5 Sikap Yang Boleh Menghancurkan Bisnes Kereta Sewa

download 5 Sikap Yang Boleh Menghancurkan Bisnes Kereta Sewa

of 7

description

Bisnes kereta sewa merupakan bisnes yang boleh mendatangkan keuntungan jika dijalankan dengan betul. Walau bagaimanapun, ramai pengusaha kereta sewa yang gagal di tengah jalan. Ketahui 5 sikap yang boleh menghancurkan bisnes kereta sewa anda dengan sekelip mata. Khas untuk semua pengusaha bisnes kereta sewa yang baru mula berjinak-jinak dengan bisnes ini.

Transcript of 5 Sikap Yang Boleh Menghancurkan Bisnes Kereta Sewa

  • Sikap TERLALU BERKIRA

    Kalau mahu jadi pengusaha bisnes kereta sewa yang berjaya lagi sukses, jangan sekali-

    kali berkira dengan pelanggan. Ini bukan soal duit saja, tapi dari segi servis. Contohnya

    ada pelanggan pulangkan kereta di tempat anda tapi pelanggan tersebut tiada transport

    untuk dipakai pulang, jangan berkira sangat. Hantarlah dia ke stesen bas/teksi yang

    berhampiran. Kalau rumahnya dekat sahaja, hantarlah pulang ke rumah. Dan kalau hantar

    tu, janganlah caj pulak ya. Kejam sangat tu.

  • Sikap EGO

    Sikap ini bakal memusnahkan bisnes kereta sewa anda. Untuk makluman. yang sewa

    kereta ni terdiri dari pelbagai jenis manusia. Ada yang org high profile, ada yang kerja kem

    saja. Tapi mereka semua ada satu persamaan, kalau mereka tidak puashati dengan kereta

    anda atau servis anda, bersedia la kena bash atau kena maki hamun kaw-kaw punya.

    Tapi jangan ego, jangan pernah terfikir yang anda sudah pandai, kaya, ada kerja bagus,

    ada master degree maka anda tidak boleh kena marah oleh pelanggan yang kerja kem

    saja. Buang ego itu dan terima la kemarahan pelanggan itu dan tanganinya dengan cara

    yang merendah diri. Buang ego itu ok.

  • Sikap PEMARAH

    Kalau anda ada sikap ini, percayalah, satu kali saja tu kereta anda akan disewa oleh

    pelanggan tersebut, next time confirm dia akan pergi tempat lain. Contohnya, pada satu

    hari kereta anda telah di book selama 7 hari. Orang ni confirm sudah. Dua hari sebelum

    sewa bila di sms pun dia cakap ok, confirm. Kemudian anda pun hantar kereta di airport

    pada hari yang dijanjikan. Tunggu punya tunggu punya tunggu, si penyewa tidak muncul.

    Bila di call dia cakap, owh.. sori bos ku, ada saudaraku bagi pinjam keretanya. Ndak jadi

    ku sewa kereta mu Perlukah anda meletup dan maki hamun penyewa tersebut? Tak perlu.

    Cakap saja, ok bos, tq lain kali kalau mau pakai kereta bagi tau la. Lepas tu blacklist

    nombornya (gurau je) yang penting anda jangan marah.

    Kedua, kalau tengah malam penyewa call marah-marah macam mau gila sudah, dan

    cakap aircond kereta mati (mungkin masalah wiring) dan dia mau tukar kereta NOW, iaitu

    pada jam 2 pagi. Anda tak perlulah bertengkar dengan dia. Cakaplah baik2, kami

    beroperasi sampai jam sekian-sekian saja sir/madam (panggil begitu supaya hatinya

    senang). Pekerja pun tidur sudah ni. Esok pagi la kami tengok kereta itu ya. Bagitau begitu,

    yang penting jangan marah.

  • Sikap SOMBONG

    Ini memang confirm kena benci la ni kalau sombong dengan pelanggan. Contohnya dia

    mau sewa kereta WAJA la kan. Tapi dia mau bayar murah, sebab duitnya tak cukup.

    Janganlah sombong dan cakap kalau tiada duit, tak payah sewa atau paling worst,

    langsung senyap tak balas sms/whatsapp semasa pelanggan cuba nego-nego dan merayu

    minta murah. Sekurang-kurangnya bagi tau mereka yang harga anda tawarkan adalah

    berpatutan kerana. dot.. dotdot. tak payah lah pertikaikan kemampuan pelanggan

    untuk membayar. Kadang-kadang mereka tu memang loaded dan anak jutawan, tapi saja

    je tu nak saiko kita.

  • Sikap PEMBOHONG

    Dalam iklan tertulis bahawa sewa adalah RM90/hari. Tapi bila pelanggan pulangkan lepas

    sehari pinjam, anda caj dia RM160. Alasannya sebab sudah lebih masa. Sedangkan dalam

    iklan, dalam resit, dan semasa anda bagi kereta langsung tak mention extra caj kalau lebih

    masa. Time pelanggan pulangkan kereta barulah anda sibuk nak cakap. Ini bermaksud

    anda telah berbohong pada pelanggan dan over-charge. Sudahlah berbohong, anda paksa

    lagi dia kasi keluar duit di mesin ATM sebab bayaran tak mencukupi. Memang confirm

    anda akan dikenang sepanjang masa dengan perasaan yang geram dan akan diviralkan di

    facebook, twitter, instagram, pinterest, tumblr, youtube dan whatsapp selama sebulan

    berturut-turut. Jadi jangan berbohong dengan pelanggan, akibatnya adalah fatal.