4 Perbincangan

3
4.0 Perbincangan Dapatan Kajian 4.1 Demografi Pelajar kajian ini merupakan sekolah di daerah Timur Laut iaitu pelajar-pelajar SMK (P) St George (SGGS). Responden ini adalah daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira bangsa, agama dan jantina. 4.2 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan Secara keseluruhannya, projek warga ini adalah untuk mengkaji tentang sebabnya obesiti dalam kalangan pelajar di Georgetown Daerah Timur Laut, serta mencadangkan langkah-langkah yang berkesan bagi mengatasi masalah ini. Masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Selama ini, kerajaan kita telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini. Contohnya, Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia telah dijalankan sejak sekian lama. Namun, masih kurang nampak keberkesanannya. Usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan. Hal ini demi untuk mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berkaitan pemakanan melalui makanan dan amalan pemakanan sihat. 1

description

Perbincangan Projek Warga

Transcript of 4 Perbincangan

Page 1: 4 Perbincangan

4.0 Perbincangan Dapatan Kajian

4.1 Demografi

Pelajar kajian ini merupakan sekolah di daerah Timur Laut iaitu pelajar-pelajar SMK

(P) St George (SGGS). Responden ini adalah daripada pelbagai latar belakang tanpa

mengira bangsa, agama dan jantina.

4.2 Rumusan, Cadangan dan Kesimpulan

Secara keseluruhannya, projek warga ini adalah untuk mengkaji tentang sebabnya

obesiti dalam kalangan pelajar di Georgetown Daerah Timur Laut, serta mencadangkan

langkah-langkah yang berkesan bagi mengatasi masalah ini.

Masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Selama ini,

kerajaan kita telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini. Contohnya, Dasar

Pemakanan Kebangsaan Malaysia telah dijalankan sejak sekian lama. Namun, masih

kurang nampak keberkesanannya. Usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan

penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan. Hal ini demi untuk mencegah dan

mengawal penyakit-penyakit berkaitan pemakanan melalui makanan dan amalan

pemakanan sihat.

Oleh hal yang demikian, kami telah mengemukakan beberapa cadangan supaya

pelajar dapat mengamalkan pemakanan sihat dan sempurna. Dasar-dasar yang kami

cadangkan ialah Program “STOP”, Satu Pelajar Satu Buku dan Program “Akademi

Buku”. Dasar yang telah kami bangunkan sebagai polisi kelas ialah Program “STOP”.

1

Page 2: 4 Perbincangan

Program STOP ialah merupakan satu program untuk menggalakkan pelajar

merancang dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemakanan bagi pencegahan

dan pengawalan obesiti dalam kalangan pelajar. Di bawah program ini, pelajar diminta

untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan sempurna.

Selepas memilih polisi kelas, kami telah mencadangkan cara-cara untuk

mewartakan polisi ini. Antaranya ialah melalui kertas kerja. Kertas kerja ini akan

dibentangkan oleh pihak pengurusan sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian

Pelajaran Malaysia bagi meraihkan sokongan mereka bagi polisi kita. Seandainya polisi

ini diterima, ia akan dilaksanakan di semua sekolah seluruh Malaysia. Inilah harapan kita

untuk membangunkan pelajar yang mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berkaitan

pemakanan melalui makanan dan amalan pemakanan sihat. Tidak hairanlah jika

ungkapan “Bulan semakin terang, bayang kian jelas” sering kali kita gunakan untuk

menunjukkan betapa pentingnya amalan pemakanan dalam penjagaan kesihatan kendiri..

Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga.

Namun begitu, sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana

bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Dalam kalangan keterer, operator serta pengendali

makanan yang menyediakan makanan dan kerajaan merancang dan melaksanakan penyelidikan

dan latihan berkaitan promosi pemakanan. Mudah-mudahan, hasrat kita untuk melahirkan modal

insan yang meningkatkan kesedaran dalam pemakanan yang baik untuk penjagaan kesihatan

kendiri.

2