4a-Penggunaan Kata Kerja

24
Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KATA KERJA ATAU FRASA DALAM DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN (DSKP) 1

description

4

Transcript of 4a-Penggunaan Kata Kerja

Taklimat Umum KSSR

KATA KERJA ATAU FRASA DALAMDOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN(DSKP)

1Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIABahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA1Penggunaan kata kerja dan frasa dalam penulisan Standard Kandungan dan Standard Prestasi DSKP Tahun 6:Mengenal pastiMenyatakanMemerihalkanMenghubungkaitMenjelas dengan contoh6. Menjelaskan melalui contoh

MencirikanMengitlakMenjana ideaMenaakulMentafsir

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAPenggunaan kata kerja dan frasa dalam penulisan Standard Kandungan dan Standard Prestasi DSKP Tahun 6:12. MeramalMelakarMembuat kesimpulanBerkomunikasiMengeksperimenMenjalankan penyiasatan Mereka bentukMenyelesaikan masalahMencerakinkanMenjalankan projek

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1 Mengenal pastiMengecam atau mengingat semula sesuatu perkaraBoleh ditaksir secara lisan, bertulis, lakaran atau TMK

Contoh:SK 3.1 - SP 3.1.1 Mengenal pasti jenis mikroorganisma melalui pemerhatian menerusi pelbagai media

Jawapan: Ada 5 jenis mikroorganisma iaitu fungi, protozoa, alga, bakteria dan virus

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2 MenyatakanMemberitahu, memaklumkan, melaporkanBoleh ditaksir secara lisan, bertulis, lakaran atau TMK

Contoh:SK 6.2 - SP 6.2.1 Menyatakan maksud geseran

Jawapan: Geseran adalah daya yang terhasil apabila dua permukaan bersentuhan dan menentang arah gerakan

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA3 MemerihalkanMenceritakan, menerangkan, menyatakan dengan jelas,menghuraikanBoleh ditaksir secara lisan, bertulis, lakaran atau TMK

Contoh:SK 4.1 SP 4.1.3Memerihalkan faktor persaingan antara tumbuhan.

Jawapan: Persaingan berlaku oleh kerana sumber keperluan asas adalah terhad. Tumbuhan memerlukan 4 faktor untuk hidup dan meneruskan pertumbuhan iaitu air, cahaya matahari, nutrien dan ruang. Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA4 MenghubungkaitMembuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.Contoh:SK 4.2 TP 5: Menghubungkait interaksi antara tumbuhan dengan proses fotosintesis

Penerangan:Murid boleh menjelaskan mengapa tumbuhan bersaing atau bekerjasama berdasarkan keperluan fotosintesis.Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan air kerana air diperlukan dalam proses fotosintesisPokok dedalu memanjat untuk mendapatkan cahaya matahari bagi membolehkannya menjalankan fotosintesis.Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA5 Menjelas dengan contohMembuat penjelasan tentang sesuatu perkara dengan memberi contoh yang sesuai

Contoh:SK 12.1 - SP 12.1.1 Menjelas dengan contoh jenis dan kegunaan mesin ringkas

Penerangan:Murid perlu menjelaskan kegunaan setiap satu jenis mesin ringkas dan memberikan contoh yang sesuai.Contoh jawapan:Gear roda bergerigi bertujuan untuk memudahkan pergerakan. Contohnya gear pada basikal.Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA6 Menjelaskan melalui contohMenggunakan contoh yang sesuai untuk menerangkan sesuatu perkara

Contoh:SK 5.1 SP 5.1.2Menjelaskan melalui contoh haiwan dan tumbuhan yang mengalami ancaman kepupusan.

Jawapan: Badak Sumatera menjadi haiwan terancam kerana pemburuan haram. Periuk Kera menjadi tumbuhan terancam kerana penerokaan kawasan hutan. Penguatkuasaan undang-undang terhadap aktiviti haram hendaklah ditingkatkan.Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA7 MencirikanMengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objekContoh:SK 8.1 TP 1Mencirikan makanan yang telah rosak

Penerangan:Antara ciri makanan yang rosak adalah berbau busuk, berbuih, berkulat, berasa masam, berubah warna dan rasa, melekit.Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA8 MengitlakMembuat pernyataan umum terhadap sesuatu perkara untuk keseluruhan kumpulan berdasarkan pemerhatian ke atas sampel atau beberapa maklumat daripada kumpulan ituContohSK 3.1 SP 3.1.34 Mengitlak mikroorganisma ialah benda hidup dan kebanyakaannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Penerangan: Murid seharusnya dapat membuat pernyataan umum bahawa mikroorganisma adalah benda hidup selepas menjalankan penyiasatan mengenai proses hidup mikroorganisma. Penyiasatan itu juga akan membuatkan murid menyedari bahawa kebanyakan mikroorganisma tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA9 Menjana ideaMenghasilkan idea berkaitan sesuatu perkara.Biasanya proses ini dijalankan dalam bentuk perbincangan kumpulan dan ia boleh dijelmakan dalam bentuk carta, catatan dllContoh: SK 9.1 TP 5:Menjana idea kesan pembuangan bahan buangan secara tidak terancang

Penerangan: Murid menyatakan/menyenaraikan kesan sekiranya bahan pembuangan bahan buangan dilakukan secara tidak terancang.Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA10 MenaakulMemberi penerangan munasabah untuk menyokong hujahan, tanggapan, rumusan atau keputusan yang telah dibuat. Contoh:SK 8.1 TP 5Menaakul kesuaian kaedah pengawetan dengan jenis makanan dari segi tempoh, tekstur, rupa dan rasa.Jawapan:Daging lebih sesuai diawet menggunakan kaedah penyejukbekuan berbanding penyalaian kerana boleh disimpan dalam tempoh yang lama. Tekstur, rupa dan rasa juga tidak banyak berbeza dengan daging segar.Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA11 MentafsirMemberi penerangan atau penjelasan mengenai sesuatu ayat atau gambar rajahContoh:SK 10.1 TP 6 :Mentafsir gambar rajah peringkat-peringkat gerhana mengikut urutan yang betul

Penerangan:Murid mampu menerangkan mengenai peringkat gerhana yang berlaku berdasarkan gambar rajah mengikut urutan yang betul.Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 12 MeramalMembuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.Contoh: SK 3.1 TP 4:Meramal faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma

Penerangan:Murid menjangkakan faktor yang menyebabkan pertumbuhan mikroorganisma berdasarkan pengalaman sendiri, contohnya melalui perbuatan membasuh tangan sebelum makan, membiarkan air susu terdedah.Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA13 MelakarContoh:SK 11.3 TP 3:Melakar gambarajah untuk menunjukkan fenomena gerhana Bulan berlaku apabila kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari serta sifat cahaya bergerak lurus.

Penerangan:Murid boleh membuat lakaran saiz Bumi, Bulan dan Matahari dengan nisbah yang munasabah. Seterusnya satu garis lurus menyambung titik kutub utara Matahari, Bumi dan Bulan menunjukkan sifat cahaya.

Merupakan satu cara atau proses melukis secara kasar atau membuat rajah yg hampir baik utk mendapatkan gambaran yg dimaksudkan.Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA14 Membuat kesimpulanMembuat ringkasan atau rumusan daripada apa yang dibicarakan/dipelajari daripada sesuatu prosesContohSK 6.1 TP 3: Membuat kesimpulan faktor yang mempengaruhi geseran.

Penerangan:Murid membuat kesimpulan bahawa jisim objek dan jenis permukaan mempengaruhi geseran setelah menjalankan eksperimen terhadap faktor-fator tersebut.Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA15 BerkomunikasiMenerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk lukisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.Contoh:SK 10.1 TP 5 : Berkomunikasi tentang kesan fenomena gerhana kepada kehidupan di Bumi.

Penerangan:Murid membuat carian maklumat, memilih yang sesuai, menyusun dan boleh mempersembahkannya samada melalui buku skrap, poster, peta minda, persembahan multimedia atau lakonan drama. Antara kesan langsung fenomena gerhana matahari adalah suhu sekitar akan jatuh beberapa darjah dah haiwan liar akan keliru seketika.Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA16 Menjalankan penyiasatanProses menguji/membuktikan sesuatu perkara atau kaedah menyelesaikan sesuatu masalah yang dijalankan secara sistematik.

Contoh:SK 7.1 SP 7.1.3:Menjalankan penyiasatan untuk menentukan faktor persaingan antara tumbuhan.

Penerangan:Murid menjalankan satu penyiasatan untuk membuktikan faktor persaingan antara tumbuhan. Contoh:Murid menggunakan tumbuhan intraspesis dengan membuat pemerhatian tentang faktor persaingan ruang, air dan cahaya matahari.Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA17 MencerakinkanMemisahkan dan menghuraikan sesuatu kepada bahagian-bahagian asasnyaContoh:SK 12.1 TP 4: Mencerakinkan mesin kompleks kepada mesin ringkas dengan menggunakan contoh

Penerangan:Murid mestilah mampu menyatakan setiap mesin ringkas yang terdapat dalam satu mesin kompleks yang dijadikan contoh.

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA18 Mereka bentukMenghasilkan secara maujud atau membuat lakaran idea penghasilan sesuatu yang baru atau pengubahsuaian kepada yang sedia ada untuk mengatasi masalah secara terancangContoh: SK 12.3 SP 12.3.1Mereka bentuk model mesin dengan menggabungkan beberapa konsep sains yang telah dipelajari.

Penerangan: Murid boleh menghasilkan objek secara maujud atau hanya membuat lakaran idea model mesin tersebut. Model mesin yang direka bentuk mestilah melibatkan lebih daripada satu konsep sains yang telah dipelajari.Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA19 Menyelesaikan masalahMenggunakan pengetahuan berkaitan sesuatu konsep atau perkara untuk menyelesaikan permasalahan dalam situasi yang diberikan

Contoh:SK 7.1 SP 7.1.3:Menyelesaikan masalah berkaitan kelajuan menggunakan rumus

Penerangan:Murid boleh menggunakan rumus kelajuan bagi menyelesaikan situasi atau soalan yang dikemukakan.

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA20 Menjalankan projekKerja atau aktiviti yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara.

Contoh:SK 8.1 SP 8.1.5:Menjalankan projek mengawet sejenis makanan dengan pelbagai kaedah.

Penerangan:Murid mengawet sejenis makanan (ditetapkan oleh guru atau hasil kata sepakat murid) dengan pelbagai kaedah pengawetan yang telah dipelajari untuk mengetahui kesesuaian kaedah dengan jenis makanan.Aktiviti boleh dijalankan samada satu kelas menggunakan satu jenis makanan atau satu kumpulan dengan satu jenis makanan. Setiap kumpulan mesti menaakul kesesuaian kaedah yang dipilih.

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIATerima KasihBahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIABahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA