4. PENDAHULUAN

2
2.0 PENDAHULUAN 2015 Semua ahli sejarah moden mengakui bahawa perkembangan ilmu perubatan di barat banyak dipengaruhi oleh perubatan muslim. Sebelum abad ke-14, tidak ada ilmu yang bernilai dipraktikkan di Eropah melainkan sesudah kedatangan ilmu perubatan ke sana, kemudian apabila ilmu perubatan Islam sampai ke sana, ilmu perubatan muslim telah dikaji dengan bersungguh-sungguh oleh penuntut-penuntut di Eropah. Tanpa kita sedari, seabad yang lalu iaitu dalam abad ke-19 masihi, ilmu perubatan muslim mula dihapuskan di dalam kurikulum ilmu perubatan di Eropah. Mereka mula menyatakan bahawa tokoh- tokoh ilmuan mereka adalah yang pertama membuat penemuan-penemuan baru seperti Corpernicus (meninggal dunia 1543) adalah tokoh pertama dalam bidang Astronomi dan Paracelsus (meninggal dunia 1541) adalah tokoh dalam bidang perubatan dan kimia. Ilmu perubatan muslim bermula pada zaman Bani Umayyah (661-720 masihi) dan berkembang pesat dalam zaman Abbasiyah (750-1258 masihi). Islam sangat menitikberatkan kesihatan umatnya. Kehebatan para ilmuan Islam ketika itu adalah mereka yang pakar dalam bidang sains falsafah dan dalam bidang perubatan adalah orang yang sama dan mereka ini dipanggil “Hakim”. Tahukah anda, bahawa kebanyakkan ilmu perubatan muslim dicedok dari ilmu perubatan di Parsi, Yunani, India, dan Mesir. Maka, ilmu perubatan muslim terpancar sebagai integrasi antara- teori- 2

description

4. PENDAHULUAN

Transcript of 4. PENDAHULUAN

2.0 PENDAHULUAN2015

Semua ahli sejarah moden mengakui bahawa perkembangan ilmu perubatan di barat banyak dipengaruhi oleh perubatan muslim. Sebelum abad ke-14, tidak ada ilmu yang bernilai dipraktikkan di Eropah melainkan sesudah kedatangan ilmu perubatan ke sana, kemudian apabila ilmu perubatan Islam sampai ke sana, ilmu perubatan muslim telah dikaji dengan bersungguh-sungguh oleh penuntut-penuntut di Eropah. Tanpa kita sedari, seabad yang lalu iaitu dalam abad ke-19 masihi, ilmu perubatan muslim mula dihapuskan di dalam kurikulum ilmu perubatan di Eropah. Mereka mula menyatakan bahawa tokoh-tokoh ilmuan mereka adalah yang pertama membuat penemuan-penemuan baru seperti Corpernicus (meninggal dunia 1543) adalah tokoh pertama dalam bidang Astronomi dan Paracelsus (meninggal dunia 1541) adalah tokoh dalam bidang perubatan dan kimia.Ilmu perubatan muslim bermula pada zaman Bani Umayyah (661-720 masihi) dan berkembang pesat dalam zaman Abbasiyah (750-1258 masihi). Islam sangat menitikberatkan kesihatan umatnya. Kehebatan para ilmuan Islam ketika itu adalah mereka yang pakar dalam bidang sains falsafah dan dalam bidang perubatan adalah orang yang sama dan mereka ini dipanggil Hakim.Tahukah anda, bahawa kebanyakkan ilmu perubatan muslim dicedok dari ilmu perubatan di Parsi, Yunani, India, dan Mesir. Maka, ilmu perubatan muslim terpancar sebagai integrasi antara- teori-teori perubatan Yunani, warisan Hippokrates selain daripada pengalaman bangsa Parsi dan India kerana para doktor Parsi dan India berkepakaran khusus dalam bidang pharmakologi. Dalam bidang perubatan, begitu ramai ahli dan sarjana perubatan wujud bagi mengembang ilmu perubatan diserata dunia. Antara sarjana perubatan muslim yang terawal ialah AL-HARITH IBN KALADAH (634M) yang berasal dari Thaif dan mula mempelajari ilmu perubatan di Yaman dan mempelajari ilmu ubat-ubatan di Parsi.Dalam kajian ini, akan membicarakan seorang tokoh sarjana perubatan Islam yang agung yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan Islam iaitu Ibnu Sina .

2