4.0 buta

11
4.0 MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID MASALAH PENGLIHATAN Kecacatan penglihatan atau buta adalah sejenis kecacatan fizikal di mana sebahagiannya daripada alat-alat pacaindera telah rosak samada rosak teruk atau mengalami kehilangan yang sedikit sehingga meninggalkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan seseorang kanak-kanak. Dari aspek pendidikannya bermasalah penglihatan bermaksud : i) Cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf biasa. ii) Buta ialah mereka yang langsung tidak dapat melihat dan perlu menggunakan kod braille untuk membaca. Oleh yang demikian bagi kanak-kanak yang cacat penglihatan, mereka juga terlibat dengan beberapa masalah dalam aspek pembelajaran kerana pertumbuhan deria pacaindera mengalami masalah seterusnya sedikit sebanyak memberi kesan kepada perkembangan mental. Maka tidak hairanlah ada segelintir daripada mereka mengalami proses perkembangan yang lambat seperti respondan yang boleh dikatogerikan sebagai multiple handicap. Ini bermaksud kanak-kanak tersebut mengalami cacat penglihatan (B2) dan perkembangan lambat. 4.1 MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID MASALAH PENGLIHATAN

description

l

Transcript of 4.0 buta

Page 1: 4.0 buta

4.0 MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID MASALAH PENGLIHATAN

Kecacatan penglihatan atau buta adalah sejenis kecacatan fizikal di mana

sebahagiannya daripada alat-alat pacaindera telah rosak samada rosak teruk atau

mengalami kehilangan yang sedikit sehingga meninggalkan kesan yang negatif

terhadap pertumbuhan seseorang kanak-kanak.

Dari aspek pendidikannya bermasalah penglihatan bermaksud :

i) Cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk

membaca dan melihat huruf biasa.

ii) Buta ialah mereka yang langsung tidak dapat melihat dan perlu

menggunakan kod braille untuk membaca.

Oleh yang demikian bagi kanak-kanak yang cacat penglihatan, mereka juga terlibat

dengan beberapa masalah dalam aspek pembelajaran kerana pertumbuhan deria

pacaindera mengalami masalah seterusnya sedikit sebanyak memberi kesan kepada

perkembangan mental. Maka tidak hairanlah ada segelintir daripada mereka mengalami

proses perkembangan yang lambat seperti respondan yang boleh dikatogerikan

sebagai multiple handicap. Ini bermaksud kanak-kanak tersebut mengalami cacat

penglihatan (B2) dan perkembangan lambat.

4.1 MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID MASALAH PENGLIHATAN

Bahasa merupakan satu elemen yang penting dalam komunikasi dua hala. Oleh yang

demikian apa pun kecacatan yang di alami oleh seseorang individu perlu menguasai

kemahiran tersebut agar dapat bersosiolisasi dalam masyarakat dengan penuh

keyakinan . Berikut adalah antara kepentingan menguasai bahasa bagi kanak-kanak

cacat penglihatan:

1. Sebagai saluran untuk memenuhi kehendak individu.

Page 2: 4.0 buta

2. Memberi keyakinan dalam pertuturan dan penulisan

3. Dapat berinteraksi dengan jelas dan berkesan

4. Boleh menjalinkan perhubungan sosial dengan baik

5. Memberi dan menerima arahan dengan jelas

6. Menyampai dan mentafsi maklumat dengan tepat

7. Menimba ilmu dari pelbagai media dan sumber

8. Dapat berurusan dalam pelabagai bidang dengan lancar serta bermakna

Antara masalah bahasa yang dapat dikenalpasti bagi murid masalah penglihatan ini

ialah:

Komunikasi yang kurang berkesan

Sebutan yang kurang jelas.

Kurang perbendaharaan kata

Dailek ( pengguguran / penambahan)

Kesalahan ejaan dan kurang pemahaman

Kenal huruf tetapi belum boleh membaca dengan lancar

Hanya boleh membaca perkataan dengan dua suku kata.

Kelihatan seakan-akan boleh membaca.

Membaca dengan mengeja terlalu lambat.

Tidak boleh membaca perkataan yang sukar seperti 'eksklusif', 'infrastruktur''atau

'penyelesaian'

Page 3: 4.0 buta

Tidak boleh membaca perkataan yang tidak dikenali.

http://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/laporan-kaijian-bahasa-murid-masalah-

penglihatan

4.2 CIRI KOMUNIKASI MURID MASALAH PENGLIHATAN

Pada keseluruhannya tiada perbezaan dengan kanak-kanak normal kecuali pd peringkat awal,

penggunaan bahasa dihadkan kpd pengalaman visual dan lebih bersifat egosentrik. • Kecacatan

tidak jejas mereka memahami dan menggunakan bahasa • Guna auditory sebagai deria

pembelajaran bahasa (kemahiran mendengar bahasa kekadang lebih daripada kanak-kanak

normal) • Mungkin lebih bermotivasi utk menggunakan bahasa kerana pertuturan merupakan

cara yang paling utama utk berkomunikasi.

3.3 MASALAH PERKEMBANGAN BAHASA MURID MASALAH PENGLIHATAN

masalah perkembangan bahasa yang berkaitan dengan kanak-kanak masalah

penglihatan bolehlah dilihat aspek berikut:

1) FONOLOGI DAN MORFOLOGI

kanak-kanak cacat penglihatan yang kurang pengetahuan berkomunikasi dan

tidak dilatih bertutur dengan lancar akan menghadapi masalah memasuki alam

persekolahan. Ini kerana penerimaan, penyimpanan dan pernyataan idea

mereka adalah sangat kurang. Dalam perkembangan bahasa kanak-kanak

normal akan dapat mempelajari peringkat demi peringkat berkomunikasi dan

dapat mendiskriminasikan bunyi dan sebutan. Lama kelamaan kanak-kanak

Page 4: 4.0 buta

tersebut akan memahami bunyi sebutan itu sebelum mengeluarkan

pertuturannya dengan yakin. Kesukaran membunyikan huruf-huruf yang sama

bentuk seperti “b”, “d”, “p”, “c”, “s” “m”, “n” dan “r” menyebabkan kesukaran

mengeja perkataan dan membunyikan perkataan .

Masalah sebutan yang tidak jelas ini adalah disebabkan oleh “pelat”. Menurut

Dewan Bahasa Dan Pustaka pelat bermaksud tidak dapat menyebut sesuatu

perkataan dengan betul dan tepat. Contoh seperti “makan jadi akan” , “cikgu

jadi egu” dan sebagainya. Dalam kes ini kanak-kanak mengalami kesukaran

dalam proses-proses tertentu. Pelat terjadi kemungkinan kerana kanak-kanak

tersebut mengalami masalah kawalan alat pertuturan(artikulasi) yang tidak dapat

dikesan pada peringkat awal lagi. Pengaruh persekitaran termasuk ibubapa dan

adik beradik mungkin berbahasa pelat juga agar mudah difahami oleh kanak-

kanak tersebut. Ini secara tidak langsung turut mempengaruhi bahasa pertuturan

kanak-kanak tersebut. Masalah yang ketara ialah ada beberapa sukukata atau

sebutan itu terdiri daripada kesengauan suara dimana tidak boleh menyebut

dengan jelas sesetengah vokal dan konsonan.

Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan sengau sebagai keadaan atau sifat

bunyi yang dikeluarkan dari hidung: huruf ~ huruf yg diucapkan melalui

rongga hidung (spt n, ng dll). Masalah yang berlaku ini sedikit sebanyak

menganggu pengucapan-pengucapan yang berkaitan dengan fonetik.

Penyebutan kata dan susunan bunyi pertuturan menjadi sengau dalam

perbualan harian. Bila berada di alam persekolahan kanak-kanak terpaksa

menyesuaikan diri dengan keadaan yang mempengaruhi emosi dan keyakinan

diri berhadapan dengan situasi baru.

2) SINTAKSIS

Berkaitan dengan semua permasalahan diatas kanak-kanak ini biasanya akan

menulis mengikut apa yang disebut dan didengar. Banyak kesalahan ejaan berlaku

semasa menulis . Ini semua disebabkan oleh masalah dailek, pelat , sengau dan

Page 5: 4.0 buta

kurang kefahaman semasa berkomunikasi. Kanak-kanak yang terlibat dengan

perkembangan lambat sangat ketara kesalahan yang dilakukan oleh mereka dalam

aspek penulisan. Kebanyakan mereka ini membaca dengan sangat lambat,

memerlukan tulisan yang besar dengan menggunakan alat bantuan bagi meningkat

kefahaman. Kesalahan ejaan sangat ketara kerana kanak-kanak rabun ini menulis

mengikut apa yang didengar. Berlaku pengabaian sukukata dan penambahan

mengikut kefahaman mereka sahaja. Mereka tidak boleh menyusun sukukata-

sukukata bagi menjadi satu perkataan yang bermakna dengan tulisan tangan yang

sangat tidak kemas.

3) SEMANTIK DAN PRAGMANTIK

Perkara yang sering berlaku dalam perkembangan bahasa bagi kanak-kanak cacat

penglihatan ini ialah kesukaran mereka mengikuti dan menggunakan bahasa

berdasarkan aspek bahasa yang sepatutnya. Semantik menyentuh perkara-perkara

yang berkaitan dengan maksud atau erti sesuatu perkataan. Kemampuan kanak-

kanak ini memahami sesuatu maksud perkataan bergantung kepada ciri-ciri sesuatu

perkataan tersebut samada ianya melambangkan objek yang konkrit atau abstrak.

Contohnya perkataan “angin” dan “peranginan”. Ini memerlukan kanak-kanak

tersebut membuat andaian bagi dengan maksud yang sebenarnya. Adalah satu

cabaran yang sukar bagi kebanyakkan kanak-kanak cacat penglihatan dengan

pelbagai kecacatan ini memahaminya. Mereka dapat merasakan “angin” kerana

mereka mempunyai deria lain tajam tetapi bagaimana mereka dapat

membayangkan “peranginan” itu dengan masalah sebutan yang tidak jelasnya.

Ketidakupayaan inilah menyebabkan mereka kurang mampu berkomunikasi dengan

sepenuhnya. Kesukaran membaca dengan lancar menyebabkan mereka

mempunyai pengetahuan yang terhad dalam bahasa dan dalam keterbatasan itu

menyebabkan mereka menggunakan sukukata-sukukata yang mudah sahaja.

Page 6: 4.0 buta

Bahasa dan pertuturan adalah satu alat yang digunakan untuk tujuan komunikasi.

Komunikasi atau proses interaksi dapat dilakukan dengan menggunakan lima deria

yang utama:

i. Pendengaran/pertuturan

ii. Penglihatan

iii. Sentuhan

iv. Hiduan/bau

v. Rasa

Keupayaan berkomunikasi di antara satu sama lain membolehkan penyampaian

idea yang kompleks dengan menggunakan satu sistem perhubungan yang tersusun.

Ianya bukan sahaja dapat menggalakan perhubungan sosial tetapi dapat juga

memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kognitif . Komunikasi

memerlukan sebarang maklumat yang bermakna dan memahami maklumat yang

diterima. Ketidakupayaan seseorang itu dalam berkomunikasi terutama menerusi

percakapan, pendengaran, bacaaan dan tulisan akan menyebabkannya kurang

mampu untuk berkomunikasi sepenuhnya.

Selain daripada itu gangguan perkembangan sosial dan gangguan emosi

menjadikan kanak-kanak ini mempunyai perkembangan bahasa yang terhad.

Dewan Bahasa dan Pustaka mengatakan dialek/loghat adalah bahasa daerah atau

bahasa setempat yang digunakan seharian. Loghat ini digunakan pada semua isi

rumah kerana mudah difahami dalam komunikasi. Walaubagaimanapun masalah

akan timbul sekiranya kanak-kanak tersebut tidak dapat membezakan antara

bahasa loghat ini dengan penggunaan bahasa buku. Sebutan-sebutan yang dasar

yang sebenarnya. Sebagai contoh “ikan” menjadi “ikang”, “padang” menjadi

“padam”, dan sebagainya. Faktor-faktor ini akan saling berkait dengan

perbendaharaan kata yang selalu digunakan dengan sebutan yang kurang jelas,

Page 7: 4.0 buta

termasuk pelat dan sengau. Masa mereka lebih lama dirumah merupakan punca

pengaruh dailek ini sukar diperbetulkan. Gangguan persekitaran dengan berbagai

bahasa dailek akan cepat mempengaruhi mereka kerana mereka suka dengan

perkataan yang mereka rasa mudah disebut dan mereka fahami sendiri. Bahasa

mereka kadangkala sukar difahami tetapi kebanyakan mereka boleh berkomunikasi

dengan rakan sebaya dengan bahasa mereka sendiri.

3.4KAEDAH MEMPERTINGKATKAN PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI KANAK-KANAK AUTISME

Perkembangan komunikasi sangat dipengaruhi oleh kematangan intelek dan

mental,umur,persekitaran dan alat pertuturan. Ibubapa dan guru adalah agen utama

yang boleh melatih kanak-kanak ini melalui proses-proses yang tertentu. Oleh yang

demikian mereka perlu dilatihtubi berulangkali dengan penuh kesabaran dan keyakinan

tanpa rasa jemu terutama bersama ahli keluarga. Mereka perlu berinteraksi secara

lebih kerap dan menggunakan semua deria utama yang ada sehingga menimbulkan

rasa ingin maju dan terus mencuba.Menurut Karen A. Erickson .(2007) secara

semulajadinya sikap positif atau negatif ibu bapa memberi kesan yang hebat terhadap

perkembangan kanak-kanak cacat penglihatan. Samada di rumah atau sekolah yang

paling penting ialah kanak-kanak tersebut membesar dengan perkataan atau frasa-

frasa yang selalu didengar dan menggunakannya pada situasi yang betul. Contohnya

seperti pengucapan “selamat pagi” , “terima kasih” dan sebagainya. Dalam perbualan

harian mereka perlu dibantu dengan mengembangkan perbendaharan kata mengenai

benda-benda dipersekitarannya. Walaupun tidak dapat melihat / rabun kita galakkan

mereka meneroka dengan menggunakan deria lain seperti sentuh, bau ,rasa dan

Page 8: 4.0 buta

dengar. Berikut adalah aktiviti yang boleh dikongsi bagi menggalakan mereka

berkomunikasi dengan yakin.

1. Membacakan buku cerita di waktu senggang.

2. Galakan mereka bermain dengan rakan sebaya supaya mereka dapat

meluahkan dan berkongsi perasaan .

3. Menonton dan mendengar rancangan kegemaran bersama.

4. Melihat buku-buku bergambar atau buku skrap yang boleh diubah suai mengikut

tahap kecacatan mata.

5.2 Masalah sebutan yang kurang jelas dan kurang perbendaharaan kata

Masalah ini dikaitkan dengan pelat atau sengau. Oleh yang demikian latihtubi perlu

dijalankan dan memerlukan masa yang panjang bagi membetulkan masalah sebutan

tersebut. Masalah menjadi lebih berat kerana kanak-kanak ini mempunyai pelbagai

kecacatan. Pelbagai kaedah perlu dijalankan termasuk latihtubi sebutan atau

mendengar pita rakaman dengan menggunakan kad imbasan atau melalui cctv serta

kanta pembesar. Masalah ini juga dapat diatasi dengan meningkatkan pergaulan

dengan rakan sebaya agar mereka dapat berkomunikasi dengan sebutan yang

betul.Ibu bapa digalakkan berjumpa dengan pakar pertuturan agar kanak-kanak ini

dapat melalui proses terapi yang sesuai.

Guru juga digalakan menggunakan perkataan yang mudah difahami pada peringkat

permulaan dan secara beransur menggunakan penambahan-penambahan yang sesuai

yang mudah dengan gambaran yang jelas. Juga dicadangkan membawa kanak-kanak

ini meneroka ke sesuatu tempat atau benda dengan menggunakan semua deria yang

ada.

Berbagai teknik dan kaedah yang perlu dijalankan bagi memotivasikan mereka.

Antaranya adalah seperti berikut:

Page 9: 4.0 buta

1. Membacakan buku cerita di waktu senggang.

2. Galakan mereka bermain dengan rakan sebaya supaya mereka dapat

meluahkan dan berkongsi perasaan .

3. Menonton dan mendengar rancangan kegemaran bersama.

4. Melihat buku-buku bergambar atau buku skrap yang boleh diubah suai mengikut

tahap kecacatan mata.

Kesimpulannya masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah penglihatan ini ialah

lemah dalam komunikasi, sebutan yang tidak jelas, kurang kelancaran,bahasa dailek

dan kesalahan ejaan. Intervensi awal perlu dijalankan agar mereka tidak akan jauh

ketinggalan dari kanak-kanak normal terutama dalam pemerolehan bahasa. Masalah ini

akan merupakan penyebab kepada terjejasnya pencapaian mereka dalam aspek

pembelajaran. DARJA KOBAL GRUM .(2010) menegaskan Penglibatan ibu bapa dan

persekitaran sangat penting dalam memberi sokongan dan bimbingan terhadap

perkembangan bahasa mereka. Mereka perlu sentiasa berintraksi dan bersosiolisasi

bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Ibu bapa merupakan faktor dalam

menentukan laluan pendidikan mereka dengan mengubah sikap dan sentiasa

berhubung dengan pihak sekolah.

Page 10: 4.0 buta