4 FATONAH TEKS SYARAHAN

3
” CARA-CATA MEMUPUK PERPADUAN RAKYAT” Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari yang mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan saya yang bertajuk ” Cara-Cata Memupuk Perpaduan Rakyat”. Hadirin sekalian, Sebelum saya memulakan syarahan saya, izinkan saya mendefinisikan maksud tajuk syarahan saya. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ” cara-cara” bermaksud ” langkah-langkah melaksanakan sesuatu. ”Memupuk perpaduan rakyat” pula membawa maksud mewujudkan integrasi dalam kalangan masyarakat berbilangan kaum. Dengan perkataan yang mudah, syarahan saya bermaksud langkah-langkah untuk mewujudkan integrasi dalam kalangan masyarakat. Tuan-tuan dan puan-puan, Oleh sebab rakyat Malaysia berbilangan kaum, maka kerajaan perlu mengambil pelbagai inisiatif untuk memupuk perpaduan rakyat. Kerajaan boleh mengadakan kempen untuk memupuk perpaduan rakyat melalui media massa seperti televisyen, surat khabar ataupun internet. Mesej kepentingan perpaduan rakyat perlu

description

4 FATONAH TEKS SYARAHAN

Transcript of 4 FATONAH TEKS SYARAHAN

CARA-CATA MEMUPUK PERPADUAN RAKYAT

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, Tuan Pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari yang mulia ini, saya akan menyampaikan syarahan saya yang bertajuk Cara-Cata Memupuk Perpaduan Rakyat.

Hadirin sekalian,Sebelum saya memulakan syarahan saya, izinkan sayamendefinisikanmaksud tajuk syarahan saya. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cara-cara bermaksud langkah-langkah melaksanakan sesuatu. Memupuk perpaduan rakyat pula membawa maksud mewujudkan integrasi dalam kalangan masyarakat berbilangan kaum. Dengan perkataan yang mudah, syarahan saya bermaksud langkah-langkah untuk mewujudkan integrasi dalam kalangan masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,Oleh sebab rakyat Malaysia berbilangan kaum, maka kerajaan perlu mengambil pelbagai inisiatif untuk memupuk perpaduan rakyat. Kerajaan bolehmengadakan kempenuntuk memupuk perpaduan rakyat melalui media massa seperti televisyen, surat khabar ataupun internet. Mesej kepentingan perpaduan rakyat perlu diterapkan dalam minda masyarakat bahawa bersatu teguh, bercerai roboh.

Rakan-rakan yang dikasihi,Pihak sekolahjuga memainkan peranan penting dalam memupuk integrasi dalam kalangan masyarakat sekolah. Perpaduan rakyat mudah dipupuk jika dimulakan sejak bangku sekolah lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak sekolah patut mengadakan gotong-royongmelibatkan pelajar dan guru yang berbilangan kaum. Penglibatan pelajar berbilangan kaumdalam aktiviti kokurikulum sekolah turut memberi peluang kepada warga sekolah saling berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti sebegini dapat menjalinkan hubungan baik dan memupuk perpaduan masyarakat sekolah.

Hadirin yang dihormati,Perpaduan rakyat juga bermula dari rumah.Ibu bapaperlu memberi pendidikan yang secukup kepada anak-anak. Anak-anak haruslah diajar dan dididikuntuk bertoleransi dan memahami budaya pelbagai kaum di Malaysia.Hal ini dapat mengelakkan anak-anak bersifat perkauman apabila dewasa kelak. Anak-anak akan lebih senang bergaul dengan rakan kaum berlainan.Keadaan ini akan memudahkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Hadirin sekalian,Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, saya ingin menegaskan bahawa perpaduan rakyat amat penting dalam konteks rakyat Malaysia yang berbilangan kaum dan agama. Perpaduan rakyat dapat menjamin keamanan dan keharmonian hidup , seterusnya dapat merealisasikan Wawasan 2020.Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa Bersatu Malaysia akan teguh, Bercerai Malaysia akan roboh.

Sekian ,terima kasih