4.1-komposisi-kimia-dalam-sel

download 4.1-komposisi-kimia-dalam-sel

of 8

description

komposisi kimia dalam sel

Transcript of 4.1-komposisi-kimia-dalam-sel

KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL

KOMPOSISI KIMIA DALAM SELKepentingan AirKepentingan AirSebatian kimia yang utama dalam sel ialah sebatian organik seperti karbohidrat, lipid, protein, dan asid nukleik dan sebatian bukan organik seperti air.

Air merupakan sebatian bukan organik yang paling banyak dan terpenting dalam protoplasma sel.

Kira-kira 70% daripada berat badan manusia terdiri daripada air.

Air adalah komponen bagi darah, limfa, dan bendalir interstis.

air merupakan molekul berkutub. Ini disebabkan pengagihan cas yang tidak sama rata di dalam molekul.

Air merupakan pelarut semesta bagi kebanyakan sebatian organik dan garam bukan organik seperti gula, asid amino, dan natrium klorida.

Air merupakan medium bagi kebanyakan tindak balas biokimia di dalam sel. Misalnya, air diperlukan dalam tindak balas hidrolitik seperti pencernaan kanji, protein dan lipid. Air merupakan bahan tindak balas dalam fotosintesis.

Air merupakan sebagai medium pengangkutan. Misalnya, plasma darah yang terdiri daripada kira-kira 90% air mengangkut pelbagai bahan organik dan bukan organik yang mudah larut ke dalam tisu-tisu badan atau organ perkumuhan.

Air sangat penting dalam pengosmokawalaturan bendalir darah.Molekul air mempunyai daya lekitan yang tinggi. Molekul-molekul melekat antara satu sama lain dan bergerak dalam suatu lajur air yang tidak terpisah menerusi tisu xilem di dalam tumbuhan.

Air merupakan komponen di dalam pelincir dan rembesan. Misalnya, bendalir sinovial di sendi, jus pencernaan, mukus dan peluh.

Air mempunyai muatan haba tentu yang tinggi. Air bertindak sebagai penimbal terma dan membantu dalam mengekalkan suhu badan optimum bagi tindak balas enzim.

Air memberi struktur dan sokongan. Misalnya:Sel segah memberi sokongan kepada tumbuhan herba.Air membentuk rangka hidrostatik dalam sesetengah haiwan seperti cacing tanah.Air bertindak sebagai medium bagi resapan.Misalnya, lapisan nipis lembapan membantu resapan bagi oksigen dan karbon dioksida merentasi membran alveolus.

Sekian, Terima Kasih.