4 Sains Dalam Tamadun Babylon

9
SAINS DALAM TAMADUN BABYLON Melibatkan kawasan di lembah antara Sungai Furat dan Sungai Dajlah bermula sekitar tahun 4000 S.M

description

ok

Transcript of 4 Sains Dalam Tamadun Babylon

Page 1: 4 Sains Dalam Tamadun Babylon

SAINS DALAM TAMADUN BABYLONMelibatkan kawasan di lembah antara Sungai

Furat dan Sungai Dajlah bermula sekitar tahun 4000 S.M

 

Page 2: 4 Sains Dalam Tamadun Babylon

Matematik Sistem angka sudah wujud- guna dua simbol baji,

iaitu V (satu) dan < (sepuluh) – tiada angka sifar - bahagi lilit bulatan kepada 360 bahagian - permulaan kepada luas bulatan 360° yang diketahui pada hari ini – ada formula untuk mengukur keluasan tanah dan isi padu sfera.

Page 3: 4 Sains Dalam Tamadun Babylon

Astronomi Bahagikan tahun kepada 12 bulan dan bahagikan satu

bulan kepada 30 hari - satu tahun mengandungi 360 hari. Pada peringkat awal, hari terbahagi kepada 6 jam - 3 jam

siang dan 3 jam malam – tapi tempoh bagi satu jam itu berbeza mengikut musim - lalu ubah kepada sistem 24 jam siang dan malam.

 

Page 4: 4 Sains Dalam Tamadun Babylon

Ada maklumat tentang lintasan perjalanan tahunan matahari mengelilingi bumi - buat peta perjalanan tahunan matahari melalui bintang-bintang - jalan pintasan matahari untuk setahun dibahagikan kepada dua belas bahagian punca zodiak, yang kemudiannya menjadi asas dalam astrologi - gunakan peta kedudukan bintang atau zodiak untuk mengetahui waktu pada waktu malam.

Page 5: 4 Sains Dalam Tamadun Babylon

Bentuk alam - terdiri daripada bumi yang leper, ditutupi oleh langit yang tinggi - waktu siang, matahari bergerak menyusur langit - waktu malam, bulan bergerak menyusur langit - apabila habis tempoh siang bagi matahari dan malam bagi bulan, kedua-duanya bergerak melalui bawah bumi untuk muncul pula pada keesokan harinya.

Page 6: 4 Sains Dalam Tamadun Babylon

Ada maklumat bahawa bulan bersifat seperti cermin yang membalikkan cahaya matahari dan tidak mengeluarkan cahaya sendiri.

Matahari dan bintang yang kelihatan berkelip-kelip pada waktu malam diketahui mengeluarkan cahaya sendiri dan dipercayai terlekap pada dinding langit.

Langit berlapis-lapis dan berwarna biru kerana terbentuk daripada batu permata biru

Page 7: 4 Sains Dalam Tamadun Babylon

Perubatan Falsafah perubatan Babylon diasaskan kepada

kepercayaan bahawa segala penyakit berpunca daripada gangguan hantu syaitan dan iblis.

Justeru, untuk mengubati penyakit, penunggu yang mengganggu pesakit perlu dilembutkan hati dan dihalau supaya tidak mengacau lagi.

Page 8: 4 Sains Dalam Tamadun Babylon

Cara mengubati penyakit - menjampi mantera, memohon kepada makhluk halus yang menyebabkan penyakit itu, juga menggunakan ubat-ubat akar kayu, mineral seperti tawas dan juga bahagian-bahagian anggota haiwan dan menggunakan angka-angka hikmat dalam perubatan (sama ada angka tujuh atau tiga. Contoh - ubat diberi tiga kali sehari dalam masa tujuh hari)

Page 9: 4 Sains Dalam Tamadun Babylon

Bagi membuat ubat, bahan-bahan ubat perlu dikutip pada masa dan hari yang tertentu seperti pada malam bulan purnama atau senja hari. Semasa ubat dibuat kehadiran kanak-kanak atau anak dara dipercayai boleh membuatkan ubat itu lebih mujarab kerana mereka ini melambangkan kesucian.