3.pdf

5
7/4/2015 3. Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial | BAHASA MELAYU SPM http://bmspmnirmala.blogspot.com/2013/03/perananibubapadalammengatasi.html 1/5 [http://2.bp.blogspot.com/ AtK6OJqQWD4/UUyk8MFBfBI/AAAAAAAAAHQ/FwxU0jQz76g/s1600/Picture3.png] Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial Remaja, Ingatlah masa depanmu, Kenanglah, Jasa ibu dan ayahmu, Susah payah mereka membesarkan kita. Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya sentiasa menghargai ibu dan bapa mereka. Umum mengetahui, para remaja marcapada ini terlalu lalai dan leka dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen social sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Jadi, ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utama malah turut dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja. (Isi 1) Pertama, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan benteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecari haluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula berjinak-jinak dengan najis dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam kancah kemaksiatan. 3. Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial

Transcript of 3.pdf

Page 1: 3.pdf

7/4/2015 3. Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial | BAHASA MELAYU SPM

http://bmspmnirmala.blogspot.com/2013/03/perananibubapadalammengatasi.html 1/5

 [http://2.bp.blogspot.com/AtK6OJqQWD4/UUyk8MFBfBI/AAAAAAAAAHQ/FwxU0jQz76g/s1600/Picture3.png]

Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial

Remaja,Ingatlah masa depanmu,Kenanglah,Jasa ibu dan ayahmu,

Susah payah mereka membesarkan kita. Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya sentiasamenghargai ibu dan bapa mereka. Umum mengetahui, para remaja marcapada ini terlalu lalai dan lekadibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen social sudah menjadi buah mulut danmauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Jadi, ibu bapa dilihat sebagai satu komponen paling utamamalah turut dianggap formula yang cukup mujarab bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja. (Isi 1) Pertama, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagikepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangatmenginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat ditenangkanmenerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan benteng keegoan yangmenebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih sayang ibarat menatang minyak yangpenuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecarihaluan lain untuk melepaskan diri dari kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mulaberjinak-jinak dengan najis dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam kancah kemaksiatan.

3. Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial

Page 2: 3.pdf

7/4/2015 3. Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial | BAHASA MELAYU SPM

http://bmspmnirmala.blogspot.com/2013/03/perananibubapadalammengatasi.html 2/5

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah kianmeningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008. Jadi, sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibubapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding hal-hal lain. (Isi 2) Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini cukupbertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang telahmengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukupmembuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapauntuk bersama anak-anak. Percayalah, anak-anak akan berasa lebih dihargai apabila ibu bapamenghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Tamsilannya, ibu bapa boleh membawa anak-anakmelancong, beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti kerohanian secara berjemaah. Melihatkepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik danmenjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucukmasing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala sosial.Maka, jelaslah anak-anak remaja perlu dijadikan prioriti utama dalam usaha membendung kemelut ini. (Isi 3) Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak. Pendidikan ini merangkumi pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Tindakankerajaan Malaysia mewajibkan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan di sekolahamatlah wajar dan perlu disokong. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah memastikan anak-anakmereka memperoleh pendidikan sewajarnya, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan berbentuk tidak formal kepada anak-anak. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma masyarakat pada hari iniamat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak. Ingatlah, “segala-galanyabermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibubapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidakmencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Justeru, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapatmenangani masalah ini.

(Isi 4) Seterusnya, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu adamenyebut,” kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang”. Setiap perbuatan yang dilakukan olehanak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapauntuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara lelakidan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga menampakkan pusatibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu meninjau perubahan sikapanak-anak mereka. Serbuan pihak polis di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam disana mendapati hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah. Perkara inijelas menunjukkan andai ibu bapa membiarkan anak-anak mereka tanpa tempat bergantung, merekaakan mudah terlibat dalam kebejatan sosial pada masa ini. Maka, ibu bapa perlu bertindak proaktif danpragmatik dalam usaha membasmi gejala sosial dalam kalangan anak-anak remaja.

(Isi 5) Akhir sekali, ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak. Sekali air bah,sekali pantai berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian ekstrem menjengah kita. Olehitu, dalam kita mengharung arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit denganketidakselesaan dan pemikiran yang jumud. Maka, sebagai ibu bapa, mereka perlu menyediakankeperluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan. Tempat tinggal yang kondusif, pakaian yangbersesuaian serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlu disediakan. Hal ini amat penting bagimemastikan anak-anak berasa seronok berada di rumah lantas tidak terlibat dalam gejala sosial.Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti

Page 3: 3.pdf

7/4/2015 3. Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial | BAHASA MELAYU SPM

http://bmspmnirmala.blogspot.com/2013/03/perananibubapadalammengatasi.html 3/5

 [http://1.bp.blogspot.com/EIf_h1Vg/UUyafq5OLgI/AAAAAAAAAGw/uZbtGDFZ8K0/s1600/DSC_0125.JPG]

Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihannajis dadah. Hal ini pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkanwalaupun ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka. (kesimpulan) Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalammendidik anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknyaberorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya denganpidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber, cukup syumul dan utopiahasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, “sebelum padi di tangan menjadi lalang”dan “ayam ditambat disambar helang”, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anaktercinta.

Berkorban apa sahaja,Harta ataupun nyawa,Itulah kasih mesra,Sejati dan mulia.

Ingatlah, ibu bapa cemerlang, anak-anak gemilang!

Page 4: 3.pdf

7/4/2015 3. Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial | BAHASA MELAYU SPM

http://bmspmnirmala.blogspot.com/2013/03/perananibubapadalammengatasi.html 4/5

 [http://4.bp.blogspot.com/_CLBv_lpyro/UUyeDD6v58I/AAAAAAAAAG8/fTeToTgLZDI/s1600/Picture1.jpg]

SAMBIL BELAJAR ANDA JUGA BOLEH MENJANA WANG UNTUKBayar kelas tambahan (tuition)Beli buku rujukanMengurangkan beban ibu bapaBayar wang kolej apabila masuk ke kolej

Disiarkan 20th March 2013 oleh Nirmala Devi

Label: KARANGAN

Page 5: 3.pdf

7/4/2015 3. Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial | BAHASA MELAYU SPM

http://bmspmnirmala.blogspot.com/2013/03/perananibubapadalammengatasi.html 5/5

 

Masukkan ulasan anda...

Ulas sebagai:  Akaun Google

Terbitkan   Pratonton

2 Lihat ulasan

haziq kamil 5 November 2013 4:35 PG

sikit nau ulasan kau ?

Jawab

SarahAnne 22 Januari 2014 11:42 PTG

gr8 karangan !!!just love it so much !!!i hope it be useful for my PMR exam !!!

Jawab