4 sistem bekalan air sejuk

57
BAB 4 BAB 4 SISTEM BEKALAN AIR SEJUK SISTEM BEKALAN AIR SEJUK 1 Disediakan Oleh: ZURAINAH BINTI MOHAMED SAID KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

Transcript of 4 sistem bekalan air sejuk

Page 1: 4 sistem bekalan air sejuk

BAB 4BAB 4SISTEM BEKALAN AIR SEJUKSISTEM BEKALAN AIR SEJUK

1

Disediakan Oleh:ZURAINAH BINTI MOHAMED SAID

KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

Page 2: 4 sistem bekalan air sejuk

RAJAH 1: Kitaran Air2

Page 3: 4 sistem bekalan air sejuk

SUMBER UTAMA BEKALAN AIR

i. Air permukaan (sungai, tasik, kolam, takungan air)

3RAJAH 2: Air Permukaan

Page 4: 4 sistem bekalan air sejuk

ii. Air bawah tanah ( mata air, telaga)

4RAJAH 3: Air Bawah Tanah

Page 5: 4 sistem bekalan air sejuk

PROSES RAWATAN AIR

• Air disedut masuk ke dalam loji menggunakan pam sedutan yg dilengkapkan dengan penyaring iaitu alat yang menghalang bahan selain dari air memasuki loji tersebut.

• Proses seterusnya: Pengudaraan >> Pembauran kimia >> Pengenapan >> Penapisan >> Pembasmian kuman

5

Page 6: 4 sistem bekalan air sejuk

Pengudaraan

• Meningkatkan kandungan oksigen larut dalam air.• Mengurangkan rasa dan bau yang disebabkan oleh gas

yang terserap dalam air (hidrogen, Sulfat ).• Mengurangkan kandungan karbon dioksida dalam air dan

mengurangkan sifat ‘corrosive’ (karat) serta meningkatkan nilai pH air itu.

• Menukarkan besi dan mangan kepada keadaan tidak larut dan menjadikannya berkeladak supaya dapat dipisahkan melalui penapisan.

6

Page 7: 4 sistem bekalan air sejuk

7

RAJAH 4: Proses Pengudaraan

Page 8: 4 sistem bekalan air sejuk

Pembauran kimia

• Selepas pengudaraan air akan dilalukan melalui ‘mixing flume’ untuk proses pembauran kimia.

• Fungsi utama pembauran kimia ialah untuk membentukkan floks kimia yang boleh menyerap jisim-jisim ‘colloidal’ dan jisim-jisim halus yang terapung.

8

Page 9: 4 sistem bekalan air sejuk

9RAJAH 5: Proses Pembasmian Kuman

Page 10: 4 sistem bekalan air sejuk

Pengenapan

• iaitu proses dimana jisim-jisim yang telah berkelompok (floks) diasingkan dari air dengan cara pengenapan graviti.

• Jenis-jenis tangki pengenapan seperti:-– Tangki Alir Ufuk (Horizontal Flow Tanks)– Tangki Alir tegak (Vertical Flow Tanks)– Spiral Flow Tanks

10

Page 11: 4 sistem bekalan air sejuk

11

RAJAH 6: Proses Pengenapan

Page 12: 4 sistem bekalan air sejuk

Penapisan

• Menghilangkan kekeruhan, bahan koloid yang tidak boleh mengenap, bakteria, rasa dan bau.

• Proses penapisan sebenarnya ialah mengalirkan air melalui beberapa lapisan pasir dan kelikir yang berbeza saiz dimana kekotoran yang terdapat pada air tersebut akan tertahan oleh lapisan-lapisan tersebut seterusnya air bersih akan diperolehi.

• Jenis-jenis penapis yang boleh ditemui adalah seperti berikut:-– Penapis pasir perlahan (Slow Sand Filters)– Penapis Graviti Deras (Rapid Gravity Filters)– Penapis tekanan – tegak dan ufuk (Vertical & Horizontal)

12

Page 13: 4 sistem bekalan air sejuk

13

RAJAH 7: Proses Penapisan

Page 14: 4 sistem bekalan air sejuk

Pembasmian kuman

• Di Malaysia, amalan kebiasaannya ialah memasukkan klorin ke dalam air.

• Klorin ini akan dikacau selama 10 hingga 15 minit agar rata. • 30 hingga 45 minit diambil bagi membunuh kuman-kuman

merbahaya ini.

14

Page 15: 4 sistem bekalan air sejuk

KAEDAH PENGHANTARAN BEKALAN AIR

• Sistem Graviti - Air disalurkan dari tempat tinggi ke tempat rendah dgn menggunakan daya graviti. (Loji pembersihan air dibina di atas tapak yang arasnya terletak lebih tinggi daripada pengguna)

• Sistem Berpam - Di dalam sistem ini, air yang telah diproses dipam terus ke dalam paip utama tanpa memerlukan storan.

• Sistem Graviti & Berpam - Dalam sistem ini, air yg telah diproses dipam naik untuk disimpan di dalam tangki atau kolam air diparas yang tinggi. Penghantaran air kepada pengguna dari tangki atau kolam ini dilakukan secara graviti.

15

Page 16: 4 sistem bekalan air sejuk

KAEDAH PENGHANTARAN BEKALAN AIR DARI PUNCA UTAMA

1. Kaedah Hujung Mati:– Sesuai untuk perumahan kerana lebih ekonomi (penggunaan

paip yang kurang dan panjang yang minimum berbanding kaedah lain) dan senang untuk pembangunan seterusnya.

– Kelemahan:• Air hanya mengalir pada satu arah mati sahaja.• Jika berlaku kerosakan pada mana-mana paip, bekalan air

kepada semua pengguna akan terputus.

16RAJAH 8: Kaedah Hujung Mati

Page 17: 4 sistem bekalan air sejuk

2. Kaedah Grid:– Sesuai digunakan untuk bandar-bandar yang terancang. – Semua paip utama, cabang dan suapan dicantumkan diantara

satu sama lain. – Kelemahan:- Agak mahal kerana melibatkan penggunaan paip

yang lebih panjang bagi membekal air kepada pengguna.– Kelebihannya:-

• Keupayaan sistem ini membekalkan air yg sentiasa segar dan secara berterusan.

• Bekalan air ke pengguna tidak akan terjejas sekiranya berlaku kebocoran pada mana-mana bahagian tertentu.

• Kadar tekanan air dapat ditingkatkan dengan menghalakan aliran air ke tempat yang diperlukan.

17

Page 18: 4 sistem bekalan air sejuk

18RAJAH 9: Kaedah Grid

Page 19: 4 sistem bekalan air sejuk

3. Kaedah Gelang:– Sesuai digunakan di bandar yang mempunyai sistem jalan

raya yang teratur dan lurus.– Biasanya kaedah ini digunakan di kawasan yang mempunyai

kepadatan penduduk yang tinggi.– Menyerupai kaedah Grid, perbezaannya ialah adanya

gegelang yg berbentuk bulat atau segiempat pada sekitar kawasan yang memerlukan bekalan air dengan paip utama mengelilingi kawasan bekalan.

19RAJAH 10: Kaedah Gelang

Page 20: 4 sistem bekalan air sejuk

4. Kaedah Jejarian:– Sistem jejarian sesuai digunakan bagi bandar atau perumahan

yang susunatur jalan raya berjejarian.

20

RAJAH 11: Kaedah Jejarian

Page 21: 4 sistem bekalan air sejuk

JENIS-JENIS BAHAN PERPAIPANi. Paip Besi Galvani:

– Dibuat daripada besi galvani – Ciri-ciri:

• Tahan lasak • Tidak mudah patah • Berat • Tahan haba tinggi • Boleh berkarat • Dibahagikan kepada 2 jenis gred ketebalan

21

Page 22: 4 sistem bekalan air sejuk

ii. Paip PVC: – Diperbuat daripada PVC (Polyvinyl Chloride) – Ciri-ciri:

• Murah • Ringan • Tidak tahan panas • Mudah patah dan pecah • Dijual dalam dua gred ketebalan

22

Page 23: 4 sistem bekalan air sejuk

iii. Paip Poli:– Paip getah tiruan hitam (HDPE) – Ciri-ciri:

• Tahan karat • Tidak mudah patah • Mudah disambung dan mudah ditanggalkan • Liat dan elastik • Boleh dilentur

23

Page 24: 4 sistem bekalan air sejuk

PEMOTONGAN PAIP PVC/POLI (Peralatan: Pensil, meter pengukur dan pemotong paip PVC/poli)

24

i. Ukuran dibuat dan ditanda menggunakan pensil dan meter pengukur

ii. Alat pemotong dibuka keseluruhannya

iii. Paip PVC dimasukkan ke dalam bilah pemotong

iv. Pemotong digenggam beberapa kali hingga mencengkam paip PVC

v. Pemotong digenggam sambil dipusing kebawah sedikit demi sedikit

vi. Ulang cengkaman pada pemotong sehingga pemotongan selesai

Page 25: 4 sistem bekalan air sejuk

PEMOTONGAN PAIP BG (Peralatan: Pensil, meter pengukur dan pemotong paip BERODA)

i. Ukuran dibuat dan ditanda menggunakan pensil dan meter pengukur.ii. Masukkan paip kedalam rahang ragum paip yoke.iii. Laraskan rahang bergerak supaya ragum paip yoke dapat memegang

paip dengan kukuh.iv. Masukkan batang paip kedalam roda pemotong pada bahagian yang

telah ditandakan.v. Pemulas dipusing sehingga mencengkam lilitan paip.vi. Letakkan minyak pelincir pada bahagian yang telah dipotongvii. Bahagian yang telah dipotong.viii. Bahagian yang telah dipotong dikikir dengan kikir rata dibahagian luar

dan kikir bulat dibahagian dalam untuk menghilangkan gerigi pada paip besi bergalvani.

25

Page 26: 4 sistem bekalan air sejuk

SISTEM BEKALAN AIR

• Sistem bekalan air di rumah terbahagi kepada dua:i. Sistem bekalan terus - Air dibekalkan terus ke rumah melalui paip

perkhidmatan.- Ciri-ciri:

• Airnya dan masih baru ( sesuai untuk minuman dan memasak).

• Tinggi tekanan airnya.• Keburukan sistem ini ialah sekiranya berlaku gangguan atau

kerosakan pada paip utama sistem terus tidak dapat membekalkan air.

26

Page 27: 4 sistem bekalan air sejuk

ii. Sistem bekalan tidak terus - Air dibekalkan ke rumah melalui tangki simpanan air.- Ciri-ciri:

• Airnya telah tersimpan agak lama dalam tangki simpanan air yang sesuai untuk kegunaan mandi dan membasuh.

• Tekanan airnya rendah.• Keburukan sistem ini ialah sekiranya berlaku

gangguan atau kerosakan pada paip utama, tangki simpanan air masih dapat membekalkan air.

27

Page 28: 4 sistem bekalan air sejuk

28RAJAH 12: Pembahagian Bekalan Air Dari Punca

Page 29: 4 sistem bekalan air sejuk

JENIS-JENIS PAIP DALAM SISTEM PERPAIPAN DI RUMAH

i. Paip Perhubungan - menghubungkan paip utama dengan meter air- membenarkan air masuk ke tangki simpanan air dan ke

bahagian-bahagian dalam rumah- batang paip diperbuat daripada besi bergalvani (BG)

29

Page 30: 4 sistem bekalan air sejuk

ii. Paip Perkhidmatan - menghubungkan air dari tangki simpanan air untuk

disalurkan keluar dari tangki semasa kerja pembersihan

- membenarkan air masuk ke dalam rumah- batang paip diperbuat daripada besi bergalvani (BG)

iii. Paip Agihan- membekalkan air dari tangki simpanan kepada kelengkapan

perpaipan di dalam rumah - membenarkan air keluar dari tangki- batang paip diperbuat daripada besi bergalvani (BG) atau PVC

30

Page 31: 4 sistem bekalan air sejuk

iv. Paip Cuci- dipasang pada bahagian dasar tangki untuk menyalurkan air

keluar dari tangki semasa kerja pembersihan - batang paip diperbuat daripada besi polivinalklorida (PVC)

v. Paip Limpah- dipasang tinggi sedikit daripada aras penuh air tangki untuk

menyalurkan air limpahan jika berlaku kerosakan pada injap bebola, batang paip (PVC)

31

Page 32: 4 sistem bekalan air sejuk

PAIP PERHUBUNGANPAIP PERKHIDMATAN

PAIP AGIHAN

PAIP LIMPAH

PAIP CUCI

TANGKI SIMPANAN PAIP

KUNCI PAIP

METER PAIP

32

RAJAH 13: Sistem Perpaipan Dalam Rumah

Page 33: 4 sistem bekalan air sejuk

JENIS PENYAMBUNG PAIPJENIS PENYAMBUNGJENIS PENYAMBUNG PAIP BESI PAIP BESI

GALVANIGALVANIPAIP PVCPAIP PVC PAIP POLIPAIP POLI

Soket Sama

Soket Pengecil

Siku 90˚

T-Sama

T-Pengecil

Penyuai Soket Injap

Penyuai Soket PT

Puting Heksagon

Palam

Soket Penjodoh

33

Page 34: 4 sistem bekalan air sejuk

JENIS PENYAMBUNGJENIS PENYAMBUNG

Soket Sama

Soket Pengecil

Siku 90˚

Siku pengecil

T-Sama

T-Pengecil

Penyuai Soket Injap

Penyuai Soket PT

Puting Heksagon

Palam

Soket Penjodoh34

Page 35: 4 sistem bekalan air sejuk

JENIS JENIS PENYAMBUNGPENYAMBUNG

KEGUNAANKEGUNAAN

Soket Sama Menyambung paip yg sama saiz diameter

Soket Pengecil Menyambung paip yang berlainan saiz diameter

Siku 90˚ Mengubah arah sambungan paip bersudut 90˚

Siku Pengecil Mengubah arah sambungan paip yang berlainan diameter bersudut 90˚

T-Sama Menambah sambungan paip

T-Pengecil Menambah sambungan paip yang berlainan diameter

Penyuai Soket Injap Menghubungkan dua jenis paip yang berlainan jenis

Penyuai Soket PT Menyambung batang paip dengan pili

Puting Heksagon Menyambung dua soket sama atau penyuai soket PT

Palam Menutup hujung paip yang tidak digunakan

Soket Penjodoh Menyambung dua paip BG tanpa mengubah kedudukan penyambung lain

35

Page 36: 4 sistem bekalan air sejuk

CONTOH PENYAMBUNGAN PAIP

36

RAJAH 14: Penyambungan Paip

Page 37: 4 sistem bekalan air sejuk

BAHAN PENYAMBUNG

• Pita PTFE:- Poly textra fluoro ethylene adalah sejenis pita putih lembut dan nipis. - Digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip dan mengukukuhkan sambungan paip BG

37RAJAH 15: Pita PTFE

Page 38: 4 sistem bekalan air sejuk

• Gam PVC:- Sejenis gam/pelekat cair jenis yang cepat kering- Gam PVC disapu pada kedua-dua bahagian paip PVC dan terus buat sambungan-Digunakan untuk melekatkan sambungan paip PVC

38RAJAH 16: Gam PVC

Page 39: 4 sistem bekalan air sejuk

ALATAN TANGAN YANG DIGUNAKANDALAM SISTEM PERPAIPAN

1. Perengkuh Paip:• Digunakan untuk memegang dan memutar paip yang telah dibuat

benang semasa kerja-kerja penyambungan dan pemasangan. • Alat ini kurang sesuai digunakan pada nat pili dan nat-nat di injap kerana

rahangnya yang bergigi akan merosakkan segi-segi nat berkenaan.• Cara menggunakannya:

39RAJAH 17: Perengkuh Paip

Page 40: 4 sistem bekalan air sejuk

2. SEPANA BOLEH LARAS:• Kegunaannya:

(a) Mengetatkan dan membuka kepala pili.(b) Mengetatkan dan membuka bolt dan nat yang pelbagai saiz.

• Cara menggunakannya ialah:(a) Memegang hulu dengan tangan kanan.(b) Melaraskan saiz bukaan sepana mengikut benda kerja.(c) Meletakkan sepana pada benda kerja dan memutarkannya.

(d) Memutarkan sepana mengikut arah jam untuk membuka nat dan mengikut arah lawan jam untuk mengetatkan

nat.

40RAJAH 18: Sepana Boleh Laras

Page 41: 4 sistem bekalan air sejuk

3. PELOCOK:• Digunakan untuk mengepam keluar kotoran pada perangkap sinki yang

tersumbat.• Dapat menguraikan endapan-endapan di dalam perangkap sinki.• Cara menggunakannya :

(a) meletakkan pelocok pada lubang keluar besen atau sinki.(b) menekan dan mengepam sinki beberapa kali sehingga

kotoran keluar.

41RAJAH 19: Pelocok

Page 42: 4 sistem bekalan air sejuk

4. GERGAJI BESI:

• Kegunaannya:(a) memotong plat keluli.(b) memotong paip besi bergalvani.(c) memotong paip plastik.

• Saiz yang selalu digunakan di bengkel ialah 250mm dan 300mm.• Saiz mata gergaji ditentukan oleh panjang mata & bilangan gigi bagi setiap

inci.• Dalam setiap 1cm terdapat 5,7,9 @ 12 gigi mata gergaji.• Ada 2 jenis:

a) gergaji besi bingkai tetap- tidak boleh dipanjangkan @ dipendekkan.

b) gergaji besi bingkai boleh laras- boleh dipanjangkan atau dipendekkan.

42

Page 43: 4 sistem bekalan air sejuk

• Cara menggunakannya:Memasang mata gergaji pada bingkai dengan mata menghala ke luar

pemegang.Memegang gergaji besi dengan kedua belah tangan.Benda kerja dipasang serendah-rendahnya pada ragum untuk

mengelakkan benda kerja daripada bergetar & berbunyi bising.Letakkan gergaji bersudut tepat pada benda kerja.Menolak dan menarik dengan tekanan yang sama.

43

RAJAH 20: Gergaji Besi

Page 44: 4 sistem bekalan air sejuk

5. PEMOTONG PAIP BERODA:

• Berfungsi untuk memotong paip besi galvani bergalvani, paip plastik dan objek-objek yang bulat dengan cepat dan tepat.

• Nama bahagian:o Roda panduo Mata pemotongo Bingkaio Skru pelaraso Pemegang/Tangkai pemulas

44

RAJAH 21: Pemotong Paip Beroda

Page 45: 4 sistem bekalan air sejuk

• Cara menggunakannya: o Kenakan mata pemotong pada tanda atau tempat yang hendak dipotong.o Pegang bingkai dan pusing tangkai pemulas hingga mata pemotong

mencengkam paip.o Pusing pemotong paip beroda satu pusingan dan pusing pemegang setengah

ikatan bagi membolehkan mata pemotong membuat potongan lebih dalam.o Ulang langkah (c) sehingga batang paip terpotong.o Pada masa batang paip hampir putus pegang tangkai pemulas dengan tangan

kanan dan bingkai dengan tangan kiri. Ini bertujuan untuk mengelakkan pemotong paip beroda daripada jatuh terhayun ke badan murid-murid.

45

Page 46: 4 sistem bekalan air sejuk

5. RAGUM PAIP YOKE:

• Berfungsi untuk memegang dan mengapit batang paip supaya tidak berpusing semasa membenang luar besi galvani.

• Ia juga digunakan semasa menyambung dan memasang paip dengan bahan-bahan penyambung.

• Nama bahagian:o Rahang tetapo Rahang bergerako Pemegang tangkai pemulaso Skru pelaraso Penguncio Bingkai

• Cara memasang:Muka depan ragum paip yoke hendaklah diletakkan separas dengan

mata kerja sebelum lubang penetap ditebuk dan dibolkan.

46

RAJAH 22: Ragum Paip Yoke

Page 47: 4 sistem bekalan air sejuk

• Cara menggunakannya:

– Jika hendak memegang batang paip yang panjang buka pengunci dan masukkan batang paip ke rahang melalui tepi pengunci.

– Jika hendak memegang batang paip yang pendek, buka rahang dan masukkan batang paip melalui rahang.

– Jarak hujung paip dengan ragum paip Yoke bagi membuat kerja memotong ialah 12.5 cm

– Jarak hujung paip dengan ragum paip Yoke bagi membuat kerja membenang ialah 10 cm.

– Jika jarak hujung paip dengan ragum paip Yoke tidak sesuai, kerja memotong atau membenang menjadi sukar.

47

Page 48: 4 sistem bekalan air sejuk

• Cara menetapkan batang paip pada ragum paip Yoke:

– Pastikan pengunci mencengkam pada kedudukan yang betul supaya putaran tangkai pemulas tidak sia-sia.

– Pusing tangkai pemulas ikut pusingan jam sehingga batang paip dipegang oleh ragum paip Yoke sekukuhnya.

– Tolak tangkai pemulas ke belakang ketika hendak memotong paip atau membenang hujung paip, supaya kerja-kerja memutar alat pembenang dan memotong paip tidak terhalang

48RAJAH 23: Paip yang diapit oleh Ragum Paip Yoke

Page 49: 4 sistem bekalan air sejuk

6. KIKIR RATA:

• Saiz panjang kikir rata yang biasa digunakan ialah daripada 100mm – 350mm.

• Mempunyai keratan berbentuk segiempat tepat.• Kegunaannya untuk membuang gerigis luar pada hujung paip yang telah

dipotong.

49

RAJAH 24: Kikir Rata

Page 50: 4 sistem bekalan air sejuk

7. KIKIR BULAT:

• Saiz ditentukan oleh jarak di antara hujung & bahu.• Saiz yang lazim digunakan ialah daripada 100mm – 350mm.• Kegunaannya:

- mengikir dan membesarkan lubang di kawasan bulat dan bahagian melengkung.

- membuang gerigis dan tepi tajam pada lubang paip selepas batang paip dipotong dengan gergaji besi atau pemotong paip beroda.

50RAJAH 25: Kikir Bulat

Page 51: 4 sistem bekalan air sejuk

8. PLAYAR CENGKAM RAGUM:

• Digunakan untuk mencengkam batang paip bergalvani dengan kuat.• Mempunyai alat pengunci di belakang yang boleh mengunci benda kerja.• Cara menggunakannya:

(a) buka rahang bagi mencengkam benda kerja pelbagai saiz dengan melaraskan nat pengunci.

(b) cengkaman bleh dilepaskan dengan memicit tuil pelepas.

51

RAJAH 26: Playar Cengkam Ragum

Page 52: 4 sistem bekalan air sejuk

9. PENGULIR LUAR:

• Digunakan untuk membuat ulir luar pada batang paip besi bergalvani.

52

RAJAH 27: Pengulir Luar

Page 53: 4 sistem bekalan air sejuk

10. PEMOTONG PAIP PVC:

• Berfungsi memotong paip PVC dan paip poli dengan mudah, cepat, tepat dan kemas.

• Nama-nama bahagian: 1) Pemegang2) Pengunci

3) Mata pemotong4) Rahang5) Gear pelaras

53

Mata pemotong

Pemegang

Gear pelarasRahang

Pengunci

RAJAH 28: Pemotong Paip PVC

Page 54: 4 sistem bekalan air sejuk

• Cara menggunakannya:

o Maksimumkan pembukaan rahang yang mengandungi mata pemotong dengan menarik kedua-dua pemegang ke arah luar.

o Letakkan paip PVC yang telah ditanda pada mata pemotong .o Rapatkan kedua-dua pemegang supaya mata pemotong menyentuh

permukaan paip.o Gerakkan pemegang dengan menggenggamnya dan lepaskan semula

pemegang. Mata pemotong bertindak memotong paip. Lakukan beberapa kali.

o Putarkan badan pemotong PVC tanpa mengusik kedudukan mata pemotong pada badan paip.

o Pada masa yang sama tuil akan menolak gigi shaft gear pelaras ke satu gigi yang lain. Mata pemotong akan lebih mencengkam dan memotong paip dengan mudah.

54RAJAH 29: Cara memotong paip PVC menggunakan Pemotong Paip PVC

Page 55: 4 sistem bekalan air sejuk

TANGKI SIMPANAN AIR

• Kegunaan:- Untuk menyimpan air dan membekalkan bagi penggunaan

tandas dan bilik mandi serta di waktu kecemasan.- Menjamin bekalan sekurang -sekurangnya satu hari jika paip

itu rosak.- Memenuhi permintaan segera (kecemasan) seperti berlaku

kebakaran, gunakan air dari tangki itu dan kemudian dipenuhkan semula.

• Kelemahan:- Memerlukan ruang dan bahan menyokong yang memadai.- Mudah kotor.

55

Page 56: 4 sistem bekalan air sejuk

56

Tangki SimpananAir

Bangunan Besar- Ditempatkan mengikut zon dengan mengadakan tangki asing (break- tank) dan juga mengambilkira kehendak bomba dan pihak penguasa air.

Bangunan Kecil- Tangki selalunya ditempatkan di ruang bawah bumbung dan di ruang atas bilik air untuk mendapat tekanan yang baik.

Page 57: 4 sistem bekalan air sejuk

Bahagian Fungsi

A Kunci paipMengawal kemasukan air ke dalam tangki melalui paip perkhidmatan

B Paip perkhidmatan Membekalkan air ke dalam tangki simpanan

C Injap masuk Mengawal kemasukan air ke dalam tangki

D Pelambong Mengawal paras air dalam tangki

E Paip cuci Mengeluarkan air semasa kerja mencuci

F Kunci paip Membuka dan menutup paip cuci

G Paip Agihan Membawa air ke bahagian-bahagian dalam rumah

H Paip limpah Mengeluarkan air sekiranya injap rosak

I Penutup tangki Melindungi air dalam tangki daripada pencemaran

57