. The book had Datuk Mo-

hammad Nor Khalid (LAT) writing the Foreword and prominent architect Dato’ Dr. Ken Yeang the Preface. Yeang emphasizes the importance of Tenas’s poems for all “as it articulates the significance of the Malay house as a cul-tural icon.” The wisdom in Rumah is per-tinent to us moderns in more ways imaginable. LAT gives me a strong impression

of the Malay house. His “Keluarga Si Mamat” in Berita Harian in the 1960s and 1970s depicting Malay kampung life enriched my imagination of the abode. In his foreword to Rumah LAT reminds us that we came from the Malay kampung house (at least most Malays do), “born and raised in surroundings steeped in Malay customs and traditions.” Budi and akal budi are the Malay contribution to the corpus and worldview, including that to architecture. While budi generically refers to both the realm of rea-son and emotion, akal refers to the intel-lect, viewing sensible and intelligible objects in relation to the Divine with God as the centre for all cosmological objects. If the Malay garden is the visual, tactile and olfactory medium, the Malay pantun the cognitive medium, the Rumah Me-layu then is the essence of the built envi-ronment, the manifest cluster of dwellings gracing the Garden. We need a fresh un-derstanding on the Rumah Melayu. The Rumah Melayu projects the Malay semantics and aesthetics. The form embodies philosophy, thought, reasoning, and expression. It is the literary beyond words. The Rumah Melayu is the indige-nous archetype form throughout the ran-tau and the Tanah air. It resonates the adab of history and geography. In this re-gard, the Rumah Melayu represents the wisdom of ways of building, of sharing a habitat with others and of living sustai-nably with nature. The “Introduction” of Rumah cele-brates the Malay house in its mitigation of the tropical equatorial climate. Trees are planted for shade, and the raised house and verandahs (serambi) capture the breeze. The iconic Malay house is the most significant symbol of Malaysia and the regions’s architectural legacy. We are not fully conversant with the ethos and values of the kampung. The poem by Riau-based Tenas Effendy cer-tainly articulates the significance of the Malay house as a cultural icon. He encap-sulate a timeless ode to the Rumah Melayu. The poem begins with Yang berti-ang dan bertangga/Beratap penampang hujan penyangga panas/Berdinding penghambat anging dan tempias/Berse-lasar dan berpelantar/Beruang besar berbilik dalam/Berpenanggah dan berte-pian [Trans. That which has pillars and stairs with roofs to hinder the rain and de-flect the heat/ With walls to deflect the winds and sprays/ With verandahs and raised open platforms/With generous spaces and inner chambers/With scul-leries and bathing places]. As for its func-

tion, the next stanza reads like Tempat berhimpun sanak-saudara/Tempat be-runding cerdik pandai/Tempat bercakap alim ulama/Tempat beradat berketuru-nan [A place where kinfolk gather/A place where the wise and sagacious con-fer/A place where the learned and pious chatter/ A place with Adat and Keturu-nan]

Subsequently, Di situ berlabuh kaum kerabat, Di situ bertambat sanak saudara Di situ berhenti dagang lalu (There kith and kin gather, There relatives tether, There pauses the wandering traveller) Rumah ada adatnya Tepian ada bahasanya Jalan bersetabik Cakap bersetina Duduk berbatuh Makan berkatab (A house has its own customs and traditions, A bathing place its polite observances When walking, harmonise your greetings, When talking, clarify your meaning, When sitting, coordinate your seating, When eating, moderate your dining) Tenas captures both the tangible and the intangible, the silent and the spiritual. The lines expressed by Tenas represent the Malay psyche, such as expressed through the following words: Rumah ada adatnya, Selilup Bendul Tepi, Selingkup Bendul Tengah (Houses possess their own Adat, Enfolding the Bendul Tepi, Draping the Bentul Tengah) The poems in Rumah are inter-spersed water color renderings of the Riau-Malay house by artist Ahmad Harun. The poems are eruditely trans-lated by Raimy Che-Ross, as always true to its measure, and meaning.

PROF. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican

Budi in the Rumah Melayu:

Tenas Effendy’s Ode to the AbodeThe Rumah Melayu is the indigenous archetype form throughout the rantau and the Tanah air. It resonates the adab of history and geography.

“ “NEXT WEEK:

Penang Free School White Shirts

TENGKU Nasyaruddin Said Effendy (Tenas Effendy) was a revered advocate and connoisseur of Malay arts, language and culture. His ode on “Rumah” was published in 2014 as Rumah: An Ode to the Malay House.

*Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican is Professor of Social and Intellectual History with the International Institute of Islamic Thought and Civilization, Inter-national Islamic University (ISTAC-IIUM). He is a Senior Fel-low with the Southeast Asia Re-search Centre and Hub at De La Salle University, Manila, the Phi-lippines.

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021

TANAH AIR30

Page 46: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 31

Page 47: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 202132

Page 48: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 33

Page 49: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

Mohamad Fazrul Abdul Majid & Nur Iliyana Zainis Zainal BANDA HILIR – Pengumu-man kebenaran makan di kedai bagi individu lengkap dua dos vaksinasi di semua negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti diumumkan kerajaan 20 Ogos lalu belum boleh meng-gembirakan peniaga. Pengusaha Restoran Asam Pedas TJ, di sini, Haliza Kamarudin, 55, ketika ditemui mengakui dirinya tidak mem-buat sebarang persiapan un-tuk menerima semula pelanggan makan di kedainya berikutan perlu membuat beberapa persediaan. Dia yang sudah berniaga lapan tahun di kawasan pelan-congan itu turut meminta kera-jaan agar memberi maklumat yang jelas beserta prosedur ope-rasi standard (SOP) sebelum dia boleh membuka kembali perniagaan mengikut syarat ditetapkan. "Memang awalnya keliru juga kerana ada yang kata boleh makan di kedai, ada yang tidak kerana orang kata Melaka masih belum boleh kerana belum cukup 50 per-atus vaksinasi lengkap. "Jadi, mahu atau tidak saya tetap buka seperti biasa hanya untuk bungkus dan

bawa pulang sahaja," katanya ketika ditemui di restorannya pada 20 Ogos lepas. Haliza berkata, selain itu, dia juga masih belum boleh membuka perniagaannya secepat mungkin sebaliknya memerlukan lebih masa untuk melakukan persiapan. "Banyak meja-meja dan kerusi dan berhabuk. Jadi, kita kena bersihkan dahulu dan susun meja mengikut sya-rat satu meja dua pelanggan sahaja," katanya Bagi pemilik Restoran Sate Arafi, Md Rafie Mohd Yusof, 58 pula, dia berharap segala keputusan mengenai

SOP lengkap dapat diputus-kan secepat mungkin. Pada masa sama, dia turut mengingatkan kesemua pelanggan agar patuh kepada arahan ditetapkan demi men-jamin kesihatan bersama. "Saya minta kepada pe-langgan kalau datang makan di sini, ikutlah SOP, patuhlah arahan yang hanya mem-benarkan individu lengkap dua dos sahaja makan di kedai. "Kalau semua dapat patuh, Insya-Allah kita semua dapat menjalani kehidupan biasa dalam suasana norma baharu," ujarnya.

FAIZ HASAN BANDARAYA MELAKA - Pusat Pelancongan Jonker Walk dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM2.5 juta sehari daripada hasil perbelan-jaan pelancong akibat pen-utupan sementara. Exco Pelancongan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kiraan itu berdasarkan data perbelanjaan pelancongan di kawasan tumpuan utama itu dengan purata seorang pelan-cong memperuntukan sekitar RM250 atau 35 peratus sehari daripada keseluruhan perbelan-jaan pelancongannya. "Anggaran kerugian RM2.5 juta sehari ini diambil kira daripada purata seramai 10,000 pelancong yang berkunjung di kawasan terbabit dalam sehari. "Sudah pasti penutupan sementara Jonker Walk ini men-datangkan kerugian kepada hasil Kerajaan Melaka mahupun Kerajaan Pusat melalui pendapatan cukai pintu dan lesen per-niagaan. "Sektor pelancongan adalah penyumbang terbesar ke-pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Melaka iaitu 48.0 peratus pada 2019 dengan nilai output RM20.940 bilion," kat-anya dalam satu kenyataan, pada 20 Ogos lepas.

Beliau berkata, perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 dan PKP 2.0 pada 13 Ja-nuari lalu memberikan kesan buruk terhadap ekonomi negara. Ia terutamanya sektor pelancongan sekaligus memberi-kan impak kepada penggiat industri pelancongan khususnya di Melaka. Katanya, pengisytiharan PKP 3.0 di seluruh negara ber-mula 12 Mei lalu dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 29 Jun lalu adalah cabaran amat besar kepada industri pelancon-gan Melaka yang menjadi penyumbang utama KDNK negeri. "Dalam tempoh PPN, industri pelancongan masih terke-san kerana aktiviti merentas daerah dan negeri tidak dibenar-kan termasuk semua pusat pelancongan tidak dibenarkan beroperasi. "Potensi untuk membuka semula sektor terbabit akan memberi kesan berikutan kes harian COVID-19 masih tinggi, malah dijangka akan mencapai Fasa Tiga PPN selewat-lewat-nya pada Oktober 2021," katanya. Tambah beliau, dijangkakan proses pemulihan juga men-gambil masa selama enam bulan hingga setahun selari sasaran negara ini untuk mencapai imuniti kelompok selewat-lewatnya pada Mac 2022. Pemulihan sektor pelancongan termasuk Jonker Walk, menurut Jailani akan dapat dilaksanakan secara berperingkat dengan mengutamakan dan mengamalkan budaya norma ba-haru dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pada masa sama, beliau berkata, pelbagai perancangan diambil kerajaan negeri bagi memperkasakan sektor terbabit

terutama dalam kawasan tumpuan utama pelancongan di Banda Hilir. "Kerajaan negeri masih dalam perancangan untuk men-strukturkan semula Jonker Walk sebagai kawasan pejalan kaki dengan menutup jalan utama di Jonker Walk. "Ia akan dilaksanakan kepada kenderaan di waktu-waktu tertentu seperti setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad (Night Market). "Bagaimanapun, perancangan ini masih di peringkat ka-jian oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

BANDA HILIR – Kelonggaran 11 sektor ekonomi termasuk boleh makan di kedai bagi individu lengkap dua dos vaksin mungkin boleh memberi kelegaan bagi segelintir pihak. Namun bagi pengusaha, pemilik kedai dan peniaga di sekitar Banda Hilir, pengumuman itu seakan tidak memberi makna apa buat mereka. Bagi Khairul Anuar Mohd Nor, 36, penganjur Bazar Ole-ole dan pemilik restoran di Banda Hilir, kawasan pelancongan itu tetap akan 'mati' kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada kehadiran pelancong luar Melaka. Menurutnya, sejak kerajaan melaksanakan Perintah Ka-walan Pergerakan (PKP) pada Mei lalu, kebanyakan kedai di kawasan itu tidak dapat beroperasi berikutan ketiadaan pe-langgan dan lebih 80 peratus perniagaan di situ telah 'gulung tikar'. "Bagi kami, kawasan yang melibatkan pelancongan ini tiada kesan apa-apa pun di sebalik kelonggaran diberi. Sama sahaja kerana baik hotel, restoran, pengusaha produk kraftangan, peniaga 'uptown' dan lain-lain yang ada di sini tidak boleh dibuka kerana tiada pengunjung langsung. "Kebanyakan (peniaga) di sini sudah lebih lapan bulan tidak berniaga kerana pen-dapatan merosot teruk sejak awal tahun kerana kami lebih bergantung kepada aktiviti pelancongan. "Jika tiada pelancong bagaimana untuk kami beroperasi dan bernafas semula," luahnya. Justeru, beliau yang mewakili suara peniaga di Banda Hilir merayu agar kera-jaan meneliti kelonggaran aktiviti pelancongan rentas negeri bagi individu lengkap dua dos vaksin. Jelasnya, dengan cara itu sahaja kawasan berkenaan dapat kembali 'hidup', sekali gus membolehkan mereka kembali memperoleh pendapatan. "Kalau boleh, berilah kelonggaran itu secepat mungkin kerana kami juga ada mulut untuk 'disuap' di rumah. "Jadi kami berharap kerajaan percepatkan vaksinasi dan bukalah pintu sempadan negeri untuk aktiviti pelancongan untuk mengelakkan daripada lebih ramai peniaga gu-lung tikar," katanya lagi. Sementara itu, dalam tinjuan Melaka Hari Ini di sekitar Banda Hilir mendapati masih banyak kedai tidak beroperasi dan hanya beberapa kedai makan dibuka bagi jua-lan bungkus saja. Terdapat juga beberapa papan tanda premis untuk dijual telah digantung di kawa-san itu, termasuk hotel di kawasan berkenaan.

PKP yang dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 dan PKP 2.0 pada 13 Januari lalu memberikan kesan terhadap ekonomi pelancongan Melaka, termasuk Jonker Walk. FOTO MR Azli

KHAIRUL

HALIZA sedang melayan pelanggan yang ingin membungkus makanan di Banda Hilir pada 20 Ogos lepas.

Pengusaha kedai makan belum bersedia buka 'dine-in'

Kawasan pelancongan tetap 'mati' walau ada kelonggaran

JAILANI

Kerugian RM2.5 juta sehari penutupan Jonker Walk

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021

BISNES34

Page 50: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 35

Page 51: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

FIQA JAMAL FOTO MR AZLI MEMPERTAHANKAN kemerde-kaan bukan semudah yang diucap-kan. Tanpa pengorbanan yang tinggi dalam kalangan perajurit, kemak-muran negara tidak akan dapat dike-capi sebagaimana hari ini. Ibarat mati hidup kembali, itu-lah gambaran dikongsikan seorang bekas tentera era insurgensi, Sarjan Abu Akop, 68 tahun, mengenai keke-jaman pengganas komunis yang tidak akan dapat dilupakan sepan-jang hayatnya. Wira Tak Didendang kali ini membawakan cerita disebalik kehi-langan kaki kiri perajurit negara se-masa bertugas mempertahankan tanah air daripada pengganas komu-nis. PERNAH SELISIH MAUT Dia yang lebih mesra dipanggil Pak Abu mula menyertai pasukan tentera pada 2 Disember 1973. Merupakan bapa kepada tujuh anak, Pak Abu berkongsi ceritanya apabila pernah berselisih maut aki-bat keganasan yang dicetuskan pengganas komunis sekitar era 1970-an.

Ujar Pak Abu, masih jelas diin-gatannya bagaimana dia kehilangan kaki kirinya akibat terkena jerangkap samar yang dipasang pengganas ko-munis dalam Ops Banding di hutan Kelian Intan, Perak pada 11 Novem-ber 1975. DETIK BERI BANTUAN KEPADA PASUKAN '8 MELAYU' "Masa itu saya berkhidmat dalam Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1RRD) dan menyertai Op Kota Delta, di mana ketika itu perlu memberi bantuan kepada pasukan 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang dikepung komunis di antara Kelian Intan dan Kroh (kini Pengkalan Hulu) di Perak. "Saya ingat masa tu tanggal 10 November 1975, pagi itu, semasa ke-jadian saya bersama 21 anggota pa-sukan 1RRD yang berpengkalan di Kem Tambun, Perak, menuju meng-hulurkan bantuan kepada pasukan tentera '8 Melayu' (RAMD) yang 'di-konden'(dikepung) oleh komunis di hutan Kroh, Perak melalui jalan sun-gai. 'DISAMBUT' SECARA SINIKAL "Tapi apa yang pelik apabila sepan-

jang menyusuri sungai di dalam hutan terbabit ketika menuju meng-hulurkan bantuan, saya ternampak kain rentang yang dipasang dengan ayat 'Selamat Datang Anjing Kera-jaan','Anjing Kerajaan dah tiba' dan seumpamanya seolah-olah disambut secara sinikal. "Sadisnya, apabila ketika di teb-ing sungai saya terpijak jerangkap samar yang dipercayai berhampiran kem komunis berpengkalan di tepi sungai, dan ternyata kami sepasukan mendapat maklumat yang salah," ujarnya kepada Melaka Hari Ini. Menceritakan detik-detik kehi-langan kaki kirinya itu, Pak Abu ber-kata ketika itu sepatutnya, kem yang dituju pasukan mereka berada di lo-kasi lain dan bukan di situ dan me-nyatakan situasi itu adalah manipulasi pihak komunis ketika itu. MALANG TIDAK BERBAU "Malang tidak berbau, dalam operasi menghantar bantuan itu, saya terpi-jak jerangkap samar dipasang peng-ganas komunis, saya melambung tercampak jatuh ke belakang. "Masa tu lepas terkena letupan, saya masih sedar dan cuba untuk bangun tetapi terjatuh semula sel-epas hilang imbangan dan melihat

kaki kiri saya berada di atas pokok setinggi 12 kaki. "Saat itu, saya dah fikir saya akan mati, namun rakan-rakan se-perjuangan dalam tiga orang bantu papah saya untuk memberikan ban-tuan dan berusaha membawa keluar dari hutan tebal itu," ujarnya dengan nada sebak. OPERASI MENYELAMAT Menurut Pak Abu, operasi menyela-mat menggunakan helikopter untuk menghantarnya ke markas bagi

mendapatkan rawatan segera turut berdepan kesukaran apabila lokasi dia bersama rakan-rakan berada di lereng bukit dan perlu keluar dari hutan tebal terbabit. Jelasnya, rakan-rakan terpaksa mengusungnya keluar jauh dari hutan dan mengambil masa kira-kira tiga jam ke jalan besar sebelum di-berikan rawatan lanjut di Hospital Ipoh. Tambah Pak Abu, selepas keja-dian itu, dia diserapkan ke dalam Unit Kor Perkhidmatan Am di baha-gian gaji pada tahun 1988 sehingga berpencen pada 1 Disember 1994 dengan pangkat Sarjan. NASIHAT GENERASI MUDA Ujarnya, meskipun dia tidak seperti insan biasa kini, namun semangat-nya ketika bertempur di medan per-ang untuk negara, semangat masuk hutan mencari musuh negara akan disematkan dalam hati dan dirinya hingga akhir hayat. Sehubungan itu, sempena bulan kemerdekaan, dia meminta rakyat Malaysia terutamanya golongan muda menghargai pengorbanan ten-tera terdahulu, yang sanggup meng-gadai nyawa bertempur dengan komunis, bagi memastikan kesela-matan negara terus terpelihara. HATI-HATI DENGAN DAKYAH KOMUNIS Ujarnya, bukan wang ringgit dim-inta, cuma mengharap generasi hari ini lebih menghargai jasa pahlawan dahulu yang bergolok gadai menjaga negara Dia juga mengharapkan anak muda hari ini tidak mudah terpen-garuh dengan ideologi komunis. "Ini kerana jika 'dahulu ko-munis di hutan, kini komunis di dalam bandar' maka hargailah keamanan yang sudah ada di ne-gara ini dan jangan mudah terpen-garuh dengan anasir-anasir tidak baik," jelasnya.

SARJAN Abu ketika menceritakan pengalamannya berkhidmat dalam Batalion 1RRD.

SARJAN Abu menunjukkan gambar kenangan ketika berkhidmat dalam tentera bersama rakannya.

"Selisih maut tempur komunis" - Sarjan Abu

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021

VARIASI36

Page 52: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 37

Page 53: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

Farah Suhaidah Othman BANDA HILIR – Polis menahan sepasang kekasih dipercayai men-dera kanak-kanak perempuan be-rusia lima tahun dalam kejadian di sebuah pangsapuri di sini, pada 15 Ogos lepas. Ketua Jabatan Siasatan Je-nayah (JSJ) Melaka, Asisten Ko-misioner Mohd Sukri Kaman berkata pihaknya menerima pang-gilan daripada orang awam me-maklumkan mengenai penderaan kanak-kanak berkenaan sebelum bergegas ke lokasi kejadian pada jam 10.45 malam. Katanya, hasil pemeriksaan polis mendapati terdapat beberapa

kecederaan di beberapa bahagian mangsa akibat dipukul oleh ibu kandungnya berusia 30 tahun dan teman lelakinya berusia 38 tahun. “Siasatan lanjut mendapati mangsa dipercayai dipukul meng-gunkan tangan dan tali pinggang,”

katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini. Menurut Mohd Sukri, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Melaka (HM) sebelum dimasuk-kan ke wad hospital sama untuk menerima rawatan. “Susulan kejadian itu, polis menahan ibu kandung mangsa pada jam 12.15 tengah malam (15 Ogos) di kediamannya di Banda Hilir manakala suspek lelaki dita-han setengah jam kemudian di perkarangan Balai Polis Bandar Hilir. “Siasatan lanjut mendapati seorang lagi kanak-kanak perem-puan yang juga anak suspek wanita berkenaan bagaimanapun tidak

mengalami kecederaan,” katanya. Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula 15 hingga 20 Ogos bagi siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Jelasnya, pihaknya meman-dang serius terhadap kes jenayah terutamanya melibatkan kanak- kanak dan akan mengambil tinda-kan tegas ke atas individu individu yang terlibat. “Polis Melaka mengucapkan terima kasih kepada masyarakat dan menyeru agar masyarakat sen-tiasa menyalurkan maklumat ke-pada polis bagi membantu membanteras jenayah itu daripada terus berlaku," katanya.

Kanak-kanak perempuan mangsa dera diselamatkan polis

ANTARA kesan kecederaan di beberapa bahagian mangsa dipercayai akibat dipukul oleh ibu kandung dan teman lelakinya.

BATU BERENDAM - Polis membongkar aktiviti pelacu-ran membabitkan lima wanita warga asing dan empat lelaki tempatan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai, di sini pada 16 Ogos lepas. Serbuan dijalankan Ba-hagian Siasatan Jenayah D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah mena-han empat wanita warga Viet-nam dan seorang wanita warga Laos berusia antara 20 hingga 31 tahun. Turut ditahan, empat le-laki termasuk pemilik premis berusia antara 27 hingga 58

tahun. Ketua Polis Daerah Me-laka Tengah, Asisten Komis-ioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal menda-pati sindiket pelacuran itu menjalankan promosi per-khidmatan seks menerusi aplikasi WhatsApp dan We-Chat. Katanya, sebaik diperse-tujui, pelanggan perlu mela-kukan transaksi secara tunai apabila bersemuka di bilik hotel ditetapkan. “Kadar ditetapkan bagi setiap perkhidmatan antara RM180 hingga RM240 dan kegiatan itu dipercayai aktif

beroperasi lebih sebulan lalu. “Siasatan turut menda-pati sindiket itu menerima ke-hadiran pelanggan minimum tiga orang sehari,” katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang pemilik premis berusia 58 tahun dan penjaga premis be-rusia 52 tahun serta dua pe-langgan masing-masing berusia 27 dan 28 tahun. “Ketika serbuan dijalan-kan polis turut menemui per-alatan disyaki digunakan dalam kegiatan pelacuran itu. “Semua suspek direman empat hari bagi siasatan men-gikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang memperun-tukkan hukuman penjara seh-ingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya. Beliau berkata, bagi pen-gendali atau orang yang mem-peroleh hasil hasil daripada pemberi khidmat seks turut disiasat mengikut 371A Kanun Keseksaan yang boleh dikena-kan hukuman penjara maksi-mum 15 tahun, sebatan dan denda. Jelasnya, pemilik hotel berkenaan turut dikompaun RM10,000 mengikut Per-aturan 16 Peraturan-Peratu-ran Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Ber-jangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempa-tan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021 kerana menjalankan aktiviti per-hotelan tanpa kenenaran dalam tempoh Fasa 1 Pelan

Pemulihan Negara (PPN). Dalam pada itu Afzanizar berkata, dalam tempoh Ja-nuari hingga Julai lalu, IPD Melaka Tengah menjalankan 20 serbuan membabitkan kegiatan pelacuran di sekitar daerah Melaka Tengah.

Lima pelacur warga asing, empat lelaki dicekup

SUKRI

SEORANG wanita disyaki pelacur dan pelanggan yang ditahan dalam serbuan tersebut.

ANTARA barang yang disyaki digunakan dalam kegiatan pelacuran di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai pada 16 Ogos lepas. FOTO ihsan PDRM

Kadar ditetapkan bagi setiap perkhidmatan antara RM180

hingga RM240 dan kegiatan itu dipercayai aktif beroperasi lebih

sebulan lalu

“ “MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021

JENAYAH38

Page 54: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 39

Page 55: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

Fiqa Jamal BANDA HILIR - Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) akan meningkatkan ciri keselamatan pada kad keahlian serta akan memo-hon hak cipta ke atas lambang dan jata negeri. Presiden MDDNM Datuk Wira Jahaya Mat berkata, langkah itu ber-tujuan membasmi sindiket pemal-suan jual-beli darjah kebesaran berkenaan. Ia katanya, susulan tertumpas-nya sindiket pemalsuan Darjah Kebe-saran dan Watikah Darjah Kebesaran Negeri Melaka, dua minggu lalu. Menurut beliau, pihak MDDNM memandang berat berkenaan isu pe-malsuan tersebut khususnya yang melibatkan nama MDDNM. "Secara tidak langsung isu pe-malsuan darjah kebesaran ini telah

mencemarkan kemuliaan dan imej Darjah Kebesaran Negeri Melaka. "MDDNM juga akan memasti-kan bahawa keahlian MDDNM ada-lah terdiri dari penerima- penerima Darjah Kebesaran yang tulin dan yang sah sahaja. Keahlian-keahlian palsu akan kami laporkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. "MDDNM menyokong sepen-uhnya usaha Kerajaan Melaka dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membasmi atau membendung kegi-atan pemalsuan ini," katanya mene-rusi kenyataan media, baru-baru ini. Dalam kenyataan tersebut pihak MDDNM turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Su-laiman Md Ali dan seluruh warga kerja PDRM susulan tindakan me-matahkan sindiket pemalsuan darjah kebesaran negeri Melaka.

Pertingkat ciri keselamatan darjah kebesaran - MDDNM

ANTARA Darjah Kebesaran Negeri Melaka palsu yang dirampas oleh PDRM baru-baru ini.

Din Ahmad PANTAI KUNDOR – Ru-suhan pekerja Bangladesh di asrama di Kampung Pantai Jaring, Pantai Puteri baru-baru ini menyebabkan pen-duduknya membantah cadangan pembinaan as-rama seumpama itu di kam-pung berkenaan. Ini kerana pembinaan asrama pekerja kilang pem-buatan sarung tangan itu bakal menimbulkan risiko terhadap keselamatan dan ketenteraman penduduk Kampung Pantai Rombang yang selama ini dalam kea-daan sempurna. Mereka tidak mahu ke-jadian rusuhan pekerja asing di asrama kilang tekstil di Kampung Pantai Jaring, kira-kira 900 meter dari Kampung Pantai Rombang, berulang. Timbalan Pengerusi Ja-watankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pantai Rombang,

Shafiq Majid berkata, syari-kat pembuatan sarung tan-gan dikatakan membeli tanah seluas 0.8 hektar di kampung itu untuk mem-bina kilang berkenaan. "Tanah itu bersebelahan dengan enam rumah pendu-duk yang sudah dibina pulu-han tahun sebelum ini dan mereka diarahkan mero-bohkan struktur garaj dan dapur yang apabila tanah diukur semula, sudah terma-suk dalam kawasan yang di-beli syarikat itu. "Penduduk tidak kebe-ratan untuk berbuat demi-kian tetapi mereka tidak setuju asrama pekerja asing dibina di kawasan itu," kat-anya ketika ditemui di lokasi berkenaan baru-baru ini. Beliau berkata, setakat ini pemilik syarikat sarung tangan di Kawasan Perin-dustrian Tangga Batu tidak pernah mengajak pemimpin kampung berbincang men-genai cadangan pembinaan

itu. Penduduk, Baharudin Ma'asah, 54, berkata, dia dan lima pemilik rumah berham-piran sempadan tanah itu terpaksa merobohkan garaj dan dapur masing-masing pada Mei lalu. "Sejak berpuluh tahun lalu, tanah itu hanya dipen-uhi semak-samun dan kami tidak tahu siapa pemilik sebenar tanah itu hinggalah wakil syarikat sarung tangan berjumpa kami dan men-garahkan kami merobohkan struktur dapur dan garaj," katanya. Beliau berkata, kejadian rusuhan itu bukan setakat mengancam keselamatan penduduk kampung, malah mewujudkan suasana tidak harmoni di kawasan sekelil-ing asrama, termasuk Kam-pung Pantai Rombang. Katanya, difahamkan seramai lebih 1,000 pekerja asing dicadangkan ditempat-kan di asrama itu, sekali gus dibimbangi menimbulkan risiko gejala sosial yang berpunca daripada pekerja asing. Ketua Polis Daerah Me-laka Tengah Asisten Komis-ioner Afzanizar Ahmad dilaporkan berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam pada 12 Ogos lalu, sebaha-gian daripada keseluruhan 680 pekerja asing di terbabit merusuh selepas seorang rakan mereka ditemukan ti-dak sedarkan diri.

LENDU – Biarpun terpaksa menanggung ke-sakitan paha kanan yang patah, seorang pengh-antar makanan menguatkan semangat untuk hadir menerima vaksin. Raja Nadzrin Shah Raja Zamli, 21, ter-paksa melupakan seketika kesakitannya sejak terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 15 Julai lalu yang mengakibatkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda. Dia berkata, sejak terlantar di atas katil sel-epas paha kanan patah akibat motosikal di-tungganginya terlanggar kereta di Masjid Tanah, dia tidak pernah berputus asa berdoa agar dipanggil terima vaksin. "Sejak menerima tarikh janji temu melalui aplikasi MySejahtera beberapa minggu lalu, saya asyik memikirkan macam mana keadaan-nya saya terpaksa ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam keadaan kaki yang masih terasa

sakit? "Saya kuatkan semangat untuk hadir di Kompleks Sukan Masjid Tanah semata-mata untuk tidak terlepas peluang mendapatkan vaksin," katanya ketika ditemui di PPV berke-naan pada 20 Ogos lepas. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana sudah menerima suntikan dos pertama dan bakal menerima dos kedua pada 9 September depan. Sementara itu, Rozaimah bimbang anak-nya terpaksa menanggung kesakitan semasa berjalan dan menasihatinya supaya menunda tarikh penerimaan vaksin. "Bagaimanapun, dia tidak mahu, sebali-knya tetap bertegas mahu hadir di dewan ini untuk menerima vaksin kerana vaksin amat penting untuk membina antibodi menentang COVID-19," katanya.

'Jangan bina asrama pekerja asing di kampung kami'

BAHARUDIN

SHAFIQROZAIMAH menolak Raja Nadzrin yang berkerusi roda selepas menerima vaksin di PPV Kompleks Sukan Masjid Tanah pada 20 Ogos lepas.

Syukur terima vaksin

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021

LOKAL40

Page 56: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 41

Page 57: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 202142

Page 58: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 43

Page 59: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 202144

Page 60: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 45

Page 61: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 202146

Page 62: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

MELAKA HARI INI 23 OGOS 2021 - 29 OGOS 2021 47

Page 63: 36 sisipan khas yang ke-72 “Saya prihatin isu pandemik”

Syukur terima vaksin

40

Diterbitkan oleh Melaka Hari Ini Sdn. Bhd., (199701017821), Bangunan Rumah Media Melaka, Jalan Lingkaran MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Tel : 06 - 251 9314, 251 9315 Faks : 06 - 251 9316 Dicetak oleh Print Towers Sdn Bhd, (Dahulunya di kenali sebagai Berita Harian Sdn Bhd ), 198501008724 (141172-W), Loji Daerah- No 16, Jalan U8/88, Taman Perindustrian Bukit Jelutong ,40150 Shah Alam , Selangor.

MOHD Ali (dua kanan) menyampaikan replika cek insentif RM50,000 kepada Aaron sambil disaksikan Sulaiman (kanan) dan Rafiq (kiri) di pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri pada 18 Ogos lepas.

MELAKA HARI INI

MELAKA HARI INI / 23 - 29 Ogos 2021

PEMAIN beregu negara Aaron Chia Teng Fong, mengakui mendambakan impian untuk memegang gelaran beregu nombor satu dunia. Beliau berkata, selepas berjaya membuktikan kemampuannya me-nyumbang pingat pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik di Tokyo bulan lalu, setiap pemain badminton pasti mengimpikan gelaean itu. Namun katanya, perkara itu bukan mudah untuk dicapai dan me-merlukan latihan intensif secara berte-rusan selain menghadapi kejohanan yang lebih besar selepas ini. “Bukan mudah hendak capai (beregu nombor satu dunia) namun masih panjang perjalanan, ia memer-lukan masa selain latihan berterusan. “Malah kami tidak mengambil masa yang lama untuk berehat dalam sembilan ke 10 hari dan kemudian membuat persiapan berlatih untuk menghadapi Piala Sudirman. “Selepas ini, fokus saya lebih ter-tumpu kepada lebih kurang lapan ke sembilan kejohanan besar termasuk Piala Thomas dan Kejohanan Badmin-ton Dunia 2021,” katanya. Aaron, 24 berkata demikian sel-epas menerima insentif daripada kera-jaan negeri berjumlah RM53,000 sebagai penghargaan mengharumkan nama negara dan Melaka dalam Sukan Olimpik 2020 bulan lalu. Turut menerima insentif kerana mewakili negara dalam sukan beprestij itu adalah pemain beregu campuran, Goh Liu Ying dan pemain beregu wanita, Lee Meng Yean yang menerima

masing-masing RM3,000. Atlet kelahiran Melaka itu turut mengakui selepas kemenangannya merangkul pingat gangsa, pastinya te-kanan dihadapi apabila rakyat Malaysia mengharapkan dia dan gandingannya, Soh Wooi Yuk mempamerkan prestasi cemerlang. Lantaran itu katanya, beliau men-jadikan tekanan itu sebagai sandaran untuk beraksi dengan lebih bersungguh-sungguh terutama menghadapi kejoha-nan Piala Sudirman bulan hadapan. “Saya rasa pressure (tekanan) me-mang ada namun kita ambil itu sebagai motivasi untuk berjuang sejauh mung-kin kerana sebelum ini ketika (Olimpik) kami berdua sudah rasa tekanan itu apabila Malaysia mengharapkan kami pulang dengan pingat emas. “Jadi, saya rasa sebagai pemain kita sendiri perlu tahu bagaimana untuk menghadapi tekanan itu dengan memberikan persembahan terbaik,” katanya. Menurut Aaron, selepas menyum-bangkan pingat pertama negara, beliau mendambakan untuk memegang status sebagai beregu nombor satu dunia namun perkara itu perlu men-gambil sedikit masa. Dalam pada itu, Aaron mengucap-kan terima kasih kepada kerajaan ne-geri kerana menghadiahkan insentif selepas kejayaannya meraih pingat dalam Sukan Olimpik. Katanya, dia sendiri merasa bangga sebagai anak Melaka dapat me-nyumbangkan pingat sekali gus meng-harumkan nama negeri dan negara.

PEMAIN beregu lelaki kelahiran Me-laka, Aaron Chia Teng Fong menerima ganjaran RM53,000 daripada kera-jaan negeri selepas memenangi pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, bulan lalu. Turut menerima insentif kerana mewakili negara dalam sukan beprestij itu adalah pemain beregu campuran, Goh Liu Ying dan pemain beregu wanita, Lee Meng Yean yang me-nerima masing-masing RM3,000. Hadiah insentif itu disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam pada majlis penyerahan hadiah insentif atlet-atlet kelahiran Melaka di pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Kom-pleks Seri Negeri, di sini hari ini. Hadir sama dalam majlis berke-naan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali. Exco Sukan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata insentif itu diberikan sebagai penghargaaan kerajaan negeri terhadap kejayaan ketiga-tiga atlet membawa nama negara dan Melaka ke pentas sukan antarabangsa. Katanya, penampilan ketiga-tiga atlet berkenaan di Sukan Olimpik amat bermakna kepada kerajaan negeri ke-rana bukan sahaja mengharumkan nama negara malah menyatu padukan rakyat Malaysia. “Ini satu kejayaan dan kebanggaan, sebab itu kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) Melaka mengambil inisitaif memberi penghargaan serta insentif kepada ketiga-tiga anak kelahiran Melaka. “Kita putuskan untuk memberikan sumbangan RM50,000 kerana memenangi pingat gangsa bersama RM3,000 kepada Aaron kerana menyertai Sukan Olimpik bersama rakan regunya, Soh Wooi Yik. “Manakala dua lagi atlet kita beri setiap seorang RM3,000 jadi jumlah keseluruhan dipersetujui sebanyak RM59,000,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan. Aaron Chia dan Wooi Yuk meraih pingat pertama kontinjen Malaysia dalam temasya sukan berprestij selepas menewaskan gandingan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17, 21-14 dalam aksi penentuan pingat gangsa pada 31 Julai lalu.

AARON (tengah) bersama Liu Ying (kanan) dan Meng Yean menunjukkan replika cek insentif yang diterima daripada Kerajaan Melaka.

Tiga atlet 'Olimpik' Melaka terima insentif