40-78-1-SM

10
e-ISSN : 2289-6171 Journal of Al-Quran and Tarbiyyah, Vol 1(1) 2014 : 33-42 Corresponding Author : Nabiroh Kassim – Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] Kepercayaan Guru Pemangkin Amalan Penerapan Nilai Murni dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran NABIROH KASSIM NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOF AB. HALIM TAMURI Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kepercayaan guru merupakan asas yang penting dalam menggerakkan usaha penerapan nilai di sekolah khususnya dalam pembelajaran Tilawah al-Quran (TQ) sekolah rendah. Kepercayaan guru dalam kajian ini merujuk kepada pemikiran dan keyakinan (kognitif dan spiritual) guru terhadap proses penerapan nilai dalam pengajaran tilawah al- Quran yang mendorong tindakannya melaksanakan amalan tersebut di dalam bilik darjah. Kajian kualitatif ini bertujuan meninjau kepercayaan Guru Pendidikan Islam sekolah rendah dalam pelaksanaan penerapan nilai di sekolah dalam pembelajaran tilawah al-Quran sekolah rendah melalui Model Khatam al-Quran j-QAF. Kaedah temu bual secara mendalam dengan 5 orang guru serta pemerhatian di bilik darjah berserta dokumen berkaitan memperlihatkan perkaitan jelas antara kepercayaan dan amalan guru dalam pelaksanaan penerapan nilai di bilik darjah. Kaedah analisis kes bersilang berdasarkan temu bual guru-guru telah dilaksanakan menggunakan perisian Nvivo 8. Hasil analisis temu bual dapat dikelaskan kepercayaan guru dalam penerapan nilai kepada tiga aspek utama iaitu a) kedudukan dan fungsi al-Quran dalam pendidikan ; b) kesesuaian pelaksanaan di sekolah rendah; c) kesan terhadap guru, pelajar dan proses pembelajaran. Kata Kunci: Kepercayaan Guru, Penerapan Nilai, Tilawah Al-Quran. PENDAHULUAN Pengajaran Tilawah al-Quran merupakan salah satu komponen penting dalam Pendidikan Islam di mana Tilawah al-Quran diajar di peringkat sekolah rendah dan menengah dengan tujuan agar para pelajar dapat menguasai bacaan al-Quran dengan baik. Mulai tahun 2005, pelajar berpeluang untuk mempelajari al- Quran sehingga khatam di sekolah rendah melalui program j-QAF. Dalam tempoh enam tahun mempelajari al-Quran, pelajar akan membaca keseluruhan ayat al-Quran iaitu sebanyak 6666 (al-Sayuti 2004) yang mengandungi pelbagai panduan Ilahi kepada umat manusia. Namun disebabkan kekangan kurikulum sekolah rendah yang tidak mengaitkan isi kandungan al-Quran dengan aktiviti Tilawah al- Quran, maka pelajar-pelajar tidak dapat mengambil manfaat daripada pembacaan mereka. Sejak sekian lama penekanan utama dalam pengajaran Tilawah al-Quran hanya berfokus kepada aspek bacaan sehingga khatam. Tambahan pula penerapan nilai bukanlah objektif yang digariskan dalam kurikulum pengajaran tilawah berbanding aspek Tajwid dan Fasahah. Kajian yang berterusan terhadap Tilawah al-Quran telah banyak dilakukan oleh pelbagai pihak namun kebanyakan kajian memfokuskan kepada pencapaian pelajar atau tahap bacaan al-Quran pelajar. Kebanyakan kajian berhubung tahap penguasaan al-Quran pelajar melaporkan kelemahan penguasaan TQ dalam kalangan murid tanpa mengaitkan dengan aspek penerapan nilai dalam pengajaran TQ (Raihan 2000; Ramlan 2000). Manakala kajian Mohd. Aderi (2008) pula lebih memfokus kepada amalan pengajaran GPI dan kesannya terhadap pencapaian pelajar sementara Misnan (2008) yang turut mengkaji tentang TQ tetapi lebih menumpukan kepada amalan pedagogi GPI dalam pengajaran TQ. Selain itu, aspek penerapan nilai berteraskan al-Quran juga kurang dititikberatkan dalam kurikulum Tahfiz al-Quran sebagaimana kajian Azmil (2010) yang mendapati kaedah menerangkan makna kalimah, menghuraikan maksud ayat, menerangkan asbab nuzul dan menghuraikan kefahaman ayat amat kurang diberi perhatian oleh pensyarah. Usaha penerapan nilai murni berasaskan al-Quran merupakan suatu peluang keemasan yang wajar dimanfaatkan oleh guru-guru Tilawah al-Quran untuk membentuk akhlak mulia pelajar dengan cara menyemai nilai-nilai mulia yang diajarkan oleh al-Quran. Usaha ini mampu membina asas untuk melahirkan generasi ulil albab yang merupakan generasi umat Islam yang berpengetahuan luas, bersifat

description

AS

Transcript of 40-78-1-SM

Page 1: 40-78-1-SM

e-ISSN : 2289-6171 Journal of Al-Quran and Tarbiyyah, Vol 1(1) 2014 : 33-42

Corresponding Author : Nabiroh Kassim – Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected]

Kepercayaan Guru Pemangkin Amalan Penerapan Nilai Murni dalam

Pengajaran Tilawah Al-Quran

NABIROH KASSIM NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOF

AB. HALIM TAMURI Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK Kepercayaan guru merupakan asas yang penting dalam menggerakkan usaha penerapan nilai di sekolah khususnya dalam pembelajaran Tilawah al-Quran (TQ) sekolah rendah. Kepercayaan guru dalam kajian ini merujuk kepada pemikiran dan keyakinan (kognitif dan spiritual) guru terhadap proses penerapan nilai dalam pengajaran tilawah al-Quran yang mendorong tindakannya melaksanakan amalan tersebut di dalam bilik darjah. Kajian kualitatif ini bertujuan meninjau kepercayaan Guru Pendidikan Islam sekolah rendah dalam pelaksanaan penerapan nilai di sekolah dalam pembelajaran tilawah al-Quran sekolah rendah melalui Model Khatam al-Quran j-QAF. Kaedah temu bual secara mendalam dengan 5 orang guru serta pemerhatian di bilik darjah berserta dokumen berkaitan memperlihatkan perkaitan jelas antara kepercayaan dan amalan guru dalam pelaksanaan penerapan nilai di bilik darjah. Kaedah analisis kes bersilang berdasarkan temu bual guru-guru telah dilaksanakan menggunakan perisian Nvivo 8. Hasil analisis temu bual dapat dikelaskan kepercayaan guru dalam penerapan nilai kepada tiga aspek utama iaitu a) kedudukan dan fungsi al-Quran dalam pendidikan ; b) kesesuaian pelaksanaan di sekolah rendah; c) kesan terhadap guru, pelajar dan proses pembelajaran. Kata Kunci: Kepercayaan Guru, Penerapan Nilai, Tilawah Al-Quran.

PENDAHULUAN Pengajaran Tilawah al-Quran merupakan salah satu komponen penting dalam Pendidikan Islam di mana Tilawah al-Quran diajar di peringkat sekolah rendah dan menengah dengan tujuan agar para pelajar dapat menguasai bacaan al-Quran dengan baik. Mulai tahun 2005, pelajar berpeluang untuk mempelajari al-Quran sehingga khatam di sekolah rendah melalui program j-QAF. Dalam tempoh enam tahun mempelajari al-Quran, pelajar akan membaca keseluruhan ayat al-Quran iaitu sebanyak 6666 (al-Sayuti 2004) yang mengandungi pelbagai panduan Ilahi kepada umat manusia. Namun disebabkan kekangan kurikulum sekolah rendah yang tidak mengaitkan isi kandungan al-Quran dengan aktiviti Tilawah al-Quran, maka pelajar-pelajar tidak dapat mengambil manfaat daripada pembacaan mereka. Sejak sekian lama penekanan utama dalam pengajaran Tilawah al-Quran hanya berfokus kepada aspek bacaan sehingga khatam. Tambahan pula penerapan nilai bukanlah objektif yang digariskan dalam kurikulum pengajaran tilawah berbanding aspek Tajwid dan Fasahah. Kajian yang berterusan terhadap Tilawah al-Quran telah banyak dilakukan oleh pelbagai pihak namun kebanyakan kajian memfokuskan kepada pencapaian pelajar atau tahap bacaan al-Quran pelajar. Kebanyakan kajian berhubung tahap penguasaan al-Quran pelajar melaporkan kelemahan penguasaan TQ dalam kalangan murid tanpa mengaitkan dengan aspek penerapan nilai dalam pengajaran TQ (Raihan 2000; Ramlan 2000). Manakala kajian Mohd. Aderi (2008) pula lebih memfokus kepada amalan pengajaran GPI dan kesannya terhadap pencapaian pelajar sementara Misnan (2008) yang turut mengkaji tentang TQ tetapi lebih menumpukan kepada amalan pedagogi GPI dalam pengajaran TQ. Selain itu, aspek penerapan nilai berteraskan al-Quran juga kurang dititikberatkan dalam kurikulum Tahfiz al-Quran sebagaimana kajian Azmil (2010) yang mendapati kaedah menerangkan makna kalimah, menghuraikan maksud ayat, menerangkan asbab nuzul dan menghuraikan kefahaman ayat amat kurang diberi perhatian oleh pensyarah. Usaha penerapan nilai murni berasaskan al-Quran merupakan suatu peluang keemasan yang wajar dimanfaatkan oleh guru-guru Tilawah al-Quran untuk membentuk akhlak mulia pelajar dengan cara menyemai nilai-nilai mulia yang diajarkan oleh al-Quran. Usaha ini mampu membina asas untuk melahirkan generasi ulil albab yang merupakan generasi umat Islam yang berpengetahuan luas, bersifat

Page 2: 40-78-1-SM

34

Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42

profesional dalam bidang masing-masing dan sentiasa berfikiran Qurani iaitu “yang menjadikan sumber-sumber al-Quran pedoman berfikir tentang sesuatu” (Sidek 2006). Ia juga selari dengan saranan Ibn Khaldun (2000) yang menyatakan adalah amat penting bagi murid-murid ditanamkan minat untuk memahami, mengamal dan menghayati bacaan al-Quran dalam kehidupan harian sehingga menjadi sebati sebagai darah daging. Bagi melaksanakan peranan tersebut, aspek kepercayaan guru khususnya berhubung aspek spiritual wajar diberikan perhatian. Dalam kajian ini kepercayaan guru merujuk kepada pemikiran dan keyakinan (kognitif dan spiritual) guru terhadap proses penerapan nilai dalam pengajaran tilawah al-Quran yang mendorong tindakannya melaksanakan amalan tersebut di dalam bilik darjah. Kajian ini merupakan sebahagian daripada kajian meneroka amalan penerapan nilai murni dalam pengajaran TQ sekolah rendah dalam Modul Khatam Quran j-QAF. Kajian ini bertujuan meneroka amalan Guru Pendidikan Islam dalam membina modal insan cemerlang berteraskan al-Quran bermula di peringkat sekolah rendah melalui pelaksanaan amalan penerapan nilai dalam pengajaran TQ. Artikel ini memfokuskan kepada objektif kajian yang pertama iaitu untuk meneroka kepercayaan GPI (teacher‟s belief) terhadap amalan penerapan nilai dalam pengajaran Modul Khatam al-Quran j-QAF.

KAJIAN LITERATUR Pengajaran yang berkesan adalah satu proses yang menggabungkan aspek kepercayaan dan pemikiran, pengetahuan dan pengamalan guru di bilik darjah. Bagi memahami bagaimana seseorang guru itu mengendalikan pengajarannya, maka penelitian kepada kepercayaan dan proses pemikiran guru itu adalah perlu kerana hal tersebut memberi kesan terhadap tindakan guru dalam bilik darjah. Kepercayaan bermaksud nilai, sikap, sistem konsep, teori peribadi dan juga perspektif tentang sesuatu (Gardner, 2006). Cunningham et.al (2005) telah memperincikan kepercayaan sebagai struktur asas yang dibina secara sedar atau pun tidak bagi memberi panduan kepada seseorang berfikir, bertindak dan membuat pilihan, persepsi, pertimbangan dan keputusan terhadap sesuatu perkara. Menurut Nik Azis (1997) kepercayaan, nilai dan sikap memberi kesan yang besar kepada P & P. Hal ini adalah kerana selain pengetahuan, aspek kepercayaan, nilai dan sikap yang dimiliki oleh seseorang guru banyak mempengaruhi amalan dan tingkah laku mereka dalam bilik darjah.

Kepercayaan dikatakan mempengaruhi dan memberi panduan kepada guru dalam membuat keputusan dan melaksanakan strategi pengajaran (Fang 1996). Menurut Fang (1996), Kepercayaan ini bukan hanya mempengaruhi cara dan tindakan guru semasa mengajar tetapi juga bagaimana mereka mentafsirkan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang berkesan boleh diterokai daripada kepercayaan guru tentang pengajaran yang baik (Fullan,2001; Gardner 2006) serta pengetahuan kraf pengajaran mereka (Shulman, 1987; Kroener-Ekstrad, 2001; Habsah et al 2006). Meskipun kepercayaan tidak semestinya diterjemahkan dan dizahirkan kepada amalan, namun kepercayaan guru tentang pendidikan memberi persepsi tentang world view dan pegangan guru tentang bagaimana pendidikan perlu dilestarikan (Schwarz 2001; Gardner 2006).

Dalam Pendidikan Islam, aspek kepercayaan bukan sahaja melibatkan dimensi kognitif seseorang sebagaimana pandangan McLeod (1992) dan Schoenfed (1998), sebaliknya turut melibatkan aspek spiritual guru tersebut. Apakah perkaitan amalan dengan kepercayaan dijelaskan oleh al-Zindani, (2010) bahawa amalan adalah lahir daripada keimanan insan di mana keimanan ialah pemangkin yang membangkitkan motivasi insan untuk melakukan amalan dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan amalan tersebut. Al-Quran sering menggandingkan aspek iman dan amal salih bagi menggambarkan kepentingan keduanya dalam kehidupan Muslim (al-Quran 103:1-3; 2:3,25,62,82,177 218). Iman yang berkisar sekitar kepercayaan tetapi tidak disertakan dengan amal tidak diiktiraf oleh Islam. A.N Oppenheim (1992) menyatakan di dalam “Questionaire Design And Attitude Measurement” bahawa nilai terbina daripada kepercayaan dan sikap seseorang. Ringkasnya, untuk membina personaliti seseorang ia bermula daripada apa yang dipercayai olehnya. Daripada kepercayaan ini sikap mula terbentuk. Apabila sikap diamalkan dan telah mantap pada diri individu ia menjadi nilai dan asas kepada pembentukan sahsiah seseorang (Abu Bakar, 1997).

Dalam konteks Pendidikan Islam, aspek keimanan guru akan membentuk sikapnya terhadap pelajar dan proses pendidikan. Keimanan yang teguh kepada Allah akan membentuk suatu sudut pandangan semesta (worlview) yang menyeluruh dan bersepadu di mana seluruh aktiviti kehidupan akan diarahkan bagi melaksanakan tugas sebagai Khalifah Allah dan mencari keredaan Ilahi. Selain itu, keimanan yang teguh juga akan membantu dan mendorong pengajar al-Quran untuk menghayati lima peranan pendidik muslim iaitu Muallim, Mudarris, Murshid, Muaddib, dan Murabbi (Mohd Aderi dan Ab.Halim, 2009). Pelajar-pelajar adalah mad‟u (sasaran dakwah) yang diamanahkan Allah kepada beliau untuk ditarbiyyah (didik) menurut

Page 3: 40-78-1-SM

35

sibghah (acuan) Ilahi, lantas melalui pengajaran al-Quran, seorang Murabbi akan mendidik pelajarnya dengan penuh iltizam agar mereka akan menjadi generasi al-Quran sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan satu kajian kes yang meneroka amalan penerapan nilai murni Guru Pendidikan Islam dalam pengajaran TQ sekolah rendah dalam Modul Khatam Quran j-QAF. Pendekatan kualitatif melalui beberapa teknik pengumpulan data dijalankan untuk melihat fenomena tersebut. Menurut Merriam (1997), kajian kualitatif adalah untuk mengkaji fenomena yang kompleks seperti individu, organisasi, hubungan dan lain-lain. Data dikumpulkan menggunakan tiga kaedah iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen seperti yang lazim digunakan oleh penyelidik kualitatif. Ketiga-tiga teknik ini mampu menghuraikan ketidakjelasan atau menampung sebarang kekurangan serta saling lengkap-melengkapi (Izham & Sufean 2009) untuk mendapatkan huraian yang jelas dan terperinci di samping tujuan pengesahan dan kebolehpercayaan data yang dikumpulkan.

Reka bentuk ini juga membolehkan pengkaji mengumpul data secara induktif yang bermula dengan temu bual seramai 5 orang Guru Pendidikan Islam. Temu bual secara mendalam dijalankan berpandu kepada protokol separa struktur yang disediakan berdasarkan kajian literatur. Setelah data di transkripsi ia dihantar semula kepada peserta kajian untuk mendapatkan persetujuan mereka terhadap ketepatan kandungan temubual. Pengkaji menggunakan perisian NVivo 8 sebagai alat untuk menguruskan data yang telah di transkrip. Pembentukan tema dan sub tema adalah berasaskan pembacaan perpustakaan dan membaca transkripsi berulang kali. Data dianalisis menggunakan kaedah perbandingan berterusan (constant comparative method). Pengkaji mengumpulkan jawapan kepada persoalan berkaitan kepercayaan guru dan menganalisis dari perspektif yang berbeza. Keesahan dan keboleh percayaan data dilakukan melalui pengesahan inventori soalan separuh berstruktur oleh penyelia dan pakar bidang, kajian rintis, triangulasi dari pelbagai sumber data, kesahan ahli (member validation) dan pengesahan dan persetujuan pakar terhadap tema yang dibina. Nilai Indeks Cohen Kappa (K) yang didapati untuk kajian ini adalah 0.85 dan nilai ini merupakan satu nilai kebolehpercayaan yang sangat baik kerana unit analisis yang dibuat oleh pengkaji adalah selari dengan tema yangdikemukakan. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini memberi fokus untuk menjawab persoalan yang ditentukan berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu meneroka kepercayaan GPI (teacher‟s belief) terhadap amalan penerapan nilai dalam pengajaran Modul Khatam al-Quran j-QAF. Dapatan kajian mendapati terdapat tiga tema utama berhubung kepercayaan guru dalam penerapan nilai iaitu kepercayaan terhadap ; a) kedudukan dan fungsi al-Quran dalam pendidikan ; b) kesesuaian pelaksanaan penerapan nilai dalam TQ di sekolah rendah , dan c) kesan penerapan nilai terhadap guru, pelajar dan proses pembelajaran sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 1.0 di bawah .

Jadual 1: Kepercayaan Guru Terhadap Amalan Penerapan Nilai Dalam Pengajaran TQ Tema Penjelasan

1. Kedudukan al-Quran dan Fungsi al-Quran dalam kehidupan Muslim

Penekanan terhadap ketinggian dan kemuliaan al-Quran dalam akidah umat Islam dan fungsi nya sebagai rujukan dan panduan yang perlu dibaca, difahami dan dihayati dalam kehidupan Muslim.

2. Kesesuaian pelaksanaan di sekolah rendah;

Penekanan terhadap kesesuaian pelaksanaan penerapan nilai al-Quran dalam pengajaran TQ ditinjau dari aspek kepentingannya, peluang pelaksanaan dan kemampuan pelajar

3. Kesan penerapan nilai Penekanan terhadap kesan positif penerapan nilai terhadap guru-guru, para pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran .

Dalam kajian ini, amalan penerapan nilai yang dilaksanakan oleh peserta kajian berkait rapat

dengan kepercayaan yang mereka miliki terhadap kedudukan al-Quran dalam Islam dan fungsi al-Quran dalam pendidikan. Pola dapatan menunjukkan peserta kajian meyakini bahawa al-Quran merupakan Kalam Allah iaitu kitab yang datangnya dari sisi Allah selain merupakan mukjizat agong berbanding mukjizat nabi-nabi yang lain. Peserta kajian juga menyatakan al-Quran juga merupakan kitab hidayah yang

Page 4: 40-78-1-SM

36

Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42

mana panduannya mencakupi seluruh aspek kehidupan. Selain itu, peserta kajian juga mensifatkan al-Quran merupakan silibus terbaik dalam mendidik manusia.

“Bila kita cerita tentang Quran, makna nya bukan daripada kita punya pemikiran sendiri. Ini Allah yang bagi tahu ni. Pencipta kita bagi tahu”. (PK1)

“...Quran tu kalam Allah,”. (PK4)

Penegasan tentang al-Quran sebagai Kalam Allah amat banyak ditemukan di dalam al-Quran sebagai contoh dalam surah Hud 11:1; al-Naml 27: 6, al-Isra‟ 17 :105, al-Fussilat 41:1-2 dan 41-42, al-Furqān 25:1, al-Hijr 15: 9, al-Dukhān 44:1-2, Sād 38: 29, al-Nisa 4:174 dan al-Māidah 5:15. Hal ini bagi menolak tuduhan pihak musuh Islam yang menyatakan bahawa al-Quran merupakan rekaan Nabi Muhammad. Dapatan ini juga selari dengan penjelasan al-Qaradhawi (2000) berhubung dengan kedudukan al-Quran sebagai Kalam Allah yang menjelaskan bahawa al-Quran merupakan Kitabullah yang 100% bersumber dari Allah swt ( Ilahiyyu al-Masdar) dari sudut lafaz dan makna. Dalam kata lain, al-Quran adalah kitab Rabbani (bersumber dari Allah) diturunkan melalui perantaraan Jibril yang merupakan utusan dari kalangan malaikat (ar rasul al malaki) kepada Nabi Muhammad, seorang rasul dari kalangan manusia (ar rasul al-Basyari). Manakala tugas Nabi Muhammad terhadap Kitabullah adalah penerima wahyu yang bertanggung jawab untuk membacanya (Tilawah ), menyampaikannya (tabligh), menunjukkan cara pengamalan isi kandungannya (tabyin) sebagaimana dikehendaki Allah. Sebagai Kitabullah yang terakhir, maka al-Quran telah dijamin pemeliharaannya oleh Allah sendiri dari terseleweng atau dicerobohi oleh tangan manusia sebagaimana berlaku kepada kitab-kitab terdahulu seperti Kitab Taurat dan Injil (al-Qaradhawi 2000). Berikutnya semua peserta kajian didapati bersetuju bahawa Al-Quran perlu dirujuk dalam kehidupan kerana dapat memberikan panduan untuk memilih antara yang baik dan buruk, antara benar dan salah. Selanjutnya bagi membolehkan hidayah tersebut difahami, dapatan kajian juga mendapati semua peserta kajian meyakini bahawa al-Quran tidak seharusnya dibaca sahaja tanpa menitikberatkan kefahaman terhadap isi al-Quran. Mereka sebaliknya menyatakan al-Quran perlu difahami, disebarkan kefahamannya serta digunakan secara meluas di dalam pendidikan insan khususnya dalam membangunkan modal insan yang berkualiti dalam masyarakat.

“Al-Quran kan panduan, jadinya contoh, kalau kita tak terapkan baca saja, mana penekanan kita. Apa kita nak contoh? Kita baca saja ke?”. (PK5)

“Saya nak budak-budak ni tahu sedikit sebanyak apa yang surah tu nak sampai atau cerita kan”. (PK1)

Sehubungan dengan keyakinan tersebut semua peserta kajian didapati telah mengorak langkah

untuk melakukan amalan penerapan nilai dalam pengajaran TQ walaupun kurikulum TQ sekolah rendah tidak menjadikan aspek penerapan nilai berdasarkan ayat al-Quran itu sebagai suatu keperluan asas dalam pengajaran TQ. Sebagai contoh peserta kajian didapati telah memilih sekurang-kurangnya satu ayat yang bersesuaian untuk diterapkan nilai yang sesuai terhadap murid-murid di dalam pengajaran mereka, di samping membuat perancangan awal dengan cara mendapatkan maklumat tentang ayat berkenaan melalui rujukan terhadap Tafsir. Hal ini menggambarkan bahawa kepercayaan terhadap kedudukan dan fungsi al-Quran telah mencorakkan pengajaran peserta kajian di mana mereka didapati berusaha menerapkan nilai di dalam pengajaran TQ selaras dengan kepercayaan tersebut. Dapatan ini turut menyokong saranan Ibn Khaldun (2000) yang menyatakan pada peringkat rendah lagi kanak-kanak itu perlu didedahkan dengan pengertian ringkas ayat-ayat hafazan atau bacaaan serta diceritakan pula kisah-kisah dan fadilat-fadilat yang terkandung di dalamnya. Kefahaman ini selaras gesaan al-Quran seawal penurunan wahyu (al-„Alaq 87:1-5) agar manusia sentiasa menghubungkan diri kepada Pencipta di dalam proses pencarian ilmu melalui adunan ilmu wahyu.

Seterusnya dari sudut kesesuaian, peserta kajian mempunyai kepercayaan bahawa penerapan nilai sesuai dilaksanakan di sekolah rendah. Kesesuaian dalam konteks kajian ini merujuk kepada 3 aspek iaitu wujudnya peluang, kemampuan pelajar dan kepentingan pelaksanaannya di sekolah rendah. Kajian ini mendapati penerapan nilai sesuai untuk dilaksanakan dalam Pengajaran TQ di sekolah rendah disebabkan wujudnya peluang yang boleh dimanfaatkan oleh guru untuk merealisasikannya. Peserta kajian mengaitkan peluang yang dimaksudkan adalah melalui penggunaan Model Khatam Al-Quran di mana kandungan

Page 5: 40-78-1-SM

37

model ini mengandungi keseluruhan surah-surah al-Quran yang dibahagikan mengikut tahun satu sehingga tahun enam (JAPIM 2004). Dengan keluasan ilmu al-Quran yang tidak terbatas hanya kepada ilmu syariat atau ilmu agama (Muhammad Shadid 1997) peserta kajian menyatakan mereka berpeluang untuk memilih pelbagai nilai yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, sirah mahupun nilai berkaitan aspek ekonomi, kesihatan, perundangan, kepimpinan dan sebagainya yang difikirkan sesuai dengan tahap murid-murid.

“..dalam Model Khatam Al-Quran ni kita membaca Al-Quran dari juzuk pertama hingga juzuk tiga puluh maksudnya kita dapat banyak isi penting dalam ayat yang dibaca kita dapat ketengahkan kepada murid-murid. Jadi sekaligus kita dapat aa…dalam tu kita dapat tahu hukum-hukum Islam..tulah sifat-sifat mahmudah yang boleh kita keluarkanlah daripada ayat yang dibaca”. (PK3)

Berikutnya dapatan kajian juga mendapati peluang penerapan nilai juga berikutan adanya kemudahan al-Quran terjemahan yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran kepada guru-guru TQ telah memudahkan proses penerapan nilai dilaksanakan. Menurut sebahagian peserta kajian, al-Quran terjemahan tersebut sangat membantu mereka dalam penerapan nilai disebabkan bukan semua guru-guru TQ memahami bahasa Arab dengan sempurna. “..sebab setiap guru ada dibekalkan Quran terjemahan”. (PK2)

“Mudah sangat la untuk kita , sebab dah adakan terjemahan , kalau kita tak faham pun , memang saya akui saya bukan lah fasih Bahasa Arab, tak ada memang benda ni dah ada , boleh bantu kita”.(PK5)

Sehubungan itu peserta kajian didapati telah memanfaatkan kemudahan tersebut untuk membuat persediaan pengajaran di samping merujuk bacaan tambahan. Dapatan ini menyokong dapatan kajian Azhar dan Zulkifli (2009) berhubung penerimaan masyarakat Melayu terhadap terjemahan Kitab Tafsir Fi Zilal al-Quran oleh Yusof Zaky Yaacob mendapati bahawa terjemahan tafsir ini telah membantu pembaca memahami teks tafsir al-Quran dengan mudah dan bersahaja. Selain itu terjemahan tafsir ini juga telah memberi jalan keluar kepada pencinta ilmu-ilmu Islam untuk mengambil manfaat dari al-Quran di saat masyarakat ketandusan bahan tafsiran al-Quran yang sesuai (Azhar dan Zulkifli 2009).

Selanjutnya kajian ini juga mendapati semua peserta kajian percaya bahawa penerapan nilai al-Quran mustahak ditanam seawal sekolah rendah kerana murid-murid ibarat rebung yang masih boleh dibentuk dan dilentur mengikut arah yang guru kehendaki. Pendidikan nilai-nilai al-Quran di peringkat awal akan dapat memastikan kelangsungan ajaran Islam diperturunkan kepada generasi berikutnya sebagaimana saranan Hasan Langgulung (1987) yang menjelaskan fungsi utama pendidikan adalah pemindahan nilai-nilai dari generasi tua kepada generasi muda agar identiti masarakat terpelihara. Apabila generasi muda didedahkan dengan pengamalan nilai Islam dari kecil maka proses pewarisan tersebut akan berlaku secara harmoni. Ia sekali gus dapat menyediakan benteng diri kepada murid-murid terhadap gejala-gejala negatif yang terdapat di persekitaran. Menurut Mohd. Athiyah Al-Abrasyi (1974) hal ini berbeza dengan pendidikan moden yang bersifat liberal yang tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada aspek- aspek akhlak dan rohani yang sihat.

“Bagi saya sangat penting, kerana aa…sangat pentinglah penerapan nilai dalam pengajaran tilawah. Maksudnya selain daripada murid tu dapat membaca al-Quran dengan baik dan bertajwid, murid tu dapat isi apa yang nak disampaikan. Isi-isi ayat Al-Quran yang dibaca itu”. (PK3) Selain itu kepentingan lain penerapan nilai ialah dapat mendedahkan murid-murid dengan isi

kandungan al-Quran walaupun tidak secara terperinci. Apabila guru mendedahkan murid-murid dengan nilai al-Quran sedari awal secara berulang-ulang, maka murid-murid akan dapat mengetahui isi kandungan al-Quran yang mengandungi peraturan dan panduan kehidupan untuk semua manusia. Hal ini selari dengan saranan Ibn Khaldun (2000) di mana beliau menegaskan bahawa pada peringkat rendah lagi kanak-kanak itu perlu didedahkan dengan pengertian ringkas ayat-ayat hafazan atau bacaan, diceritakan kisah-kisah dan fadilat-fadilat yang terkandung di dalam al-Quran. Kelak pengajaran tersebut akan menjadi bahan pemikiran kanak-kanak lantas menggerakkan mereka untuk menghayatinya.

Page 6: 40-78-1-SM

38

Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42

“Ya..Pelajar boleh faham, boleh ikut. Kita tak guna yang macam apa kata benda-benda yang susah. Haaa kita ambil yang mudah-mudah”. (PK1)

Selanjutnya kajian mendapati semua peserta kajian percaya bahawa penerapan nilai sesuai dilaksanakan dalam pengajaran TQ kerana murid-murid mampu untuk memahami nilai-nilai al-Quran yang mereka terapkan. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid sekolah rendah mampu memahami penerapan nilai berteraskan al-Quran apabila guru dapat menyampaikan nilai yang sesuai dengan tahap pemikiran dan latar belakang murid. Kefahaman ini mendorong guru untuk mengolah isi kandungan al-Quran dan nilai kepada bentuk yang mudah difahami dan diterima oleh murid-murid termasuklah mengaitkannya dengan aktiviti harian murid-murid. Keperluan untuk mengambil kira tahap pemikiran dan latar belakang murid bukan sahaja diperlukan di peringkat sekolah rendah, malah juga di peringkat sekolah menengah sebagaimana dapatan Ahmad Yunus (2011) yang mendapati Guru-Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) yang mengajar akidah telah berusaha mengolah pengetahuan isi kandungan akidah yang berbentuk abstrak, konseptual dan cenderung kepada perbincangan akidah kepada bentuk yang sesuai dan mudah difahami oleh pelajar. Hal ini menjelaskan bahawa pertimbangan terhadap tahap pemikiran dan latar belakang murid perlu diutamakan dalam penyampaian guru.

“Kita ikut tahap murid bukan nak kaitkan yang besar-besar kaitkan dengan amalan harian di sekolah, kelebihan orang berilmu, benda tu ada semua dalam al-Quran benda tu ada kaitan lah”. (PK5)

Berikutnya semua peserta kajian juga percaya bahawa murid-murid akan dapat memahami penjelasan tentang nilai al-Quran apabila guru menggunakan laras bahasa yang mudah. Dalam erti kata lain, bahasa yang digunakan perlulah senang difahami serta dekat dengan kehidupan murid-murid. Hal ini bertepatan dengan metodologi al-Quran yang amat menekankan penggunaan bahasa yang sama antara para nabi dan kaumnya dalam menyampaikan risalah kepada umatnya agar mudah difahami (Ibrahim 14: 4).

Dan kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.

Bahagian terakhir perbincangan berhubung kepercayaan guru ialah kesan penerapan nilai terhadap

guru, pelajar dan proses pembelajaran. Data kajian ini mendapati peserta kajian mengakui mereka mengambil masa yang agak lama untuk melihat kesan penerapan nilai terhadap pelajar,diri mereka sendiri dan proses pembelajaran sehingga membentuk suatu kepercayaan dalam diri mereka bahawa sememangnya penerapan nilai memberi kesan yang positif terhadap ke tiga-tiga aspek yang dinyatakan. Hal ini selari dengan dapatan kajian Ahmad Yunus (2010) yang mendapati bahawa keputusan yang diambil guru ketika menyampaikan pengajaran sesuatu topik adalah dibimbing oleh tasawwur dan kefahaman hasil dari pengalaman setiap guru mengendalikan pengetahuan isi kandungan subjek tersebut. Dalam masa yang sama dapatan ini turut menyokong pandangan Nik Zaharah (2008) yang menyatakan sesuatu perubahan yang melibatkan sikap dan nilai memerlukan masa yang lebih panjang.

Dapatan kajian ini menunjukkan antara kesan penerapan nilai dapat meningkatkan perkembangan diri dengan membuat pembacaan awal terhadap surah-surah yang diajar. Semua peserta kajian mengakui amalan penerapan nilai menggalakkan mereka untuk meneliti rujukan berkaitan ayat yang dibaca sebagai persediaan agar mereka dapat menyampaikan penerangan kepada murid-murid dengan lebih yakin. Selain itu bagi peserta kajian yang mengajar di kelas yang berprestasi baik, guru sering kali disoal oleh pelajar dengan soalan yang mencabar minda. Oleh itu guru sentiasa perlu bersedia dengan jawapan yang memuaskan hati pelajar. Antara sumber termasuk rujukan yang dirujuk termasuklah Tafsir Ibnu Katsir, kitab Asbab Nuzul, buku-buku dalam bidang Fekah, sirah, Tajwid. Peserta kajian turut meneroka pelbagai sumber ilmu dan maklumat termasuk internet, blog para ilmuan tempatan rancangan serta memanfaatkan rancangan tafsir di radio. Dapatan ini sekali gus menggambarkan peserta kajian telah melakukan proses pencarian ilmu agar dapat menyampaikan semula kepada pelajar dengan secara berkesan. Proses pencarian ilmu adalah amat penting bagi seorang guru sebagaimana ditekankan melalui penurunan wahyu pertama surah al-A‟laq ( 96:1-5) yang menyarankan amalan membaca sekali gus memberikan gambaran yang amat jelas tentang kedudukan ilmu di dalam Islam (Ghazali 2001).

Page 7: 40-78-1-SM

39

“Saya tengok kebaikan penerapan nilai tu mendorong kita untuk menambahkan ilmu nak bagi pada pelajar kan, kerana kalau kita tak bersedia, kita pun susah juga kan”. (PK4) “Saya buka tafsir dulu lah tengok. Tafsir Quran. Saya memang bawa tafsir Quran selalu”. (PK1)

Selain itu, sebahagian kecil peserta kajian menyatakan kesan lain penerapan nilai dapat menyuburkan budaya perbincangan yang sihat dalam kalangan guru. Dalam perbincangan tersebut guru akan bertanya kemusykilan yang ditimbulkan oleh pelajar atau bertukar-tukar pandangan dan maklumat sesama rakan sejawat sebagai persediaan sebelum pelaksanaannya di bilik darjah atau sesudah pengajaran.Perbincangan yang sihat dalam kalangan guru menunjukkan bahawa amalan penerapan nilai memberi kesan yang baik bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru khususnya dalam penambahan ilmu baru.

Berikutnya kajian menunjukkan kesan positif penerapan nilai juga ialah dapat memotivasikan pelajar untuk memberikan tumpuan terhadap pelajaran sedangkan mereka sebelumnya sukar berbuat demikian. Berdasarkan penjelsan PK1 dan Pk4, selain memberikan tumpuan pelajar turut bertanya pelbagai soalan sebagai respon terhadap penjelasan guru berhubung penjelasan guru terhadap nilai yang diterapkan lebih-lebih lagi di kelas berpencapaian tinggi. Tumpuan terhadap pelajaran merupakan ciri-ciri utama mengarah murid-murid kepada kejayan dalam pelajaran. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Nik Zaharah (2008) yang mendapati penerapan nilai dalam pengajaran bukan sahaja dapat membantu peningkatan akhlak bahkan ia juga boleh membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar disebabkan peningkatan domain afektif turut merangsang peningkatan domain kognitif murid. Dalam erti kata lain apabila nilai-nilai murni diterapkan dalam pengajaran, minda pelajar akan turut terangsang untuk lebih memahami ilmu yang disampaikan.

“Kadang-kadang dia orang tak tanya on direct masa kelas, kadang-kadang dia orang tanya ustaz tadi dia cerita tentang apa ustaz ayat tu”. (PK1)

Akhir sekali iaitu kepercayaan terhadap kesan penerapan nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian ini mendapati amalan penerapan nilai dapat mengurangkan rasa mengantuk sewaktu belajar al-Quran melalui perbincangan yang interaktif antara guru dan pelajar menjadikan suasana kelas lebih hidup. Semua peserta kajian mengakui kesukaran untuk mendapatkan tumpuan pelajar dalam pengajaran TQ khususnya pada waktu-waktu yang mencabar seperti waktu tengah hari atau selepas waktu rehat.

“..satu lagi kadang-kadang, waktu saya mengajar Quran tu tengah hari. Waktu tu memang waktu mengantuk. Bila kita selitkan cerita baru lah segar sikit. Bila dah masa ada yang mata dah kuyu-kuyu sikit tu, kita buka cerita lain pulak”. (PK1)

Tanpa aktiviti dan komunikasi yang baik antara murid dan guru, pengajaran berkesan sukar dihasilkan. Dapatan ini memperlihatkan bahawa faktor komunikasi dua hala antara guru dan pelajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini secara tidak langsung menyokong pandangan Kenneth (2007) yang menyebut tanpa komunikasi, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku. Kajian Norliza (2010) menunjukkan bahawa kemahiran komunikasi bukan sahaja dilihat sebagai faktor yang menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran, malahan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan dapat membantu guru mengenal pasti tingkah laku pelajar di samping menerapkan nilai-nilai yang positif bagi meningkatkan kemahiran sosial dan emosi pelajar. Menimbulkan minat serta mengekalkan minat murid-murid terhadap al-Quran amatlah kritikal dalam pengajaran TQ kerana tanpa minat yang konsisten, murid-murid bukan sahaja tidak dapat memperbaiki bacaan bahkan cenderung untuk bersikap acuh tak acuh dengan pembelajaran al-Quran. Kajian yang dijalankan oleh Asmawati et.al (2012) mendapati antara faktor pelajar ponteng sekolah berpunca dari faktor guru dikaitkan dengan faktor guru gagal menyediakan suasana pembelajaran yang menarik .” Item “Teaching and learning is boring and not so effective” didapati mendapat mean tertinggi ( 3.31, SP = 1.24). Hal ini selari dengan dapatan kajian oleh Nurizam Mat Saad (2002) yang mengaitkan kegagalan guru membuat persediaaan mengajar menjadikan pengajaran mereka membosankan pelajar. Kajian Asmawati et.al (2012) turut mendapati bahawa faktor utama pelajar ponteng sekolah dikaitkan dengan pengaruh media yang menyediakan hiburan yang menarik sepanjang waktu. Hal ini memberikan

Page 8: 40-78-1-SM

40

Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42

suatu cabaran yang besar terhadap guru-guru khususnya GPI bagi mewujudkan pembelajaran al-Quran yang menyeronokkan berteraskan media interaktif agar dapat menarik tumpuan pelajar.

Secara ringkasnya kajian ini mendapati terdapat tiga tema utama kepercayaan guru yang mendasari amalan penerapan nilai, iaitu 1) Kepercayaan guru terhadap kedudukan dan fungsi al-Quran; 2) Kepercayaan guru terhadap kesesuaian pelaksanaannya di sekolah rendah; dan 3) Kepercayaan terhadap kesan pelaksanaan penerapan nilai dalam pengajaran TQ. Rajah 1 di bawah menunjukkan dapatan keseluruhan berhubung kepercayaan guru terhadap amalan penerapan nilai dalam pengajaran TQ, manakala Rajah 2 pula menunjukkan secara ringkas dapatan utama berhubung amalan penerapan nilai dalam pengajaran TQ.

Rajah 1: Kepercayaan Guru terhadap Amalan Penerapan Nilai dalam Pengajaran TQ

Rajah 2: Kepercayaan Guru Mempengaruhi Amalan Penerapan Nilai dalam Pengajaran TQ

RUMUSAN Sebagai rumusan, kajian ini mendapati terdapat tiga tema utama yang saling berkaitan berhubung kepercayaan guru. Walaubagaimanapun, tema kepercayaan guru terhadap kedudukan dan fungsi al-Quran menjadi asas utama menggerakkan amalan penerapan nilai dalam kalangan peserta kajian kerana ia bukan hanya berkaitan dengan aspek kognitif malah merangkumi aspek kognitif (pengetahuan), spiritual (keimanan), emosi (kemahuan) dan fizikal (tindakan) peserta kajian. Kesan terhadap kepercayaan tersebut

Penerapan nilai dalam

pengajaran TQ Kepercayaan

Guru

Kesan terhadap P&P

Kesesuaiannya di sekolah rendah

Kedudukan dan fungsi Al-Quran

dalam pendidikan

Page 9: 40-78-1-SM

41

telah mendorong peserta kajian melaksanakan tuntutan tersebut dalam bentuk perlakuan melalui usaha berterusan menanamkan nilai-nilai al-Quran dalam pengajaran TQ. Kajian ini menyarankan agar amalan penerapan nilai ini diperluaskan kepada seramai mungkin guru-guru agar manfaatnya akan menyeluruh ke seluruh negara, sekali gus hasrat membentuk generasi celik al-Quran akan dapat direalisasikan dalam sistem pendidikan negara. RUJUKAN Abu Bakar Hashim. (1997). Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan moral dan nilai dalam

pembangunan manusia ke arah pembentukan acuan pembangunan negara. Bangi: Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 158-174.

Al-Quran. (2002). Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Quran, terjemahan dan penjelasan Sheikh Abdullah Basmeh. Cetakan ke 13. Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd.

Al-Ghazali, Abu Hamid. (1939). Ihya‟ „Ulum al-Din. Juzuk 1. Mesir: Mutbacah Mustafa al-Babi al-Halabi. Al-Qaradhawi, Yussof. 2000. Al-Tarbiyyah cinda al-Imam al-Syātibi. Beirut: Mua‟ssah al-Risālah li-Taba‟ah al-

Nasyr wa al-Tauzi‟. Al-Zindānī, Abdul Majid. (2010) Kitab Tauhid. Pustaka Salam. AN Oppenheim. (1992). Questionnaire design, interviewing and attitude measurement. London: Heinemann. Al-Sayuti. (2004). Al Itqān Fi Ulum Al-Quran. Beirut: Dar Kutub Al-Ilmiyah. Asmawati Suhid, Abdul Rahman Md. Aroff, Norliana Kamal. (2012). Factors causing student absenteeism

according to peers. International Journal of Arts and Commerce. Vol. 1 No. 4 September 2012. Ahmad Yunus Kasim. (2010). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Pengajaran Akidah: Satu

Kajian Kes. Tesis Ph.D. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM. Azmil Hashim. (2010). Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Tahfiz Al Quran di Darul Quran JAKIM dan

Maahad Tahfiz Al –Quran Negeri. Tesis PhD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Azhar Muhammad & Zulfikri Hassan. (2009). Metode Terjemahan Tafsir Arab-Melayu: Satu Kajian

Terhadap Tafsir Fi Zilalil Qur‟an – Di Bawah Bayangan Al-Qur‟an Oleh Yusoff Zaky Yacob. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Donald J. Cunningham, James B. Schreiber and Connie M. Moss. (2005). Belief, Doubt and Reason: Educational Philosophy and Theory. Volume 37, Issue 2, 177–189.

Fang, Z. (1996). A review of research on teacher beliefs and practices. Educational Research. 38(1): 47-65. Fullan M. (2001). The New Meaning of Educational Change. Columbia University : Teachers College Press. Gardner, H.( 2006). Changing Minds. Boston: Harvard Bussiness School. Ghazali Darusalam. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Habsah Ismail, Ramlah Hamzah, Wan Zah Wan Ali, Aida Suraya Md Yunus, Rosini Abu & Hapsah

NAwawi. (2006). Teachers belief towards the principles underlying the National Philisophy of education in Malaysia. International Journal of learning, 13. 91-104.

Hasan Langgulung. (1987). Penghayatan nilai-nilai Islam ditinjau dari proses pembelajaran dalam konteks pendidikan masa kini. Jurnal Pendidikan Islam, 5:13-30.

Ibn Khaldun. (2000). Mukadimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Misnan Jemali. (2008). Amalan Pengajaran Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah Al-Quran

Sekolah Menengah. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM. Mohd Aderi dan Ab.Halim. (2009). Profesionalisme Guru Pendidikan Islam. Prosiding Wacana Pendidikan

Islam Siri 7, Bangi : UKM. Al-„Abrashi, Muhammad cAthiyyah. (1974). Dasar-dasar Pokok Pendidikan Islam. Terj. Al-„Abrāsyī.

Muhammad cAthiyyah (1969). al-Tarbiyyah al-Islamiyyah wa falsafātuhā. Mohd Izham Mohd Hamzah dan Sufean Hussin, (2009). Pengurusan Perubahan Terancang dalam Pembestarian

Sekolah: Proses Pelaksanaan Polisi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Muhammad Shadid. (1994). Metodologi al-Quran dalam Pendidikan. Terj. Osman Khalid. Kuala Lumpur:

Jabatan Perdana Menteri. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). (2004). Kertas Dasar dan Status Pelaksanaan program j-QAF. Kroener-Ekstrand, M. (2001). The Construction of Practical Knowledge. Madission: University of Wisconsin. Merriam, S.B. (1997). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. San Francisco: Jossey-Bass.

Page 10: 40-78-1-SM

42

Journal of Al-Quran and Tarbiyyah 1(1) 2014 : 33-42

Nik Azis Nik Pa. (1997). Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan moral dan nilai dalam pembangunan manusia ke arah pembentukan acuan pembangunan negara. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Zaharah Nik Yaacob. (2007). Kajian penerapan nilai murni menerusi pengajaran bermodul. Tesis Ph.D. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Norliza Abd. Majid. (2011). Kemahiran komunikasi dan motivasi kerja dalam kalangan guru cemerlang. Tesis Ph.D. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Nurizam Mat Saad. (2002). Kesan dan pengaruh iklim sekolah terhadap masalah disiplin pelajar. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Raihan Mohd Nordin. (2000). Penguasaan kemahiran membaca al-Quran di kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan Gurun, Kedah Darul Aman. Latihan ilmiah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramlan Ahmad. (2000). Kelemahan membaca al-Quran di kalangan pelajar berasrama penuh. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sidek Baba, (2006). Pendidikan Rabbani. Shah Alam: Karya Bestari Sdn Bhd. Shulman, LS. (1987). Knowledge and Teaching : Foundation of new reform. Harvard Educational Review.