5 Biah Solehah Pemangkin Kecemerlangan Sahsiah Pelajar

11

Click here to load reader

description

w

Transcript of 5 Biah Solehah Pemangkin Kecemerlangan Sahsiah Pelajar

  • 1

    BIAH SOLEHAH PEMANGKIN KECEMERLANGAN SAHSIAH PELAJAR

    ABD RASHID BIN ZAINAL1

    SUMAIYAH BINTI SULAIMAN2

    SITI NOR BINTI JAFFAR3

    Abstrak

    Pembinaan insan dalam Islam bermula dari pendidikan yang diterima. Sekolah merupakan

    institusi yang terpenting memikul tanggungjawab membentuk sahsiah pelajar. Sejajar dengan

    perkembangan Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia, sekolah yang berjaya

    menggarap kecemerlangan akademik dan sahsiah perlu diiktiraf dan dijadikan bench mark

    sudut pelaksanaannya dan disebarluaskan agar dapat dijadikan model. Kertas kerja ini akan

    membincangkan bagaimana Biah Solehah di sebuah sekolah berprestasi tinggi (SBT); Kolej

    Islam Sultan Alam Shah (KISAS) berperanan membentuk sahsiah dan pembinaan insan

    dengan acuannya yang tersendiri dalam beberapa aspek kehidupan. Justeru kertas kerja ini

    membincangkan amalan harian sehingga terbentuknya budaya Biah Solehah dikalangan

    warga KISAS SBT. Penulis juga akan cuba mengenengahkan program-program yang

    dilaksanakan serta cuba mengemukakan cadangan bagi meningkatkan kualiti sahsiah pelajar

    di sekolah-sekolah seterusnya boleh dijadikan asas pembudayaan Biah Solehah yang

    terbilang.

    Kata kunci : Pendidikan, biah solehah, Kolej Islam Sultan Alam Shah, sahsiah, pembinaan

    insan

    1 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG 2 IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI 3 SEK AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH, KLANG

  • 2

    Pendahuluan

    Merujuk Kamus Lisanul Arab, biah adalah perkataan Arab yang membawa maksud

    kediaman (ar.wikipedia.org). Iklim yang baik dan harmonis disebut dalam bahasa Arab

    sebagai al-biah al-solehah. Kewujudan persekitaran yang soleh atau baik dan takwa akan

    mempengaruhi pembentukan jiwa dan akhlak penghuni yang berada dalamnya. Menurut Abd.

    Rahim (2006), golongan remaja menyesuaikan dirinya dengan faktor-faktor persekitaran

    keluarga, persekitaran sosial dan budaya yang akan mencorakkan perkembangan tingkah laku

    mereka. Pelajar yang mempunyai asas agama yang lemah dan pemahaman betapa pentingnya

    nilai-nilai kerohanian juga lemah mudah terjebak dalam gejala sosial (Zainudin & Norazmah:

    2011). Abdullah Nasih Ulwan (2004) menyatakan jika si anak dibiarkan bercampur-gaul

    dengan teman-teman yang pincang dan rosak akhlaknya, maka lidahnya akan mengeluarkan

    kata-kata kesat dan caci maki. Membentuk peribadi seorang insan memerlukan

    pengembelingan seluruh masyarakat, bukan sekadar dua ibubapa sahaja. Asas utama untuk

    menyelesaikan masalah masyarakat itu ialah tiang-tiang seri atau tunggak masyarakat

    (Murshidah & Maryam 2004). Maka tidak hairanlah kegagalan membentuk seorang anak

    agar menjadi soleh kadang-kala dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

    Jika ibu bapa merupakan insan soleh dan mengiklimkan rumah tangga dengan unsur-unsur

    yang baik, tetapi apabila anak tersebut ke sekolah, bergaul dengan kawan, berjalan di

    kampung atau bandar, melihat televisyen dan majalah dan seumpamanya yang kesemuanya

    menyumbang ke unsur-unsur anti-soleh atau negatif, maka kemungkinan unsur pengajaran

    yang baik itu akan terhakis. Jika tidak terhakis pun, kekeliruan dan pelbagai persoalan dari

    jiwa yang mentah itu akan muncul. Begitu insan di setiap peringkat terpengaruh dengan

    persekitarannya atau teman rapatnya. Nabi saw menyebut dalam hadis:

    Seseorang berada atas agama sahabat baiknya. Maka hendaklah seseorang kamu

    memerhatikan siapakah dia jadikan teman rapatnya

    (Riwayat Ahmad)

    Justeru betapa pentingnya membentuk atau mewujudkan biah solehah ini, maka kita tidak

    hairanlah jika Allah menegaskan antara tanggungjawab para pemimpin masyarakat dan

    keluarga ialah memelihara diri dan ahli keluarga atau masyarakat dari azab api neraka.

    Perintah ini termaktub dalam surah al-tahrim ayat 6 yang bermaksud:

    Peliharalah diri kamu dan ahli kamu dari azab api neraka

    Dalam hal ini Allah telah jelas menegaskan kepentingan memelihara ahli keluarga dari

    kemungkaran. Proses memelihara itu akan berlaku apabila iklim dan persekitaran dihiasi

    dengan perkara-perkara yang makruf dan dihindari dari kemungkaran yang nyata lagi

    mencemarkan masyarakat.

    Biah Solehah Pemangkin Kepada Proses Pendidikan Berterusan

    Pendidikan bermula daripada buaian sehingga ke liang lahad. Setiap saat manusia akan belajar

    perkara baru. Sesuai dengan hadis Rasulullah SAW Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke

    liang lahad. Proses pendidikan yang berterusan ini telah digambarkan dengan jelas melalui

    falsafah pendidikan Islam (FPI)

  • 3

    Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran,

    dan penghayatan berdasarkan al quran dan as Sunnah, bagi membentuk sikap, kemahiran,

    keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab

    untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar, negara ke arah mencapai kebaikan di

    dunia dan akhirat.

    Matlamat FPI ini jelas untuk melahirkan individu yang soleh iaitu beriman, berilmu, beramal

    dan berakhlak mulia. Menurut Ghazali (2001), FPI membawa maksud usaha berterusan

    menyampaikan ilmu, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan berdasarkan al-

    Quran dan al-Sunnah sepanjang hayat. Oleh itu pendidikan Islam haruslah diajar untuk

    memperlihatkan kesyumulan Islam sebagai satu sistem cara hidup yang sempurna selamat dan

    menyelamatkan. Pembudayaan Islam dalam kehidupan seharian meliputi kehidupan secara

    formal dan tidak formal (Zanaton: 2005). Kehidupan secara formal apa yang berlaku dalam

    kehidupan sebagai pelajar di dalam bilik darjah dan kehidupan tidak formal apa yang mereka

    lalui selepas itu. Justeru itu, proses pendidikan yang berterusan akan mewujudkan biah

    solehah yang mana ahlinya akan membudayakan hubungan yang baik sesama manusia

    dengan terbina akhlak mahmudah dan seterusnya mengekalkan rasa kehambaan kepada

    Tuhan yang Maha Esa.

    Berdasarkan FPI, penulis merumuskan konsep biah solehah sebagai pemangkin proses

    pendidikan berterusan seperti dalam rajah 1 berikut:

    Biah Solehah Biah solehah

    Rajah 1 : Kerangka konsep biah solehah yang diadaptasi dari FPI

    Berdasarkan rajah di atas, apabila seseorang telah mengamalkan seperti yang dikehendaki

    oleh al-Quran dan as-Sunnah, ini bererti dia telah menjadi hamba Allah yang taat. Manfaat

    akan diperolehi pada diri, masyarakat, alam sekitar dan negara. Hasilnya ialah kebahagiaan

    dunia dan akhirat. Semuanya terangkum hasil biah solehah.

    Sejarah ringkas Kolej Islam Sultan Alam Shah

    Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang pada asalnya dinamakan Kolej Islam Malaya

    (KIM) dan Kolej Islam Klang (KIK), adalah satu pusat pengajian Islam formal yang pertama.

    Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1374H/1955M. Nama sebenarnya pada masa itu ialah Kolej

    Islam Malaya. Ia didirikan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar yang terletak di

    Jalan Kota Raja, iaitu kira-kira satu setengah kilometer dari bandar Kelang

    (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolej_Islam_Sultan_Alam_Shah). Sebelum itu, pendidikan

    Islam di Tanah Melayu bertebaran di pondok-pondok yang diusahakan oleh tok-tok guru yang

  • 4

    serba kekurangan. Kolej ini kemudiannya melahirkan lulusan yang menyumbang ke arah

    pembangunan ummah di tanah air.

    Penubuhannya untuk melahirkan golongan ulama pewaris nabi, telah berlangsung

    pada 8 April 1955 di tapak Istana Jemaah, Kampung Jawa, Klang dengan dirasmikan oleh

    Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj, Sultan Selangor V1 selepas solat jumaat

    dalam majlis yang penuh gilang gemilang. Baginda Almarhum telah mewakafkan Istana

    Jemaah tersebut sebagai tapak dan bangunan. D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Al

    Haj mengatakan dalam Kolej Islam Mutiara Ilmu (2005) Sempena sambutan Jubli Emas Kolej

    Islam Sultan Alam Shah.

    Detik bersejarah itu dapat disempurnakan apabila Almarhum Paduka Nenda Beta telah berangkat merasmikan Kolej Islam Malaya pada 8 April 1955

    selepas solat jumaat dalam majlis yang penuh gilang gemilang.

    Tradisi dan amalan wakaf ini mencerminkan kefahaman dan

    penghayatan keluarga Diraja Selangor terhadap amalan yang murni ini demi

    membangunkan Islam di negeri Selangor Darul Ehsan. Penubuhan kolej ini

    sendiri membuktikan tradisi kerjasama erat antara ulama dan umara dalam

    memartabatkan kegemilangan Islam.

    Ia juga memperlihatkan keperihatinan semua lapisan masyarakat

    daripada kalangan Raja-raja Melayu, pejuang masyarakat, pemimpin politik dan

    alim ulamak tentang masa depan pendidikan tinggi Islam. Beta menaruh harapan tinggi agar warga Kolej Islam Sultan Alam Shah

    hari ini menjiwai falsafah dan asal penubuhan Kolej Islam itu sendiri yang jelas

    dalam cogan kata kolej ini Tetaplah (istiqamah) atas jalan lurus sebagaimana diperintahkan (Surah Hud : ayat 112)

    Dengan pembangunan drastik terhadap MSC dan IT dalam negara, KISAS telah

    terpilih sebagai Sekolah Bestari pada tahun 1999, dinobatkan sebagai sekolah kluster pada

    tahun 2007. Pengiktirafan kepada KISAS sampai kekemuncaknya apabila dinobatkan sebagai

    salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort pertama

    (bpsbpsk.webs.com/senaraisbt.htm) sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Menteri

    Pelajaran pada 25 Januari 2010. Pelajar-pelajar KISAS telah dipilih dari seluruh Malaysia,

    berdasarkan keputusan yang cemerlang dalam PMR dan SPM. Sebelum ini, untuk tujuan

    penguasaan Bahasa Arab dan ilmu agama dari segi akademik pelajar KISAS tingkatan 5 dan 6

    perlu menduduki peperiksaan khas, STK ( Sijil Tinggi Kolej) dan SKK (Sijil Khas Kolej).

    Sijil ini juga akan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah (Abdul

    Talib & Firdaus: 2003) Walau bagaimanapun, dengan pengenalan peperiksaan yang baru iaitu

    STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) di seluruh negara dengan fungsi yang sama,

    peperiksaan STK dimansuhkan.

    Apa yang unik, sekalipun bangunan berubah, nama peperiksaan berubah, namun visi

    penubuhan KISAS tidak berubah walaupun usianya telah mencapai lebih lima puluh tahun,

    iaitu Ke Arah Melahirkan Pemimpin Bertaqwa dan Berilmu Pengetahuan. Dengan visi ini, KISAS telah berjaya melahirkan ramai cendekiawan dan ulama, tokoh politik dan pentadbir,

    pendidik, teknokrat dan saintis. Sebagai guru pendidikan Islam, dengan menyedari hakikat

    dan hasrat penubuhan, modal pelajar-pelajar yang ada dan program-program yang dijalankan,

    penulis akan membincangkan bagaimana persekitaran KISAS membentu melahirkan individu

    yang bertakwa dan bersahsiah mulia. Mohamad Johdi et. al (2009) telah menjalankan kajian

    personaliti insan kamil yang sempurna dan seimbang dari aspek JERISAH (akronim Jasmani,

    Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam persekitaran, Hamba Allah) dalam kalangan pelajar

    KISAS. Namun, dalam kertas ini penulis akan memfokuskan kepada biah solehah yang

  • 5

    terdapat di KISAS melalui program dakwah dan tarbiah serta bagaimana pembudayaan biah

    solehah yang terdapat dalam kalangan pelajar.

    Program Dakwah dan Tarbiah di KISAS

    Dakwah kepada Islam adalah seruan dengan cara yang murni dan sempurna, yang tidak

    tercemar lagi terpelihara sehingga melahirkan individu yang berdiri di atas dasar akidah yang

    ruhnya tauhid, yang berdiri dia ibadah yang ruhnya adalah kebaikan, yang berdiri di atas

    keadilan, dan ikatan yang ruhnya adalah ukhwah, serta buah dari semua itu adalah peradaban

    yang ruhnya adalah keseimbangan dan kelengkapan. Dakwah pada nilai-nilai yang

    sedemikian, bukanlah perkara mudah bahkan ia memerlukan kerja keras. Dengan sifatnya

    yang tidak akan menerima otak yang jumud, hati yang sakit, kekuatan yang kejam atau

    kelompok-kelompok yang dikendalikan oleh hawa nafsu dan tenggelam dalam kenikmatan

    dunia. Oleh sebab itu dakwah ini memerlukan para penyeru dakwah yang berjiwa kukuh,

    yang sesuai dengan keagungan dakwah dan sifat universalnya, yang mampu menyebarkan

    sinarnya dalam jiwa, akal dan perasaan manusia, setelah raga dan kehidupan mereka telah

    mampu diterangi. Sesungguhnya dai yang ideal adalah kekuatan yang menjadi motor

    penggerak dan dynamics pendorong laju gerakan dakwah.

    Maka, KISAS sebagai SBT yang berteraskan agama, Badan Dakwah dan Rohani

    (BADAR) yang merupakan salah sebuah badan khas

    (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolej_Islam_Sultan_Alam_Shah) telah diwujudkan semenjak

    1967 dan dianggap sebagai antara badan yang menjadi pembantu utama kepada pentadbir

    kolej bagi memastikan bahawa kesemua kegiatan pelajar sejajar dengan matlamat dan falsafah

    pendidikan KISAS. Dasar badan ini adalah penghayatan Islam dan seruan badan ini ialah

    Amar Makruf dan Nahi Mungkar. BADAR menjalankan seruannya dari masa ke semasa secara berterusan dan seimbang melalui biro-bironya, iaitu Biro-biro khas, Biro Usrah, Biro

    Musalla, Biro Ekonomi, Biro Ceramah, Biro Kebajikan dan Biro Tamrin dan kegiatan luar.

    Antara program BADAR sepanjang tahun ialah:

    BIL AKTIVITI OBJEKTIF

    1 Kursus Kepimpinan Islam -Melatih para pemimpin dari kalangan

    pelajar seni kepimpinan Islam.

    2 Simposium Nuqabak -Memberi latihan kepada para naqib

    dan naqibat sebagai persediaan

    mengetua usrah

    3 Kursus Imam Dan Bilal -Meningkatkan kemahiran pelajar

    untuk menjadi imam dan bilal.

    4 Kem Pengenalan Tarbiyah Islamiyah -Mendedahkan kepada para pelajar

    baru program pentarbiahan yang

    berlansung di KISAS.

    5 Am I A Truly Muslimah? -Membudayakan ciri-ciri muslimah

    dalam berpakaian dan ibadah.

    6 Halawatun Nasyid Aspiration Night

    (HANNAN)

    - Mencungkil bakat-bakat baru dalam

    bidang persembahan nasyid.

    7 Minggu Keamanan Palestin -Memberi kesedaran kepada pelajar

    perjuangan yang dilalui penduduk

    Palestin untuk membebaskan tanahair.

    8 Rehlah Nuqabak Dan Naqibat -Meningkatkan ukhwah dan rasa

  • 6

    bersama dan bekerjasama.

    9 Kem Pengurusan Jenazah -Meningkatkan kemahiran

    mengendalikan sesuatu kematian.

    10 Kursus Persediaan Kampus -Mendedahkan peluang pelajar untuk

    ke alam kampus.

    11 Muktamar Sanawi BADAR -Melantik pemimpin yang

    berkelayakan untuk memimpin

    BADAR.

    Sumber: Laporan pelan taktikal dan operasi Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)

    2010

    Nilai-nilai Islam juga disuburkan melalui program berkala. Di antara program

    berteraskan Islam, selain BADAR ialah Sahsiatul Kisas yang berjalan mengikut tema yang telah ditetapkan, sama ada Al Ikram wa Al Iithaar, Khidmat Murabbi, Adab Berkomunikasi,

    Ath thadhiah wal Infaq dan Al Istiqamah wa Iltizam. Ia juga sebagai wadah untuk seluruh

    warga kolej menghayati nilai-nilai keimanan dan keluhuran akhlak Islamiyah dan budaya

    masyarakat Islam yang tinggi, umpama The Quranic Generation. Program ini juga berjalan secara berterusan, dari awal tahun sehinggalah akhir.

    Di samping program-program BADAR dan Sahsiatul Kisas, program kegiatan agama

    berterusan, Ihyak Ramadhan dan Nadwah Kepemimpinan SBP turut dijalankan. Kesemua

    program-program ini dirancang dan dilaksanakan ke arah melahirkan warga pelajar KISAS

    yang mempunyai perwatakan cemerlang, beradab dan beretika serta berketrampilan.

    Menurut pemerhatian penulis kecemerlangan BADAR KISAS telah menjadi bench mark kepada sekolah-sekolah lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sepanjang tahun 2012, terdapat beberapa aliran sekolah yang telah memilih KISAS sebagai penanda aras

    kecemerlangan BADAR antaranya ialah Maktab Rendah Sains Mara, seperti MRSM Beseri

    Perlis dan MRSM Tun Ghafar Baba Melaka. Tidak ketinggalan juga sekolah Agama Bantuan

    Kerajaan seperti Hishamudin Kg Jawa Klang. Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan

    Agama ( SMKA) juga tidak ketinggalan dalam berkongsi pengalaman dengan KISAS. Antara

    SMKA tersebut ialah Sekolah Menengah Naim Lil Banat Kelantan. Sek SMNA 1, Manyar

    Indonesia pula contoh sekolah peringkat antarabangsa yang telah menjadikan BADAR

    KISAS sebagai bench mark.

    Program Khidmat Murabbi

    Antara program sahsiatul KISAS yang telah diamalkan semenjak tahun 2002 sehingga ke

    hari ini ialah Khidmat Murabbi. Program ini bertujuan melahirkan rasa cinta dan hormat

    kepada para pendidik KISAS. Para guru akan rasa dihormati dan dihargai manakala para

    pelajar pula akan mendapat kepuasan jiwa kerana dapat menyumbang dan berkhidmat kepada

    guru mereka. (Kertas kerja khidmat murabbi 2012)

    Menurut pengamatan pengkaji program khidmat murabbi ini di bahagi kepada program harian

    dan juga program berkala. Program harian ialah para pelajar akan menunggu di kawasan

    parking dan mereka akan menolong mengangkat beg atau buku ke bilik guru. Perlaksanaan

    program ini mengikut jadual yang telah disusun. Program ini telah merapatkan jurang antara

    pelajar dan guru. Seterusnya rasa kasih mengasihi antara mereka semakin terjalin. Menurut

    (Zainaton, Rohana 2005) konsep pengajaran yang berkesan ialah keberkesanan yang dapat

  • 7

    diwujudkan antara pengajar dan pelajar semasa proses pengajaran, pembelajaran dan selepas

    itu. Perubahan sikap serta peningkatan akademik sebagai bukti jelas kejayaan sesuatu proses

    pembelajaran tersebut.

    Manakala program berkala adalah seperti kenduri kahwin atau kenduri kesyukuran. Apabila

    seseorang guru melangsungkan perkahwinan anaknya sekumpulan pelajar akan memberi

    khidmat untuk menjayakan majlis tersebut. Kebiasaanya pelajar akan terlibat dalam

    persembahan nasyid atau gamelan. Sebahagian lagi membantu pengusaha katering melayan

    para tetamu. Amalan mulia melalui pendidikan tidak formal ini sesuai dengan hadis yang

    bermaksud:

    Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya

    kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang

    sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya.

    (Hadis Riwayat al-Bukhari)

    Berdasarkan kajian Mohamad Johdi (2009) terhadap pelajar KISAS, sumbangan yang ingin

    mereka capai setelah tamat belajar ialah membangunkan masyarakat dan negara 60%, dan,

    berkhidmat untuk agama 40%. Ini menunjukkan KISAS berjaya melahirkan pelajar yang

    berwatak pejuang yang menekankan hubungan dengan manusia dan berwatak abid iaitu yang

    kuat hubungan dengan Allah. Pendirian dan cita-cita murni ini dibentuk melalui biah solehah.

    Pembudayaan Biah Solehah Kalangan Pelajar

    1. Ibadah Harian

    Sudah menjadi rutin harian para pelajar untuk bangun seawal jam 5.00 pagi. Seterusnya

    mereka akan menunaikan solat berjemaah dan wirid selepas solat. Antara wirid yang

    diamalkan ialah al-Mathurat. Pada pemerhatian penulis, semua pelajar akan terus membaca zikir ini secara berjemaah. Bagaimanapun apabila mereka menghadapi kesuntukan masa

    untuk wirid disebabkan waktu subuh yang lewat mereka berzikir di tapak perhimpunan pagi.

    Selain itu, biah solehah diwujudkan dengan galakan solat berjemaah di surau dan tidak

    mendirikan solat di dalam bilik asrama masing-masing. Melalui latihan yang berterusan

    semasa di tingkatan boleh memberikan kesan yang sangat positif. Atas kesedaran betapa

    pentingnya dan manisnya solat berjemaah di surau, maka ia menjadikan pelajar sentiasa

    berusaha untuk mendirikan solat berjemaah pada setiap waktu. Suasana berjemaah ketika itu

    menyebabkan pelajar yang berniat untuk mengerjakan solat secara bersendirian di bilik atau

    istilah musollik berasa serba-salah dan malu walaupun tidak dikenakan tindakan disiplin. Ini bertepatan dengan kajian Mohamad Johdi et. al (2009) di KISAS, Penglibatan pelajar dalam

    solat berjemaah setiap hari ialah 100%. Perkataan biah solehah juga selalu diulang-ulang oleh

    para pentazkirah yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar senior semasa mereka

    memberikan ucapan dan tazkirah setiap kali selepas subuh dan maghrib khususnya. Mereka

    ditekankan betapa pentingnya untuk menjaga biah solehah, memeliharanya daripada dicemari

    oleh anasir-anasir yang tidak baik serta betapa pentingnya menjaga biah solehah di atas tanah

    wakafan yang sudah lama berjasa melahirkan para ulama dan orang-orang yang berjasa

    kepada agama, bangsa dan negara.

    2. Pergaulan antara lelaki dan perempuan

  • 8

    Antara tumpuan utama dalam mewujudkan biah solehah ialah dalam menjaga batas-batas dan

    adab-adab perhubungan antara pelajar lelaki dan perempuan. Penulis mendapati ia merupakan

    keutamaan di KISAS dan keutamaan bagi seorang pelajar apatah lagi dalam usia remaja yang

    mudah untuk digoda dan dipengaruhi oleh hawa nafsu dan syaitan. Buktinya istilah babul liqa yang memberi pengertian menundukkan pandangan ketika berlaku perbincangan di sebalik pintu antara pelajar lelaki dan perempuan adalah satu fenomena yang tidak asing di

    KISAS. Ia bertepatan dengan ayat

    Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi

    mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan

    katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka

    dan menjaga kemaluan mereka ( Surah An-Nur : ayat 30,31)

    Maka, dengan terpeliharanya adab-adab perhubungan antara pelajar lelaki dan perempuan,

    maka banyak masalah lain yang kemungkinan besar akan timbul sudah dicegah dan disekat

    awal-awal lagi serta akan mewujudkan persekitaran yang baik dan kondusif untuk

    menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dan segala aktiviti yang dirancangkan.

    3. Pakaian

    Aspek pemakaian yang bersyariat kalangan pelajar lelaki dan perempuan amat ditekankan di

    KISAS baik sewaktu sesi persekolahan dalam kelas mahupun ketika menjalani aktiviti

    kokurikulum seperti sukan, perkhemahan dan sebagainya. Pelajar perempuan akan dipastikan

    berpakaian menutup aurat dengan ber t-shirt labuh menutup punggung, berseluar panjang

    longgar dan lengkap berstokin. Pelajar juga digalakkan memakai stokin tangan (arm socks),

    walaupun lengan mereka sudah berkaf. Pernah berlaku pelajar lelaki menasihati pelajar perempuan yang tidak memakai setokin ketika aktiviti kokurikulum. Ini menunjukkan

    keprihatinan kedua pihak dalam menjaga dan memelihara biah solehah. Bertepatan dengan

    firman Allah

    Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan dan

    mecegah daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan

    memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat

    oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (at-Taubah: 71)

    Ciri-ciri yang telah disebutkan bukan berlaku secara kebetulan. Ia dipupuk melaui program-

    program tarbiah secara berterusan. Justeru, sesiapa yang pernah menjadi warga pelajar di

    KISAS akan dibiasakan dengan ungkapan ini:

    5 Uniques in KISAS: Teachers, Friends, Ukhuwah, Biah Solehah & Tarbiah

    Walau bagaimanapun, penulis mendapati antara senario dalam dunia pendidikan ada kalanya

    berlaku para ustaz atau ustazah telah berusaha mendidik para pelajar untuk mendirikan solat

    dan menutup aurat. Tetapi, apabila mereka pulang sahaja ke rumah, ada ibu bapa mereka pula

    yang tidak membantu untuk mempercepatkan proses pendidikan tersebut dengan tidak

  • 9

    mengerjakan solat dan tidak menutup aurat. Tidak hairanlah apabila para pelajar perempuan

    ketika di sekolah menutup aurat, tetapi keluar sahaja dari kawasan sekolah, ada yang terang-

    terangan mencabut tudungnya di depan mata guru sendiri

    (mendidik.blogspot.com/2007/02/biah-solehah). Berdasarkan pemerhatian penulis,

    perlanggaran syariat ada juga berlaku dalam kawasan sekolah, begitu juga ketika outing,

    pulang bercuti di rumah dan di luar kawasan sekolah. Penulis menyimpulkan ini menunjukkan

    walaupun pembudayaan biah solehah masih belum berlaku sepenuhnya kerana terdapat

    pelajar yang menganggap ia terikat dengan tempat dan persekitaran. Sedangkan pendidikan

    Islam yang berjaya ialah bila mana seseorang itu mampu mengekalkan rasa berTuhan kerana

    takut dan cinta, walau di mana berada mereka tetap rasa kehadiran Tuhan (Abdurrahman &

    Gina: 2003).

    Implikasi dan Cadangan Penambahbaikan

    Matlamat keseluruhan KISAS samada dari aspek kurikulum dan kokurikulum bukan sahaja

    untuk melahirkan modal insan yang mahir dari segi akademik tetapi juga sahsiah (Mohamad

    Johdi et al: 2009). Berdasarkan perbincangan, jelaslah bahawa insan apabila hidup dalam

    sesuatu suasana, secara kebiasaannya suasana itu akan mempengaruhi hidupnya. Jika

    seseorang yang kurang bijak hidup di kalangan mereka yang bijak, maka sedikit sebanyak

    bicara dan pendapat yang bijak dan berkualiti itu akan tempias kepadanya. Perkara yang

    sebaliknya juga mungkin berlaku. Insan yang tidak jahat, tetapi jika terbiasa dengan mereka

    yang melakukan aktiviti atau akhlak yang jahat, maka tidak mustahil pengaruh-pengaruh jahat

    itu akan menyerap ke dalam jiwanya nanti. Bagi memantapkan biah solehah di KISAS,

    penulis mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan:

    1. Proses pendidikan yang memfokuskan keimanan yang mendalam sehingga pelajar merasa takut dan gerun untuk melakukan sebarang maksiat walau di mana berada dan

    dalam sebarang situasi. Ia hanya berlaku apabila pelajar telah mengenali Tuhan dan

    mengenali hakikat hamba itu sendiri iaitu sebagai hamba dan khalifah di muka bumi.

    Mengenal diri bukanlah sekadar menilai kecantikan, tinggi rendah, warna kulit,

    keturunan dan bangsa. Kerana manusia sebenarnya terdiri dari dua jasad yang dipadu

    erat, iaitu jasad lahir dan jasad batin. Mengenal diri ertinya mengenal hakikat manusia.

    Hakikat manusia adalah batinnya. Tanpa hakikat, yang lahir tidak berguna. Apa bila

    ini berlaku, ia secara langsung akan meningkatkan disiplin dan sahsiah pelajar.

    2. Perlu ada role model dari kalangan pelajar yang lebih senior. Apabila semua pihak telah mengenal pasti golongan yang patut dicontohi maka suasana biah solehah akan

    terbentuk dan boleh dikekalkan.

    3. Proses amar makruf nahi mungkar perlu menjadi budaya dalam sesebuah institusi lebih-lebih institusi yang berteraskan pendidikan Islam. Bagaimanapun proses ini

    perlu berjalan dalam suasana yang harmoni dan bijaksana tanpa menyakiti mana-mana

    pihak sesuai dengan Islam sebagai agama yang menekankan keamanan dan

    kesejahteraan.

    4. Istiqamah terhadap amalan lahir dan amalan rohani. Konsep biah solehah di KISAS perlu difahami dan dihayati secara menyeluruh bukan hanya setakat ibadah dan syariat

    lahir. Program ke arah mengeratkan ukhwah dan silaturrahim juga perlu dipupuk

    secara berterusan baik kalangan pelajar, guru dan semua warga. Apabila hati telah

    terdidik dengan keimanan yang padu, kasih sayang akan merata dan akan lahirlah

  • 10

    masyarakat yang saling berkasih sayang, bertolak ansur, berlapang dada,

    berkerjasama, dan bebas dari penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki, ego,

    mementingkan diri sendiri, buruk sangka dan lain-lain. Semuanya lahir dari hati yang

    takut dan cintakan Tuhan.

    Rumusan

    Persekitaran yang baik atau biah solehah merupakan faktor penting yang menyumbang

    pembentukan peribadi dan sahsiah pelajar. Adalah menjadi tanggungjawab setiap institusi

    pendidikan memastikan berlaku biah solehah dalam institusi tersebut. Apabila biah solehah

    sudah terbentuk dengan acuan yang Islam kehendaki, maka ia dapat membantu membentuk

    akhlak dan sahsiah pelajar. Persekitaran KISAS yang berjaya mewujudkan biah solehah patut

    dicontohi. Namun penambahbaikan juga perlu diteruskan di seluruh aspek. Sesungguhnya,

    pendidikan yang berjaya dan berkualiti adalah pendidikan yang mampu mengembalikan

    manusia kepada peranannya sebagai hamba dan khalifah di muka bumi. Pembangunan insan

    yang berterusan hendaklah menjadi agenda utama bagi semua yang berkecimpung dalam

    bidang pendidikan kerana sesungguhnya pendidikan itu rapat dengan rohaniah manusia.

    Rujukan

    Al quran karim

    Abd. Rahim Abd. Rashid (2006). Menangani Perkembangan dan Masalah Tingkah Laku

    Remaja Dalam Keluarga. Universiti Malaya: Pusat Pembangunan Keluarga.

    Abdullah Nasih Ulwan (2004) Pendidikan Anak-anak dalam Islam, Jld 1. Terj Syed Ahmad

    Semait. Singapore: Pustaka Nasional Pte Ltd.

    Abdul Talib Ahmad & Firdaus Ahmad Azzam (2003). Kolej Islam Kelang, KIK, Kelang.

    Al-Qasimi, Muhammad Jamaluddin. (2004). Bimbingan mukmin. Terj. Johari Yaman, Azhari

    Ibrahim. Batu Caves: Percetakan Zafar.

    Gamal Abdul Nasir Zakaria (2005) Prinsip-prinsip Pendidikan Islam Ibnu sahnun, al Qabisi,

    Ibnu Khaldun.

    Ghazali Darussalam. (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Utusan

    Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Kertas Kerja sekolah Kluster (t.th) Kolej Islam Sultan Alam Shah

    Kertas kerja khidmat murabbi 2012 (t.th) Kolej Islam Sultan Alam Shah

    Kolej Islam Mutiara Ilmu 1955-2005. (2005) Shah Alam: Malindo Printers

    Mohamad Johdi Salleh, Dianah Omar, Fazlina Mohamad, Rohaya Ramli ( ) Menjana

    Modal Insan Kamil Model JERISAH: Kajian Kes Di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Malaysia. Wacana pendidikan Islam kali ke 7. 5-6 Disember 2009. Anjuran UKM-Gontor, Indonesia.

  • 11

    Murshidah Mustafa & Maryam Shafie (2004) Menangani Gejala Sosial Menurut Islam.

    Rawang, Penerbitan Minda Ikhwan.

    Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan (2011) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

    Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.

    Journal of Education Psychology & Counseling, volume 1 Mac 2011, Pages 115-140

    Zanaton Iksan & Rohana Kamaruddin (2005) Penerapan Nilai Islam Melalui Proses

    Pengajaran dan Pembelajaran Sains dlm Pendidikan Islam ke Arah Kemanusiaan Sejagat,

    hlm. 203-212.

    Laman Sesawang

    ar.wikipedia.org

    bpsbpsk.webs.com/senaraisbt.htm

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolej_Islam_Sultan_Alam_Shah

    mendidik.blogspot.com/2007/02/biah-solehah