3A-Sumbangan Dan Cabaran

download 3A-Sumbangan Dan Cabaran

of 6

Transcript of 3A-Sumbangan Dan Cabaran

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008

Modul Pembangunan Remaja: Sumbangan Dan Cabaran Pelajar Dalam Menangani Golongan Remaja Berisiko TinggiAzlizamani Zubira, Fuziah Shaffieb, Nuraini Yusoffc, Muhammad Salleh Ahmad Fadzillahd, Mohd Foad Sakdane, Shafee Saadf, Wan Ab Rahman Khudzri Wan Abdullahg, Azizan Husainh Universiti Utara Malaysia [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected]

Abstrak

Remaja di dalam makalah ini merujuk golongan yang berusia dari 13 hingga 17 tahun yang dalam keadaan-keadaan dan sebab-sebab tertentu, gaya hidup dan/atau tingkah laku tertentu boleh menjadikan mereka berada dalam keadaan berisiko untuk melakukan kesalahan yang sama atau berulang pada masa hadapan. Golongan remaja yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti salah laku, memerlukan satu tindakan untuk membawa mereka kembali mengikut landasan yang sebenar supaya sejajar dengan usaha anggota masyarakat membina dan menyediakan generasi berkemahiran insaniah. Salah laku yang dimaksudkan di sini adalah mengikut terma salah laku yang telah dikenal pasti oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kertas ini membincangkan matlamat akhir kajian mengenai profil remaja berisiko tinggi di Negeri Kedah, iaitu menghasilkan Modul Pembangunan Remaja. Untuk melaksanakan modul ini, Program Prakerjaya: Pemantapan Diri Remaja telah dilaksanakan dengan menggunakan/mengambil kira sumbangan para pelajar Universiti dalam merealisasikan program berkaitan. Modul Pembangunan Remaja ini boleh diaplikasikan untuk menangani masalah sosial dalam kalangan remaja berisiko tinggi di seluruh negara. Kata kunci: remaja; berisiko; salah laku; Modul Pembangunan Remaja

1. Pengenalan 2. Remaja Berisiko Tinggi dan Salah Laku Zaman remaja merupakan satu masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Pada masa inilah kehidupan remaja akan mengalami perubahan dari segi emosi, jasmani dan rohani. Peringkat umur remaja merupakan satu peringkat pertumbuhan yang penting dan kritikal serta memerlukan perhatian, peranan serta pengaruh ibu bapa bagi menangani masalah dan krisis yang dihadapi oleh para remaja. Perubahan daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa merupakan masa yang mengelirukan remaja. Pelbagai fenomena ganjil menghujani mental dan fizikal mereka. Golongan remaja sebenarnya melambangkan keadaan pada masa hadapan. Mereka adalah golongan yang berpotensi tinggi dan dalam masa yang sama mereka juga adalah golongan yang begitu lemah atau rapuh (vulnerable) yang boleh atau dengan mudah menjadi mangsa atau terlibat dalam tingkah laku kenakalan berbanding daripada golongan umur yang lain. Remaja berisiko tinggi bermaksud satu himpunan andaian yang dinamik tentang sebabdan-akibat yang boleh menjadikan seseorang remaja itu berada di dalam keadaan bahaya terhadap perkara negatif pada masa hadapan (Shaw, 2002). Beberapa keadaan dan sebabsebab tertentu, gaya hidup dan/atau tingkah laku tertentu boleh menjadikan mereka berada dalam keadaan berisiko untuk melakukan kesalahan yang sama atau berulang pada masa hadapan. Keadaan berisiko tidak semestinya berlaku sekarang, tetapi boleh juga dijangka/diramal akan berlaku pada masa akan datang jika tiada program bersesuaian dilakukan. Golongan remaja yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti salah laku, memerlukan satu tindakan untuk membawa mereka kembali ke pangkal jalan atau mengikut landasan yang sebenar supaya mereka tidak terus terjerumus ke arah kegiatan salah laku yang lebih berat pada masa hadapan (Shaw, 2002).

1

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 Masalah salah laku remaja sebenarnya telah banyak menarik perhatian dan menjadi bahan kajian di negara ini. Dapatan kajian Profil Remaja Berisiko Tinggi di Negeri Selangor menunjukkan terdapatnya pelbagai perbuatan salah laku yang agak mengejutkan (Mohd Khaidzir Ismail, 2007) dan ia telah menimbulkan pelbagai reaksi terhadap hasil kajian tersebut (Malay Mail, 27 Februari, 2007; Harian Metro, 27 Februari 2007; Khairunnisa Kamaruddin, Berita Minggu, 4 Mac, 2007). Tambahan pula apabila peratus yang terlibat dengan tingkah laku seks terlalu tinggi. Kajian dalam kalangan 6110 remaja lepak yang pernah menggemparkan negara pada tahun 1994 dahulu misalnya, telah menunjukkan banyak perbuatan salah laku dalam kalangan mereka. Sebanyak 18 peratus mengakui bahawa mereka pernah terlibat dengan seks sebelum kahwin, 39 peratus terlibat dengan membaca majalah lucah dan 40 peratus terlibat dengan menonton filem lucah (Samsudin A. Rahim, 1994). Kajian susulan dalam kalangan remaja yang terlibat dengan penagihan dadah sebagai kumpulan eksperimen dan remaja biasa yang tidak terlibat dengan dadah sebagai kumpulan kawalan (Samsuddin A. Rahim & Iran Herman, 1996) menunjukkan sebanyak 969 remaja biasa atau 3.0 peratus yang berumur antara 13 hingga 16 tahun mengakui biasa melakukan hubungan seks, manakala dalam kalangan remaja penagih dadah pula lebih tinggi iaitu sebanyak 28.0 peratus. Peratusnya lebih tinggi bagi kategori umur 17 hingga 21 tahun bagi kedua-dua kumpulan responden yang dikaji. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (1999) telah menjalankan kajian mengenai gengsterism di sekolah. Data yang dilaporkan oleh guru sebagai data primer menunjukkan murid-murid yang terlibat dengan tingkah laku gengsterism ini juga terlibat dengan kes pelacuran, iaitu sebanyak 0.2 peratus dan dikategorikan kepada tahap sangat serius dan 0.4 peratus pada tahap serius. Data yang dikumpul dalam kalangan Pengetua sekolah pula menunjukkan sebanyak 5.5 peratus memberikan persepsi perlakuan kes pelacuran sebagai yang serius. Kajian yang dijalankan oleh Saadah Yahya (2003) dalam kalangan 102 remaja yang melepak di kafe siber sekitar Bandaraya Alor Setar Kedah dianggap sebagai suatu lepak revisited. Sebanyak 6.9 peratus remaja yang lepak di kafe siber mengakui penah melakukan hubungan seks sebelum kahwin, 9.8 peratus terlibat dengan dadah dan 6.9 peratus minum minuman keras. Setelah sekian lama, salah laku remaja, khususnya murid-murid sekolah muncul semula. Di akhir-akhir ini pihak-pihak tertentu cuba memberikan fokus kepada murid-murid sekolah yang dikategorikan sebagai remaja berisiko tinggi. Kerajaan Negeri Selangor misalnya, telah memulakan langkah baru untuk memberi penekanan menangani masalah salah laku dan gejala sosial dalam kalangan murid-murid berisiko tinggi.

3. Kajian Profil Remaja Berisiko Tinggi Kajian jenis tinjauan ini bertujuan mengumpul data berkaitan dengan ciri responden iaitu murid-murid di sekolah-sekolah menengah di Daerah Kubang Pasu, Negeri Kedah. Data dan rekod disiplin digunakan sebagai data primer dan dianalisis tahap seriusnya disiplin dan masalah salah laku murid. Remaja berisiko tinggi merujuk kepada golongan remaja yang berumur antara 13 hingga 17 tahun iaitu murid sekolah dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Salah laku dalam kajian ini pula merujuk kepada terma salah laku yang telah dikenal pasti oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian telah membahagikan kepada sembilan item kelompok kesalahan besar iaitu: tingkah laku jenayah; tingkah laku lucah; kekemasan diri; tingkah laku tidak mementingkan masa; tingkah laku kurang sopan dan biadab; tingkah laku musnah; tingkah laku tidak jujur; ponteng; dan, kenakalan (hooliganism). Secara khusus kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti sekolah-sekolah yang dikategorikan sebagai menghadapi masalah disiplin; mengenal pasti salah laku disiplin sekolah dalam kalangan murid yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi; dan menghasilkan profil remaja berisiko tinggi. Matlamat akhir kajian ini ialah untuk membina Modul Pembangunan Remaja. Makalah ini hanya akan menumpukan kepada pembentukan modul ini dan pelaksanaan yang dibuat dalam satu kajian rintis di Universiti Utara Malaysia di dalam Program Prakerjaya: Pemantapan Diri Remaja dengan mengambilkira sumbangan yang telah dilakukan oleh pelajar Universiti Utara Malaysia yang terlibat secara langsung sebagai fasililator dan kakak/abang angkat. Murid yang dikenal pasti mempunyai profil salah

2

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 laku yang tinggi dipilih secara purposive untuk mengikut program ini. para peserta dapat mengenal kekuatan, kelemahan dan potensi yang ada dalam diri mereka yang selama ini mereka abaikan. Para remaja diharap dapat mengenal pasti halatuju kerjaya mereka pada masa hadapan dengan pendedahan dan peluang-peluang yang didedahkan sepanjang program. Selain itu, mereka diharapkan dapat menghargai setiap insan dan unsur-unsur lain di persekitaran yang terlibat secara langsung dalam kehidupan mereka seperti keluarga, guru, rakan-rakan dan negara.

4. Modul Pembangunan Remaja Kesan daripada fenomena salah laku ini kerajaan telah mengambil banyak langkah untuk menanganinya. Selepas pendedahan terhadap fenomena lepak dan salah laku misalnya, program PINTAS dijalankan dan termasuklah Program Rakan Muda yang mempunyai seketariatnya sendiri. Selain itu, beberapa kementerian yang berkaitan dengan belia, pembangunan keluarga dan masyarakat, termasuk juga kerajaan-kerajaan negeri turut terlibat dengan beberapa program yang dikatakan sebagai strategik melalui pembentukan dan pelaksanaan program secara bermodula. Kumpulan penyelidik telah menggunakan pelbagai pendekatan persekitaran di mana remaja itu berkembang. Modul ini merangkumi lapan unit, iaitu: Cintai Diri, Ibu, Guru, Bagai Aur Dengan Tebing (rakan), Mutiara Hati (agama), Komunikasi Kerjaya, Cinta Negara dan Kembara Minda. Setiap unit mempunyai objektif untuk dicapai. Modul disediakan bertujuan membina dan memantapkan sahsiah diri remaja yang sedang menghadapi suasana pembelajaran dan bersedia melangkah ke alam kerjaya kelak. Modul ini diharap dapat menyediakan panduan, motivasi serta galakan dalam hidup remaja yang penuh dengan pelbagai cabaran. Pada umumnya kaedah yang digunakan adalah berdasarkan aktiviti-aktiviti yang disusun mengikut urutan lapan unit yang telah disediakan. Aktiviti-aktiviti tertumpu kepada penglibatan setiap peserta sama ada di dalam kumpulan besar mahu pun kumpulan kecil. Peserta program juga mengikuti aktiviti kuliah kerohanian pada setiap selepas waktu solat Subuh dan solat Maghrib. Aktiviti-aktiviti lain adalah riadah, Kembara Sintok dan satu slot khas iaitu Ceramah Kerjaya mengenai peluangpeluang kerjaya telah menjemput penceramah dari Pusat Giat Mara Jitra dan Kolej Komuniti Jitra, Kedah. Antara objektif pembentukan Modul Pembangunan Remaja ialah iaitu untuk memupuk nilai-nilai dan ciri-ciri keperibadian positif yang ada dalam diri setiap peserta; memberi kesedaran mengenai perancangan kerjaya; dan membimbing para remaja secara berterusan untuk membina jati diri yang positif. Setelah mengikuti modul yang telah dibentuk,

5. Sumbangan dan Cabaran Pelajar Pelajar universiti boleh dibentuk aliran dan kecenderungan mereka ke arah aktivitiaktiviti yang berfaedah yang mampu menarik minat golongan remaja untuk melibatkan diri memandangkan faktor usia yang tidak jauh beza. Mereka boleh memainkan peranan dalam mengendalikan pelbagai program yang berfaedah terutamanya kepada golongan remaja yang berisiko tinggi. Pelbagai usaha boleh digembleng untuk menggalakkan golongan remaja bermasalah mengikuti aktiviti-aktiviti yang dirancangkan. Pelajar universiti sewajarnya diberikan kepercayaan dan harapan agar tidak mensiasiakan peluang semasa mereka berada di universiti. Tempoh pengajian terhad setakat tiga atau empat tahun dan jika peluang sebegini tidak diambil mereka tidak akan memperolehinya di tempat lain. Dengan adanya bimbingan yang betul oleh para pentadbir dan pendidik membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih bermakna ke arah memantapkan kehidupan mereka sendiri sebagai generasi pelapis pembangunan negara pada masa hadapan. Sepanjang pelaksanaan program, ternyata pelajar universiti yang terlibat secara langsung sebagai fasilitator, kakak dan abang angkat, amat memerlukan daya ketahanan diri, disiplin dan tahap kesabaran yang tinggi bagi membantu para remaja membina, memulih serta membentuk keyakinan diri para remaja yang bermasalah. Para fasilitator seramai sepuluh orang telah mengikuti setiap aktiviti yang diatur di dalam jadual. Sementara kakak/abang angkat pula terlibat secara langsung menumpangkan remaja untuk menginap dibilik mereka. Remaja yang telah terjebak dalam aktiviti yang berisiko tinggi ini diyakinkan oleh kakak-kakak dan abang-abang agar mengikuti setiap aktiviti yang telah ditetapkan. Sebenarnya tugas yang dilakukan oleh pelajar-pelajar UUM ini

3

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 merupakan suatu usaha yang sukar dan mencabar jika hendak dibandingkan dengan tugas mengendalikan remaja yang tidak berisiko. Program ini telah dinilai keberkesanannya bersesuaian dengan objektif program yang dirancang. Modul Pembangunan Remaja yang dibentuk sebenarnya telah diuji terlebih dahulu dalam kajian rintis bagi melihat tahap kefahaman dan keberkesanannya. Berdasarkan ulasan karya dan kajian yang dijalankan, didapati beberapa perkara perlu dipertimbangkan khususnya diri remaja sendiri dalam pembinaan Modul Pembangunan Remaja. Daripada pecahan-pecahan tingkah laku negatif yang dikenal pasti, bahan-bahan yang disediakan disulam secara tersurat dan juga tersirat dengan maklumat dan nasihat dalam setiap unit. Sebelum Modul Pembangunan Pelajar dilaksanakan, kumpulan penyelidik telah membentangkan dan membincangkan bahan dari pelbagai sudut dalam dua kajian rintis. Kajian rintis yang dilakukan memberi ruang dan peluang kepada penyelidik menguji keberkesanan isi kandungan dan bahan-bahan yang digunakan berkaitan lapan unit-unit berkaitan bagi penambahbaikan hasil daripada maklum balas yang diterima. terhadap ini kandungan modul ini, namun peratusannya adalah kecil iaitu 1.2 peratus. Modul ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator dan murid menyatakan sangat baik sebanyak 57.1 peratus. Sebanyak 54.8 peratus daripada murid menyatakan bahawa modul ini dapat meningkatkan motivasi dan kesedaran terhadap diri mereka. Daripada laporan fasilitator, terdapat beberapa orang murid yang meluahkan kegiatan negatif yang pernah mereka lakukan ketika di sekolah. Mereka juga mengakui bahawa aktiviti lakonan yang dilakukan kadang kala berlaku dalam kalangan mereka dalam kehidupan seharian di sekolah. 6.3 Unit 3 (Keluarga Bahagia - Ibu Oh Ibu) Sebanyak 58.3 peratus dalam kalangan murid yang menyatakan modul adalah sangat baik. Bagi pengendali modul pula adalah 56 peratus manakala fasilitator adalah 63.1 peratus. Isi kandungan modul ini telah meningkatkan motivasi dan kesedaran para peserta sebanyak 66.7 peratus walaupun terdapat 2.4 peratus yang tidak berpendapat sedemikian. Namun, muridmurid kurang menumpukan perhatian pada awal permulaan modul yang dilakukan secara memberi ceramah. Pengisian slide Ibu bagaimanapun banyak memberikan keinsafan terhadap murid-murid dan terdapat di antara mereka yang menitiskan air mata serta melahirkan rasa kesal terhadap kesalahan dan kesilapan yang telah mereka lakukan. 6.4 Unit 4 (Komunikasi Kerjaya) Isi kandungan bagi unit ini mendapat maklum balas sangat baik (53.6 peratus) dari keseluruhan murid. Terdapat perbezaan yang sedikit antara maklum balas murid-murid terhadap pengendali dan fasilitator masingmasing 51.2 peratus dan 50 peratus. Komunikasi kerjaya sedikit sebanyak telah meningkatkan motivasi dan kesedaran peserta akan kepentingannya (52.4 peratus). Ini mungkin kerana modul ini merupakan perkara baru dan memberikan sedikit sebanyak pendedahan kepada diri mereka. 6.5 Unit 5 (Mutiara Hati) Bagi isi kandungan Mutiara Hati, murid-murid telah menyatakan sangat baik sebanyak 56 peratus, baik 34.5 peratus dan lainlain 8.3 peratus. Pengendali dan fasilitator masing-masing mendapatkan maklum balas

6. Penilaian Program dan Analisis Bahagian ini akan membincangkan penilaian yang dibuat oleh para peserta yang telah mengikuti Program Prakerjaya. Penilaian dinyatakan dalam bentuk peratus. 6.1 Unit 1 (Cintai Diri) Bagi isi kandungan modul Cintai Diri, hanya terdapat 35.7 peratus perserta atau murid menyatakan sangat baik, 45.2 peratus baik dan 16.7 peratus lain-lain kategori kecuali sangat tidak baik. Ini bermaksud tiada seorang pun daripada murid menyatakan isi kandungan modul adalah sangat tidak baik. Penceramah atau pengendali modul telah mengendalikan modul dengan sangat baik (47.6%) dan baik (35.7%) manakala bagi fasilitator yang membantu modul adalah 56 peratus sangat baik dan 31 peratus baik. 6.2 Unit 2 (Guru) Bagi isi kandungan modul ini, 45.2 peratus murid menyatakan sangat baik dan 36.9 peratus menyatakan baik. Walaupun terdapat juga murid yang menyatakan sangat tidak baik

4

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 sangat baik sebanyak 54.8 peratus dan 61.9 peratus. Modul Mutiara Hati yang lebih ke arah kerohanian ini telah meningkatkan dan kesedaran terhadap diri murid-murid sebanyak 58.3 peratus. Murid-murid lebih tertumpu terhadap pendekatan tayangan video berbanding ceramah dengan sedikit selitan permainan 'Jalan Taqwa' dan tutup mata. 6.6 Unit 6 (Cinta Negara) 7. Ulasan Hanya 48.8 peratus daripada para murid menyatakan isi kandungan Cinta Negara adalah sangat baik. Walaupun demikian, terdapat 38.1 peratus daripada mereka menyatakan baik dan hanya 10.7 peratus tidak pasti dan 2.4 peratus bagi sangat tidak baik. Pengendali modul dan fasilitator masing-masing mendapat maklum balas sangat baik sebanyak 47.6 peratus dan 60.7 peratus. Modul Cinta Negara yang pada mulanya berbentuk ceramah dan diikuti dengan beberapa tayangan slides telah meningkatkan motivasi dan kesedaran sebanyak 47.6 peratus (sangat baik) dan 35.7 peratus (baik). Aktiviti 'puzzled' (ceraian kertas yang membentuk nama UNIVERSITI) telah meningkatkan kesedaran terhadap diri mereka bahawa kerjasama adalah sangat penting dalam membentuk sebuah negara yang merdeka dan mereka seharusnya bersyukur terhadap nikmat yang telah diberikan berbanding negara-negara membangun yang lain. 6.7 Unit 7 (Bagai Aur Dengan Tebing) Isi kandungan unit ini mendapat 59.5 peratus bagi maklum balas sangat baik dan 25 peratus bagi baik. Pengendali dan fasilitator masing-masing mendapat 51.2 peratus dan 64.3 peratus bagi maklum balas sangat baik. Pendekatan modul yang menggunakan skrip dan sesi lakonan telah meningkatkan motivasi dan kesedaran para murid sebanyak 52.4 peratus. Segelintir daripada mereka dapat menghayati watak yang diberikan, namun tidak semua yang mendapat peluang untuk berlakon di hadapan dan lebih tertumpu dengan menyaksikan rakanrakan mereka berlakon serta memberikan pendapat dalam memperbaiki lakonan tersebut. 6.8 Unit 8 (Kembara Minda) Terdapat 59.5 peratus daripada muridmurid menyatakan isi kandungan Kembara Minda adalah sangat baik sementara pengendali modul dan fasilitator masing-masing 53.6 peratus dan 64.3 peratus. Modul ini telah 8. Kesimpulan Peranan para pelajar universiti dalam Program Prakerjaya yang berjaya dilaksanakan oleh para penyelidik adalah memberangsangkan. Sepanjang kajian dan pelaksanaan modul, ternyata remaja yang terlibat sebagai peserta dalam program ini amat memerlukan bantuan untuk membina, memulih serta membentuk keyakinan diri yang lebih baik di masa hadapan. Remaja yang telah terjebak dalam aktiviti yang berisiko tinggi ini sebenarnya adalah individu yang berpotensi dalam pembinaan modal insan yang berguna kepada negara di masa hadapan. Usaha murni yang telah dirintis oleh Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) ini amat bermakna dan memberikan impak yang mempunyai kewajaran untuk digembleng secara berterusan pada masa hadapan. Dalam konteks ini peranan aktif yang dimainkan oleh YSB boleh diikuti untuk dilaksanakan secara berterusan oleh badan-badan bukan kerajaan yang lain. Apatah lagi sekiranya diteliti kepada pertambahan dan keterlibatan remaja yang mendampakkan kecenderungan yang meningkat dari semasa ke semasa dalam aktiviti berisiko tinggi. Bagi memastikan kelangsungan program murni ini, kumpulan penyelidik telah mencadangkan badan-badan bukan kerajaan seperti YSB dan lain-lain pertubuhan terus mengadakan program prakerjaya berdasarkan `Modul Pembangunan Remaja yang telah dibangunkan oleh penyelidik di setiap daerah di seluruh negara. Selain itu, adalah disarankan supaya pasukan kesukarelawanan dalam kalangan pelajar universiti yang bernaung di bawah badan-badan bukan kerajaan digerakkan untuk membimbing remaja yang terlibat dalam aktiviti berisiko tinggi ke arah pembangunan modal insan yang positif. meningkatkan motivasi dan kesedaran para murid sebanyak 61.9 peratus dengan pendekatan berhujah di khalayak ramai berdasarkan percambahan idea daripada perbincangan kumpulan. Namun, terdapat beberapa kumpulan yang kurang memahami kehendak soalan yang diberikan dan mereka tidak dapat berfikir sendiri dalam perbincangan kumpulan.

5

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008 Tanpa bantuan mereka, sudah pasti para penyelidik gagal melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh pihak yang menaja sumbangan kewangan iaitu YSB. Penyelesaian segera perlu diambil bagi menyediakan golongan remaja dengan ilmu dan peribadi yang kukuh bagi meneruskan agenda pembangunan negara pada masa hadapan. Hasrat ini boleh dijayakan oleh para pelajar universiti semasa tempoh mereka di universiti. Pelajar seharusnya diberikan peluang dan kepercayaan untuk mengendalikan pelbagai program menjurus ke arah pembentukan modal insan yang berguna kepada negara. Selagi masalahmasalah salah laku remaja yang ditonjolkan oleh media massa dan daripada dapatan kajian-kajian lepas seperti yang dibincangkan di atas tidak dikawal dan dibanteras, ia akan menjadi satu cabaran yang amat besar kepada semua pihak. Selain program yang dicadangkan oleh penyelidik dengan dibantu oleh para pelajar universiti, adalah tidak dinafikan semua pihak seharusnya memainkan peranan menggembleng tenaga menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. Pihak yang dimaksudkan ialah ibu bapa, serta para pemimpin negara dengan sokongan padu segenap lapisan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Di samping itu, program-program yang bersesuaian perlu disediakan untuk mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja. Frischer, M., Understanding problem drug use among young people accessing drug services: A multivariate approach using statistical modeling techniques, Home Office Online Report 15/04, dicapai pada 6 April 2008 http://www.homeoffice.gov.uk/rds/pdfs04/rd solr/504.pdf, 2004. 4. Harian Metro, Laporan tak tepat: MB Selangor pertikai hasil kajian pensyarah UKM, 27 Februari, 2007. 5. Hogue, A., Dauber, S., Samuolis, L., & Howard A., Treatment techniques and outcome in multidimensional family therapy for adolescent behavior problem, Journal of Family Psychology, 20 (4) (2006) 535-543. 6. Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan kajian gengsterisme di sekolah menengah harian, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999. 7. Program kaunseling rakan sebaya di Malaysia memberi panduan kepada kanakkanak yang berisiko, dicapai pada 8 April 2008 http://www.unicef.org/malaysia/msl/reallive s_5637.html 8. Saadah Yahya, Lepak di kafe siber, Latihan Ilmiah Program Pengurusan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia, 2003. 9. Samsudin A. Rahim, Tingkah laku lepak di kalangan remaja: Kajian di Semenanjung Malaysia. Laporan akhir kajian dimajukan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, 1994. 10. Shamsaadal Sholeh Haji Saad, Konflik remaja masa kini dan cabaran menanganinya. Dalam Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin, & Jamaludin Tubah, Institusi Keluarga Menghadapi Cabaran ALAF BARU. Utusan Publications and Distributors, Kuala Lumpur, 2006. 11. Shaw, M., Developing citizenship amongst urban youth in conflict with the law in Africa. Background Paper. Dicapai pada 7/4/2008 http://www.crime-preventionintl.org/publications/pub_18_1.pdf. 12. Wells, L.E., & Rankin, J.H., Families and delinquency: A meta-analysis of the impact of broken homes. Social Problems, 38 (1), (1991) 71-83.

Rujukan 1. Asmak Haji Ali, Salah laku sosial remaja masa kini: Cabaran dan penyelesaiannya dalam keluarga, Dlm. Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin & Jamaludin Tubah, Institusi keluarga menghadapi cabaran alaf baru, Utusan Publications and Distributors, Kuala Lumpur, 2006. Baker, M. L., Sigmon, J. N., & Nugent, M. E., Truancy reduction: Keeping students in schools, Office of Juvenile Justice and Delinquency Prevention (OJJDP) U.S. Department of Justice, dicapai pada 7 April 2008 http://www.ncjrs.gov/pdffiles1/ojjdp/188947 .pdf -, 2001. Beckett, H., Heap, J., McArdle, P., Gilvary, E., Christian, J., Bloor, R., Crome, I, &

2.

3.

6