4.0 MODEL KONSEPTUAL, FALSAFAH BIG.docx

16
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah di bawah: viii BIG_PISMP_versi_2014

description

penerangan tentang bina insan guru

Transcript of 4.0 MODEL KONSEPTUAL, FALSAFAH BIG.docx

Page 1: 4.0 MODEL KONSEPTUAL, FALSAFAH BIG.docx

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru

( FPG ) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin

mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah

di bawah:

viiiBIG_PISMP_versi_2014

Page 2: 4.0 MODEL KONSEPTUAL, FALSAFAH BIG.docx

Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan seperti berikut:

Ketuhanan :Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.

Kemasyarakatan : Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan.

Kendiri :Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan.Kurikulum Bina Insan Guru Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP ) digubal dengan mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang diperjelas seperti berikut:

Pengetahuan: Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan ilmu bidang pengajian, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta sumber berkaitan bidang pengajian.

Kemahiran : Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan pengajaran pembelajaran; dan keupayaan memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar.

Nilai : Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat serta memiliki dan menampilkan nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia.

ixBIG_PISMP_versi_2014

Page 3: 4.0 MODEL KONSEPTUAL, FALSAFAH BIG.docx

PROGRAM BINA INSAN GURUBAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

( PISMP )

1.0 PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURUGuru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha

melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara.

YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi.

Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.

Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

xBIG_PISMP_versi_2014

Page 4: 4.0 MODEL KONSEPTUAL, FALSAFAH BIG.docx

Beberapa perubahan telah di kenal pasti untuk dilaksanakan. Bina Insan Guru untuk kumpulan PISMP yang selama ini dilaksanakan selama empat hari tiga malam. Beberapa perubahan telah dilakukan agar segala yang dilaksanakan selama ini tidak terjejas dan kos pelaksanaan dapat dikurangkan. Sebagai langkah kos efektif, maka segala aktiviti kursus BIG hanya dilaksanakan di dalam premis institut masing-masing. Aktiviti kembara boleh dilaksanakan di kawasan berhampiran institut dengan permulaan dan berakhirnya aktiviti berpusat di institut masing-masing. Aktiviti air sahaja yang boleh dilaksanakan di luar institut dengan mengambil kira kesesuaian tempat, keselamatan pelaksanaan dan terdekat dengan institut masing-masing.

Pelaksanaan tiga hari pertama BIG boleh dilaksanakan dalam satu kumpulan besar ( kuliah massa). Hari keempat boleh di pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil di antara 40 ke 80 orang guru pelatih mengikut kemampuan setiap institut dan keluasan tempat aktiviti air.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG

Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan mula dilaksanakan pada awal semester pertama. Aktiviti yang dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG. Fokus aktiviti memberi peluang kepada pelajar:

i. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.ii. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktivitiiii. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.iv. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.v. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.vi. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.vii. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial.viii. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.ix. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan

penambahbaikan secara berterusan

xiBIG_PISMP_versi_2014

Page 5: 4.0 MODEL KONSEPTUAL, FALSAFAH BIG.docx

3.0 OBJEKTIF MODUL PELAKSANAAN BIG

Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

1. Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG di Institut-Institut Perguruan di Malaysia2. Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG di Institut-Institut Perguruan

Malaysia 3. Memastikan pelaksanaan BIG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

.

4.0 JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS

Struktur Jawatankuasa Induk Program Bina Insan Guru Peringkat Institut:

Pengerusi PengarahTimbalan Pengerusi Timbalan PengarahSetiausaha Ketua Unit Kokurikulum

Penyelaras Penyelaras BIGBendahari Penolong Pegawai Tadbir

Ahli Jawatankuasa

Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Mor al ( KJ Pendidikan Islam dan Moral )Pengerusi Jawatankuasa Peralatan ( Ketua Unit Kokurikulum/ Penyelia Setor )Pengerusi Jawatankuasa Makanan ( bebas )Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti ( Ketua Jurulatih )Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan keselamatan ( bebas )

Pengerusi Jawatankuasa Penilaian ( SUP IPG )

xiiBIG_PISMP_versi_2014

Page 6: 4.0 MODEL KONSEPTUAL, FALSAFAH BIG.docx

JAWATANKUASA INDUK BINA INSAN GURU

xiiiBIG_PISMP_versi_2014

KEBAJIKAN & KESELAMATAN

(BEBAS)

PENILAIAN(SUP)

AKTIVITI( KETUA

JURULATIH )

PERALATAN(KU KOKURIKULUM)

KEROHANIAN(KJ JAPIM)

MAKANAN(BEBAS)

PENGERUSI(PENGARAH)

NAIB PENGERUSI(TIMB. PENGARAH)

SETIAUSAHA(KU KOKURIKULUM)

)

PENYELARASBIG

BENDAHARIPPT

)

Page 7: 4.0 MODEL KONSEPTUAL, FALSAFAH BIG.docx

5.0 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK

Bil

Jawatankuasa Bidang Tugas

1. Pengerusi (Pengarah)

Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk dan mesyuarat perancangan BIG

Menentukan dasar-dasar pelaksanaan BIG peringkat IPG Mengawal selia perancangan program Pemantauan pelaksanaan program Melantik jawatankuasa kerja BIG

2. Timbalan Pengerusi (Timbalan Pengarah)

Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Induk dan mesyuarat perancangan BIG ( b/pPengarah)

Mengawal selia perancangan program Pemantauan pelaksanaan program Melantik jawatankuasa kerja BIG

3. Setiausaha (KU Kokurikulum)

Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan BIG Menguruskan surat menyurat dan hubungan dengan agensi-agensi

luar yang terlibat Membuat post mortem dan laporan pelaksanaan BIG Menyediakan laporan penilaian BIG Pemantauan pelaksanaan keseluruhan program Mengeluarkan surat lantikan bertugas kepada pensyarah / fasilitator

yang akan pergi ke BIG bagi setiap siri. Menyediakan laporan keberkesanan program dan menganalisis

dapatan.

4. Penyelaras ( Penyelaras BIG ) Menentukan tarikh dan lokasi aktiviti Memberi taklimat pelaksanaan BIG Jurulatih, tutor dan semua ajk Memberi taklimat pelaksanaan BIG peserta / pelajar Memilih & Memastikan tempat aktiviti

xivBIG_PISMP_versi_2014

Page 8: 4.0 MODEL KONSEPTUAL, FALSAFAH BIG.docx

Bil

Jawatankuasa Bidang Tugas

Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti

polis,bomba & hospital terdekat Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di

institut Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum,

semasa dan selepas aktiviti BIG Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan

balik Memastika borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk

digunakan

3 Bendahari (PPT) Menyediakan anggaran perbelanjaan BIG. Menyediakan laporan kewangan pelaksanaan BIG

4 Kerohanian (JAPIM) Mengendalikan aktiviti kerohanian / moral Mengenalpasti fasilitator aktiviti kerohanian / moral

5 Kuatermaster Peralatan (KUK/ Penyelia Setor)

Menyediakan dan memastikan semua peralatan boleh digunakan. Menyediakan peralatan siaraya Menyediakan bahan alat tulis Menyediakan peralatan komunikasi Menyediakan peralatan kembara dan orienteering Menyediakan peralatan aktiviti air

6 Kuatermaster Makanan (Lantikan Bebas)

Menguruskan bekalan bahan makanan Mengawasi kuantiti bekalan makanan Menyediakan menu makanan Menguruskan tempahan bahan makanan dengan pembekal. Mengawasi kebersihan penyediaan makanan dan mengawal mutu

xvBIG_PISMP_versi_2014

Page 9: 4.0 MODEL KONSEPTUAL, FALSAFAH BIG.docx

Bil

Jawatankuasa Bidang Tugas

penyediaan makanan.7. Kem Komandan Memberi taklimat kepada semua jurulatih dan jawatankuasa.

Menyelaraskan semua aktiviti. Memastikan semua aktiviti berjalan mengikut jadual. Sentiasa berada di tempat aktiviti. Sentiada menjaga kebajikan dan keselamatan jurulatih dan peserta Menjadi pegawai perhubungan dengan pihak luar sepanjang aktiviti Menjadi pegawai pengiring ”LO”kepada VIP semasa perasmian

penutup7 Aktiviti (Ketua Jurulatih) Merancang, mengendali dan memantau pelaksanaan aktiviti

Memilih dan menentukan jurulatih/ fasilitator Menjadi tempat rujuk bagi perlaksanaan sesuatu aktiviti. Memastikan pelaksanaan aktiviti mengikut arahan dan prosedur yang

ditetapkan

8 Kebajikan dan keselamatan

(Lantikan Bebas)

Menyediakan peralatan kecemasan, ubat-ubatan Menguruskan pengangkutan peserta Menguruskan insuran peserta Menyediakan kawasan selamat bagi setiap program BIG

9 Penilaian (Setiausaha Peperiksaan) Menyediakan borang penilaian BIG Memantau penilaian pelaksanaan BIG Menyediakan laporan penilaian BIG Mengumpulkan markah BIG untuk dibentangkan dalam JKPPMPG

xviBIG_PISMP_versi_2014

Page 10: 4.0 MODEL KONSEPTUAL, FALSAFAH BIG.docx

STRUKTUR AHLI JAWATANKUASA KERJAUNTUK SETIAP SIRI PROGRAM BIG

Setiap program Bina Insan Guru hendaklah dikelolakan oleh seorang Kem Komandan yang dilantik oleh Pengarah IPG. Ahli Jawatankuasa Kerja terdiri daripada:

1. Ketua Jurulatih ( dipilih di kalangan jurulatih )2. 9 orang Jurulatih : 6 jurulatih aktiviti air

3 jurulatih aktiviti darat 3. 2 orang fasilitator : dibantu oleh tutor kumpulan4. 2 orang urusetia yang terdiri dari staf sokongan IPG.

Catatan: Jumlah Tutor bergantung kepada jumlah kumpulan bagi setiap program BIG yang dikendalikan.(Seorang Tutor untuk 10 orang peserta).

xviiBIG_PISMP_versi_2014

Page 11: 4.0 MODEL KONSEPTUAL, FALSAFAH BIG.docx

JAWATANKUASA KERJA BINA INSAN GURU

xviiiBIG_PISMP_versi_2014

KUATERMASTER KEBAJIKAN & KESELAMATAN

KEM KOMANDAN

KUATERMASTER PERALATAN

KUATERMASTER MAKANAN

JURULATIH DARAT

JURULATIHAIR

(PENYELAMAT BERTAULIAH)

JURULATIHKEROHANIAN

& MORAL

KETUA JURULATIH

FASILITATORTUTOR/

MENTOR