38117058-Bab-1
-
Upload
araizzs-othman -
Category
Documents
-
view
71 -
download
3
Transcript of 38117058-Bab-1
BAB 1
PENGENALAN
Dalam kehidupan seharian, kecergasan merupakan aspek penting bagi
membolehkan seseorang bergerak dan melakukan aktiviti seharian dengan baik. Selain
dari kemahiran yang tinggi, kemampatan kecergasan juga memainkan peranan penting
bagi seseorang pemain itu menunjukkan kesungguhan dalam mengharungi sesuatu
perlawanan. Latihan yang bersistematik dan bermakna diperlukan untuk meningkatkan
prestasi seperti yang diharapkan oleh setiap jurulatih dan peminat sukan.
Kehidupan yang aktif dari segi fizikal adalah penting untuk meningkatkan taraf
kesihatan individu. Amalan senaman yang berkala akan meningkatkan tahap kecergasan
fizikal dan seterusnya boleh menjauhkan seseorang individu daripada beberapa penyakit
kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, diabetes, penyakit tulang dan kanser
(Howley dan Franks, 1997).
Tahap kecergasan fizikal yang baik diterjemahkan sebagai melakukan kerja tanpa
kelesuan yang menggunakan tenaga yang sedikit dan mempunyai tenaga simpanan untuk
digunakan pada waktu senggang dan waktu kecemasan. Clarke (1997),(dalam
Baumgartner 1995) mendefinisikan kecergasan fizikal adalah kemampuan melakukan
kerja harian dengan kesungguhan sepenuhnya tanpa lesu dan mempunyai baki tenaga
untuk digunakan semasa kesenggangan dan ketika kecemasan. Menurut Prentice (1994),
kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas
tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk
melakukan aktiviti riadah.
- 1 -
Kecergasan fizikal seseorang individu itu akan mempengaruhi perlakuan dan
kemahiran, terutama dalam aktiviti bersukan. Ahli fisiologi menyatakan bahawa
kecergasan fizikal boleh dibahagi kepada dua aspek iaitu kecergasan dari aspek kesihatan
dan kecergasan dari aspek lakuan motor. Menurut Prentice (1994), kecergasan fizikal
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan
kecergasan berasaskan fizikal. Beliau mendefinisikan kecergasan berasaskan kesihatan
merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang
dipercayai memberi seseorang perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik
atau kekurangan pergerakan seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai penyakit
otot dan tulang. Kecergasan berasaskan fizikal merujuk kepada fungsi-fungsi dan
keupayaan seseorang itu membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan
lebih bertenaga, daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya.
Charles Corbin dan Ruth Lindsey (1997) menyatakan kecergasan fizikal adalah
kemampuan tubuh badan untuk berfungsi secara effisien dan efektif. Ia mengandungi
kecergasan berlandaskan kesihatan dan berlandaskan kemahiran. Komponen tersebut
mengandungi sebelas item yang berbeza. Setiap satu item tersebut akan melambangkan
kualiti total kehidupan. Lima item dalam kecergasan berasaskan kesihatan ialah: Daya
tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelembutan dan komposisi lemak badan.
Manakala enam item lagi dalam kecergasan berasakan kemahiran iaitu: kordinasi,
imbangan, ketangkasan, kuasa, masa reaksi dan kepantasan. Semua komponen ini diukur
bagi menentukan tahap kecergasan seseorang individu.
Kecergasan fizikal juga bermaksud, sesuatu perkara yang tidak serupa untuk
individu yang berbeza. The American Alliance for Health, Physical Education,
- 2 -
Recreation, and Dance dan Presiden Majlis kecergasan fizikal dan sukan melaporkan
didalam buku Fitness For Life an Individualized Approach (Allensn P.E, Harrison J.M,
Vance B. (1995) bahawa kecergasan fizikal sebagai keadaan fizikal yang baik yang
menyebabkan serta mengundang kepada :
i. Pencapaian yang bersungguh-sungguh dalam aktiviti harian.
ii. Mempunyai risiko yang rendah terhadap kesihatan berbanding dengan kurang
melakukan senaman.
iii. Membentuk kecergasan berdasarkan penglibatan dalam pelbagai aktiviti
fizikal.
Satu cara untuk mengenalpasti tahap kecergasan fizikal ahli ialah dengan menjalani
ujian kecergasan tertentu yang menggunakan bateri-bateri ujian mengikut komponen
yang hendak diuji oleh penguji. Bateri-bateri ujian ini dapat menggukur bahagian-
bahagian badan secara khusus dan sistematik yang dapat menunjukkan kemampuan
seseorang ahli sukan mengikut komponen kecergasan fizikal. Setelah menjalani dan
mendapat keputusan ujian barulah dapat ditentukan kelebihan atau kelemahan seseorang
atlit itu. Daripada kelemahan-kelemahan yang telah dikesan akan dapat memudahkan
setiap jurulatih untuk merangka program latihan yang bersesuaian, bagi memperbaiki
kelemahan atlit terbabit.
Penguasaan tahap kecergasan fizikal yang baik adalah sangat diperlukan di dalam
semua jenis permainan, terutamanya dalam permainan bola sepak. Sukan jenis ini
memerlukan pergerakan fizikal yang lasak kerana ia melibatkan jenis sistem tenaga
aerobik dan anerobik serta melibatkan pelbagai jenis pergerakan seperti berlari,
- 3 -
melompat, menukar arah, memecut dan menangkap disamping kemahiran teknikal yang
tinggi.
Penyataan masalah
Masih belum ada lagi kriteria-kriteria kecergasan fizikal yang diperlukan oleh
seorang pemain bola sepak yang boleh dijadikan rujukan dalam pemilihan pemain untuk
sesuatu pasukan bola sepak bawah 12 tahun. Memang terdapat banyak jenis ujian bagi
menguji tahap kecergasan fizikal pemain-pemain ini, namun apakah jenis-jenis ujian
tersebut masih lagi tidak dikenal pasti. Ini menyukarkan guru atau jurulatih untuk
mengenalpasti pelajar dalam membentuk pasukan bola sepak bawah 12 tahun sekolah.
Di harapkan jenis-jenis kriteria kecergasan fizikal yang telah dikenalpasti penting
bagi seseorang pemain bola sepak agar dapat membantu guru atau jurulatih dalam
pembentukan pasukan bola sepak bawah 12 tahun di sekolah. Dengan adanya kriteria-
kriteria ini, ia dapat menentukan apakah komponen–komponen kecergasan fizikal yang
perlu ada pada pelajar yang ingin menyertai pasukan bola sepak bawah 12 tahun di
sekolah.
Kepentingan kajian
Kajian ini diharapkan akan dapat menghasilkan satu maklumbalas kepada
jurulatih terhadap tahap kecergasan yang dimiliki oleh pemain. Keputusan yang
diperolehi daripada kajian diharapkan dapat membantu jurulatih merancang latihan-
latihan yang sesuai berdasarkan tahap kecergasan fizikal pemain. Yang paling utama
ialah diharapkan hasil keputusan kajian ini akan membentuk satu rujukan kriteria-kriteria
yang diperlukan dalam pemilihan pemain pasukan bola sepak bawah 12 tahun. Selain itu
- 4 -
keputusan kajian yang dijalankan akan dapat membantu jurulatih mengenalpasti
komponen-komponen utama yang perlu diberi perhatian semasa membuat pemilihan
pemain bola sepak bawah 12 tahun.
Objektif kajian
Penyelidik telah mengenalpasti objektif kajian adalah seperti berikut :
1. Mengenalpasti komponen utama yang perlu diberi perhatian semasa pemilihan
pemain bola sepak bawah 12 tahun di sekolah.
2. Melihat tahap kecergasan pemain bola sepak bawah 12 tahun Sekolah
Kebangsaan Segambut,Kuala Lumpur.
3. Membentuk kriteria-kriteria kecergasan fizikal yang perlu ada bagi seseorang
pemain bola sepak bawah 12 tahun.
Batasan kajian
Kajian terhadap kecergasan fizikal pemain bola sepak bawah 12 tahun dijalankan
berdasarkan batasan berikut:
1. Pengukuran tahap kecergasan fizikal ini adalah berdasarkan bateri ujian
kecergasan fizikal AAHPERD (1980). Antara komponen yang diuji ialah daya
tahan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, kekuatan otot kaki, kepantasan dan
ketangkasan.
2. Sampel kajian hanya terdiri daripada pelajar yang mewakili pasukan bola sepak
bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan Segambut,Kuala Lumpur.
- 5 -
3. Penyelidik juga perlu mengambil kira tentang faktor masa, tempat ujian,
makanan, latihan dan batas-batas alam sekitar.
Definisi Operasional
Kecergasan fizikal :
Kemampuan seseorang individu melakukan aktiviti secara optima dengan
menggunakan tenaga yang sedikit tanpa lesu. Diuji dengan menggunakan AAHPERD
health Related Physical Fitness Test (1980,1984)
Daya Tahan Kardiovaskular :
Keupayaan sistem jantung, sistem penafasan dan sistem peredaran darah
membekalkan oksigen yang diperlukan pada sel dan organ didalam badan bagi
melakukan kerja dalam jangkamasa panjang. (Johnson dan Nelson, 1996).
Daya tahan otot :
Kemampuan dan kebolehan otot atau kumpulan otot menghasilkan daya berulang-
ulang bagi sesuatu jangkamasa panjang. (Johnson dan Nelson, 1996).
Kepantasan :
Kepantasan ialah jarak yang dihasilkan di antara dua tempat dalam masa telah
ditetapkan. Kepantasan sebagai tempoh masa yang diambil untuk seseorang itu
menggerakkan anggota badan atau keseluruhan badan melalui ruang. ( Johnson dan
Nelson,1992).
- 6 -
Ketangkasan :
Keupayaan badan atau bahagian-bahagian badan untuk menukar arah dengan
tangkas, cepat dan tepat (Strand, 1993). Ketangkasan ialah keupayaan untuk memulakan
pergerakan, berhenti dan menggerakkan badan secara pantas pada pelbagai arah.
(Howley,1997).
Kuasa :
Mendefinisikan kuasa sebagai kebolehan untuk menghasilkan daya yang
maksimum dalam masa yang terpantas. (Johnson & Nelson,1986),
- 7 -
BAB II
KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN
Dalam bab ini tumpuan diberikan kepada kajian yang berkaitan dengan daya
tahan otot,daya tahan kardiovaskular,ketangkasan,kepantasan dan kuasa otot. Kajian
lampau terhadap bidang ini dapat menjelaskan permasalahan, menerangkan latar
belakang dan sejarah perkembangan kajian dan ujian-ujian yang digunakan untuk
menguji daya tahan otot,daya tahan kardiovaskular,ketangkasan,kepantasan dan kuasa
otot. Kajian lampau juga adalah suatu langkah logikal dalam mencari penyelesaian yang
empirikal dan diharap dapat membantu dalam memahami permasalahan yang hendak
dikaji oleh penyelidik.
Daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular merupakan komponen kecergasan
berasaskan kesihatan manakala ketangkasan,kepantasan dan kuasa pula merupakan
komponen kecergasan berasaskan kemahiran motor yang penting untuk melakukan
kemahiran fizikal dengan lebih efisien. Jika kita mempunyai tahap terbaik bagi kelima-
lima komponen kecergasan ini, pelbagai aktiviti dan kemahiran yang berkaitan dengan
sukan dan permainan boleh kita lakukan dengan baik dan berkesan untuk meningkatkan
prestasi sukan. Menurut Prentice (1994), ‘The American of Health, Physical Education,
Recreation and Dance’ (AAHPERD) mengkategorikan kecergasan kepada dua komponen
besar iaitu kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan kemahiran.
Komponen-komponen di dalam kecergasan berlandaskan kesihatan ialah komposisi
tubuh badan, kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot, kelembutan dan kekuatan otot.
- 8 -
Kecergasan berlandaskan kemahiran merangkumi komponen-komponen seperti kuasa,
ketangkasan, imbangan, masa reaksi, koordinasi dan kepantasan.
AAHPERD (American Alliance for Health, Physical Education, Reaction and
Dance) telah ditubuhkan di Amerika oleh para saintis dan pakar sukan dan kesihatan
yang berminat tentang bidang pengukuran. Sejak bertahun-tahun dahulu pelbagai kajian
telah dilakukan oleh para pengkaji. Banyak perkara yang telah diperdebatkan mengenai
hubungkait antara kepantasan dengan kekuatan. Menurut Johnson & Nelson (1979) pula,
kajian Morgan & Anderson (1957) menyatakan bahawa kuasa pada kaki ada kaitannya
dengan kelajuan dan kekuatan. Untuk mendapatkan kelajuan yanq lebih dan serta merta,
kuasa eksplosif adalah penting. Bagaimanapun untuk mendapatkan kuasa eksplosif ini
kita memerlukan kekuatan yang maksimum. Ini bererti kelajuan boleh ditingkatkan
dengan peningkatan pada kekuatan. Ini bermakna peningkatan tahap kekuatan otot adalah
penting dalam meningkatkan kuasa eksplosif. O’Shea (1976) mendapati bahawa
gabungan kekuatan, daya tahan, kelembutan dan ketangkasan boleh mengekalkan tahap
kekuatan.
Banyak perkara yang telah diperdebatkan mengenai hubungkait antara
kepantasan dengan kekuatan. Dipercayai bahawa latihan untuk membina kekuatan seperti
angkat berat akan mengurangkan kepantasan. Pendapat ini telah disangkal dalam kajian
yang dilakukan oleh Chui (1950) dan Masley, Hairabedian dan Donaldson (1953).
Meadows (1959), dan Johnson (1964), menyatakan bahawa latihan isotonik (dinamik)
dan isometrik (statik) dapat meningkatkan kepantasan. Selain latihan, beberapa aspek
psikologi juga dapat membantu meningkatkan kepantasan seseorang. Ini telah diperakui
oleh Vallerga (1958), bunyi yang kuat dapat merangsangkan dan seterusnya
- 9 -
menghasilkan pergerakan yang pantas berbanding bunyi yang perlahan dan sederhana.
Henry (1951), mendapati bahawa motivasi yang ringkas juga dapat meningkatkan
tindakbalas seseorang yang akan membawa kepada kepantasan pergerakan. Fairclough
(1952), pula menyatakan bahawa peningkatan motivasi dalam kepantasan disebahagian
badan boleh dipindahkan ke bahagian badan yang lain. Heges and Dickinson (1979) telah
menjalankan ujian kepantasan dengan ketepatan. Seramai 40 sukarelawan dipilih untuk
dijadikan sampel. Peserta yang berlainan jantina itu dibahagikan kepada empat
kumpulan. Peserta diarahkan melakukan ujian kepantasan dan ketepatan. Sampel diuji
dengan menandakan satu titik pada kertas secara bergilir-gilir daripada sisi yang
bertentangan. Sampel diberi lapan belas percubaan dan masa setiap percubaan diambil.
Hasil ujian menunjukkan terdapat perkaitan antara kepantasan dengan ketepatan.
Semakin pantas seseorang itu, maka semakin kuranglah ketepatan. Latihan- latihan
haruslah diberi kepada otot sasaran di samping penumpuan kepada otot utama dalam
sesuatu lakuan. Latihan ini juga dapat menentukan tahap kekuatan sesuatu anggota atau
otot yang terlibat. Faigenbaum, Westcott, Micheli, Outerbridge, Long Larosa-Loud, dan
Zaichkowsky (1996) telah membuat kajian untuk melihat kesan latihan kekuatan dan
tiada latihan kekuatan di kalangan budak yang berumur di antara 1 hingga 12 tahun.
Pengukuran dijalankan ke atas kekuatan (leg extentsion and chest press), prestasi motor
(vertical jump) dan kelembutan (sit and reach). Pengukuran itu dijalankan selepas tempoh
latihan dan juga selepas tempoh tiada latihan. Kajian mendapati budak-budak yang
menjalani latihan kekuatan mengalami peningkatan kekuatan yang banyak.
Bagaimanapun tiada perbezaan penting ke atas prestasi motor dan kelembutan. Tahap
kekuatan kembali merosot selepas berhenti menjalani latihan kekuatan.
- 10 -
Koenig, Jahn, Dohmeier, dan Cleland (1995) telah membuat penyelidikan ke atas
kesan aerobik anjal bangku terhadap kekuatan otot, kuasa dan daya tahan. Seramai 24
orang dewasa berumur di antara 24 hingga 61 tahun menjalani latihan itu selama 10
minggu. Pengukuran dijalankan ke atas kekuatan otot, kuasa dan daya tahan otot pada
bahagian kuardrisep dan hamstring ( A cybex 340 isokinetic dynamometer). Kajian
mendapati tiada perubahan ketara ke atas kekuatan otot, kuasa dan daya tahan daripada
aerobik anjal bangku. Bagaimanapun kajian mendapati peratusan lemak badan
mengalami penurunan yang jelas. Williams dan Singh (1997) telah membuat kajian ke
atas kekuatan badan (trunk) di kalangan kumpulan elit dalam 3 jenis sukan dan kumpulan
rekreasi yang aktif. Tiga jenis sukan itu terdiri daripada bola sepak, bola sepak,
Kanadian dan pelari jarak jauh dan sederhana. Penguncupan konsentrik dilakukan untuk
mengukur kekuatan trunk fleksor dan ekstensor ( KinCom trunk testing dynamometer).
Hasil kajian mendapati kekuatan fleksor konsentrik dan esentrik pemain bola sepak
Kanadian dan bola sepak lebih tinggi daripada pelari. Kekuatan daya fleksor esentrik
pemain bola sepak berhubung dengan jisim badan lebih tinggi jika dibandingkan dengan
kumpulan pelari dan kumpulan rekreasi. Faigenbaum, Westtcott, Micheli, Long, Larosa-
Luod dan Zaichkowsky ( petikan Baechle, 1994 ) telah membuat kajian untuk melihat
kesan latihan kekuatan di kalangan kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.
Pengukuran dijalankan ke atas kekuatan ( leg extension dan chest pres ), prestasi motor
( vertical jump ) dan kelembutan ( sit dan reach ). Pengukuran ini dijalankan selepas
tempoh latihan dan juga selepas tempoh tiada latihan. Hasil kajian ini mendapati bahawa
kanak-kanak yang menjalani latihan kekuatan mengalami peningkatan kekuatan yang
tinggi peratusnya. Bagaimanapun tiada perbezaan penting ke atas prestasi motor dan
- 11 -
kelembutan. Tahap kekuatan kembali merosot selepas berhenti latihan. Menurut Westcott
(1998), Howard, Stanley, Armstrong dan Maresh telah menjalankan kajian untuk
mengenalpasti kesan pemandian sejuk terhadap kekuatan otot pada tahun 1994. Aktiviti
isokinetik ekstensi lutut dan kekuatan isometrik iaitu ‘Knee extension peak torque, time
to peak torque, angel peak torque, average power and total work’ telah dijalankan.
Subjek menjalani ujian secara rawak selama 45 minit iaitu rawatan kesejukan 12 darjah
celsius dan suhu udara 22 hingga 23 darjah celsius. Keputusan yang diperolehi tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara suhu sejuk dengan suhu bilik. Walau
bagaimanapun, terdapat pengurangan kekuatan. Kajiannya selaras dengan kajian yang
dijalankan oleh pengkaji lampau seperti Sargent, Davies dan Young yang mendapati suhu
sejuk boleh mendatangkan pengurangan tindakbalas dalam saraf dan pergerakan unit
motor. Mereka juga menjalankan kajian untuk mengenalpasti kesan pemandian panas
terhadap kekuatan otot. Aktiviti ujian ke atas air panas dijalankan. Subjek dikehendaki
menjalani rawatan kepanasan selama 45 minit iaitu kepanasan 44 darjah celsius dan suhu
udara 21 hingga 23 darjah Celsius. Keputusan yang didapati tidak menunjukkan
perbezaan yang signifikan. Kesan dari kajian tersebut mendapati terdapat penurunan
kekuatan sebanyak 4 % . Kombinasi di antara suhu air dan ulangan untuk menghasilkan
tahap prestasi masih tidak diketahui. Suhu yang lebih tinggi semasa pemandian air panas
mungkin akan menurunkan kekuatan isokinetik subjek apabila kadar nadi bertambah,
berpeluh dan berasa letih. Chandler, Kibler, Stracener, Ziegler dan Pace ( 1992 ), telah
menjalankan kajian ke atas pelajar di 24 buah kolej tenis. Tujuan kajian itu ialah untuk
menguji tentang kekuatan bahu, daya tahan dan kuasa bagi pemain tenis dan mengkaji
darjah keseimbangan rotasi otot secara internal dan eksternal. Alatan pengujian yang
- 12 -
digunakan adalah ‘cybex 340 Isokinetic Dynamometer’. Hasil daripada kajian itu
mendapati terdapat perbezaan yang jelas pada lengan dominan dalam rotasi eksternal
iaitu 300 darjah puncak tork dan kuasa 60 darjah. Mayer, Goggin dan Jackson ( 1995 )
telah membuat kajian bagi melihat perhubungan antara kekuatan dan kemahiran
psikomotor di kalangan subjek yang sihat berbanding dengan wanita yang telah
meningkat usia. Penyelidikan ini bertujuan untuk membuat perbandingan di kalangan
wanita yang sihat dan yang lemah pada tahap kekuatan gengaman otot dengan
menggunakan alat ‘A Jamar Hydraulic Hand Dynamometer’ dan tahap prestasi
psikomotor dengan menggunakan alat ‘Digit Symbol Subtitution Test’. Pengukuran
kekuatan otot disukat dengan menggunakan tangan dominan dengan tangan yang tidak
dominan. Perbezaan yang terdapat ialah subjek yang mempunyai tahap kesihatan yang
baik adalah lebih kuat dan menunjukkan pergerakan yang superior dalam pengawalan
pergerakan yang lebih konsisten.
Johnson dan Nelson (1986), menyatakan daya tahan otot ialah keupayaan otot
mengulang pergerakan menentang halangan dan tekanan sambil mengekalkan ke satu
tahap ketegangan melepasi satu jangka masa. Menurut Vladmir ( 1995 ) menyatakan
bahawa daya tahan otot ini teruji dalam latihan rintangan yang tinggi seperti membuat
bench press secara berulang kali. Daya tahan otot adalah keupayaan otot melakukan kerja
yang berulang-ulang dalam satu jangka masa statik ataupun dinamik manakala kekuatan
otot pula ialah keupayaan otot menguncup dengan kuasa yang semaksimum mungkin
untuk mendapatkan kekuatan. Ia tidak akan memberi kesan yang baik terhadap sistem
kardiovaskular dan sistem pernafasan. Menurut petikan Sheehan (1977), American
Alliance for Health, Physical Education and Recreation (AAHPER) pada tahun 1976,
- 13 -
telah memperkenalkan ‘AAHPER Youth Fitness Test’. Antara ujian tersebut ialah
mendagu, bangkit tubi, lari ulang alik, baling bola sofball, lari pecut 50 ela, lompat
jauh berdiri dan jalan 600 ela. Kuruez (1967), telah memperkenalkan ‘Ohio State
University Step Test’ (OSU Step Test) sebagai pengbahsuaian kepada ujian menapak
Harvard. Witten (1973) pula telah mengubahsuai ‘OSU Step Test’ kepada ‘F-EMU Step
Test’. Ujian ini dikhususkan untuk perempuan. Callan (1968), mengubahsuai ‘OSU Step
Test’ untuk kanak-kanak lelaki di sekolah rendah ( petikan Jonson dan Nelson, 1986 ).
Ujian ini bertujuan untuk mengukur kecergasan kardiovaskular. Balke (1968), telah
menjalankan kajian pengambilan oksigen maksimum dengan menggunakan ’15 minutes
Field Test’ ( petikan Borrow dan Mac Gee, 1979 ). Ujian Cooper telah diperkenalkan
oleh Cooper pada tahun 1968. Ia merupakan larian 12 minit dan larian 1.5 batu untuk
menguji daya tahan dan kecergasan kardiovaskular ( petikan Johnson dan Nelson, 1986).
Kajian ini menunjukkan kepentingan aktiviti-aktiviti berlari, berenang, berbasikal,
berjalan, dan lain-lain dalam perkembangan kecergasan peredaran respiratori.
Pengukuran ketangkasan merupakan satu bidang saintifik yang agak baru dan
ianya tidak mempunyai latar belakang yang luas jika dibandingkan dengan bidang lain
seperti bidang pengukuran daya tahan kardiovaskular dan pengukuran komposisi badan.
Burpee (1954) telah mencipta ujian Burpee atau dekam lunjur dan mengujinya untuk
melihat kesahan dan kebolehpercayaan. Sheffield dan Gotes (1940) telah mencipta Ujian
“Right Boomerang Run” iaitu satu bentuk ujian ketangkasan yang digunakan untuk
menguji kanak-kanak lelaki yang berumur antara 12 hingga 15 tahun. Pada tahun yang
sama Sierakowski telah mencipta ujian ketangkasan untuk menguji pelajar-pelajar
perempuan di sekolah tinggi. Ujian ketangkasan SEMO pula telah di cipta oleh Kirby
- 14 -
(1971) yang bertujuan untuk mengukur ketangkasan am badan dalam menukar arah ke
belakang, ke hadapan dan ke sisi. American Alliance For Health, Physical Education,
Recreation and Dance (AAPHER, 1976), dalam ujian kecergasan fizikal telah
memasukkan komponen ketangkasan ke dalam bateri ujiannya. Salah satu ujian yang
terkenal ialah lari ulang alik sejauh 10 ela di mana ujian ini bertujuan mengukur
ketangkasan pelajar dalam berlari sambil menukar arah. Keletihan adalah disebabkan
faktor fungsi elemen - elemen yang terdapat dalam sistem saraf otot yang secara langsung
terlibat dalam pergerakan. Brill, Macera, Daris dan Neil Gordon ( 2000 ) telah
menjalankan kajian tentang potensi gabungan kekuatan otot dan daya tahan otot secara
asasnya dengan limitasi fungsi selepas melalui latihan. Sampel kajian yang terdiri
daripada 3069 lelaki dan 589 orang perempuan yang berumur di antara 30 hingga 82
tahun yang menerima pemeriksaan klinikal termasuk penilaian kekuatan di Cooper Clinic
antara tahun 1980 dan 1989. Mereka ini telah bertindak balas terhadap satu kaji selidik
melalui pos pada tahun 1990. Selepas dibuat susulan selama 5 tahun didapati 7% dari
golongan lelaki dan 12% dari golongan perempuan dilaporkan mengalami sekurang-
kurangnya satu limitasi fungsi. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa dicuba pada
populasi yang lain, mereka mencadangkan bahawa mengekalkan kekuatan otot di
sepanjang hayat mungkin mengurangkan berlakunya limitasi fungsi tubuh badan.
Pengukuran kuasa tangan telah mula dilakukan seawal sejak pengukuran kuasa kaki
dijalankan. Namun begitu kajian mengenainya amat kurang dilakukan. Apabila
bertambahnya sukan-sukan yang menggunakan tangan sebagai asas kepada permainan,
kajian mengenai kuasa tangan amat giat dilakukan. Ini kerana dalam kebanyakan acara
sukan, kuasa eksplosif tangan amat ketara sekali diperlukan. Menurut Johnson & Nelson
- 15 -
(1986) pengukuran kuasa tangan dilakukan dengan ujian melontar. Instrumen yang
digunakan untuk mengukur kuasa tangan sejak awal ialah Vertical Arm Pull, Vertical
Arm Pull(Power), Melontar Bola Segar dan Lontar Peluru (Sofbal). Kebelakangan ini
telah dicipta mesin khas untuk mengukur kuasa tangan seperti mesin bench press throws
dan ergometer.
Kuasa ialah pergerakan pantas yang dilakukan dengan semaksimum tenaga yang
mampu dihasilkan oleh kontraksi otot dalam jangkamasa yang pantas. Terdapat dua jenis
kontraksi otot yang utama bagi menghasilkan kuasa iaitu kontraksi konsentrik dan
esentrik. Kontraksi konsentrik ialah kontraksi otot memendek dan esentrik ialah kontraksi
otot memanjang. Kuasa otot tangan dan kaki mempunyai komponen kuasa yang berbeza
di mana kuasa kaki mengukur kuasa kerja bagi menggerakkan keseluruhan berat badan.
Pengukuran kuasa tangan melibatkan penguncupan eksplosif kumpulan otot tangan dan
lingkungan bahu. Kuasa diukur dengan menyalurkan daya pada berat badan yang sama
pada semua subjek. Ujian melontar bola segar dan melontar bola (seperti melontar
peluru) adalah ujian yang diterima bagi mengukur kuasa tangan. Pada tahun 1921,
Sargent telah mencipta satu ujian kuasa untuk mengukur kuasa otot kaki. Ujian tersebut
dikenali sebagai ‘Ujian Lompat Sargent’.Bozard dan Cozens 1928, petikan Johnson dan
Nelson (1986) telah menggunakan ‘leap meter’ untuk mengukur lompat menegak
‘vertical jump’. Ujian Lompat Sargent telah digunakan oleh McCloy 1932, petikan
Johnson dan Nelson(1986) dalam mengukur prestasi atlit untuk acara olahraga seperti
melontar peluru seberat lapan paun, lompat tinggi, lari pecut 100 meter dan lompat jauh.
Dalam ujian ini McCloy mendapati ada kolerasi antara Ujian Lompat Sargent dengan
lompat tinggi dan lompat jauh. Sekiranya atlet memerlukan kuasa untuk membaling
- 16 -
objek yang berat, latihan yang sesuai ialah berlatih dengan mengangkat objek yang lebih
berat iaitu latihan kekuatan untuk kuasa (strength related power). Sekiranya atlit
memerlukan kuasa untuk melontar objek yang lebih ringan seperti bola baling, latihan
yang sesuai ialah melontar objek yang ringan dengan pantas iaitu latihan kepantasan
untuk kuasa. Mazzeti. Kraemer, volek, Duncan, Ratamess, Gomez, Newton, Hakkinen
dan Fleck ( 2000 ) telah menjalankan kajian tentang mengesan pengaruh penyeliaan
secara langsung ke atas latihan ketahanan untuk prestasi kekuatan. Tujuan penyelidikan
ini dibuat adalah untuk membandingkan perubahan yang berlaku pada tahap daya tahan
otot,daya tahan kardivaskular,ketangkasan,kepantasan dan kuasa otot. Kajian ini
dilakukan ke atas satu latihan rintangan berat yang berpandukan pada satu ujian berjadual
selama 12 minggu kepada 18 orang lelaki yang berumur antara 23 hingga 26 tahun, di
mana 10 orang subjek yang menjalani latihan di bawah penyeliaan jurulatih peribadi dan
8 orang subjek menjalani latihan dengan sendiri dan tidak diselia. Apabila kedua-kedua
kumpulan ini diuji didapati kumpulan yang berlatih di bawah penyeliaan jurulatih
peribadi berjaya menunjukkan kadar peningkatan yang tinggi dalam tahap daya tahan
otot,daya tahan kardiovaskular,ketangkasan,kepantasan dan kuasa otot berbanding
dengan kumpulan yang berlatih tanpa penyeliaan daripada jurulatih. Secara
keseluruhannya daya tahan otot,daya tahan kardiovaskular,ketangkasan,kepantasan dan
kuasa otot adalah saling berkait rapat antara satu dengan yang lain. Kelima-lima
komponen tersebut adalah merupakan elemen yang penting untuk menentukan
kecergasan fizikal seseorang. Untuk mencapai prestasi yang cemerlang seseorang atlit itu
hendaklah berlatih untuk mengekalkan tahap kelima-lima komponen kecergasan ini dan
juga komponen-komponen kecergasan yang lain.
- 17 -
Dapatan-dapatan daripada kajian ini merupakan sesuatu yang berharga kepada
guru Pendidikan Jasmani dan jurulatih bolasepak khasnya. Dengan dapatan-dapatan ini
mereka akan dapat merancang dan memilih aktiviti pelajar berdasarkan faktor-faktor
yang mempengaruhi tahap daya tahan otot,daya tahan
kardiovaskular,ketangkasan,kepantasan dan kuasa otot seseorang. Mereka juga boleh
menyediakan latihan-latihan yang bersesuaian untuk meningkatkan tahap daya tahan
otot,daya tahan kardiovaskular,ketangkasan,kepantasan dan kuasa otot untuk pemilihan
komponen terbaik bagi membentuk pasukan bola sepak.
- 18 -
KERANGKA KONSEPTUAL
Perbandingan tahap kecergasan fizikal Pemain Bola Sepak Bawah 12 Tahun
PengenalanKepentingan kecergasan fizikal dan komponen kecergasan fizikal
Penyataan MasalahMembandingkan tahap kecergasan fizikal
Pemain bola sepak
Rekabentuk Kajian Sampel Eksperimental 20 orang pemain bola sepak Kuantitatif bawah 12 tahun
Prosedur Kajian Megikut tertib komponen ujian yang
sepatutnya:
-Ujian daya tahan kardiovaskular -Ujian kuasa -Ujian kepantasan -Ujian ketangkasan -Ujian daya tahan otot
Instrument i. Bleep test Analisis Data
ii. Ujian Lompat jauh berdiri - Skor Piawai iii. Ujian lari pecut 30 meter - Ujian t iv. Ujian larian boomerang - Program SPSS v. Ujian burpee
- 19 -
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
Bahagian ini adalah perkara yang berkaitan dengan prosedur dan kaedah kajian
dalam menentukan bateri ujian dalam pemilihan pelajar bagi pasukan bola sepak bawah
12 tahun lelaki. Perkara yang dibincangkan dalam bab ini termasuklah reka bentuk
kajian, pembolehubah kajian, instrumen kajian, prosedur dan penganalisian data.
REKA BENTUK KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk quarsi-eksperimental ex-post factor.
Data kajian diperolehi daripada lima jenis Bateri Ujian Kecergasan Fizikal yang
menggunakan ujian pasca, iaitu melibatkan satu kumpulan pasca ujian. Bagi menentukan
tahap kecergasan fizikal, data dianalisis dengan menggunakan diskriptif, manakala untuk
menentukan ujian kecergasan fizikal yang sesuai digunakan untuk membentuk sesebuah
pasukan bola sepak, penyelidik menggunakan statistik inferensi.
PEMBOLEHUBAH KAJIAN
Dalam kajian ini, beberapa pembolehubah telah dikenalpasti, iaitu pembolehubah
tidak bersandar di mana ia adalah item ujian kecergasan fizikal dan pembolehubah
bersandar merupakan skor kecergasan fizikal. Pembolehubah ekstranus atau
pembolehubah sedia ada terdiri daripada faktor persekitaran, pengalaman dan sikap
peserta bertindak.
- 20 -
PROSEDUR PENGUJIAN DAN PENGUKURAN
Subjek diberi taklimat ringkas tentang tujuan ujian, prosedur, syarat serta skor
ujian yang akan diambil. Ujian ini akan dikendalikan oleh penguji dan tiga orang
pembantu dengan menggunakan kaedah pengukuran, pengujian dan penilaian yang telah
ditetapkan supaya menjamin kebolehpercayaan dan kesahan dapatan ujian.
Ujian ini akan diadakan dalam masa dua hari dengan melibatkan kelima-lima ujian
dijalankan serentak. Ujian-ujian ini dijalankan mengikut tertib yang sepatutnya
dijalankan. Ia adalah seperti berikut:
1. Ujian bleep
2. Lompat Jauh berdiri
3. Lari pecut 30 meter
4. Larian boomerang
5. Burpee
Satu masa rehat telah diperuntukan kepada subjek selama lima minit bagi setiap satu
ujian yang dijalankan.
- 21 -
INSTRUMEN KAJIAN
1. Bleep test
Objektif : Menguji daya tahan kardiovaskular
Kesahan : Tidak dilaporkan
Kebolehpercayaan : Tidak dilaporkan
Alatan :
1. Radio Kaset
2. Kaset
3. Jam randik
4. Wisel
5. Pita pengukur
Prosedur :
1. Subjek dikehendaki berada di satu hujung yang bertentangan
dengan permulaan apabila kedengaran bunyi ‘beep’.
2. Subjek dikehendaki meneruskan larian pada kelajuan ini, iaitu berada di satu
hujung setiap kali bunyi ‘beep’.
3. Selepas setiap minit jeda bunyi ‘beep’ berkurangan menandakan subjek perlu
berlari dengan pantas.
4. Subjek dikehendaki memastikan sebelah kaki berada dihujung.
5. Jika subjek tiba di garisan hujung sebelum bunyi ‘beep’ mereka dikehendaki
menunggu dan selepas bunyi barulah teruskan larian.
- 22 -
6. Setiap kali subjek dikehendaki berlari selama yang mereka tidak berupaya
mengekalkan kelajuan yang ditetapkan.
7. Bila keadaan ini berlaku, subjek perlu berhenti.
2. Ujian Lompat Jauh Berdiri (Standing Broad Jump Test)
Objektif: Mengukur kuasa pada bahagian kaki semasa melompat ke depan dari
kedudukan statik dengan betul dan tepat.
Kesahan : r = 0.607 (Johnson dan Nelson, 1986)
Kebolehpercayaan : r =0.963, (Johnson and Nelson, 1986)
Alatan :
1. Pita pengukur
2. Penanda
3. Serbuk kapur/tepung
Prosedur
1. Subjek berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu di belakang garisan.
2. Subjek membengkokkan lutut sambil menghayun tangan.
3. Subjek melompat ke hadapan seberapa jauh yang boleh.
4. Subjek diberi tiga kali percubaan.
5. Jarak yang terbaik dari dua percubaan dikira sebagai skor.
- 23 -
3. Ujian lari pecut 30 meter
Objektif : Ujian ini diadakan untuk mengukur kepantasan larian seseorang.
Kesahan : r = 0.81 (Ahmad Hashim, 2003)
Kebolehpercayaan : r = 0.93 (Ahmad Hashim, 2003)
Peralatan :
i. Jam randik
ii. Pita pengukur
iii. Penanda
Prosedur :
i. Subjek berdiri dibelakang garis mula.
ii. Subjek memulakan larian dari kedudukan berdiri.
iii. Arahan ‘sedia’ dan ‘mula’ apabila pembantu menjatuhkan tangan dan
dalam masa yang sama penguji mencatatkan masa permulaan.
iv. Masa dikira dari mula sehingga subjek tiba digarisan penamat. Subjek
dikehendaki berlari sepantas yang mungkin.
v. Subjek diberikan satu percubaaan sahaja.
Kiraan skor :
1. kiraan masa yang paling hampir dengan 0.1 saat apabila subjek tiba digarisan
penamat. Skor dikira berdasarkan masa yang terpantas diperolehi.
- 24 -
4. Ujian Ketangkasan Lari Boomerang
Objektif : Dapat menguji ketangkasan berlari dan menukar arah.
Kesahan : r = 0.82 lelaki (Johnson & Nelson 1986)
Kebolehpercayaan: r = 0.93 lelaki (Johnson & Nelson 1986)
Alatan :
1. Skital 5
2. Jam randik 1
3. Pita mengukur 1
Prosedur :
1. Peserta bersedia di garisan permulaan.
2. Apabila isyarat “mula”peserta berlari menuju ke skital tengah dan membelok ke
kanan dan menuju ke skital 2 serta menuju ke skital 1 dan ke skital 3
3. Selepas itu berlari menuju ke skital 1 , 4 dan 1 serta menuju ke garisan penamat.
4. Peserta diberi 2 kali percubaan dan masa terbaik akan dicatat.
**Peserta diberi sekali untuk percubaan sebelum memulakan ujian.
- 25 -
5. Ujian Burpee (Squat Thrust)
Objektif : mengukur daya tahan otot keseluruhan badan (otot-otot utama).
Kesahan : Kesahan lahir (face validity)
Kebolehpercayaan : Dilaporkan r = 0.97 jika ujian ini diberi pada hari-hari yang
berlainan.
Prosedur :
1. Berdiri tegak dengan tangan di tepi badan.
2. Bengkokkan lutut dan pinggang, letakkan tangan di atas lantai di hadapan
kaki.
3. Kedua-dua belah kaki diluruskan ke belakang ke kedudukan sokongan
hadapan.
4. Kembali semula ke kedudukan 1, dengan menarik semula kedua-dua belah
kaki dan terus berdiri lurus.
5. Satu kiraan akan dibuat setelah subjek melakukan langkah 1– 4 dengan betul
dan lakuan ini diulang sebanyak yang mampu.
6. Kiraan ditamatkan apabila subjek berhenti atau rehat.
Skor : Bilangan ulangan yang betul dicatatkan sebagai skor.
- 26 -
PERSAMPELAN
Dalam permilihan sampel, penyelidik telah memilih seramai 20 orang pemain bola sepak
bawah 12 tahun 2008, Sekolah Kebangsaan Segambut Kuala Lumpur. Pasukan bola
sepak bawah 12 tahun Sekolah Kebangsaan Segambut merupakan johan dalam
pertandingan bola sepak bawah 12 tahun Zon Sentul pada tahun 2008.
PENGUMPULAN DATA
Subjek dikehendaki mencatatkan biodata diri dalam borang skor. Data mengenai
kecergasan fizikal yang diperolehi daripada ujian yang dijalankan akan dicatatkan di
dalam borang skor untuk di proses.
PENGANALISISAN DATA
Data-data yang diperolehi adalah dalam bentuk skor mentah dan akan ditukarkan
kepada bentuk piawai. Bagi menganalisis skor-skor yang diperolehi daripada ujian yang
akan dijalankan program SPSS akan digunakan.
- 27 -
Rujukan Utama
American Alliance For Health,Physical Education,Recreation And Dance(1980) AAHPERD Health Related Physical Fitness Test Manual. Reston,VA: Author.
Allsen,P.E,Harrison,J.M. Vance,B.(1995).Fitness For Life An Individualized Approach.Oxford,England: WCB Brown And Benchmark Publishers.
Ahmad Hashim,(2004). Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjong Malim: Quantum
Books.
Baumgartner,T.A.Jackson,A.S (1995) Measurement For Evaluation In Physical Education And Exersice Science(6th ed.) New York:WCB Mc Graw Hill.
Corbin C.B, Lindsey.R. (1997).Concepts of Physical Fitness with Laboratories.Chicago: Brown and Benchmark Publishers.
Howky,Edward T.&Franks,B.Don (1997). Health Fitness Instructors Handbook.USA: HUMAN Kinetics.
Johnson,B.L. and Nelson,J.K.(1986).Practicl measurement for evaluation in physical education(4th ed.).Minnesota:BurgessPublishing Company.
Prentice, E.W.(1994). Fitness For College and Life .USA: Masby Year Book Inc.
- 28 -
Rujukan Berkaitan Komponen Ujian
KETANGKASAN
Ahmad Hashim,(2004). Pengukuran Kecergasan Motor: Quantum Books Tanjung Malim.
Baechie,T.R.(1994). Essentials of Strength Training and Conditioning.Champaign,Illinois:Human Kinetics
Barrow, H.M & Mc Gee.R.(1979). A Practical Approach To Measurement for Evaluation in Physical Education (3rd ).Phil: Lea & Febiger.
Baumgartner, T.A and Jackson, A.S. (1991). Measurement for Evaluation in Physical Education and Exercise Science (4th ed.). Dubuques :Wm.C.Brown.
Curtis J.E, & Russel S.J.(1997). Physical Activity In Human Experience Interdiciplinary Perspectives. Champaign, Illinois : Human Kinetics.
David K. Miller. (1998). Measurement by physical educator : why and how (3rded).
United State of America : A Division of The Mc Graw Hill Companies.
Gallahue,D.L.(1987).Developmental Physical Education For Today’s Elementary School Children.New York:MacMillan Publishing Company.
Gates, D.P and R.P Sheffirld, (October1987). Test Of Change of Direction as Measurement of Different Kinds of Motor Ability of 7th ,8th Grades, Research
Quarterly 11: 136-147.
Hastad,D.H., and Lacy,A.C.(1989).Measurement and Evaluation in Contemporary Physical Education.Scottdal,A.Z.:Gorsuch Scarisbrick.
Howley,E.T.et al.(1997). Health Fitness Instructor’s Handbook. USA:Human Kinetics.
Heyward V.H. (1991). Advanced Fitness Assessment and Exercise Prescribetion. Champaign : Human Kinetics
Johnson, B.L. and Nelson, J.k (1992). Practical Measurement and Evaluation in Physical Education (4th ). Edina, Minnesota : Burgess Publishing.
- 29 -
Kershaw,A.et.al.(1995). Senior Personal Development, Health and Physical Education.Australia:McGraw-Hill Book Company
Miller, D.A.(1988). Measurement by the Physical Educator. Indianapolis: Benchmark Press.
Morrow Jr., Jackson, A.W., Dish, J.G, & Mood, D.P. (1995). Measurement and Evaluation in Human Performance. Champaign : Human Kinetics
Safrit, M.J.(1990).Introduction to Measurement in Physical Education and Exercise Science.St.Louise:Times Mirror/Mosby.
Sharkey, B.J (1977) Fitness and Health (4th ed). Champaign : Human Kinetics.
Sheikh Kamarudin Bin Sheikh Ahmad.(1987).Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 1. Kuala Lumpur: Persatuan Pendidikan Jasmani Dan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
Strand,B.N.et.al.(1993).Assessing Sport Skills. Kingswood: Human Kinetics Publishers.
DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
Morrow J.R,Jackson A.W,Disch J.G,Mood D.P (2004) Measurement an evaluation in human performance (3 rd ed.).united States.Human Kenetics.
Tortora G.R , Derrickson B.(2006)Principles of Anatomy and Physiology.(11th ed.).United States.John Wiley and Son Inc.
Johnson, B.L.,& Nelson, J.K. (1996). Practical Measurement For Evalution In Physical
Education (4th .ed.).United States: Macmillan Publishing Company.
Power S .K, Howley E.T ( 2007 ).Exercise Physiology (6th ed.).United States.McGraw- Hill
Corbin,C.B.,& Lindsey,R. (1994). Concept Of Physical Fitness With Laboratories (8th ed.).Dubuque:Wm.C.Brown Publishers.
Hastad, D.N., Lacy, A.C. (1998). Measurement and Evalution In Physical Education and Exercise Science. United States :Allyn and Bacon.
- 30 -
KirKendall, D.R., Gruber, J.J., Johnson, R.E. (1987). Measurment and Evaluation for Physical Educators .(2nd.ed.), United States: Human Kinetics.
Lakata, E., Fleg, J.L., Connor, F.C., Goldberg, A.G., Hagberg, J.M., & Becker, L.C. (1996). Exercise can boost cardiac fitness in conditioned and out of
shape older people. Satrit, M.J., Wood, T.M. (1989). Measurement Concepts in Physical Education and Exercise Science. United States: Human Kinetics Books.
Martini, F.H., Bartholomew, E.F. (1997). Essential of anatomy & Physiology (2nd.ed.). New Jersey : Prentice-Hall,Inc.
McArdle, W.D.,Katch, F.I,Katch,V.L. (1991). Exercise Physiology :Energy, Nutrition and Human Performance. USA: Lea & Febiger.
Safrit, M.J. (1981). Evalution In Physical Education (2nd ed.).New Jersey : Prentice-Hall,Inc.
Heyward, V.H. (1998). Advanced Fitness Assessment & Exercise Prescription ( 3rd. ed). United States :Human kinetics.
KEPANTASAN
AAHPERD, ( 1976 ). Youth Fitness Manual. Reston, Va: AAHPERD.
Barry L. Johnson & Jack K. Nelson, (1986). Practical Measurements For Evaluation In Physical Education. Fouth Edition. USA. Burgess Publishing.
Botwinick, J., and L. Thompson, “Age Difference in Reaction Time : An Artifact?” Gerontologist 8:25 – 28, 1968.
Christina, R.W., “Influence of Enforced Motor and Sensory Sets on Reaction Latency and Movement Speed.” Research Quarterly 44:483 – 487, Dis. 1973.
Clarke, D.H. Correlation Between the Strength/Mass Ratio and the Speed of an Arm Movement.” Research Quarterly 31:570 – 574, December 1960.
Cammisa, K.M. (1994). Educational Kinesiology with Learning Disabled Children: An Efficacy Study. Perceptual Motor Skill, 78, 105-106.
- 31 -
Crowder, V.R. (1966). A Comparison of the Effects of Two Method of Strength Training on Reaction Time. Unpublished master” s thesis, Louisiana State University, Baton Rouge.
Damien Davis, Tom Kimmet & Margaret Auty, (1986). Physical Education Theory and Practice. South Melbourne : The MacMillan Company of Australia Pty. Ltd. Pg.43 – 46.
Henry, F.M., “Increase in Speed of Movement by Motivation and by Transfer of Motivated Improvement.” Research Quaterly 22:219 – 228, May 1951.
Inai, N. Yamanishi, M & Tada, S. (1995). Simple Reaction Times and Timing of Serial Reaction of Adolescent with Mental Retardation, Autism and Down Sindrom. Perceptual and Motor Skill, 81, 739 – 745.
Joyce M. Hawkins, (1999). The Oxford Minidictionary. 3rd. Edition.Oxford. Oxford University Press.
Johnson Barry L. & Nelson Jack K., (1992). Practical Measurements and Evaluation in Physical Education. (4th ed). Edina, Minnesota: Burgess Publishing.
Johnson, R.E. & Lavay, B. (1995). Fitness Testing for Children with SpecialNeeds An Alternative Approach. Journal of Physical Education Recreation and Dance. 60(8), 50-53.
Kobashi, N. & Sugiyama, Y. Simple Reaction Times and Timing of SerialReaction of Adolescent with Mental Retardation, Autism and Down Sindrom. Perceptual and Motor Skill. 81, 739-745, (1995).
Kreighbaum, E. & Barthels, K.M. (1990). Biomechanics : A Qualitative Approach For Studying Human Movement. (3rd ed.). New York : Macmillan Company.
Martini Bartholomew (2000), Essentials of Anatomy and Physiology. SecondEdition. New Jersey, Prentice- Hall, inc.
Magill, R.A. & Powell (1975), F.M. Is the Reaction Time-Movement Time Relationship ‘Essentially Zero ?’ Perceptual and Motor Skills.41:720-722.
Marieb, E.N. (1998). Human Anatomy and Physiology. California: Benjamin / Cumming Pub.
- 32 -
McCloy C. H, dan N. D. Young, (1954). Test and Measurements in Health and Physical Education. (3rd ed) New York : Appleton-Century-Crofts.
Meadows, P.E. (1959). The Effect of Isotonic & Isometric Muscle Contraction Training On Speed, Force & Strength. Microcarded Doctoral Dissertation, University of Illinois, Urbana-Champaign.
Rex Hazeldine (1985). Fitness for Sport. Marlborough Crowood .
Richard A. Magill (1985). Motor Learning: Concepts and Applications. 2nd. Edition. USA. WM. C. Brown Publishers.
Scott K. Powers and Edward T. Howley(2001). Exercise Physiology. Fourth Edition. United States. The McGraw-Hill Companies, Inc.
Taimela, S. Reaction Between Speed of Reaction and Psychometric Test of Mental Ability in Musculosketel Injury - Prone Subjects. Perpetual and Motor Skill, 70: 155 – 161, (1961).
Vivivan H. Heyward. (1991). Advanced Fitness Assesment & Exercise Prescription. Illinois. Human Kinetics Publishers, Inc.
DAYA TAHAN OTOT
Astrad, P.O., & Rodahl, K. (1986). Textbook of Work Physiology: Physiology Based of Exercise (3rd ed.). New York: McGraw-Hill, inc.
A. Raman, Ruby Husain, M. Afandi Muhamad. (1995). Fisiologi Manusia (Edisi Kedua). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti dn. Bhd.
Barnes, W. S. (1985). Isokinetic Endurance of Men of High an Low Strength. Perceptual and Motor Skill, 60, 26.
Baumgartner, T. A. (1995), Objectivity and Reliability of 90 Degree Push-up for College
Students. Research Quarterly for Exercise and Sport. March 1995 supplement. Pp A-47
– A-48.
Bylund, A. C., Bjuro, T., Cederblad, G., Holm, J., Lundholm, K., Sjostorm, M.,
Angquist, K. A., & Schersten, T. (1997). Physical Training in Man: Skeletal
Muscle Metabolisme in Relation to Muscle Morphology and Running Ability.
- 33 -
European Journal of applied Physiology an Occupational Physiology, 35. 151 –
169.
Corbin, C. B., & Lindsey, R. (1985). Concepts of Physical Fitness With Laboratories. (6th ed.). Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown Publishers.
Huczel, H. A., & Cark, D. H. (1992). A Competition of Strength and Muscle Endurance in Strength-Trained and Untrained Women. European Journal of Applied Physiology an Occupation Physiology, 67, 467 – 470.
Ingjer, F., & Brodal, P. (1978). Capillary of Skeletal Muscle Fiber in Untrained and Endurance Trained Women. European Journal of Applied Physiology and Occupational Physiology, 38. 291-299.
Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986), Practical Measurement for Evaluation in Physical Education, (4th ed.). Minneapolis, Minnesota: Burgess Publishers Co.
MacFarlane, P. A. (1993). Out With the Sit-up, in With the Curl-up. Journal of
Physical Education, Recreation and Dance, 64 (6). 62 – 66.
Margaret, J. S., Welmo, Z., Glaucia, M.C., & Liru, Z. (1992). The Difficulty of Sit-up Tests: An empirical Investigation. Research Quarterly of Exercise and Sport, September 1992. Pp 227-283.
Ross, J. S., & Wilson, K. J. (1973). Foundation of Anatomy and Physiology (4th Ed.). London: Longman Group Limited. Pp 20.
Suominen, H., Hakkinen, E., Liesen. H., Michel, D., & Hollmann, W. (1997). Effects of 8 Weeks Endurance Training of Skeletal Muscle Metabolisme in 56-70 Year’s Old Sedentary Men. European Journal of Applied Physiology and Occupational Physiology, 37. 173-180.
Vondra, K., Brodan. V., Bass, A., Kuhn, E., Teisinger, J. Andel, M., & Veselkova, A., (1981). Effects of Sleep Deprivation on the Activity of Selected Metabolic Enzymes in Skeletal Muscle. European Journal of Applied Physiology an Occupational Physiology, 47, 41-46.
- 34 -
KUASA
Barrow, H.M., & Mc Gee, R. (1979). A practical approach to measurement in physical education. (3rd ed.). Philadelphia: Lee & Febiger.
Baumgartner, T.A., & Jackson, A.S. (1991). Measurement for evaluation in physical education and exercise science. (4th ed.). Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown.
Corbin, C.B., & Lindsey, R. (1994). Concepts of physical fitness with laboratories. (8th ed.). Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown.
Davis, B., Bull, R., Roscoe, J., & Roscoe, D. (2000). Physical education and the study of sport. United Kingdom: Mosby.
Doherty, K. (1984). The meaning of strength, power, velocity: track and field. (4th ed.). Los Altos, Carlifornia : TAF News Press.
Don.B. (2002). Strength Power Anaerobic Energy System: Test standing long ump (Broad Jump).Dari: (http://topandsports.com/testing/test/longjump.htm (14 Disember 2003)
Fox, E.L., Bowers, R.W., & Foss, M.L. (1988). The physiological basis of physical education and ethletics. (4th ed.). Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown.
Fox, E.L., & Mathews, K. (1981). The physiological basic of physical education and athletics. Philadelphia: Saunders College.
Fox, E.L., Bowers, R.W., & Costil, D.L. (1988). The physical education and athletics. (4th ed.). Dubuque, Iowa: Wm.C. Brown.
Johnson, B.L., & Nelson, J.K. (1986). Practical measurements for evaluation in physical education. (4th ed.). Edina, Minnesota: Burgess Publishing.
Malpeli, R., Harton, M. & Davey,G. (1994). Physical education vec unit 3 & 4. South Melbourne: Nelson ITP.
Martini, Bartholomew. (2000). Essentials of anatomy & physiology. (2nd). New Jersey : Prentice Hall.
Mayhew, J.L. (1999). Relationship Between Strength Measurements and Physical Performance in College Women. Dari :
- 35 -
(http://www.Iowahperd.org/journal/RELATIONSHIP_BETWEEN_ISOM.html (14 Disember 2003).
Powers, S.K., & Howley, E.T., (2001). Exercise physiology (4th ed.). New York: McGraw-Hill.
Sargeant Jump Test. (2003). Dari : http://www.brianmac.demon.co.uk/sgtjump.htm (14 Disember 2003).
Sienna, P.A. (1989). One Rep Max: A Guide To Beginning Weight Training. Benchmark Press.
Wilmore, J.H., & Costill, D.L., (1988). Training for sport and activity,the physiological basis of the conditioning. (3rd ed.). Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown.
- 36 -