5 Aspek Utama Model Disiplin Asertif Canter

3
5 aspek utama Model Disiplin Asertif Canter. ASPEK : Konsep utama Kedua – dua ganjaran dan hukuman adalah berkesan. Guru dan murid mempunyai hak masing – masing. Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang optimum. Guru hendaklah menggunakan peraturan dan menguatkuasa kesan secara konsisten tanpa bias. Guru harus menggunakan satu hirarki disiplin ASPEK : Gaya respon Guru Contoh tidak asertif : “Sudah berulang kali saya minta anda supaya jangan bercakap dengan rakan – rakan, dan anda masih berbuat demikian. Sila berhenti”. Contoh asertif : “Mariah, ini adalah amaran atas perbuatan anda bersandar kerusi atas dua kaki. Letakkan kerusi pada keadaan asal, jikalau tidak, anda tidak dibenarkan buat ASPEK : Jenis Ganjaran Pengukuh Sosial – senyuman, kata – kata pujian Pengukuh grafik – bintang, pelekat Pengukuh aktiviti – masa rehat, mainan khas Pengukuh fizikal – makanan, hadiah, sijil ASPEK : Hak Asasi Murid Contoh – Dibekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum. Disediakan guru yang akan membantu mereka

Transcript of 5 Aspek Utama Model Disiplin Asertif Canter

Page 1: 5 Aspek Utama Model Disiplin Asertif Canter

5 aspek utama Model Disiplin Asertif Canter.

ASPEK :

Konsep utama

Kedua – dua ganjaran dan hukuman adalah berkesan. Guru dan murid mempunyai hak masing – masing. Guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang

optimum. Guru hendaklah menggunakan peraturan dan menguatkuasa

kesan secara konsisten tanpa bias. Guru harus menggunakan satu hirarki disiplin yang

mengandungi kesan yang bersesuain mengikut tahun persekolahan.

Guru perlu bersifat asertif dan tidak asertif atau agresif.

ASPEK :

Gaya respon Guru

Contoh tidak asertif : “Sudah berulang kali saya minta anda

supaya jangan bercakap dengan rakan – rakan, dan anda

masih berbuat demikian. Sila berhenti”.

Contoh asertif : “Mariah, ini adalah amaran atas perbuatan

anda bersandar kerusi atas dua kaki. Letakkan kerusi pada

keadaan asal, jikalau tidak, anda tidak dibenarkan buat bacaan

senyap di sudut bacaan nanti”.

Contoh agresif : “Simpan buku komik dengan serta merta

jikalau tidak, anda akan menyesal”.

ASPEK :

Jenis Ganjaran

Pengukuh Sosial – senyuman, kata – kata pujian

Pengukuh grafik – bintang, pelekat

Pengukuh aktiviti – masa rehat, mainan khas

Pengukuh fizikal – makanan, hadiah, sijil

ASPEK :

Hak Asasi

Murid

Contoh –

Dibekalkan persekitaran pembelajaran yang optimum.

Disediakan guru yang akan membantu mereka mengurangkan

tingkah laku yang kurang wajar dan menyokong tingkah – laku

yang wajar.

Page 2: 5 Aspek Utama Model Disiplin Asertif Canter

Bukan setakat itu sahaja malah Canter (1992) juga menyatakan bahawa

perancangan adalah sangat penting untuk menjamin pengajaran yang berkesan dan

pengurusan bilik darjah yang baik. Dalam pada itu, sesuatu pelan yang berkesan

hendaklah disediakan terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada para murid pada hari

pertama guru masuk kelas. Bagi menghasilkan pelan disiplin mengikut kelas, soalan –

soalan berikut hendaklah dipertimbangkan.

1) Apakah tingkah laku ingin dihapuskan atau disemai dalam diri murid –murid

anda?

2) Apakah jenis konsekuen negatif yang wajar bagi murid – murid tersebut?

3) Apakah jenis konsekuen positif yang wajar bagi murid – murid tersebut?

4) Bagaimanakan cara mengesan tingkah laku yang wajar dan tidak wajar?

Manakala, langkah – langkah untuk membentuk satu pelan disiplin asertif adalah

seperti yang dinyatakan dalam jadual di bahagian lampiran.

Seterusnya, model disiplin asertif ini mempunyai beberapa kebaikan dan

juga kelemahan. Kebaikannya adalah ia memanfaatkan guru kerana sebaik sahaja

pelan disiplin dibentuk dan diluluskan oleh pihak pentadbir, malah guru tidak perlu

fikirkan cara untuk menangani tingkah laku bermasalah disebabkan mereka sudah ada

satu rujukan. Ia juga meupakan tindakan ke atas tingkah laku murid dan bukan

wataknya. Dari segi kelemahannya pula, keberkesanan satu – satu progam tidak dinilai

dari segi kejayaan mencegah murid – murid daripada melakukan salah laku tetapi

mereka perlu diajar bagaimana dan betapa pentingya menjadi seorang murid yang

berkelakuan baik. Selain itu, model ini mewujudkan persekitaran yang bersifat

authoritarian di mana murid hanya akur kepada kehendak guru.