4.3 LANDSKAP

4
LANDSKAP DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MARAN (2008-2020) 4.3 LANDSKAP 4.3.1 PENGENALAN Kajian landskap di dalam proses penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Maran ini adalah mengenalpasti serta menekankan kepada isu-isu semasa yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan bagi mewujudkan satu imej bandar yang berkualiti. Sebarang polisi atau dasar di dalam Rancangan Struktur Negeri perlu diperincikan atau memperkenalkan dasar-dasar baru agar pembangunan landskap adalah seiring dengan pembangunan lain. 4.3.2 OBJEKTIF KAJIAN Kajian sektor landskap akan berpandukan kepada objektif-objektif berikut : i. Mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan pembangunan landskap yang terkandung dalam Rancangan Struktur Maran serta dasar-dasar pembangunan Majlis Daerah Maran dan Negeri Pahang ke dalam bentuk fizikal; ii. Untuk menganalisa sistem rangkaian hijau serta kawasan lapang sediada di dalam Kawasan Kajian dari segi isu, masalah dan potensi untuk pembangunan landskap; iii. Untuk menyediakan garis panduan perancangan serta pembangunan landskap untuk Majlis Daerah Maran serta agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta dalam membangunkan kawasan Daerah Maran; iv. Untuk menganalisa imej dan rekabentuk bandar semasa dari aspek morfologi bandar, bentuk bandar, fungsi bandar, sistem sirkulasi, zoning, latar langit dan v. Untuk menganalisa keperluan dan kemudahan elemen-elemen landskap di dalam taman seperti perabut jalan, landskap lembut dan kejur. 4.3.3 DASAR-DASAR PEMBANGUNAN RANCANGAN STRUKTUR Dasar-dasar RSN Pahang yang berkaitan dengan pembangunan sektor landskap Kawasan Kajian adalah membangunkan kawasan rekreasi serta Taman Bandar dan Taman Wilayah seiring dengan garis panduan piawaian perancangan dan keperluan penduduk tempatan. 4.3.5 ANALISA KEADAAN SEMASA Kualiti landskap di dalam kawasan bandar utama dan juga jalan-jalan utama perlu dikaji semula dan dinaiktaraf. Dari segi corak bandar, imej serta perincian elemen-elemen landskap tidak mencukupi dan tidak mempunyai imej atau identiti tersendiri. Kemudahan- kemudahan asas landskap dan perabut jalan atau taman adalah berkurangan dan perlu dinaiktarafkan dengan rekabentuk serta imej yang menarik. Sistem sirkulasi atau laluan pejalan kaki untuk menghubungkan kawasan komersial, pentadbiran, masjid, institut pendidikan, klinik dan juga stesyen bas merentasi kawasan bandar tidak kelihatan seperti pembangunan tempat-tempat riadah iaitu kawasan rekreasi Taman Bandar, Dataran Mini, Pocket Park dan sebagainya. Pembangunan ini penting di mana bandar-bandar di dalam Kawasan Kajian mahupun Bandar Maran sendiri adalah meliputi kawasan pembangunan yang berskala kecil dan sistem sirkulasi yang lengkap akan menjadikan setiap aktiviti dapat dihubungkan dengan lebih sistematik. 4.3.5 MENGENALPASTI ISU DAN MASALAH i. Corak serta Imej Bandar Rekabentuk bandar dari segi rangkaian hijau yang menghubungi setiap kawasan tumpuan awam seperti taman permainan, taman awam serta kawasan pentadbiran dan komersial adalah tidak teratur dan lengkap. Sistem sirkulasi terutamanya laluan pejalan kaki adalah terlalu minima dan tidak sistematik. Pembangunan landskap seperti taman awam, dataran mini, taman pinggiran sungai, pocket park dan linear park adalah tidak mencukupi. Kemudahan-kemudahan perabut jalan atau taman seperti laluan pejalan kaki, tempat duduk serta rehat, tong sampah, lampu taman dan elemen-elemen utama landskap juga perlu dipertingkatkan. Bandar-bandar utama seperti Bandar Maran, Chenor dan Sri Jaya yang merupakan 4.3 -1

Transcript of 4.3 LANDSKAP

Page 1: 4.3 LANDSKAP

LANDSKAPDRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MARAN (2008-2020)

4.3 LANDSKAP

4.3.1 PENGENALAN

Kajian landskap di dalam proses penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Maran ini adalah

mengenalpasti serta menekankan kepada isu-isu semasa yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan

bagi mewujudkan satu imej bandar yang berkualiti. Sebarang polisi atau dasar di dalam Rancangan

Struktur Negeri perlu diperincikan atau memperkenalkan dasar-dasar baru agar pembangunan

landskap adalah seiring dengan pembangunan lain.

4.3.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian sektor landskap akan berpandukan kepada objektif-objektif berikut :

i. Mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan pembangunan landskap yang

terkandung dalam Rancangan Struktur Maran serta dasar-dasar pembangunan Majlis

Daerah Maran dan Negeri Pahang ke dalam bentuk fizikal;

ii. Untuk menganalisa sistem rangkaian hijau serta kawasan lapang sediada di dalam

Kawasan Kajian dari segi isu, masalah dan potensi untuk pembangunan landskap;

iii. Untuk menyediakan garis panduan perancangan serta pembangunan landskap untuk

Majlis Daerah Maran serta agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta dalam

membangunkan kawasan Daerah Maran;

iv. Untuk menganalisa imej dan rekabentuk bandar semasa dari aspek morfologi bandar,

bentuk bandar, fungsi bandar, sistem sirkulasi, zoning, latar langit dan

v. Untuk menganalisa keperluan dan kemudahan elemen-elemen landskap di dalam

taman seperti perabut jalan, landskap lembut dan kejur.

4.3.3 DASAR-DASAR PEMBANGUNAN RANCANGAN STRUKTUR

Dasar-dasar RSN Pahang yang berkaitan dengan pembangunan sektor landskap Kawasan Kajian

adalah membangunkan kawasan rekreasi serta Taman Bandar dan Taman Wilayah seiring dengan

garis panduan piawaian perancangan dan keperluan penduduk tempatan.

4.3.5 ANALISA KEADAAN SEMASA

Kualiti landskap di dalam kawasan bandar utama dan juga jalan-jalan utama perlu dikaji semula dan

dinaiktaraf. Dari segi corak bandar, imej serta perincian elemen-elemen landskap tidak mencukupi

dan tidak mempunyai imej atau identiti tersendiri. Kemudahan-kemudahan asas landskap dan

perabut jalan atau taman adalah berkurangan dan perlu dinaiktarafkan dengan rekabentuk serta

imej yang menarik.

Sistem sirkulasi atau laluan pejalan kaki untuk menghubungkan kawasan komersial, pentadbiran,

masjid, institut pendidikan, klinik dan juga stesyen bas merentasi kawasan bandar tidak kelihatan

seperti pembangunan tempat-tempat riadah iaitu kawasan rekreasi Taman Bandar, Dataran Mini,

Pocket Park dan sebagainya. Pembangunan ini penting di mana bandar-bandar di dalam Kawasan

Kajian mahupun Bandar Maran sendiri adalah meliputi kawasan pembangunan yang berskala kecil

dan sistem sirkulasi yang lengkap akan menjadikan setiap aktiviti dapat dihubungkan dengan lebih

sistematik.

4.3.5 MENGENALPASTI ISU DAN MASALAH

i. Corak serta Imej Bandar

Rekabentuk bandar dari segi rangkaian hijau yang menghubungi setiap kawasan tumpuan

awam seperti taman permainan, taman awam serta kawasan pentadbiran dan komersial

adalah tidak teratur dan lengkap. Sistem sirkulasi terutamanya laluan pejalan kaki adalah

terlalu minima dan tidak sistematik. Pembangunan landskap seperti taman awam, dataran

mini, taman pinggiran sungai, pocket park dan linear park adalah tidak mencukupi.

Kemudahan-kemudahan perabut jalan atau taman seperti laluan pejalan kaki, tempat duduk

serta rehat, tong sampah, lampu taman dan elemen-elemen utama landskap juga perlu

dipertingkatkan. Bandar-bandar utama seperti Bandar Maran, Chenor dan Sri Jaya yang

merupakan pintu masuk utama dari jalinan Lebuhraya Pantai Timur tidak mempunyai imej

serta identiti menarik.

ii. Jenis Permukaan Tanah

4.3 -1

Page 2: 4.3 LANDSKAP

LANDSKAPDRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MARAN (2008-2020)

Profil mukabumi bagi Kawasan Kajian mahupun Bandar Maran sendiri merupakan kawasan

tanah rendah atau lembah. Keadaan struktur tanah yang sedemikian menyebabkan kawasan

bandar dan juga penempatan selalu terdedah kepada banjir kilat. Sistem saliran yang

kurang teratur serta jalinan sungai utama seperti Sungai Pahang, Sungai Teladas dan anak-

anak sungai lain juga menyumbang kepada masalah banjir ini.

iii. Tanaman Pinggiran Jalan

Struktur tanaman pinggiran jalan di sepanjang jalan utama menghubungkan bandar-bandar

penting dan juga laluan di dalam bandar tidak sistematik. Selain daripada tanaman

pinggiran jalan yang dapat mengukuhkan sistem jalinan hijau, ia juga membentuk satu

avenue yang menarik. Pemilihan pokok yang bersesuaian perlu dikaji dari segi karaktor dan

habitat pokok bagi setiap jenis dan fungsi jalan serta tempat. Tanaman hadangan samada di

sepanjang sungai, kawasan kilang dan kawasan yang berpemandangan kurang menarik

perlu dipertingkatkan.

4.3.6 CADANGAN AWAL

i. Landskap Jalan Persekutuan 2 di Bandar Maran

Pintu masuk utama dari Lebuhraya Pantai Timur menghubungkan Kuantan - Kuala Lumpur

akan dinaiktaraf untuk memberi satu imej menarik serta mercu tanda yang sesuai sebagai

identiti. Jalan utama yang bersambung dengan pintu masuk ini ialah Jalan Persekutuan 2

yang merentasi Bandar Maran. Sistem jalan perlu dilebarkan dan mempunyai laluan pejalan

kaki yang selesa dan selamat. Sistem penghadang atau pemisah antara kenderaan dan

pejalan kaki mestilah selamat samada menggunakan tanaman pokok pagaran, bollard dan

railing. Imej-imej rekabentuk perabut jalan dapat ditonjolkan sebagai elemen landskap

penting dan juga mengukuhkan imej bandar tersendiri. Selain daripada itu pokok-pokok

tanaman perlu disusun kemas dan mempunyai karektor yang dapat memberi teduhan,

mempunyai warna, bentuk dan tekstrur serta membentuk satu avenue yang menarik.

ii. Landskap Kawasan Komersial

Kawasan blok-blok perniagaan perlu mempunyai ruang untuk keselesaan pejalan kaki atau

pedestrian mall yang dapat memberi satu corak pembangunan atau rekabentuk bandar

yang

kemas dan sistematik. Kawasan perniagaan perlu mempunyai kawasan letak kereta atau

gerai tepi jalan yang mempunyai pokok yang dapat memberi teduhan yang maksima.

Ruang-ruang kosong perlu dibangunkan sebagai kawasan awam seperti dataran yang

lengkap dengan rekabentuk landskap seperti tempat duduk, lampu taman, papan tanda,

pergola, elemen air, pokok hiasan dan arca-arca bersesuaian.

Isu Semasa Potensi / Cadangan Awal

Imej pintu masuk ke

Bandar Maran

kurang elemen-

elemen rekabentuk

yang dapat menjadi

satu identiti corak

rekabantuk sesebuah

bandar utama.

Terdapat papantanda

menggambarkan

Maran sebagai Bandar

Ayam Kampung tetapi

gabungan elemen

landskap lain perlu

untuk menguatkan

imej tersebut.

Perlu disediakan satu

mercutanda yang kuat

dengan kombinasi kemasan

menggambarkan

persekitaran tersebut. Binaan

mercutanda juga perlu

digabungkan dengan elemen

landskap seperti tanaman

pokok hiasan yang

membentuk latarbelakang

dan juga sebagai avenue

menarik sepanjang

perjalanan ke bandar.

Tanaman pinggiran

jalan dan median yang

tidak teratur dan tidak

menggambarkan satu

avenue menarik atau

jalinan hijau

berterusan dari pintu

masuk hingga ke

kawasan tumpuan

terutama di dalam

Bandar Maran.

Ruang simpanan jalan dan

juga median perlu di

naiktaraf kepada satu jalinan

hijau yang tersusun dan

mempunyai kombinasi pokok

teduhan dan tanaman renek

yang menarik dan tidak

menghadang pandangan

lalulintas. Sistem pejalan kaki

juga perlu disediakan.

Isu Semasa Potensi / Cadangan Awal (Samb...)

4.3 -2

Page 3: 4.3 LANDSKAP

LANDSKAPDRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MARAN (2008-2020)

Gambar persekitaran kawasan perniagaan di Bandar Maran (Taman Maran Impian) tidak mempunyai imej landskap yang menarik.

Kawasan pintu masuk, tempat letak kereta serta ruang pejalan kaki perlu dinaiktaraf dengan struktur tanaman pokok yang bersesuaian

Rekabentuk pintu

masuk ke kawasan

rekreasi utama

seperti Maran Hill

Golf tiada tarikan

kepada pemandu

yang melalui

kawasan tersebut.

Struktur baru dengan gabungan

elemen-elemen landskap yang

kemas dan menarik perlu dibina

sebagai identiti kepada

kawasan tarikan pengunjung

seperti aktiviti riadah dan

bersukan. Imej serta perletakan

struktur di pintu masuk ini

penting bagi memastikan ia

tidak terhadang dari pandangan

lalulintas. Laluan pejalan kaki

yang sistematik juga perlu bagi

menghubungkan kawasan ini ke

ruang-ruang utama di dalam

bandar.

Ruang simpanan

jalan serta tempat

letak kereta kawasan

penjaja tidak

mempunyai imej

landskap serta jalinan

ke kawasan bandar

merentasi masjid

utama Bandar

Maran

Kawasan ini perlu dinaiktaraf

dengan gubahan landskap

menarik seperti tanaman

pagaran hiasan, pokok redup

serta struktur yang membentuk

avenue menarik ke masjid.

Kawasan ini perlu diturap

dengan kemasan bersesuaian

bagi keselesaan pejalan kaki

untuk memudahkan kawasan ini

dihubungkan ke kawasan

bandar dan masjid.

Isu Semasa Potensi / Cadangan Awal (Samb...)

Struktur landskap pinggiran jalan serta persimpangan utama ke Bandar Chenor tidak mempunyai imej serta jalinan hijau berterusan yang menarik.

Tanaman pinggiran jalan perlu disusun dengan teratur disamping membentuk avenue menarik. Kawasan berlatarbelakangkan profil bukit semulajadi ini memerlukan barisan pokok yang membentuk bingkai untuk memberi impak pemandangan yang selsesa kepada pengguna lalulintas. Rangkaian hijau ini perlu dihubungkan ke kawasan tumpuan utama mengikut hierarki serta fungsi tersendiri.

Imej pinggiran jalan

menuju ke Kertau

tanpa struktur

tanaman bagi

mewujudkan avenue

menarik mahupun

tanaman

penghadang.

Tanaman pinggiran jalan

tanaman penghadang yang

tidak menghadang pandangan

lalulintas dan juga sekolah perlu

ditanam dengan susunan

teratur Gabungan ini akan

membentuk satu jalinan hijau

yang memberi imej serta

identiti menarik kepada bandar-

bandar utama di Daerah Maran

mengikut hierarki tertentu.

Imej landskap jalan

serta kawasan

perniagaan di

Kampung Awah

yang terlalu terdedah

kepada matahari

serta tidak

mempunyai

penghadang yang

teratur.

Ruang simpanan jalan atau

median perlu ditanam dengan

struktur pokok yang

membentuk avenue menarik

serta memberi teduhan

maksima. Barisan tanaman

pokok renek juga perlu disusun

dengan kemas sebagai

penghadang jalan dan tidak

mengganggu pandangan

lalulintas.

Isu Semasa Potensi / Cadangan Awal (Samb...)

4.3 -3

Page 4: 4.3 LANDSKAP

LANDSKAPDRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH MARAN (2008-2020)

Struktur landskap

pinggiran jalan

Bandar Jengka 2

tidak mempunyai

imej serta jalinan

hijau berterusan yang

menarik.

Tanaman pinggiran jalan perlu

disusun dengan teratur

disamping membentuk avenue

menarik dan sistem jalinan hijau

yang menggambarkan identiti

Daerah Maran secara

umumnya. Kombinasi pokok

dan laluan pejalan kaki mestilah

membentuk satu rekabentuk

landskap menarik dan selamat

terutama kepada pengguna

seperti murid-murid sekolah.

Imej pinggiran jalan

serta kawasan

perniagaan di Bandar

Jengka 21 tidak

mempunyai gubahan

struktur tanaman

yang menarik serta

mengganggu corak

rekabentuk

persekitaran bandar

dan kediaman secara

umumnya.

Imej landskap yang lengkap dan

teratur perlu dibangunkan

walaupun kawasan bandar kecil

dan berpendudukan sederhana

atau kurang padat. Ini dapat

membentuk satu persekitaran

yang selesa serta identiti

Daerah Maran dengan sistem

jalinan hijau yang lengkap dapat

digambarkan di setiap bandar

mahupun pekan-pekan kecil.

Imej landskap jalan

serta pemandangan

kawasan R&R

Bandar Maran.

Kawasan ini penting sebagai

destinasi persinggahan di

antara perjalanan Kuala Lumpur

– Kuantan. Imej landskap

dengan kombinasi struktur

tanaman serta ruang luaran

yang selesa perlu

dipertingkatkan bagi

membentuk satu lagi imej pintu

masuk serta corak rekabentuk

bandar Maran.

4.3.7 RUMUSAN

Pembangunan sektor landskap Kawasan Kajian perlu menitikberatkan kepada rekabentuk serta

susunan elemen landskap samada tanaman dan juga landskap kejur atau perabut jalan. Penyediaan

ruang pejalan kaki yang mencukupi dan selesa juga dapat menghubungkan taman-taman awam

serta kawasan tumpuan di dalam bandar melalui rangkaian hijau yang dicadangkan. Imej

rekabentuk mestilah dapat menggambarkan identiti bandar-bandar di dalam Kawasan Kajian

tersendiri.

Selain daripada imej landskap pintu masuk, jalan serta kawasan perniagaan, kawasan lain juga

akan diambilkira di dalam penyediaan perancangan serta garispanduan landskap Daerah Maran

seperti kawasan pentadbiran, institut pengajian, perindustrian, perumahan serta kawasan-kawasan

persendirian.

4.3 -4