4. Model Reka Bentuk

download 4. Model Reka Bentuk

of 10

Transcript of 4. Model Reka Bentuk

  • 8/11/2019 4. Model Reka Bentuk

    1/10

    EDU 3053

    TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    2

    6.0 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

    Definisi Reka Bentuk Pengajaran

    Definisi model rekabentuk pengajaran merupakan garis panduan ataupun satu set

    strategi yang menjadi dasar pendekatan pengajaran untuk seseorang pengajar. Ia

    membekalkan struktur secara langkah demi langkah "how to practice"dan "how to

    conduct".

    Di dalam kajian Molenda, Reigeluth & Nelson (2003) mereka telah

    mendefinisikan rekabentuk instruksional sebagai kaedah dan strategi yang

    sistematik beserta teknologi yang digunakan untuk mencapai objektif yang

    telah ditetapkan.

    Satu sistem yang dibentuk untuk membangunkan bidang pendidikan dan

    program latihan yang konsisten dan relevan masa kini (Akbulut, 2007, p. 63).

    Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk

    mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan,penilaian dan penyelenggaraan situasi pembelajaran yang memudahkan

    pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku.

    Proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran yang

    juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling. (Seels

    dan Richey, 1994).

    Terdapat pelbagai model pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru di sekolah.

    Umumnya model-model ini boleh dikategorikan dalam tiga kumpulan berikut:

    Model berorientasikan bilik darjah - Model ASSURE

    Model berorientasikan produk - Model ADDIE

    Model berorientasikan sistem - Model Dick & Carey

  • 8/11/2019 4. Model Reka Bentuk

    2/10

    EDU 3053

    TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    3

    Model Reka Bentuk ASSURE

    Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif

    pembelajaran dapat dicapai.Model pengajaran yang sesuai digunakan untuk membantu

    guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih jelas danberkesan supaya objektif pembelajaran dan pengajaran guru dapat dicapai.Bahan yang

    digunakan dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan

    kepada pelajar agar mesej yang ingin disampaikan jelas dan tepat.

    Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan dapat

    mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap dan

    sistematik. Seseorang guru perlu mengetahui perkara yang hendak dilaksanakan

    sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka

    memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan pengajaran

    dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model reka bentuk

    pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.

    Model ASSURE diasaskan oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996),

    adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang

    penggunaan media secara sistematik. Model Assure bermaksud mempastikanatau to

    assure pembelajaran berlaku.

    Model ASSURE dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat

    memanfaatkan penggunaan media.

    Model ASSURE memberi fokus kepada perancangan pengajaran

    pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat

    membantu guru merancangkan pengajaran berasaskan media dalam bilik

    darjah masing-masing.

  • 8/11/2019 4. Model Reka Bentuk

    3/10

    EDU 3053

    TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    4

    Terdapat 6 langkah yang penting dan perlu dilalui oleh seseorang guru sekiranya

    memilih reka bentuk pengajaran Model ASSURE ini. Antaranya ialah;

    1. Analyse Learners(Analisis Pelajar)

    2. State Objectives( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)

    3. Select methods, media and materials( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)

    4. Utilize media and materials( Guna media dan bahan sumber)

    5. Require learner participation(Libatkan pelajar dalam pembelajaran)

    6. Evaluate and revise(Nilai dan semak semula)

    A Analyse Learners Characteristics

    S

    State Objectives

    S Select methods, media and materials

    U Utilize media and materials

    R Require learner participation

    E Evaluate and revise

  • 8/11/2019 4. Model Reka Bentuk

    4/10

    EDU 3053

    TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    5

    1.0 Analisis Pelajar

    Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar adalah penting untuk membantu kita

    merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis

    berdasarkan aspek-aspek berikut:

    i. Ciri-ciri umum pelajar.

    ii. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

    iii. Gaya belajar

    i. Ciri-ciri umum pelajar

    Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina, penempatan,

    daerah, kawasan, budaya dan seumpamanya. Pemilihan kaedah, sumber dan

    bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang

    lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui

    penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

    ii. Pengetahuan sedia ada

    Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza.Analisis pengetahuandan

    pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran

    yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia

    ada pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian

    pembelajaran unit terlebih dahulu dan mengadakan sesi soaljawab di dalam

    kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar

    tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian

    sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan.

  • 8/11/2019 4. Model Reka Bentuk

    5/10

    EDU 3053

    TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    6

    iii. Gaya Pembelajaran Pelajar

    Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran

    individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu

    menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar

    dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang

    efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple

    IntelligenceGadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar.

    Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat,

    membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar.

  • 8/11/2019 4. Model Reka Bentuk

    6/10

    EDU 3053

    TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    7

    2.0 Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran

    Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah

    sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yangpelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti

    spesifik.

    Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah

    penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian

    pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu.

    Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut:

    a) Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)

    b) Apakah yang hendak dicapai? (Apakah bentuk pelakuan baru)

    c) Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)

    d) Apakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

    a) Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpu lan sasar).

    Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah

    pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti

    pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

    b) Apakah yang h endak dicapai? (Apakah bentuk p elakuan baru)

    Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang

    dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihatdan diukur pencapaiannya.Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas

    situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah

    Melakar, Menamakan, Meramal, Membaca, Menjawab, Melukis, Menilai,

    Melabel, Menjelas

  • 8/11/2019 4. Model Reka Bentuk

    7/10

    EDU 3053

    TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    8

    c) Situasi dan Syarat Perlakuan. Apakah syarat pelakuan?

    Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat

    bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian

    objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan

    pembelajaran.

    d) Bagaimana hendak d icapai? (Apakah s yarat pelakuan)

    Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat

    membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang

    sesuai.

    e) Apakah tahap pencapaian min imum ? (standard pencapaian)

    Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah

    ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan

    sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru

    menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang belum mencapai objektif

    pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti

    pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif.

  • 8/11/2019 4. Model Reka Bentuk

    8/10

    EDU 3053

    TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    9

    3.0 Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber

    Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah

    dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut

    merangkumi aspek-aspek berikut:

    Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang

    hendak dicapai.

    Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih.

    Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

    Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih

    bahan sumber yang sesuai soalan-soalan berikut perlu ditanya.

    Adakah bahan ini menepati kurikulum?

    Adakah isipelajaran menepati kurikulum?

    Adakah laras bahasanya jelas?

    Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar?

    Adakah bahan ini dapat menarik penglibatan pelajar?

    Adakah bahan ini berkualiti?

    Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan?

    Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak?

    Adakah ada panduan pengguna?

    Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan

    pembelajaran dapat menjimatkan masa.

  • 8/11/2019 4. Model Reka Bentuk

    9/10

    EDU 3053

    TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    10

    4.0 Gunakan Media dan Bahan Sumber

    Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan

    berikut perlu dilakukan oleh guru.

    Semak, pratonton dan kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru

    hendaklah mengkaji, menyemak dan menonton bahan sumber yang telah dipilih

    sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar

    sesuai dengan kumpulanpelajar atau objektif pengajaran dan pembelajaran.

    Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.

    Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

    Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

    5.0 Libatkan pelajar dalam pembelajaran

    Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan

    menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori

    pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya

    pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran.

    Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan

    sebagainya dapat terus mengekalkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

    Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan

    mengekalkan pengelibatan pelajar dalam proses belajar, Gambar foto, video dapat

    mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti

    penyelesaian masalah.

  • 8/11/2019 4. Model Reka Bentuk

    10/10

    EDU 3053

    TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    11

    6.0 Nilai dan Semak Semula

    Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE.Sebenarnya langkah ini

    menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran.

    Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk

    memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan

    pelajar.