4.0 Kumpulan Sasaran

8
4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan seramai dua orang murid lelaki dan lima orang perempuan dari kelas tahun 6, Sekolah Kebangsaan Bukit Kenangan. Ketujuh-tujuh subjek kajian berumur 12 tahun. Mereka belum menguasai kemahiran menulis ulasan mengandungi lima nilai dan huraian yang betul berdasarkan petikan. Subjek yang dipilih ini ialah murid-murid yang mempunyai prestasi akademik yang sederhana tetapi boleh membaca dan membina ayat Aspek pemilihan subjek kajian akan dibuat melalui tiga langkah tinjauan awal iaitu melalui ujian diagnostik, pemerhatian menggunakan buku latihan penulisan dan melalui ujian lembaran kerja. Antara ciri- ciri subjek kajian tersebut ialah, mereka mudah keliru, sukar mengingat, sering berkhayal dan hilang tumpuan semasa di dalam kelas. Subjek kajian 1 merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur dua belas tahun. Dia merupakan anak bongsu daripada tiga

description

Kajian Tindakan

Transcript of 4.0 Kumpulan Sasaran

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seramai dua orang murid lelaki dan lima orang perempuan dari kelas tahun 6, Sekolah Kebangsaan Bukit Kenangan. Ketujuh-tujuh subjek kajian berumur 12 tahun. Mereka belum menguasai kemahiran menulis ulasan mengandungi lima nilai dan huraian yang betul berdasarkan petikan. Subjek yang dipilih ini ialah murid-murid yang mempunyai prestasi akademik yang sederhana tetapi boleh membaca dan membina ayat Aspek pemilihan subjek kajian akan dibuat melalui tiga langkah tinjauan awal iaitu melalui ujian diagnostik, pemerhatian menggunakan buku latihan penulisan dan melalui ujian lembaran kerja. Antara ciri-ciri subjek kajian tersebut ialah, mereka mudah keliru, sukar mengingat, sering berkhayal dan hilang tumpuan semasa di dalam kelas.

Subjek kajian 1 merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur dua belas tahun. Dia merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik (mempunyai dua orang kakak). Dia berasal daripada keluarga berstatus ekonomi sederhana. Bapanya bekerja sebagai tukang rumah manakala ibunya seorang suri rumah. Daripada temubual dengan murid lain, subjek kajian seorang yang manja dengan ibunya. Setiap hari subjek kajian ditemani ibunya semasa berjalan kaki ke sekolah. Berdasarkan semakan buku latihan penulisan, subjek kajian sering tidak dapat menyiapkan latihan yang diberi. Berdasarkan pemerhatian guru, subjek kajian seorang yang pendiam dan tidak aktif di dalam bilik darjah. Subjek tidak pernah bertanya dengan guru sekiranya tidak faham.

Subjek kajian 2 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur dua belas tahun. Dia merupakan anak kedua daripada dua orang adik beradik. Bapanya bekerja sebagai pengimpal manakala ibunya pekerja kilang . Subjek kajian seorang yang berperwatakan sederhana dan tidak menimbulkan banyak masalah. Namun subjek kajian tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Subjek kajian telah beberapa hari tidak hadir ke sekolah kerana masalah kesihatan. Di dalam kelas, subjek kajian seorang yang pasif dan tidak suka bertanya. Seringkali pertanyaan guru hanya dijawab dengan entah dan mengangkat bahu sahaja.

Subjek kajian ke-3 merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur dua belas tahun. Dia merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik. Dia berasal daripada keluarga yang berstatus ekonomi sederhana. Bapanya adalah seorang tukang rumah manakala ibunya seorang guru. Dia adalah seorang murid yang sering memberi respon terhadap pertanyaan guru. Subjek kajian merupakan ketua darjah dan menunjukkan kesungguhan untuk belajar semasa di Tahun 6 berbanding semasa di Tahun 5.

Subjek kajian ke-4 merupakan perempuan yang berumur dua belas tahun. Dia merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Dia berasal daripada keluarga berstatus ekonomi sederhana. Bapanya bekerja sebagai pemandu kren manakala ibunya seorang guru Kafa. Dia seorang pengawas yang kemas dan rajin. Dia tidak banyak bercakap di dalam kelas dan hanya menjawab apabila diajukan soalan. Berdasarkan semakan buku latihan, kerja bertulis subjek ini sangat baik dan kemas. Namun pengkaji dapati jawapannya sama dengan rakan yang duduk di sebelahnya. Markah ujian subjek pada aras yang sederhana walaupun subjek cuba menjawab dengan baik.

Subjek kajian ke-5 merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur dua belas tahun. Dia merupakan anak keenam daripada enam orang adik beradik. Abang-abang dan kakak subjek sudah bekerja. Subjek kajian berasal daripada keluarga berstatus ekonomi sederhana. Bapanya sudah bersara dan ibunya seorang suri rumah. Latar belakang pendidikan keluarganya berada di tahap sederhana. Dia seorang yang rabun. Subjek kajian seorang yang suka berkhayal dan kurang menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Berdasarkan semakan buku latihan penulisan, subjek suka menulis mengikut fahaman sendiri dan tidak mengikut arahan guru.

Subjek kajian ke-6 merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur dua belas tahun. Dia merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Abang-abang dan kakak subjek sudah bersekolah di sekolah menengah. Subjek kajian berasal daripada keluarga berstatus ekonomi sederhana. Bapanya seorang pemandu lori dan ibunya seorang suri rumah. Latar belakang pendidikan keluarganya berada di tahap sederhana. Dia seorang yang kemas dan rajin menjawab soalan guru semasa sesi pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah. Berdasarkan pemerhatian, subjek kajian semasa di Tahun 6 agak malas menyiapkan kerja rumah yang diberi berbanding semasa di Tahun 5. Subjek kajian ke-7 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur dua belas tahun. Dia merupakan anak ketiga daripada enam orang adik beradik. Subjek kajian berasal daripada keluarga berstatus ekonomi sederhana. Bapanya seorang peladang dan ibunya seorang suri rumah. Dia seorang yang rajin menjawab soalan guru semasa sesi pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah. Subjek sering membuat latihan dengan cepat dan tergesa-gesa. Berdasarkan semakan buku latihan, subjek sering membuat kesalahan ejaan dan tatabahasa.Taburan respoden mengikut jantina dinyatakan dalam Jadual 1. Bil Responden Jantina

1 1 Perempuan 2 2 Lelaki 3 3 Perempuan 4 4 Perempuan 5 5 Perempuan 6 6 Perempuan 7 7 Lelaki___________________________________________________________________________Jadual 1 : Bilangan Responden Mengikut Jantina

Responden yang dipilih berdasarkan markah Peperiksaan Akhir Tahun 2014. Jadual 3 menunjukkan markah Kertas Penulisan Bahasa Melayu Tahun 5, Peperiksaan Akhir Tahun 2014.BilRespondenMarkah

1A42%

2B50%

3C50%

4D67%

5E40%

6F45%

7G62%