#5. Travelog Jejak Patani 2013

download #5. Travelog Jejak Patani 2013

of 14

Transcript of #5. Travelog Jejak Patani 2013

  • 7/28/2019 #5. Travelog Jejak Patani 2013

    1/14

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    TRAVELOG JEJAK PATANI 2013Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya

    19-26 Mei 2013, Patani Thailand

    Dari Kiri Tengku Farhanan bt Tengku Mohamed(ahli GPTD UNISELmerangkap ketua program Jejak Patani Mei 2013),UmmahatulHamimah bt Yatim(ahli GPTD Unisel merangkap setiausahaprogram), Huzaifah Ahmad(sekretariat GPTD Pusat), MuhammadFarid Salman Alfarisi (Pelajar Islam Indonesia), Encik Suhail Ahmadbersama anak kecilnya (Presiden GPTD Pusat), Encik Izwan Suhadak(Penasihat GPTD Unisel), Rizaman b Mohd Sukri (ahli GPTD Unisel), AbdulHakim Shahbudin (sekretriat GPTD Pusat, saya Ili Akmal bt Mohd Razif(ahli GPTD Unisel dan PPMU Unisel) dan Amalina Ismail (ExcoDokumentasi & Penerbitan PKPIM Pusat) di pejabat GPTD Pusat bertempat

    di Gombak, Selangor.

    PengenalanSetahun sudah berlalu selepas saya ke Patani pada raya qurban.Saya pernah berfikir adakah mungkin saya kembali ke Patanisemasa saya melihat jam saya yang pecah disebabkan terjatuh dipengkalan Tak Bai pada hari peringatan Tak Bai berdarah tahunlepas.Tahun ini pada bulan Mei, saya berasa sangat kagumdengan apa diaturkan oleh Allah SWT bila saya kembali ke Patani

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 |Patani Thailand

  • 7/28/2019 #5. Travelog Jejak Patani 2013

    2/14

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    dengan tugas yang agak mencabar dengan perjalanan yang lebihjauh.

    Tujuh orang sukarelawan dengan pelbagai latar belakangmenyertai Jejak Patani 2013 untuk Projek Khidmat Pendidikan & Kajian

    Sosio Budaya. Program ini dianjurkan bersama Grup PengkajiTamadun Dunia (GPTD), Universit i Selangor (Unisel), Global PeaceMission Malaysia (GPM), Persatuan KebangsaanPelajar IslamMalaysia (PKPIM), Pelajar Islam Indonesia (PII) dan PersekutuanPelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT).

    Saudari Tengku Farhanan Tengku Mohamed (GPTD) sebagai PengarahProjek dibantu Timbalan Pengarah, Saudar i I l i Akmal Mohd Razi f (GPT D) dan Saudari Ummahatul Hammimah Yatim (GPTD)sebagai Setiausaha, Saudara Mohd RizalmanMohd Sukri (GPTD)sebagai Fotografer, Saudari Amalina Ismail (PKPIM), SaudaraMuhammadFarid Salman Alfarisi (PII) dan Saudara Izwan Suhadak Ishak(Unisel) memantapkan lagi program ini.

    Ini kali kedua saya berkesempatan ke Patani.Saya telah menyimpan wangsebanyak RM100 setiap bulan dari wang saku yang diberi oleh bapa sayauntuk menyertai kembara ini.Saudara-mara serta kenalan juga turutmemberi wang kepada saya supaya dapat saya manfaatkan untukdiagihkan ke tempat-tempat di Patani yang memerlukan bantuan.

    Jikalau pada tahun lepas lawatan saya ke Patani lebih kepada

    beramah mesra dengan orang-orang di Patani, kali ini lebih dariitu.Saya akan menjadi penyampai sumbangan dan jugamenyumbangkan bakti di situ bersama rakan-rakan denganmenjadi guru sukarelawan di Tadika di Kampung Datuk,Patani.Pelajar-pelajar yang bersekolah di Tadika bukan berumur 4-6tahuntapi 7-12tahun.

    Sebelum ke sana tahun ini, saya dan rakan-rakan menghadapicabaran dari segi kewangan dan juga mental.Walaubagaimanapunia sebenarnya satu ujian untuk menilai sejauh mana kesungguhan kamisemua bersama motto GPTD menjejak.meneladani.memimpin.

    Kem Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

    Kem ini diwujudkan lantaran anak-anak Patani yang semakin kehilangankemahiran membaca danmenulis dalam bahasa Melayu tulisan rumi olehkerana assimilasi siamism.Apa yang menarik ialah mereka cuma bolehmembaca dan menulis bahasa melayu dalam tulisan jawi .

    Sebelum kami ke Patani, saya menyusun atur modul mengajar bahasainggeris dan Tengku Farhanan menyusun atur modul mengajar bahasa

    Melayu.Apabila modul sudah siap, kami membuat simulasi di hadapanJejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 |Patani Thailand

  • 7/28/2019 #5. Travelog Jejak Patani 2013

    3/14

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    rakan-rakan grup jejak Patani untuk mendapatkan maklum balas samaada modul sesuai ataupun tidak.Simulasi ini dibuat sebanyak dua kali. Apabila kami di Patani. Kami cuba mendekati pelajar-pelajar Tadika KampungDatuk,Patani untuk mengetahui dan memeriksa samaada modul yangdisediakan kami bersesuaian untuk tahap pemahaman mereka atau

    tidak.Dari tinjauan saya buat selama lima hari, saya dapati mereka sukajika cara pembelajaran menggunakan lukisan dan nyanyian.

    Pada hari kem diadakan, cuma beberapa pelajaran dari modul itu dapatdigunakan untuk mengajar. Mereka suka lagu pilihan kami seperti God isthe creator ,Head and shoulders dan Rasulullah.

    Sesi lagu God is the creator

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 |Patani Thailand

  • 7/28/2019 #5. Travelog Jejak Patani 2013

    4/14

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    Sesi lagu Rasulullah

    Lagu Head and Shoulders lagu mengenali anggota badan amatberkesan untuk menarik minat mereka belajar bahasa inggeris keranalagu ini berserta formasi.Kem ini bukan saja belajar menulis dan membaca.

    Lagu Rasulullah yang diajar oleh saudara Faris pelajar Indonesia jugamenjadi kesukaan mereka.Kami mendapati lagu-lagu nasyid dari Malaysiaseperti dari kumpulan Raihan, Hijjaz dan Saujana telah lama mempunyaipeminatnya di sini.Malah lagu-lagu nasyid dari Malaysia seperti laguKeluarga Bahagia telah dialihbahasa ke bahasa Thailand.

    Keenam-enam daripada kami menjadi pengajar kem bahasa manakalaEncik Izwan Suhadak membantu kami jika ada di antara kami perlukanbantuan semasa mengajar.

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 |Patani Thailand

  • 7/28/2019 #5. Travelog Jejak Patani 2013

    5/14

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    Saya dan Cheng Ho Kids

    Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan nama tokoh seperti Al-Fateh(Saudari Amalina Ismail), Cheng Ho (Saya,Ili Akmal MohdRazif), Haji Sulong (SaudaraRizalman), Syeikh Samad (MuhammadSalman Faris Alfarisi), Syeikh Ahmad (SaudariTengkufarhanan Tengku Mohamed)danSyeikh Daud (Saudar i Ummahatul Hamimah Yat im).

    Encik Izwan Suhadak bersama pelajar-pelajar tadika

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 |Patani Thailand

  • 7/28/2019 #5. Travelog Jejak Patani 2013

    6/14

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    Tengku Farhanan bersantai dengan pelajar-pelajar tadika

    Tengku Farhanan dan kumpulan Sye ikh Ahmad mendapattempat pertama

    Set iapku m p u l a n t e r d i r i d a r i p a d a 1 2 a t a u 1 3 o r a n g . S e t i a p

    k u mp u la n d i wa j ib k an m em b ua t wa r c r y .N a mp a kn y aw a r c r y d a r i k u m p u l a n s a y a C h e n g H o m e n a r i k m i n a tk u mp u la n l a in d a n m u ri d - mu r i d s e ko l ah t a di k a y a ngt i d a k m e n y e rt a i k e m . S e m as a w a k tu r e h a t s a y a k e r a pd im in ta u nt uk m e ng aj ar m e re ka m e mb ua t w ar c ryC h e n g H o d a r i m u r i d - mu r i d y a n g b u k a n a h l i k u m pu l a ns a y a . A h l i k u m p u l a n s a y a k e b a n y a k k a n n y a p e m a l u d a na ga k s u k ar j ug a u nt uk m e ng a ja r m e re k a m en ja dib e r a n i .

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 |Patani Thailand

  • 7/28/2019 #5. Travelog Jejak Patani 2013

    7/14

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    A h l i k u m p u l an s a y a s u k a b e r g a d u h d a n k u a t m e n g e j ekk u m p u l a n l a i n . S a y a a k h i r n y a d a p a t m e n g a w a l m e r e k ad e n g a n m e n g a j a k m e r e k a m e n y a n y i k u a t - k u a tm e ng i ku t l ag u k um p ul a n y a ng m a na s aj a s e da ngb e r l a t i h . M e r e k a s u k a c a r a i t u .

    S a ya s a ng a t k a gu m d e ng a n s a ud a r i F ar h an a n k e ra n ao r a n g y a n g s a y a k e n a l i c e p a t t e r t e k a n d a p a tm e ng a wa l k a na k -k a na k n a ka l d a r i k u mp u la n ny a d a ns e t e r u s n y a m e n d a p a t t empat pertama dalam persembahan.Murid-murid yang menyertai kem ini berumur dalam lingkungan 10-12tahun.Separuh dari mereka terutamanya lelaki berkelakuan amat nakaldan sering saja merayau keluar bila kita mengajar di hadapan.Tapi,mereka amat suka jika mereka diberi peluang untuk melukis atau kitamengajar mereka melukis.Mereka suka saya mengajar mereka melukisbasikal menggunakan huruf M.

    Faris walaupun mengalami kesukaran untuk berbicara dengan anak-anakitu dan membuat mereka faham lantaran dia dari Indonesia, juga berjayamengawal anak-anak itu dengan menggunakan dialek Kelantan yangtelah diajar saudari Tengku Farhanan.

    Saudara Rizalman yang kurang sihat menjadi sihat secara ti ba-tiba bilamengajar anak-anak itu.Saudari Amalina pada mulanya takut-takut untukmengajar kerana dia mendapat murid yang paling nakal akhirnyadihormati anak muridnya itu.

    Pelajar-pelajar Tadika itu pada mulanya takut kepada saya,melarikan diridari saya kerana saya memakai pendakap gigi. Saya terpaksa merayukepada mereka jangan lari sebab nanti saya sedih.Selepas itu merekamenjadi berani dengan saya kerana saya menarik perhatian merekadengan melukis.

    Dialog Mahasiswa di Princess of Narathiwas University

    Perjalanan kami ke Universiti agak menarik bila kami mengetahui kami akan melaluiPutraJaya dan Stadium Bukit Jalil. Memang nama-nama tempat itu menyerupai di

    Malaysia. Sesampai di sana, kami bertemu dengan Perwakilan Pelajar PNU secaraformal di meja bulat dalam keadaan kami baru sampai ke Patani dan belum mandi.Kami juga disambut pensyarah-pensyarah mereka.Mereka juga memakai mengikutwarna dengan maksud tertentu. Mereka agak kagum kerana kami berani datang kePatani membuat kerja sukarelawan walaupun tempat mereka bukan tempat yangselamat. Dari pertemuan itu kami mendapat tahu yang PNU juga setiapminggu membuat kelas bahasa Melayu dan pendidikan Islam di Tadika.

    Tengku Farhanan juga menegaskan dalam pertemuaan itu yang isukonflik ini tidak diketahui serata asia kerana saudara Faris dari Indonesiapernah memberitahu kami yang di Indonesia tidak pernah menyiarkan

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 |Patani Thailand

  • 7/28/2019 #5. Travelog Jejak Patani 2013

    8/14

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    tentang isu di Patani. Jadi, program yang kami laksana ini sedikitsebanyak membuka mata dan telinga kawan-kawan yang mengenaliGPTD dari luar negara tentang isu pergolakan di Patani.

    PNU mempunyai usaha untuk memantapkan bahasa Inggeris di kalangan

    pelajar mereka.Mereka pernah ke Malaysia untuk menyertai kem bahasaInggeris di UPM.Kehadiran saya menarik perhatian salah seorang pelajarmereka(Naimah Saaree) bila saya memberitahu saya mengambilpengajian Teaching English as A Second Language dan kami berbualsambil bertukar-tukar pendapat mengenai budaya dan bahasa.Diamemberitahu saya dia selesa berbahasa Siam yang dipelajarinya sejakkecil.

    Dialog Santai bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa Prince of SongkhlaUniversity

    MPP mereka berlainan dengan MPP PNU.Hussin Sawal Presiden MPP PSU bersamaMPP yang lain berpakaian santai dan yang bagusnya ialah keadaan yang santai itutelah membuat kami lebih cepat mesra dengan mereka. Walaupun kami bertemubukan di bilik meja bulat dan cuma berkipas siling, kami rasa selesa bertukarpandangan dengan mereka. Mereka pada mulanya seperti endah tak endah bilakami bercakap tentang proses pendamaian di Patani dan motif kami di Patanikemudian mula berkongsi tentang aktiviti mereka yang lebih kurang samaapa yang dilakukan oleh PKPIM dan GPTD.Mereka memperkenalkan kamidengan Deep South Watch iaitu kumpulan journalis Patani bebas yangmenyiarkan berita semasa Patani sama ada di website ataupun di media

    cetak.Deep South memberitahu yang suratkhabar sudah 20tahun tidak wujud diPatani dan sekarang mereka sedang menghidupkan kembali akhbar jawi.

    Zuhri Naib Presiden MPP PSU menarik perhatian saya bila diamemberitahu yang dia mengambil bahasa Melayu di PSU sebagai majorpengajiannya.Dia ada memberitahu kami yang mereka juga sering keKuala Lumpur untuk seminar dan program-program yang diadakan dipusat-pusat pengajian di sekitar Kuala Lumpur.

    Pada pukul 6petang semasa di situ, lagu kebangsaan mereka dipasang

    dan seluruh Universiti walau di mana mereka sedang berdiri akanmenghormati lagu itu.Kenderaan yang bergerak akan berhenti untukmenghormati lagu kebangsaan.

    Mukhtar ditembak sehingga buta

    Saudara Isama-ae Abdul Rahman, Presiden Yayasan Pendidikandan PembangunanSumber Daya Manusia Thailand (FEHRD) membawakami melawat Mukhtar(20tahun) yang ditembak sehingga buta kedua

    belah matanya semasa dia berumur 13tahun.Mukhtar yang menjadiJejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 |Patani Thailand

  • 7/28/2019 #5. Travelog Jejak Patani 2013

    9/14

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    mangsa tentera yang mabuk pernah diadili kesnya di Mahkamah TenteraThailand.Tapi kes itu senyap begitu saja walaupun pihak kerajaan telahmemberikan wang pampasan lebih sejuta bath(RM 100 ribu) kepadakeluarga mangsa.

    Saya pernah juga berkongsi apa saya pelajari mengenai sifat Mukhtardalam tazkirah berantai grup jejak patani semasa kami di KampungDatuk,Patani. Beliau walaupun sudah hilang penglihatannya, beliau tetapsenyum dan ketawa walaupun ada bertanyakan soalan adakah dia cumaduduk di rumah berbanding kawan-kawannya yang kini sudah bekerja.Berbanding dengan kita yang cukup pancaindera tapi jika ada masalahyang sedikit sudah bermasam muka hingga ada yang terasa hati bilamelihat muka kita yang masam itu.

    Pemetaan Komuniti

    Kami dibahagikan kepada tiga grup. Grup pertama adalah SaudariTengku Farhanan TengkuMohamed dan saya Il i Akmal Mohd Razifyang akan menumpu di lokasi rumah penduduk kampung di sebelahSelatan. Grup Kedua terdiri daripada Saudari Ummahatul HammimahYatimdan Saudari Amalina Ismail pula akan membuat pemetaan dikawasan yang berhampiran sungaidan laut. Grup Ketiga pulamel ibatkan Saudara Izwan Suhadak Ishak, Saudara MohdRizamanMohd Sukri dan Saudara Muhammad Farid Salman Alfarisiakan fokus ke lokasi pemakamandan rumah yang berhampiran di arahUtara. Semua akan berkumpul pada jam 11.00 pagi di Bilik Operasi di

    Tadika Darul Huda.

    Masjid Kampung Datuk

    Saya dan Farhanan tiba di bilik operasi awal sebelum pukul 11pagi.Walau

    bagaimana pun kami berhasil bertemu penduduk-penduduk kampong ituJejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 |Patani Thailand

  • 7/28/2019 #5. Travelog Jejak Patani 2013

    10/14

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    yang pernah tinggal di Malaysia lebih dari 10tahun .Kebanyakkan merekabekerja di restoran tom yam dan apabila mereka semula di Patani,mereka membuka perniagaan mereka sendiri.Bila ditanya mengapa tidakterus tinggal di Malaysia, kata mereka rindukan keluarga.

    Walaupun pada mulanya semasa kami cuba mendekati penduduk di situmereka kelihatan takut-takut dan keliru.Tapi,bila kami menjelaskan yangkami sedang meninjau keadaan di sini dan ingin tahu apa yang bolehdibantu, mereka bertukar menjadi peramah.

    Dari tinjauan kami, kampung ini mempunyai potensi industri danpelancongan kerana hampir setiap rumah di sini mempunyai basar(kilangkeropok ikan) ,kedai makan ,kedai runcit dan kampong ini mempunyaimasjid tua,sungai yang cantik,pantai yang air lautnya sangat jernih,pintugerbang yang menarik dan makam-makam tua.

    Apa yang menjadi masalah di kampung itu ialah tahap kebersihankampung itu, tempat-tempat bersejarah yang ada di situ perlu dibaikpulih, anak-anak seawal umur 12tahun yang sudah terjebak dengandadah, peniaga-peniaga yang tidak tahu menyusun atur kewanganmereka dan kesedaran untuk belajar bahasa melayu .Kami sampai awal sebelum pukul 11pagi dan saya sakit mata melihatsampah yang banyak di sekolah itu. Saya terus capai penyapu danmenyapu mana yang sempat sementara menunggu kawan-kawan yanglain sampai.

    Kami menyusun isu dari pemetaan itu berserta resolusi sebaik rakan-rakan saya tiba.

    Isu:KebersihanDadahPengangkutan awamTournamentBengkel-bengkel/Kelas KemahiranPerlanconganResolusi:

    Anjurkan kempen kebersihan peringkat pelajar sekolah tadika(7-12tahun)Anjurkan kempen bahaya dadah peringkat sekolah tadika(7-12tahun)Aturkan pengangkutan awam masuk kampungAturkan perlawanan dan pertandingan persahabatan seperti perlawananbola sepakAturkan bengkel-bengkel/kelas kemahiran seperti bengkel keusahawananatau kelas menjahit.Mempromosi Kampung Datuk menjadi tempat perlancongan.

    Kami bergotong royong membersihkan sekolah itu pada waktu petang.

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 |Patani Thailand

  • 7/28/2019 #5. Travelog Jejak Patani 2013

    11/14

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    Hasil pemetaan ini telah kami berikan kepada Kam- Nan (Penghulu)Nik Mat yang menaungi Kg Nad Tanjung, Kg Datuk dan Kg Budi. Dia adamenjemput kami makan malam bersamanya dan kami mengambilkesempatan itu untuk membentangkan hasil pemetaan kami.Dia

    menerimanya dengan baik dan juga mempunyai matlamat untukmenyelesaikan masalah itu.Ustaz Osman yang juga hadir untuk makanmalam itu menawarkan saya menjadi guru bahasa Inggeris di sekolahanak yatim di kampung Nad Tanjung bawah seliaannya. Kam Nan Nik Matpula menawarkan saya mengajarnya secara peribadi.

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 |Patani Thailand

  • 7/28/2019 #5. Travelog Jejak Patani 2013

    12/14

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    Makan malam di rumah Kamnan

    Selatan Thai bergelap tiba-tiba

    Selesai mengambil wuduk dan bersedia untuk solat maghrib berjemaahdengan rakan-rakan muslimat saya, tiba-tiba sekolah itu bergelap. Kami

    teruskan solat.Lampu kecemasan sekolah dipasang tapi pelajar-pelajartadika itu disuruh pulang dan sesi taaruf kami bersama pelajar-pelajartahun 4-6(umur 10-12tahun) pada malam itu terpaksa dibatalkan.Kamiberkumpul di luar dan masing-masing berasa risau bila mendapat beritaseluruh selatan Thai bergelap disebabkan ada kejadian tembak-menembak di Yala.Tak semena-mena berfikir adakah peluang untukkembali pulang ke Malaysia.

    Kami sempat menikmati makan malam di perkarangan sekolah itu sambildisinari lampu kecemasan yang sangat terang.Sebelum pukul 12tengahmalam.Bekalan letrik kembali pulih.

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 |Patani Thailand

  • 7/28/2019 #5. Travelog Jejak Patani 2013

    13/14

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    Masjid Kerisik dan Masjid Al Husain

    Kami ke masjid Kerisik pada hari ketiga di Patani.Kali pertama sayamenjejakkan kaki di situ terasa agak janggal berkaki ayam di tempat yang

    tak berbumbung hinggalah sampai di muka pintu masjid. Siling masjidyang dikatakan penuh dengan bekas tembakan telah ditutup dengansiling yang diperbuat dengan kayu yang siap dengan ukiran .

    Masjid berdindingkan batu bertingkap kayu itu boleh memuatkan tidaklebih 50orang di dalamnya.Sebelum masuk ke masjid kami diberipenerangan mengenai sejarah masjid kerisik oleh Encik Husin Bin Jamalyang berusia 80an. Kami kurang faham dengan penerangannya keranadia menggunakan bahasa Melayu Patani yang agak pekat.

    Replika Meriam Sri Patani dalam pembinaan ketika kami berada dihadapan Masjid Kerisik.Ini gambar meriam sudah siap Deep South Watchsiarkan seminggu selepas kami sudah di Malaysia.

    Kami juga melawat Masjid Al Husain di Teluk Manuk(berusia 300tahun)

    sebelum sampai di Sungai Golok untuk pulang ke Malaysia. Masjid itudiperbuat dari kayu dan bertangga batu.

    Surau Aur di Kampung Nad Tanjung juga saya lawat buat kali kedua.Surau itu masih utuh biarpun dibina dengan kayu tanpa menggunakansebatang paku pun.

    Kesimpulan

    Ini soalan saya kali kedua..adakah saya akan ke Patani lagi? Dua kali tali

    beg galas saya putus.Pertama , semasa tahun lepas di pengkalan Tak BaiJejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 |Patani Thailand

  • 7/28/2019 #5. Travelog Jejak Patani 2013

    14/14

    Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) | Grup Jejak Patani

    dan kali kedua semasa saya di Greenwood semasa menunggu untuk kePengkalan Kubu menuju ke Pengkalan Tak Bai. Saya berharap tali begsaya akan putus buat kali ke tiga semasa kembara saya ke Patani kaliketiga. Saya teringat salah seorang pelajar tadika itu bernamaMuhammad(10tahun).Dia mengikut ke mana saja kami pergi (jika dia

    mampu ikut dengan basikalnya). Semasa saya hendak meninggalkantadikanya dia berkata, kak..mari mulo arh! (Kak.. datang lagi). Sayacuma mengganguk perlahan.Walaupun penduduk di kampung itu tidakmewah tapi mereka mewah dengan budi bahasa.Saya berasa kagumsemasa saya tasmik bacaan salah seorang pelajar tadika yang berumur10tahun.Dia membaca dengan penuh tartil.Berbanding di Malaysia yangaman dan negara yang tidak bergolak, anak-anak di sini membaca quranmerangkak-rangkak termasuklah saya sewaktu berumur 10tahun dahulu.

    Jadi benarlah apa yang dikatakan ibu saya, kalau kita buat baik dahulutanpa menunggu orang nanti orang akan mengikut kita berbuat baik.Semasa kami menyapu sampah di sekolah, pelajar-pelajar sekolah itujuga mengikut menyapu juga tanpa disuruh.

    Saya kagum dengan saudara Faris dari Indonesia yang merentas duanegara untuk berbakti demi Islam. Dia tiba di Malaysia dan bersamadengan kami untuk kembara di Patani.Dia memanggil saya Kakak dansekarang rindu adik saya dari Indonesia kerana dia sangat menghormatisaya dan rakan-rakan jejak Patani.Saya juga kagum kerana dia bijakmenyesuaikan diri biarpun berlainan bahasa. Saya tahu jika dia bacatravelog ini dia akan kata ini semua poyo (Kami telah mengajarkan

    maksud poyo kepada Faris dan Faris kata lebay itu poyo dalambahasa Indonesia).

    Disediakan olehIli Akmal bt Mohd [email protected]

    Jejak Patani 2013 | Projek Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio Budaya | 19-26 Mei 2013 |Patani Thailand