4

16
1.0MENGENALPASTI UNSUR-UNSUR MUZIK NYANYIAN, GERAKAN, GENDERANG HARI :1 TUGASAN 1 :Sediakan Satu Senarai Semak Pengajaran Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Nyanyian Gerakan Dan Genderang 1.1 Unsur-Unsur Nyanyian Dalam a!"ek ini murid meng#ayati dan meletak nilai ter#ada" ba#an muzik dan "er!emba#an$ Murid mendengar mera!a menge%am mengenal"a!ti membanding beza mengkla!i&ika! menganali!i! meng#uraikan berk'ng!i "andangan dan berbin%ang !e%ara li!an dan bertuli! Murid memberi re!"'n ke"ada "elbagai a!"ek tentang karya atau "er!emba#an muzik ('kal !e"erti teknik "er!emba#an "elbagai muzik ('kal dan k'n!e" muzik$ Antara k'n!e" muzik adala# !e"erti irama mel'di bentuk ek!"re!i$ Manakala "elbagai muzik ('kal "ula adal !e"erti nyanyian !'l' nyanyian berkum"ulan dan nyanyian dua la"i!an !uara )il Akti(iti Huraian 1 P'!tur P'!tur yang digunakan adala# "'!tur berdiri *edudukan badan adala# "enting untuk meng#a!ilkan nyanyian yang bermutu$ P'!tur yang baik akan membantu "erna&a!an dan "engeluaran !uara !ema!a menyanyi$ P'!tur )erdiri: *aki + berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang !edikit$ ,utut + dil'nggarkan -rilek!. tidak kaku$ )adan + belakang badan !erta ke"ala dalam keadaan luru!$ Dada + dinaikkan$ )a#u + ditarikkan ke belakang !edikit$ Dagu + !elari dengan lantai$ Tangan + di !i!i

description

fdv

Transcript of 4

1.0 MENGENALPASTI UNSUR-UNSUR MUZIK NYANYIAN, GERAKAN, GENDERANGHARI: 1TUGASAN 1:Sediakan Satu Senarai Semak Pengajaran Tentang Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik Nyanyian, Gerakan Dan Genderang

1.01 Unsur-Unsur Nyanyian

Dalam aspek ini murid menghayati dan meletak nilai terhadap bahan muzik dan persembahan. Murid mendengar, merasa, mengecam, mengenalpasti, membanding beza, mengklasifikasi, menganalisis, menghuraikan, berkongsi pandangan dan berbincang secara lisan dan bertulis.

Murid memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vokal seperti, teknik persembahan, pelbagai muzik vokal dan konsep muzik. Antara konsep muzik adalah seperti irama, melodi, bentuk, ekspresi. Manakala, pelbagai muzik vokal pula adalah seperti nyanyian solo, nyanyian berkumpulan dan nyanyian dua lapisan suara

BilAktivitiHuraian

1Postur Postur yang digunakan adalah postur berdiriKedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran suara semasa menyanyi.Postur Berdiri:Kaki - berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit.Lutut - dilonggarkan (rileks), tidak kaku.Badan - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.Dada - dinaikkan.Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit.Dagu - selari dengan lantai.Tangan - di sisi

2Pernafasan

Terdapat banyak latihan pernafasan yang boleh dijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:-

a. Menghembus dan menarik nafasHembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa anda diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.

b. Bernafas secara cepatBiasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat.Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali.

c. Pernafasan staccatoLatihan ini dilakukan dengan sebutan ts secara berulang-ulangsehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut ter libat dalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otot tersebut untuk membantu mengaw al pernafasan.

d. Hiss/HooSambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi hiss.

3Sebutan

Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada aw al dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten.

4Artikulasi

Dilakukan oleh lidah bibir dan dagu.

5Ekspresi

Menggunakan ekspresi seperti;

a. DinamikAras dinamik: lembut; kuat.Perubahan dinamik: beransur lembut; beransur kuat.

b. MudDeskripsi mud dalam muzik: riang; sedih; bersemangat; cemas; takut; tenang.

6Penghasilan Ton

Penghasilan ton dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengaw alan organ vokal (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara. Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut:a. Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u).b. Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.c. Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansur dilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang.d. Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkong terbuka.

Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:a. Glissando vokal dengan sebutan O dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya.b. Menguap dengan bunyi ah.c. Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan.d. Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut:Hee hee hee ! Apa khabar ?

7Register

Terdapat tiga perletakan suara atau tingkat register suara di kalangan penyanyi register kepala, tengah dan dada

Penggunaan Solfa untuk latihan juga digunakan. Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d) digunakan sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem do bergerak (movable do) yang mana pic do bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada C major-minor, pic do ialah not C. Manakala bagi nada D major-minor, pic do ialah not D. Jenis pergerakan pic: menaik; menurun; mendatar; bertangga; melompat.Solfa: do re mi fah soh lah ti do re.

1.02 Unsur-Unsur Gerakan

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat non verbal .

BilAktiviti-aktivtiHuraian

1Gerakan mengikut lirik lagu

Dicipta oleh murid sendiri dengan bantuan guru muzik

2Gerakan mengikut konsep muzik

Tiada

3Intrepetasi muzik dengan gerakan

Dicipta oleh murid sendiri dengan bantuan guru muzik

4Gerakan bebas dengan muzik

Dicipta oleh murid sendiri dengan bantuan guru muzik

5Gerakan mengikut cerita atau tema

Dicipta oleh murid sendiri dengan bantuan guru muzik

1.03 Unsur-Unsur GenderangMelatih koordinasi mata dan pergerakan tanganMemainkan pelbagai alat muzik perkusi, seperti;Tamborine, Kayu tik-tok, Kerincing, Kastenet, Simbal, Marakas, Claves dan sebagainya.

2.0 MENGUMPUL MAKLUMAT TENTANG PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK NYANYIAN, GERAKAN DAN GENDERANG

HARI: 1TUGASAN : Pilih satu Sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Tuliskan kekuatan, kelemahan aktiviti tersebut dan cadangkan penambahbaikan.

2.1 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik NyanyianMata Pelajaran Tahun Masa Aspek Item

Pendidikan Muzik12x 30 minitPengalaman Muzikal Nyanyian, Gerakan dan Genderang2.1 Pengetahuan Teknik2.1.2 Teknik dalam permainan perkusi Memegang dan mengendalikan Memainkan

Hasil pembelajaran1. Murid memegang kastenet dan trombone dengan betul2. Memainkan kastenet dan tromborin mengikut teknik yang betul

Penngetahuan Sedia ada1. Murid pernah menyanyikan lagu Telefonku 2. Murid pernah menepuk detik mengikut ikon.3. Mncipta dan menghasilkan pergerakan

Aktiviti 1. Permainan kastenet dan tamborin2. Mengulangkaji lagu Telefonku dengan iringan muzik sambil menepuk detik. 3. Memperkenal kastanet. Murid diberi peluang merasai bentuk fizikal kastanet dan memainkan secara bebas dengan iringan muzik.4. Dengan bimbingan guru, murid memegang dan memainkan kastanet dengan teknik yang betul.5. Murid memainkan detik pertama dan ketiga berdasarkan lagu Telefonku.6. Latihan memainkan detik menggunakan kastanet.7. Contoh aktiviti kumpulan:

Kumpulan 1: memainkan kastanet mengikut detik pertama dan ketiga dalam lagu Telefonku.Kumpulan 2: menyanyikan lagu.

(Kumpulan 1 dan 2 bertukar-tukar aktiviti)

Elemen StratergiKontekstual Mengaplikasikan

BahanKeratan gambar telefon, rakaman lagu Telefon Ku, kastanet dan beberapa alat perkusi ringan lain.

2.2 Kekuatan, Kelemahan Aktiviti Dan Cadangkan PenambahbaikanPENGALAMAN MUZIKAL NYANYIAN, GERAKAN DAN GENDERANGPERKARAHURAIAN

KEKUATANGuru :1. Menghasilkan keceriaan di dalam kelas2. Mengeratkan hubungan antara guru dan murid

Murid :1. Memupuk sifat kerjasama antara rakan 2. Memupuk disiplin murid

KELEMAHANGuru :1. Terlalu banyak aktiviti yang dilakuakn dalam sesuatu masa2. Guru mungkin tidak dapat mengawal pergerakan murid

Murid :

1. Terdapat pelajar yang tertinggal atau tidak dapat mengikuti dalam aktiviti2. Terdapat pelajar yang malu atau pasif dalam melakukan aktiviti yang dijalankan3.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN1. Melakukan 2 perkara dalam sesuatu masaContohnya; Melakukan aktiviti nyanyian dan pergerakan sahaja atau nyanyian dan perkusi2. Memberi persediaan awal kepada murid-murid3. Memberi masa untuk mereka memperbaiki kesalahan yang ada.

3.0 MENGENALPASTI POLA TINGKAHLAKU MURID DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

HARI: 2TUGASAN 3: Membuat Pemerhatian Terhadap Tingkahlaku Dan Gaya Pembelajaran Murid Berdasarkan Dengan Jenis Pergerakan Yang Dipilih Berdasarkan Kronologi

JENIS PERGERAKANKRONOLOGI

PERGERAKAN YANG DICIPTA OLEH GURU MENGGUNAKAN LAGU TELEFONKUTepuk Tangan, Telefon1. Guru memberi arahan untuk duduk didalam kumpulan masing-masing seperti yang telah dirancang dalam kelas sebelum ini. 2. Guru memberi arahan untuk melihat pergerakan yang telah dicipta 3. Guru melakukan pegerakan dengan memberikan contoh-contoh pergerakan yang hendak dilakukan dalam lagu sambil diperhatikan oleh murid.4. Guru melakukan pergerakan baris demi baris tanpa diiringi muzik.5. Guru memanggil 3 orang murid kehadapan untuk melakukan pergerakan bersama-sama6. Murid berlatih bersama-sama guru tanpa diiringi muzik, tetapi menyebut lirik lagu baris demi baris7. Murid diberi masa untuk melatih bersama-sama rakan.8. Murid kemudiannya berlatih bersama-sama bantuan guru dengan diiringi muzik9. Murid dalam kumpulan 1 melakukan pergerakan mereka dahulu di hadapan rakan dan diikuti kumpulan 210. Selepas tamat persembahan, murid duduk dalam kumpulan masing-masing

TUGASAN 4: Senaraikan Satu Senarai Semak Berdasarkan Mana-Mana Satu Teori Tingkah Laku. Kenal Pasti Seorang Kanak-Kanak Dan Buat Membuat Pemerhatian Terhadap Pola Tingkahlaku Dan Gaya Pembelajaran Murid. Berdasarkan Dengan Jenis Pergerakan Yang Dipilih Berdasarkan Kronologi.

Nama : Mohammad Amin bin Abdul KarimUmur : 8 tahunKelas: 2 Cempaka

Pola-pola Tingkahlaku Murid

PERKARAHURAIAN TERHADAP MURID (SAMPEL)

Merujuk kepada cara seseorang berinteraksi dengan persekitaran

Murid tersebut dapat berinteraksi dengan baik, memberi respon apabila dipanggil, mengajar rakan-rakan yang lemah

Setiap individu mempunyai cara yang tekal dan ketara untuk melihat,mengurus dan menyimpan maklumat yang diterima

Dapat melihat,mengurus dan menyimpan maklumat yang diterima dengan baik. 1. Guru mengajar cara pergerakan dihadapan murid (sampel)2. Murid tersebut melihat untuk pertama kali, dan membuat pergerakan sambil mengingat maklumat yang diterima3. Murid tersebut bertanya jika pergarakannya itu betul atau tidak.4. Murid tersebut dapat melakukannya hanya dengan percubaan kedua.

Dipengaruhi oleh dua faktor: Persekitaran dan Gen

Daripada maklumat yang didapati, murid tersebut mempunyai latar belakang keluarga dan pendidikan yang baik. Murid tersebut juga menghadiri kelas muzik di luar.

Gaya pembelajaran bermaksud cara-cara yang lebih disukai oleh muridmurid untuk memproses maklumat yang diterima dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.

Merujuk kepada cara bagaimana murid-murid memberi perhatian kepada apa yang diajar,kemudian menyusun maklumat dalam minda mereka dan seterusnya mengingat kembali apabila diperlukan.

Gaya Pembelajaran Kolb

Terdapat 4 jenis dalam Gaya Pembelajaran Kolb, iaitu 1. Diverger2. Converger 3. Assimilator 4. Accomodator

Dalam Gaya Pembelajaran Kolb ini, murid yang dikeanalpasti ini adalah dalam kategori, Diverger. Antara ciri-ciri sampel adalah:1. Berupaya mengasimilasi pelbagai maklumat untuk dijadikan satu entiti yang bersepadu2. Boleh menjana banyak idea3. Mempunyai imaginasi yang tinggi4. Berfikiran terbuka5. Boleh berinteraksi dengan orang lain

4.0 PERANAN GURU TERHADAP MURID DARI ASPEK BIMBINGAN

HARI: 3TUGASAN 5: SEDIAKAN SATU SESI TEMUBUAL DENGAN GURU MUZIK TERSEBUT TENTANG PERANAN GURU TERHADAP KANAK-KANAK DENGAN MENGAMBIL KIRA ASPEK BIMBINGANTEMUBUAL: PUAN ROZIAH BINTI ABDUL RAHMANTAJUK : PERANAN GURU TERHADAP KANAK-KANAK

PERBINCANGAN

HAWAAssalamualaikum Puan. Terima kasih kerana sudi ditemu bual dan meluangkan masa untuk tugasan saya ini.

PUAN ROZIAHWaalaikum salam. Sama-sama. Tidak mengapa. Saya sekadar membantu apa yang boleh.

HAWASaya ditugaskan untuk membuat temu bual mengenai peranan guruterhadap kanak-kanak dengan mengambil kira aspek bimbingan. Ini termasuklah segala aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sebagai soalan pembukaan, adakah puan setuju dengan pernyataan saya di mana guru perlu memainkan peranan penting terhadap kanak-kanak dengan mengambil kira aspek bimbingan?

PUAN ROZIAHSudah semestinya. Peranan sebagai seorang guru sekolah sangatbesar. Ini adalah kerana bilik darjah merupakan rumah kedua kanak-kanak. Guru pula adalah ibu bapa kedua mereka selepas ibu dan bapa mereka di rumah. Segala perkara yang berlaku terhadap kanak-kanak di sekolah adalah menjadi tanggungjawab guru. Guru sememangnya mempunyai peranan yang sangat besar dari aspek bimbingan .

HAWABoleh puan berikan contoh apakah yang dimaksudkan dengan peranan guru dari aspek bimbingan?

PUAN ROZIAHDari aspek bimbingan, guru perlu memberi bimbingan dari segi akademik. Sebagai contoh dari awal tahun, guru mula mengajarkanak-kanak untuk mengenal not-not muzik dan cara menulis not muzik hingga mereka boleh membaca serta menulis not-not tersebut. Guru sentiasa bimbingan kepada setiap murid-murid terutamanya kepada murid-murid yang lemah dan tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran dalam suatu tempoh tertentu. Bimbingan khusus perlu diberikan kepada kanak-kanak tersebut sehinggalah kanak-kanak itu berjaya menguasai sesuatu kemahiran seiring dengan rakan-rakannya yang lain. Sebagai contoh, guru memberi bimbingan dalam menghafal not muzik seperti semibreve, minim, krotchet, quaver, dan semiquaver.

HAWAPenjelasan puan itu sebenarnya sudah menjawab soalan saya seterusnya. Walau bagaimana pun saya ucapkan terima kasih kepada puan sekali lagi kerana sudi ditemu ramah. Terima kasih juga kerana menerima saya di sini untuk menjalankan tugas saya. Harap apa semua yang saya pelajari di sini memberi manfaat kepada saya pada masa akan datang. Terima kasih dan assalamualaikum.

PUAN ROZIAHSama-sama. Waalaikumsalam.

5.0 PERANAN SEKOLAH TERHADAP PENDIDIKAN MUZIK DARI ASPEK KEMUDAHAN DAN SOKONGAN

HARI: 4TUGASAN 6 : SEDIAKAN SATU TEMUBUAL DENGAN PIHAK PENTADBIR SEKOLAH TERSEBUT TENTANG KEMUDAHAN DAN SOKONGAN TERHADAP SUBJEK PENDIDIKAN MUZIK DAN AKTIVITI MUZIKAL.TEMUBUAL: PUAN HAJAH ASIAH BINTI ATANTAJUK : KEMUDAHAN DAN SOKONGAN TERHADAP SUBJEK PENDIDIKAN MUZIK DAN AKTIVITI MUZIKAL.

PERBINCANGAN

HAWAAssalamualaikum Puan. Terima kasih kerana sudi ditemu bual dan meluangkan masa untuk tugasan saya ini.

PUAN HAJAH ASIAHWaalaikumsalam. Sama-sama. Tidak mengapa. Saya sekadar membantu apa yang boleh. Okay, kita boleh mula sekarang, apa yang hawa sediakan soalannya?

HAWASaya ditugaskan untuk membuat temu bual mengenai temubual dengan pihak pentadbir sekolah tentang kemudahan dan sokongan terhadap subjek pendidikan muzik dan aktiviti muzikal .Ini termasuklah segala aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti juga proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, sebagai soalan pembukaan, adakah puan setuju dengan pernyataan saya di mana guru pentadbir telah memberikan kemudahan dan sokongan yang terbaik dalam subjek Pendidikan muzik dan aktiviti muzikal di sekolah?

PUAN HAJAH ASIAHSudah semestinya. Saya sebagai pihak pentadbir sudah memberi kemudahan yang lengkap dan sokongan yang terbaik dalam subjek Pendidikan muzik dan aktiviti muzikal di sekolah. Sebagai contoh, pihak pentadbir telah menaja dan memberikan dana dalam membeli peralatan-peralatan muzik.

HAWASebagai pihak pentadbir, boleh jelaskan sedikit tentang kemudahan lengkap dan sokongan Puan Hajah tadi?

PUAN HAJAH ASIAHOkay, kemudahan yang lengkap disini adalah bermaksud pihak pentadbir telah memberi dan mengkhaskan bilik muzik untuk belajar sewaktu penganjaran dan pembelajaran (pnp) muzik dijalankan. Jika Hawa masuk kedalam bilik muzik, banyak kemudahan yang ada seperti piano yang telah dihadiahkan atau diderma oklah Kerajaan Korea. Kita juga telah membali sebuah keyboard Casio untuk digunakan sewaktu pnp muzik dijalankan. Selain itu, terdapat juga beberapa kemudahan dan peralatan-peralatan kecil lain seperti kastinet, tamborin, marakas, kayu tik tok dan sebagainya. Inilah kemudahan yang ada untuk pnp muzik di sekolah ini.

HAWABoleh puan berikan pula contoh tentang sokongan terhadap subjek pendidikan muzik dan aktiviti muzikal?

PUAN HAJAH ASIAHAntara sokongan yang diberikan adalah, pihak pentadbir membuat aktiviti muzik yang berfaedah untuk murid-murid sekolah. Sebagai contoh, aktiviti pertandingan nasyid, koir, dan persembahan cerita yang memerlukan guru muzik untuk menyertainya. Dalam aktiviti nasyid kami menggunakan khidmat guru muzik dalam menyusun lagu, pegerakan dan sebagainya.

HAWAPenjelasan puan itu sebenarnya sudah menjawab soalan saya seterusnya. Walau bagaimana pun saya ucapkan terima kasih kepada puan sekali lagi kerana sudi ditemu ramah. Terima kasih juga kerana menerima saya di sini untuk menjalankan tugas saya. Harap apa semua yang saya pelajari di sini memberi manfaat kepada saya pada masa akan datang. Terima kasih dan assalamualaikum.

PUAN HAJAH ASIAHSama-sama. Waalaikumsalam.

6.0 LA PORAN REFLEKTIFREFLEKSI

Saya, Nur Hawa binti Zainal Abidin unit L7, PISMP Ambilan Januari 2013, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Muzik, En Asri bin Che Mat yang memberi tunjuk ajar subjek ini. Penerangan yang diberikan di dalam kelas sangat jelas dan mudah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ibubapa saya serta rakan-rakan yang memberikan kerjasama sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Semasa mendapat kerja kursus ini kebanyakan rakan-rakan kelas saya kurang jelas tentang kehendak soalan dan apa yang perlu dilakukan. Tetapi setelah diterangkan di dalam kelas dan bantuan daripada rakan, saya mulai faham. Kami sering melakukan perbincangan dan pembelajaran dalam kumpulan diluar waktu kelas. Masalah lain yang turut kumpulan saya hadapi ialah masalah untuk mencari bahan-bahan. Bahan-bahan yang dicari adalah diambil daripada Pusat Sumber IPG kampus Ipoh. Kebanyakan bahan-bahan sudah dipinjam oleh rakan-rakan dan perlu menunggu giliran untuk meminjam.

Memperkatakan tentang kreatif bererti perbincangan menghasilkan sesuatu yang baru pada unsur-unsur yang telah sedia ada atau baru hendak diadakan. Tidak dapat tidak ianya berkait rapat dengan soal penghargaan. Di kalangan murid, guru memberikan dorongan dan galakkan untuk memajukan diri. Memberi input baru terhadap diri mereka sendiri dalam dunia pendidikan. Mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran tanpa mengharapkan anugerah. Soal pengurniaan biarlah difikirkan oleh pihak lain. Begitu juga dalam menyertai pertandingan, bertujuan untuk menghasilkan inovasi yang kreatif dalam kumpulan dan bukan untuk merebut tempat kemenangan tetapi memupuk pemikiran kreatif.

Shallcross (1981), menyarankan agar guru menyediakan iklim persekitaran yang membantu pembangkitan tingkah laku kreatif di kalangan pelajar. Untuk itu tambah beliau lagi, guru perlumengambil kira tiga faktor utama iaitu fizikal, mental dan emosi. Iklim fizikal merujuk kepada susunanfizikal bilik darjah yang akan menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan. Salah satu aspek fizikal yang perlu diambil kira ialah penyediaan ruang untuk aktiviti yang berbeza. Iklim mental atau intelektual pula merujuk kepada pelbagai jenis rangsangan dan cabaran untuk disesuaikan dengan keperluan tindak balas pelajar.

Pada mulanya kreativiti dianggap memainkan peranan penting hanya dalam bidang seni dansastera sahaja. Namun kini para penyelidik mendapati kreativiti turut memainkan peranan penting dalam bidang-bidang pentadbiran, perniagaan, keusahawanan, sains, metamatik, seni bina, kejuruteraan dansukan. Perkembangan ini menyebabkan usaha untuk memupuk kreativiti di peringkat sekolah dianggapsebagai sangat mendesak dan penting. Dalam dunia penuh persaingan global ketika ini, memiliki pengetahuan dan kepintaran yang tinggi tidak memadai. Pengetahuan dan kepintaran tersebut mestidisertai dengan kreativiti agar pelajar kita dapat bersaing di peringkat global apbila mereka dewasa nanti.Akan tetapi usaha ke arah pemupukan kreativiti pelajar ini akan terbantut seandainya halangan-halanganterhadap pemupukan kreativiti tidak diatasi terlebih dahulu

Akhir kata, Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya berasa berbangga melakukan tugasan ini kerana memperoleh ilmu dan kemahiran dalam menghasilkan penulisan ilmiah ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.