4. PENULISAN ESEI

11
Terapi dalam konteks pendidikan merupakan suatu kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi juga boleh dikatakan salah satu konsep kepelbagaian kategori individu yang memerlukan bimbingan dan kaunseling ataupun berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah dan ketidakupayaan pembelajaran bagi mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Lain kata, ketidakupayaan mereka yang tidak dapat meluahkan permasalahan dalam diri mangsa atau klien daripada pelbagai latar belakang yang disebabkan oleh pengalaman masa lampau yang telah dialami itu terlalu berat, rumit dan kompleks secara lisan. Mereka juga tidak dapat berkongsi dengan orang lain dengan mudah walaupun pada kaunselor atau guru yang berpengalaman dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan yang membolehkan murid-murid atau klien mengingat kembali fungsi badan secara normal. Terapi juga berasal daripada perkataan Greek iaitu “Therapeia” yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) “Therapeuo” yang bermaksud “I wait upon”. Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit atau klien. Secara amnya,

description

m

Transcript of 4. PENULISAN ESEI

Page 1: 4. PENULISAN ESEI

Terapi dalam konteks pendidikan merupakan suatu kaedah untuk membantu

seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.

Konsep terapi juga boleh dikatakan salah satu konsep kepelbagaian kategori individu

yang memerlukan bimbingan dan kaunseling ataupun berkeperluan khas. Dengan itu,

kaedah terapi dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah dan

ketidakupayaan pembelajaran bagi mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi,

sosial atau psikomotor. Lain kata, ketidakupayaan mereka yang tidak dapat meluahkan

permasalahan dalam diri mangsa atau klien daripada pelbagai latar belakang yang

disebabkan oleh pengalaman masa lampau yang telah dialami itu terlalu berat, rumit

dan kompleks secara lisan. Mereka juga tidak dapat berkongsi dengan orang lain

dengan mudah walaupun pada kaunselor atau guru yang berpengalaman dalam bidang

bimbingan dan kaunseling.

Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan dengan rawatan

pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami

sesuatu kecederaan yang membolehkan murid-murid atau klien mengingat kembali

fungsi badan secara normal. Terapi juga berasal daripada perkataan Greek iaitu

“Therapeia” yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan

perkataan Greek (kata kerja) “Therapeuo” yang bermaksud “I wait upon”. Oleh itu,

terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit atau klien. Secara amnya,

terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan

sebagainya.

Oleh demikian, terapi sering digunakan sebagai bahan bantuan untuk

menjalankan sesi bimbingan kelompok dan sebelum sesi kaunseling. Aktiviti –aktiviti

dalam terapi dapat membantu murid-murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat

yang lebih tinggi. Terapi main merupakan terapi yang gemar digunakan oleh kaunselor

dimana banyak membantu murid menunjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya

terhadap aktiviti yang hendak dijalankan. Terapi main itu juga adalah salah satu kaedah

bagi menjalankan interaksi sosial yang oleh menyediakan kesempatan untuk murid

belajar ketrampilan sosial-emosional dan meningkatkan ketahanan emosional.

Page 2: 4. PENULISAN ESEI

Kemajuan permainan pada perkembangan kanak-kanak dari segi ketrampilan dengan

fokus yang kuat pada intevensi awal, mula dari usia 4-14. Permainan sesuai digunakan

semasa sesi bimbingan dan kaunseling individu, kelompok atau murid-murid dalam satu

kelas.

Terapi yang kedua popular iaitu terapi bercerita. Terapi ini merupakan salah satu

aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan perkataan, imej dan

suara. Elemen-elemen yang sering wujud kepada terapi cerita iaitu plot, watak-watak

serta pandangan dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai moral yang terkandung dalam cerita

dan kanak-kanak yang mempunyai motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita,

maka terapi cerita merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling

kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah.

Menurut Judith Peck, terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang

boleh sama-sama kita fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan dan

displin diri boleh dijadikan ruang untuk terapi seni seolah-olah sebagai mekanisme

pemulihan. Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan klien meluahkan

perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni

terutama lukisan. Melalui ekspresi seni, klien dapat memahami cara untuk

mendedahkan keperluan dalaman dan kekeliruan mental serta boleh memberi bantuan

dalam pencarian resolusi. Selain itu, penghasilan seni yang terbatas dan klien yang

kekurangan ini mendapat nafas yang baru dalam memartabatkan lagi dunia seni

melalui reka bentuk “seni luar” .

Pada pendapat saya, saya akan tumpuan pada terapi yang saya gemari iaitu

terapi muzik. Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan

seseorang klien itu melalui pernafasan klinikal khusus. Melalui teknik itu, terapis atau

kaunselor boleh menjalankan program muzik terapi seperti dengan teknik mendengar

pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik,

mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan, hipnosis

melalui muzik, menari atau melukis menggunakan muzik.

Page 3: 4. PENULISAN ESEI

Tujuannya untuk mengalih kesakitan dan tekanan yang sesak ditanggung oleh

klien menggunakan medium muzik. Mungkin ada yang tertanya-tanya,apa kaitannya

terapi muzik dengan kecantikkan? Jangan kamu lupa, tahap kesihatan mental

sebenarnya banyak mempengaruhi kesihatan emosi dan jasmani kita. Malah, ada yang

mengaitkan jiwa yang tenang terpancar melalui air muka seseorang. Selain itu, apabila

mental klien itu akan bebas daripada sebarang tekanan, pasti wajah akan kelihatan

awet muda dan berseri-seri secara semula jadi. Dalam sejarah kebudayaan Islam

sendiri pula menytakan muzik itu bukan sedakat sebagai hiburan tetapi turut

mempunyai peranan penting dalam kehidupan masing-masing.

Al-Farabi telah menghasilkan buku dan teori yang mengenai muzik dan ia

dijadikan rujukan Barat sehingga sekarang. Begitu juga barisan utama termasuk Dr.

Yusuf al-Qaradawi dikatakan pernah mengaitkan muzik dengan naluri dan perasaan

seseorang sehingga membentuk bakat, perasaan dan keperibadian. Katanya, jika

tujuan seni itu digunakan untuk kebaikan, begitu jugalah hukumnya. Justeru, muzik itu

bukan sedakar bersifat semula jadi, bukan sahaja untuk hiburan maka ia juga

membawa banyak kebaikan tersirat jika diselidik penggunaannya.

Di samping itu, juga adanya maklumat yang mengenai terapi muzik melalui satu

artikel (music Therapy for disable children). Artikel ini telah ditulis oelh Ashley Bell di

sebuah sekolah (Brooke Point High School, Califonia). Di dalam artikel tersebut, penulis

telah menyatakan bahawa terapi muzik boleh digunakan untuk merawat bukan hanya

kanak-kanak autism, tetapi juga kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran,

sindrom down, masalah pendegaran, lemah anggota badan dan masalah kerencatan

mental. Bukan saja kanak-kanak normal biasanya sukakan muzik, maka penulis telah

juga menjadikannya sebagai elemen penting dalam menjalankan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Hasil yang didapat oleh

beliu begitu menggalakkan.

Page 4: 4. PENULISAN ESEI

Penulis artikel hanya menyatakan bahawa terapi muzik memang sesuai

digunakan untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran berdasarkan

daripada artikel-artikel yang lain, jurnal dan juga kajian yang telah dilaksanakan oelh

pakar-pakar terapi muzik. Walaubagaimanapun, saya juga bersetuju dengan penulis

bahawa terapi muzik amat berkesan bukan sahaja dengan kanak-kanak yang biasa

normal tetapi ia amat membantu dalam sesi bimbingan kelompok dan juga sesi

kaunseling kelompok dan individu. Satu contoh yang telah diberi di dalam artikel ini di

mana seorang kanak-kanak sindrom down bernama Josh Clark berumur lapan tahun.

Josh dirawat oleh seorang pakar terapi muzik iaitu Ginniana. L.Hofmeister-Connoly.

Mereka telah melakukan latihan yang berbeza untuk mengenali nomnor, huruf dan juga

nama akhir Josh. Giannna merasakan bahawa cara yang paling baik untuk menolong

Josh mengingati nama akhirnya ialah melalui lagu yang disukainya iaitu “Twinkle,

twinkle, twinkle little star”. Gianna dapati bahawa Josh dapat mengingati rentak lagu

tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama ahkirnya dengan mudah. Dalam

masa satu minggu dan Josh telah dapat mengeja “Clark”.

Di sini, penulis pula menyatakan, tanpa terapi muzik mungkin ia akan memakan

masa yang lebih lama untuk Josh mengingati dan mengeja Gianna, ahli terapi muzik

Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang

berbeza untuk menyelesaikan masalah dan pandai juga tidak dapat menyatakan

dengan tepat bagaimana otak memproese maklumat. Terapi muzik boleh menolong

melahirkan proses tersebut, namaakhir keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau

beberapa bulan.

Kanak-kanak, malah sehingga ke peringkat usia remaja merupakan golongan

yang amat menggemari muzik dan nyanyian. Oleh kerana itu, maka peluang harus

diambil oleh para guru pembimbing untuk menggunakan elemen muzik dan juga seni

dalam proses pengajaran dan pembelajaran klien di dalam kelas terutamanya kanak-

kanak bermasalah pembelajaran. Ini amat bertepetan sekali dengan penggunaan

elemen nyanyian dan bermain alat muzik khususnya untuk menghafal dan memahami

gambarajah. Bagimurid-murid ataua kank-kanak bermasalah pembelajaran, cara

Page 5: 4. PENULISAN ESEI

nyanyian diadapati amat berkesan. Mereka dapat belajar dengan rela melalui

improvisasi, menghafal dan menyebut huruf-huruf dalam nyanyian dengan lebih mudah

dan cepat.

Muzik mempunyai kesan yang mendalam ke atas badan dan minda klien atau

mangsa. Terapi muzik dapat mengurangkan tekanan seseorang dan dapat membantu

meningkatkan penjagaan kesihatan. Ramai yang tidak sedari bahawa manfaat terapi

muzik sebenarnya terapi seni ini sering diamalkan untuk menyembuhkan kemurungan,

ketenangan dan mengurangkan ketegangan otot. Terapi muzik boleh membawa banyak

faedah lain dan saya amat percaya muzik itu dapat membantu klien atau murid-murid

kita memberi lebih tumpuan. Ramai berpendapat bahawa muzik membantu klien atau

mansa untuk memberi lebih tumpuan kepada satu perkara tertentu dan mengeluarkan

dia dari fikiran yang bercelaru. Selain itu, mendengar muzik yang tertentu boleh

membantu seseorang berjalan atau berjalan dengan lebih cepat. Pilihan terbaik untuk

senaman adalah lagu rentak tinggi yang sesuai dengan irama.

Di sini, satu kajian di Universiti Brunel di West London telah mendedahkan

bahawa muzik boleh membantu meningkat ketahanan sebanyak 15 peratus, ia juga

dapat membantu untuk mengurangkan persepsi pengerahan tenaga semasa latihan.

Disamping itu, terapi muzik juga mampu meningkatkan kecekapan tenaga antara satu

hingga tiga peratus. Rasa tertekan? Ingin keluar dari perasaan itu? Hanya dengan

mendengar muzik kegemaran anda! Muzik memang dapat bantu klien dan anak murid

kita untuk keluar dari tekanan. Walaubagaimanapun terapi muzik akan memberikan

kesan yang menenangkan kepada minda dan badan seseorang. Ia akan membantu

mereka yang tidak dapat berehat dan akan membuatkan fikiran jadi lebih tenang.

Ada yang gemar mendengar muzik, ada yang mewujudkan cinta melaluinya dan

ada yang bermain muzik dan mencipta lagu. Muzik boleh dianggap sebagai cara yang

terbaik untuk meluahkan keperibadian seseorang itu. Muzik boleh menjadi salah satu

jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah kesihatan klien. Kini, pakar terapi cuba

mengubati pesakitnya dengan menggunakan muzik dan imej. Mereka berpendapat ia

Page 6: 4. PENULISAN ESEI

boleh membantu mereka untuk masuk ke dalam minda bawah sedar pesakit mereka, ia

dapat mengenalpasti punca dan penyelesaian masalah kemurungan. Muzik boleh

diibaratkan sebagai sejenis minuman untuk otak. Selain itu dapat membantu

menyembuhkan pelbagai keadaan emosi dan fizikal dan kini telahpun terbukti berjaya

kerana manusia mempunyai tindak balas yang khusus terhadap bunyi dan nada.

Penyakit-penyakit seperti Dementia, Autism, dan insomnia boleh dibantu melalui terapi

muzik. Mereka yang menghadapi masalah kemurungan boleh banyakkan mendengar

muzik yang digemari.

            Sebelum rawatan terapi muzik dijalankan, kaunselor perlu mendapatkan

persetujuan daripada klien tentang langkah-langkah rawatan dan etika-etika ketika sesi

rawatan atau kaunseling dijalankan. Antara perkara yang boleh dibincangkan adalah

seperti tentang kerahsiaan masalah klien. Seterusnya, kaunselor perlu mengatur

pertemuan dengan klien sebelum sesi rawatan sebenar dijalankan. Sesi ini bertujuan

untuk membenarkan klien menyelesakan diri dengan keadaan bilik persekitaran seperti

membiasakan diri dengan keadaan bilik rawatan dan juga kemudahan-kemudahan

yang disediakan.

            Seterusnya, kaunselor perlu menentukan tempoh masa untuk melakukan

penilaian supaya strategi dan stuktur dan terapi yang sesuai dapat dirancang.

Contohnya kaunselor perlu merancang waktu masa yang sesuai untuk menjalankan

rawatan sesi, peralatan yang perlu disediakan, dan juga pilihan muzik yang akan

digunakan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang sesuai  ketika menjalankan rawatan atau sesi

bimbingan dan kaunseling dapat dirancang dengan teliti. Perancangan yang dirancang

dengan terperinci dan sesuai akan menghasilkan kesan rawatan yang optimum.

            Ketika sesi rawatan atau sesi bimbingan dan kaunseling dijalankan, terdapat

beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kaunselor. Antaranya adalah

merekod secara terperinci setiap aktiviti-aktiviti atau perkara yang berlaku sepanjang

sesi rawatan. Kaunselor boleh merekod dengan menggunakan kaedah rekod anekdot

Page 7: 4. PENULISAN ESEI

atau catatan. Segala tingkah laku, maklum balas , perkerakan, luahan oleh klien perlu

dicatatkan supaya mudah untuk kaunselor membuat analisa.

            Selepas setiap kali sesi terapi muzik dijalankan, kaunselor harus mengadakan

sesi refleksi. Keunselor dapat mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi ketika

rawatan. Dengan cara ini, pengubahsuaian kaedah yang digunakan dapat dilakukan

untuk mempertingkatkan lagi rawatan pada sesi berikutnya. Sebarang penambahbaikan

dapat dilakukan setelah kaunselor membuat refleksi terhadap rawatannya. Kaunselor

bertanggungjawab untuk  memaklumkan klien dan penjaganya tentang rancangan serta

sesi rawatan yang berikutnya.

Sebaik sahaja tamatnya sesi terapi muzik, kaunselor perlu memastikan sesi

tersebut diakhiri dengan pendekatan dan teknik yang sesuai. Klien juga perlu diberikan

masa yang mencukupi supaya mereka dapat memahami serta menerima kaedah terapi

muzik. Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang

pesakit itu melalui penafsiran klinikal khusus.

Satu sifat muzik ialah ia untuk semua. Kita harus mendengar muzik dan

mengekalkannya dalam ingatan dan seterusnya menjadi satu pengalaman serta

menjadi ia satu perkhidmatan yang dapat memberi panduan terhadap klien atau murid-

murid yang menghidapi masalah masing-masing. Keyakinan dan kepuasan diri dapat

dibina melalui muzik. Selain itu, ia juga dapat mempercepatkan perkembangan nilai

estetika kanak-kanak serta memberi mereka pengalaman dan kemahiran untuk

membantu mereka.

Kesimpulan, terapi kanak-kanak melibatkan pelbagai jenis kemahiran

komunikasi. Antaranya ialah kemahiran bermain, bercerita, melukis, bermain alat muzik

dan menyanyi. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah menggunakan alat-alat media

berserta kemahiran-kemahiran untuk menggambarkan pemikiran dan emosi secara

semula jadi. Melalui aktiviti terapi itu terapis dapat menghayati dunia dalaman kanak-

kanak dengan lebih tepat lagi, mengenali punca gangguan mental dan emosi mereka

Page 8: 4. PENULISAN ESEI

dan seterusnya menggunakan kemahiran pelaksanaan intervensi kaunseling untuk

membimbing kanak-kanak kea rah menyelesaikan masalah yang dihadapi.