4) SET 3 BAHASA MELAYU PT3.pdf

7
 TERHAD 1 SET 3 Arahan: Jawab semua soalan dalam bahagian A, Bahagian B,Bahagian C dan satu soalan bahagian D BAHAGIAN A (25 markah) 1. Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i) Deretan kedai-kedai di Jalan Taming Sari telah terbakar pada petang semalam akibat litar pintas.  ________ ii) Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan pembinaan projek itu di atas sebab-sebab keselamata n.  ________ iii) Alat penghawa dingin di bilik mesyuarat sedang dibaiki oleh juruteknik.  ________ iv) Ibu membeli beberapa bentuk mutiara untuk dibuat rantai tangan.  ________ (8 markah) 2. Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i) Kontrektor binaan itu diberi kuasa untuk membina stesen bas yang baharu untuk keselesaan para penumpang.  ________ ii) Pelajar yang cermelang dalam kokurikulum dan kurikulum sahaja akan diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.  ________ iii) Setiap kelab dan persatuan perlu mengemaskini fail masing-masing.  ________ (3 markah)

Transcript of 4) SET 3 BAHASA MELAYU PT3.pdf

  • TERHAD

    1

    SET 3

    Arahan: Jawab semua soalan dalam bahagian A, Bahagian B,Bahagian C dan satu soalan

    bahagian D

    BAHAGIAN A

    (25 markah)

    1. Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

    kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak perlu

    menyalin ayat itu semula.

    i) Deretan kedai-kedai di Jalan Taming Sari telah terbakar pada petang semalam akibat litar pintas. _______________________________________________

    ii) Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan pembinaan projek itu di atas sebab-sebab keselamatan. __________________________________________________

    iii) Alat penghawa dingin di bilik mesyuarat sedang dibaiki oleh juruteknik.

    _______________________________________________

    iv) Ibu membeli beberapa bentuk mutiara untuk dibuat rantai tangan.

    _______________________________________________ (8 markah)

    2. Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan

    kesalahan tersebut.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

    i) Kontrektor binaan itu diberi kuasa untuk membina stesen bas yang baharu

    untuk keselesaan para penumpang.

    _______________________________________________

    ii) Pelajar yang cermelang dalam kokurikulum dan kurikulum sahaja akan diberi

    peluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

    _______________________________________________

    iii) Setiap kelab dan persatuan perlu mengemaskini fail masing-masing. _______________________________________________

    (3 markah)

  • TERHAD

    2

    3. Kenal pasti pola ayat dalam ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan

    Frasa Nama + Frasa Nama(FN+FN), Frasa Nama + Frasa Adjektif(FN+FA), Frasa Nama

    + Frasa Kerja(FN+FK)(,Frasa Nama+Frasa Sendi(FN+FS) .

    i. Encik Rahman seorang jurutera di syarikat Telekom Malaysia Berhad.

    .

    ii. Kami sekeluarga akan melancong ke negara Eropah pada minggu hadapan.

    ..

    iii. Siswa dan siswi Universiti Sains Malaysia melakukan gotong-royong di Kolej

    Kediaman Anggerik.

    .

    iv. Aiman masih di padang walaupun hari sudah senja.

    v. Pelajar harus bijak membahagikan masa agar tidak terbuang begitu sahaja..

    (10 markah)

    4. Lihat gambar di bawah dengan teliti,kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai

    dengan gambar tersebut.

    i) ________________________________________

    Madu

  • TERHAD

    3

    ii) _________________________________________________

    (4 markah)

    BAHAGIAN B

    (30 markah)

    5. Baca drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Telur

    AYAH: ( Keras) Ayah tak suka kau bertindak sendiri, Tini.

    Ayah hantar kau belajar tinggi- tinggi kerana ayah tak mau

    kau terus menetap di kampung ini.Tiada apa-apa yang kau

    peroleh di kampung ini.

    TINI: Ayah! Zaman sekarang tidak menghalang sesiapa yang mahu

    berusaha untuk maju.Kerja begitu bukannya hina.

    AYAH: Walaupun bukan hina tetapi tindakan ini akan memalukan ayah dan

    keluarga kita.

    TINI: Pekerjaan itu tidak menyalahi undang-undang,ayah. Kenapa ayah harus malu?

    AYAH: (Kesal) Tini! Tini! Cubalah kaufahami maksud ayah . Ayah tidak yakin dengan

    kemampuan kau.Kau itu perempuan.Bukan layak untuk kaulakukan.

    TINI: Kalau ayah tidak memberi peluang untuk saya membuktikan, bagaimana ayah

    harus yakin ? Ayah,walaupun saya ini daripada golongan lemah, tapi

    semangat saya tak lemah ,ayah.Sepatutnya ayah bangga kerana ada anak

    ayah yang sanggup berjuang menyambung usaha ayah.

    Dipetik daripada Drama Di Sini Bakti Bersemadi , Antologi Gema Sepi Gadis Genius.

  • TERHAD

    4

    i) Mengapakah ayah tidak suka Tini bertindak sendiri ?

    (3 markah)

    _________________________________________________________________

    __________________________________________________________________

    ii) Berdasarkan petikan drama di atas,apakah perwatakan Tini?

    ( 3 markah)

    _________________________________________________________________

    __________________________________________________________________

    iii) Pada pendapat anda,apakah kelebihan bekerja sendiri?

    (4 markah)

    ___________________________________________________________________

    __________________________________________________________________

  • TERHAD

    5

    6. Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah

    Ada kepada suatu hari,

    Sakit saudagar laki isteri,

    Adalah kiranya tujuh hari,

    Tidak bergerak kanan dan kiri.

    Saudagar tahu akan dirinya,

    Hampirlah mati kepada rasanya

    Lalulah memanggil akan anaknya,

    Dicium kepala dengan tangisnya.

    Katanya wahai cahaya mataku,

    Tinggallah tuan buah hatiku,

    Hampirlah mati gerangan aku,

    Baiklah tuan tingkah dan laku.

    Serta harta aku tinggalkan,

    Tuan seorang yang menyukakan,

    Sampai habis semua diterimakan,

    Faedahnya akan diberikan

    Jikalau tidak anakku berakal,

    Harta pusaka di manakan kekal,

    Habis harta badan tinggal,

    Laksana perahu bersauh tunggal.

    Kerana harta tiada berguna,

    Jikalau tidak akan sempurna,

    Sekalian itu habislah fana,

    Hanyalah tinggal badan merana.

    Budi dan bahasa janganlah lupa,

    Muliakan olehmu ibu dan bapa,

    Mana yang datang padamu berjumpa,

    Janganlah lambat tuan menyapa.

    Kerana adat orang berbeza,

    Tiada memandang harta dan benda,

    Tegur dan sapa itu yang ada

    Itulah penambah di dalamnya dada.

    Dipetik daripada Antologi Kasut Kelopak Jantung,Tingkatan 1,DBP

  • TERHAD

    6

    i) Apakah wasiat ayahanda Siti Zawiyah kepada anakandanya?

    (3 markah)

    ______________________________________________________________

    ______________________________________________________________

    ii) Nyatakan persoalan yang terdapat dalam Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah.

    (3 markah)

    ______________________________________________________________

    ______________________________________________________________

    iii) Pada pandangan anda, apakah tindakan yang dapat dilakukan oleh anak-anak

    sewaktu ibu atau bapa sakit?

    (4 markah)

    ______________________________________________________________

    ______________________________________________________________

    7. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. 6:20, karya Siti Jasmina Ibrahim

    8. 9. 10. 11. 12.

    Petikan di atas merupakan monolog dalaman atau kata hati watak utama novel 6:20. Berdasarkan petikan, kemukakan tiga nilai yang boleh diperoleh berserta contohnya.

    (10 markah)

    Syukurnya tidak terkata di hati saya dan ayah. Sebenarnya, ibu bukan pengkhianat negara. Ibu

    bukan pemimpin kepada golongan yang menyesatkan generasi muda kita. Walaupun ketika ini ibu

    masih belum sedar, saya dan ayah reda dengan segala-gala yang telah berlaku. Berdosanya saya

    menuduh ibu , maka saya akan menunggu, berdoa dan saya berharap kalian juga doakan bersama-

    sama agar ibu akan sedar dan dapatlah saya memohon jutaan keampunan daripadanya. Saya tahu

    ibu sangat sayangkan saya dan juga anak-anak muda yang lain.

  • TERHAD

    7

    BAHAGIAN C

    (15 markah)

    8. Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut,

    tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

    BAHAGIAN D

    (30 markah)

    9. Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan. i) Sebagai seorang pegawai kesihatan daerah, anda telah dijemput untuk menyampaikan

    ceramah yang bertajuk Langkah-langkah untuk Mencegah Demam Denggi sempena Kempen Antidenggi di daerah anda.

    Tulis ceramah tersebut selengkapnya.

    ii) Pemakanan seimbang merupakan satu daripada ciri gaya hidup sihat. Jelaskan peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak untuk mengamalkan

    pemakanan seimbang. iii) Pelaksanaan Dasar 1M1S merupakan antara bukti kesungguhan kerajaan untuk

    memajukan bidang sukan di negara kita. Bincangkan kepentingan sukan kepada negara.

    Meluangkan waktu bersama-sama

    Mengamalkan komunikasi yang baik

    Pegangan agama yang kukuh

    Saling menyayangi

    Keluarga Bahagia