424-845-1-SM

11
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013 11 MENINGKATKAN KELANCARAN DAN PENGUASAAN MEMBACA BAGI KEMAHIRAN KVK+KV+KVK DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK PERMAINAN PIJAK BACA Oleh : Elsa Hana Binti Muhammad & Abd Halim Bin Ismail Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail [email protected] & [email protected] ABSTRAK Penyelidikan ini dijalankan adalah bagi menilai sejauh mana keberkesanan aktiviti permainan Pijak Baca (PB) dalam meningkatkan kelancaran membaca murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pemulihan Bahasa Melayu. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini ialah murid- murid dari kelas 3 Rajin di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. Tinjauan awal untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dijalankan melalui pemerhatian. Melalui pemerhatian awal, murid didapati menghadapi masalah untuk membaca dengan lancar. Diperhatikan juga, murid sangat suka melakukan aktiviti bermain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan pada langkah kedua. Jika permainan tidak diselitkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan kelihatan tidak bersemangat untuk menjalani proses pembelajaran pada hari tersebut. Murid-murid memerlukan aktiviti yang dapat merangsang mereka untuk belajar dengan berkesan. Beberapa cara pengumpulan data akan digunakan seperti senarai semak pemerhatian dan temubual bagi menilai keberkesanan teknik permainan PB dalam meningkatkan kelancaran membaca murid. Teknik permainan PB dapat menarik dan merangsang responden untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kata kunci: kelancaran membaca, bermain, teknik permainan Pijak Baca. PENDAHULUAN Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana membaca melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita

description

424-845-1-SM

Transcript of 424-845-1-SM

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    11

    MENINGKATKAN KELANCARAN DAN PENGUASAAN

    MEMBACA BAGI KEMAHIRAN KVK+KV+KVK

    DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK

    PERMAINAN PIJAK BACA

    Oleh :

    Elsa Hana Binti Muhammad & Abd Halim Bin Ismail

    Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali Ismail [email protected] & [email protected]

    ABSTRAK

    Penyelidikan ini dijalankan adalah bagi menilai sejauh mana keberkesanan

    aktiviti permainan Pijak Baca (PB) dalam meningkatkan kelancaran

    membaca murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pemulihan

    Bahasa Melayu. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini ialah murid-

    murid dari kelas 3 Rajin di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot,

    Kuala Terengganu. Tinjauan awal untuk mengenal pasti masalah yang

    dihadapi oleh murid dijalankan melalui pemerhatian. Melalui pemerhatian

    awal, murid didapati menghadapi masalah untuk membaca dengan lancar.

    Diperhatikan juga, murid sangat suka melakukan aktiviti bermain semasa

    sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan pada langkah kedua. Jika

    permainan tidak diselitkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran,

    murid akan kelihatan tidak bersemangat untuk menjalani proses

    pembelajaran pada hari tersebut. Murid-murid memerlukan aktiviti yang

    dapat merangsang mereka untuk belajar dengan berkesan. Beberapa cara

    pengumpulan data akan digunakan seperti senarai semak pemerhatian dan

    temubual bagi menilai keberkesanan teknik permainan PB dalam

    meningkatkan kelancaran membaca murid. Teknik permainan PB dapat

    menarik dan merangsang responden untuk melibatkan diri dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

    Kata kunci: kelancaran membaca, bermain, teknik permainan Pijak Baca.

    PENDAHULUAN

    Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang

    penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah

    lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui

    pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi

    menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.

    Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta

    meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca adalah

    proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu

    menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi

    yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana

    membaca melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    12

    membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang

    sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.

    Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia

    meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati

    fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analisis. Ketika seseorang itu membaca,

    ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaanya.

    Dia mencuba menyelami pemikiran dan idea yang cuba disampaikan oleh pengarang.

    Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca bermakna dia telah berjaya

    merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha besar antara dirinya dengan lautan ilmu

    yang wujud dalam pelbagai bentuk karya (Zulkifley Hamid, 1994).

    Pumfrey (1977) berpendapat membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik,

    iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan tentang apa

    yang dibaca, tetapi membaca adalah lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses

    pemikiran yang membina. Maksud beliau, dengan membaca, seseorang itu harus dapat

    membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat,

    memahami kehendak situasi dan aspirasi masyarakat di sekeliling, membina sikap dan

    cita-cita serta fikiran yang terbuka dan positif.

    FOKUS KAJIAN

    Pengkaji telah menggunakan instrument seperti pemerhatian dan temu bual bagi tujuan

    tinjauan masalah.

    Berdasarkan tinjauan masalah, pengkaji dapat mengenalpasti beberapa isu yang

    berkaitan dengan masalah ini:

    1) Murid tidak dapat fokus sepanjang waktu P&P. 2) Murid tidak dapat menyebut perkataan KVK+KV+KVK dengan betul dan tepat. 3) Murid tidak dapat membaca dengan lancar ayat yang mengandungi kemahiran

    KVK+KV+KVK.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan permainan

    Pijak Baca (PB) dalam meningkatkan dan mengukuhkan kelancaran membaca dalam

    kalangan murid pemulihan.

    Objektif khusus kajian ini supaya responden dapat:

    1) Membaca ayat kvk + kv + kvk dengan lancar menggunakan teknik permainan Pijak Baca (PB).

    2) Menyebut setiap perkataan dalam ayat kvk + kv + kvk yang dibaca dengan sebutan yang betul.

    3) Menentukan sama ada wujud perbezaan pencapaian murid pemulihan dalam kelancaran membaca sebelum dan selepas penggunaan permainan PB.

    4) Mengenalpasti tindak balas murid pemulihan berkaitan penggunaan permainan PB dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    13

    Terdapat beberapa persoalan yang ingin dirungkai melalui kajian ini iaitu:

    1) Sejauhmanakah permainan Pijak Baca (PB) dapat meningkatkan kelancaran bacaan murid bagi ayat kvk + kv + kvk?

    2) Sejauhmanakah murid dapat menyebut dengan betul setiap perkataan dalam ayat kvk + kv + kvk setelah menggunakan teknik permainan Pijak Baca (PB)

    sebagai latih tubi?

    3) Adakah wujud perbezaan pencapaian murid pemulihan dalam kelancaran membaca sebelum dan selepas penggunaan permainan Pijak Baca (PB)

    sebagai bahan bantu mengajar?

    4) Apakah tindak balas murid pemulihan berkaitan dengan penggunaan permainan Pijak Baca (PB) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?

    KUMPULAN SASARAN

    Seramai tiga orang responden akan dipilih secara rawak untuk memastikan kelancaran

    kajian ini di mana mereka terdiri daripada tiga orang responden lelaki. Responden-

    responden yang dipilih tidak mengikut tahap pencapaian akademik berbanding rakan

    sebaya yang lain. Pengkaji hanya mahu melihat sejauh mana tahap pencapaian mereka

    dalam kemahiran membaca setelah menggunakan teknik permainan Pijak Baca (PB)

    sebagai latih tubi.

    TINDAKAN

    Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kurt Lewin (1948) dalam menjalankan

    kajian tindakan ini.

    Rajah 1 : Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946)

    Penyelidikan tindakan bermula dengan penghasilan idea umum iaitu masalah atau isu

    yang dijelaskan dan dikenal pasti punca masalah berkenaan. Seterusnya pelan tindakan

    dirancang untuk menyelesaikan masalah/isu berkenaan. Contohnya, pengkaji telah

    mendapat gambaran awal tentang masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan. Bermula

    dari tinjauan awal masalah, pengkaji boleh merancang perkara yang akan dilaksanakan

    PERANCANGAN

    REFLEKSI TINDAKAN

    PEMERHATIAN

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    14

    kelak. Antara perkara yang perlu dirancang ialah bagaimana cara untuk mengenal pasti

    masalah murid, cara pengumpulan dan analisis data serta intervensi yang bakal dijalankan

    keatas murid tersebut.

    Kemudian perancangan berkenaan perlu dilaksanakan dan pengkaji perlu

    menentukan hasil yang diperoleh selepas memberi tindakan/intervensi. Antara cara yang

    akan pengkaji gunakan dalam menentukan intervensi yang dijalankan berkesan ataupun

    tidak ialah melalui proses rakaman. Selepas mengambil tindakan dan mengenal pasti hasil

    dapatan, refleksi dibuat untuk menentukan sama ada tindakan yang dilaksanakan berjaya

    atau tidak. Sekiranya tindakan yang dijalankan kurang berjaya dan memuaskan,

    perancangan masalah memerlukan penambahbaikan.

    Kebiasaannya, Model Kurt Lewin digunakan apabila masalah/isu kajian telah

    diketahui dan memerlukan pengesahan supaya perancangan yang tepat dapat digunakan.

    Pengkaji telah mengetahui gambaran awal masalah yang dihadapi murid melalui refleksi

    pengajaran dan pembelajaran yang lalu.

    Sebelum melakukan sebarang perancangan, pengkaji perlu mengenal pasti aspek

    amalan refleksi melalui pengalaman menjalankan P&P dalam bilik darjah. Kebiasaannya,

    kekangan atau masalah yang dihadapi untuk mencapai objektif P&P memerlukan

    penambahbaikan kepada amalan refleksi yang dijalankan. Misalnya, dalam refleksi P&P

    didapati bahawa murid menghadapi masalah dalam membaca dengan lancar serta tidak

    memberi tumpuan dalam kelas. Masalah ini akan menjejaskan penguasaan murid dalam

    pelajaran sekaligus pencapaian mereka dalam peperiksaan. Masalah yang dihadapi oleh

    murid perlu diselesaikan dengan cepat agar dapat membantu perkembangan mereka agar

    setara dengan rakan sebaya mereka yang lain. Tinjauan masalah dan analisis masalah

    perlu dijalankan oleh pengkaji untuk mengenal pasti masalah sebenar.

    Justeru itu, pengkaji perlu memikirkan cara bagi mengatasi masalah ini dengan

    melakukan beberapa perancangan serta tindakan. Sekiranya perancangan dan pelaksanaan

    tindakan yang diambil oleh guru bersesuaian dengan masalah murid, ia akan membawa

    perubahan yang besar terhadap pencapaian serta keyakinan diri murid dalam

    pembelajaran.

    ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

    Semasa menjalankan kajian, pengkaji telah melakukan pemerhatian berstruktur iaitu

    berkenaan tingkah laku responden sebelum dan semasa P&P berlangsung. Senarai semak

    disediakan dan beberapa aspek yang telah perhatikan iaitu kesediaan belajar, tingkah laku

    semasa berada di dalam kelas dan fokus serta respon murid semasa P&P berlangsung.

    Item bagi pemerhatian berstruktur ini dicatat dan direkodkan dalam bentuk skala Gutman

    (ya/tidak). Pemerhatian dicatat kemudian diinterpretasikan dalam bentuk graf seperti

    berikut.

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    15

    Graf 1 : Senarai Semak Tingkah Laku Responden

    Responden perlu membaca ayat yang disediakan oleh pengkaji yang terdiri dari

    kemahiran KVK+KV+KVK. Sebanyak sepuluh ayat disediakan dan kelancaran membaca

    responden dicatatkan menggunakan skala likert (1,2,3,4,5). Graf berikut merupakan

    ringkasan bagi pemerhatian yang telah dijalankan.

    Graf 2 : Senarai Semak Kelancaran Membaca Responden

    Pemerhatian juga boleh direkodkan dalam bentuk rakaman video. Pengkaji telah

    menjalankan proses rakaman semasa responden berada di kelas pemulihan. Rakaman

    video merupakan salah satu bukti yang kukuh dalam menjalankan kajian. Rakaman video

    yang disediakan pengkaji telah menjawab persoalan kajian pertama dan kedua iaitu

    sejauhmanakah permainan Pijak Baca (PB) dapat meningkatkan kelancaran bacaan murid

    bagi ayat kvk + kv + kvk dan sejauhmanakah murid dapat menyebut dengan betul setiap

    0

    0.5

    1

    1.5

    2

    2.5

    3

    3.5

    Item 1 (i) Item 1

    (ii)

    Item 1

    (iii)

    Item 2 (i) Item 2

    (ii)

    Item 2

    (iii)

    Item 3 (i) Item 3

    (ii)

    Res

    po

    nd

    en

    Item

    ya

    tidak

    0

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8 Item 9 Item10

    Skal

    a

    Item

    HASIL DAPATAN ANALISIS PEMERHATIAN BERSTRUKTUR

    BAGI KELANCARAN MEMBACA

    Responden A

    responden B

    Responden C

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    16

    perkataan dalam ayat kvk + kv + kvk setelah menggunakan teknik permainan Pijak Baca

    (PB) sebagai latih tubi.

    Bagi persoalan pertama, rakaman video dijalankan semasa proses intervensi

    berjalan. Setelah selesai sesi pengajaran, responden berpeluang bermain permainan PB.

    Mereka perlu membaca ayat yang dtunjukkan oleh pengkaji semasa permainan

    berlangsung jika mereka singgah pada petak yang terdapat ular. Permainan diteruskan

    sehingga tamat satu pusingan iaitu responden pertama yang tiba pada petak TAMAT akan

    dikira pemenang. Permainan PB ini menggalakkan responden melakukan latih tubi

    bacaan secara santai dan bersahaja. Mereka tidak berasa tertekan sekiranya diminta

    mengulang bacaan beberapa kali. Ini kerana mereka bersemangat untuk meneruskan

    permainan.

    Di samping itu, rakaman video juga dijalankan untuk menjawab persoalan kedua

    iaitu sejauhmanakah murid dapat menyebut dengan betul setiap perkataan dalam ayat kvk

    + kv + kvk setelah menggunakan teknik permainan Pijak Baca (PB) sebagai latih tubi.

    Pengkaji telah merakam video bacaan responden setelah intervensi selesai dijalankan.

    Rakaman video ini telah disokong oleh senarai semak berstruktur yang menggunakan

    skala likert bagi mengukur tahap penguasaan responden dalam kemahiran membaca.

    Senarai semak tersebut telah diinterpretasikan dalam bentuk graf iaitu graf 2.

    Temubual telah dijalankan terhadap responden selepas intervensi selesai

    dilaksanakan. Pengkaji menjalankan temubual bagi menjawab persoalan keempat bagi

    kajian ini iaitu apakah tindak balas murid pemulihan berkaitan dengan penggunaan

    permainan Pijak Baca (PB) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan

    hasil temubual yang telah dijalankan.

    Soalan Jawapan Responden

    Soalan 1

    Gambarkan perasaan kamu setelah

    selesai bermain permainan PB?

    R1: Saya suke main benda ni cikgu.

    R2: Sedak sangat main dam ular cikgu.

    R3: Best. Saya nk main lagi lepas ni

    cikgu.

    Soalan 2

    Adakah kamu mahu cikgu meneruskan

    permainan PB ini pada masa akan

    datang? Nyatakan sebab.

    R1: Saya nak cikgu buat lagi mainan

    ni. Saya suka main sambil baca.

    R2: Nak main lagi macam ni lepas ni.

    Seronok main lompat-lompat.

    Lepas baca boleh main. Baru

    sedak.

    R3: Saya nak cikgu buat lagi

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    17

    permainan macam ni sebab boleh

    main ramai-ramai dengan kawan.

    Soalan 3

    Nyatakan beberapa perkara positif yang

    diperoleh melalui permainan PB ini.

    R1: Membaca dan main bersama

    kawan.

    R2 : Boleh berlatih membaca ayat yang

    cikgu ajar.

    R3 : Saya boleh baca sambil

    membilang. Saya memang suka

    main.

    Soalan 4

    Berikan pendapat kamu tentang

    permainan PB ini.

    R1: Besar, cantik dam yang cikgu bawa

    ni.

    R2: Saya suka dam cikgu sebab boleh

    lompat atas tu. Saya tak pernah

    jumpa dam besar macam ni cikgu.

    R3: Kalau boleh saya nak cikgu buat

    banyak lagi mainan macam dam ni.

    Saya suka main lepas belajar.

    Berdasarkan hasil temubual bagi soalan pertama, ketiga-tiga responden berasa gembira

    setelah selesai bermain permainan PB. Murid pemulihan sememangnya suka bermain dan

    langkah pengkaji menyelitkan aktiviti permainan selepas selesai sesi pengajaran adalah

    bersesuaian. Responden tidak berasa jemu kerana aktiviti yang dijalankan pengkaji adalah

    berbeza berbanding sesi pembelajaran yang pernah dialami sebelum ini.

    Manakala soalan kedua bagi temubual yang telah dijalankan ialah berkaitan

    kehendak responden sama ada mahu guru meneruskan permainan PB ataupun tidak.

    Responden juga diminta menyatakan sebab bagi kehendak mereka. Kesemua responden

    mahu pengkaji meneruskan permainan PB dalam pengajaran akan datang. Antara sebab

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    18

    yang diberikan ialah responden gemar bermain bersama rakan-rakan dan suka terhadap

    aktiviti yang melibatkan fizikal.

    Permainan PB ini melibatkan aktiviti fizikal apabila murid perlu melangkah di

    dalam petak permainan mengikut angka setelah balingan dadu dibuat. Responden dalam

    kajian ini lebih menjurus kepada aspek kinestatik jika mengikut pengkelasan kecerdasan

    pelbagai. Mereka lebih tertarik dengan pergerakan fizikal berbanding aspek lain seperti

    muzik, alam semulajadi, interpersonal dan sebagainya. Ini memudahkan pengkaji dalam

    menyediakan aktiviti lain setelah kecenderungan mereka dikenalpasti.

    Seterusnya, pengkaji meminta responden menyatakan perkara positif yang

    diperoleh melalui permainan PB. Responden dua menyatakan secara tidak langsung

    bahawa dia boleh berlatih membaca semasa bermain permainan PB. Ini menunjukkan

    responden berasa seronok dengan cara latih tubi yang baru diperkenalkan pengkaji

    kepada mereka. Latih tubi yang dijalankan adalah secara tidak formal dan kebebasan

    diberi kepada responden dalam mencapai objektif pengajaran iaitu menguasai kemahiran

    KVK+KV+KVK.

    Akhir sekali, responden diminta menyatakan pendapat tentang permainan PB yang

    disediakan pengkaji. Kesemua mereka menyatakan rasa kagum terhadap saiz alat

    permainan PB yang disediakan. Hal ini kerana permainan ini diinspirasikan dari

    permainan dam ular yang bersaiz biasa tetapi telah diubah suai kepada saiz yang lebih

    besar iaitu 36 kaki persegi. Responden tidak perlu menggunakan alat lain sebagai

    perwakilan kepada diri mereka. Mereka hanya perlu meletakkan kedua-dua kaki mereka

    ke dalam petak permainan PB dan bergerak mengikut bilangan balingan dadu sehingga

    permainan tamat.

    Hasil temubual yang dijalankan menggambarkan pengalaman yang dialami

    responden dan melalui pengumpulan data ini juga dapat disimpulkan bahawa pengkaji

    perlu mengambil kira perasaan dan keselesaan responden selain menumpukan kepada

    objektif utama kajian iaitu agar responden dapat menguasai kemahiran KVK+KV+KVK

    dengan baik.

    PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

    Intervensi yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pengkaji terhadap tiga orang

    responden dilihat selaras dengan tajuk utama kajian iaitu Meningkatkan Kelancaran dan

    Penguasaan Membaca Bagi Kemahiran KVK+KV+KVK dengan Menggunakan Teknik

    Permainan Pijak Baca. Beberapa perkara yang terdapat dalam kajian ini juga dilihat

    berkait rapat serta selaras dengan kajian terdahulu.

    Permainan PB yang telah digunakan dalam sesi pengajaran bagi kajian ini banyak

    membantu responden meningkatkan kelancaran kemahiran membaca mereka. Mereka

    akan diajar dan dibimbing terlebih dahulu oleh pengkaji sebelum bermain. Semasa

    permainan dijalankan, murid perlu membaca ayat yang dipelajari secara berulang-ulang

    sekiranya mereka singgah pada petak yang terdapat ular. Perkara ini secara tidak

    langsung membawa responden kepada proses latih tubi bacaan.

    Hal ini dilihat selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Abdillah Nurdin Asis

    (2009) dalam kajiannya Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-Ayat yang Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga Suku Kata Terbuka KV + KV + KV

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    19

    menunjukkan murid yang dahulu lemah dalam kemahiran membaca kini menunjukkan

    perubahan hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti latih tubi membaca suku

    kata KV + KV + KV, aktiviti nyanyian dan aktiviti bacaan bergred. Murid juga seronok

    kerana boleh membaca bukan sekadar perkataan KVKVKV tetapi perkataan yang lebih

    mencabar lagi.

    Selain itu, permainan PB juga melibatkan pergerakan fizikal responden. Murid

    perlu membaling dadu serta melangkah pada petak permainan PB sepanjang permainan

    dijalankan. Permainan ini bukan sahaja melibatkan kognitif malahan aspek jasmani

    responden juga memainkan peranan yang penting. Pengkaji secara tidak langsung telah

    menyerapkan elemen pendidikan jasmani dalam sesi pengajarannya.

    Pergerakan fizikal yang berlaku semasa permainan dijalankan adalah perkara yang

    amat digemari responden dan ini bersesuaian dengan kajian yang telah dijalankan oleh

    Kamarudin Haji Husin (1993), pengajaran di Prasekolah Malaysia lebih kepada

    pendekatan formal sedangkan bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada

    kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan

    melalui pengalaman langsung secara semula jadi. Permainan yang sering digemari kanak-

    kanak adalah melibatkan pergerakan fizikal. Pada peringkat umur ini, murid bergerak

    secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

    Di samping itu, permainan PB yang dilaksanakan juga dapat memupuk nilai murni

    dalam diri responden. Antara nilai murni yang dapat dilihat semasa permainan dijalankan

    ialah kerjasama, saling membantu serta sabar. Responden akan saling membantu

    sekiranya rakan mereka keliru semasa membilang petak PB. Permainan ini juga dapat

    memupuk sifat sabar dalam diri responden dan sentiasa berusaha untuk mencapai

    kemenangan. Aspek ini bersesuaian dan bertepatan dengan kajian yang telah

    dilaksanakan oleh Nor Asiah Yusuf (2009). Beliau mendapati permainan membentuk

    perkataan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tahun tiga dapat

    membantu perkembangan personaliti murid dengan penerapan nilai-nilai murni seperti

    bekerjasama, berdisiplin dan sebagainya.

    Akhir sekali, proses pembelajaran dianggap berlaku apabila responden

    menunjukkan perubahan dari aspek tingkah laku mahupun kognitif. Perkara ini dapat

    dikesan oleh pengkaji melalui ujian pra dan ujian pasca bacaan. Responden menunjukkan

    peningkatan dalam kelancaran dan penguasaan membaca bagi kemahiran

    KVK+KV+KVK setelah intervensi dijalankan.

    Perkara ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Lau Ging Lim (2012)

    mengenai Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat yang dilaksanakan di sebuah sekolah di daerah Kuching. Kajian menunjukkan bahawa murid yang dahulunya lemah dalam matapelajaran

    Sains kini telah berjaya menunjukkan perubahan yang ketara hasil daripada aktiviti-

    aktiviti yang dijalankan. Beberapa aspek yang dilihat serta diperoleh melalui

    pengaplikasian permainan PB bersesuaian dengan kajian terdahulu. Sememangnya

    bermain merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan dari kanak-kanak. Sebagai

    pendidik, kita perlu sentiasa mengubahsuai cara serta corak pengajaran agar bersesuaian

    dengan kehendak murid. Ini dapat membantu mereka menguasai kemahiran membaca

    serta menulis sekaligus mengurangkan bilangan buta huruf.

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    20

    RUJUKAN

    Abdullah Sani Yahya,Abdul Rashid Mohamed, Abdul Ghani Abdullah ( 2007). Guru

    Sebagai Pemimpin, Cetakan Pertama. PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd. Kuala

    Lumpur.

    Abdillah Nurdin Asis (2009).Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-Ayat Yang

    Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga Suku Kata Terbuka KV + KV + KV.

    Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysi.

    Azizah Bt Zain (2010). Penggunaan Bacaan Berulang Dapat Mempertingkatkan

    Kelancaran Dan Kefahaman Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah.

    Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join

    Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010.

    Chong Lean Keow PhD (2009). Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana

    Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

    Chua, Yan Piaw (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill.

    Edmonds, R. (1979). Effective Schools Fort The Urban Poor. Educational

    Leadership, 37(1), hlm. 15-27.

    Daud, Abu. (2010).Pengertian dan Ciri-Ciri Konsentrasi. Di akses pada 5 April 2013 daripada http://abudaud2010.blogspot.com

    Ducthlady (2012). Fokus murid. Diakses pada 3 Februari 2013 daripada

    http://www.dutchlady.com.my/bm/home.asp?page=nutrition&subpage=nutritiona

    dvice_a

    Ee Ah Meng (2006). Penilaian Tahap Kecekapan: Pengurusan Pengajaran dan

    Pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Kamarudin Hj. Husin(1993).Pedagogi 3: Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah.

    Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia.

    Lau Ging Lim (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam

    Proses Pembelajaran Sains Tahun Empat, Koleksi Artikel Penyelidikan

    Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG

    KBL Tahun 2012.

    Linah Binti Summase (2009). Belajar Sambil Bermain, Buku Koleksi Kertas Kerja

    Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009.

    Maulana, Achmad.(2011). Kamus Ilmiah Populer. Yogyakarta: Absolut.

    Mok Song Sang. (2009). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar.

    Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Musti-Roa, S., Hawkins, R.O., & Barkley, E.A. (2009). Effects of Repeated Readings On

    The Oral Reading Fluency of Urban Fourth-Grade Students: Implications for

    Practice. University of Cincinnati: University Research Council Faculty Research

    Support Program.

  • Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

    21

    Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood.

    (1997).Tatabahasa Dewan: Edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Rasinski, T.V. (1990). Effects of repeated reading ad listening-while-reading on reading

    fluency. Journal of Educational Research, 83, 147-150.

    Rosinan Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:

    Freemind Horizons Sdn. Bhd.

    Saayah Abu, Rohaty Mohd. Majzub & Nor Aishah Buang (2010). Amalan membaca dan

    penggunaan buku kepada kanak-kanak prasekolah dalam perspektif rakan

    sebaya. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara ke 4 2010, 3-4 Ogos

    2010. Bangi.

    Sharifah Nor Puteh (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi

    Bagi Pendidikan Prasekolah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Jamaludin Badusah

    (2010). Masalah membaca murid-murid sekolah rendah di Brunei Darussalam:

    Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2): 77-85.

    Virtualfriends (2010). Kepentingan Bermain Kepada Kanak-Kanak. Diakses pada 7

    April 2013 daripada http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=48021

    Yahya Othman (2003). Teori Dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar

    Membaca. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.