40-WASIAT-UNTUK-PEMIMPIN-Best-kecil-+ä+ä+ä+ä

45
ةسةن ليؾا ثي الؿاءردة ام مؿاءىيعح ا RENDA-RENDA SAMPIN BINGKISAN BUAT PARA PEMIMPIN Nasihat Ikhlas buat pemimpin, bakal pemimpin orang yang bercita-cita hendak menjadi pemimpin dan penyokong mana- mana kumpulan dan pemimpin Umat Islam 1433H/2012M Himpunan ; Abu Othman Hafiddin Al Balfasi Al Filfilani

description

40 wasiat

Transcript of 40-WASIAT-UNTUK-PEMIMPIN-Best-kecil-+ä+ä+ä+ä

  • RENDA-RENDA SAMPIN BINGKISAN BUAT PARA

    PEMIMPIN

    Nasihat Ikhlas buat pemimpin, bakal pemimpin orang yang bercita-cita hendak menjadi pemimpin dan penyokong mana-

    mana kumpulan dan pemimpin Umat Islam

    1433H/2012M

    Himpunan ; Abu Othman Hafiddin Al Balfasi Al Filfilani

  • 1

    EMPAT PULUH WASIAT

    UNTUK PARA PEMIMPIN

    29. Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-

    orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap

    orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama

    mereka. kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari

    karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka

    tampak pada muka mereka dari bekas sujud)

    Maksudnya: pada air muka mereka kelihatan

    keimanan dan kesucian hati mereka.(. Demikianlah

    sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka

    dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan

    tunasnya Maka tunas itu menjadikan tanaman itu Kuat

  • 2

    lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas

    pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-

    penanamnya Karena Allah hendak menjengkelkan hati

    orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang

    mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang

    beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara

    mereka ampunan dan pahala yang besar

    72. Sesungguhnya kami Telah mengemukakan

    amanat[1233] kepada langit, bumi dan gunung-gunung,

    Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan

    mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan

    dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya

    manusia itu amat zalim dan amat bodoh,

    83. Negeri akhirat[1140] itu, kami jadikan untuk

    orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan

    berbuat kerusakan di (muka) bumi. dan kesudahan

    (yang baik)[1141] itu adalah bagi orang-orang yang

    bertakwa.

  • 3

    28. janganlah orang-orang Yang beriman mengambil

    orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan

    meninggalkan orang-orang Yang beriman. dan sesiapa

    Yang melakukan (larangan) Yang demikian maka

    tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah Dalam

    sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri

    daripada sesuatu bahaya Yang ditakuti dari pihak

    mereka (yang kafir itu). dan Allah perintahkan supaya

    kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya

    (menyeksa kamu). dan kepada Allah jualah tempat

    kembali.

    23. Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-

    orang yang menepati apa yang Telah mereka janjikan

    kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur.

    dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-

    nunggu[1208] dan mereka tidak merobah (janjinya),

    24. Supaya Allah memberikan balasan kepada orang-

    orang yang benar itu Karena kebenarannya, dan

  • 4

    menyiksa orang munafik jika dikehendaki-Nya, atau

    menerima Taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah

    Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    110. Katakanlah: Sesungguhnya Aku Ini manusia biasa

    seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa

    Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang

    Esa". barangsiapa mengharap perjumpaan dengan

    Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang

    saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun

    dalam beribadat kepada Tuhannya".

  • 5

    54. Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di

    antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi

    murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum

    Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan

    dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap

    orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah

    terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan

    bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka

    tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang

    demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang

    diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya;

    kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi

    meliputi pengetahuanNya.

    55. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan

    RasulNya, serta orang-orang Yang beriman, Yang

    mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat,

    sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah

    Allah).

    56. dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya

    serta orang-orang Yang beriman itu penolongnya

    (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan

    (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah Yang

    tetap menang.

    57. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu

    mengambil orang-orang Yang menjadikan ugama

    kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-

    orang Yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan

    orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-

    penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu

    benar-benar orang Yang beriman.

  • 6

    58. dan apabila kamu menyeru (azan) untuk

    mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan

    sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan.

    Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum

    Yang tidak berakal.

    -1

    .Abu Hurairah RA meriwayatkan: Semasa Rasulullah SAW berada di dalam suatu majlis berbual dengan para sahabat, tiba-tiba datang seorang badawi dan bertanya, Bilakah berlakunya kiamat? Rasulullah SAW meneruskan

  • 7

    ucapan baginda dan tidak menghiraukannya. Ada di antara para sahabat berkata, baginda mendengar apa yang dikatakannya tetapi baginda kurang senang dengan apa yang dikatakan, ada pula yang berpendapat baginda tidak mendengarnya. Setelah selesai ucapannya baginda pun bertanya: Di manakah orang yang bertanya tadi? Orang itupun berkata : Saya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Apabila dipersiakan amanah maka nantikanlah kiamat! Para sahabat bertanya:Bagaimanakah ia dipersiakan?Jawab baginda: Apabila diserahkan amanah kepada yang bukan ahlinya maka nantikanlah kiamat.

    2-

    Abu Hurairah RA meriwayatkan : Rasulullah SAW bersabda : Tujuh golongan yang akan dinaungi

  • 8

    Allah apada hari yang tiada naungan kecuali naungannya. 1. Pemimpin yang Adil 2. Pemuda yang meningkat usia di dalam beribadah kepada Allah 3. Lelaki yang mengingati Allah ketika sendirian sehingga mengalir air matanya 4. Lelaki yang hatinya bergantung dengan masjid 5. Dua lelaki yang bertemu dan berpisah kerana Allah 6. Lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan yang berkedudukan dan cantik tetapi ia menolaknya dan berkata sesungguhnya aku takut kepada Allah 7. Lelaki yang bersedekah dengan satu sedekah yang disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.

    -3 : : :

    - 74

    Al Turtusyi berkata: Kedudukan anak Adam yang paling mulia adalah kenabian kemudian kekhalifahan kemudian kementerian.

    -4

  • 9

    Abu Hurairah RA meriwayatkan: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyeru kepada petunjuk tetaplah baginya ganjaran seperti ganjaran-ganjaran orang yang menurutinya dengan tanpa mengurangkan yang demikian dari ganjaran-ganjaran mereka suatu pun. Sesiapa yang menyeru kapada kesesatan tetaplah atasnya dosa seperti dosa-dosa orang yang menurutinya dengan tiada mengurangkan dari dosa-dosa mereka suatu pun.

    5- ": "

    Apabila tiga orang keluar bermusafir maka hendaklah mereka melantik seorang dari mereka menjadi ketua.

    - 6

  • 10

    Abdullah bin Umar RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW berkata: Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipersoalkan dengan apa yang kamu pimpin. Ketua adalah pemimpin dan akan dipersoalkan dengan apa yang ia pimpin. Lelaki adalah pemimpin pada ahli keluarganya dan akan dipersoalkan dengan apa yang ia pimpin. Perempuan adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipersoalkan dengan apa yang ia pimpin. Khadam adalah pemimpin pada harta tuannya dan akan dipersoalkan dengan apa yang ia pimpin. Dan aku mengira ia berkata:Lelaki adalah pemimpin pada harta ayahnya dan akan dipersoalkan dengan apa yang ia pimpin.

    -7

  • 11

    Abd Al Rahman bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda kepadaku; Wahai Abd Al Rahman janganlah engkau meminta jawatan kepimpinan, kerana engkau jika diberikannya dengan meminta akan diserahkan kepamu, tetapi jika engkau diberikannya tanpa meminta-minta akan dibantu di atasnya.

    -8

    Abu Musa menceritakan, suatu hari aku dan dua sepupuku masuk mengadap Rasulullah SAW. Salah seorang dari mereka berkata; Wahai Rasulullah lantiklah kami menjadi gabenor ke atas sebahagian negeri yang Allah kuasakan engkau ke atasnya! Kemudian orang yang kedua pun

  • 12

    berkata sedemikian itu. Sabda Rasulullah SAW: Kami, Demi Allah tidak akan melantik untuk tugas ini sesiapa yang meminta-mintanya dan juga sesiapa yang tamakkannya.

    9-

    ( (

    -Rasulullah SAW bersabda ; Sesungguhnya kamu akan berebut untuk mendapatkan jawatan , pastinya ia akan menjadi kekecewaan dan putus asa (Hajjaj berkata: pada hari kiamat), alangkah indahnya semasa jawatan di tangan, alangkah celakanya apabila jawatan sudah tiada di tangan.

    -:

    ( ) : .

    Diriwayatkan : Sesiapa yang melantik seorang lelaki memimpin satu kumpulan dalam keadaan di

  • 13

    dalam kumpulan tersebut ada orang yang lebih diredai Allah daripadanya, maka ia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan Jamaah Muslimin.

    -;

    -

    Abu Zar menceritakan, Aku berkata : Wahai Rasulullah SAW , tidak bolehkah engkau melantik aku menjadi gabenor? Lantas baginda menepuk bahuku dan bersabda: Wahai Abu Zar sesungguhnya engkau adalah seorang yang lemah, sesungguhnya ia adalah amanah, sesungguhnya ia pada hari kiamat adalah kejelekan dan kekecewaan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan kewajipannya.

    -> :

    :

  • 14

    : : :

    :

    - : : : -

    :

    :

    } :

    {

  • 15

    } {. : :

    Jabilah Al Yahsabiyy menceritakan; Suatu ketika kami bersama seorang sahabat Nabi SAW, ia menceritakan kepada kami, seorang sahabat telah bertanyakan Rasulullah; Apakah yang akan membawa keselamatan pada hari kiamat? Baginda menjawab; Janganlah kamu menipu Allah! Ia bertanya; Bagaimana kami menipu Allah? Baginda menjelaskan; Bahawa kamu melakukan apa yang Allah perintahkan kamu tetapi kami kehendaki selainnya. Bertaqwalah dari riya`, sesungguhnya ia adalah syirik dengan Allah Azz wa Jalla. Sesungguhnya orang yang riya` akan dipanggil pada hari kiamat di hadapan semua makhluk dengan empat nama; wahai si kafir, wahai penjahat, wahai orang yang rugi, wahai pendusta. Sesatlah amalanmu, batallah pahalamu. Tiada habuan bagimu di sisi Allah. Carilah pahalamu daripada orang yang sebelum ini kamu beramal kerana mereka wahai penipu. Aku berkata atau kami berkata; Apakah benarbenar kamu mendengar ini daripada Rasulullah SAW? Ia menjawab; Demi Allah yang tiada tuhan selainnya, sesungguhnya aku telah mendengarnya daripada Rasulullah SAW, kecuali apa yang aku tidak sengajakannya. Kemudian Yazid berkata; Aku sangka ia membaca beberapa ayat ( yang bermaksud); Sesiapa yang mengharapkan pertemuannya dengan tuhannya, hendaklah ia beramal dengan amal yang saleh dan ia tidak menyekutukan tuhannya dengan suatu apa pun. Dan ayat ( yang bermaksud );

  • 16

    Sesungguhnya orang munafiqin menipu Allah tetapi Allahlah yang menipu mereka.

    : -=

    -Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya

    kelembutan itu tiada ia pada sesuatu kecuali ia

    akan menghiasinya, dan tiada ia di cabut dari

    sesuatu kecuali ia akan menghodohkannya.

    : -<

  • 17

    Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya Allah

    telah mencipta kerahmatan hari ia menciptanya

    sebanyak seratus rahmat. Ia pegang padanya

    sembilan puluh sembilan rahmat dan ia turunkan

    pada hambanya hanya satu rahmat jua. Maka

    jikalau orang kafir mengetahui dengan setiap apa

    yang ada di sisi Allah dari rahmat nescaya mereka

    tidak akan berputus asa dari syurga. Dan jikalau

    orang beriman mengetahui dengan apa yang ada

    di sisi Allah daripada azab mereka tidak akan

    merasa aman daripada azab.

    -?

    ) ( ) ( ) : . (

    Sabda Rasulullah SAW : Hanya sanya ilmu itu

    dengan belajar, kelembutan itu dengan

    berlembut, sesiapa yang mendambakan kebaikan

    ia akan diberikannya, sesiapa yang memelihara

    dari kejahatan akan dipeliharainya.

  • 18

    -@

    : . ( ) ()

    Sabda Rasulullah SAW: Mahukah kamu aku

    ajarkan beberapa sifat yang memberi manfaat

    oleh Allah kepadamu dengannya?, kamu

    hendaklah berilmu kerana ilmu adalah rakan

    orang beriman, kesopanan penasihatnya, akal

    penunjuknya, amalan penilainya, kelembutan

    ayahnya, merendah diri saudaranya dan

    kesabaran raja tenteranya.

    A -

  • 19

    -Abu Said al Khudriyy meriwayatkan, beberapa orang Ansar meminta bantuan dari Rasulullah SAW maka baginda pun memberinya. Kemudian mereka meminta lagi sehingga kehabisan apa yang ada pada baginda, lalu baginda pun bersabda: Apa yang ada padaku dari kebaikan maka aku tidak akan menyimpannya daripada kamu. Sesiapa yang menjaga air mukanya dari meminta-minta Allah akan memelihara maruahnya, sesiapa yang tidak berhajat Allah akan mengkayakannya dan sesiapa yang bersabar Allah akan mensabarkannya. Tiadalah seseorang itu diberikan dengan sesuatu yang terlebih baik dan luas dari kesabaran.

    :

    Al `Allamah Ibn Qaiyyim berkata; Hidangan

    kebahagiaan itu pada tiga perkara: Apabila

    dinikmatkan ia bersyukur, apabila dibalakan ia

    bersabar dan apabila berdosa ia memohon

    keampunan.

  • 20

    B-

    Saiyidina `Umar berkata; dalamilah ilmu agama

    sebelum kamu mejadi pemimpin. Berkata Abu

    `Abdullah dan setelah kamu menjadi pemimpin,

    sesungguhnya para Sahabat Rasulullah SAW

    menuntut ilmu ketika mereka sudah lanjut usia.

    C- ...

    ... .

  • 21

    Sebahagian dari wasiat Qais bin `Asim RA Wahai anak-anakku ambillah nasihat daripadaku; kerana tiada seorang yang terlebih ikhlas dariku kepada kamu. Apabila aku telah mati lantiklah orang yang tua daripada kamu menjadi pemimpin, janganlah melantik orang-orang yang muda sebagai pemimpin, maka manusia akan memperbodohkan orang-orang tua kamu. Kamu hendaklah memperbaiki harta kerana ia adalah ransangan kepada orang yang pemurah, dan dengannya diabaikan orang-orang yang jahat. Jangan sekali-kali meminta-minta kerana itu adalah usaha terakhir seseorang. Tidak ada orang yang meminta-minta kecuali ia akan meninggalkan berusaha.

    D- :

    ( ) . ( ) . ( )

    . R34 : Sabda Rasulullah SAW; jika Allah menghendaki dengan sesuatu masyarakat itu akan kebaikan ia

  • 22

    akan banyakkan faqih dari kalangan mereka dan sedikitkan orang jahil. Apabila faqih bercakap ia akan mendapat sokongan dan apabila si jahil bercakap ia akan didiamkan. Apabila Allah menghendaki keburukan. dengan sesuatu masyarakat itu ia akan banyakkan orang jahil dari kalangan mereka dan sedikitkan orang faqih. Apabila si jahil bercakap ia akan mendapat sokongan dan apabila faqih bercakap ia akan didiamkan.

    E- :

    ( ) . R3 : ( ) ..

    Sabda Rasulullah SAW; Apabila Allah menghendaki dengan sesuatu masyarakat kebaikan, Allah akan menjadikan olang-orang yang hilm dalam kalangan mereka sebagai pemimpin, para ulamak menghakimi mereka dan Allah jadikan harta di tangan orang-orang pemurah. Apabila Allah menghendaki dengan sesuatu masyarakat keburukan, Allah akan menjadikan olang-orang yang bodoh daripada kalangan mereka sebagai pemimpin, orang jahil

  • 23

    menghakimi mereka dan Allah jadikan harta di tangan orang-orang bakhil.

    F-

    -

    Sabda Rasulullah SAW; sesungguhnya pemimpin yang adil di sisi Allah di atas minbar-minbar dari cahaya pada kanan Al Rahman `Azza wa Jalla, kedua-dua tanganNya adalah kanan, Iaitu orang yang adil dalam pemerintahan mereka ahli keluarganya dan apa yang mereka uruskan.

    G-

  • 24

    Sabda Rasulullah SAW; Allah tidak mengutuskan mana-mana nabi, dan melantik mana-mana khalifah kecuali baginya dua penasihat, penasihat yang menyuruhnya dengan makruf dan menggesanya untuk itu. Dan penasihat yang meyuruhnya dengan kejahatan dan menggesanya untuk itu. Maka orang terpelihara adalah orang yang dipeliharai Allah.

    H- :

    -

    Sabda Rasulullah SAW; Mana-mana pemimpin

    yang memimpin rakyat dalam kalangan orang

    Islam, ia mati dalam keadaan menipu mereka,

    allah akan haramkan mereka dari syurga.

    I-

    :

    : : :

  • 25

    "

    **"

    : :

    Diriwayatkan bahawa `Umar bin al Khattab RA

    telah melantik seorang lelaki daripada golongan

    Ansar untuk mengendalikan zakat. Selepas

    beberapa hari beliau terlihat orang tersebut masih

    tidak pergi ke tempat tugasnya. Lalu beliau

    bertanya; Apakah yang menghalang kamu dari

    pergi kepada tugasmu? Tidakkah engkau ketahui

    bahawa bagimu pahala seumpama pahala orang

    yang berjuang pada jalan Allah. Ia menjawab

    Tidak!. Ia bertanya pula Bagaimanakah yang

    demikian itu Beliau menjawab; Sesungguhnya

    telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah SAW

    bersabda; Tidak ada seorang pun daripada

  • 26

    pemimpin yang memimpin sesuatu dari urusan

    manusia kecuali akan dibawa pada hari Kiamat

    tangannya terbelenggu ke tengkoknya, Ia tidak

    akan dirungkaikan kecuali keadilannya, kemudian

    ia akan diletakkan di atas jambatan di neraka yang

    akan bergoncang dengan goncangan yang

    meluruhkan semua angota dari tempatnya.

    Kemudian dia akan dikembalikan, maka dihisab,

    jika ia orang yang berlaku ihsan maka ia akan

    selamat. Tetapi jika ia telah berlaku jahat ia pasti

    akan dijatuhkan oleh jambatan tersebut maka ia

    terjerumus ke dalam neraka selama tujuh puluh

    tahun.

    J- :

    ) . (.

    Sabda Rasulullah SAW; Tiada mana-mana

    hamba yang dilantik Allah memimpin rakyat

    tetapi ia tidak menuruti belakang mereka dengan

    nasihat melainkan Allah haramkan ia daripada

    syurga.

  • 27

    K- :

    " . Sabda Rasulullah SAW; Tiada dari mana-mana

    pemimpin umat banyak atau sedikit yang ia tidak

    berlaku adil padanya melainkan Allah akan

    sembamkan wajahnya ke dalam neraka.

    L

    - Abu Zar RA berkata; Rasulullah SAW bersabda; Bagaimanakah keadaanmu apabila di atasmu pemimpin-pemimpin yang melewatkan solat dari waktunya, atau mematikan solat dari waktunya. Abu Zar berkata; lalu aku bertanya; Apakah yang kamu perintahkan aku? Sabda baginda; Solatlah akan solat pada waktunya, jika engkau berkesempatan bersama mereka maka solatlah, sesungguhnya ia adalah bagimu nafilah.

  • 28

    M -

    - Salamah bin Zaid bertanyakan Rasulullah SAW; Wahai Nabi Allah, apa pandanganmu jika berlaku pemimpin-pemimpin kami meminta dari kami hak mereka tetapi menghalang daripada kami hak kami. Apakah yang engkau perintahkan kami. Rasulullah SAW pun memalingkan muka baginda. Kemudian ia bertanya lagi, lalu baginda memalingkan muka baginda. Kemudian ia bertanya lagi buat kedua kalinya atau kali yang ketiga, maka ia ditarik oleh Al Asy`ath bin Qais. Baginda pun bersabda; Dengar dan taatlah hanya sanya atas mereka apa yang mereka tanggungkan dan ke atas kamu apa yang tanggungkan.

  • 29

    N -

    : -

    Umm Salamah Isteri Rasulullah SAW meriwayatkan dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda; Bahawasanya akan dilantik ke atas kamu para pemimpin yang kamu kenali dan kamu ingkari. Maka sesiapa yang membenci maka sesungguhnya ia telah selamat. Sesiapa yang mengingkari sesungguhnya ia telah selamat. Tetapi sesiapa yang redha dan menuruti Para sahabat bertanya ; Apakah boleh kami memerangi mereka? Jawab baginda; Tidak ! selagi mereka mendirikan solat Meriwayatkannya oleh Imam Muslim dan ia berkata; Sesiapa yang membenci dan mengingkari dengan hatinya.

    O - - :" -

  • 30

    . :

    :

    ". .

    [. ] . Sabda Rasulullah SAW; Ambillah pemberian selagi mana ianya adalah pemberian. Manakala ia telah menjadi rasuah atas agama maka janganlah mengambilnya dan kamu tidak akan meninggalkannya kerana kefakiran dan keperluan. Ketahuilah sesungguhnya roda Islam itu berpusing maka berpusinglah bersama dengan al

  • 31

    Kitab. Ketahilah sesungguhnya al Kitab dan pemerintahan akan berpisah, janganlah kamu berpisah dengan al Kitab. Ketahuilah sesungguhnya akan berlaku ke atas kamu pemimpin yang menghukum untuk diri mereka dan tidak menghukum untuk diri kamu, jika kamu menderhakai mereka mereka membunuh kamu, jika kamu menuruti mereka mereka menyesatkan kamu. Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah apakah yang perlu kami lakukan? Sabda baginda : Sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Isa bin Maryam AS mereka di gergaji dengan gergaji, disalib di atas batang-batang kayu, mati di dalam mentaati Allah lebih baik dari hidup di dalam mendurhakainya.

    N- :

    -

    : . ( )

    Rasulullah SAW bersabda: Nanti kamu akan dipimpin selepasku oleh golongan yang mengenali akan kamu apa yang kamu ingkari, mengingkari atas kamu apa yang kamu ketahui. Maka sesiapa yang berkesempatan yang demikian itu dalam kalangan kamu maka janganlah taat

  • 32

    kepada orang yang menderhakai Allah Azza wa Jalla.

    O- :

    : " " ) .

    ( )

    ( ) : (

    Sabda Rasulullah SAW : Akan memimpin kamu pemimpin-pemimpin yang merosakkan. Allah tidak akan meperelokkan dengan mereka banyak perkara. Sesiapa yang beramal dalam kalangan mereka dengan mentaati Allah maka baginya pahala, kamu hendaklah bersyukur. Sesiapa yang beramal dalam kalangan mereka dengan mendurhakai Allah maka baginya dosa, kamu pula hendaklah bersabar.

    P- :

  • 33

    Sabda Rasulullah SAW: Pasti nanti aka nada selepas aku pemimpin yang berkata apa yang mereka tidak lakukan, melakukan apa yang tidak diperintahkan. Sesiapa yang berjihad menentang mereka dengan tangannya maka ia adalah orang beriman. Sesiapa yang berjihad melawan mereka dengan hatinya maka ia adalah orang mukmin, tiada lagi iman sesudahnya.

    Q- :

    : . -

    ( )Sabda Rasulullah SAW: Celakalah bagi umatku daripada ulamak yang jahat. Mereka menjadikan ilmu ini sebagai barang perniagaan, mereka menjualnya kepada pemimpin zaman mereka untuk laba bagi diri mereka. Allah tidak akan menguntungkan perniagaan mereka.

  • 34

    R- :

    -

    Sabda Rasulullah SAW: Pasti akan ada di akhir zaman nanti para pemerintah yang zalim, menteri-menteri yang fasik, hakim-hakim yang khianat dan fuqaha (agamawan) yang pembohong. Maka sesiapa yang berkesempatan dengan mereka janganlah ia menjadi bagi mereka sebagai pimpinan, pemungut cukai, penjaga harta dan polis.

    S - :

    : :

    :

  • 35

    Al Walid ibn `Uqbah pernah menyatakan di dalam suatu ucapannya; Demi sesungguhnya lagi akan ada pemimpin yang memasuki neraka dan orang yang mentaati mereka akan memasuki syurga. Maka mereka bertanya kepada mereka dalam keadaan mereka di dalam neraka; Bagaimana kamu masuk neraka pada hal kami memasuki syurga kerana mentaati kamu? Mereka pun menjawab; kami menyuruh kamu dengan beberapa perkara tetapi kami sendiri menyalahi kepada perkara lain.

    T-

    : :

    :

  • 36

    :

    .

    -

    Rasulullah SAW telah bersabda kepada Kaab bin `Ujrah; Moga-moga Allah melindungimu daripada kepemimpinan orang-orang bodoh. Kaab bertanya; Apakah kepemimpinan orang-orang bodoh? Baginda menjawab; Pemimpin- pemimpin yang akan datang selepas aku, mereka tidak menuruti petunjukku, tidak mengikut sunnahku. Maka sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka, membantu mereka melakukan kezaliman maka mereka bukan daripada golongan aku dan aku bukan daripada golongan mereka. Dan sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka, tidak membantu mereka melakukan kezaliman maka mereka adalah daripada golongan aku dan aku daripada golongan mereka. Mereka akan menemuiku di telaga Haudh. Wahai Kaab bin `Ujrah, Puasa adalah perisai, Sadaqah memadamkan kedosaan, Solah mendekatkan diri kepada Allah. Atau baginda bersabda; Wahai Kaab bin `Urjah sesungguhnya tidak akan masuk

  • 37

    syurga daging yang tumbuh dari harta yang haram, nerakalah yang lebih utama kepadanya, Wahai Kaab bin `Ujrah Manusia semuanya akan berpergian, ada yang membeli dirinya dan membebaskannya (dari neraka ), ada pula yang menjual dirinya maka ia memusnahkannya.

    U-

    :

    - .

    Sabda Rasulullah SAW; Pasti akan ada pemimpin- pemimpin yang akan di kerumuni oleh para pembodek dan pengampu daripada manusia, mereka menzalimi dan berbohong. Maka sesiapa yang bersama mereka, membenarkan pembohongan mereka dan membantu mereka melakukan kezaliman maka mereka bukan daripada golongan aku dan aku bukan daripada golongan mereka. Dan sesiapa yang tidak bersama mereka, tidak membenarkan

  • 38

    pembohongan mereka dan tidak membantu mereka melakukan kezaliman maka mereka adalah daripada golongan aku dan aku daripada golongan mereka.

    V :

    . ( ) ( ) :

    Sabda Rasulullah SAW; Pasti akan ada selepasku pemimpin-pemimpin yang berkata tetapi tidak akan disanggahi kata-kata mereka. Mereka akan melompat-lompat ke dalam neraka seperti kera-kera melompat.

    W- :

    :

    : , :

    .

  • 39

    -

    Sabda Rasulullah SAW; Akan datang selepasku para pemimpin yang hati tenang dengan mereka, diri menjadi senang dengan mereka. Setelah itu akan datang pula para pemimpin yang hati liar dengan mereka, diri tidak senang dengan mereka. Seorang sahabat bertanya ; adakah kami perlu memerangi mereka? Baginda bersabda; Tidak! Selagi mana mereka mendirikan solat.

    X-

  • 40

    -

    Huzaifah bin al Yaman menceritakan ; Aku berkata ; Wahai Rasulullah, dahulunya kami di dalam kejahatan kemudian Allah telah datangkan kebaikan yang kami sedang berada di dalamnya, apakah selepas daripada kebaikan ini akan ada kejahatan lagi? Baginda menjawab; Ya. Aku berkata; Adakah selepas kejahatan itu akan datang kebaikan semula? Baginda menjawab Ya. Aku bertanya lagi; Apakah selepas kebaikan itu akan datang kejahatan lagi? Baginda menjawab; Ya! Aku bertanya; Bagaimana? Baginda memperjelaskan; Akan datang selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengambil petunjuk daripada petunjukku, tidak menuruti sunnahku, akan bangkit dalam kalangan mereka orang-orang yang berhati syaitan di dalam tubuh manusia. Huzaifah berkata; Aku bertanya; Apakah yang perlu aku lakukan wahai Rasulallah jika aku berkesempatan dengan masa itu? Baginda menjawab; Kamu mendengar dan mentaati pemimpin, walaupun dipukul belakangmu dan dirampas hartamu dengarlah dan taatlah.

    Y-

  • 41

    -

    Huzaifah bin al Yaman menceritakan; Orang selalunya bertanya kepada Rasulullah tentang

  • 42

    kebaikan, aku pula bertanya baginda tentang kejahatan kerana takut-takut jika aku bertemu dengannya. Aku berkata ; Wahai Rasulullah, dahulunya kami di dalam jahiliyyah dan kejahatan kemudian Allah telah datangkan kebaikan yang kami sedang berada di dalamnya, apakah selepas daripada kebaikan ini akan ada kejahatan lagi? Baginda menjawab; Ya. Aku bertanya lagi; Apakah selepas kejahatan ini akan ada kebaikan lagi? Baginda menjawab; Ya, dan padanya akan terdapat kekaburan. Aku bertanya ; Apakah kekaburannya. Baginda memperjelaskan; golongan yang bersunnahkan bukan dengan sunnahku, yang mengambil petunjuk bukan daripada petunjukku, engkau mengenali sebahagian daripada mereka dan engkau mengingkari . Aku bertanya lagi; Apakah selepas itu akan ada kejahatan lagi? Baginda menjawab: Ya, penyeru-penyeru kepada pintu-pintu neraka jahanam, sesiapa yang menyahut seruan mereka akan dicampakkan ke dalamnya. Aku bertanya; Gambarkalah mereka kepada kami wahai Rasulallah! Baginda menjawab, mereka dari bangsa kita dan bercakap dengan bahasa kita Huzaifah berkata; Aku bertanya; Apakah yang perlu aku lakukan wahai Rasulallah jika aku berkesempatan dengan masa itu? Baginda menjawab; Kamu hendaklah bersama jamaah muslimin dan pemimpin mereka. Aku bertanya; Apakah yang perlu aku lakukan jika ketika itu tiada jamaah dan tiada pemimpin bagi mereka? Baginda menjawab; Kamu hendaklah mejauhi kesemua kumpulan itu, walaupun kamu terpaksa hidup dengan memakan akar kayu dan kamu mati dalam keadaan itu.

  • 43

    Z-

    Rasulullah SAW bersabda; Sesiapa yang keluar

    daripada ketaatan dan berpisah daripada jamaah

    maka ia mati, matinya adalah mati jahiliyyah.

    Sesiapa yang berjuang di bawah panji-panji

    kebutaan, membela sesuatu kelompok atau

    menyeru kepada sesuatu kelompok atau

    menolong sesuatu kekompok lalu ia terbunuh

    maka matinya adalah mati jahiliyyah. Sesiapa

    yang menentang umatku, memukul orang baik

    dan jahat dari kalangan mereka, tidak terkecuali

    orang beriman daripada kalangan mereka dan

    tidak menepati janji yang telah dimetrainya, maka

    ia bukan daripada golonganku dan aku bukan

    daripada golongannya.

  • 44