387-771-1-SM

8

Click here to load reader

Transcript of 387-771-1-SM

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    120

    PENGGUNAAN KAEDAH SEPU-TA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN

    MURID LEMAH TAHUN 2 BRILLIANT

    DALAM PENOLAKAN DENGAN

    PENGUMPULAN SEMULA

    Roseliszai Binti Mohd & Ym. Dr. Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal, Ph.D

    Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail [email protected]

    Abstrak

    Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan

    murid lemah Tahun 2 Brilliant Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa dalam topik

    penolakan dengan pengumpulan semula. Pelbagai kesalahan dan juga kesilapan

    yang dapat dikesan melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran,temu bual serta analisis dokumen seperti lembaran kerja, buku

    latihan dan ujian diagnostik. Hasil tinjauan mendapati bahawa murid-murid

    melakukan beberapa pola kesilapan seperti tidak mengumpul semula, tidak

    mengurangkan nilai bagi nombor yang telah berlaku proses peminjaman, dan

    kesilapan dalam pengiraan. Empat orang peserta kajian telah dipilih

    berdasarkan kelemahan mereka menguasai penolakan dengan pengumpulan

    semula. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan seorang

    murid perempuan. Sebanyak lima sesi rawatan yang di jalankan serta

    melibatkan dua gelungan kajian. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan

    instrumen ujian, dokumen serta temu bual. Analisis perbandingan ujian pra dan

    ujian pos menunjukkan peningkatan tertinggi adalah 100 %. Hasil dari temu

    bual pula menunjukkan peserta kajian lebih suka menggunakan Kaedah SEPU-

    TA. Ini menunjukkan bahawa kaedah ini dapat meningkatkan penguasaan

    murid lemah dalam topik penolakan dengan pengumpulan semula.

    Kata kunci : kaedah SEPU-TA, penolakan dengan pengumpulan semula, pola

    kesilapan

    PENDAHULUAN

    Matematik merupakan satu bidang yang tidak asing lagi di dunia ini. Apabila kita berbicara

    tentang Matematik, maka kita akan mula mengaitkannya dengan nombor.Matematik ini

    boleh didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti, corak struktur,

    perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah.

    Matematik juga ialah penyiasatan yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik

    dan simbol matematik. Matematik memainkan peranan yang begitu penting dalam pelbagai

    aspek di dunia ini.Ketidakfahaman sesuatu konsep melibatkan operasi asas menyebabkan

    timbul perasaan negatif murid terhadap subjek Matematik. Operasi tolak merupakan salah

    satu kemahiran asas yang menimbulkan masalah terhadap murid sekolah rendah terutamanya

    kemahiran yang melibatkan penolakan dengan mengumpul semula.Berdasarkan kenyatan

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    121

    tersebut, kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mempertingkatkan penguasaan terhadap

    salah satu kemahiran asas Matematik iaitu penolakan nombor dengan mengumpul semula

    supaya murid- murid dapat mengukuhkan penguasaan asas Matematik pada peringkat awal

    iaitu bagi murid-murid tahap satu.

    FOKUS KAJIAN

    Pengkaji telah menggunakan instrument analisis dokumen (lembaran kerja murid, buku

    latihan dan rekod keputusan Ujian Diagnostik), pemerhatian dan temu bual bagi tujuan

    tinjauan masalah.

    Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa isu yang berkaitan

    dengan masalah ini:

    6. Bersikap pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran apabila melibatkan topik penolakan dengan pengumpulan semula.

    7. Tidak mampu menguasai kemahiran kedua di dalam operasi tolak iaitu mengumpul semula.

    8. Melakukan operasi tolak secara terus tanpa menimbangkan kedudukan nombor tersebut sama ada berada di bawah atau di atas.

    9. Tidak menunjukkan proses pengumpulan semula. 10. Tidak dapat melakukan penolakan pada nombor yang telah dikumpul semula dengan

    tepat.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Menentukan sama ada penggunaan kaedah SEPU-TA meningkatkan penguasaan murid

    lemah Tahun 2 Brilliant SK Pulau Rusa dalam penolakan dengan mengumpul semula

    Persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini ialah:

    1) Adakah penggunaan kaedah SEPU-TA dapat meningkatkan penguasaan murid lemah Tahun 2 Brilliant membuat penolakan dengan mengumpul semula?

    KUMPULAN SASARAN

    Kumpulan sasaran pengkaji melibatkan 4 orang murid Tahun 2 Brilliant di Sekolah

    Kebangsaan Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Peserta kajian yang dipilih seramai 4 orang

    terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan.Peserta kajian terdiri

    daripada murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang sederhana.

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    122

    TINDAKAN

    Pengkaji telah memilih satu model kajian tindakan yang dipelopori oleh Stephan Kemmis

    dan Mc Taggart (1988).

    Rajah 1: Gelungan Kajian Tindakan (Stephan Kemmis & Mc Taggart, 1988)

    Mereflek

    Dalam model yang telah dipilih, pengkaji akan memulakan kajian dengan melakukan refleksi

    terdapat sesuatu isu yang timbul sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran sewaktu

    menjalankan praktikum. Pengkaji telah membuat refleksi terhadap masalah yang timbul

    dalam penolakan dengan mengumpul semula yang dihadapi oleh murid Tahun 2 Brilliant.

    Merancang

    Pengkaji telah membuat satu perancangan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

    Pengkaji telah melakukan pembacaan terhadap kajian-kajian lepas berkaitan dengan

    permasalahan yang telah dipilih dan mendapatkan maklumat yang berkaitan. Dalam

    peringkat ini, pengkaji membina satu kaedah yang bersesuaian dengan kesilapan yang sering

    dilakukan oleh peserta kajian semasa menjawab soalan penolakan dengan mengumpul

    semula.

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    123

    Bertindak

    Peringkat tindakan pula merupakan langkah yang akan diambil oleh pengkaji untuk

    melaksanakan perancangan yang telah di buat ke atas peserta kajian-peserta kajian yang telah

    dikenalpasti. Dalam peringkat ini, pengkaji akan membina satu alat berdasarkan kaedah yang

    bersesuaian setelah dapat mengenalpasti punca sebenar berlakunya kesilapan. Alat yang

    dibina berdasarkan kepada kesilapan-kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid. Namun,

    sebelum mendedahkan murid-murid dengan kaedah serta alat yang dibina, pengkaji akan

    mendedahkan murid- murid dengan satu ujian pra bagi mengesan perubahan pencapaian

    sebelum dan selepas penggunaan kaedah dan alat yang dicipta. Selepas itu, pengkaji akan

    mendedahkan peserta kajian dengan kaedah dan alat yang dibina untuk membantu mengatasi

    kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian.

    Pemerhatian

    Langkah ini merupakan langkah yang penting bagi memastikan samada hasil dapatan

    berjaya mencapai objektif ataupun tidak dan juga menentukan keperluan terhadap

    pelaksanaan gelung yang seterusnya ataupun tidak. Sekiranya kajian ini gagal atau tidak

    mencapai sasaran, pengkaji perlu mengenalpasti punca kegagalan dan mengadakan kajian

    semula dengan penambahbaikkan.

    Gelung kedua

    Dalam kajian ini, pengkaji mendapati kajian ini kurang mencapai sasaran yang dikehendaki.

    Pengkaji mendapati masalah utama yang membawa kepada keadaan ini adalah alat intervensi

    itu sendiri. Keadaan ini membawa pengkaji kepada gelung kedua dalam kajian ini.

    Refleksi kedua

    Pada peringkat ini, pengkaji menentukan sama ada kajian berjaya atau tidak berdasarkan

    kesemua dapatan hasil kajian yang diperoleh pada gelung pertama. Pada gelung kedua ini,

    pengkaji menyatakan penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada peserta kajian yang

    dipilih.

    Perancangan kedua

    Dalam gelung kedua, pengkaji memulakan semula kajian daripada peringkat refleksi. Pada

    masa ini, pengkaji merancang untuk menambahbaik kajian. Pada peringkat perancangan,

    kaedah dan cara yang digunakan masih lagi sama dengan sebelum ini. Namun begitu,

    terdapat suatu penambahbaikkan pada alat intervensi yang diharap dapat memberikan kesan

    yang berbeza kepada peserta kajian yang dipilih untuk gelung kedua.

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    124

    Tindakan kedua

    Pada peringkat tindakan, intervensi kedua dilaksanakan dengan penambahbaikkan yang telah

    dilakukan. Pemerhatian berstruktur juga dilakukan pada masa ini. Satu lagi ujian pos (ujian

    pos 2) telah dilaksanakan bagi menilai keberkesanan penambahbaikkan tersebut. Setelah

    selesai, satu temubual dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan peserta kajian tentang

    penambahbaikan pada alat intervensi.

    Pemerhatian kedua

    Pada fasa pemerhatian kedua ini, pengkaji akan mendapatkan maklumat tentang kajian yang

    dijalankan melalui pemerhatian 2 dan ujian pos 2. Dapatan daripada ujian pos 2 dan

    pemerhatian 2 ini akan dibandingkan dengan ujian pos 1 dan pemerhatian 1. Pengkaji juga

    akan menilai pandangan peserta kajian daripada temubual akhir.

    ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

    Meningkatkan penguasaan murid lemah Tahun 2 Brilliant membuat penolakan dengan

    mengumpul semula menggunakan kaedah SEPU-TA

    Rajah 2: Analisis peratusan dapatan antara ujian pra dan ujian pos

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    80

    90

    100

    ALI BADRI CAIROL DHIA

    MA

    RK

    AH

    ( %

    )

    PESERTA KAJIAN

    GRAF PERBANDINGAN MARKAH UJIAN PRA DAN

    UJIAN POS 1

    UJIAN PRA

    UJIAN POS

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    125

    Rajah 3: Analisis peratusan dapatan markah peserta kajian gelung kedua.

    Berdasarkan Rajah 2 di atas, semasa ujian pra, hanya seorang peserta kajian yang

    memperolehi markah iaitu sebanyak 32%. Manakala tiga peserta kajian lagi mendapat 0%

    kerana melakukan kesalahan dalam menjawab item yang diberikan. Hasil dapatan peratusan

    ujian pos 1 meningkat hingga 92 %. Rajah 3 pula menunjukkan markah yang diperolehi oleh

    peserta kajian yang terlibat dalam gelung kedua. Dalam ujian pra gelung kedua, peserta

    kajian hanya memperolehi markah sebanyak 32%. Manakala bagi ujian pos bagi gelung

    kedua, peserta kajian telah berjaya memperolehi markah sebanyak 100 %.

    Meningkatkan peratusan markah peserta kajian yang dapat menjawab item yang

    diberikan dengan betul.

    Bagi mendapatkan peningkatan markah bagi setiap peserta kajian di antara ujian pra dan

    ujian pos, pengkaji telah membuat graf peratusan peningkatan markah bagi setiap peserta

    kajian dalam gelung pertama dan juga gelung yang kedua.

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    Cairol

    MA

    RK

    AH

    ( %

    )

    PESERTA KAJIAN

    GRAF PERBANDINGAN MARKAH PESERTA

    KAJIAN GELUNG KEDUA

    Ujian Pra

    Ujian Pos 2

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    126

    Rajah 4: Graf peningkatan markah di antara ujian pra dan ujian pos 1.

    Berdasarkan rajah di atas, peningkatan markah yang paling ketara ditunjukkan oleh peserta

    kajian keempat iaitu sebanyak 92 % dan hanya peningkatan kecil yang ditunjukkan oleh

    peserta kajian ketiga iaitu sebanyak 32 %.

    Rajah 5: Graf peningkatan markah di antara ujian pra dan ujian pos 2.

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    ALI BADRI CAIROL DHIA

    PEN

    ING

    KA

    TAN

    MA

    RK

    AH

    ( %

    )

    PESERTA KAJIAN

    GRAF PENINGKATAN MARKAH DI ANTARA UJIAN PRA

    DAN UJIAN POS 1

    MARKAH

    0

    20

    40

    60

    80

    CAIROL

    MA

    RK

    AH

    ( %

    )

    PESERTA KAJIAN

    GRAF PENINGKATAN MARKAH DI

    ANTARA UJIAN PRA DAN UJIAN POS 2

    PENINGKATAN MARKAH

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    127

    Berdasarkan rajah di atas, peningkatan markah sebanyak 68 % ditunjukkan oleh peserta

    kajian yang terpilih untuk menjalani gelung yang kedua. Hasil daripada pelaksanaan gelung

    kedua ini, peserta kajian yang telah terpilih menunjukkan peningkatan keseluruhan sebanyak

    100 % hasil daripada pelaksanaan intervensi ini.

    PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

    Penguasaan murid lemah dalam membuat penolakan dengan mengumpul semula.

    Hasil dapatan kajian membuktikan terdapat peningkatan terhadap pencapaian peserta kajian

    dalam menyelesaikan masalah dalam penolakan dengan pengumpulan semula. Ini dapat

    dilihat pada peningkatan markah bagi ujian pra dan ujian pos 1 serta ujian pos 2. Peningkatan

    paling drastik adalah sebanyak 100 % di mana peserta kajian tersebut telah di bawa untuk

    menjalani gelung kedua kajian ini. Ini bermakna, murid yang menghadapi masalah dalam

    penyelesaian masalah penolakan dengan pengumpulan semula boleh dibantu dengan

    menggunakan kaedah SEPU-TA kerana ianya turut menggunakan alat bantu mengajar yang

    dapat memberikan gambaran yang lebih kukuh kepada murid dalam melakukan penolakan.

    RUJUKAN

    Lew Moi Mooi. (Eds). (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan Penulisan Laporan.

    Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.

    Mok Song Sang. (2000). Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah )

    Semester 1.

    Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

    Mok Song Sang. (2000). Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan.

    Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

    Noraini Idris (2008). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik.

    Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

    Sufean Hussin ( 1992). Pengajaran Matematik KBSR Strategi Membina Kemahiran.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ting Len Siong, Ahmad Sabry, & Ting Hun Yong. ( 2013). Penyelidikan Tindakan

    Dalam Pendidikan.

    Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd.