4.1 BUKU PANDUAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA.docx

download 4.1 BUKU PANDUAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA.docx

of 21

description

buku panduan

Transcript of 4.1 BUKU PANDUAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA.docx

Page1

BUKU PANDUANPERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA2012

LATAR BELAKANG PPIMPergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.TSEJARAH PPIM

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf Puteri Cemerlang dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.

Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.

Pada awal tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.

VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut : Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu darisegi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

MISI PPIM Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik. Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

OBJEKTIF DI PERINGKAT SEKOLAH

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-

1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang Taat kepada Allah, Raja dan Negara Berilmu Berakhlak mulia Berbakti kepada masyarakat

1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.

1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.MATLAMAT

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan perlaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti berikut : Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerakerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.

LOGO

PENGERTIAN LOGO

Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulisPERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatanPUTIHdan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi Permulaan daripada perkataanPERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif) Di bawah logo ini tertulis perkataan :-PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri PEMIMPIN PUTERI"-Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA

Merah Samar :Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau :Agama Taqwa sebagai TERAS Putih :Kesucian Kuning :Kesetiaan dan ketaatanLAGU

IKRAR

BENDERA

Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera. Penggunaan - Setiap upacara rasmi - Tatacara Perjumpaan Kedudukan Bendera dalam Tatacara Perjumpaan

Bendera NegeriBendera MalaysiaBendera PPIM

UNIFORM

Baju Kawad Baju Pemimpin

Baju Puteri Baju Riadah

KEANGGOTAAN

Keahlian Pergerakan Puteri Islam Malaysia terbuka kepada kaum wanita di semua peringkat:- Suri rumah tanpa had umur

Wanita yang bekerja samada di sektor awam atau swasta

Gadis-gadis atau remaja lepasan sekolah

Pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta

Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah dan Rendah berusia 10 tahun ke atas

LENCANA

Lencana PuteriLencana PemimpinKURIKULUM PPIM DI SEKOLAHBerikut adalah panduan bidang-bidang kurikulum yang harus dijadikan asas program dan aktiviti-aktiviti PPIM di sekolah:

BILBIDANGCONTOH-CONTOH TAJUK

1Pengenalan PPIMTatacara perjumpaan1.2 Sejarah1.3 Falsafah1.4 Objektif

2KerohanianPemahaman dan Pengukuhan Al-Qurandan Hadis melalui Aktiviti Kritis.2.1 Kenabian dan Nabi-Nabi2.2 Malaikat2.3 Sifat 202.4 Asma Ul-Husna2.5 Al-Quran2.6 Hadith (mengenai berbagai topik)2.7 Ayat Al-Quran An Nissa (tentang berbagai topik) Luqman (tentang berbagai topik) Maryam (tentang berbagai topik)2.8 Manusia sebagai Khalifah di Bumi2.9 Adab dan Panduan Membaca Al-Quran

3Kesihatan dan TugasPembangunan Diri3.1 Maksud Kesihatan3.2 Citra (Imej) Diri3.2.1 Kebersihan Diri (Fizikal) Penjagaan kulit muka. Penjagaan kaki, tangan, telinga, mulut dan rambut.3.2.2 Pakaian / Alas Kaki / Stokin memilih / mendobi / menjaga merawat, menghilang tanda.3.2.3 Penampilan Diri cara duduk, berjalan, bercakap3.3 Pembangunan Diri3.3.1 Perubahan diri (remaja)3.3.2 haid3.3.3 cara mandi wajib, hormon percintaan3.4 Makanan Dan Pemakanan3.4.1 Asas Pemakanan3.4.2 Kandungan dan nilai. pilihan makanan :i. makanan untuk mandiriii. makanan segeraiii.makanan untuk orang sakit.iv.makanan untuk kanak-kanak.v. sarapan. cara memasak cara menghidung cara mengemas dan membersih

4Keluarga dan Masyarakat4.1 Kitaran Hidup4.1.1 Peringkat-peringkat umur dan ciri-ciri setiap peringkat.4.1.2 Tugas dan tanggungjawab jenis setiap peringkat.4.2 Pengenalan diri4.2.1 Siapa saya4.2.2 Perbezaan lelaki dan wanita4.2.3 Tugas-tugas pembangunan diri4.3 Khidmat Masyarakat4.3.1 Gotong-royong4.3.2 Derma pakaian / duit / buku terpakai4.3.3 Lawatan ke rumah orang tua, anak-anak yatim.4.3.4 hospital, kanak-kanak cacat / istimewa.

5Kemahiran5.1 Seni dan Budaya5.1.1 Seni pertahankan diri sifat tekwando tai chi5.1.2 Apresiasi Seni (Semua jenis) Drama Pantomin c. Seni Suara:-- nyanyi- koir- nasyid- lagu patriotik Sketsa e. Puisi:-- sajak- syair- gurindam- pantun Gimrama, Gimnastik, Artistik, Senamrobik.5.1.3 Seni Halus tekat sulaman jahitan (asas):-- sembat- jelujur- merangka pola- tampal jerumat- jahitan manik tenunan anyaman:-- bakul- ketupat- tikar- saji Membatik:-- cap canting- ikat- celup Ukiran:-- Buah- Kayu- sabun Seramik termasuk hiasan Cengkerang Lipatan:--origami- kain- surviette Gubahan:-- bunga- buah- riben5.1.4 Seni Cetak T-Shirt Kad Proses percetakan, penjilidan, Resos top publishing.5.1.5 Seni Lukis Kolej Catan Lukisan5.1.6 Seni Khat Copper tooling5.2 Celik Komputer5.2.1 Asas5.2.2 Grafik5.2.3 Typesetting5.3 Pengurusan Rumah Tangga5.3.1 Menjaga / Mengemas / membersih (dalam rumah) bilik tidur dapur tandas stor5.3.2 Menjaga & Membersih (luar rumah) Taman (lanskap) Kolam Ikan Kolam Renang Air pancut mini5.3.3 Hiasan Dalaman Skima warna Pilihan Fabrik Mengatur Perabot Menjaga perhiasan (tembaga, perak) Menjaga kaca & cermin Menjaga tikar getar, jerami, plastik, permaidani, pandan, mengkuang.5.4 Ekonomi5.4.1 Merancang ekonomi5.4.2 Asas Perniagaan

6Rekreasi Dan Aktiviti Luar6.1 Perkhemahan mendirikan Khemah ikatan gajet masakan kawad.6.2 Aktiviti Luar6.2.1 Sukan dan Permainan Dalam (cator, saidina, shahiba, dart) Luaran:-i. Gelanggang (Bola jaring, Bola Tampar, dll.)ii. Padang (Lawn Bowl, Lompat Jauh, Lompat Tinggi dll.) Tradisional- congkak, seremban, gelang panjang.6.2.2 Kembara / Orienteering mendaki gunung membaca kompas membaca peta6.2.3 Aktiviti Lasak Berkeno (Canoeing) Berakit Flying fox Rope Crossing River Crossing Absailing Memanah Berkuda Berbasikal Lasak Mendaki Menembak6.2.4 Sukan/Air Berenang Snorkeling Permainan Pantai (Bola Tampar, Istana Pasir) Berkelah

7Pertolongan Cemas7.1 Memahami tentang Kecederaan dan Rawatan7.2 Alat dan Bahan Berbahaya: Tahu cara penggunaan dan penjagaan yang betul.7.3 Anduh dan balutan7.4 Kotak Pertolongan Cemas7.5 Mengetahui tentang kemalangan di rumah yang berpunca daripada kelalaian.7.6 Cara rawatan kemalangan di dalam dan di luar rumah.7.7 Cara memberi rawatan kecemasan.7.8 Mendapat Pendedahan dan tahu melaksanakan.7.9 Tahu membantu Teknik-teknik kelahiran kecemasan.7.10 Bersalin

8Alam Sekitar dan AgamaAlam Sekitar dan Agama8.1 Alam Sekitar Sebagai Kitabullah Yang Kedua.8.2 Alam Sekitar Sebagai Amanah8.3 Pencemaran dan Degradasi Alam Sekitar dari sudut Al-Quran.8.4 Pemeliharaan Alam Sekitar8.4.1 Kitar SemulaKertasAluminiumKomposting8.4.2 Memelihara sungai/air8.4.3 Memelihara hutan / tumbuhanmenanam pokokmembersih pantai, tepi sungai8.4.4 Menjimat tenaga

FORMAT LAPORAN BERTULIS

Kulit Tajuk / Nama kursus Tarikh Tempat

Kandungan1. Aluan Pengerusi Kursus2. Kertas Cadangan (Kertas Kerja)3. Jadual Kursus4. Laporan Setiap Seni berserta senarai kehadiran seni berkenaan. Contoh : Sesi 1 a) Tajuk .............. Tarikh ............. Masa ............... Penceramah ......... Pengerusi .......... b) Isi Laporan c) Soalan Peserta dan jawapan Penceramah d) Ulasan e) Penilaian f) Senarai Kehadiran (Muka surat berasingan) * Seni 2,3 dan seterusnya seperti format di atas5. Rakaman bergambar boleh disertakan sebagai Lampiran.

PENILAIAN PUTERI BONGSU

Sijil Puteri Bongsu layak diperolehi oleh pelajar-pelajar dari sekolahRendah sahaja. Walau bagaimanapun terdapat juga pelajar-pelajar yang mendaftar menjadi ahli apabila masuk ke sekolah Menengah, tanpa memperolehi Sijil Puteri Bongsu.

Pelajar-pelajar berkenaanDIBENARKANmenjalani Penilaian secara serentak bagi Puteri Bongsu dan Puteri Kecil.(sila rujuk Proses Penilaian di Buku Manual Penilaian )PERUNTUKAN MARKAHBilBidangPKPTPS

1Pengurusan dan Pentadbiran20129

2Kerohanian101710

3Kesihatan dan Pembangunan Diri101011

4Keluarga dan Masyarakat111210

5Kemahiran131214

6Pendidikan Luar141522

7Pertolongan Cemas121414

8Alam Sekitar101010

1