41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

download 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

of 20

Transcript of 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    1/20

    1

    PENGGUNAAN SIMBOL (+) DAN (-) PADA KAEDAH AVU ZAR ZAD

    MEMBANTU MURID MENYAMBUNG DAN MENULIS JAWI

    NURIATI BINTI ABDULLAH

    NORHANNAN BINTI RAMLI

    Jabatan Pendidikan Islam & Moral

    IPG Kampus Pendidikan Islam

    [email protected]

    [email protected]

    ABSTRAK

    Murid-murid sekolah rendah, khususnya pada Tahap 1 sering berhadapan masalah

    tidak mahir untuk menulis jawi dan lemah dalam menyambung huruf-huruf tunggal

    jawi. Mereka tidak kenal tujuh huruf penting sebagai kunci untuk menyambung

    huruf-huruf dengan betul iaitu huruf ALIF ( ), VA ( ), WAU ( ), ZAI ( ), RO (

    ), ZAL ( ) dan DAL ( ) yang diringkaskan (akronim) menjadi AVU ZAR ZAD.

    Kajian ini dilaksanakan bertujuan mencari suatu pendekatan terbaik dengan

    menggunakan formula paling mudah iaitu melalui penggunaan simbol (+) dan (-)

    pada kaedah AVU ZAR ZAD bagi membantu murid menyambung serta mengenali

    huruf jawi tunggal yang boleh dan tidak boleh disambung. Kajian tindakan ini

    dijalankan di sebuah sekolah rendah di Kajang, Selangor ke atas murid-murid tahun

    3 yang lemah dalam menulis jawi dengan menggunakan latihan dan ujian,

    pemerhatian serta temu bual.Dapatan menunjukkan berlaku peningkatan prestasi

    selepas murid-murid ini diperkenalkan dengan penggunaan simbol (+) dan (-) pada

    kaedah AVU ZAR ZAD ini.

    Kata kunci : inovasi, simbol (+) dan (-), kaedahAVU ZAR ZAD, menyambung

    huruf jawi

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    2/20

    2

    Latar Belakang Kajian

    Pengajaran jawi adalah salah satu daripada bidang di dalam Pendidikan Islam

    dan terdapat banyak kaedah serta teknik yang perlu digunakan dari semasa ke semasa

    mengikut tahap kemahiran murid. Namun begitu, hal ini sukar bagi murid yang

    lemah dalam pelajaran jawi kerana mereka hanya diperuntukkan masa belajar dan

    berlatih mempraktikkan kemahiran menulis jawi yang hanya dipelajari pada waktu

    persekolahan sedia ada atau yang belajar pada masa tambahan di sekolah agama

    petang mereka. Selain daripada itu peruntukan masa untuk pemulihan jawi hanya

    30 minit seminggu tidak mencukupi kerana pelajaran jawi memerlukan mereka

    diberi latihan yang banyak terutama dari segi penulisan.

    Kelemahan murid-murid sekolah rendah dalam kemahiran menulis huruf

    bersambung jawi amat ketara sekali sehingga mereka gagal dalam menjawab soalan-

    soalan yang menggunakan tulisan jawi.Maka guru-guru Pendidikan Islam Sekolah

    Rendah sewajarnya mengatasi faktor yang mempengaruhinya,mengenalpastimasalah

    dalam menulis jawi dan mengambil beberapa langkah yang dikirakan perlu untuk

    menanam minat murid menulis jawi (Mohammad Amin Dan, 2009).

    NorhawatiSalimuddin (2000) dalam kajian ShazanaMuhamedSaad (2009)

    menyatakan menguasai kemahiran menulis termasuk tulisan jawi bukanlah semudah

    seperti kemahiran bahasa yang lain. Ia memerlukan keupayaan kognitif dan

    psikomotor, perkembangan dan kecekapan deria motor yang sempurna untuk

    membentuk dan menghasilkan bentuk-bentuk huruf di samping memerlukan

    koordinasi mata dan otak. Ini kerana tulisan jawi merupakan suatu hasil kraf dan seni

    yang mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul sejak awal lagi. Oleh itu,

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    3/20

    3

    kemahiran menulis jawi pastinya memerlukan latihan dan bimbingan bagi

    melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk

    yang sempurna dengan menggunakan deria dan mental.

    Usaha untuk melahirkan murid yang berupaya menghasilkan tulisan dengan bentuk

    yang sempurna ini tidak dapat diteruskan jika murid yang saya fokuskan dalam

    kajian ini iaitu di SK Sungai Ramal Dalam mengalami masalah menguasai

    kemahiran menulis jawi.Murid-murid Tahun 3 Dedikasi menunjukkan mereka

    berhadapan masalah tidak mahir untuk menulis jawi dan lemah dalam menyambung

    huruf-huruf tunggal jawisewaktu saya mengajar tajuk perkataan pinjaman Bahasa

    Inggeris.

    Murid-murid saya ini ada yang hanya boleh membaca tetapi tidak tahu menulis jawi,

    dan ada juga yang boleh menulis tetapi tidak tahu cara menulis dan menyambung

    huruf-huruf tunggal jawi dengan betul menyebabkan mereka bermasalah dalam

    penulisan jawi. Bagi kemahiran menyambung huruf tunggal jawi pula, banyak soalan

    yang sering saya terima daripada para pelajar diantaranya ialah ustazah, huruf alif

    boleh disambungkan tak dengan huruf dal? Ustazah, boleh tak huruf kaf

    disambungkan dengan huruf ya?.

    Saya juga telah mengesan masalah yang sering berlaku dalam kalangan murid setelah

    memeriksa buku latihan mereka. Didapati beberapa orang murid tidak dapat

    menyambung huruf jawi dengan betul di mana mereka akan menulis semula kesemua

    huruf tersebut tanpa menyambung sebarang huruf dan ada yang menulis semula

    huruf-huruf tunggal tersebut dengan menyambung semua huruf-huruf sama ada huruf

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    4/20

    4

    yang boleh disambung atau tidak. Perkara ini disebabkan mereka tidak mengetahui

    kaedah untuk menyambung huruf tunggal apabila ia berada di hadapan, di tengah

    mahupun di hujung. Kajian Zamferi Ibrahim (2009)juga mendapati ramai murid yang

    lemah dan kurang memahamikaedah bagaimana untuk menyambung huruf-huruf

    jawi yang diberikan, sehinggakan mereka sering gagal untuk menulis perkataan yang

    tepat dan betul.Walaupun murid dapat mengenal semua huruf jawi, namun timbul

    pula masalah mengenai bagaimana menulis perkataan jawi menggunakan huruf yang

    bersambung.

    Tinjauan Masalah

    Pengalaman mengajarPendidikan Islam semasa menjalani praktikum pertama dan

    kedua lagi iaitu selama sebulan dan dua bulan, didapati ramai murid yang tidak boleh

    menyambungkan huruf jawi dengan sempurna.Kemudian, saya membuat tinjauan

    seterusnya bagi masalah tidak boleh menyambung huruf jawi ini ketika menjalani

    praktikum di SK Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor di mana tempat saya

    menjalani praktikum fasa ketiga pula.Tumpuan saya adalah bagi murid Tahun 3

    Dedikasi.Fokus kajian ini dilakukan kepada lima orang murid yang telah dikenalpasti

    lemah dalam penulisan jawi.

    Tiada kaedah khusus diajarkan sebelum ini untuk memahamkan murid-murid tentang

    cara menyambung malah tiada penerangan yang sesuai yang digunakan sebelum ini

    bagi menerangkan samada suatu huruf itu bersambung atau tidak. Ia menjadi

    masalah kepada murid yang ingin mendalami tulisan dan ejaan jawi apabila

    dikatakan huruf WAU ( ) contohnya tidak boleh disambung, maka yang terjadi

    murid-murid ini menulis dengan huruf wau tidak disambung dengan huruf

    sebelumnya.

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    5/20

    5

    Justeru, saya mencari pendekatan terbaik menggunakan formula paling mudah bagi

    membantu murid menulis jawi serta mengenali tujuh huruf penting sebagai kunci

    untuk menyambung huruf-huruf dengan betul iaitu huruf ALIF ( ), VA ( ), WAU (

    ), ZAI ( ), RO ( ), ZAL ( ) dan DAL ( ) yang diringkaskan (akronim)

    menjadiAVU ZAR ZAD.

    Objektif Kajian

    a) Objektif AmMembantu meningkatkan kemahiran murid dalam menyambung dan menulis

    jawi dengan betul dengan menggunakan simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR

    ZAD.

    b) Objektif Khusus1) Membantu murid mengenali huruf jawi tunggal yang boleh dan tidak

    boleh disambung dengan menggunakan kaedah AVU ZAR ZAD.

    2) Mengkaji penggunaan simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR ZADmembantu meningkatkan kemahiran menyambung dan menulis jawi

    dengan betul.

    3) Mengkaji amalan guru dalam meningkatkan mutu amalan pengajaran danpembelajaran jawi.

    Soalan Kajian

    1. Sejauh manakah konsep AVU ZAR ZAD membantu murid mengenalihuruf jawi tunggal yang boleh disambung dan yang tidak boleh

    disambung?

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    6/20

    6

    2. Bagaimana kaedah penggunaan simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR ZADdapat membantu penguasaan murid dalam menyambung dan menulis jawi

    dengan betul?

    3. Sejauh manakah formula konsepAVU ZAR ZAD dapat meningkatkan mutuamalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran jawi?

    Kumpulan Sasaran

    Kumpulan sasaran ialah 41 orang murid yang terdiri daripada 23 orang murid lelaki

    dan 18 orang murid perempuan.Fokus kajian saya kepada lim orang murid sahaja

    iaitu empat orang lelaki dan seorang perempuan.Murid tersebut adalah daripada kelas

    Tahun 3 Dedikasi dari SK Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor. Saya mengambil

    keputusan untuk menjalankan kajian hanya ke atas lima orang murid ini sahaja

    kerana mereka ini terdiri daripada murid aras pembelajaran lemah di dalam kelas

    tersebut terutama lemah dalam menulis dan menyambung jawi. Saya ingin menilai

    keberkesanan konsepAVU ZAR ZAD yang akan saya jalankan ini terutamanya dalam

    membantu meningkatkan kemahiran penulisan jawi mereka. Seterusnya dapat

    meningkatkan minat dan prestasi murid-murid ini dalam pelajaran jawi dan

    Pendidikan Islam.

    Jadual 1 :Ringkasan Data bagi Kumpulan Sasaran

    Ciri Perkara

    1. Bilangan Lima orang murid.2. Jantina 4 (Lelaki)

    1 (Perempuan)

    3. Kelas 3 Dedikasi4. Prestasi Lemah5. Sekolah SK Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    7/20

    7

    Rancangan Tindakan

    Bagi mengenalpastisama ada responden dapat menyambung huruf-huruf jawi tunggal

    atau tidak, saya telah menggunakan ujian pra. Ujian ini saya berikan kepada murid

    kelas 3 Dedikasi selepas pertama kali mengajar tajuk Perkataan Pinjaman Bahasa

    Inggeris sebelum saya memperkenalkan kaedahAVU ZAR ZAD kepada mereka.

    Jadual 2 :Hasil Jawapan Dan Markah Responden

    Responden Soalan

    1

    Soalan

    2

    Soalan

    3

    Soalan

    4

    Soalan

    5

    Soalan

    6

    Markah

    %

    R1 33

    R2 50

    R3 33

    R4 50

    R5 50

    Jadual 3 :Skala Pemarkahan

    Gred SkalaA 80-100

    B 60-79

    C 40-59

    D 20-39

    E 0-19

    Hasil daripada latihanyang membawa kepada markah penuh 100 ini, didapati bahawa

    kesemua responden ini berada di tahap yang lemah iaitu mendapat gred C dan D.

    Tiga orang responden berada di tahap yang sederhana lemah dan dua lagi yang lain

    adalah lemah memandangkan soalan yang saya jalankan ke atas mereka ini tidaklah

    susah jika dibandingkan dengan murid lain yang ratanya dapat menjawab latihan ini

    dengan betul.

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    8/20

    8

    Selain itu, saya juga telah menjalankan pemerhatian terhadap respondensemasa

    mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas saya sekaligussesi

    perjumpaan kali pertama bagi saya dalam proses melaksanakan kajian ini. Saya

    menggunakan kaedah pemerhatian ini bagi memahami satu-satu situasi dan

    memikirkannya secara kritikal.

    Jadual 4 :Rekod Pemerhatian Perjumpaan Sesi Pertama

    Perkara R1 R2 R3 R4 R5 Jumlah

    1. Murid banyak bertanyakansoalan tentang latihan yang

    diberi kepada guru 5

    2. Murid sukar dan teragak-agakmenyambung huruf-huruf jawi 5

    3. Murid cuba untuk meniru rakansekelas 4

    4. Murid tahu huruf-huruf yangboleh disambung dan tidak

    boleh disambung 5

    5. Murid menjawab semua soalandengan betul. 5

    6. Murid tahu apa perkataan yangakan dibentuk dari sambungan

    huruf-huruf yang dicerakinkan 5

    Ketika perjumpaan kali pertama mereka menjawab soalan ujian saya ini, saya tidak

    meletakkan semua reseponden dalam satu kumpulan, malah saya mencampurkan

    mereka dengan murid-murid yang lain. Saya mendapati bahawa melalui

    perbincangan, mereka banyak meniru kawan dan bertanya tentang soalan ujian

    tersebut seperti soalan nombor 5 ni jadi perkataan apa ya ustazah?, ustazah, lam

    dengan ya boleh sambung tak?

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    9/20

    9

    Ini menunjukkan murid-murid ini sangat lemah dalam penguasaan jawi apatah lagi

    dalam kemahiran menulis dan menyambung huruf-huruf jawi tunggal tersebut

    menjadi perkataan. Mereka tidak tahu perkataan apa yang dibentuk daripada ceraian

    huruf-huruf yang disambungkan.

    Setelah benar-benar mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah

    penguasaan kemahiran menulis huruf jawi bersambung dan tidak bersambung, saya

    mula membuat perancangan untuk kajian tindakan saya ini.

    Berikut adalah kerangka masalah dan perancangan kajian :

    Rajah 1: Kerangka Konsep Masalah Dan Perancangan

    Perancangan yang teliti dan tersusun dibuat bagi membantu murid-murid ini dalam

    mengatasi masalah kelemahan kemahiran menulis dan menyambung huruf-huruf

    jawi dengan betul.Saya telah memikirkan jalan penyelesaian kepada permasalahan

    Masalah penulisan huruf

    jawi bersambung

    Aktiviti pemulihan:

    1. Latihan menulis hurufbersambung

    2. Mengenal dan menghafazkonsep AVU ZAR ZAD

    3. Memberi penekanan terhadappenggunaan simbol (+) dan (-)

    pada huruf-huruf jawi yang

    ingin disambung.

    4. Ujian pos untuk memastikansejauh mana keberkesanan

    kajian.

    Murid dapat menulis huruf

    jawi bersambung dengan

    betul.

    Pelajaran jawi

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    10/20

    10

    ini untuk memperkenalkan mereka dengan formula baru dalam pembelajaran jawi

    mereka iaitu formula konsepAVU ZAR ZAD.

    Formula konsepAVU ZAR ZAD adalah satu formula mudah bagi mengatasi masalah

    murid dalam menulis jawi.Konsep AVU ZAR ZAD adalah menggunakan tujuh kunci

    huruf yang menunjukkan huruf-huruf jawi yang boleh disambung dan yang tidak

    boleh disambung dengan huruf selepasnya. Huruf ALIF ( ), WAU ( ) , VI ( ) , RO (

    ), ZAI ( ) , DAL ( ) dan ZAL ( ) atau diringkaskan sebagai AVU ZAR ZAD

    adalah huruf-huruf yang tidak boleh disambung.

    Penggunaan konsep AVU ZAR ZAD ini adalah bagi membantu responden mengenal

    huruf jawi tunggal yangbersambung dan tidak boleh bersambung dengan betul

    seterusnya dapat menyambung kembali huruf-huruf tersebut menjadi perkataan

    dengan betul. Ini kerana, sekiranya responden dapat mengingat tujuh kunci huruf

    tersebut dengan baik, maka kemahiran menulis dan menyambung huruf-huruf

    tunggal mereka akan dapat ditingkatkan.

    Selain itu, saya juga telah merancang untuk melaksanakan kajian tindakan ini

    bersama-sama responden di tempat-tempat yang bersesuaian di sekolah tersebut

    selain daripada waktu pengajaran dan pembelajaran di kelas mereka memandangkan

    untuk melaksanakan kajian ini terdapat beberapa sesi pengajaran yang perlu

    dijalankan secara berperingkat-peringkat kepada responden tersebut.Saya juga

    merancang bahan dan juga beberapa instrumen yang akan digunakan kepada mereka

    dalam proses untuk memperkenalkan mereka dengan konsep AVU ZAR ZAD ini. Ini

    bersesuaian dengan ungkapan Emily Calhoun (1994) yang menarik dalam

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    11/20

    11

    ShamsinaShamsuddin (2011) iaitu marilah kita mempelajari apa yang terjadi di

    sekolah kita dan membuat keputusan bagaimana mengubahnya untuk menjadi

    sebuah tempat mengajar dan belajar yang lebih baik.

    Pelaksanaan

    Setelah saya menyiapkan perancangan, saya memulakan tugas bagi melaksanakan

    tindakan tersebut. Terdapat beberapa aktiviti dan langkah-langkah tindakan yang

    dijalankan sepanjang proses kajian tindakan ini.

    Aktiviti I: Memberi soalan latih tubi

    Saya bersoal jawab secara lisan dengan memanggil murid secara rawak di dalam

    kelas untuk memberi jawapan mengenai kebolehan mereka dalam pelajaran jawi dan

    saya memberikan beberapa soalan latih tubi kepada murid iaitu soalan-soalan yang

    mengandungi huruf tunggal jawi yang dicerakinkan untuk disambungkan.Setelah itu

    semua murid diminta menulis bagaimana menyambung huruf-huruf tersebut pada

    kertas masing-masing.Setelah mereka siap menjawab soalan di kertas masing-masing

    mereka dikehendaki menukar kertas sesama mereka.Saya kemudian membuat

    perbincangan secara kelas dengan menulis jawapan yang betul di papan tulis. Murid-

    murid diminta menandakan jawapan mereka, sama ada betul atau salah.

    Aktiviti II: Memperkenalkan formula konsep AVU ZAR ZAD

    Saya memperkenalkan formula konsep AVU ZAR ZAD kepada murid-murid serta

    menerangkan berkenaan konsep tersebut.Dengan berpandukan kad AVU ZAR ZAD,

    saya menerangkan mengenai huruf-huruf yang menghasilkan bunyi AVU ZAR ZAD

    dan menjelaskan bahawa huruf-huruf tersebut boleh disambung dipangkalnya tetapi

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    12/20

    12

    tidak di hujungnya.Selain daripada huruf-hurufAVU ZAR ZAD, boleh disambung

    dipangkal dan di hujungnya.Murid diminta menghafal formula konsep AVU ZAR

    ZAD ini dan kemudian murid diminta menjawab soalan latihan untuk melihat

    kefahaman mereka terhadap penerangan saya mengenai formula ini.Pada soalan

    latihan tersebut diselitkan nota huruf-hurufAVU ZAR ZAD ini agar memudahkan

    mereka menguasai konsep ini.

    Aktiviti III: Memperkenalkan Penggunaan Simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR

    ZAD

    Selepas murid diberi pengenalan yang ringkas mengenai konsep AVU ZAR ZAD,

    murid diterangkan pula dengan penggunaan simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR

    ZAD.Maksud simbol (+) dan (-) yang ada pada kad AVU ZAR ZAD ialah apabila

    sesuatu perkataan jawi mengandungi salah satu hurufAVU ZAR ZAD, maka simbol

    (+) ditulis selepas huruf tersebut.Tapi jika huruf selain hurufAVU ZAR ZADmaka

    simbol (-) ditulis selepas itu.Setelah selesai simbol-simbol ditulis pada huruf-huruf

    yang ingin disambungkan, saya meminta murid menyambung huruf-huruf tersebut

    mengikut simbol tersebut.Saya memberi peringatan, sekiranya selepas sesuatu huruf

    ada tanda (+), maka huruf itu boleh disambungkan dengan huruf di

    hadapannya.Tetapi jika selepas sesuatu huruf ditulis simbol (-), maka huruf itu tidak

    boleh disambung.

    Aktiviti IV: Latih Tubi Dan Pemerhatian

    Apabila telah pasti mereka dapat memahami bagaimana untuk menggunakan simbol

    (+) dan (-) pada kaedah AVU ZAR ZAD, saya memberi soalan yang mengandungi

    perkataan yang ditulis huruf tunggal jawi di hadapan kelas.Saya memanggil beberapa

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    13/20

    13

    orang murid dan meminta murid tersebut menyambung huruf-huruf jawi tersebut

    dengan menggunakan simbol (+) dan (-) pada kaedah AVU ZAR ZADdengan

    berpandukan nota jadual formula kaedah AVU ZAR ZAD sebagai panduan(Rujuk

    Rajah 2).Murid-murid diminta menyambung dan menulis perkataan tersebut dengan

    betul.Kemudian murid diberi soalan latihan untuk memastikan mereka dapat

    menguasai konsep ini.Setelah semua murid telah menyiapkan latihan mereka, saya

    menulis jawapan yang betul di papan hitam untuk dibincangkan bersama-sama.

    Rajah 2: Jadual Penggunaan Simbol (+) dan (-) padaAVU ZAR ZAD

    AktivitiV: Ujian Bertulis

    Apabila mereka sudah diterapkan dan diajarkan dengan konsep bagaimana untuk

    menggunakan penggunaan simbol (+) dan (-) pada kaedah AVU ZAR ZAD, murid

    diberi ujian bertulis yang mana mereka dikehendaki menyambung huruf-huruf

    tunggal jawi yang bercerai membentuk perkataan dengan betul.Dalam ujian ini

    mereka tidak lagi dibenarkan merujuk nota jadual formula kaedah AVU ZAR

    ZADyang digunakan sebelum ini. Ujian ini akan menguji sejauh mana kefahaman

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    14/20

    14

    mereka dan sejauh mana kaedah ini berjaya meningkatkan pencapaian mereka dalam

    kemahiran menulis jawi.

    Analisis Dan Interpretasi Data

    1.1 Latihan dan Ujian bertulisBagi mengenal pasti objektif kajian iaitu responden dapat mengenal atau tidak huruf

    jawi tunggal yang boleh disambung dan tidak boleh disambung iaitu huruf-huruf

    AVU ZAR ZADdan juga kemahiran menyambung dan menulis jawi dengan betul,

    pengujian telah diberikan untuk menguji tahap penguasaan responden sebelum dan

    selepas kajian tindakan dijalankan. Latihan dan ujian telah dijalankan secara

    berperingkat iaitu sebanyak empat sesi sepanjang proses kajian tindakan tersebut.

    Berikut ialah jadual kemahiran yang dilaksanakan setiap sesi tersebut.

    Jadual 5 :Kriteria Penilaian Setiap Sesi Kajian

    Sesi 1: Latihan pengukuhan di akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk

    mengenalpasti masalah yang dihadapi murid.

    Sesi 2: Memperkenalkan huruf-huruf dan formula konsepAVU ZAR ZAD.

    Sesi 3: Penggunaan Simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR ZAD berpandukan jadual formulakaedah AVU ZAR ZAD.

    Sesi 4: Murid diberi ujian tanpa menggunakan sebarang nota dan jadual formula kaedah AVUZAR ZAD.

    Kelima-lima responden diuji dengan latihan dan ujian bertulis pada setiap kali

    perjumpaan tersebut.Seterusnya markah daripada hasil ujian dan latihan tersebut

    dikumpulkan dan dianalisis. Hasil data yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk

    graf seperti berikut:

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    15/20

    15

    Rajah 3: Graf Peningkatan Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi Murid

    Berdasarkan graf di atas menunjukkan pencapaian murid mengalami perubahan dari

    semasa ke semasa.Terdapat peningkatan markah setelah kaedah AVU ZAR ZAD

    diperkenalkan.Pada sesi pertama, rata-rata penguasaan murid adalah lemah iaitu

    hanya sekitar 50% sahaja iaitu gred C. Selepas sesi kedua dijalankan, semua

    responden menunjukkan peningkatan kecuali R5 yang menunjukkan penurunan

    markah. Hal ini mungkin kerana R5 tidak faham dengan apa yang diterangkan oleh

    saya semasa sesi tersebut berdasarkan pemerhatian saya bahawa R5 tidak memberi

    tumpuan ketika penerangan guru mengenai kaedahAVU ZAR ZAD ini.

    Pada sesi ketiga, semua kelima-lima responden menunjukkan prestasi yang amat

    memuaskan kerana berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul dan mendapat

    010

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    8090

    100

    R1 R2 R3 R4 R5

    Sesi 1 33 50 33 50 50

    Sesi 2 50 67 67 83 33

    Sesi 3 100 100 100 100 100

    Sesi 4 90 90 100 90 100

    Markah%

    Responden

    Graf Penguasaan Murid Bagi Kemahiran Menyambung Huruf Jawi Tunggal

    Menggunakan Kaedah AVU ZAR ZAD

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    16/20

    16

    markah 100%.Ini mungkin disebabkan mereka menjawab latihan berpandukan

    penggunaan jadual formula kaedah AVU ZAR ZAD yang sangat membantu mereka

    dalam menjawab latihan pada sesi ketiga tersebut.

    Namun begitu, pada sesi keempat, hanya R3 dan R5 dapat menjawab kesemua soalan

    dengan betul dan mendapat 100%.Manakala R1, R2, dan R4 menunjukkan sedikit

    penurunan dengan mendapat markah 90%. Ini kerana pada sesi kali ini, murid tidak

    dibenarkan bercakap selama ujian tersebut dan mereka tidak sedikit pun diberi apa-

    apa nota rujukan kaedah AVU ZAR ZAD ini seperti yang dilakukan pada sesi yang

    keempat. Namun begitu, pencapaian mereka sangat membanggakan iaitu pada gred

    A.

    1.2 Temu bualTemu bual telah dijalankan ke atas semua responden yang terlibat dengan

    mengemukakan soalan yang sama kepada mereka. Temu bual yang dijalankan adalah

    temu bual separa struktur yang mengandungi 6 soalan. Namun, bagi menjawab

    soalan kajian, hasil jawapan responden dapat mengenal huruf jawi bersambung dan

    tidak bersambung adalah seperti di dalam jadual berikut:

    Jadual 6 :Mengenal Huruf Jawi Tunggal Bersambung dan Tidak Bersambung

    Soalan 3: Adakah anda dapat mengenal huruf jawi bersambung dan tidak bersambung dengan

    kaedah AVU ZAR ZAD?

    Soalan 5: Menulis jawi dengan menggunakan teknikAVU ZAR ZAD ini lebih susah atau lebih

    senang? Mengapa?

    Jawapan Faktor

    Kenal HurufAVU ZAR ZAD

    Senang ingat

    Hanya sedikit huruf perlu diingat

    IngatAVU ZAR ZAD ingat huruf-huruf jawi tersebut

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    17/20

    17

    Berdasarkan jadual di atas, pengkaji mendapati kesemua responden dapat mengenal

    huruf jawi tunggal bersambung dan tidak bersambung setelah menggunakan kaedah

    AVU ZAR ZAD.Setelah mendengar semula rakaman audio temu bual yang telah saya

    jalankan bersama responden, antara jawapan yang diberikan semasa temu bual

    tersebut untuk menyokong dapatan tersebut adalah:

    kenal, sebab ia senang ingat. Huruf AVU ZAR ZAD ialah ALIF ( ), WAU ( ) , VI

    ( ) , RO ( ) , ZAI ( ) , DAL ( ) dan ZAL ( ).

    (RA TB3, TB5 R1)

    kenal... ingat AVU ZAR ZAD ada tujuh huruf iaitu , ALIF ( ), WAU ( ) , VI ( ) ,

    RO ( ) , ZAI ( ) , DAL ( ) dan ZAL ( ).

    (RA TB3, TB5 R3)

    kenal, huruf-huruf AVU ZAR ZAD tak boleh sambung, selain huruf tu boleh

    sambung.

    (RA TB3, TB5 R4)

    Bagi menjawab soalan kajian bagaimana kaedah penggunaan simbol (+) dan (-)

    padaAVU ZAR ZAD dapat membantu penguasaan murid dalam menyambung dan

    menulis jawi dengan betul? Hasil dapatan temu bual adalah seperti berikut:

    Jadual 7 :Penggunaan Simbol (+) dan (-) pada KaedahAVU ZAR ZAD

    Soalan 4: Adakah anda faham bagaimana menggunakan simbol (+) dan (-) di dalam kaedah

    AVU ZAR ZAD ini?

    Jawapan Huraian

    Faham Simbol (+) boleh sambung, simbol (-) tak boleh sambung

    Simbol (+) dekat depan hurufAVU ZAR ZAD, simbol (-)dekat belakang hurufAVU ZAR ZAD.

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    18/20

    18

    Antara jawapan responden yang diberikan oleh responden berkaitan dengan sejauh

    mana penggunaan simbol (+) dan (-) pada kaedah AVU ZAR ZAD dapat membantu

    mereka dalam kemahiran menyambung dan menulis jawi dengan betul ialah:

    faham, kalau simbol (+) letak dekat depan huruf AVU ZAR ZAD, kalau (-) letak

    dibelakang huruf AVU ZAR ZAD.

    (RA TB4 R2)

    faham, kalau simbol (+) maksudnya boleh sambung dengan huruf selepasnya,

    kalau simbol (-) tak boleh sambung dengan huruf selepasnya.(RA TB4 R4)

    faham, kalau huruf AVU ZAR ZAD tulis simbol (+) selepasnya, kalau huruf selain

    AVU ZAR ZAD tulis simbol (-) selepasnya.

    (RA TB4 R5)

    Maka dapatan hasil temu bual ini menunjukkan murid telah memahami konsep

    penggunaan simbol (+) dan (-) pada kaedah AVU ZAR ZAD kerana dapat menjawab

    soalan temu bual ini dengan baik dan dengan konsep yang betul walaupun ayat

    mereka adalah berbeza mengikut kecekapan bertutur responden tersebut.

    1.3 PemerhatianHasil pemerhatian yang dijalankan telah diringkaskan seperti dalam Jadual 8 :

    Jadual 8 : Analisis Ringkasan Dapatan Pemerhatian

    Sesi Perkara pemerhatian

    1 Hampir semua responden menunjukkan tingkah laku bertanyakan soalan tentang

    latihan kepada guru atau rakan, tidak tahu huruf-huruf yang boleh disambung dantidak boleh disambung, juga menunjukkan reaksi cuba meniru rakan.

    2 Ada di antara responden yang boleh menyebut huruf-hurufAVU ZAR ZAD

    dengan tepat.Separuh murid tidak lagi menunjukkan reaksi cuba meniru rakan dan bertanyasoalan tentang latihan yang diberi kepada guru atau rakan.

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    19/20

    19

    3 Semua murid boleh menyebut huruf-hurufAVU ZAR ZAD dengan tepat.Murid faham dengan konsep penggunaan simbol (+) dan (-) jadual formulakaedah AVU ZAR ZAD dan semua responden dapat menjawab semua soalandengan betul berpandukan jadual formula kaedahAVU ZAR ZAD tersebut.

    4 Murid telah pandai menggunakan simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR ZAD tanpamerujuk jadual formula kaedahAVU ZAR ZAD.

    Rumusan Dapatan

    Berdasarkan dapatan data hasil daripada kajian ini, saya dapat mengenal pasti

    dimana terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan juga tindakan susulan yang perlu

    diambil perhatian. Kekuatan dapat dilihat daripada kajian ini ialah pendedahan

    kepada murid tentang satu kaedah baharu dalam menyambungkan huruf-huruf jawi.

    Ini sesuai dengan prinsip asas pengajaran iaitu prinsip daripada tidak tahu kepada

    tahu dan faham. Kaedah baharu ini juga dapat merangsang kesediaan afektif dalam

    kalangan responden untuk terus mengikuti proses pembelajaran dengan sepenuh

    tumpuan.

    Kesimpulan

    1) KaedahAVU ZAR ZAD yang diperkenalkan ini dapat membantu murid mengenali

    huruf-huruf yang boleh dan tidak boleh disambung. Ia adalah sebagai kata kunci

    dalam menyambung huruf-huruf jawi tunggal menjadi perkataan dan menulisnya

    dengan betul.

    2) Penggunaan simbol (+) dan (-) pada AVU ZAR ZAD yang dilihat daripada kajian

    ini banyak membantu meningkatkan kemahiran responden dalam menyambung

    huruf-huruf tunggal dan menulis jawi dengan betul.

  • 7/28/2019 41 Penggunaan Simbol (+) Dan (-) Pada Kaedah Avu Zar Zad Membantu Murid Menyambung Dan Menulis Jawi

    20/20

    20

    Rujukan

    Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2011), Pengantar Penyelidikan Tindakan

    Dalam Penyelidikan Pendidikan. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia

    Sdn. Bhd.

    Amat JuhariMoain. (1992). Sejarah Tulisan Jawi.Jurnal Bahasa35 (11): 101 1012.

    Fauziah Binti Abdul Aziz. (2003).Penguasaan Jawi Di Sekolah Rendah, Kajian Kes

    Terhadap Pelajar Tahun Empat Di Sekolah Kebangsaan LKTP Belitong

    Kluang, Johor, Universiti Teknologi Malaysia.

    Mohammad Amin B. Dan. (2009). Penguasaan Kemahiran Menulis Huruf Jawi

    Bersambung Murid Tahun 4 Dan Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Pangkalan

    Sorah, Serian, Sarawak. Fakulti Pendidikan Dan Bahasa, OUM.

    Nik Rosila Nik Yaacob. (2007).Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan MinatDan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Pulau Pinang: Universiti

    Sains Malaysia.

    Shazana Binti Muhamed Saad. (2009). Kaedah Mananiyyah Dalam MeningkatkanKemahiran Mengeja Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Lima, Sekolah

    Kebangsaan Jalan 4, Bandar Baru Bangi.Fakulti Pendidikan Dan Bahasa,

    OUM.

    Zamferi bin Ibrahim.(2009). Meningkatkan Kemahiran Penulisan Huruf Jawi Yang

    Berubah Bentuk Apabila Disambungkan Bagi Pelajar Tahun Empat, Fakulti

    Pendidikan Sastera Dan Sains Sosial, Open Universiti Malaysia.