4. Mereka Cipta Stail Paakian Zul

download 4. Mereka Cipta Stail Paakian Zul

of 9

Transcript of 4. Mereka Cipta Stail Paakian Zul

  • 8/7/2019 4. Mereka Cipta Stail Paakian Zul

    1/9

    1

    Mengenal Pasti Masalah

    2

    Pencetusan Idea

    3

    Perekaan Projek Pakaian

    4

    Pemilihan Projek Pakaian

    REKAAN REBENTUK STAIL KEMEJA

    Dalam menghasilkan apa sahaja bahan reka cipta kita perlu merangka dan

    merancang dahulu bahan yang hendak di cipta. Antara langkah awal dalam pembuatan

    sesuatu pakaian ialah mereka cipta stail pakaian, diikuti dengan melakar pola,

    menggunting fabrik dan yang seterusnya ialah menjahit pakaian. Perkara-perkara yang

    perlu dalam mencipta stail pakaian ialah mengenal pasti masalah, pencetusan idea,

    perekaan projek pakaian dan pemilihan projek pakaian dan perkara-perkara ini perlu

    dilakukan secara sistematik bagi memastikan hasil reka cipta pakaian yang dibuat

    dapat memenuhi kehendak si pembuat.

    Dalam memastikan kehendak diri sendiri mahu pun pengguna kita haruslah

    meletakkan standard kepada rekaan kita agar rekaan yang dihasilkan benar-benar

    terpelihara dan memenuhi citarasa. Dalam meletakkan standard ini agar benar-benar

    pakaian yang dihasilkan bermutu, maka proses pembuatannya perlulah berperingkat

    dan mengikut spesifikasi yang betul serta boleh diterima.

    Prosedur Dalam Menghasilkan Pakaian

  • 8/7/2019 4. Mereka Cipta Stail Paakian Zul

    2/9

    PROSES MEREKA CIPTA STAIL PAKAIAN

    A) Pengenalpastian masalah

    Dalam menghasilkan reka cipta stail pakaian ini saya telah menjalankan

    beberapa kajian tentang pakaian yang bakal saya hasilkan nanti terdapat beberapa

    faktor yang telah saya kaji untuk menentukan kesesuaiannya. Antaranya ialah:

    y Tujuan

    Dalam mereka cipta stail pakaian ini saya telah mengambil langkah awal iaitu

    melihat tujuan saya dalam mereka cipta stail pakaian ini. Pakaian yang akan saya

    hasilkan adalah sehelai pakaian yang santai untuk ke majlis keraian. Ia juga

    bersesuai dalam majlis makan malam ringkas mahupun hi-tea. Pakaian tersebut

    cukup ringkas tetapi bergaya. Saya menerapkan aspek geometri iaitu garisan agar

    ia tidak kelihatan terlalu sarat dengan corak. Pakaian yang hendak dipakai haruslah

    selesa dan mudah untuk bergerak kerana ia perlulah menjadi lebih fleksibel kepada

    si pemakai. Pakaian yang saya akan hasilkan nanti adalah sehelai kemeja lelaki.

    FaktorReka

    BentukPakaian

    Demografi

    Iklim DanSuasanaTempat

    Tujuan

  • 8/7/2019 4. Mereka Cipta Stail Paakian Zul

    3/9

    y Faktor iklim dan suasana setempat

    Aspek kedua ialah faktor iklim. Melihatkan kepada factor iklim ini, apa yang

    cukup penting dalam penghasilan kemeja ini ialah pemilih fabric. Iklim dan suasana

    memainkan peranan yang cukup penting menentukkan keseselesan si pemakai.

    Dalam menilai keselesaan kita perlu lihat sama ada suasana sesebuah majlis itu

    terbuka ataupun tertutup. Oleh itu stail pakaian yang bakal saya hasilkan nanti

    tidaklah terlalu tebal fabriknya, perlulah berlengan pendek agar lebih sejuk dan

    fabriknya dapat memantulkan haba dengan baik. Oleh itu, fabrik kapas adalah fabrik

    yang saya rasakan sesuai untuk stail pakaian saya pada majlis itu nanti dan cukup

    bersesuai dengan konduksi tempat itu nanti.Fabrik ini dapat memberikan keadaan si

    pemakai dalam suasana yang kondusif dan bertepatan dengan tempat majlis

    tersebut.

    y Demografi

    Melihat pada faktor demografi, majlis ini akan dihadiri oleh semua golongan tidak

    kira tua atau pun muda. Oleh itu, pemilihan warna serta fabrik perlulah bersesuaian

    dengan usia si pemakai agar kelihatan matang dan tidak terlalu muda atau tua

    apabila si pemakai mengenakan pakaian tersebut. Aspek keselesaan si pemakai

    memainkan peranan penting serta melambangkan keceriaan kepada si pemakai

    berdasarkan corak dan pilihan warna yang ceria.

    Majlis yang terdiri daripada golongan serdahana. Maka pakaian tidaklah terlalu

    berat tetapi cukup ringkas.Dalam memilih prinsip keringkasan dalam pemilihan

    amatlah penting bagi melihat kesuaian si pemakai.. Pakaian perlulah sesuai dengan

    semua golongan agar meresa lebih selesa dan tidak kekok dalam majlis tersebut.

    Pakaian akan menggambarkan status ekonomi seseorang serta dalam masa yang

    sama menjelaskan pekerjaan seseorang.

    Disebabkan majlis ini akan diadakan di kawasan bandar, oleh itu penghasilan

    stail pakaian perlulah mencirikan sifat-sifat kebandaran dan moden. Rekaan yang

    cukup moden dengan menggunakkan unsur garisan dapat menaikkan seri si

    pemakai dan yang paling penting mengikut arus fesyen semasa.

  • 8/7/2019 4. Mereka Cipta Stail Paakian Zul

    4/9

    B) Pencetusan idea

    Perbagai cara yang boleh dilakukan dalam menjana minda untuk

    mencetuskan idea dalam pengasilan stail pakaian ini. Antara cara yang boleh

    diguna pakai ialah melalui sumbang saran, perbincangan, bahan rujukan seperti

    majalah, pameran, pengalaman serta melalui internet. Terdapat tiga perkara

    penting dalam membantu pencetusan idea ini di samping kekreatifan idea pereka

    yang menjadikan ia sebuah hasil reka cipta yang unik dan tulen. Antara tiga

    perkara penting tersebut ialah :

    y Tema

    Dalam menghasilkan reka bentuk stail pakaian ini, saya telah mengambil

    tema Santai Komtemporari. Dengan menggunakan corak geometri iaitu garisan

    ke bawah sebagai asas rekaan dan bersesuaian dengan majlis yang bakal saya

    hadiri, maka tema Moden Casual adalah tema yang paling sesuai saya rasakan

    berdasarkan jenis dan kesesuaian majlis yang bakal saya hadiri nanti.

    Tema

    RupaBentuk

    Luar

    Inspirasi

  • 8/7/2019 4. Mereka Cipta Stail Paakian Zul

    5/9

    y Inspirasi

    Dalam mereka stail pakaian ini, saya telah memilih asas garisan iaitu

    geometri sebagai inspirasi saya. Saya memilih corak ini kerana inspirasi

    daripada rekaan zaman sekarang yang memerlukan tampak moden dan

    bergaya. Rekaan baju pejabat telah saya aplikasi dalam pakaian saya bagi

    menonjolkan seri si pemakai agar nampak bergaya dan segak dalam majlis itu

    nanti. Inspirasi daripada pereka tempatan seperti Razwan Radzwill, Datuk

    Benard Chandran dan Sebagai telah menjadi inspirasi saya dalam menghasilkan

    pakaian ini.

    y Rupa bentuk luar.

    Dalam menghasilkan reka bentuk pakaian ini, reka bentuk luar

    memainkan peranan yang penting. Saya menggunakan konsep garisan ke

    bawah bagi memastikan illusinya dapat menunjukkan ketinggian seseorang dan

    memberikan badan kelihatan lebih kurus dan fit.

    Selain itu, reka bentuk luar juga memainkan peranan yang penting. Dalammemberi keselesaan kepada pemakai, stail pakaian yang saya akan hasilkan

    perlulah longgar, dan tidak melekat pada badan. Ini bertujuan memudahkan

    pergerakan si pemakai dalam melakukan sebarang aktiviti tanpa terbatas.

    Oleh itu saya telah memilih bentuk lurus ( tubular ) sabagai bentuk rekaan

    saya. Sebab lain saya memilih bentuk ini adalah untuk membantu

    menyembunyikan kelemahan seseorang seperti di bahagian belakang perut

    yang selalu terkeluar apabila mengenakan pakaian itu nanti.

  • 8/7/2019 4. Mereka Cipta Stail Paakian Zul

    6/9

    C) PEREKAAN PROJEK PAKAIAN

    Reka bentuk pakaian yang dihasilkan dengan tema, inspirasi dan rupa

    bentuk luar juga dipanggil perekaan projek pakaian yang telah difikirkan oleh

    pereka. Ia akan membantu dlam membentuk lakaran kasar untuk pereka.

    Lakaran kasar ini akan membantu dalam mengembangkan lagi idea.

    Dalam perekaan projek pakaian ini, saya telah membuat lima rekaan

    sahaja dan kemudian saya telih memilih satu rekaan yang terbaik yang saya

    rasakan sesuai untuk stail rekaan pakaian saya. Dalam membuat rekaan ini saya

    telah memilih kesesuai mengikut tema dan konsep yang jelas. Selain itu juga,

    rekaan yang ringkas membantu saya dalam menghasilkan rekaan yang

    mudah.kelima-lima rekaan yang saya hasilkan benar-benar membantu saya

    menghasilkan dalam memilih pakaian yang mudah untuk diuruskan. Namun

    hanya satu sahaja yang terbaik untuk saya pilih.

    D) PEMILIHAN PROJEK PAKAIAN

    Setelah meneliti dan menkaji beberapa faktor yang difikirkan perlu, saya

    telah memilih satu rekaan yang terbaik untuk dijadikan projek pakaian saya ini.

    Berdasarkan beberapa faktor seperti iklim, demografi serta tujuan yang dikaji,

    pemilihan yang tepat akan membantu dlam pemilihan stail pakaian yang baik

    dan sesuai. Corak dan reka bentuknya yang sesuai atas bantuan pensyarah

    maka saya memilih rekaan yang bercorak tegak ini. Tambahan pula, bentuk

    kolar dan lengannya yang mudah untuk di jahit membantu saya dalam

    menghasilkan pakaian ini agar lebih kemas.

  • 8/7/2019 4. Mereka Cipta Stail Paakian Zul

    7/9

    VARIASI REKA CIPTA

    Sifat kreatif perlu ada dalam diri dalam menghasilkan rekaan yang unik dan

    verstile. Oleh itu saya perlulah bijak dalam memilih jenis-jenis variasi reka cipta untuk

    diserapkan dalam rekaannya. Kepelbagaian variasi dalam reka cipta akamn membantu

    dalam menghasilkan pekaian yang dapat menyerlahkan lagi penampilan si pemakai.

    Dalam memberikan kesan positif pada padangan orang lain, faktor reka cipta

    haruslah seimbang dalam memberikan kesan yang menarik kepada si pemakai.

    Kepelbagaian rakaan perlu di beri penekanan yang lebih dan focus kepada konsep

    asas rekaan.

    Dalam meningkatkan lagi gaya dan mutu fesyen, pelbagai variasi boleh diserapkan

    dalam reka bentuk stail sesuatu pakaian seperti:

  • 8/7/2019 4. Mereka Cipta Stail Paakian Zul

    8/9

    A) Garis bentuk

    Garis bentuk merupakan garis luar sesuatu pakaian. Ia penting kerana ia

    dapat mengimbangkan bentuk badan seseorang. Dalam rekaan stail pakaian

    saya pada kali ini, saya telah memilih bentuk lurus atau tubular kerana pakaian

    yang saya akan hasilkan ialah pakaian lelaki yang berbadan serdehana. Ia akan

    memberi sedikit ruang di antara badan si pemakai.

    B) Garis gaya

    Garis gaya ialah garisan yang terdapat dalam sesuatu pakaian. Gaya

    telah memilih garis pakaian yang menegak iaitu garisan dari atas ke bawah

    pakaian. Disebabkan si pemakai berbadan agak serdahana, makan penggunaan

    garisan ini akan membantu si pemakai agar kelihatan lebih tinggi, dan kurus.

    Kain bercorak tegak ke bawah ini membantu si pemaikai agar nampak lebih

    bergaya dan selesa.

    C) Warna

    Warna merupakan sesuatu yang dapat menyerikan lagi pakaian yang

    direka cipta. Ia juga akan mempengaruhi perasaan dan jiwa seseorang. Dalam

    rekaan ini, saya telah memilih warna putih dan biru. Warnanya yang ringkas

    dapat menaikkan lagi bentuk tubuh si pemakai.

    Sabab saya memilih warna ini ialah kerana ia tergolong dalam kumpulan

    warna sejuk. Ia merupakan biru gelap bersesuaian dengan jiwa lelaki. Warnanya

    tidaklah terlalu terang dan gelap. Ia juga melambangkan sesuatu yang positif

    serta memberi kegembiraan kepada pemakai.

  • 8/7/2019 4. Mereka Cipta Stail Paakian Zul

    9/9

    D) Corak

    Corak adalah sesuatu yang dihasilkan pada fabrik pakain bertujuan untuk

    mengindahakan sesuatu rekaan pakaian. Dalam seni reka stail pakain ini, saya

    telah menggabungkan beberapa eleman seperti garis, ruang, tekstur dan warna

    yang terdapat pada fabrik sebagai hasil rekaan saya.

    Corak tegak biru gelap pada kemeja saya telah memberi impak yang

    diinginkan oleh si pemakai. Gabungan secara garis menegak memberi kasan

    yang berbeza kapada si pemakai agar kelihatan lebih tinggi dan kurus. Corak

    yang berulang-ulang dan sekata pada kain batik memberikan suatu identiti

    kepada si pemakai yang ingin kelihatan segak dan bergaya dalam majlis

    tersebut.