4

2
4.0 CADANGAN MENGATASI Pendidikan merupakan entiti yang sangat penting dalam sesebuah negara. Negara yang memiliki pendidikan sempurna dapat membangunkan ketamadunan secara menyeluruh. Dalam sejarah dunia, pembangunan negara kebiasaannya selari dengan pembinaan sekolah-sekolah atau pusat pengajian walaupun memiliki perbezaan dari aspek pendekatannya. Kejayaan sekolah terletak kepada banyak faktor, antaranya peranan kelas dan bilik darjah itu sendiri. Hal ini ditandai oleh unsur-unsur yang terkandung di dalam bilik darjah yang mempengaruhi emosi murid. bilik darjah sepatutnya menjadi tempat paling menyeronokkan bagi semua pihak. Justeru, kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks pembelajaran bilik darjah ini akan membawa pelbagai masalah yang melibatkan isu perkauman di kalangan pelajar.Oleh yang demikian, guru merupakan salah satu ejen utama dalam menangani isu-isu perkauman di kalangan pelajar.Antara langkah yang boleh diambil untuk membanteras isu perkauman di kalangan pelajar ialah mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya .Guru perlu peka kepada kepelbagaian yang terdapat di dalam bilik darjahnya supaya tiada kelompok yang mersakan diri tersisih.Contohnya,setiap bilik darjah akan mewakili dua buah papan kenyataan di hadapan dan di belakang kelas.Demikian,guru boleh pilih salah satu papan kenyataan bagi mewujudkan sudut maklumat kebudayaan di Malaysia.Dalam sudut tersebut guru boleh mempamerkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan budaya di Malaysia serta guru boleh meminta murid untuk menyediakan bahan bacaan yang berkaitan dengan budaya supaya boleh dipamerkan dalam sudut ini.Melalui ini murid-murid dalam bilik darjah tersebut dapat mengenali keistimewaan sesuatu budaya.Perkara ini juga akan mewujudkan perasaan hormat-menghormati budaya rakan sekelas.

description

pen

Transcript of 4

Page 1: 4

4.0 CADANGAN MENGATASI

Pendidikan merupakan entiti yang sangat penting dalam sesebuah negara. Negara

yang memiliki pendidikan sempurna dapat membangunkan ketamadunan secara

menyeluruh. Dalam sejarah dunia, pembangunan negara kebiasaannya selari dengan

pembinaan sekolah-sekolah atau pusat pengajian walaupun memiliki perbezaan dari aspek

pendekatannya. Kejayaan sekolah terletak kepada banyak faktor, antaranya peranan kelas

dan bilik darjah itu sendiri. Hal ini ditandai oleh unsur-unsur yang terkandung di dalam bilik

darjah yang mempengaruhi emosi murid. bilik darjah sepatutnya menjadi tempat paling

menyeronokkan bagi semua pihak.

Justeru, kepelbagaian sosiobudaya dalam konteks pembelajaran bilik darjah ini akan

membawa pelbagai masalah yang melibatkan isu perkauman di kalangan pelajar.Oleh yang

demikian, guru merupakan salah satu ejen utama dalam menangani isu-isu perkauman di

kalangan pelajar.Antara langkah yang boleh diambil untuk membanteras isu perkauman di

kalangan pelajar ialah mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.Guru

perlu peka kepada kepelbagaian yang terdapat di dalam bilik darjahnya supaya tiada

kelompok yang mersakan diri tersisih.Contohnya,setiap bilik darjah akan mewakili dua buah

papan kenyataan di hadapan dan di belakang kelas.Demikian,guru boleh pilih salah satu

papan kenyataan bagi mewujudkan sudut maklumat kebudayaan di Malaysia.Dalam sudut

tersebut guru boleh mempamerkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan budaya di

Malaysia serta guru boleh meminta murid untuk menyediakan bahan bacaan yang berkaitan

dengan budaya supaya boleh dipamerkan dalam sudut ini.Melalui ini murid-murid dalam bilik

darjah tersebut dapat mengenali keistimewaan sesuatu budaya.Perkara ini juga akan

mewujudkan perasaan hormat-menghormati budaya rakan sekelas.

Seterusnya adalah pergaulan mesra antara guru dan murid.Pergaulan mesra

antara guru dan murid juga akan menjamin hubungan mesra antara guru dan pelajar tanpa

mengira agama dan bangsa.Biasanya perwatakan seseorang guru yang merangkumi

pakaian yang kemas, pertuturan yang sopan, pergaulan yang mesra, mengambil berat

terhadap murid tanpa mengira agama dan bangsa akan menjadi tunjuk ajar kepada

murid.Perwatakan seseorang guru akan menarik perhatian pelajar secara

mendalam.Segelintir pelajar akan mengikut tunjuk teladan seseorang guru

tersebut.Contohnya,guru boleh memakai pakaian tradisional setiap kaum ketika mengahadiri

ke sekolah.Pakaianannya seperti baju kurung, baju punjubi, baju kebaya, saree dan

sebagainya.Ini menunjukkan yang dia menghormati agama lain. Di samping itu guru juga

perlu peka terhadap Di pedalaman mahupun di bandar, guru perlu membuat sedikit analisis

mengenai latar belakang murid - murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru,

Page 2: 4

beliau perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan

tahap sosio ekonomi yang berbeza - beza.

Contohnya,dalam sesebuah bilik darjah muridnya terdiri daripada pelbagai

kaum.Oleh itu,guru boleh mengamalkan cara bersalaman dalam empat jenis bahasa yang

terutama di Negara kita.Antaranya ialah,bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu,Bahasa

Cina,Bahasa Tamil dan Bahasa Universal iaitu Bahasa Inggeris.