46961993-Contoh-Teks-Pengacaraan

download 46961993-Contoh-Teks-Pengacaraan

of 4

Transcript of 46961993-Contoh-Teks-Pengacaraan

  • 7/30/2019 46961993-Contoh-Teks-Pengacaraan

    1/4

    TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN RASMI KEM KIA 2M11 SEPTEMBER 2008, PUSAT LATIHAN JHEOA, KLUANG, JOHOR.

    Bil. KIU TEKS

    1. Ketika

    VIP masuk keDewan

    Pihak penganjur mengucapkan selamat datang kepada tetamu

    kehormat, diiringi Pengarah dan Timbalan Pengarah IPPM sertatetamu undangan. Hadirin dipersilakan berdiri...terima kasih.

    2. Mula Assalamualaikum salam perpaduan kepada sekalian yangberada di dalam dewan yang permai ini.

    Itik angsa memakan nangka,Makan sekali di tempat redup;

    Hari Selasa majlis dibuka,Hari ini majlis ditutup.

    3. Doa(Baca teks ini

    jika adapembaca doa

    rasmi)

    Awal Bismillah permulaan bicara,Kata nan murni penyusun acara,Mendoakan hadirin sihat sejahtera,Silakan tampil pendoa yang mulia.

    Semoga kebaikan datang jua, Doa tulus pinta dilafazkan.

    Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doayang akan dilafazkan oleh

    dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPPM.

    Majlis mengucapkan terima kasih.

    3a. Doa(Baca teks ini

    jika tanpapembaca doa

    rasmi)

    Hidup dikandung adat,Adat berpaksi agama,Majlis biarlah berkat,Umul kitab lalu kita baca.

    Al-Fatihah...

    4. Sapaan kepadaTetamu

    (Sesuaikan ikutkehadiransebenar)

    Yang Berbahagia Tuan Haji Sufaat bin Tumin, PengarahPelajaran Negeri Johor yang mewakili Yang Berbahagia DatinAsariah binti Meor Shaharuddin, Timbalan Ketua PengarahPelajaran Malaysia;

    Yang Berusaha Puan Hjh. Noor Hayatee binti Md. Noor,Pengarah IPPM;

    Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Wahid Akmal bin Omar,Pengarah JHEOA Pahang;

    Yang Berusaha Encik Mohamad Hamizon bin Mohamad,

    1

  • 7/30/2019 46961993-Contoh-Teks-Pengacaraan

    2/4

    TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN RASMI KEM KIA 2M11 SEPTEMBER 2008, PUSAT LATIHAN JHEOA, KLUANG, JOHOR.

    Bil. KIU TEKS

    Timbalan Pengarah JHEOA Johor,

    Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah binti Madarsa, TimbalanPengarah IPPM

    Pegawai-Pegawai JHEOA Rompin dan Segamat,

    Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah Rompin dan Segamat;

    Ketua-Ketua Jabatan, Guru-Guru Besar dan Guru-GuruPenyelaras KIA 2M Rompin-Segamat/Pensiangan Salinantan

    Negeri Melaka;

    AJK Pengelola Kem KIA 2M, ibu-ibu bapa dan murid-murid yangdikasihi.

    5. UcapanPengarah Apa tanda hari nak malam, suasana menjadi kelam;

    Apa tanda hari nak hujan, awan di langit bertukar hitam;

    Apa tanda hari nak siang, ayam berkokok sahut-sahutan;

    Apa tanda majlis nak mula, ucapan alu-aluan muladiberikan.

    Untuk itu, majlis dengan takzimnya mempersilakanPuan Hjh. Noor Hayatee binti Md. Noor, Pengarah IPPMuntuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

    Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian puanmengalu-alukan tetamu kehormat dan para hadirin.

    6. Ucapan

    PerasmianTetamuKehormat

    Jika makan tanpa minum, takut tercekik, susah nanti;

    Jika membaca tanpa faham, ketika ditanya, lantas diam;

    Jika bernyanyi tanpa suara, penat mendengar, buang masa;

    Jika duduk tidak berlunjur, ketika berdiri, hendak tersungkur.

    Jika majlis tidak ditutup, amalan yang baik macam tak cukup.

    Oleh hal yang demikian, untuk mencukupkan pengisian acara,tiba masanya pihak majlis mengalu-alukan tetamu kehormat,Yang Berbahagia Tuan Haji Sufaat bin Tumin, PengarahPelajaran Negeri Johor yang mewakili Yang Berbahagia DatinAsariah binti Meor Shaharuddin, Timbalan Ketua PengarahPelajaran Malaysia.. untuk menyampaikan ucapan, seterusnyamenutup rasmi Kem KIA 2M 2008. Dipersilakan Tuan.

    2

  • 7/30/2019 46961993-Contoh-Teks-Pengacaraan

    3/4

    TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN RASMI KEM KIA 2M11 SEPTEMBER 2008, PUSAT LATIHAN JHEOA, KLUANG, JOHOR.

    Bil. KIU TEKS

    Ucapan Tuan penuh makna, majlis mengucapkan terima kasihjua.

    7. Cenderamata(Sesuaikan

    dengankeadaansebenar)

    Lazimnya:

    Apabila ke sungai, yang dibawa pulang ialah ikan;

    Apabila ke laut, yang dibawa selain ikan ialah siput;

    Apabila ke hutan, yang dibawa ialah hasil perburuan;

    Apabila ke majlis, yang elok dibawa pulang tentulah oleh-oleh barang secebis buat kenangan manis.

    Dengan ini, majlis mempersilakan Pengarah IPPM tampil

    untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangankepada:1. Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor2. Wakil JHEOA Rompin3. Wakil JHEOA Segamat4. Wakil PPD Rompin5. Wakil PPD Segamat

    Terima kasih kepada Puan.

    8. BersuraiTiada ucapan seindah kemaafan;

    Tiada kemaafan semurni keikhlasan;

    Tiada keikhlasan setulus kesyahduan;

    Justeru, marilah kita melabuhkan tirai pertemuan;mencampakkan sauh pelayaran; dan

    merehatkan lelah kepenatan;

    Lalu, sampai di sini sahaja berhujungnya majlis penutupan yangindah permai ini, dan dengan penuh insaf kita menyusun kalimatharapan agar:

    - penganjuran mengundang kesan;- perbelanjaan tidak dipersiakan;- pengetahuan sudi dikongsikan;- kesamarataan dalam pendidikan

    sama-sama kita perjuangkan.

    Wabillahittaufiq...

    Kesempurnaan itu milik ALLAH, kepincangan itu milikhamba. Sekian, salam hormat daripada saya:

    MOHAMAD BIN MUSIP, IPPM. Ketemu lagi nanti...

    3

  • 7/30/2019 46961993-Contoh-Teks-Pengacaraan

    4/4

    *Kandungan teks tertakluk kepada perubahan dan pengubahsuaian, ikut cita rasa

    penyampai dan keadaan sebenar dalam majlis.

    4