Algoritma Pendaraban Nombor Perpuluhan dari Perspektif Pelajar ...
4 NOMBOR PERPULUHAN
description
Transcript of 4 NOMBOR PERPULUHAN
![Page 1: 4 NOMBOR PERPULUHAN](https://reader035.fdokumen.site/reader035/viewer/2022072107/5695cf641a28ab9b028de1a4/html5/thumbnails/1.jpg)
Nombor Perpuluhan dan Pecahan
1. Mewakilkan pecahan 1/10 dan 1/100 sebagai nombor perpuluhan dan sebaliknya.
2. Nombor perpuluhan (decimals) adalah pecahan (fractions) yang mana penyebutnya
(denominator) adalah gandaan 10, iaitu, 10, 100, 1 000, ... dan seterusnya.
3. Dalam rajah di bawah, kawasan berlorek mewakili 8 daripada 10 bahagian, iaitu 8/10
bahagian.
Maka
1 daripada 10 bahagian = 1/10 = 0.1
Disebabkan 1/10 = 0.1
Oleh sebab itu, 8/10 = 0.1 x 8 = 0.8
Oleh itu, nombor perpuluhan dan pecahan, adalah boleh saling ditukar
(interchangeable).
4. Mewakilkan pecahan dengan penyebut 1, 100 dan 1 000 sebagai nombor
perpuluhan.
Mana-mana pecahan dengan penyebut (denominator) 10, 100 dan 1 000 boleh
diungkapkan dalam bentuk nombor perpuluhan.
Maka
Disebabkan 1/10 = 0.1,
dan 1/100 = 0.01,
dan 1/1000 = 0.001,
Oleh sebab itu 81/100 = 0.81
![Page 2: 4 NOMBOR PERPULUHAN](https://reader035.fdokumen.site/reader035/viewer/2022072107/5695cf641a28ab9b028de1a4/html5/thumbnails/2.jpg)
Bagaimana nombor perpuluhan ditulis dan dibaca?
1. 4/10 = 0.4 [dibaca sebagai: kosong perpuluhan empat (zero point four)]
2. 3/100 = 0.03 [dibaca sebagai: kosong perpuluhan kosong tiga (zero poit zero three)]
3. 1987/1000 = 1.987 [dibaca sebagai: satu perpuluhan sembilan lapan tujuh (one
point nine eight seven)]
Menukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya.
1. Untuk menukar pecahan kepada nombor perpuluhan:
Bahagikan pengangka (numerator) oleh penyebutnya (denominator).
Contoh 1:
Tukarkan pecahan berikut kepada nombor perpuluhan.
a. 1/8
Jwb: 1/8 = 1 ÷ 8
Oleh itu, 1/8 = 0.125
b. 15/8
Jwb: 15/8 = 15 ÷ 8
Oleh itu, 15/8 = 1.875
Untuk menukar nombor perpuluhan kepada pecahan:
1. Kira bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan.
![Page 3: 4 NOMBOR PERPULUHAN](https://reader035.fdokumen.site/reader035/viewer/2022072107/5695cf641a28ab9b028de1a4/html5/thumbnails/3.jpg)
2. Kemudian, tukarkan nombor perpuluhan kepada pecahan yang setara, dengan
penyebutnya adalah gandaan 10.
3. Permudahkan jawapan kepada sebutan (term) yang paling rendah (serendah
mungkin).
Contoh 2:
Tukarkan nombor perpuluhan berikut kepada pecahan.
a. 0.07
Jwb: 0.07 = 7/100
0.07 (mempunyai dua digit disebelah kanan titik perpuluhan)
7/100 (penyebutnya mempunyai dua sifar/zero)
b. 0.095
Jwb: 0.095 = 95/1000
0.095 (mempunyai tiga digit disebelah kanan titik perpuluhan)
95/1000 (penyebutnya mempunyai tiga sifar/zero)
c. 1.568
Jwb: 1.568 = 1 + 0.568 = 1 + 568/1000