(4) nasionalisme

download (4) nasionalisme

If you can't read please download the document

Transcript of (4) nasionalisme

  • 1. NASIONALISME
    • OBJEKTIF PERBINCANGAN :

6) PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN 5) KESIMPULAN 4) NASIONALISME MASA KINI 3) PERKEMBANGAN NASIONALISME 2) PERBEZAAN ANTARA NASIONALISME DAN PATRIOTISME 1) DEFINISI 2. NASIONALISME: Definisi / konsep

  • Boyd C. Safer
  • Cinta pada tanah air, bangsa atau sejarah budaya bersama; suatu keinginan kemerdekaan politik, keselamatan dan martabat bangsa sertadoktrin yang menyatakan bahawa bangsanya sendiri harus dominan atau tertinggi di antara bangsa-bangsa lain dan harus bertindak agresif

3. JP Ongkili

  • Suatu bentuk kesedaran kesedaran bahawa masyarakat dalam suatu wilayah itu ialah suatu rakyat yang mempunyai ciri-ciri penghidupan yang sebahagian besarnya, unik bagi mereka. Maka untuk memperlihatkan nasionalisme, rakyat suatu wilayah itu menggunakan lambang-lambang kenegaraan seperti sempadan dan ibu kota yang akan menentukan letaknya negara bangsa, keperibadian kebangsaan yang kebiasaannya terhurai dalam perlembagaan negeri, kewarganegaraan dan bahasa kebangsaan, perekonomian, kebudayaan dan kesenian, bendera dan lagu kebangsaan, kadang-kadang juga agama kebangsaan.

4. NASIONALISME: Definisi / konsep

  • SENTIMEN DI KALANGAN PENGHUNI SESUATU WILAYAH YANG TERTENTU.
  • Perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam / semangat kebangsaan
  • Perasaan ini dilihat apabila rakyat sesebuah wilayah itu menggunakan lambang-lambang tertentu sempadan dan ibu kota bagi menentu taraf bangsa, keperibadian kebangsaan, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, ekonomi, kebudayaan dan kesenian, bendera, lagu kebangsaan dan lain-lain(Abdul Latif Abu Bakar, 1998)

5.

  • Kesedaran individu @ kumpulan akan keahliannya dalam sesebuah negara serta keinginan untuk memperkukuhkan negaranya, mempertahankan kebangsaan dan mempertingkatkan kemakmuran.
  • Individu @ kumpulan ini akan merasa yang mereka mempunyai taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap negara tersebut

6. Marshall

  • Sentimen aspiration, and consciousness are all terms applied to what constitutes nationalism, or valuation of nation-state above all else. However, it also entails certains assumptions about the will to self-determination, the existence and indeed desirability of diversity, the superiority of the sovereign state over forms of rule, and the centrality of national loyalty to political power as basic form of legitimation

7. RUMUSAN

  • Sikap mental dan tingkahlaku indidvidu atau masyarakat yang merujuk kepada kesetiaan atau pengabdian terhadap bangsa dan negaranya. Ini bermakna mereka meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain sama ada peribadi mahupun kaum. Ringkasnya nasionalisme adalah tekad untuk hidup sebagai satu bangsa di bawah satu negara yang sama, terlepas daripada perbezaan etnik, ras, agama ataupun golongan.

8. NASIONALISME MELAYU

  • Menurut Musa Hitam (1986):
  • Nasionalisme Melayu khas utk orang Melayu sbg manifestasi cetusan rasa dan keinsafan bangsa Melayu
  • Dr.Burhanuddin Al-Helmi (1954):
  • Kebangsaan kita Melayu, kebangsaan yang memelihara dan menghidupkan hak kebangsaan Melayu.

9.

  • Dr. Burhanuddin menolak fahaman nasionalisme bersifat assabiyah (berpuak-puak dan bangga dgn puak masing-masing)
  • Nasionalismedan patriotisme tidak seharusnya mengorbankan nilai-nilai murni, keadilan, kebenaran, persaudaraan dan kemanusiaan sejagat.

10. Nasionalisme Mengikut Sarjana Islam

  • Iqbal dan Faruqi :
  • Menolak fahaman nasionalisme kerana beranggapan nasionalisme adalah sejenisethnocentrismyang akan melahirkanracismyang angkuh
  • Nasionalisme yang memberi manfaat kpd bangsa dan selagi tidak melibatkan kezaliman diterima oleh Islam

11. PATRIOTISME :DEFINISI KONSEP

  • RASA CINTA DAN SAYANG KEPADA NEGARA YANG WUJUD DALAM DIRI SETIAP ANAK WATAN DAN IA BERBENTUK PSIKOLOGI.
  • Contohnya hormat kepada bendera negara, lagu kebangsaan, sayangkan pemimpin negara, merindui tanah air semasa berada di luar negara, rasa bimbang kepada keselamatan negara dan lain-lain.

12.

  • Patriotisme juga selalunya dikaitkan dengan kecintaan yang mendalam dalam jiwa dan raga setiap warganegara sehingga sanggup mengorbankan dirinya untuk tanah air tercinta.
  • Patriotisme meluapkan perasaan kesetiaan kepada negara dan ia menjadi unsur penting nasionalisme (Abdul Latif Abu Bakar, 1998)

13. PERBEZAAN ANTARA NASIONALISME DAN PATRIOTISME

  • NASIONALISME Perasaan yang lahir dari rasa cinta/patriotik terhadap pemilikan dan kepunyaan dalam diri seseorang.
  • NASIONALISME Wujud secara kolektif yang mendorong kepada pertumbuhan kesatuan, parti-parti yang berbentuk kebangsaan ataupun kesukuan.
  • PATRIOTISME Api yang membakar nasionalisme.
  • PATRIOTIK Elemen yang wujud dalam diri individu.

14. KEWUJUDAN NASIONALISME DAN PATRIOTISME DIDORONG OLEH :

  • KEBIMBANGAN DAN KESEDARAN TENTANG NASIB BANGSA DAN NEGARA
  • PENGETAHUAN TENTANG SEJARAH DAN PERKEMBANGAN TERHADAP PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA
  • KEINGINAN UNTUK MEMARTABATKAN MARUAH DAN PRESTIJ BANGSA DAN NEGARA

15. FAKTOR PENYEBAB NASIONALISME

  • PENINDASAN & PENYELEWENGAN PENJAJAH
  • DASAR PENJAJAH YANG MENGABAIKAN KEPENTINGAN RAKYAT
  • USAHA RAKYAT UNTUK MEMBENTUK & MENGUKUHKAN NEGARA

16.

  • PERKEMBANGAN NASIONALISME
  • DIMALAYSIA

17. NASIONALISME AWAL / BERSENJATA (RADIKAL)

  • MENENTANG PORTUGIS, BELANDA INGGERIS
  • Bermula dgn pencerobohan Portugis di Melaka (1511) faktor ekonomi, agama
  • Penentangan yg diasaskan kepada Centric Melayu Melaka
  • Sultan Mahmud, Pateh Kadir, Patih Unus (kerabat diraja Jawa) cuba serang Portugis utk rampas semula Melaka ttp gagal

18.

  • 1641- Tun Jenal, putera kpd Tun Sri Lanang berjaya bantu Belanda kalahkan Portugis ttp menyebabkan Melaka jatuh pula ke tangan Belanda
  • Raja Haji berjuang rebut kemerdekaan dari Belanda (1874) ttp beliau gugur di Teluk ketapang, Melaka
  • Perjanjian Inggeris Belanda (1824)- menyebabkan Melaka ditakluk British
  • 1874- Perjanjian Pangkor antara Inggeris dan Raja-raja Melayu sebagai titik permulaan campur tangan British di Tanah Melayu

19. FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN NASIONALISME AWAL

  • EKONOMI
  • Inggeris ambil alih tugas pungut cukai, perkenal sistem cukai baru/ pas
  • Digunakan utk bayar gaji pegawai British termasuk residen/ penasihat
  • Membebankan rakyat, pembesar kehilangan sumber pendapatan

20.

  • POLITIK/ KEPIMPINAN (Pemberontakan pembesar)
  • Mengurangkan kuasa sultan Melayu dan pembesar dlm hal pentadbiran
  • Residen berfungsi sbg pensihat kpd sultan/ raja dan b/jawab pula kpd Residen Jeneral
  • -residen menjalankan tugas yg diarahkan oleh Kerajaan British dan bukannya Sultan
  • Sultan hanya dipertanggungjawabkan dlm urusan agama dan adat istiadat shj

21.

  • SOSIAL
  • British membawa nilai-nilai baru yg menyebabkan pertembungan budaya/ peradaban- Clash of Civilizations
  • Sistem pendidikan- wujud sekolah Inggeris, penyebaran agama Kristian- dianggap mencemarkan kemurnian nilai-nilai tradisional Melayu
  • Penghapusan sistem hamba yg menjadi amalan pembesar-pembesar Melayu dianggap melanggar adat resam

22. PEJUANG-PEJUANG YANG MENENTANG INGGERIS

  • DATO MAHARAJA LELA -PASIR SALAK
  • DATO DOL SAID - NANING
  • RAJA MAHDI SELANGOR
  • MAT KILAU JERANTUT
  • DATO BAHAMAN SEMANTAN
  • TOK JANGGUT/ HAJI MAT HASSAN- PASIR PUTIH
  • HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG- TELEMONG
  • RENTAP SARAWAK
  • MAT SALLEH - SABAH
  • PERJUANGAN MENENTANG PENJAJAH INI KESEMUANYA MENEMUI KEGAGALAN

23.

  • SIRI PEMBERONTAKAN INI GAGAL KERANA:
  • bersifat gerakan tani, tidak ada objektif dan jangkaan jangka panjang yang jelas
  • Berbentuk setempat, tidak menyeluruh dan tidak ada esprit de corp di kalangan penduduk
  • Tidak ada pemimpin yang berwibawa
  • Masyarakat Melayu bersifat pasif dan takut kepada label penderhaka
  • British berjaya mempengaruhi sultan Melayu agar tidak menyokong gerakan penentangan orang-orang Melayu

24. NASIONALISME KEINTELEKTUALAN(BUKAN BERSENJATA)

  • GOLONGAN BERPENDIDIKAN AGAMA
  • Dipengaruhi oleh gerakan nasionalisme Asia Barat pimpinan Jamaludin al-Afghani, Muhammad Abduh & Rashid Redha.
  • Dikenali sebagai kaum muda/golongan reformis/(anti establishment)- menentang pandangan dan prinsip golongan kaum tua yg dianggap konservatif/ beku
  • TOKOH-TOKOH PENTING : SYED SHEIKH AHMAD AL-HADI, SYEIKH MOHD TAHIR JALALUDDIN AL-AZHARI, HJ ABAS MOHD TAHA DAN SYEIKH MOHD SALIM AL-KALALI.

25.

  • Mereka membawa idea reformasi serta memberi semangat bahawa bangsa Melayu sebenarnya mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di dunia (Revolusi mental)
  • Menerbitkan akhbar/ majalah- Saudara, Edaran Zaman, Neraca, Al- Iman, Al- Ikhwan
  • membuat perubahan dalam struktur kurikulum persekolahan Melayu -lebih cenderung kpd sains, matematik dan perdagangan/perniagaan
  • Ditentang oleh ulama-ulama tradisional yang konservatif yang dikenali kaum tua.

26.

  • B)GOLONGAN BERPENDIDIKAN SEKULAR (MELAYU )
  • Berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ,TANJUNG MALIM 1922
  • Lahirkan ramai nasionalis kelas menengah Melayu
  • ANTARA TOKOH: HARUN MUHAMMAD AMIN (HARUN AMINURRASHID),ABDUL HADI HJ HASSAN, MOHD ISA MAHMUD, HASSAN MANAN DAN ABDUL KARIM RASHID

27.

  • Menyebarkan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat melayu untuk tentang inggeris
  • Banyak dipengaruhi oleh gerakan nasionalis indonesia
  • Penentangan ditonjolkan dalam bentuk penulisan buku & rencana

28.

  • Antaranya : Cenderamata (1923) dan majalah Guru (1924)
  • Pelajar MPSI juga terlibat dalan beberapa pertubuhan radikal sepertiikatan pemuda pelajar (1929), belia malaya (1930) dan KESATUAN MELAYU MUDA (1938)
  • Kegiatan golongan ini dibimbangi oleh British.

29.

  • Guru-guru telah ditukarkan & pertubuhan yang terlibat dengan nasionalisme telah diharamkan
  • Ramai dari kalangan pimpinan pertubuhan radikal telah ditangkap oleh pihak british
  • ANTARA YANG TERLIBAT BURHANUDDIN HELMY, IBRAHIM YAAKOB, AHMAD BOESTAMAM (ABDULLAH SANI RAJA KECHIL) DAN ISHAK HJ MOHAMAD.

30.

  • C) GOLONGAN BERPENDIDIKAN SEKULAR (INGGERIS)
  • Berpusat di MCKK (1905) & terdiri dari kalangan anak bangsawan melayu
  • Dilatih untuk jawatan tinggi dalam pentadbiran british
  • Kebanyakkan pro dan lebih mendapat perhatian inggeris

31.

  • TOKOH PENDIDIKAN INGGERIS: RAJA CHULAN, SULTAN ABDULLAH, MUHAMMAD EUNOS ABDULLAH, ZAINAL ABIDIN AHMAD (ZABA), DAN SIR RAJA TUN UDA.
  • Mereka memperjuang agar orang Melayu diberi hak yang lebih luas dalam ekonomi, pentadbiran & pelajaran

32. NASIONALISME KEPARTIAN

  • Masyarakat Melayu ketika itu tidak ada kesepaduan sosial, politik/ ekonomi disebabkan oleh:
  • FAKTOR PERHUBUNGAN
  • DEMOGRAFI TERPISAH
  • SISTEM PENDIDIKAN YANG RENDAH
  • HUBUNGAN YANG SENGGANG ANTARA PEMIMPIN DAN RAKYAT
  • KESAN DASAR PECAH PERINTAH BRITISH
  • Semangat kebangsaan telah diterjemahkan melalui kesedaran sosial lebih banyak mengajak masyarakat melayu bersatu padu

33. PENUBUHAN PARTI-PARTI POLITIK

  • PARTI KOMUNIS MALAYA (PKM) 1930
  • - Parti politik paling awal di Tanah Melayu
  • - Berorientasikan China Centric/ fahaman komunis
  • KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) 1936
  • Ditubuhkan oleh kumpulan guru dan pentadbir Melayu Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad
  • Bersifat radikal- berorientasikan konsep Melayu Raya

34.

  • PERTUBUHAN DAN KESATUAN-KESATUAN MELAYU
  • Dibentuk oleh anak negeri pejuang nasib Melayu
  • PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU (1942-1945)
  • -Kemenangan Jepun menentang Inggeris beri kesan psikologi terhadap orang Asia dan Orang Melayu

35.

  • PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION) 11 MEI 1946
  • Cetusan gelombang pemikiran dan kesedaran seluruh rakyat Melayu terhadap nasib dan masa depan mereka
  • Satu kejayaan kpd golongan berpendidikan MCKK- anak-anak bangsawan Melayu

36. NASIONALISME KOMPROMI

  • Perkembangan selepas perang Dunia ke 2 bawa perubahanterutama dari segi tuntutan kemerdekaan di negara-negara tanah jajahan kuasa Barat dan kebangkitan fahaman komunis
  • Di Tanah Melayu, Malayan Chinese Association (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949 atas kepentingan masyarakat Cina dan strategi politik British
  • Diketuai oleh TAN CHENG LOCK

37.

  • Bagi mengimbangi keadaan dan untuk menjaga kepentingan kaum India, Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan pada 1949.Diketuai oleh JOHN THIVY
  • Kedua-dua parti ini bertujuan mengalihkan tumpuan dan pergantungan politik masyarakat imigran dari negara asal dan mengubah orientasi pertubuhan-pertubuhan kaum selari dengan dasar dan kepentingan British juga untuk membela nasib kaum masing-masing.

38. PARTI PERIKATAN

  • Syarat British- kemerdekaan akan hanya diberikan kpd Tanah Melayu sekiranya ketiga-tiga kumpulan kaum utama berjaya menunjukan perpaduan
  • Untuk mempercepatkan kemerdekaan, UMNO, MCA dan MIC bergabung dan dikenali sebagai PARTI PERIKATAN pada tahun 1951

39. PAKATAN MURNI

  • Satu konsensus permuafakatan dari pemimpin-pemimpin perikatan
  • Dikenali juga dengan Quid Pro Quo, Kompromi Merdeka dan 4 + 1.
  • Orang Melayu: Menerima semua rakyat imigran bukan Melayu melalui prinsip jus soli

40. Orang bukan Melayu menerima:

  • Raja-raja Melayu sebagai pemerintah
  • Hak istimewa orang-orang Melayu
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
  • Agama Islam sebagai agama rasmi

41. NASIONALISME MASA KINI

  • Generasi sekarang ini kurang menghayati erti nasionalisme kerana :
  • Asas pengetahuan sejarah, agama, bangsa dan negara yang kurang.
  • Sikap yang negatif
  • Mudah terpengaruh dan terpedaya
  • Pengawasan ibu bapa yang berkurangan
  • Masyarakat yang bertambah individualistik
  • Tumpuan pendidikan agama dan moral yang merosot.

42. PENILAIAN

  • KESEDARAN TENTANG NASIONALISME ADALAH PENTING DALAM KEWUJUDAN SESEBUAH NEGARA. NASIONALISME DAN RASA CINTA PADA TANAH AIR MERUPAKAN INTIPATI KEUTUHAN SESEBUAH NEGARA.
  • ADALAH DIHARAPKAN KITA SEMUA DAPAT TERUS MENYUBURKAN RASA CINTA KEPADA NEGARA DAN TANAH AIR BERASASKAN KEPADA PEPATAH MELAYU DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG.

43. PENILAIAN DAN PEMAHAMAN

  • SEBAGAI ANAK KELAHIRAN SELEPAS MERDEKA, PADA PENDAPAT ANDA ADAKAH NASIONALISME RELEVAN DALAM ERA NEGARA HARI INI? JIKA TIDAK, KENAPA?
  • JIKA YA, BAGAIMANAKAH BENTUK DAN KEPERLUAN SEMANGAT NASIONALISME MASA KINI?