392-781-1-SM

download 392-781-1-SM

of 10

description

s

Transcript of 392-781-1-SM

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    169

    PENGGUNAAN TEKNIK JaKUN MEMBANTU MURID TAHUN DUA

    CEMERLANG MEMBUNDAR NOMBOR BULAT KEPADA PULUH DAN RATUS

    TERDEKAT

    Oleh:

    Muhammad Shamin bin Ghazali & Mazlan bin Ibrahim

    Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato Razali Ismail [email protected] & [email protected]

    ABSTRAK

    Kemahiran membundarkan nombor bulat kepada puluh dan ratus

    terdekat merupakan topik yang agak sukar untuk difahami oleh

    murid-murid. Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengatasi masalah

    murid Tahun 2 Cemerlang dalam membundarkan nombor bulat dalam

    lingkungan 1 000 kepada puluh dan ratus terdekat menggunakan

    teknik JaKUN iaitu jalur kertas urutan nombor. Seramai 5 orang

    murid Tahun 2 Cemerlang, Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong

    dipilih sebagai responden berikutan lemah dalam kemahiran

    membundar nombor bulat kepada puluh dan ratus terdekat. Data

    diperoleh melalui analisis markah ujian pra dan ujian pasca, tembual

    serta analisis dokumen yang dilakukan selepas sesi intervensi bagi

    teknik JaKUN. Hasil analisis data mendapati kesemua responden

    gagal mencapai 40% skor dalam ujian pra. Dalam ujian pasca,

    kesemua responden menunjukkan peningkatan yang positif kerana

    meningkat kepada 75% dan ke atas. Teknik JaKUN tururt disokong

    oleh hasil temubual responden kerana keberkesanannya dalam

    menguasai kemahiran membundar. Dapatan dan intepretasi data

    menunjukkan bahawa penggunaan teknik JaKUN membantu

    responden meningkatkan kemahiran membundar serta mengubah

    keupayaan murid untuk membundar nombor bulat dalam lingkungan

    1 000 melibatkan puluh dan ratus terdekat.

    Kata kunci: JaKUN, Membundar, Puluh Terdekat, Ratus Terdekat,

    Kemahiran, Keupayaan

    PENDAHULUAN

    Subjek Matematik merupakan salah satu subjek yang sangat penting dalam proses

    pembelajaran murid-murid sejak dari awal pendidikan sehinggalah ke peringkat yang lebih

    tinggi. Seharusnya penekanan awal perlu dilakukan kerana ia sedikit sebanyak akan

    mempengaruhi proses penerimaan ilmu Matematik yang lebih kompleks kelak. Berdasarkan

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    170

    pemerhatian semasa di sekolah berkaitan Matematik, ramai guru memberikan respons

    bahawa kebanyakan murid mengalami kesukaran dan menjadi subjek kritikal dalam

    pembelajaran mereka. Hal ini kerana penguasaan konsep asas dalam sesuatu topik Matematik

    yang kurang mantap. Contohnya penguasaan konsep bundar kepada murid tahun 2. Topik

    bundar merupakan pengenalan asas kepada murid-murid kerana mereka tidak pernah

    mempelajarinya lagi sebelum ini. Membundar ialah sejenis anggaran dalam topik nombor

    bulat. Membuat anggaran adalah satu kemahiran penting dalam Matematik. Selalunya, kita

    perlu membuat anggaran tentang nilai-nilai dalam kehidupan seharian kita. Ini juga termasuk

    anggaran tentang duit, masa, jarak, berat dan sebagainya. Tambahan pula murid-murid

    bermasalah dalam kemahiran menyelesaikan soalan pembundaran nombor bulat melibatkan

    puluh dan ratus terdekat.

    Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji telah mencari alternatif lain bagi memudakan lagi

    proses serta kemahiran pengiraan murid-murid khususnya murid berpencapaian rendah.

    Kaedah pengkaji yang diilhamkan daripada penggunaan jalur kertas urutan nombor diberi

    nama sebagai teknik JaKUN. Jalan pengiraan atau teknik untuk menyelesai masalah

    membundarkan nombor sebenarnya tidak mempunyai jalan pengiraan yang khas. Ia berbeza

    dengan menyelesaikan empat operasi asas dalam Matematik yang mempunyai jalan

    penyelesaian yang khusus iaitu bentuk lazim. Bagi topik membundarkan nombor, ia lebih

    menyarankan murid-murid untuk membuat garis nombor terdahulu dalam proses mencari

    jawapan. Dengan adanya kajian dengan lebih mendalam, proses penyelesaian masalah dalam

    membundar boleh ditetapkan untuk memudahkan murid-murid.

    Menurut Vivienne P. Joannou (2006), this method of working out an approximate answer is called rounding off. When we are asked questions to round off a number, we will always be

    given the state of accuracy with it. Jelas di sini bahawa membundar merupakan kaedah menganggar jawapan bagi sesuatu nombor. Sememangnya kemahiran menganggar dan

    membundar menjadi masalah kepada murid-murid. Ini kerana ia memerlukan daya imaginasi

    yang tinggi untuk menguasainya. Bagi murid lemah, mereka memerlukan bantuan atau

    pemangkin untuk lebih jelas tentang bundar. Melalui teknik JaKUN, pengkaji menerapkan

    penggunaan nombor besar dan nombor kecil beserta 4 langkah yang telah ditentukan.

    Pengkaji menekankan peningkatan kemahiran murid dalam membundar bagi memudahkan

    mereka menunjukkan proses pengiraan dengan betul dan cepat.

    FOKUS KAJIAN

    Pengkaji menggunakan instrumen ujian diagnostik, pemerhatian dan temu bual tak formal

    bagi tujuan tinjauan awal masalah. Pengkaji dapat mengenal pasti beberapa isu yang

    berkaitan dengan masalah ini:

    1. Murid tidak dapat menguasai kemahiran membundar nombor bulat dengan betul. 2. Murid tidak memahami teknik garis nombor melengkung yang diajar pada proses

    P&P yang lalu.

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    171

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam

    membundar nombor bulat dalam lingkungan 1 000 kepada puluh dan ratus terdekat

    Objektif khusus kajian tindakan pengkaji adalah:

    1. Membantu murid menguasai kemahiran membundar nombor bulat dalam lingkungan 1000 kepada puluh dan ratus terdekat menggunakan teknik JaKUN.

    2. Meningkatkan pencapaian murid dalam pembundaran nombor bulat dalam lingkungan 1000 kepada puluh dan ratus terdekat menggunakan teknik JaKUN.

    Persoalan kajian yang dinyatakan oleh pengkaji ialah:

    1. Adakah teknik JaKUN membantu murid menguasai kemahiran membundar nombor bulat dalam lingkungan 1000 kepada puluh dan ratus terdekat?

    2. Adakah teknik JaKUN berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid melibatkan pembundaran nombor bulat dalam lingkungan 1000 kepada puluh dan ratus terdekat?

    KUMPULAN SASARAN

    Kajian ini akan dijalankan kepada lima orang murid tahun 2 Cemerlang di Sekolah

    Kebangsaan Bukit Guntong. Kumpulan murid ini terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan

    dua orang murid perempuan yang mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Kelas 2

    Cemerlang merupakan kelas terakhir daripada 3 buah kelas di sekolah ini. Murid-murid

    terdiri daripada 18 orang murid dan kesemuanya berbangsa melayu. Kebanyakan murid

    berlatar belakang keluarga daripada perkampungan petani dan peniaga.

    TINDAKAN

    Pengkaji menggunakan Model Kajian Tindak Kemmis & McTaggart (1988) untuk

    melaksanakan kajian dan mengaplikasikan 3 jenis instrumen iaitu ujian pra dan pasca,

    analisis dokumen dan temubual.

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    172

    Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

    Mereflek

    Pengkaji membuat refleksi tentang masalah pengajaran yang timbul semasa sesi pengajaran

    dan pembelajaran yang lalu. Masalah tersebut berkaitan dengan topik membundar nombor

    bulat kepada puluh dan ratus terdekat. Pengkaji mendapati segelintir murid kelas 2

    Cemerlang mengalami masalah dalam menyelesaikan soalan berkaitan membundar. Mereka

    telah diajar menggunakan kaedah garis melengkung semasa sesi pengajaran dan

    pembelajaran itu tetapi jelas didapati bahawa kaedah tersebut tidak sesuai dan sukar difahami

    oleh murid. Ini disebabkan oleh kesukaran dalam menentukan senggatan nombor pada garis

    melengkung serta keliru untuk memilih jawapan yang betul bagi sesuatu soalan. Pengkaji

    mengambil langkah untuk mencari inisiatif lain bagi memudahkan murid untuk

    menyelesaikan soalan melibatkan pembundaran nombor bulat kepada puluh dan ratus

    terdekat.

    Merancang

    Setelah mengenal pasti masalah yang timbul dalam kalangan murid, pengkaji memulakan

    langkah kedua iaitu merancang strategi dan kaedah yang perlu digunakan dalam mengatasi

    masalah murid melibatkan pembundaran nombor bulat kepada puluh dan ratus terdekat.

    Pengkaji merancang untuk memperkenalkan kaedah JaKUN kepada kumpulan responden yang akan dipilih bagi membantu mereka mengatasi masalah ini. Dengan menggunakan

    kaedah yang diilhamkan oleh pengkaji sendiri iaitu teknik JaKUN, pengkaji merancang

    beberapa sesi intervensi yang perlu dijalankan. Hasil perbincangan yang terperinci, segala

    perancangan dirancang supaya proses kajian tindakan ini berjalan lancar dan lebih sistematik.

    Model Kemmis & McTaggart

    1) MEREFLEK

    2) MERANCANG

    3) BERTINDAK

    4) PEMERHATIAN

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    173

    Bertindak

    Kemudian pada fasa tindakan (Action), pengkaji telah mengadakan sesi intervensi sebagai

    tindakan kepada perancangan yang telah dibuat. Sebanyak empat aktiviti telah dirancang

    untuk meningkatkan tahap keberkesanan teknik JaKUN serta meningkatkan kemahiran murid

    dalam proses membundarkan nombor bulat kepada puluh dan ratus terdekat. Pengajaran ini

    telah dilakukan secara berperingkat.

    Pemerhatian

    Langkah terakhir mengikut model yang dipilih ialah membuat pemerhatian terhadap

    keberkesanan teknik JaKUN terhadap murid-murid. Pengkaji meneliti beberapa aspek

    sepanjang pemerhatian dilakukan. Antaranya ialah meneliti dari segi penglibatan murid-

    murid, kerja rumah, latihan pengukuhan serta markah ujian pos yang dilaksanakan.

    ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA KAJIAN

    Hasil dapatan kajian ini diperoleh daripada proses analisis dokumen murid, ujian pra dan

    ujian pasca serta hasil temubual. Berikut adalah jadual dan graf yang dikelaskan mengikut

    objektif kajian.

    Membantu murid menguasai kemahiran membundar nombor bulat dalam lingkungan

    1000 kepada puluh dan ratus terdekat dengan menggunakan teknik JaKUN.

    Dari segi manfaat, majoriti responden mengakui bahawa teknik JaKUN telah membantu

    mereka dalam meningkatkan kemahiran membundarkan nombor bulat kepada puluh dan

    ratus terdekat. Antara komen responden (R):

    Berkesan sangat. Saya dah pandai membundar. (R1)

    Saya makin mahir menjawab soalan bundar. (R2)

    Sekarang saya dah tak salah. Berkesan cikgu. (R3)

    Sangat berkesan. Saya suka. (R4)

    Saya dah semakin cepat dalam membundar. Memang berkesan teknik ini. (R5)

    Merujuk kepada maklum balas yang telah diberikan, kesemua responden memberikan

    pandangan yang positif. Ini berbeza semasa ditemubual pada permulaan kajian ini

    dilaksanakan. majoriti kekerapan yang dibuat adalah maklum balas negatif. Berikut adalah

    analisis bagi instrumen temubual yang dilaksanakan mengikut responden.

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    174

    Jadual 2

    Kod Penentuan Temu Bual Selepas Ujian Pasca

    Kod Tema Kekerapan

    A

    Maklum balas positif terhadap teknik JaKUN i. Menganggap soalan pembundaran suatu yang mudah.

    ii. Teknik JaKUN lebih mudah untuk difahami. iii. Lebih cenderung untuk menggunakan teknik JaKUN. iv. Teknik JaKUN sangat berkesan dalam meningkatkan kemahiran

    menyelesaikan soalan pembundaran nombor bulat.

    Jumlah

    5

    5

    5

    5

    20

    B

    Maklum balas negatif terhadap teknik JaKUN

    i. Menganggap soalan pembundaran suatu yang susah. ii. Teknik JaKUN lebih sukar untuk difahami.

    iii. Tidak cenderung untuk menggunakan teknik JaKUN. iv. Teknik JaKUN tidak berkesan dalam meningkatkan kemahiran

    menyelesaikan soalan pembundaran nombor bulat.

    Jumlah

    0

    0

    0

    0

    0

    Rajah 3: Graf Perbandingan Kekerapan Temubual Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Meningkatkan pencapaian murid dalam pembundaran nombor bulat dalam

    lingkungan 1000 kepada puluh dan ratus terdekat dengan menggunakan teknik

    JaKUN.

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    Temubual Pra Temubual Pasca

    Pandangan Positif Pandangan Negatif

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    175

    Jadual 1

    Skor Responden Dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Responden Skor Peningkatan (%)

    Ujian Pra Ujian Pasca

    R1 12.5% 100% 87.5%

    R2 0% 100% 100%

    R3 12.5% 75% 62.5%

    R4 12.5% 87.5% 75%

    R5 37.5% 100% 62.5%

    Rajah 2: Skor Perbandingan Responden Dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Berdasarkan Jadual 1 dan Rajah 2, jelas menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan

    dalam kemahiran responden menyelesaikan soalan ujian melibatkan pembundaran nombor

    bulat. Seramai 3 orang mendapat markah penuh dalam ujian pasca manakala selebihnya turut

    menunjukkan peningkatan. Selain menganalisis peningkatan skor pencapaian responden,

    pengkaji juga menganalisis peningkatan min skor responden dari ujian pra hingga ujian

    pasca. Hasil analisis peningkatan min skor responden dipaparkan dalam Jadual 2 dan Rajah

    3.

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    Responden 1 Responden 2

    Responden 3 Responden 4

    Responden 5

    Perbandingan Skor Responden Dalam Ujian Pra dan Ujian

    Pasca

    Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%)

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    176

    Jadual 2

    Perbandingan Min Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Ujian Min(%) Peningkatan min (%)

    Pra 15%

    77.5%

    Pasca 92.5%

    Rajah 3 : Graf Bar Perbandingan Min Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Jadual 2 dan Rajah 3 memaparkan analisis perbezaan min skor responden dalam ujian pra

    dan ujian pasca. Merujuk kepada Jadual 2, min skor dalam ujian pra ialah 15% manakala min

    skor dalam ujian pasca ialah 92.5%. Melalui pengamatan terhadap min skor bagi kedua-dua

    ujian ini jelaslah bahawa min meningkat dengan memberangsangkan iaitu sebanyak 77.5%.

    Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa penggunaan teknik JaKUN berjaya

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    80

    90

    100

    Ujian Pra

    Ujian Pasca

    min

    (%

    )

    Perbandingan Min Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Ujian Pra

    Ujian Pasca

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    177

    memberikan kesan dan impak dalam kemahiran murid menyelesaikan masalah pembundaran

    nombor bulat kepada puluh dan ratus terdekat.

    PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

    Hasil dapatan kajian membuktikan penggunaan teknik JaKUN yang dilaksanakan oleh

    pengkaji menunjukkan keberkesanan dalam meningkatkan kemahiran murid dalam

    membundarkan nombor bulat melibatkan puluh dan ratus terdekat. Merujuk kepada

    keputusan ujian pra, pengkaji mendapati responden hanya mampu memperoleh skor kurang

    daripada 37.5% dan ke bawah. Peningkatan yang jelas dapat ditunjukkan oleh responden

    apabila graf perbandingan skor bagi ujian pra dan pasca naik dengan drastiknya.

    Pengkaji dapat merumuskan bahawa teknik JaKUN yang dilaksanakan mampu meningkatkan

    kemahiran murid dalam membundarkan nombor bulat dalam lingkungan 1 000 kepada puluh

    dan ratus terdekat. Pengkaji juga mendapati bahawa responden mendapat gambaran dengan

    lebih jelas tentang kaedah pengiraan dalam topik membundarkan nombor bulat. Di samping

    itu, teknik JaKUN juga berjaya mengubah pandangan negatif responden kepada positif.

  • SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PISMP 2013

    178

    RUJUKAN

    Vivienne P. Joannou. (2006). Step-by-Step Maths: Excel Year 7. Green Giant Press,

    Singapore.

    Best, J. W. & Khan, J. V. (1998). Research in Education. Boston: Library of Congress

    Cataloguing-in-Publication data.

    Chia Chiow Ming & Pasukan Penyelidik. (2013). Penyelidikan Tindakan Panduan Penulisan

    Laporan. Freemind Horizons Sdn Bhd.

    Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Ke-4, Kuala Lumpur, 1989.

    PISMP Januari 2008 Matematik Sekolah Rendah. (2011). Koleksi Artikel Penyelidikan

    Tindakan

    Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL. Sarawak. IPG Kampus Batu Lintang.

    Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan

    Penyelidikan Tindakan. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Andy Peter (2003). Pola Kesilapan Murid Tahun 3 wira Menyelesaikan Masalah Bercerita

    Dalam Matematik:Satu Kajian Tindakan. KDPM,MTKT Semester IV maktab

    Perguruan Batu Lintang.

    Tengku Sharifah,T.Y. (2004). Masalah Minat pelajar-pelajar Tahun 6 dan Pendekatan guru

    terhadap Soalan Penyelesaian Masalah Bagi Matapelajaran Matematik : Satu

    Tinjauan di Sekolah Kebangsaan Subang Kerian di Negeri Soalan.Latihan

    Ilmiah.Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    G.A Douglas (1992). Handbook of Research on Mathematics Teaching and Learning.

    Macmillan Publishing Company. New York.

    Kemmis, S. & McTaggart, R.(1988). The action research planner. Deakin University Press.

    Victoria.

    Suraya Binti Othman (2006). Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Membundarkan

    Nombor Bulat Dengan Menggunakan Kit Nombor Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 1 Prihatin. Johor: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd. Yunos.