49641882 Perlembagaan Bertulis Dan Tidak Bertulis

download 49641882 Perlembagaan Bertulis Dan Tidak Bertulis

of 4

description

perlembagaan bertuis

Transcript of 49641882 Perlembagaan Bertulis Dan Tidak Bertulis

Slide 1KONSEP PERLEMBAGAAN PERBANDINGAN PERLEMBGAAN BERTULIS DAN TIDAK BERTULIS Slide 2PENGENALAN Perlembagaan bermaksud undang-udang yang dipersetujui bersama melalui badan perundangan . Malaysia mempunyai dua jenis perlembagaan: (a)Perlembagaan bertulis (b)Perlembagaan tidak bertulis Kedua-dua perlembagaan tersebut memainkan peranan yang penting: (a)Mengekalkan keharmonian masyarakat (b)Memastikan pemerintahan dan pentadbiran negara berjalan dengan lancar (c)Memberi jaminan perlindungan kepada rakyat . Slide 3KONSEP PERLEMBAGAAN Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang penting . Perlembagaan menentukan bidang kuasa pemerintahan,bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat . Perlembagaan juga menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman . Slide 4KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak kepada semua undang. Semua undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan ,jika wujud percanggahan, undang-undang tersebut dianggap tidak sah . Badan eksekutif , kehakiman dan perundangan tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan . Yang Dipertuan Agong perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan . Slide 5PERLEMBAGAAN BERTULIS Perlembagaan bertulis Malaysia merupakan sumber undang-undang yang utama di Malaysia . Merupakan undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan. Contoh-contoh perlembagaan bertulis : (a)Perlembagaan Persekutuan (b)Perlembagaan Negeri (c)Akta (d)Enakmen (e)Ordinan (f)Perundangan subsidiari (g)Undang-undang Islam Slide 6PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS Merujuk kepada undang-undang Malaysia yang tidak dikanunkan oleh badan perundangan dan tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri . Contoh-contoh perlembagaan tidak bertulis : (a)Undang-undang lazim(common law) (b)keputusan-keputusan mahkamah (c)undang-undang Hindu (d)undang-undang adat : -Adat Perpatih -Adat Temenggung Slide 7(I)Adat Perpatih Adat Perpatih dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau dari Palembang , Sumatera pada abad ke-16 . Diwarisi secara lisan . Tidak menggalakkan perkahwinan antara sepupu. Hukuman yang dikenankan bersifat mencegah . Pembahagian harta lebih mengutamankan nasab keturunan sebelah ibu . Slide 8(II)Adat Temenggung Adat Temenggung dibawa masuk dari Palembang , Sumatera . Adat ini menggalakkan perkahwinan antara sepupu. Dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Islam . Hukuman di bawah Adat Temenggung jauh lebih berat daripada Adat Perpatih dan bersifat pembalasan. Pembahagian harta lebih mengutamakan nasab keturunan sebelah bapa . Slide 9KANDUNGAN PERLEMBAGAAN SECARA UMUM Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara seperti yang diberikan dalam jadual berikut: Slide 11KANDUNGAN PERLEMBAGAAN Secara umunnya perlembagaan Malaysia terbahagi kepada 3 isi kandungan terbesar iaitu: (a)Kebebasan asasi (b)Kewarganegaraan (c)Sistem pemerintah Slide 12(a)Kebebasan Asasi Kebebasan asasi seseorang individu diperuntukkan dalam bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan . Kebebasan asasi individu boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu : (a)Kebebasan mutlak Bermaksud kebebasan asasi yang tidak boleh disekat (b)Kebebasan bersyarat Merujuk kepada kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang-undang. Slide 13(b)Kewarganegaraan Dalam Bahagian 3,Perkara 14 hingga 22 Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan ,seseorang boleh memperoleh kewarganegaraan melalui 4 cara iaitu : (I)Secara kuatkuasa undang-undang (II)Secara pendaftaran (III)Secara naturalisasi/masukan (IV)Secara percantuman wilayah Slide 14(I)Kewarganegaraan secara kuatkuasa undang-undang Dilahir sebelum Hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan akan mendapat kewarganegaraan secara automatik. Seseorang yang lahir selepas Hari Malaysia dapat menjadi warganegara Persekutuan dengan syarat-syarat berikut: (a)Ibu atau bapa mrupakan warganegara. (b)Dilahirkan diluar Persekutuan dan bapanya merupakan warganegara atau berkhidmat dengan kerajaan persekutuan atau negeri. (c)Dilahirkan di Singapura dan ibu atau bapanya merupakan warganegara. (d)Dilahirkan di persekutuan dan semasa kelahirannya tidak menjadi warganegara lain . Slide 15(II)Kewarganegaraan secara pendaftaran Seseorang boleh memohon warganegara melalui pendaftaran dengan memenuhi beberapa syarat berikut : (a)Berumur kurang daripada 21 tahun ,ibu atau bapanya merupakan warganegara (b)Berumur 18 tahun atau lebih dan menetap di Sabah atau Sarawak daripada 7 tahun hingga 10 tahun dan berkelakuan baik serta berpengetahuan tentang bahasa Melayu . Slide 16(III)Kewarganegaraan secara naturalisasi Seseorang yang berumur lebih daripada 21 tahun boleh memohon menjadi warganegara Malaysia jika: (a)Seseorang itu telah bermastautin 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan (b)Berniat menjadi warganegara Malaysia (c)Berkelakuan baik (d)Berpengetahuan dalam Bahasa Melayu Slide 17(IV)Kewarganegaraan secara percantuman wilayah Jika ada satu wilayah baru yang masuk ke dalam Malaysia selepas hari Malaysia,maka semua penduduknya akan menjadi warganegara Malaysia. Contohnya seperti : (a)Sabah (b)Sarawak Slide 18(c)Sistem Pemerintahan Mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan . Melalui sistem ini ,rakyat akan melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara . Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya . Sistem pemerintahan Malaysia dibahagi kepada 3 badan : (a)Badan Eksekutif (b)Badan Perundangan (c)Badan Kehakiman Slide 19(I)Badan Eksekutif(Pelaksana) Badan Pelaksana dasar-dasar kerajaan ialah Jemaah Menteri atau Kabinet . Kabinet adalah pembuat dasar tertinggi negara . Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara . Perdana Menteri ialah Ketua Jemaah Menteri yang bertanggungjawab mengetuai bebrapa kementerian. Slide 20(II)Badan Perundangan Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan . Parlimen ialah sebuah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang . Parlimen terdiri daripada: (a)Yang di-Pertuan Agong (b)Dewan Negara (c)Dewan Rakyat Slide 21(III)Badan Kehakiman(Judisiari) Badan Kehakiman merupakan suatu badan yang mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah . Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana . Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Slide 22KESIMPULAN Perlembagaan memainkan peranan yang penting . Perlembagaan berfungsi sebagai panduan pentadbir negara untuk mentadbir sesebuah negara. Tanpa perlembagaan, tidak akan wujud negara yan aman dan damai.