5 November 2011 Syarat Pembayaran PESTA BUKU DAN ICT · peserta tidak dibenarkan menokok tambah...

2
PESTA BUKU DAN ICT Pesta Buku dan ICT bertema ‘Ilmu Memperkasa Masyarakat’ adalah anjuran Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam (BLA) dengan tujuan untuk meningkatkan penghayatan masyarakat akan pentingnya ilmu dan budaya membaca sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan harian setiap keluarga masyarakat Negara Brunei Darussalam. Ini adalah sejajar dengan hasrat negara untuk mencungkil bakat kreatif generasi muda sebagai pemimpin masa depan yang berwibawa dan penglibatan unit keluarga dalam sama-sama bertanggungjawab agar masa depan anak-anak kitani terjamin. Beberapa aktiviti sampingan seperti bengkel, kuiz, peraduan mewarna dan sesi bercerita akan diadakan di mana penyertaan keluarga dialu-alukan. Tempoh Pameran ialah: Tarikh: 28 November – 2 Disember 2011, Jam : 9 pagi – 9 malam. Tempoh penyediaan: 27 November 2011 mulai 12.00 tengahari. Tempoh Pengemasan: 2 Disember 2011 selepas jam 9 malam. Tempat Pameran Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Bandar Seri Begawan BB4710, Negara Brunei Darussalam Pengurusan Pesta Urusetia Pesta Buku dan ICT Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam c/o Class 64 Library, SOASC, Jalan Tengah, Bandar Seri Begawan BS8411 Brunei Darussalam Faks.2222330 emel: [email protected] Laman Web: http://www.bruneilibraryassociation.wordpress.com Permohonan Penyertaan Pesta Buku dan ICT ini merupakan pameran dan jualan bahan cetak, bahan pembelajaran elektronik, khidmat nasihat pendidikan, barangan dan peralatan ICT, alat pembelajaran, alat tulis & kelengkapan perpustakaan dan perkhidmatan maklumat yang berkaitan. Penyertaan terdiri dari penerbit, pembekal buku, bahan bacaan dan pembelajaran multimedia, toko-toko buku, pusat pengajian tinggi, jabatan-jabatan kerajaan, penyedia perkhidmatan maklumat, dan persatuan-persatuan. Borang-borang penyertaan boleh didapati daripada: 1. Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam – Tel 2463001, Awh Hj Yussop (ext 1217), Hjh Norleha (ext 1231) 2. Perpustakaan Institut Teknologi Brunei – Tel: 2461020 ext 5101 (Hjh Pusparaini) 3. Perpustakaan Institut Tahfiz Al-Ouran Sultan Haji Hassanal Bolkiah – 2222090/93 (Abu Hasrah) Pihak penganjur berhak menolak mana-mana permohonan tanpa memberi sebarang alasan. Peruntukkan bilangan gerai akan ditentukan oleh pihak penganjur dengan sewajarnya. Tarikh Tutup 5 November 2011 Syarat Pembayaran Bayaran boleh dibuat secara wang tunai atau cek dan dibayar penuh kepada “Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam”. Bayaran penuh mesti dibuat sebelum 5 November 2011. Permohonan dari peserta yang tidak menjelaskan bayaran penuh akan ditolak. Pembayaran hendaklah disertakan dengan borang permohonan yang lengkap dan dihantar kepada: Hj Awg Mohd Yussop POKID DP Hj Awg Musa Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam Tel: 2463001 ext 1217 e-mel: [email protected] Awg Abu Hasrah Hj Kamis Perpustakaan Institut Tahfiz Al- Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Tel: 2222090/93 e-mel: [email protected] Pembatalan Sekiranya pemohon membatalkan tempahannya atas apa jua sebab sekalipun, pihak penganjur berhak melupuskan atau menyewakan ruang dan kemudahan gerai tersebut mengikut apa jua cara yang difikirkan patut. Gerai dan Sewa Setiap gerai mempunyai keluasan lantai 3m x 3m. Sewa bagi sebuah gerai ialah: Bagi penjual buku – B$700.00 Bagi penjual ICT - B$1,000.00 Harga di atas termasuk kemudahan berikut: Meja – 1 buah Kerusi – 2 buah Lampu Floresen – 2 unit Papan nama peserta Lantai berpermaidani Hiasan tambahan bagi permukaan ruang pameran akan ditanggung sendiri oleh peserta. Sebarang tambahan yang lain tertakluk pada kebenaran penganjur dan peserta tidak dibenarkan menokok tambah melebii ruang yang disediakan. Seorang wakil dijemput hadir di Majlis Pembukaan dan Penutupan Pesta Buku dan ICT. Promosi dan Seranta Publisiti akan diusahakan melalui media massa, laman web, poster dan kain rentang. Syarat-syarat dan Peraturan Penyertaan Gerai 1. Peserta hanya dibenarkan memohon 3 buah gerai tetapi pihak penganjur berhak memperuntukkan melebihi 3 buah gerai sekiranya timbul keperluan untuk berbuat demikian. Barang – Barang Pameran dan Jualan 2. Peserta tidak dibenarkan menjual barang-barang lain selain daripada buku dan ICT. 3. Peserta digalakkan menjual bahan pameran dengan potongan harga sekurang- kurangnya 10% ke atas daripada harga asal. 4. Peserta hendaklah mempamerkan bahan pameran mereka sepanjang Pesta Buku dan ICT. Peserta tidak dibenarkan membawa ke luar bahan pameran dan jualan sebelum tamat Pesta Buku dan ICT. 5. Bahan pameran dan jualan seperti buku, bahan ICT, jurnal, majalah, komik, poster, kaset, alat pandang dengar pendidikan, bahan seni khat, cakera padat dan seumpamanya hendaklah yang tidak bertentangan dengan kehendak Akta mengenai ketenteraman keselamatan dan kelucahan dan Akta Penerbitan-penerbitan serta Undang-undang lain yang dikuatkuasakan di Negara Brunei Darussalam. 6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dakwaan pelanggaran Akta Hak Cipta. 7. Setiap buku dan bahan untuk dijual hendaklah dibubuh tanda harga, manakala buku agama mestilah dibubuh cop pengesahan dari Pusat Dakwah Islamiah terlebih dahulu. Aktiviti Sampingan 8. Peserta dialu-alukan untuk menyumbangkan dan menaja satu acara aktiviti semasa Pesta Buku dan ICT diadakan. 9. Resepsi, pelancaran buku, persidangan akhbar tidak boleh diadakan dalam dewan pameran tanpa kebenaran daripada penganjur. Keselamatan 10. Penganjur dan pihak berkuasa Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas tidak bertanggungjawab terhadap perkara-perkara seperti kecederaan ke atas peserta, kecurian, malapetaka, kerosakkan atau kehilangan bahan pameran dan jualan. Peserta dinasihatkan supaya menyediakan insurans sepertinya secara persendirian. 11. Penganjur dan pihak berkuasa Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat kerosakkan alat jentera, bekalan elektrik dan air, kebocoran air atau sebarang malapetaka atau atas perintah kerajaan yang boleh menyebabkan Pesta Buku dan ICT ini ditutup sementara atau seterusnya. 12. Peserta bertanggungjawab membayar ganti rugi jumlah sepenuhnya kepada penganjur jika berlaku sebarang kehilangan atau kerosakkan pada ruang oleh peserta, wakilnya atau ejennya baik secara sengaja atau tidak. 13. Pihak penganjur berhak menamatkan hak peserta memperagakan bahan pameran sekiranya peserta didapati melanggar syarat dan peraturan penyertaan. Dalam hal ini, bayaran penyertaan peserta tersebut akan lupus dan peserta tidak berhak menuntut bayaran balik atau ganti rugi daripada penganjur dan penganjur pula berhak menutup gerai mereka dengan serta-merta dan memindahkan barang mereka dari ruang dan kawasan pameran. 14. Setiap peserta akan disediakan dua tanda nama yang mesti sentiasa dipakai sewaktu bertugas di Pesta Buku dan ICT. 15. Peserta tidak dibenarkan menyewakan gerai mereka kepada pihak lain. Urusan Kastam 16. Bagi peserta luar negeri pihak penganjur akan berusaha pengeluaran buku-buku yang akan dipamerkan di Pesta Buku dan ICT dengan syarat pihak penganjur mesti menerima sebulan lebih awal senarai dan harga barang-barang pameran. Kebersihan 17. Peserta tidak dibenarkan merokok dan makan minum serta membawa masuk makanan dan minuman ke dalam dewan pameran. 16. Peserta bertanggungjawab menjaga kebersihan gerai dan kawasan sekitarnya serta mengawal kebisingan dan gangguan yang berlebihan.

Transcript of 5 November 2011 Syarat Pembayaran PESTA BUKU DAN ICT · peserta tidak dibenarkan menokok tambah...

Page 1: 5 November 2011 Syarat Pembayaran PESTA BUKU DAN ICT · peserta tidak dibenarkan menokok tambah melebii ruang ... tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat kerosakkan

PESTA BUKU DAN ICT Pesta Buku dan ICT bertema ‘Ilmu Memperkasa Masyarakat’ adalah anjuran Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam (BLA) dengan tujuan untuk meningkatkan penghayatan masyarakat akan pentingnya ilmu dan budaya membaca sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan harian setiap keluarga masyarakat Negara Brunei Darussalam. Ini adalah sejajar dengan hasrat negara untuk mencungkil bakat kreatif generasi muda sebagai pemimpin masa depan yang berwibawa dan penglibatan unit keluarga dalam sama-sama bertanggungjawab agar masa depan anak-anak kitani terjamin. Beberapa aktiviti sampingan seperti bengkel, kuiz, peraduan mewarna dan sesi bercerita akan diadakan di mana penyertaan keluarga dialu-alukan. Tempoh Pameran ialah: Tarikh: 28 November – 2 Disember 2011, Jam : 9 pagi – 9 malam. Tempoh penyediaan: 27 November 2011 mulai 12.00 tengahari. Tempoh Pengemasan: 2 Disember 2011 selepas jam 9 malam. Tempat Pameran Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Bandar Seri Begawan BB4710, Negara Brunei Darussalam Pengurusan Pesta Urusetia Pesta Buku dan ICT Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam c/o Class 64 Library, SOASC, Jalan Tengah, Bandar Seri Begawan BS8411 Brunei Darussalam Faks.2222330 emel: [email protected] Laman Web: http://www.bruneilibraryassociation.wordpress.com Permohonan Penyertaan Pesta Buku dan ICT ini merupakan pameran dan jualan bahan cetak, bahan pembelajaran elektronik, khidmat nasihat pendidikan, barangan dan peralatan ICT, alat pembelajaran, alat tulis & kelengkapan perpustakaan dan perkhidmatan maklumat yang berkaitan. Penyertaan terdiri dari penerbit, pembekal buku, bahan bacaan dan pembelajaran multimedia, toko-toko buku, pusat pengajian tinggi, jabatan-jabatan kerajaan, penyedia perkhidmatan maklumat, dan persatuan-persatuan. Borang-borang penyertaan boleh didapati daripada: 1. Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam – Tel 2463001, Awh Hj Yussop (ext 1217), Hjh Norleha (ext 1231) 2. Perpustakaan Institut Teknologi Brunei – Tel: 2461020 ext 5101 (Hjh Pusparaini) 3. Perpustakaan Institut Tahfiz Al-Ouran Sultan Haji Hassanal Bolkiah – 2222090/93 (Abu Hasrah) Pihak penganjur berhak menolak mana-mana permohonan tanpa memberi sebarang alasan. Peruntukkan bilangan gerai akan ditentukan oleh pihak penganjur dengan sewajarnya. Tarikh Tutup

5 November 2011 Syarat Pembayaran Bayaran boleh dibuat secara wang tunai atau cek dan dibayar penuh kepada “Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam”. Bayaran penuh mesti dibuat sebelum 5 November 2011. Permohonan dari peserta yang tidak menjelaskan bayaran penuh akan ditolak. Pembayaran hendaklah disertakan dengan borang permohonan yang lengkap dan dihantar kepada:

Hj Awg Mohd Yussop POKID DP Hj Awg Musa Perpustakaan Universiti Brunei Darussalam Tel: 2463001 ext 1217 e-mel: [email protected]

Awg Abu Hasrah Hj Kamis Perpustakaan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Tel: 2222090/93 e-mel: [email protected]

Pembatalan Sekiranya pemohon membatalkan tempahannya atas apa jua sebab sekalipun, pihak penganjur berhak melupuskan atau menyewakan ruang dan kemudahan gerai tersebut mengikut apa jua cara yang difikirkan patut. Gerai dan Sewa Setiap gerai mempunyai keluasan lantai 3m x 3m. Sewa bagi sebuah gerai ialah: Bagi penjual buku – B$700.00 Bagi penjual ICT - B$1,000.00 Harga di atas termasuk kemudahan berikut: Meja – 1 buah Kerusi – 2 buah Lampu Floresen – 2 unit Papan nama peserta Lantai berpermaidani Hiasan tambahan bagi permukaan ruang pameran akan ditanggung sendiri oleh peserta. Sebarang tambahan yang lain tertakluk pada kebenaran penganjur dan peserta tidak dibenarkan menokok tambah melebii ruang yang disediakan. Seorang wakil dijemput hadir di Majlis Pembukaan dan Penutupan Pesta Buku dan ICT. Promosi dan Seranta Publisiti akan diusahakan melalui media massa, laman web, poster dan kain rentang.

Syarat-syarat dan Peraturan Penyertaan Gerai 1. Peserta hanya dibenarkan memohon 3 buah gerai tetapi pihak penganjur berhak memperuntukkan melebihi 3 buah gerai sekiranya timbul keperluan untuk berbuat demikian. Barang – Barang Pameran dan Jualan 2. Peserta tidak dibenarkan menjual barang-barang lain selain daripada buku dan ICT. 3. Peserta digalakkan menjual bahan pameran dengan potongan harga sekurang-kurangnya 10% ke atas daripada harga asal.

4. Peserta hendaklah mempamerkan bahan pameran mereka sepanjang Pesta Buku dan ICT. Peserta tidak dibenarkan membawa ke luar bahan pameran dan jualan sebelum tamat Pesta Buku dan ICT. 5. Bahan pameran dan jualan seperti buku, bahan ICT, jurnal, majalah, komik, poster, kaset, alat pandang dengar pendidikan, bahan seni khat, cakera padat dan seumpamanya hendaklah yang tidak bertentangan dengan kehendak Akta mengenai ketenteraman keselamatan dan kelucahan dan Akta Penerbitan-penerbitan serta Undang-undang lain yang dikuatkuasakan di Negara Brunei Darussalam. 6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang dakwaan pelanggaran Akta Hak Cipta. 7. Setiap buku dan bahan untuk dijual hendaklah dibubuh tanda harga, manakala buku agama mestilah dibubuh cop pengesahan dari Pusat Dakwah Islamiah terlebih dahulu. Aktiviti Sampingan 8. Peserta dialu-alukan untuk menyumbangkan dan menaja satu acara aktiviti semasa Pesta Buku dan ICT diadakan. 9. Resepsi, pelancaran buku, persidangan akhbar tidak boleh diadakan dalam dewan pameran tanpa kebenaran daripada penganjur. Keselamatan 10. Penganjur dan pihak berkuasa Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas tidak bertanggungjawab terhadap perkara-perkara seperti kecederaan ke atas peserta, kecurian, malapetaka, kerosakkan atau kehilangan bahan pameran dan jualan. Peserta dinasihatkan supaya menyediakan insurans sepertinya secara persendirian. 11. Penganjur dan pihak berkuasa Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat kerosakkan alat jentera, bekalan elektrik dan air, kebocoran air atau sebarang malapetaka atau atas perintah kerajaan yang boleh menyebabkan Pesta Buku dan ICT ini ditutup sementara atau seterusnya. 12. Peserta bertanggungjawab membayar ganti rugi jumlah sepenuhnya kepada penganjur jika berlaku sebarang kehilangan atau kerosakkan pada ruang oleh peserta, wakilnya atau ejennya baik secara sengaja atau tidak. 13. Pihak penganjur berhak menamatkan hak peserta memperagakan bahan pameran sekiranya peserta didapati melanggar syarat dan peraturan penyertaan. Dalam hal ini, bayaran penyertaan peserta tersebut akan lupus dan peserta tidak berhak menuntut bayaran balik atau ganti rugi daripada penganjur dan penganjur pula berhak menutup gerai mereka dengan serta-merta dan memindahkan barang mereka dari ruang dan kawasan pameran. 14. Setiap peserta akan disediakan dua tanda nama yang mesti sentiasa dipakai sewaktu bertugas di Pesta Buku dan ICT. 15. Peserta tidak dibenarkan menyewakan gerai mereka kepada pihak lain. Urusan Kastam 16. Bagi peserta luar negeri pihak penganjur akan berusaha pengeluaran buku-buku yang akan dipamerkan di Pesta Buku dan ICT dengan syarat pihak penganjur mesti menerima sebulan lebih awal senarai dan harga barang-barang pameran. Kebersihan 17. Peserta tidak dibenarkan merokok dan makan minum serta membawa masuk makanan dan minuman ke dalam dewan pameran. 16. Peserta bertanggungjawab menjaga kebersihan gerai dan kawasan sekitarnya serta mengawal kebisingan dan gangguan yang berlebihan.

Page 2: 5 November 2011 Syarat Pembayaran PESTA BUKU DAN ICT · peserta tidak dibenarkan menokok tambah melebii ruang ... tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat kerosakkan

Pesta Buku dan ICT

Ilmu Memperkasa Masyarakat

28 November – 2 Disember 2011 Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas,

Bandar Seri Begawan BB4710, Negara Brunei Darussalam

BORANG PERMOHONAN

Nama Jabatan/ Syarikat

_____________________________________________________

Nama pengurus _____________________________________________________

Alamat _____________________________________________________

_____________________________________________________

Telefon _______________________ Faks ______________________

E-Mel: _______________________

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis Perniagaan (Sila tandakan √ )

O Penerbit O Pengedar Buku dan ICT O Perpustakaan

O Persatuan O Toko Buku O Jabatan Kerajaan

O Institusi pendidikan

O Penyedia Maklumat & perkhidmatan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jenis bahan yang dipamerkan dan dijual (Sila tandakan √ ) O Bahan cetak O e-Buku O Alat pandang dengar &

pembelajaran O Peralatan ICT

O Perkhidmatan pendidikan

O Perkhidmatan Maklumat ICT O Alat tulis & kelengkapan perpustakaan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kami bersetuju dengan Syarat dan Peraturan penyertaan dan memohon untuk menyertai Pesta Buku dan ICT dan sukacita mengambil_______buah gerai @ & B$700.00 / B$1,000.00. Bersama ini disertakan *wang tunai/cek dari Bank__________________________________ Bil_________________bagi jumlah__________________________

Tandatangan pemohon & cop ____________________________________________

Tarikh ____________________________________________

Nota:

Pembayaran penuh hendaklah disertakan dengan borang yang lengkap dan diterima tidak lewat dari 5 November 2011.

Bayaran hendaklah dijelaskan dengan nilai Ringgit Brunei atau Singapore Dollar sahaja.

Bayaran cek hendaklah dialamatkan kepada “Persatuan Perpustakaan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam”.

Bayaran dengan bankers draft hendaklah ditambah USD10 kepada jumlah yang perlu dibayar.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Untuk kegunaan pejabat

Pembayaran diterima dengan betul bagi_________buah gerai@ _____________________ Tandatangan penerima & tarikh __________________________________________ No. resit _______________________

Gerai no:

PESTA BUKU DAN ICT Syarat & Peraturan

Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam c/o Class 64 Library,

SOASC, Jalan Tengah, Bandar Seri Begawan BS8411

Brunei Darussalam Faks.2222330 emel: [email protected]

Laman Web: http://www.bruneilibraryassociation.wordpress.com