4/5/2018 USM News Portal - KUSISDARI TEROKA UNIVERSITI...

4
4/5/2018 USM News Portal - KUSISDARI TEROKA UNIVERSITI HOKKAIDO https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4800-kusisdari-teroka-universiti-hokaido 1/4 Kumpulan Siswa-Siswi Darul Ridzuan (KUSISDARI), Universiti Sains Malaysia (USM) meneroka Universiti Hokkaido (UH), Jepun dalam berkongsi ilmu serta pengalaman para pelajar di peringkat global. Penasihat KUSISDARI, Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya berkata kali ini pemilihan UH adalah kerana jalinan kerjasama yang telah wujud sekian lama di samping reputasi UH sebagai salah sebuah universiti terbaik di Jepun. “Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan global kepada pelajar USM serta saling bertukar idea dan pengetahuan bersama pelajar UH,” tambahnya yang juga Pengarah, Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), USM. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... KUSISDARI TEROKA UNIVERSITI HOKKAIDO 24 MAR

Transcript of 4/5/2018 USM News Portal - KUSISDARI TEROKA UNIVERSITI...

Page 1: 4/5/2018 USM News Portal - KUSISDARI TEROKA UNIVERSITI ...eprints.usm.my/39947/...TEROKA_UNIVERSITI_HOKKAIDO.pdfLevel 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800

4/5/2018 USM News Portal - KUSISDARI TEROKA UNIVERSITI HOKKAIDO

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4800-kusisdari-teroka-universiti-hokaido 1/4

Kumpulan Siswa-Siswi Darul Ridzuan (KUSISDARI), Universiti Sains Malaysia (USM) menerokaUniversiti Hokkaido (UH), Jepun dalam berkongsi ilmu serta pengalaman para pelajar di peringkatglobal.

Penasihat KUSISDARI, Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya berkata kali ini pemilihanUH adalah kerana jalinan kerjasama yang telah wujud sekian lama di samping reputasi UH sebagaisalah sebuah universiti terbaik di Jepun.

“Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan global kepada pelajar USM serta saling bertukaridea dan pengetahuan bersama pelajar UH,” tambahnya yang juga Pengarah, Pusat TeknologiPengajaran dan Multimedia (PTPM), USM.

(https://news.usm.my)

Berita Mutakhir

search...

KUSISDARI TEROKA UNIVERSITI HOKKAIDO24MAR

Page 2: 4/5/2018 USM News Portal - KUSISDARI TEROKA UNIVERSITI ...eprints.usm.my/39947/...TEROKA_UNIVERSITI_HOKKAIDO.pdfLevel 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800

4/5/2018 USM News Portal - KUSISDARI TEROKA UNIVERSITI HOKKAIDO

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4800-kusisdari-teroka-universiti-hokaido 2/4

“Harapan saya agar para pelajar mendapat manfaat dari program sebegini serta merasai pengalamandi luar negara yang mampu membuka minda dan pemikiran pelajar supaya lebih global dan positif,”ujar Wan Ahmad Jaafar.

Page 3: 4/5/2018 USM News Portal - KUSISDARI TEROKA UNIVERSITI ...eprints.usm.my/39947/...TEROKA_UNIVERSITI_HOKKAIDO.pdfLevel 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800

4/5/2018 USM News Portal - KUSISDARI TEROKA UNIVERSITI HOKKAIDO

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4800-kusisdari-teroka-universiti-hokaido 3/4

Delegasi ini yang merangkumi 15 orang Ahli Jawatankuasa Eksekutif KUSISDARI bagi sidang akademik2016/2017 turut mempersembahkan tarian 1Malaysia dengan lengkap berkostum tradisional sertaseni tari silat.

Timbalan Pengarah Eksekutif, Institut Kolaborasi Antarabangsa UH, Profesor So Kawanobemenyambut baik hasrat USM dalam perkongsian amalan terbaik setiap universiti sama ada mengenaisistem pendidikan mahupun aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

Hokkaido University yang dibina pada tahun 1876 adalah salah sebuah universiti penyelidikan diJepun serta menawarkan pelbagai program di peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah tinggitermasuk Undang-undang, Ekonomi, Perubatan, Kejuruteraan dan Pergigian. 

Teks dan foto sumbangan: Prof. Madya Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya    

Suntingan: Nor Rafizah Md Zain

Page 4: 4/5/2018 USM News Portal - KUSISDARI TEROKA UNIVERSITI ...eprints.usm.my/39947/...TEROKA_UNIVERSITI_HOKKAIDO.pdfLevel 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800

4/5/2018 USM News Portal - KUSISDARI TEROKA UNIVERSITI HOKKAIDO

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4800-kusisdari-teroka-universiti-hokaido 4/4

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015